Gambar Roadtour Bersih 2.0 Rakyat Malaysia di Mesir

Amaran: Post ini bukan politik yer. Cuma berkait rapat dengan hak dan keistimewaan rakyat jelata. Kepada yang tak suka jangan baca.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum semua. Huhu.. Sebulan lebih dah rupanya blog ni tak terupdate. Bukan takde isu ataupun cerita yang hendak ditulis, tapi semata-mata untuk memberi laluan kepada peperiksaan akhir bagi semester ni. Mohon doa daripada semua agar aku berjaya dengan cemerlang nanti. amin..

Alhamdulillah, aku baru baik daripada demam je ni. Mungkin sebab banyak sangat dosa, Allah uji masa aku nak imtihan Usul Fiqh baru ni. Memang blur, ditambah pulak dengan cuaca musim panas kat Mesir sekarang ni. Ok, biarkan cerita demam dan imtihan tu. Kebetulan jumpa internet laju. Jadi rasa nak update je blog ni.

Ok, ceritanya seperti dibawah. Sekadar kongsi pengalaman dengan semua, apa yang berlaku di Mesir baru-baru ni. Demam-demam pun aku turun jugak join. Haha.. Semangat nak amik gambar punya pasal. Nak wat camner, dah minat nak jadi journalist la konon-kononnya. So, bace jelah, cerita pendek dan gambar yang tak seberapa kat bawah ni. Sekadar nak meng'update' blog ni bagi bernyawa. Kesian aku tengok, ramai follower, semakin bertambah. Tapi takde cerita aku update. Mintak maaf la semua. hehe...



Roadtour Pra-BERSIH 2.0 Rakyat Malaysia Di Mesir. 2 Julai 2011.
Gambar kat atas ni, yang pakai vest tu adalah President SUARA. Ust Firdaus Madzlan atau lebih mesra dengan panggilan Ust Alang. Masa ni on the way nak ke rumah Melaka. Meriah kan tengok? hehe..

Ok, 2 Julai 2011 baru-baru ni, hampir 50 orang sukarelawan terdiri daripada Rakyat Malaysia di Mesir anjuran Gerakan Suara Rakyat (SUARA) mengadakan roadtour (Sesi Jelajah) ke rumah-rumah negeri di sekitar Kaherah, Mesir.

Sukarelawan ketika berhimpun dihadapan Asrama Rumah Terengganu di Hayyu 10. Mendengar taklimat sebelum memulakan kembara.

Sesi yang bermula di Dataran Rumah Negeri, Hayyu 10, Kaherah, Mesir. Disini menempatkan Asrama Rumah Negeri Kedah, Pahang, Sarawak & Terengganu. Semua dibahagikan kepada 4 kumpulan bagi menyebarkan risalah ke setiap rumah negeri. Setelah hampir 15 minit bergerak dari rumah ke rumah, dari bilik ke bilik. Kami kemudian berarak menuju ke Hayyu 7. Disana, dimana terletaknya Asrama Rumah Kelantan, Perak, Kedah (Rumah Baru), Selangor, Wilayah, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan & Perlis. Manakala Asrama Pelajar Johor di Rabaah tidak sempat untuk diziarahi kerana lokasinya agak jauh di Rabaah. Tetapi sudah ada sukarelawan yang akan kesana.

Amat menarik kerana, kembara menaiki bas beramai-ramai berpakaian kuning. Arab tengok pun terkejut. Ramai-ramai pakai baju kuning menyala. Hehe.. Tapi, kat sini diorang dah biasa dengan orang Melayu. So, takde yang peliknya.


Si comel, adik Iman kalau tak silap namanya ni pun turut sama menjayakan Pra-Bersih 2.0 Rakyat Malaysia di Mesir.

Ok, objektif utama Pra-Bersih 2.0 ini adalah untuk menyebarkan risalah serta mengajak seluruh rakyat Malaysia di Mesir turun beramai-ramai berpakaian kuning pada 5 & 9 Julai 2011 nanti, sebagai tanda sokongan Rakyat Malaysia di Luar Negara bagi menuntut Suruhanjaya Pilihanraya mentransformasikan Sistem Pilihanraya di Malaysia yang dilihat tidak telus dan terdapat kelemahan.

Selaras dengan 8 tuntutan BERSIH yang dilihat tidak menyebelahi mana-mana pihak baik Pembangkang mahupun Kerajaan, tetapi kearah penambahbaikkan sistem pilihanraya negara. Maka, usaha ini patut disokong oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira parti politik,kaum dan agama. Selagi mana tuntutan tersebut selaras dengan kehendak Syariat Islam serta mengikut lunas dan perlembagaan negara.

Ok, apa tuntutan BERSIH sebenarnya? Mungkin ramai dah tau dan ada jugak yang tak amik tau. Malas nak layan hal-hal politik tanah air nih. Ok, korang kena tau jugak serba sedikit apa yang BERSIH nak sebenarnya. Sebab, media hari-hari sumbat korang dengan pelbagai cerita, konon BERSIh ni nak jatuhkan kerajaan la, nak merusuh, komunis dan sebagainya. Walhal, kalau tengok apa yang BERSIH tuntut tak sebelah mana-mana pihak pun. Sekadar kearah penambah baikkan sistem pilihanraya yang ada. So, kenapa kerajaan/SPR perlu takut sampai nak tangkap orang yang pakai baju kuning semua?

8 tuntutan BERSIH:

So, lepas korang baca 8 tuntutan ni, ada sebelah mana-mana pihak ke?

Maklumat lanjut dan terkini disini. https://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-di-Mesir-Menyokong-Bersih-20/119073048180213



Roadtour Pra-Bersih 2.0 Rakyat Malaysia Di Mesir. 2 Julai 2011 (Rumah Melaka) Hayyu 7, Kaherah, Mesir. Alhamdulillah, dapat jugak kami masuk bagi risalah ke Rumah Melaka.



Roadtour Pra-BERSIH 2.0 ke Rumah-rumah Negeri Malaysia di Mesir. 2 Julai 2011 (Kelantan) Ni pulak dekat depan Rumah Kelantan.


Risalah/flyers yang disebarkan sempena Pra-Bersih 2.0

InsyaAllah, himpunan BERSIH di Mesir akan diteruskan dengar katanya. Wallahua'lam la. Kita tunggu apa respon daripada pihak penganjur dan aku hormat titah perintah Duli Yang Maha Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Jika, himpunan pada 9 Julai ni perlu dibatalkan, aku akur je. Cuma, sebagai rakyat yang ada hak dan kebebasan, aku nak pakai jugak baju warna kuning walaupun takde demonstrasi tanda sokongan dan semangat memulihkan sistem pilihanraya negara kita.

6 komen mengomen :: Gambar Roadtour Bersih 2.0 Rakyat Malaysia di Mesir

  1. Terbaek!!!

  2. tahniah untuk mahasiswa Malaysia di Mesir kerana berjaya berhimpun dengan aman tanpa kacau bilau, ini adalah contoh terbaik yg kita perlu tunjukkan kepada sesiapa yg tidak bersetuju dengan bersih, mungkin ada pihak yang akan mengungkit bahawa mahasiswa kita di Mesir tidak kenang jasa kerajaan, dan rasanya tiada siapa yang nak ambil kira perkara tu kerana ops evakuasi yang dijalankan itu dah memang menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia, dan bersih sendiri hanya menuntut kebebasan dan keadilan pilihanraya di Malaysia..

    BERSIH telah disalah anggap dan iklan2 di RTM ada yang memburukkan BERSIH dengan kononnya mengatakan BERSIH ni mengajak rakyat merusuh, menganggu ketenteraman awam dan bersifat perkauman, tapi apa yang nyata, BERSIH adalah bukti perpaduan antara kaum di Malaysia yang mengatasi perpaduan kaum yang dianjurkan didalam program 1 Malaysia.. mungkin disebabkan ini BERSIH dihalang kerana ingin semata2 menjaga populariti 1 Malaysia..

  3. tindakan bagus terhadap pelajar mesir.memburuk kan negara sendiri di mata dunia kemudian anda datang kembali ke msia.oo..ya kerana tanahair ye??kenapa anda tidak hanya belajar di sini sahaja ini kan tanahair anda.memang anda pelajar yang cukup pandai sehingga ke luar negara tetapi anda adalah tidak bijak.

  4. salam.pedas jugak apa yg cik nur ckp.stp perkara yg terjadi ada pro dan connye.iAllah kalo niat baik Allah akan bantu..:)

  5. arrayah.info - Analisis di antara KHILAFAH 2.0 dengan BERSIH 2.0

    arrayah.info - Demonstrasi KHILAFAH 2.0 berjaya bukan BERSIH 2.0

  6. to nur... dah mmg satu dunia dah tahu mmg Msia diperintah oleh PM yg zalim.. mmg patut pon lebih 127 ngo luar negara kutuk Najib selepas demo BERSIH baru2 ni...

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers