Kematian.. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.. Nenek Pergi Buat Selamanya..

"Salam, amin. Nenek baru meninggal tadi. Pukul 5pagi, waktu Malaysia, Al-Fatihah". Bergetar handset dan begetarlah jua jiwa. Walaupun ringkas dan pendek cukup terkesan dan membuatkan aku terpukul seketika. Mesej daripada Malaysia terus ke Mesir. Belum sempat menangkap dan menghadam bait mesej tersebut. Handset bergetar hebat. Panggilan terus dari Malaysia. Ayah yang membuat panggilan.

"Assalamualaikum.. da tido ke?" Pantas Ayah berbicara.. Seakan ada riak sendu dan hiba dalam kalamnya.

"Waalaikumsalam, aah. Baru je nak tido. Nenek meninggal ke? Innalillahi wainna ilaihi rajiun" Pantas aku memintas dan membaca maksud ayah menelefon.

"Sape bagitau?" Kelihatan ayah juga terkejut berita yang aku dapat lebih pantas sebelum dimaklumkan.

"Aishah bagitau..Sakit tua ke?" aku sekadar bertanya untuk mendapat kepastian.

"Aah, nenek kan dah tua, dah 90 lebih dah umur.. Ayah pun baru tau tadi" ringkas tapi penuh makna..

"Dah ayah nak balik Batu Pahat la kejap lagi?" balasku ringkas.

"Aah.. ni tengah siap-siap." Kampung Sri Gading, Batu Pahat, Johor. Sudah lama tidakku jejakkan kaki ke sana. Kali terakhir hari raya aidilfitri 2 tahun lepas. seminggu sebelum aku berlepas ke bumi anbiya' Mesir.

Kata akak, nenek ada bermimpi sesuatu, sampai ada kesan cakaran di badan. Tapi ayah kata mungkin itu gangguan jin yang menyerang nenek. Aku pulak, 2,3 hari ni asik rasa tak sedap badan je, mungkin itukah petanda, nenek akan pergi selamanya?

Setiap kali pulang ke kampung, pasti ingin bertemu dengan nenek. Masakan spesial yang pasti tidak akan dilupakan dan merupakan makanan wajib setiap kali raya. Ayam Masak Sate. Resepi turun temurun keluarga kami. Kini resepi itu sudahpun diwarisi, termasuk ayah dan ibu. Kepulanganku selepas ini, pasti sunyi. Tiada lagi tawa dan celoteh nenek, tiada lagi duit raya, tiada lagi insan yang mampu menuturkan bahasa jawa yang pekat dan sukar difahami anak-anak muda kini, tiada lagi segala-galanya. Yang tinggal hanyalah kenangan kami bersama walaupun seketika. Sedih.. namun redha.

http://farm1.static.flickr.com/29/46297037_3207cb184d.jpg?v=0
"Maka, apabila datangnya saat kematian, tidak akan dilewatkan walau sesaat dan tidak pula akan diawalkan walaupun sesaat" Maka begitulah takdir dan sunnatullah yang telah Allah tetapkan buat setiap makhluk yang bernyawa. Hatta malaikat sekalipun, mereka akan dimatikan suatu masa nanti.

Marilah sama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada nenda yang telah pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Beliau meninggalkan 14 orang anak, berpuluh-puluh orang cucu, cicit dan seterusnya pada usia 90tahun lebih. Walaupun pada usia yang lanjut, ingatan nenek masih kuat, masih rajin beribadah dan sanggup untuk berpuasa walaupun untuk seketika. Nenek seorang yang peramah dan amat menyayangi cucu-cicitnya. Pemergian pasti ditangisi sanak-saudara dan jiran tetangga. Moga-moga penduduk langit dan di alam sana menerima nenek dengan pintu terbuka dan penuh bahagia.

Aku dedikasikan Al-Fatihah ini buat Allahyarhamah Hajah Esah bt Wardi. Semoga, rohnya dicucuri rahmat dan ditempat bersama orang-orang yang beriman. amin~ Hari ini nenek, esok lusa mungkin kita pula.. Bersiap sedialah untuk menghadapi hari muka. Kematian bila-bila masa saja.. Al-Fatihah~

4 komen mengomen :: Kematian.. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.. Nenek Pergi Buat Selamanya..

  1. semoga ruhnya ditemptkan dalam kalangan orang yang beriman..semoga kamu tabah:)..
    kuat2x.hidup mesti diteruskan!!

  2. insyaAllah. ameen~
    Yup.. Yg pergi telah Allah takdir, yang hidup harus teruskan perjuangan.
    Jazakillahukhair..

  3. setiap yang bernyawa pasti merasai mati...semoga ditempatkan didalam golongan orang2 soleh dan bertakwa....al-fatihah

  4. innaLillah wa inna ilaiHi roji'un.
    Al-fatihah. Harap bersabar ye.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers