Bahaya tidur menghadap kipas..

2 komen mengomen
Assalamualaikum,

Ternyata sekarang ini musim panas di Mesir (dah nak masuk musim sejuk dah pun.. T_T) dan ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin.

Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.

Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun.

Tapi tak bahaya tidur kalau korang peluk kipas tu sekali, yang penting jangan hidupkan suis. :)

Gagal? Jangan mengalah. Baca ni..

0 komen mengomen
Allahuakbar, sangat kagum dengan kisah Ustaz Hairul Nizam Mat Hussin. Semangat juang beliau untuk menuntut ilmu sangat tinggi. Tulisan ini saya ambil daripada blog Ustaz Hairul, beliau melalui tempoh yang begitu lama untuk sampai kepada tahap penulisan tesis bagi master. Alhamdulillah, tahun 2012 ini, makluman terbaru yang diperolehi beliau berjaya mendapatkan tajuk untuk tesis beliau. 1999-2003 (B.A) 2004 - sekarang (2012) baru berjaya mendapatkan tajuk untuk tesis. Hampir 9 tahun beliau berusaha untuk master. Moga Allah mempermudahkan urusan beliau.

(Aku, Ust Hairul Nizam, Ust Shahrizan) ini gambar tahun pertama aku di bumi Mesir.



Syeikh Sayyid Syaltut, Guru Yang Banyak Mendidik Ustaz Hairul Nizam.)

Jangan Mengalah. Ya. Itulah pegangan saya sepanjang permusafiran menuntut ilmu. Banyak sungguh suka duka dan ujian sepanjang saya di bumi Kinanah ini. Kadang-kadang macam tak percaya bahawa Kalau Kita Nak, Kita Tetap Nak.

Akhir tahun 1999, saya tiba di Mesir. Semangat berkobar-kobar untuk menuntut ilmu hampir padam sebaik sahaja saya tiba di Lapangan Terbang Kaherah petang itu. Gelagat orang Arab Mesir yang ganas ditambah dengan suasana berdebu dan berhabuk di padang pasir Hayyu Asyir (sekarang ini dah jadi pasar kereta @ Suk Sayyarat) cukup menyesakkan saya yang berjiwa zapin ini.


Pemandangan Suq Sayyarat, Hayyu Asyir pada hari jumaat.

Bulan 11 1999 hingga tahun 2003 adalah masa perkelanaan saya ke bumi Tanta. Paksa diri ke kuliah, membaca buku sekitar 100 muka surat sehari, dipaksa oleh Naqib tercinta Us Zul Janggut untuk sentiasa hasilkan kertas kerja ilmiah, berulang-alik ke Markaz Bait Izzah (Markaz pentadbiran Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta) dengan basikal dalam mengikuti agenda tarbiah dan thaqafah, menghadiri mesyuarat yang kadang-kadang sampai ke subuh adalah antara kehidupan saya di sana. Wah. Manisnya kenangan.

Ya. Empat tahun di Tanta, saya boleh merasa puas hati dengan sikap saya. Syukur pada Allah yang memberikan kekuatan fizikal dan mental pada saya.

2000 - berjaya mendapat Jayyid

2001 - berjaya mendapat Jayyid Jiddan
2002 - berjaya mendapat Jayyid Jiddan
2003 - tamat B.A dan berjaya mendapat Jayyid Jiddan


Selesai mendapat B.A dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti al-Azhar cawangan Tanta, saya terus menyambung ke Kaherah. Ya. Cita-cita untuk menggondol M.A dan PhD al-Azhar al-Syarif yang saya semat semenjak saya di tahun dua di Tanta mesti saya teruskan. Walaupun kawan-kawan seusrah saya di Tanta dahulu seorang demi seorang meninggalkan bekas kaki mereka di Mesir lalu meninggalkan bumi ilmu ini seusai tamat B.A, saya pasrah dan cekal untuk menghirup kepahitan sistem pembelajaran M.A Universiti al-Azhar bersama beberapa orang teman yang lain.

Master Al-Azhar. Bunyi yang cukup menggerunkan. Umpama satu hilaian hantu langsuir yang menyeramkan atma sang pelajar. Mananya tidak, satu paper kita gagal, semua paper akan turut gagal. Lantaklah. Susah ker, senang ker, saya mesti cuba. M.A al-Azhar, markah lulus (Maqbul) adalah 60-69. Jayyid 70-79. Jayyid Jiddan 80-89. Imtiyas 90-100.


(Masyaikhah Al-Azhar, pejabat Syeikhul Azhar)


2004 - Tahun Satu M.A al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh
Saya berjaya di Daur Thani untuk naik ke tahun dua dengan keputusan Maqbul. Sedih juga dapat Maqbul. Kita inginkan keputusan yang cemerlang bukannya yang cukup-cukup makan.

2005 - Tahun Dua M.A al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh
Tahun ini tahun kepedihan. Setelah saya cuba berhempas pulas dalam peperiksaan, saya akhirnya GAGAL. Inilah kegagalan pertama saya sepanjang hidup saya di dunia akademik.

2006 - Tahun Dua M.A al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh (Mengulang)
Saya menduduki peperiksaan di Daur Awal. Keputusannya adalah mengecewakan. Gagal. Susahnya nak lulus. Aduh. Tinggal satu lagi peluang di M.A al-Azhar. Saya mesti lulus pada Daur Thani. Kalau tidak. Saya akan gagal terus dalam M.A (Mafsul).


Pintu gerbang Dewan Syeikh Muhammad Abduk, Universiti Al-Azhar Kaherah.

Daur Thani: setelah usaha, akhirnya keputusan yang menyentak jiwa saya. ANDA GAGAL. ANDA SUDAH TAMAT DALAM PERCUBAAN MERAIH M.A UNIVERSITI AL-AZHAR. ANDA MAFSUL.

Tuhan. Besarnya ujian. Tak pernah dalam hidup saya, saya merasai kegagalan seteruk ini. Habislah usaha saya semenjak 2004 lagi. Keluarga mula memberikan pandangan. "Pulanglah. Sambung M.A di Malaysia".

Ada juga terdengar sindiran orang-orang itu. "Itulah. Terlibat sangat dengan persatuan. Akhirnya gagal".

Tidak. Saya bukannya orang yang mudah menyerah kalah. Memperjuangkan nilai ilmu agar saya boleh mengisi keperluan Parti Islam SeMalaysia dalam mengisi kerajaan Islam akan datang dengan neraca Syarak mesti terus dipertahankan. Mana boleh menyerah kalah. Siapa akan jadi tenaga pakar dalam bidang Syarak yang sangat diperlukan oleh kerajaan yang mahu bertunjangkan Syarak?

Tak boleh. Saya mesti terus. Tak boleh putus asa. MESTI CUBA LAGI AMBIL M.A AL-AZHAR SAMPAI BERJAYA. MESTI.

2007 - Tahun Kosong
Saya mengambil keputusan untuk mengambil semula M.A al-Azhar yang semestinya terpaksa mula dari tahun satu M.A. Oleh kerana saya telahpun gagal sehingga mafsul sebelum ini, saya tidak dibenarkan untuk terus mengambil tahun satu al-Azhar melainkan setelah berlalu tempoh setahun. Wah. Ujian lagi. 2007 adalah tahun saya tidak berstatus pelajar universiti. Kosong. Setahun saya tak ada Iqamah (visa).

2008 - Saya pelajar Tahun Satu
Mengulang kembali M.A al-Azhar dalam pengkhususan Usul Fiqh. Saya kembali menjadi pelajar tahun satu M.A al-Azhar. Daur Awal saya gagal lagi. Ya Rabb. Peritnya ujian.

Daur Thani akhirnya memberikan senyuman kepada saya. Saya lulus dengan keputusan Jayyid Jiddan. Alhamdulillah. Asykuruka Ya Rabb. Hihi. Terpaksa tinggalkan kenduri kahwin peringkat saya apabila terpaksa bergegas pulang ke Mesir untuk mengambil ujian Syafawi. Kesian pada isteri. Jadi pengantin seorang diri.




2009 - Tahun Air Mata Kegembiraan
Tahun Dua M.A Al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh. Nekad. Saya mahu berjaya. Saya tidak mahu jadi seperti mana tahun 2006 dulu. Pulun sungguh. Akhirnya Allah terima rintihan saya. Saya lulus dengan keputusan Jayyid. Sedih juga sebab tak dapat Jayyid Jiddan. Apapun, syukur pada Allah.

Akhirnya saya sudah masuk ke dunia penulisan. Dunia Tesis M.A. Selamat tinggal peperiksaan selama-lamanya.

Kalau dah selesai munaqasyah tesis nanti, saya akan terus sambung PhD pula di al-Azhar al-Syarif.

Wah.. lamanya perjalanan.

Menulislah walaupun satu baris..

0 komen mengomen

Aku dah lama tak menulis, bermakna lama jugaklah aku tak serius membaca. Sebab kemampuan seseorang untuk menulis adalah berdasarkan apa yang dia baca. Yelah, mana mungkin, kita nak menulis sedangkan kita tiada input untuk ditulis. Kalau nak membebel, banyak. Tapi nak menulis secara ilmiah, jangan harap la.




Empat tahun lepas, aku boleh kata, kalau nak menulis tu senang je. Sebabnya aku rajin membaca, tapi sekarang ni, mintak maaf la. Tepu kepala. Sebabnya? Malas dan tak luangkan masa untuk membaca. Rugilah, memang rugi sangat-sangat kalau kita malas membaca.

Antara tokoh-tokoh yang aku kagum dalam dunia ilmu ini adalah Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, penulisan dan ceramahnya kemas, teratur, padat dengan isi, fakta dan sejarah. Setiap kali membaca atau mendengar ceramah dan kuliah beliau, pasti teruja dan terfikir, bagaimana seorang yang sudah berusia, dapat menyusun kata-kata dan huraian yang begitu mantap. Setelah diselidik, kuncinya beliau begitu kuat membaca.

Kalau bidang penulisan pastinya yang aku minat Pak Latip, novelis sejarah terkenal di Malaysia. Setiap karya beliau, pasti terasa seperti kita berada pada situasi dan keadaan sejarah yang telah ribuan tahun berlalu. Hidup dan menyegarkan.

Dan sememangnya payah untuk menjadikan pemimpin negara orang yang kita kagum dalam bidang ilmu dan penulisannya kecuali Tun Dr. Mahathir Mohammad. Beliau juga seorang yang kuat membaca, dan setiap penulisannya kemas dan ringkas.


Tapi dalam banyak-banyak karya atas dunia ni, satu je manusia tak boleh nak lawan, walaupun hebat dan tinggi mana IQ dia. Pastilah dia kalah dengan Al-Quran yang wajib kita baca. Susunan kata, ayat dan tatabahasanya cukup mengagumkan. Pendekatan yang Allah SWT guna, sampaikan kita baca setiap hari pun takkan pernah bosan, malah bertambah-tambah rasa ingin membaca.

Apa poin sebenarnya aku nak cerita? Takde apa sangat pun, sekadar ingin mengasah kembali kemahiran menulis dan memaksa diri untuk membaca. Tapi alang-alang korang dah baca, suka aku bawak satu cerita, ringkas tapi tak ramai yang mampu nak lakukannya.

Kata Nabi Muhammad SAW kepada seorang lelaki apabila beliau meminta wasiat daripada Rasulullah "Janganlah kamu marah" atau dalam bahasa arabnya "لا تغضب";La taghdob. dan lelaki tersebut berulang kali mendesak nabi agar wasiatkanlah sesuatu kepadanya, lalu Rasulullah mengulangi perkataan yang sama. "Janganlah kamu marah."

Maka, ambillah kata-kata nasihat daripada nabi ini, sebabnya kemarahan itu datangnya daripada nafsu dan syaitan. Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita agar menahan marah, dan sekiranya marah, hendaklah duduk, jika tidak hilang juga perasaan marah tersebut, berbaring, dan jika tidak mampu jugak, ambillah air sembahyang/wudhuk.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers