Kronologi Isu Zakat Terengganu Mesir
Kronologi ini adalah berdasar pemerhatian saya ditempat kejadian dan makluman daripada sumber-sumber yang dipercayai. (pengadu dan mahasiswa yang hadir)
1. Seorang mahasiswa Terengganu telah pergi ke Pejabat Pengurusan Pentadbiran Siswa/wi Terengganu Timur Tengah (PPSTTT) yang bertempat di Asrama Darul Iman, Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir.
2. Setelah bertemu dengan Pegawai, soalan pertama yang diajukan adalah berkenaan keterlibatan dengan Gerakan Tuntut Hak Asnaf Zakat (GERTHAK) yang diwujudkan secara individu di laman sosial Facebook apabila mahasiswa/wi diarahkan untuk mengikuti kursus Bina Insan Gemilang di Iskandariah pada 25-26 Oktober yang lalu. Namun program tersebut tidak dimaklumkan serta dibincangkan dengan persatuan pelajar Terengganu disini Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) walaupun berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.
Walaupun satu surat telah dikeluarkan dan ditampal di papan kenyataan pejabat dengan tertulis salinan kepada (s.k) YDP KPT. Tetapi hakikatnya, surat itu tidak diserahkan kepada YDP sendiri. Serta pengangkutan untuk kesana juga tidak disediakan atas alasan mahu pelajar sendiri berdikari dan tidak mahu dimanjakan. Atas inisiatif penerima zakat, mereka telah menempah sendiri kenderaan untuk membawa asnaf-asnaf ini ke Iskandariah dengan duit sendiri.
Surat yang dikeluarkan dan ditampal dibangunan Asrama Darul Iman
Surat yang tertulis s.k. kepada Yang Dipertua KPT
3. Namun apa yang menimbulkan persoalan dan kemarahan pelajar adalah, mengapa ia diadakan di Iskandariah? Sedangkan hakikat pelajar Terengganu yang menerima wang tersebut majoritinya tinggal di Kaherah.
4, Selepas beberapa ketika, pegawai HEP menunjukkan kepada penerima tadi sejumlah kertas A4 semua wallpage GERTHAK yang telah diprint screen dan menunjukkan satu persatu komen si penerima tadi. Maka, atas alasan tersebut, pegawai menyatakan kerana kononnya penerima tersebut telah melawan beliau, maka zakatnya disekat dan beliau disuruh keluar daripada pejabat HEP tanpa sebarang alasan lain yang munasabah.
5. Seorang lagi mahasiswa yang dinafikan haknya adalah pelajar Muadalah. Bayaran sepatutnya diterima adalah RM5000 tetapi dikurangkan kepada RM2000 atas alasan melebihi 2 tahun.
6. Seorang lagi pengadu menyatakan bahawa, beliau tidak dapat berurusan dengan pegawai HEP untuk mewakilkan seorang mahasiswa yang telah pulang ke Malaysia ,kerana telah menamatkan pengajian disini beberapa hari lepas. (Selepas menangguhkan beberapa kali tiket penerbangan beliau untuk menguruskan urusan zakat, tetapi gagal juga diselesaikan menyebabkan beliau tidak dapat menangguhkan lagi tiket untuk pulang ke Malaysia)
1. Pejabat tidak dibuka dengan notis tertampal dipintu menyatakan ada kematian.
2. Maka, selepas beberapa peristiwa diatas. pada malamnya Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu dengan rasa penuh tanggungjawab menjaga kebajikan Anak-anak Terengganu di Mesir telah mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana dan Penjelasan Isu Zakat. Dalam maljis tersebut beberapa luahan hati daripada mahasiswa/wi yang dinafikan haknya dan cadangan diberikan untuk menangani isu tersebut.
3. Antaranya adalah :
1. Sekitar jam lapan atau lapan setengah pagi, pejabat PPSTTT dibuka dan pegawai meminta untuk diberikan laluan kepada tetamu daripada Malaysia menyelesaikan urusan terlebih dahulu barulah disusuli dengan beberapa orang pelajar.
2. Setelah hampir 2 jam lebih pejabat dibuka. Pegawai mahu menutup pejabat tersebut (walaupun sepatutnya ia diberhentikan pada jam 12.30 tengahari) dan mengarahkan pelajar untuk kembali semula pada jam 2.30 petang.
3. Mahasiswa/wi cuba berbincang dan menghalang pegawai agar meneruskan waktu beurusan sehingga waktu rehat, namun pegawai enggan dan berlaku kejadian tolak menolak dan berlaku sedikit kekecohan.
4. Pegawai masuk semula ke pejabat dan bertugas seperti biasa. Kelihatan mahasiswa/wi semakin ramai berkumpul diluar pejabat baik yang mahu berurusan mahupun yang ingin melihat dan memberikan sokongan. Keadaan aman dan tidak berlaku kekecohan.
5. Beberapa ketika kemudian pegawai kelihatan menelefon seseorang dan menyatakan kepada pelajar beliau telah menghubungi kedutaan dan polis atas alasan keselamatan walaupun mahasiswa yang datang hanya sekadar melihat dan memberikan sokongan. Tidak membawa sebarang peralatan mahupun alat yang boleh mengancam keselamatan. Masing-masing hanya membawa diri dan kelihatan tenang.
6. Alhamdulillah, sehingga waktu zohor urusan beberapa orang penerima zakat dan pinjaman berjalan lancar dan tiada sebarang gangguan mahupun kekecohan. Seketika kemudian, kelihatan presiden PMRAM, Ust Shahrizan Mohd Hazime datang untuk meninjau keadaan, bimbang berlakunya perkara yang tidak diingini. Namun, keadaan masih tenang dan terkawal.
7. Selepas zohor, dimaklumkan pegawai tidak mahu memberikan kelulusan kepada 2 orang siswa penerima zakat dan seorang siswa pinjaman Yayasan Terengganu dengan alasan terlibat dengan Gerakan Tuntut Hak Asnaf Zakat (GERTHAK) dan menyentuh peribadi beliau baik dalam percakapan mahupun status/komen di facebook.
8. Seketika kemudian, Ustaz Khairi Jalaluddin, Atase Akademik, Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah datang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam bersama seorang pemandu dan seorang pembantu. Beliau kelihatan membawa buku catitan dan menyoal beberapa orang siswa/pengadu untuk bertanyakan permasalahan sebenar yang berlaku.
9. Setelah mendapat respon dan kerjasama yang baik daripada pengadu beliau memohon untuk berjumpa dengan pegawai HEP Terengganu di pejabatnya agar masalah ini dapat diselesaikan. Setelah hampir setengah jam, beliau dilihat keluar daripada bilik pegawai dan menyatakan pegawai tetap tidak mahu menyerahkan wang tersebut kepada 3 orang siswa tadi. Dan beliau menasihatkan agar pelajar sendiri yang berbincang dan bersemuka dengan pegawai HEP. Namun, selepas didesak dan dirayu oleh pelajar-pelajar yang hadir. Beliau sekali lagi masuk ke bilik pegawai HEP Terengganu untuk berbincang.
10. Kelihatan beberapa orang pelajar sudah membeli makanan dan minuman tengahari untuk diberikan kepada pegawai HEP Terengganu dan Ust Khairi Jalaluddin serta pembantunya. Beberapa ketika kemudian, beliau kelihatan bergegas keluar dan meminta semua bertenang dan bawa berbincang, dan beliau meminta diri kerana katanya ada tugasan lain yang harus diselesaikan.
11. Sehingga waktu maghrib, pejabat PPSTT masih dibuka dan dipenuhi mahasiswa/wi Terengganu yang ingin berurusan. Selepas masuk waktu isya'. Berlaku kekecohan bila seorang pegawai yang dikenali Pegawai HEP Melaka, menjerit dan membuat kecoh, menyuruh agar seluruh pelajar bersurai dan mengosongkan pejabat PPSTTT. Namun, pelajar yang ada tenang dan cuba menenangkan beliau dan berbincang secara damai agar masalah ini dapat diselesaikan secara aman.
12. Kelihatan beberapa orang pimpinan KPT dan mahasiswa sedang berbincang dengan pegawai Melaka berkenaan. Dan akhirnya dapat berbincang secara damai. dan keputusan dicapai hanya 3 orang yang tidak mendapat hak sahaja dibenarkan untuk berada didalam pejabat. Dan akhirnya beliau memohon maaf kerana berlaku silap faham daripada maklumat yang diperolehi mengatakan pelajar berlagak samseng walhal hakikat sebenar tidak berlaku seperti yang didakwa.
Difahamkan, pegawai daripada kedutaan, En.Shaiful Anuar Mohamad dalam perjalanan kesini. Setelah hampir sejam, Alhamdulillah, akhirnya ketiga-tiga mahasiswa tersebut telah diberikan hak mereka kembali. Dan semua yang hadir kelihatan gembira dan bertepuk tangan meraikan keputusan tersebut.
13. Semua diminta bersurai dan mengosongkan ruang hadapan pejabat PPSTTT. Beberapa minit kemudian, kelihatan pegawai daripada kedutaan, En. Shaiful Anuar Mohamad tiba bersama isteri untuk melihat dan mengetahui kejadian sebenar. Alhamdulillah, beliau meminta untuk bertemu dengan 3 orang mangsa tersebut. Beliau meminta agar mangsa dapat hadir keesokkan harinya di bangunan kedutaan.
1. Kelihatan satu notis telah ditampal dihapan pintu masuk Pejabat PPSTTT yang menyatakan sebarang urusan zakat dan pinjaman hendaklah dilakukan di Bangunan Kedutaan yang terletak di Mohandiseen. Ini amat menghairankan pelajar kerana secara tiba-tiba notis itu dikeluarkan. Beberapa orang siswa/wi menelefon persatuan pelajar bertanyakan status mereka, samaada boleh berurusan di pejabat PPSTTT seperti biasa ataupun tidak. Dan jawapan yang diberikan berdasarkan notis yang dikeluarkan.
Notis yang dikeluarkan pada pagi 1 Disember 2010. Waktu berurusan pula hanya 4 jam dperuntukkan dan ini menyukarkan pelajar perubatan terutama yang berada di cawangan/muhafazah kerana mereka wajib menghadiri kuliah sehingga waktu petang.
2. Beberapa orang siswa/wi baik daripada perubatan mahupun pengajian Islam, yang datang daripada muhafazah mengadu mengalami kesusahan, kerana tidak tahu jalan dan baru pertama kali berurusan di bangunan kedutaan. Menyebabkan mereka sesat dan akhirnya tidak dapat membuat urusan kerana setibanya disana. Pegawai telah pulang dan waktu berurusan telah tamat.
Diharap pendedahan ini dapat menjelaskan keadaan dan isu sebenar dan berharap tindakan yang sewajarnya diambil daripada pihak yang berkenaan.
Saya akhiri dengan pantun 2 kerat.
Kronologi ini adalah berdasar pemerhatian saya ditempat kejadian dan makluman daripada sumber-sumber yang dipercayai. (pengadu dan mahasiswa yang hadir)
28/11/2009 (Ahad)
1. Seorang mahasiswa Terengganu telah pergi ke Pejabat Pengurusan Pentadbiran Siswa/wi Terengganu Timur Tengah (PPSTTT) yang bertempat di Asrama Darul Iman, Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir.
Pejabat Pengurusan Pentadbiran Siswa/wi Terengganu Timur Tengah
2. Setelah bertemu dengan Pegawai, soalan pertama yang diajukan adalah berkenaan keterlibatan dengan Gerakan Tuntut Hak Asnaf Zakat (GERTHAK) yang diwujudkan secara individu di laman sosial Facebook apabila mahasiswa/wi diarahkan untuk mengikuti kursus Bina Insan Gemilang di Iskandariah pada 25-26 Oktober yang lalu. Namun program tersebut tidak dimaklumkan serta dibincangkan dengan persatuan pelajar Terengganu disini Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) walaupun berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.
Laman Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah
Walaupun satu surat telah dikeluarkan dan ditampal di papan kenyataan pejabat dengan tertulis salinan kepada (s.k) YDP KPT. Tetapi hakikatnya, surat itu tidak diserahkan kepada YDP sendiri. Serta pengangkutan untuk kesana juga tidak disediakan atas alasan mahu pelajar sendiri berdikari dan tidak mahu dimanjakan. Atas inisiatif penerima zakat, mereka telah menempah sendiri kenderaan untuk membawa asnaf-asnaf ini ke Iskandariah dengan duit sendiri.
Surat yang dikeluarkan dan ditampal dibangunan Asrama Darul Iman
Surat yang tertulis s.k. kepada Yang Dipertua KPT
3. Namun apa yang menimbulkan persoalan dan kemarahan pelajar adalah, mengapa ia diadakan di Iskandariah? Sedangkan hakikat pelajar Terengganu yang menerima wang tersebut majoritinya tinggal di Kaherah.
4, Selepas beberapa ketika, pegawai HEP menunjukkan kepada penerima tadi sejumlah kertas A4 semua wallpage GERTHAK yang telah diprint screen dan menunjukkan satu persatu komen si penerima tadi. Maka, atas alasan tersebut, pegawai menyatakan kerana kononnya penerima tersebut telah melawan beliau, maka zakatnya disekat dan beliau disuruh keluar daripada pejabat HEP tanpa sebarang alasan lain yang munasabah.
5. Seorang lagi mahasiswa yang dinafikan haknya adalah pelajar Muadalah. Bayaran sepatutnya diterima adalah RM5000 tetapi dikurangkan kepada RM2000 atas alasan melebihi 2 tahun.
6. Seorang lagi pengadu menyatakan bahawa, beliau tidak dapat berurusan dengan pegawai HEP untuk mewakilkan seorang mahasiswa yang telah pulang ke Malaysia ,kerana telah menamatkan pengajian disini beberapa hari lepas. (Selepas menangguhkan beberapa kali tiket penerbangan beliau untuk menguruskan urusan zakat, tetapi gagal juga diselesaikan menyebabkan beliau tidak dapat menangguhkan lagi tiket untuk pulang ke Malaysia)
29/11/2010 (Isnin)
1. Pejabat tidak dibuka dengan notis tertampal dipintu menyatakan ada kematian.
Suasana pada malam solat hajat.
2. Maka, selepas beberapa peristiwa diatas. pada malamnya Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu dengan rasa penuh tanggungjawab menjaga kebajikan Anak-anak Terengganu di Mesir telah mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana dan Penjelasan Isu Zakat. Dalam maljis tersebut beberapa luahan hati daripada mahasiswa/wi yang dinafikan haknya dan cadangan diberikan untuk menangani isu tersebut.
3. Antaranya adalah :
- Pengambilan zakat kali kedua bagi salah seorang mahasiswa dinafikan atas sebab keterlibatan beliau dalam Gerakan Tuntut Hak Asnaf Zakat (GERTHAK).
- Bayaran zakat yang sepatutnya diterima penuh (RM 5,000) dikurangkan dengan alasan mahasiswa muadalah tersebut melebih dari 2 tahun.
- Pegawai tidak membenarkan wakil bagi penerima zakat yang telah pulang ke Malaysia untuk mengambil wang zakat tersebut walaupun telah disertakan surat tawkil.
- Mendokumentasikan permasalahan-permasalahan ini dan menghantar memorandum terhadap salah laku pegawai kepada pihak berwajib antaranya SPRM, Menteri Besar Terengganu, MAIDAM, Yayasan Terengganu.
- Meminta khidmat nasihat guaman dan mengambil tindakan undang-undang.
30/11/2010 (Selasa)
1. Sekitar jam lapan atau lapan setengah pagi, pejabat PPSTTT dibuka dan pegawai meminta untuk diberikan laluan kepada tetamu daripada Malaysia menyelesaikan urusan terlebih dahulu barulah disusuli dengan beberapa orang pelajar.
Kelihatan beberapa orang tetamu daripada Malaysia dan pelajar-pelajar Terengganu.
3. Mahasiswa/wi cuba berbincang dan menghalang pegawai agar meneruskan waktu beurusan sehingga waktu rehat, namun pegawai enggan dan berlaku kejadian tolak menolak dan berlaku sedikit kekecohan.
Pelajar sedang berbincang sebelum sebarang tindakan dibuat.
4. Pegawai masuk semula ke pejabat dan bertugas seperti biasa. Kelihatan mahasiswa/wi semakin ramai berkumpul diluar pejabat baik yang mahu berurusan mahupun yang ingin melihat dan memberikan sokongan. Keadaan aman dan tidak berlaku kekecohan.
5. Beberapa ketika kemudian pegawai kelihatan menelefon seseorang dan menyatakan kepada pelajar beliau telah menghubungi kedutaan dan polis atas alasan keselamatan walaupun mahasiswa yang datang hanya sekadar melihat dan memberikan sokongan. Tidak membawa sebarang peralatan mahupun alat yang boleh mengancam keselamatan. Masing-masing hanya membawa diri dan kelihatan tenang.
6. Alhamdulillah, sehingga waktu zohor urusan beberapa orang penerima zakat dan pinjaman berjalan lancar dan tiada sebarang gangguan mahupun kekecohan. Seketika kemudian, kelihatan presiden PMRAM, Ust Shahrizan Mohd Hazime datang untuk meninjau keadaan, bimbang berlakunya perkara yang tidak diingini. Namun, keadaan masih tenang dan terkawal.
7. Selepas zohor, dimaklumkan pegawai tidak mahu memberikan kelulusan kepada 2 orang siswa penerima zakat dan seorang siswa pinjaman Yayasan Terengganu dengan alasan terlibat dengan Gerakan Tuntut Hak Asnaf Zakat (GERTHAK) dan menyentuh peribadi beliau baik dalam percakapan mahupun status/komen di facebook.
Ustaz Khairi Jalalludin sedang mencatit dan mendengar laporan daripada pengadu.
8. Seketika kemudian, Ustaz Khairi Jalaluddin, Atase Akademik, Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah datang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam bersama seorang pemandu dan seorang pembantu. Beliau kelihatan membawa buku catitan dan menyoal beberapa orang siswa/pengadu untuk bertanyakan permasalahan sebenar yang berlaku.
9. Setelah mendapat respon dan kerjasama yang baik daripada pengadu beliau memohon untuk berjumpa dengan pegawai HEP Terengganu di pejabatnya agar masalah ini dapat diselesaikan. Setelah hampir setengah jam, beliau dilihat keluar daripada bilik pegawai dan menyatakan pegawai tetap tidak mahu menyerahkan wang tersebut kepada 3 orang siswa tadi. Dan beliau menasihatkan agar pelajar sendiri yang berbincang dan bersemuka dengan pegawai HEP. Namun, selepas didesak dan dirayu oleh pelajar-pelajar yang hadir. Beliau sekali lagi masuk ke bilik pegawai HEP Terengganu untuk berbincang.
Suasana didalam bilik pegawai HEP Terengganu. Kelihatan Ust Kamal sedang bercakap di telefon manakala Ust Khairi Jalalludin duduk didalam pejabat.
10. Kelihatan beberapa orang pelajar sudah membeli makanan dan minuman tengahari untuk diberikan kepada pegawai HEP Terengganu dan Ust Khairi Jalaluddin serta pembantunya. Beberapa ketika kemudian, beliau kelihatan bergegas keluar dan meminta semua bertenang dan bawa berbincang, dan beliau meminta diri kerana katanya ada tugasan lain yang harus diselesaikan.
11. Sehingga waktu maghrib, pejabat PPSTT masih dibuka dan dipenuhi mahasiswa/wi Terengganu yang ingin berurusan. Selepas masuk waktu isya'. Berlaku kekecohan bila seorang pegawai yang dikenali Pegawai HEP Melaka, menjerit dan membuat kecoh, menyuruh agar seluruh pelajar bersurai dan mengosongkan pejabat PPSTTT. Namun, pelajar yang ada tenang dan cuba menenangkan beliau dan berbincang secara damai agar masalah ini dapat diselesaikan secara aman.
12. Kelihatan beberapa orang pimpinan KPT dan mahasiswa sedang berbincang dengan pegawai Melaka berkenaan. Dan akhirnya dapat berbincang secara damai. dan keputusan dicapai hanya 3 orang yang tidak mendapat hak sahaja dibenarkan untuk berada didalam pejabat. Dan akhirnya beliau memohon maaf kerana berlaku silap faham daripada maklumat yang diperolehi mengatakan pelajar berlagak samseng walhal hakikat sebenar tidak berlaku seperti yang didakwa.
Difahamkan, pegawai daripada kedutaan, En.Shaiful Anuar Mohamad dalam perjalanan kesini. Setelah hampir sejam, Alhamdulillah, akhirnya ketiga-tiga mahasiswa tersebut telah diberikan hak mereka kembali. Dan semua yang hadir kelihatan gembira dan bertepuk tangan meraikan keputusan tersebut.
13. Semua diminta bersurai dan mengosongkan ruang hadapan pejabat PPSTTT. Beberapa minit kemudian, kelihatan pegawai daripada kedutaan, En. Shaiful Anuar Mohamad tiba bersama isteri untuk melihat dan mengetahui kejadian sebenar. Alhamdulillah, beliau meminta untuk bertemu dengan 3 orang mangsa tersebut. Beliau meminta agar mangsa dapat hadir keesokkan harinya di bangunan kedutaan.
1/12/2010 (Rabu)
1. Kelihatan satu notis telah ditampal dihapan pintu masuk Pejabat PPSTTT yang menyatakan sebarang urusan zakat dan pinjaman hendaklah dilakukan di Bangunan Kedutaan yang terletak di Mohandiseen. Ini amat menghairankan pelajar kerana secara tiba-tiba notis itu dikeluarkan. Beberapa orang siswa/wi menelefon persatuan pelajar bertanyakan status mereka, samaada boleh berurusan di pejabat PPSTTT seperti biasa ataupun tidak. Dan jawapan yang diberikan berdasarkan notis yang dikeluarkan.
Notis yang dikeluarkan pada pagi 1 Disember 2010. Waktu berurusan pula hanya 4 jam dperuntukkan dan ini menyukarkan pelajar perubatan terutama yang berada di cawangan/muhafazah kerana mereka wajib menghadiri kuliah sehingga waktu petang.
Diharap pendedahan ini dapat menjelaskan keadaan dan isu sebenar dan berharap tindakan yang sewajarnya diambil daripada pihak yang berkenaan.
Saya akhiri dengan pantun 2 kerat.
Kerana Pulut Binasalah Santan, Kerana Facebook Zakat Ditahan.
bleh thn....
perindu syahid
December 3, 2010 at 3:20 AM