BASED : Batuk+Selesema+Demam


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Musim sejuk yang sudah hampir sebulan melanda Mesir membuatkan ramai sahabat-sahabat Mahasiswa/wi Islam disini. Baik daripada bidang Perubatan ataupun Pengajian Islam menghidap demam, selesema dan batuk, simtom yang sama berlaku termasuk juga aku. Kesejukkan yang melanda kadangkala mencecah 5 Darjah Celcius tidak terlalu sejuk. Namun tiupan angin dan perubahan musim membuatkan badan menjadi tidak stabil. Maka terdengarlah suara batuk, dan kesengauan suara dikalangan mereka.

Alhamdulillah, hari ni Allah kurniakan nikmat sakit itu setelah berbulan-bulan tidak demam. Moga-moga ia menjadi satu kaffarah dosa buat hamba yang terlampau banyak melakukan kemaksiatan dan dosa. Buat sahabat-sahabat yang sakit aku doakan akan Allah memberikan kita kekuatan dan kesembuhan agar dapat meneruskan usaha menuntut Ilmu Allah s.w.t. disini. Lebih-lebih lagi dalam musim peperiksaan yang bakal dihadapi awal tahun hadapan. Walaupun badan menjadi lemah, sakit belakang, dan susah untuk bergerak, kesempatan dan nikmat hidup yang Allah berikan ini kita gunakan sebaiknya untuk beribadah dan bertaubat kepada Allah.

Memang amat menyeksakan bilamana ingin mengambil wuduk dimusim sejuk, ditambah pulak dengan sakhonah(pemanas air/heater) yang rosak dan cuaca yang sejuk. Amat mencabar diri apatah lagi untuk melangkah ke kuliah yang jaraknya memakan masa hampir 45minit menaiki bas daripada syeksyen 10, Madinah Nasr, Kaherah. Teringat ketika masih dialam persekolahan dulu, aku antara pimpinan pelajar yang kerap sakit dan demam. Sering mengambil cuti dan tidak hadir ke sekolah menyebabkan pihak pentadiran gelisah dan risau melihat situasi sebegini. Aku katakan kepada mereka "Bukan saya yang nak sakit ni, Allah yang bagi" Walaupun telah menjaga kesihatan sebaik mungkin. Mungkin akibat stress dan pengurusan diri yang kurang baik menyebabkan aku sering sakit-sakit dan demam.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs013.snc6/166393_183739781652982_100000508851984_606062_1407186_n.jpg

Buat sahabat-sahabat dan adik-adik di Mesir banyakkan minum air mineral dimusim sejuk, kerana musim sejuk ini menyebabkan kulit menjadi kering dan bibir sering pecah-pecah. Gunakan krim pelembap untuk mengelakkan kegatalan kulit. Kesat hingga kering selepas mandi atau mengambil wudhuk. Dibimbangi terkena penyakit lemah tulang dan sebagainya. Pakai pakaian tebal dan sentiasa memakai stokin/sarung tangan ketika keluar untuk ke kuliah ataupun melakukan aktiviti harian. Elakkan mandi yang terlalu kerap kerana dibimbangi boleh menghidap penyakit paru-paru berair. Sila dapatkan nasihat daripada rakan-rakan doktor dibidang perubatan. Mereka lebih arif tentang kes-kes sebegini.

Buat mahasiswa/wi juga, elakkan keluar pada waktu malam kerana pada musim sejuk ini kerap berlaku gangguan atau aktiviti rompakan dan sebagainya. Seeloknya keluar secara berkumpulan untuk pergi ke kelas-kelas tutorial dan pesanan buat akhwat dapatkan khidmat musyrif bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Semoga Allah memberikan kekuatan dan kerahmatan untuk kita meneruskan perjuangan menuntut Ilmu di bumi Mesir ini insyaAllah.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs058.snc3/14542_101596689867292_100000508851984_41848_5855126_n.jpg
Bersama sahabat-sahabat seperjuangan dan seangkatan dalam perjalanan menuju ke kuliah-Tahun pertama di Bumi Mesir

Buat sahabat seperjuangan Ulwan, Jihad, Azidi, Azuwan, Ust Syukri Nazar, Ust Abd Mannan dan sahabat-sahabat yang sakit, Syafakumullah, semoga Allah menyembuhkan kalian. Terima kasih dan mintak maaf banyak-banyak kat Aiman sebab selalu merempat kat bilik enta dan guna internet tampa izin. Hehe.. Dan selamat menduduki peperiksaan fasa 1 buat penuntut-penuntut Universiti Al-Azhar yang bakal bermula seawal 8 Januri 2011. Semoga kecemerlangan kita menjadi satu wasilah untuk kita sampaikan ilmu kepada masyarakat kelak. Bukannya ilmu sebagai wasilah untuk mendapatkan sijil seterusnya mendapatkan pekerjaan semata-mata untuk diri dan keluarga kita sahaja. Ingatlah tujuan kita disini adalah untuk menuntut ilmu dan menyampaikannya kepada masyarakat. Pesanan ini buat diri hamba yang sering lalai dan leka. Maka, marilah sama-sama kita membina kekuatan dan kesatuan selaku Mahasiswa Islam untuk sama-sama berjuang dan mengislah masyarakat kelak.

Buat sahabat PERUBATAN, selamat mengundi sempena pilihanraya esok 24 Disember 2010. Pilihlah calon yang betul-betul layak untuk memimpin kalian membawa PERUBATAN kearah pembentukan Mahasiswa Perubatan Islam yang cemerlang. Ingatlah, kalian bukan sekadar menjadi platform manusia mendapatkan khidmat perubatan fizikal tetapi yang paling penting dapat merawat dan membetulkan aqidah pesakit, bahawa sesungguhnya penyakit dan setiap apa yang berlaku adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. untuk menguji keimanan hamba-hambanya yang beriman kepada Allah s.w.t. Masyarakat lebih mendengar kata-kata nasihat dan mendapatkan pertolongan daripada doktor apabila sakit, tetapi jarang sekali yang ingin mendengar kata-kata dan kalam daripada Allah s.w.t.

Fakta Wikipedia :
Demam adalah suatu keadaan saat suhu badan melebihi 370C yang disebabkan oleh penyakit atau peradangan. Anak yang memiliki suhu tinggi karena suhu tinggi berkepanjangan dapat menyebabkan sawan. Demam yang melebihi 3 hari mungkin merupakan malaria atau penyakit yang disebabkan oleh nyamuk lainnya

p/s : Kepada semua pembaca terutama kepada ibu,ayah serta keluarga di Malaysia, Kimah di UK, dan semua yang mengenali. Doakan kami disini agar sentiasa kuat dan istiqamah dalam menuntut ilmu disini.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1158.snc4/150052_175261942500766_100000508851984_544613_2876237_n.jpg
Gambar terkini bersama Mantan Presiden PMRAM (Ust Hairul Nizam) dan Presiden PMRAM sekarang (Ust Shahrizan) - Aidiladha 1431H. (semua berkaca mata.. hehe)

7 komen mengomen :: BASED : Batuk+Selesema+Demam

  1. ahaha....yang tengah mantan,yg kanan presiden kini..yg kiri bakal presiden an??

  2. akh.,ana minta copy gambarnya ya?Kenangan presiden pmram..hehe^_^

  3. Mizah : Aah.. yela sangat tu, sangat mustahil dan mmg mustahil, ana ni tak layak pun nak jadi presiden, jadi kuli pun da sakit2 dah ni. Apatah lg presiden yg menaungi seluruh anak-anak Mlaysia kat mesir ni. Teramat besar amanah tu. Nauzubillahiminzalik.. tak terjawab kat lam kubur nnt. huhu..

    Anon : yup.. amik la.

  4. smoga cepat sembuh. . .

  5. Jazakillahukhairan..
    Ameen~

  6. sorry akh,ana x bermaksud buat akh marah..asiff jiddan..

  7. tak marah pun, bgtau je.. (n_n)v hehe..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers