Jangan Hanya Air Mata

0 komen mengomen


Di kala umat manusia mula berbondong-bondong menerima, mencari dan menghayati serta kembali kepada Islam, nun dihujung sana masih ada lagi umat Islam terutama muda-mudi hanyut dan tenggelam dalam gelora nafsu dan syahwat mereka.Leka dengan dunia hiburan, ramai yang ingin menjadi artis, sibuk berbincang dan membicarakan perkara atau isu picisanyang akhirnya menatijahkan perbalahan dan membuang masa.

Dalam keseronokan itu, kita terlupa saudara kita yang berduka menitiskan air mata dan darah. Terutamanya saudara kita,umat Islam baik di Syria, di Palestin, Mesir dan berberapa negara umat Islam.

Hari ini, mata dunia tertumpu kepada keganasan rejim Basyar al-Assad di Syria,  dan yang terbaru kita ketahui berkaitanisu pembersihkan etnik umat Islam di Rohingnya, wilayah Arakan, Myanmar. Jika kita hayati ia bisa meluluhkan jantung dan hampir memecahkantemolok darah kita apabila jiran terdekat negara kita di Myanmar dibunuh setiap hari.

Fenomena ini membuatkan ummat Islam yang beriman dan bertaqwa diseluruh dunia menitiskan air mata kesedihan, kerana ia telah merobek danmeragut maruah, kebebasan dan kebahagiaan saudara seagama. Namun, persoalannya sekarang. Selesaikah masalah itu hanya dengan titisan air mata?

Tidak sama sekali, ia tidak akan selesai dengan air mata dan sorak gempita semata-mata. Penyelesaiannya adalah umat Islam harus bangkit dari tiduryang panjang, sedar dari leka yang terlalu lama dan insaf dari lesu yang membarah. Kita ditindas hari ini bukanlah kerana sedikitnya bilangan kita, tapikerana lemahnya kita dalam banyak perkara dan terlalu takutkan mati dan cintakan dunia.

 إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, sehinggalah mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allahmenghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia."
[Surah Ar-Ra'd ayat 11]

Beberapa langkah yang perlu diambil adalah:

Pertama : Tingkatkan keilmuan dan softskill dalam pelbagai lapangan yang boleh membantu mempertingkatkan ekonomi dan daya saing umat Islam.Jangan hanya tertumpu kepada sesuatu bidang atau skop sahaja. Kita masih lagi ketandusan tokoh-tokoh Islam dalam lapangan ekonomi, pentadbirandan sebagainya. Kerana kuatnya musuh disebabkan mereka menguasai segala-galanya.

Kedua : Bebaskan diri dari pengaruh hiburan yang melemahkan akal dan minda. Hiburan hanya  meletakkan kita dalam angan - angan sertakeseronokan yang tidak berkesudahan dan tidak juga kunjung puas. Lebih suka hidup dipenuhi populariti sendiri berbanding yang memberikan kesankepada semua.



Ketiga : Sibukkan diri dalam gerak kerja penerangan dan kebajikan dalam lapangan masyarakat.  Sebagai contoh mengambil tahu dan meneroka isuumat Islam di seluruh dunia. Banyakkan "talking" Quran dan tarbiyyah yang memberi peringatan dan kesedaran tentang agama. Kita adalah pendakwahbukan penghukum.

Keempat : Hindarkan diri dari terperangkap dalam kancah persoalan khilafiyyah yang remeh temeh. Menghabiskan masa dalam perkara yang tidakmenambah iman dan amal sebaiknya mengecilkan jurang perbezaan yang meruncingkan pergeseran sesama muslim. Lebih malang, andainya intelektualIslam turut terseret dan sebaliknya diam membisu dalam isu kepentingan umat Islam.


Kelima : Tingkatkan ukhuwah Islamiyyah. Luaskan jaringan persahabatan dan persaudaraan sesama kita sekaligus mengelakkan diri dari permusuhansesama sendiri ( muslim ) hanya kerana perbezaan pendapat atau pandangan serta aliran ( manhaj ) pemikiran. Kenapa tidak kita gunakan prinsipSyeikh Rasyid Redho yang selalu diulang sebut dalam bulatan cinta kita.


نتعاون في ما اتفقنا عليه و نعذر بعضنا بعضا في ما اختلفنا فيه 
"Kita bertolong bantu dalam perkara yang kita sepakati bersama dan kita bertolak ansur dalam perkara yang kita berbeza pandangan padanya."

Keenam : Proaktif terhadap suasana sekeliling dan sensitif terhadap elemen yang boleh merosakkan akhlak dan akidah ummah.

Ketujuh : Mendalami ilmu agama yang mendekatkan kita kepada Allah. Kerana kejahilan membuatkan kita kadangkala melakukan perkara yangditegah serta memberikan pandangan yang tersasar daripada maksud asalnya.

 Kata Mufti Mesir Dr. Syeikh Ali Jum'ah :

"لا تتكلم قبل أن تتعلم"
"Janganlah kamu berkata-kata sebelum kamu belajar."


Kelapan : Banyakkan membaca, bukan memperbanyakkan bahan bacaan. Sesetengah orang suka membeli bahan bacaan tetapi kurang membaca,kerana membacalah melatih kita untuk berfikir dan mengembangkan minda. Pastilah bacaan yang wajib dan paling utama kita baca adalah al-Quran.Bukannya Facebook dan bahan hiburan.

Sahabat, musuh berjaga dan bersusah-ayah siang dan malam untuk menghancurkan kita. Tapi kita sebaliknya lebih banyak tidur dan mengabiskanmasa untuk perkara yang sia-sia. Kalau mereka yang terdiri daripada pelbagai agama, fahaman dan pemikiran boleh bersatu untuk menghancurkanIslam. Mengapa tidak kita umat Islam?

Selama mana kita benar, jujur dan amanah dengan perjuangan Islam, tidak pula bermaksud mengkhianati antara satu sama lain dan bersekongkoldengan musuh - musuh Allah SWT, ayuh marilah saudaraku kita bergerak selangkah kaki dan sehayun tangan. Menjulang panji perjuangan sertamenggerakkan jentera penerangan dan kebangkitan. Firman Allah SWT :

إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّـةً وَاحِدَةً وَأَنَـا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ
"Sesungguhnya ini adalah ummat kamu , ummat yang satu dan Aku adalah tuhanMu, maka abdikanlah dirimu ( kepadaKu )".- Al Anbiya' 92.


Ingatlah, permulaan yang baik bukanlah jaminan untuk kita berjaya, tapi ianya usaha terus menerus kita untuk menjadi baik walaupun sedikit, insyaAllah moga menatijahkan pengakhiran yang terbaik.

Muhammad Al-Amin Haji Salleh
Tahun 2 Kuliah Syariah Islamiyah,
Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers