Waktu : Dhuha
Tempat : Mansurah, Rumah Dr. Zaidi.
Mood : Sarapan pagi nasi lemak.
Salam Hari Jumaat semua, dah baca surah al-kahfi belum harini? Alhamdulillah, setelah berjam-jam menempuh perjalanan yang jauh. Semalam tiba juga di Mansurah dalam misi melawat sahabat-sahabat dan adik-adik medic disana. Bersama 3 orang sahabat lagi, kami bersama-sama bergerak menuju ke Ramsis... Tiba di Ramsis lah segalanya bermula, berulang-alik beberapa kali, tiket bas habis, mengejar tremco, akhirnya terpaksa ke abud. Antara stesen yang terbesar di Mesir. Haha.. Bila sampai kat abud, lain pulak ceritanya, setiap kali tremco sampai setiap kali itulah kami hanya memerhatikan. Haha..
Yela, sebab setiap kali tremco sampai, belum sempat pun van tu berenti, van dah penuh.. Kami ni kira pemerhati je la. Jadi bahan hiburan berjam-jam sehinggalah masuk waktu maghrib. Ada sahabat yang hampir futur menunggu. Tapi aku cakap, sabar, insyaAllah, kalau dah rezeki dapatlah.. Kalau Allah nak bagi mudah je, tapi kalau tak banyak mana pun tremco pasti takkan dapat. Hehe.. 5 minit lepas cakap tu, terus -tremco berhenti depan mata, takde dah nak berebut-berebut dengan arab. Alhamdulillah. Kalau Allah nak mudah, mudah..
InsyaAllah, sebentar lagi akan pulang semula ke Kaherah, doakan keselamatan perjalanan kami.
InsyaAllah, sekarang semua sudah boleh komen. Cadangan daripada akhi JundullahOsman. Dulu aku geram jugak bila ada yang mengomen tapi tak berani nak tulis nama. Maka aku buat macamtu. Tapi sekarang, dah lebih terbuka.. Jadi, gunakanlah ruang komen ni untuk komen yang berhikmah dan beradab.
Sekian..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Introduction
Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.
LinkWithin
.
Al-Faqir
- aminmenulis
- Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir
0 komen mengomen :: Semua Boleh Komen
Post a Comment