2011 telah menjejakkan kaki, 2010 telah berlalu pergi. Saya agak ketinggalan dengan dunia beberapa hari ini sebab tak berpeluang untuk mengikuti beberapa isu utama dunia dan juga Islam. Sudah menjadi kebiasaan bagi saya untuk setiap hari membaca sekurang-kurangnya sedikit berita/isu semasa. Isu Pengeboman Di Iskandariah, Mesir, Isu ADUN Selinsing dituduh Zina, Isu Menteri Rogol Amah yang semakin panas, Isu Perhimpunan Mahasiswa Malaysia, Isu Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Johor, Isu Pemilihan SUK Negeri Selangor yang semakin rumit, Isu kenaikan harga sayur-sayuran yang mendadak, dan pelbagai isu lagi yang kita seharusnya mengambil tahu. Sebagai seorang mahasiswa/wi Islam kita seharusnya menjuarai isu. Agar kita tidak ketinggalan dan lebih terkehadapan berbanding dengan golongan lain selain tugas utama kita belajar dan menuntut Ilmu.
Pengeboman Di Iskandariah.
Seramai 21 orang mati terbunuh dan 70 yang lain cedera sempena tahun baru di Iskandariah, apabila Gereja St. Mark and St. Peter church dibom oleh kumpulan yang masih belum dikenal pasti. Apa yang pasti pengeboman itu sesuatu yang tidak patut dan tidak perlu dilakukan atas faktor kemanusiaan walau apapun alasan disebalik pengeboman itu, ianya dikutuk sama sekali.
Walaupun fatrah imtihan kini melanda bumi Mesir. Namun tidak menjadi satu penghalang buat sahabat-sahabat untuk meluangkan sedikit masa membaca isu-isu semasa. Sebagai contoh pelajar di Iskandariah, kalau 24jam duduk mengadap buku semata-mata, saya yakin ada diantara mereka yang tidak tahu isu pengeboman ini. Pasti ada yang terkejut bila dapat tahu ada diantara mahasiswa kita yang ditahan kerana disyaki mencurigakan dalam isu ini. Namun alhamdulillah sudah dilepaskan. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh layarai Al-Masry-AlYoum atau portal-portal berita Mesir. (Dan inilah yang menjadi kelemahan ramai diantara kita untuk membuka laman-laman berita ini)
IMAM dan Makmum
Isu persatuan anak-anak Melaka Mesir, atau nama rasmi persatuan anak melaka di Mesir, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) yang diminta agar dibubarkan oleh Ketua Menteri Melaka, kerana dianggap terlibat dengan PMRAM. Dan PMRAM dituduh sebagai persatuan Pembangkang. Maka, oleh kerana itu ia diminta dibubarkan. Semuanya kerana agenda tersembunyi pegawai "melaka" celup yang mencanangkan pelbagai isu dihadapan Ketua Menteri melaka. Natijahnya, ditubuhkan IMAM. Untuk maklumat lanjut boleh ikuti isu tersebut di akumakmum.blogspot.com. Bagi saya, amatlah tidak patut ditubuhkan sebuah persatuan baru bagi anak-anak Melaka, kerana persatuan yang sudah ada telah banyak menyumbang dan berjasa dalam menjaga kebajikan anak-anak Melaka sejak ia ditubuhkan pada tahun 1976 lagi.
Apa yang perlu kalian tahu adalah, BKKIMM lah yang telah bertungkus lumus menjayakan sebarang program sejak pegawai Melaka celup ini dilantik dan persatuan ini jugalah yang telah bersusah payah mengendelikan urusan berkaitan keberangkatan delegasi Kerajaan Negeri Melaka selama keberadaan mereka disini. Namun, inilah balasan yang diberikan hanya kerana politik sempit dan fitnah yang dilemparkan oleh pegawai celup tersebut. Walhal sudah terang-terangan BKKIMM berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.
Namun, saya amat yakin IMAM tidak akan bertahan lama seperti juga nasib Kelab Ulul Al-Bab di Terengganu dan juga persatuan-persatuan baru yang cuba untuk memecahbelahkan Persatuan Anak-anak Negeri di Mesir yang lain. Kita tunggu dan lihat.
Ketinggalan Zaman
Ramai yang menyambut tahun baru 2011. Namun bagi saya, mereka yang menyambut tahun baru masihi 2011 ketinggalan zaman, kerana orang Islam lebih dahulu menyambut sambutan tahun baru 1432Hijrah. Tidak salah untuk menyambut tahun baru 2011, namun agak menyedihkan kerana umat Islam sendiri tidak berbangga dengan tahun baru awal muharam yang telah mereka sambut. Mereka merasakan bulan masihi lebih mulia untuk disambut berbanding bulan Islam. Inilah satu fenomena yang secara sedar ataupun tidak, kita telah merendah-rendahkan agama kita sendiri.
Ayuhlah kita sedar kembali, sepatutnya bukan tahun baru sahaja yang kita sambut, tetapi setiap hari adalah suatu yang baru buat kita dan perlu kita hargai dan penuhinya dengan semangat, keazaman dan iltizam yang baru, agar hari-hari berlalu yang kita sia-siakan tidak lagi berlaku esok.
Jadi, marilah kita renung-renungkan bersama. Apa yang telah kita lakukan dengan hari kita hari ini? Salam imtihan buat sahabat-sahabat di bumi Mesir. Semoga kalian najah dalam imtihan dan diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan menuntut Ilmu Allah sehingga akhir hayat..
p/s : sebab saya ketinggalan zaman baca surat khabar, terlepas peluang nak tengok hujan meteor malam tadi. Berita kat sini

baru tau ade pengeboman di iskandariah...sob2...sedih.
http://sachiasukaii.blogspot.com/2011/01/semuanya-tak-kenaaa-teheeeee-rindu-arr.html
Sachi Asukai
January 3, 2011 at 3:51 AMyup.. cakap tu mcm belajar kat iskandariah je.. hehe
aminmenulis
January 3, 2011 at 4:48 AM