Dalam laporan berita Utusan Malaysia bertarikh 13 Jan 2011, Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin berkata bahawa Program 100 Hari Pakatan Rakyat akan hanya menghancurkan ekonomi negara kerana tidak menyumbang sebarang kebaikan terhadap pertumbuhan ekonomi.[1]
Kritikan beliau berasaskan tiga perkara, iaitu: 1) Program tersebut semata-mata bersifat agihan dan tiada usaha untuk mencambah ekonomi; 2) Subsidi dberikan secara besar-besaran sehingga mengalami hutang yang besar seperti Greek dan Itali; serta 3) Menyerahkan pengurusan ekonomi kepada kerajaan dan menolak sektor swasta.
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) telah membuat perbandingan terperinci dengan mendalami Buku Jingga Pakatan Rakyat untuk meneliti kritikan-kritikan tersebut. Secara kesimpulannya, KPRU berpendapat bahawa ketiga-tiga hujah yang menjadi asas kritikan ISIS adalah songsang dan tidak berasas.
Program 100 Hari Pakatan Rakyat bersifat agihan
Berdasarkan Buku Jingga yang bertajuk Agenda Pakatan: Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia, Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan, dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersama.[2] Program 100 Hari Pakatan Rakyat hanya merupakan permulaan kepada reformasi tersebut yang berasaskan Dasar Bersama. Dasar-dasar pertumbuhan ekonomi yang lebih luas disebut dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang menyentuh ekonomi berprestasi tinggi, berkemahiran tinggi, ekonomi telus, desentralisasi dan pengupayaan pengurusan ekonomi negeri, tenaga kerja dan lain-lain.[3]
Maka Program 100 Hari Pakatan Rakyat merupakan program konkrit yang bakal (atau mula) dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas Pakatan Rakyat mendapat mandat rakyat, dan sebab itu adalah kurang adil jika program 100 hari didakwa bersifat agihan dan tidak mengutamakan perkembangan ekonomi. Sebagai sebuah badan pemikiran bersejarah, ISIS seharusnya memahami bahawa dasar pertumbuhan memerlukan pembaharuan dan transformasi berbentuk struktur yang berjangka panjang, malah program 100 hari adalah sekadar permulaan kepada agenda reformasi ekonomi politik Pakatan Rakyat.
Baca Lanjut Di KPRU 2010
aminmenulis : Sebagai sebuah badan profesional ISIS sepatutnya mengeluarkan kenyataan dan kajian yang penuh bertanggungjawab dan berintegriti. Bukan membuta tuli dan hanya mengikut telunjuk golongan tertentu. Jika beginilah kerja yang dilakukan oleh sebuah badan penyelidikan antarabangsa. Bagaimana mahu melahirkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak serta terkehadapan?
Sepatutnya ISIS membuat kajian terlebih dahulu selaras dengan fungsinya. Jika ISIS bersikap sebegini, daripada manakah sumber yang perlu kita percaya lagi? Janganlah memperbodohkan rakyat. Zaman sekarang zaman manusia sudah boleh mengakses segala maklumat dan menjalankan kajian sendiri.
sangat jelas sekarang jika kita punyai kerajaan yg korup, maka segala institusi yg dikuasai oleh kerajaan akan turut sama menjadi korup atau tidak berkhidmat dgn profesional seperti ISIS. akhirnya menyebabkan orang luar terutama para pelabur memandang rendah terhadap profesionalisma sektor awam malaysia dan tidak meyakini integriti perkhidmatan awam di malaysia, terutama sektor keselamatan, kewangan dan perundangan yg paling kritikal di dalam perlindungan perniagaan dan pelaburan di malaysia
Anonymous
January 30, 2011 at 7:51 AM