Gambar : Selamat Pagi Mesir

Selamat pagi Mesir.. Hehe.. Sobahannur.. Buat pertama kali sepanjang aku hidup kat bumi Mesir. Inilah kali pertama aku tengok Mesir dilanda kabus tebal yang teramat tebal. Tak nampak apa-apa. Jarak penglihatan memang terhad. Ramai abang senior cakap, musim sejuk kali ni memang menjadi. Sebab kali ni hujan 4hari berturut-turut. Sampai ada kawan yang pergi Sinai (Jabal Musa, tempat nabi Musa bermunajat) lebat salji turun. Hehe.. Tak sabar rasa nak pergi Sinai. Yela, nak pergi Turki atau Jordan mahal sangat, baru dapat main salji. Hehe.. Takde duit. So, dapat pergi Sinai pun jadilah. Harap-harap time pergi nanti salji masih ada..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs043.snc6/167312_190927124267581_100000508851984_662644_1106506_n.jpg
Hah.. Ni pemandangan daripada tingkap bilik aku. Sampai bangunan depan pun aku tak nampak. Walaupun jarak dekat sangat. Cantik kan? Ada pokok kurma 2 batang kat bawah tu..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs062.snc6/167255_190932540933706_100000508851984_662695_3717816_n.jpg
Ni plak pemandangan daripada atas bumbung (Sutuh) rumah Terengganu. Tengok kat bawah tu, dataran rumah negeri. Yang tengah renovet (ada kain-kain tu) Rumah Selangor, yang betul-betul depan ni. Rumah Kedah, dan yang belah kanan tu Rumah Pahang. Sebab tu lah, dataran kat bawah tu nama dia Dataran Rumah Negeri. Hehe.. Macam kampung melayu dah. Tapi, kalau search kat google, kawasan ni memang nama dia Masakin Malizia, penginapan/asrama warga Malaysia. Wah.. hebat, sampai masuk dalam peta. hehe..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs062.snc6/167255_190932544267039_100000508851984_662696_6889634_n.jpg
Ok. Ni pulak pemandang jalan raya belakang Rumah Terengganu. Tengok, jalan berair dan berkabus. Ni masa dah kurang kabus, tadi lagi lebat. Sampai kereta suma slow macam siput. Hehe.. Tapi satu kejadian yang tidak diingini berlaku pagi nih. Tengah duk usyar kabus, tetiba ada orang simbah air kat aku.. Hampes tol.. Arghh.. dah la sejuk.. Sape la kureng sangat main air pagi-pagi nih. Nak kata, ada kolam, masa bila plak hostel ni ada kolam? Paip air lagilah takde.. haha..

http://l19.sphotos.l3.fbcdn.net/hphotos-l3-ash1/hs791.ash1/168101_191187784241515_100000508851984_664081_4853051_n.jpg
Simbahan yang hampir terkena aku yang hensem dipagi hari.. Tau la, aku belum mandi, jangan main simbah je.. Huhu..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1389.snc4/164175_191185474241746_100000508851984_664063_2300966_n.jpg
Ceh.. Rupanya Exco Perumahan, (Ust Kamal) tengah keringkan air kat atas bangunan ni sebab tangki hostel akhwat bocor. Huhu.. PErgh.. cayalah. Pagi-pagi sanggup terjun dalam air, dah la sejuk. Tapi kerana akhowat (erkk!! hehe) tanggungjawab selaku Exco yg berdedikasi, sanggup mengharung air yang sejuk sampai ke tulang gearbox. Haha..


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs071.snc6/168101_191187787574848_100000508851984_664082_6270375_n.jpg
Ust Kamal sedang membancuh teh tarik untuk diberi kepada seluruh penduduk mesir minum diwaktu pagi. Haha.. Baik sungguh beliau. Harapnya beliau diangkat menjadi Yang Dipertua tahun depan. Hehehe..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs070.snc6/168083_191189354241358_100000508851984_664091_2320286_n.jpg
Ust Kamal tengah check kebocoran pada tangki. Aku bagi dah kat dia steple tapi dia taknak. Selamber je dia cakap, guna soletep lagi kuat.. Hahaha.. Hampeh..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs050.snc6/168083_191189357574691_100000508851984_664092_4651373_n.jpg
Huhu.. Air ni terbuang macam tu je. Sayang betul..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs070.snc6/168083_191189360908024_100000508851984_664093_5430638_n.jpg
Ust Kamal bajet macho, melepaskan lelah setelah penat mengerinkan air. Macam dalam filem titanik lak aku tengok. Berada di awangan..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs041.snc6/167162_191180494242244_100000508851984_664028_2786509_n.jpg
Tadaa... Nilah gambar Sinai yang terbaru.. Hari ni insyaAllah, sahabat-sahabat kita dari Syoubra akan bergerak kesana. Tapi, berdasarkan pemerhatian, salji turun sebab hujan yang teramat kerap beberapa hari lepas. Huhu.. Mungkin sapa yang pegi lambat-lambat dah takde kot.. Nauzubillahiminzalik..


11 komen mengomen :: Gambar : Selamat Pagi Mesir

  1. Ala..nak main salji jugak. Pegi Sinai lagi lah tahun ni. hahaha.

    gambar air tu cantik la pula. unik.

  2. Hehe.. Pegi la skali lagi.. Jap nak upload gambar salji kat sinai.. Hehe..

    Yup.. Kena laju la, baru leh tangkap air macamtu..

  3. subahannallah... begitu ke kisahnya???
    pemandangan yang cantik....
    tak sangka kat sana ada nama penginapan seperti nama negeri2 di Malaysia.. .terbaik lah...
    aku suka cara ko amik gambar...

  4. cantik2:)

  5. Boy : Yup.. Subhanallah. macamtu la ceritanya..

    Kat sini semua negeri ada rumah dia sendiri.

  6. Kemudi hati : Syukran ye.. Alhamdulillah. biasa2 je ni..

  7. ecehhhcehceh!

  8. menarik kisah pagi2 tu.. :D

  9. This comment has been removed by the author.
  10. Assalamualaikum. wah2...menarik kisah kabus n salji di Mesir ni. pertama kali baca blog anda. ni pun sbb ade terbaca kisah pemberontakan di Mesir dlm berita harian...ade tertera alamat blog anda. nice pics too btw!

  11. Salam...
    aku pun sama 1st time baca blog tuan. tu pun sbb huru-hara kat mesir...Menarik ya dengar cerita kabus & salji di mesir ni...aku ingatkan mesir ni tak la nak sejuk mana sampai turun salji. tapi dah kuasa tuhan..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers