Hambakah Aku?

Manusia sekarang dah tak tahu mana yang perlu mereka baca yang mana perlu mereka tekankan.. Korang tengok ramai mana manusia sekarang habiskan masa mereka.. Kalau sekarang duk mengadap muka buku, pagi, petang, malam. Kalau takde internet, sanggup pergi cybercafe semata-mata nak bukak facebook, sanggup online dekat handfone walaupun kecik je, sanggup tumpang or pinjam laptop dan internet kawan sebab nak bukak facebook je. MasyaAllah, semangat sungguh.

Tapi pernah tak kita semangat tumpang bilik kawan, sebab nak mengaji Al-Quran, pinjam Quran kawan sebab kita terlupa nak bawak Al-Quran, sibuk cari Al-Quran yang kecik sebab senang nak bawak. Cuba fikirkan, kita berqiblat kemana, panduan kita apa? Nabi kita siapa? Tuhan kita? Allah, jauh benar dah kita sebenarnya.. Aku bukan kata kat korang, kat diri aku ni sendiri.. Allah..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs376.ash2/65453_179722572054703_100000508851984_578615_1349600_n.jpg

Ya Allah, ampunilah dosa ku, aku lebih suka dan cinta melihat buku ciptaan manusia berbanding kalamMu, aku lebih banyak menghabiskan masa menghadap bukumuka berbanding isinya, aku sekadar membaca tetapi tidak mengamalkannya, Ya Allah, teruknya aku, jarang sekali aku sentuh mukabukuMu. Ampunilah aku, moga hijrahku mendapat rahmat dan keampunanMu..

Ya Allah, ampunilah dosa2 ku. Aku lebih gemar mendengar lagu berbanding kalamMu, aku lebih seronok menonton cerita berbanding melihat QuranMu, aku lebih suka menjaga hati manusia berbanding hatiMu, aku lebih suka menjaga penampilan utk dilihat baik oleh manusia berbanding hati tempat yg selalu Kau lihat setiap saat, lebih byk habiskan masa difacebook berbanding facebookMu(Quran). Allah.. hamba apakah aku ini?

3 komen mengomen :: Hambakah Aku?

  1. Poster sindiran sinis yang menarik.

  2. Sekadar sinidir diri sendiri je.. huhu..

  3. saya suka jugak:)sinis tapi memujuk:)

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers