|
|
JIKA dahulu dia hanya melakonkan watak ustaz penghalau hantu dalam drama bersiri Puaka Niyang Rapik, Ashraf Muslim, 29, kini bertugas sepenuh masa sebagai pengamal perubatan Islam.
Ashraf mengubat pelbagai jenis penyakit sama ada berbentuk fizikal seperti sakit jantung mahupun penyakit spiritual yang melibatkan gangguan makhluk halus. Kru Jurnal berpeluang melihat sendiri Ashraf mengubat pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang terletak di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor baru-baru ini.
Menyaksikan sendiri jumlah pesakit yang datang, ternyata Ashraf tidak main-main. Pengunjung terdiri daripada semua peringkat usia. Mereka datang dari seluruh negara termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Ada juga yang sanggup bermalam di ibu negara sama ada di hotel mahupun rumah saudara-mara asalkan mendapat rawatan di situ. Difahamkan, proses rawatan itu bermula selepas Isyak sehingga pukul 3 pagi.
Mengimbas kembali transformasi dirinya daripada seorang pelakon kepada pengamal perubatan Islam, Ashraf mengakui proses itu bukanlah sesuatu yang mudah.
Hijrah
“Ia satu penghijrahan diri, semua orang kena lalui. Proses perubahan itulah yang menjadikan saya lebih kuat dan lebih memikirkan apa yang salah dan betul.
“Sebelum ini memang saya ada duit, kerja, kereta, rumah dan kawan-kawan. Bagaimanapun, hati saya terasa kosong.
“Sampailah saya berjumpa pengasas pusat perubatan ini, Haji Lokman. Dia kata, Ashraf, pergi dekatkan diri dengan Tuhan.
“Caranya, saya sembahyang sunat taubat, sunat hajat dan pergi menunaikan umrah.
“Balik daripada umrah, saya rasa gembira dan lega. Perjalanan hidup pun semakin tenteram manakala rezeki bertambah hingga sekarang,” katanya.
Ashraf mula berkenalan dengan Haji Lokman Abdul Hamid ketika membawa seorang adiknya berubat di situ. Haji Lokman juga ialah orang yang bertanggungjawab mengajar Ashraf ilmu perubatan Islam dan membuka Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah. Menurut Ashraf, rawatan yang diberikan adalah menggunakan ayat-ayat al-Quran tanpa sebarang perantaraan mahupun khidmat daripada makhluk halus.
Selepas berubat, pesakit akan diberikan ayat-ayat daripada surah tertentu untuk diamalkan, yang berfungsi sebagai penawar penyakit. Orang ramai datang untuk mendapatkan rawatan bagi pelbagai jenis penyakit. Daripada yang menderita penyakit kronik hinggalah sekadar meminta air penerang hati.
“Namun, yang ada hanyalah ayat penerang hati, air penerang hati tidak ada.
“Semasa merawat, al-Quran kita mesti baca, baru kita ingat kepada Allah. Paling penting adalah doa.
“Air tidak penting, ia sekadar syarat. Kebiasaannya orang Melayu nak ada air, jadi kita bagi air, tapi baca al-Quran lagi penting.
“Kalau air dah habis tidak menjadi masalah sebab yang menjadi ubat ialah ayat al-Quran, bukan air.
“Sebagai contoh, untuk sakit tulang seperti artritis, surah yang perlu dibaca ialah surah Qaf dari ayat 16 hingga ayat 45. Selepas baca kita berdoa pada Allah mohon apa yang dihajati,” katanya.
Berlakon
Pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC) dan anak kelahiran Teluk Mas, Melaka ini berpendapat perubatan Islam bukan untuk golongan ustaz semata-mata.
“Sebenarnya Tuhan tengok hati. Haji Lokman pun latar belakangnya bukan seorang ustaz, sebaliknya dia seorang ahli korporat. Dia berhenti kerja semata-mata untuk kerja ini (mengubat).
“Kerja ini untuk semua orang, tapi hati kenalah ikhlas. Saya juga manusia biasa.
“Yang penting, solat lima waktu jangan tinggal, buat perkara wajib, tinggalkan perkara yang dilarang,” katanya.
Kini, Ashraf fokus dengan pilihannya biarpun terpaksa melupakan karier lakonannya buat seketika.
“Berlakon itu bila-bila masa pun boleh. Sebelum ini saya buat dua-dua (berlakon dan mengubat). Tapi kadang-kadang kita perlu fokus pada satu-satu perkara,” katanya.
aminmenulis : Asyraf Muslim telah melakukan transformasi daripada seorang pelakon kepada seorang pengamal dan perawat perubatan Islam. Mengapa tidak kita selaku orang yang belajar dalam pegajian Islam memberi nilai tambah kepada ilmu yang kita pelajari. Sekarang ni, pusat rawatan Islam semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat Islam. Maka, menjadi satu bonus buat mahasiswa/wi perubatan dan pengajian Islam untuk mengisi kekosongan dan permintaan masyarakat.
Semasa di Malaysia dulu, saya ada cuba untuk mengikuti kelas dan kaedah menjadi pengamal perubatan, tapi kekangan masa dan kewangan menyebabkan hasrat tu terhenti setakat itu sahaja. Walaupun rumah saya berdekatan dengan Pusat Rawatan Islam, Darul Syifa', Bangi. InsyaAllah, jika ada rezeki dan peluang, nak juga menjadi pengamal perubatan Islam, kalau tak dapat rawat orang lain pun, sekurang-kurangnya dapat merawat diri sendiri.
p/s : Tahniah kepada Asyraf Muslim, individu seperti inilah yang memberikan kredit/sedikit sebanyak membawa pengaruh dalam masyarakat. Seperti juga beberapa individu yang dahulunya berlakon kini menjadi pendakwah dan memberikan sokongan kepada mereka yang ingin melaksanakan hukum hakam Islam. Antara Ali Setan, Bob Lokman dan lain-lain lagi. Semoga hidayah yang Allah berikan kepada mereka ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan membantu perjuangan Islam. Moga kita juga tergolongan daripada mereka-mereka yang Allah berikan hidayah dan menjadikan asbab orang lain turut mendapat hidayah. Ameen..
Tambah-tambah plak dengan ekonomi sekarang (Malaysia) yang semuanya semakin naik, pasti kos sara hidup dan khidmat kesihatan semakin tinggi. Jadi, dengan adanya kaedah Rawatan Islam, ianya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t, mengamalkan Islam dan menjaga kesihatan zahir dan batin. Jom, pakat pergi belajar kat pusat rawatan Islam masa cuti hujung minggu. Lepasni, tak payah dah pergi klinik/hospital. Hehe.. Ubat tu hanya wasilah penyembuhan, hakikatnya Allah yang memberikan kesembuhan. Tapi, kalau nak kena bedah dll, jangan pulak bedah sendiri, terburai isi perut karang.
terbaik la
boy @ mr.k
January 16, 2011 at 12:34 PMBaru aritu mimpi psl die...hihi
hamika
January 16, 2011 at 2:23 PMboy : Yupp.. Ashraf Muslim terbaik wok.. memang kena dengan nama dia. Sesuai..
aminmenulis
January 16, 2011 at 2:29 PMHakimah : Ceh, dan2 je.. haha.. Coverage mimpi mana sampai kat London. hehe..
aminmenulis
January 16, 2011 at 2:30 PMBtl la.mimpi lg hebat dr tenet kot worldwide coverage. Gelombang minda menurut kajian dr fk
hamika
January 16, 2011 at 3:55 PMAlhamduLillah. tabik sama Asyraf. hihi.
Seimura
January 16, 2011 at 9:44 PMKimah : Haha.. baik2, fakta ye bukan auta.
Seimura : Alhamdulillah, mintak2 lagi ramai artis dan selebriti kita sedar dan kembali kepada Islam.
aminmenulis
January 17, 2011 at 3:51 AMwaa.. betul la dia ingat klon tadi.. :)
chesakinah
January 17, 2011 at 2:19 PM2 maksudnya sape2 je bleyh buat asal kite ade semngat dan tarbiyah dlm diri..yg pnting diri sndiri yg nak..tapi KAGUM sngt ngan dye..leyh jd contoh untuk rmaja skrang..
ZATIEY
February 18, 2011 at 4:33 PMBoleh tak saudara beritahu alamat penuh Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah ni?
Juliana Julia
April 10, 2011 at 1:32 PM