Selamat Bersara Ibu..

Tahun 2011 merupakan tahun yang agak menenangkan berbanding 2010 buat ibunda tercinta, Hjh Norizah bte Haron. Sebab sekarang ibu dah bersara daripada menjadi seorang guru. Lebih khusus seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. (GPK HEM). Ibu sekarang dah merdeka.. yeaaa!! Hehe.. Sudah puluhan tahun ibu menjadi cikgu, pasti sudah ramai anak-anak murid ibu yang sudah pun berjaya dan berkerjaya.

Mengapa aku kata ibu dah merdeka dan tahun ini tahun yang agak menenangkan? Sebab sekolah yang ibu duduki sekarang adalah sebuah sekolah baru, jadi selaku seorang guru penolong kanan HEM, sudah pastilah segala tanggungjawab pengurusan yang berkaitan dengan murid perlu ibu laksanakan dari kosong. Aku bukanlah arif tentang tugas seorang guru penolong kanan nih, tapi aku tahu ibu agak stress semenjak sekolah ini baru dibuka tahun lepas. Waktu cuti pun terpaksa ke sekolah bagi menyelesaikan urusan murid-murid. Berbeza dengan sebelum-sebelum ni, segala perancangan, database dan segala yang berkaitan dengan pengurusan sudah tersedia dan boleh merujuk rekod-rekod lama, maka sedikit sebanyak membantu dalam menguruskan hal ehwal pelajar. Semoga segala penat lelah ibu dikira oleh Allah s.w.t. sebagai amal ibadah dan saham sampai ke hari kiamat. Kerana tugas seorang guru amatlah mulia disisi Islam.

Seperti mana sabda nabi s.a.w. "Ulama itu pewaris para nabi, sesungguhnya nabi tidak meninggalkan dirham mahupun dinar, tetapi nabi mewariskan ilmu" dan sesungguhnya ilmu yang bermanfaat itu apabila diamalkan oleh orang lain, kesan ataupun pahala akan beroleh juga kepada kita si pengajarnya. Sabda Nabi s.a.w. juga mafhumnya "Barangsiapa yang memudahkan jalan menuju kepada ilmu, Allah akan memudahkan jalannya untuk ke syurga"

Orang yang paling gembira tentulah ayah, Hj Salleh bin Farmin, sebab sekarang mereka sudah boleh berbulan madu dan melakukan aktiviti bersama dengan lebih kerap. Semoga hubungan cintan cintun ibu dengan ayah semakin mekar di usia muda yang sudah menjengah 55 dan 54. Hehehe.. (Sila bank in lebih sikit duit, sudah kasi puji kaw-kaw.. Haha, gurau je) Aku doakan ayah dan ibu sentiasa sihat dan bahagia serta panjang umur. Lepasni boleh la datang mesir lagi jalan-jalan.

Apa yang aku tau, ibu memilih untuk bersara awal walaupun perkhidmatannya boleh dilanjutkan, aku sokong sangat la pilihan ibu. Cayalah.. Masa aku kecik dulu, ibu pernah ditawarkan menjadi seorang guru besar. Tapi ibu tolak sebab masa tu, kami adik beradik kecik lagi, dan jarak sekolah dan rumah yang jauh antara faktor ibu menolak kerjaya tersebut. Lagipun tanggungjawab seorang guru besar memang besar, dan kalau nak dikira dari sudut gaji, tidak jauh beza dengan seorang guru penolong kanan. Maka, ibu pilih untuk kekal menjadi ibu. Hehe..

Ok lah, nak study pulak. Exam dah dekat sangat. 9hb Januari ni. Doakan kejayaan anakanda disini yea.. Alhamdulillah, demam selama hampir seminggu dah kembali pulih, cuma tinggal saki baki batuk dan selsema. Berkat doa semua dan nasihat kesihatan yang diberikan, alhamdulillah, berjaya pulih daripada minggu kesakitan sebelum imtihan.

P/s : Ada seorang akak ni tanya pasal anak dia dapat tawaran, mana lebih baik diantara Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu dan Maahad Tahfiz Sains di Kelantan? Wallahua'lam. Ada sapa-sapa boleh jawab pasal ni? Pasal sekolah imtiaz aku dah jawab dalam komen tersebut. Nak cerita pasal Maahad Tahfiz Sains di Kelantan pulak aku tak pernah sekolah kat sana. Jadi, suatu yang tidak adil untuk dijawab perkara yang aku tidak tahu. Apapun, moga akak dapat membuat pilihan terbaik untuk anak akak. Dimana pun beliau belajar, apa yang paling penting adalah pengamalan ilmu, akhlak dan iman. Kita selaku ibu bapalah yang mencorakkan mereka untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. Benih yang baik kalau jatuh ke laut menjadi pulau, kalau jatuh didaratan menjadi gunung. Moga perumpamaan itu jawapan yang sesuai untuk akak membuat pilihan. Maaf atas kekurangan diri kerana itu sahaja yang mampu diberi.

2 komen mengomen :: Selamat Bersara Ibu..

  1. hepy merdeka utk ibu amin jgk.. :)

  2. terima kasih husna.. (n_n)

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers