Gambar : Semalam Yang Berlalu

Usai solat jumaat, awan mendung sudah mula menampakkan riak wajah, ia akan menangis. Kelihatan manusia-manusia yang baru sahaja menunaikan solat berjalan cepat-cepat, kerana tangisan yang bakal dititskan awan bakal membasahi mereka. Tidak semena-mena, terjunan air mata itu memulakan langkah, keras, sakit terkena kepada. Rupanya, tangisan awan kali ini, tangisan air batu.

Namun, tangisan itu hanya tangisan kecil jika dibandingkan dengan tangisan air batu tahun lalu, mungkin tahun ini, awan tidak sedih seperti tahun lalu, atau mungkin sahaja, suhu bumi yang semakin tinggi menyebabkan air mata itu kecairan dan tidak sebesar dahulu.

Sejuk. Memang itulah gambarannya, tapi seronok. Mesir memang jarang sekali menangis, namun bila sahaja ia menangis, pasti mendapat rungutan daripada penduduknya, kerana akan kotorlah rumah, pakaian dan kenderaan mereka dek kerana, pasir dan debu.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs754.ash1/164552_189682551058705_100000508851984_654844_2567270_n.jpg
Hujan air batu yang menyerang bumi Kaherah, selepas sahaja solat Jumaat. Kelihatan ketulan kecil ais berkumpul diaras kanopi.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1373.snc4/164552_189682554392038_100000508851984_654845_5163588_n.jpg
Ketulan kecil ais yang jatuh ditingkap bilik, hanya ini yang sempat dirakamkan. Ada yang lebih besar dan pelbagai bentuk. Namun, tidak terfikir untuk makan, bagaimana rasanya.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs744.ash1/163682_189690587724568_100000508851984_654861_4769242_n.jpg
Pemandangan matahari terbenam selepas hujan amat mengasyikkan, awan melatari angkasa, memagari matahari, menghasilkan lukisan alam yang luar biasa cantiknya. SubhanAllah.

http://l22.sphotos.l3.fbcdn.net/hphotos-l3-snc4/hs1368.snc4/164051_189694947724132_100000508851984_654871_4971637_n.jpg
Nun dihujung sana, matahari hampir menenggelamkan dirinya. Mungkinkah esok matahari terbit dari sebelah sana?


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs756.ash1/164781_189700141056946_100000508851984_654903_1707974_n.jpg
Hanya cahaya yang tinggal..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs749.ash1/164051_189694951057465_100000508851984_654872_5360590_n.jpg
Mesin ciptaan manusia, membantu merakam saat dan detik istimewa..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs737.ash1/163042_189701161056844_100000508851984_654912_4550218_n.jpg
Manusia dan alam saling bersahabat. Namun ada juga yang khianat. Kerana manusia, alam hancur musnah binasa..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs732.ash1/162600_189704734389820_100000508851984_654920_6049089_n.jpg
Kereta bagaikan semut, mula pulang ke sarangnya..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1334.snc4/162600_189704737723153_100000508851984_654921_347184_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1373.snc4/164552_189682547725372_100000508851984_654843_2982398_n.jpg
Wajahmu cantik bagaikan rembulan, namun sedarkah bahawa bulan itu penuh kawah dan lubang? Dimanakah cantiknya? Sudah pasti pada cahaya diwajahnya.. Begitu juga manusia. Bukan dinilai secantik mana wajah dan bentuk tubuhnya, tetapi sejauh manakah akhlak dan agamanya..

8 komen mengomen :: Gambar : Semalam Yang Berlalu

  1. Subhanallah..
    indah sungguh ciptaan Allah..

  2. Wahhhh! kagum betol aku...
    tidak sangka di sana pun ada hujan batu....

  3. Permata : SubhanAllah..

  4. Boy : Kat sini memang ada hujan batu, tapi jarang2 ada. dua kali setahun je. Tengok suhu la.. Nasib baik dapat lebih daripada tu..

  5. hujan air batu?? terlampau sejuk sgt ke kt sana?? =.=

  6. Keen : Yup.. sejuk sangat la tu.. sejuk sikit lg, boleh turun salji..

  7. Mansurah bila lah nak hujan air batu nih. :p

  8. Seimura : Solat la mintak hujan turun, =)..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers