Imtihan semakin memunculkan diri..

2 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..

"Allah berfirman, Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.(Al-Baqarah: 153)"

Bila menghadapi sebarang cabaran dan dugaan, mintalah pertolongan kepada Allah s.w.t. Nabi s.a.w. mengajar kepada kita seandainya kita menghadapi sebarang dugaan, maka dirikanlah solat dua rakaat dan mohonlah moga Allah permudahkan segalanya. Begitulah yang sepatutnya kita amalkan sebagai seorang Islam..

Lebih2 lagi dalam fatrah imtihan yang mula melanda. Sedikit sebanyak perlukan semangat dan peringat untuk diri sendiri..

Rata2 pelajar akan menulis surat cinta di akhir kertas peperiksaan bagi menyatakan rasa cinta dan sayang kepada pemeriksa.. Jadi elakkanlah menulis sedemikian kerana itu menggambarkan kita sebenarnya tidak bersedia dan menyebabkan pemeriksa berasa bahawa kita tidak betul2 belajar dan menuntut ilmu.

Sangat berBeza orang bersedia dengan orang yang tidak bersedia.. (cewah.. cakap macam pandai jer.. geram betui ak.. akulah orang2 yg tidak bersedia itu.. huhu.. Astaghfirullah, nauzubillahiminzalik, dah2 aku nak g study ni.. huhu...)

Babai...


( Mungkin beginilah doktor membaca dan menanda kertas imtihan aku, cuba bayangkan berapa kali doktor sakit perut ketawa dan terkentut..) huhu.. (takde thiqoh dh aku ni.. kui3..)


Saje je nak tunjuk kertas pekse ni..

Tahlil dam dan kasyfu tibb

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah imtihan qobul dh berlalu dgn jayanya. Semua pelajar Malaysia najah..

Bila nama dh muqoyyad/comfirm dkt kuliah kena la daftar, masing2 dh gelabah termasuk senior2 terutama exco pendidikan. Disebabkan natijah keluar lambat, maka lambatlah urusan selesai.
Sbb dlm seminggu bru dpt tau keputusan tahlil dam/chek darah. Lepastu baru boleh buat kasyfu tibb/ medical checkup. Lepastu nak dptkn tasdiq dan iqamah. Masa ada 2minggu lebih je sebelum imtihan fasa satu, 16hb 1 ni. Huhu..

Oklah, saje nak update blog sikit, penat taip dlm handset. Ada study group plak. Wasalam.

Menginsafi 1431Hijrah

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Siapalah aku untuk berkata-kata tentang kebaikan. Teringat kata-kata Ust Shukri semalam. "Sedapnya mendengar sesuatu yang baik daripada orang yang baik." kerana bilamana ahli maksiat berkata-kata sesuatu yang baik, ia ada hijab dan tidak mudah untuk terus sampai kepada pendengar. Semoga Allah ampunkan dosa2 ahli maksiat seperti aku.

Hari ini, hari terakhir bagi tahun 1430 Hijrah, bermakna semakin dekat kita kepada kiamat. Sedih terasa setahun berlalu begitu sahaja, terasa seperti diri ini tiada apa-apa yang boleh dibanggakan. Dapat belajar ke mesir boleh dibanggakan? Bagi aku ia bukan sesuatu yang dibanggakan tetapi satu beban, beban untuk memikul tanggungjawab menyebarkan agama Allah.

Terlalu berat aku rasa, sesak dada bilamana memikirkannya. Akulah yang akan mengislah ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat suatu hari nanti. Namun, adakah aku mampu untuk memikul tanggungjawab itu?

Bertambah sedih bilamana aku membelek dan menerawang ke blog2 dan facebook sahabat dan kaum kerabat. Sedih melihat perangai yang pelbagai. Pakaian mereka, pergaulan mereka. Aku tidak kata aku yang terbaik, tapi aku mahu semuanya sama-sama baik, bukan aku seorang saja. Bagaimana agaknya aku mahu mengislah mereka, sedangkan diri aku masih belum di islah. Bukannya mudah untuk mengislah diri seperti apa yang dikata, perlu betul2 mujahadah, iman setebal tisu macam aku lebih2 lagi.

Hari ini, aku menyertai Jaulah Maqam Auliya' di sekitar Kaherah. Sebelum itu, marilah sama-sama kita menyedekahkan al-Fatihah buat wali-wali dan mereka yang hampir kepada Allah. Al-Fatihah.

5 buah tremco gerak bergandingan, sebuah untuk mutazawwijin, manakala 4 buah lagi untuk peserta ikhwah. Sebuah tremco mampu memuatkan 15 orang. Bermakna, hampir 70 orang peserta Jaulah kali ini, rasanya yang teramai penyertaan berbanding jaulah2 sebelum ini yang dianjurkan oleh Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu.

Namun bukan itu yang menjadi ukuran, tetapi adakah kita mengambil iktibar dan menginsafi sejarah ulama'2 dan auliya' terdahulu. Aku terduduk, bilamana selesai memberi salam solat sunat ba'diah zohor di Masjid Sultan Hanafi. Terduduk dan terfikir, betapa hinanya diri ini hendak dibandingkan dengan sahabat2, ustaz2 lebih2 lagi tidak terbanding dengan auliya' ini. Tanpa sedar air mata mengalir laju, teringkat kata-kata Ust Nazrul semasa di maqam pertama yang kami lawati, Maqam Al-Imam Syeikh Solah Jaafari, yang hampir setiap hari aku lalui tikamana hendak ke kuliah.

"Untuk melihat nabi, ulamak mengatakan perlu membuang 70hijab dalam hati, antaranya hasad, dengki, takabbur dan banyak lagi. Syeikh Ali Jum'ah pula mengatakan bahawa perlu membuang 70 ribu hijab dalam hati barulah dapat melihat nabi. Dan mereka ini telah membuang hijab dalam hati mereka. Al-Imam Solah Jaafari hampir setiap hari bertemu dengan nabi secara sedar. Bagamaimana? Wallahua'lam. Karamah para auliya'." Kata-kata Ust Nazrul masih segar dalam ingatan.

InsyaAllah, ada kesempatan akan aku edit dan paparkan video2 yang aku sempat rakam kalam daripada Ust Nazrul dan Ust Hairul Nizam sepanjang perjalanan jauhlah kali ini.

Jadi sekadar renungan buat diri takut terlupa. Tiada kudrat mahu menulis lagi. Rasa mahu istirahat. Walaupun sikit, moga2 ada manfaat. Wallahua'lam.

p/s : Terasa mahu saja aku meninggalkan dunia yang penuh dengan dosa. Terus menuju kepada Pencipta. Pening melihat dan memikirkan dunia yang saban hari membuatkan hati jadi mati, nafsu jadi ratu. Namun, sudahkah aku layak untuk bertemu dengan-Nya? Allahumma solli ala muhammad.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api.

Mindset yang perlu diperbetulkan, Azam baru bukan untuk tahun baru saja..

1 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim, akhirnya kia berjumpa lagi. agaknya berapa hari dah ek aku tawaquf blog ni? huhu.. tak sampai setahun pun rasa.. Ish3.. Itu menandakan, aku masih hidup lagi. Alhamdulillah. Jodoh kita masih panjang. Sepanjang sungai nil yang mengalir. Panjang jugak cerita aku nak tulis. Tapi pendek je aku rasa, sebab nak jimatkan masa.

Bicara tentang tahun baru, mesti akan timbul isu yang tak pernah lapuk, seringkali bila tiba tahun baru, pasti orang akan bertanya..

Apa Azam baru kau tahun ni? Tak beli baju baru ke?, semangat baru dan serba serbi yang baru la.. Azam tahun ni dah tercapai belum?

Muak rasanya bila ditanya soalan-soalan sebegitu.

Sedar atau tidak kita sebenarnya telah terpedaya dengan budaya yang entah datang dari mana, seolah2 membuat kebaikan itu apabila tiba pada waktu-waktu tertentu. Bermaaf-maafan hanya di hari raya, hari lain tak payah mintak maaf la. Membersihkan kawasan rumah, kubur dan sebagainya bila ada kempen kebersihan, adanya ahli yang terkena penyakit seperti denggi. Berhati-hati ketika memandu hanya kerana adanya Ops Sikap.

Islam mengajar kita supaya memuhasabah diri setiap masa dan ketika. Sentiasa mengingati mati agar kita sentiasa memperbaharui iman dan niat kita.

Sebab itu, kita diajar untuk bermuhasabah setiap kali sebelum tidur, memaafkan kesalahan orang lain pada hari tersebut dan memasang niat untuk bangun keesokkan harinya untuk melakukan sesuatu yang baik (ibadah sbgai contoh niat untuk bangun solat subuh berjemaah) walaupun kita tidak bangun keesokkan subuhnya, namun niat untuk melakukan ibadah itu sudah dikira dan ditulis oleh para malaikat sebagai amal yang soleh, dan lebih-lebih lagi apabila kita melakukannya ia akan dikira sebagai satu lagi ibadah. Kerana kita tidak pasti adakah kita akan dihidupkan kembali keesokkan harinya.

Itulah yang dianjurkan oleh Islam. Bukan menunggu masuknya tahun baru, barulah mahu mengubah gaya hidup, pemikiran dan serba serbi kepada yang baru. Adakah kita pasti, detik jam yang akan datang milik kita? Seolah-olah kita yakin tahun hadapan milik kita.

Sekadar renungan, muhasabah diri ini. Tidak menjadi kesalahan untuk kita memperbaharui niat, azam dan sebagainya sempena tahun baru. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Nabi S.a.w bersabda : Sesungguhnya amalan seseorang itu berdasarkan niat masing-masing.. " Namun, adalah lebih elok kita sentiasa memperbaharui segalanya agar kita tidak terlambat atau menyesali waktu yang berlalu begitu sahaja sebelum sempat ia direalisasikan.


Dan bersegeralah memohon keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Dijanjikan kepada orang yang bertaqwa. (Iaitu) orang yang membelanjakan (hartanya) di waktu senang dan susah, orang yang menahan perasaan marahnya dan mengampuni kesalahan manusia. Dan Allah Taala itu suka kepada orang yang berbuat kebaikan. Dan orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji atau menzalimi dirinya, lalu mereka mengingati Allah, mereka terus memohon keampunan dari Allah atas dosa yang mereka lakukan dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahuinya. Mereka itu balasannya adalah keampunan dari Tuhannya serta syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal”

[ali-imran:133-136]

Aku pun dahulunya seperti mereka-mereka yang menyambut tahun baru dengan azam baru, semangat baru dan segala yang boleh diperbaharui. Namun akhirnya aku sedar, mengapa perlu menunggu untuk melakukan kebaikan atau penambahbaikan 364 hari lagi?

Sebagai contoh azam kita pada tahun ini adalah untuk rajin belajar, untuk mencapai sasaran cemerlang dalam peperiksaan, kita perlu mengulangkaji 10 jam sehari. Kebetulan tahun ini hanya satu semester atau 6 bulan sahaja. Selepas daripada itu adakah kita perlu juga mengulangkaji 10 jam sehari, walhal kita tidak perlu melakukan sedemikian kerana Masih ada komitmen yang lebih penting. Jadi, adakah kita mahu menunggu tahun hadapan baru menukar dengan azam yang lain?

Jadi sekadar renungan, dan rasa mahu menulis sedikit, dengan peluang yang ada.

Sama-samalah kita renung kembali kehidupan seharian kita. Adakah melakukan kebaikan itu perlu menunggu?

Yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk dan lemah itu datangnya dari diri ini sendiri. Allahummasolli ala muhammad.

Study setiap hari, bukan bila tiba imtihan sahaja.. Ilmu untuk diamal, bukan dicurahkan dalam peperiksaan.

Selamat Tinggal, Tawaquf BLoG.. Semoga BerjumPa Lagi.

1 komen mengomen
Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam buat nabi junjungan tercinta. Allahumma solli ala muhammad.

Buat Ibunda dan Keluarga Tercinta yang ternanti2 untuk membaca posting terkini anakanda tersayang. Ampun dan maaf dipinta kerana tidak dapat mengemaskini blog seperti biasa. Kerana ketiadaan internet di KOmpleks Asrama Darul Iman yang sudah dipotong dan tidak mahu disambung oleh Pegawai. (Kemana duit tu pergi Wallahua'lam.) InsyaAllah, ada masa dan ketika blog ini mungkin dikemaskini.

Takziah juga buat Ustaz Syukri Harun yang baru kehilangan Ibunda tercinta Jumaat lepas dan Ust Harun Jusoh yang kehilangan Isteri tercinta. Ust Syukri merupakan mudir KOSTAQ a.k.a murabbi saya sejak dari tingkatan satu sampai tingkatan 3. Manakala USt Harun Jusoh yang merupakan ayah kepada USt Syukri seorang aktivitis / orang lama dalam PAs Terengganu saya kenal ketika kami berkerjasama dalam menjayakan Retreat Pimpinan PAS Negeri Terengganu pertengahan tahun ini. (semoga Allah panjangkan Umur Ibunda tercinta Hjh Norizah bte Haron, Ayahanda Hj Salleh bin Farmin dan seluruh ahli keluarga dan saudara mara di seluruh dunia.)

Dalam usaha menyahut cabaran daripada USt Hairul Nizam kepada seluruh Mahasiswa/wi Malaysia di Al-Azhar Satu Hari 10 Jam Study. Blog ini perlu ditawaquf atau mungkin ditamatkan. Faktor ketiadaan internet juga menyebabkan saya malas untuk menghapdate. Fatrah atau musim peperiksaan sudah mula memunculkan wajah, maka pembelajaran dan pengulangkajian perlu dilakukan dengan lebih serius dan fokus.

Jutaan Terima KAsih kepada Ust FAhim, Ust Akasyah, PokCik dan USt ISmail yang telah menyambut kedatangan kami ke Dumyat baru2 ini. Layanan baik dan mesra kalian sangat mengharukan kami. Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian disana. DAn Allah jua yang mampu membalas segala kebaikan kalian. BAru kami tahu susah senang tinggal di muhafazah. Penuh cabaran dan dugaan yang mendatang dalam usaha menuntut ilmu. Terasa jauh berbeza dengan kami di Kaherah. Walaupun suasana tidak setenangan dan sesegar bumi Dumyat kami tidaklah diuji sebegitu. Jika hendak dibandingkan dengan kerenah pegawai yang tidak profesional ini, yang entah kadang2 membuatkan diri hampir 'gila' rasa mahu sahaja campakkan dia dalam sungai nil, rendam biar kena renjatan elektrik belut. Namun ia sekadar khayalan yang mungkin tidak menjadi kenyataan. Semoga PEgawai tersebut sedar dan bertindak profesional seperti pegawai negeri2 lain. Pening lagi melayan kerenah arab.


JUtaan kemaafan dipinta andai diri ini ada mengguris hati kalian yang membaca. Aku insan biasa, bukan malaikat, bukan juga ahli ibadah bukan juga ulama'. Namun setiap manusia mahukan kebaikan dan yang terbaik buat dirinya.


Sekian sahaja dari saya. Moga kita dipertemukan lagi andai panjang umur dan ada Jodoh, Atau mungkin sahaja ini posting terakhir. KEpada yang sudi membaca dan melewati blog ini. Jutaan terima kasih diucapkan kerana blog ini bukanlah dicipta untuk tujuan ilmiah sekadar ruang untuk hamba meluahkan rasa dan mencoretkan apa yang terlintas di fikiran dan sebagai satu wasilah buat keluarga tercinta disana mengetahui hal dan situasi anakanda disini. Jauh dari bumi Malaysia.

Sekian dari hamba yang mencari keampunan dan keredhaan Tuhan-Nya. Doakan yang terbaik buat kami disini. Wasalam.

Warkah ini ditulis oleh :
Muhammad Al-Amin bin Hj Salleh,
Pelajar Tahun 1, Syariah Islamiah,
UNiversiti Al-Azhar,
Bilik Exco, dekat Koperasi,
Kompleks Asrama Darul Iman,
Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir.
Pada 7 Dec 09, jam 11 pagi.

p/s : Terima KAsih buat Ust Abdullah HAris yang sudi meminjamkan laptop dan juga Broadbandnye. Hehe.. InsyaAllah, boleh pinjam lagi lepasni. Kepada USt Manan yang tengah menunggu sampai tertidur, mintak maaf ana pohon. Haha..

Tolonglah Tegur Aku Yang Hina...

2 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, Allahummasolli ala muhammad.


Pagi ini mungkin aku akan keluar dari Hiruk pikuk kesibukan Kota Kaherah selama beberapa hari. Mencari sedikit ketenangan dan pengalaman di bumi anbiya' ini. Bagi mengenali lagi siapa aku. Mungkin dalam setiap langkah dan perjalan itu, akan aku temui hikmah dan tazkiyah buat jiwa yang gersang, penuh dengan noda dan dosa.

Jadi, Posting kali aku ingat nak memuhasabah diri. Selama beberapa hari mungkin aku outstation daripada menghadap laptop. Sukati koranglah nak buat apa dekat blog aku nih. Huhu.. Macam wasiat la plak.

Kerana sahabat atau orang sekeliling lebih peka dalam memerhatikan setiap tingkah laku kita, malah melihat sesuatu yang kita anggap ia baik sebenarnya buruk pada pandangan mereka, dan begitulah sebaliknya.


Jadi aku buat posting kali khas untuk semua pembaca, tidak kira usia, latarbelakang, dan sebagainya yang terutama kepada sahabat yang mengenali diri ini. Apa yang aku mahukan teguran dan nasihat yang membina daripada kalian agar aku bisa sedar dan memperbaiki diri daripada kesilapan dan dosa yang aku lakukan samaada sedar atau tidak. Atau ada yang mahu meluahkan perasaan, hamburkanlah ia semahu kamu agar aku mengerti apa yang tersihat dihati.

Kalian adalah cermin peribadi aku, kalian lebih mengetahui hakikat sebenar siapa aku. Walaupun aku tahu akulah makhluk dan insan yang paling banyak melakukan dosa dan maksiat. Namun aku tidak sedar ada sesetengah perkara yang aku mengguris, melukai hati kalian tanpa aku sedari hatta yang aku sedar namun buat2 tidak sedar.

Namun pastikan ada adab dan akhlak dalam menegur. Jangan menggunakan kata2 yang kesat dan berunsur tidak baik dan sebagainya. Berfikir secara rasional dan matang. Aku percaya kalian adalah mereka2 yang cerdik pandai dan berfikiran matang.

Jangan bimbang, posting kali ini aku akan tapis baru approvekan mana2 yang patut drpd setiap komen kalian. Setiap komen adalah rahsia. Hanya aku, Allah dan kamu yang mengetahui.

Kata2 Sayyidina Umar "Haasibu anfusakum qobla antuhasibu" Hisablah diri kamu, sebelum kamu dihisab dihadapan Allah di hari akhirat kelak."



Dengan ini aku dahului ucapan Jazakallahu Khairan Jazak, Jutaan Terima Kasih, Thank You So Much, Toche, Arigato Gozaimasu, Syukran kepada semua yang sudi menegur diri yang hina lagi miskin ini. Jutaan kemaafan andai selama muamalah kita ada yang tidak kena samaada Sepanjang aku memegang jawatan tidak kira dimana dan dalam apa jua keadaan, di sekolah, tadika, tepi jalan dan sebagainya. Aku sedar aku banyak berbuat salah kepada kalian.

Dan teristimewa jutaan kemaafan dan terima kasih buat ayahanda dan bonda tercinta serta keluarga. Semoga sentiasa sihat dan berada dalam naungan, rahmat dan kasih sayang Allah selalu. amin..


5.oo a.m
Muhammad Al-Amin bin Hj Salleh,
Kompleks Asrama Darul Iman,
Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir.
(aminislamic@yahoo.com)

Suka bukan bererti Cinta

1 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, Allahumma solli ala muhammad,

Ahmad, Syed dan Nazrul. Pelajar lepasan Universiti Teknologi Petronas. Tinggal serumah di Di Kuala Lumpur, mereka berkawan baik sejak kecil dan selalu bersama. Ahmad seorang yang rajin, bersifat penyayang, manakala Syed seorang yang tegas namun kuat mendalami ilmu agama, pernah 3bulan sewaktu cuti pertengahan semester dihabiskan untuk belajar di sebuah pondok di Kelantan. Nazrul pula seorang yang meminati bidang IT. dan tidak pernah lekang dengan komputer riba kesayangannya. Mereka membuka sebuah syarikat membaiki dan menjual Komputer di Bangsar. Yang beroperasi Isnin hingga Jumaat. Manakala hujung minggu mereka kerap menghabiskan masa bersama, sesekali pulang ke kampung halaman.


Suatu pagi sedang Ahmad menyediakan sarapan, Syed menyapanya,

"Buat ape tu mad?" Syed buat2 tanya walaupun sudah tahu apa yang Ahmad sedang buat.

"Tak nampak ke aku tengah mandi kolam nih" Haha.. tergelak Ahmad. Syed sedikit tertekan.

"Ala, aku tanya je. Ko ni.. ISh3.., ada pape nak tolong?" Syed cuba membantu.

"Ada, tolong senyap. Hehe... Ko tolong watkan air untuk kita minum, tengok la apa yang ada kat dalam peti tu."

"Ok boss.." Lantas Syed memasak air dgn kattle yg baru dibeli beberapa hari lepas.

"Mad, ko taknak cuba ke resepi tunang ko tu?"

Terkujat Ahmad mendengar pertanyaan tersebut dari Syed, darahnya sedikit menyirap. Mujur ada Nazrul di ruangan makan mencelah menenangkan keadaan.

"Eh, kitorang memang nak cuba pun masakan tu, ala Ustzh tu dah berumur, dah kami anggap macam kakak. Merepek je ko ni Syed. aku pun suka baca tulisan dia"

Ahmad sekadar diam sahaja, ini bukan kali pertama Syed menyakatnya sebegitu. Sudah banyak kali. Namun dia hanya berdiam diri. Tidak mahu melukai dan berkelahi dengan sahabatnya baiknya itu. Dia sedar siapa dirinya dikalangan sahabat2, dan jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan Syed yg sudah menjadi tunangan orang, baik orangnya, alim dan soleh. Namun bukan itu alasan membolehkan dirinya memperkecilkan orang lain sebegitu. Dia juga punyai maruah dan perasaan.

Sarapan sudah siap dihidangkan, mereka bertiga makan bersama sambil menghirup kopi radix yang baru dibuat tadi. Segar rasanya dipagi hari menghirup radix panas.

"Erm... pada pendapat ko la Naz, suka dengan cinta tu sama tak?" Ahmad cuba memulakan perbualan.

"Hmm.. bagi aku suka, suka la. Tak semestinya cinta. Macam ko suka makan aiskrim, adakah ko cinta aiskrim tu sampai nak kawen dengan aiskrim.? Macamtulah pendapat aku. Cinta ni bersifat sentimental, melibatkan hati dan perasaan, boleh jadi ia bersifat abstract dan sukar difahami dan setiap orang berbeza dalam menafsirkan makna cinta. Ada orang cinta seseorang sebab hobi mereka sama, ada orang sebab macam2 la. Macam aku cinta dan suka berkawan dengan Umar, sebab dia alim, baik dan sebagainya sebab Islam menggalakkan seseorang untuk mengasihi saudaranya melebihi dirinya sendiri." Nazrul menjelaskan panjang lebar.

"Dah, kalau macamtu Syed, suka tak bermakna cinta la kan.? Macam ko suka baca karya Fatimah Syarha, boleh ke dia dianggap tunang ko sebab ko kumpul semua karya hasil tangan dia?" Ahmad sekadar menghidupkan suasana.

"Hmm.. tak boleh la macamtu. Aku bukan suka sebab peribadi dia, jumpa pun tak pernah. Tapi aku suka baca tulisan dan gaya pemikiran dia. Tu je. Aku kan dah bertunang. Hish.. ko ni, saje je nak kenakan aku" Syed sedikit berang.

"Ha.. tau takpe. Dah yang ko cakap Ustzh tu tunang aku apsal? Huhu.. aku pun tak pernah jumpa dia jugak. Aku suka baca tulisan dia je, tak bererti aku cinta dia. kan Nazrul kan?"

"Ooo.. ni pasal tadi ke? Ko ni, benda camtu pun nak gaduh. Rilek ar.. gurau sikit pun takleh." Syed cuba menenangkan keadaan.

"Bukan takleh, ko tu lebih2. Huhu.. aku saje je nak tengok reaksi ko kalau kena camtu. Tau pun terasa." Ahmad lega dapat meluahkan perasaannya dengan cara yang halus.

"Dah2.. Jangan nak bergaduh depan rezeki nih. Aku abiskan karang roti bakar ni. hehe.. So, jadi tak plan kita nak pergi Low Yat arini cari barang sikit?" tanya Nazrul.

"aku ok jer.. Ko syed?" Ahmad cuba mendapatkan kepastian.

"Aku ada kerja sikit la, aku ingat nak pergi Midvalley, cari buku sikit."

"Takpelah macamtu, aku dengan mad pergi Low Yat naik Monorail je. Ko guna la kereta tu, kat Mid senang sikit nak parking." Nazrul memberikan cadangan.

"Ok." semua setuju.

"Erm.. Syed, tolong carikan aku buku terbaru SaifulIslam. Tajuknya Rindu Bau Pohon Tin. Nah duitnya." Ahmad menghulurkan note RM50 sebanyak dua keping. Bakinya jangan lupa, bagi aku balik.''

"OK."

Dalam perjalanan menaiki monorail sempat Ahmad membacakan nukilan yang diambil dari laman sesawang menggunakan komputer riba Nazrul.

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia
menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia
akan menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula
ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila
kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Cinta bukannya mencari seseorang
yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang
yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau
tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal
perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan
kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat
main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam
mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya
pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau
tidak berniat langsung "UNTUK
MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Sakit… patah hati… bertahan selama kau
menginginkannya dan akan menghiris luka
sedalam kau membiarkannya. Persoalannya,
bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu,
tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran
dan hikmahnya.
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh,
jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar
selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil.
Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk
boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan
menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit
jika itu yg benar2 dialami.
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan
dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila
seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi,
cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai,
langsung tdk mengetahui perasaanmu
terhadapnya.

"Naz, Aku terbaca satu artikel tentang beza cinta, sayang, suka dan minat. Namun ada beberapa perkara yang aku kurang setuju, terutama kita boleh menyakiti orang yang kita sayang, suka, dan minat. Cuba ko baca ni" sambil memusingkan laptop ke arah Nazrul.

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

"Eh, Naz, kita dah sampai ni, sambung nanti la plak. Karang terlajak plak kita." Ujar Ahmad.


Nazrul segera menyimpan laptop kedalam beg sandangnya. Meneruskan perjalanan untuk membeli barang dan alatan untuk stok kedai mereka.

Perbualan mereka terhenti, apabila tren yang dinaiki sampai ke destinasi,Iaitu stesen Imbi. Sekadar renungan.

Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?
Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tua
Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.

Apa pandangan kalian tentang cinta, suka, dan sebagainya. baik mengikut syarak mahupun pandangan rasional kalian? Kita berbincang secara Ilmiah, mengapa perlu malu? Bukankah ia fitrah manusia? Jadi mana tahu, penerangan kalian memberi hidayah kepada mereka erti sebenar cinta, suka, minat dan sebagainya?

Allahumjaalna sababan limanihtada..

Semarakkan Islam dengan Ilmu bukan hanya semangat..

Kisah Mamud kesepian..

3 komen mengomen
Suatu pagi, sedang mamud kesepian melayan blues dan sedan berjiwang2 memakan daun2 yang menghijau. Beliau diganggu oleh satu makhluk bernama Aiman, katanya hanya mahu bergambar tetapi ada daging disebalik kulit.



Alkisahnya bermula suatu pagi sabtu, sedang mamud (nama seekor unta) sedang makan pokok dengan jiwangnya dihadapan imarah Kompleks Asrama Darul Iman. Ketenangan dan kelayanan blues itu diganggu dengan kehadiran seorang budak bernama Aiman. Aiman yang sangat kisah.


Lalu ianya dibawa pergi Oleh si pengembala Unta, alasannya mahu membawa mamud bersiar2 di sekitar piramid dan membawanya minum di sungai nil. Lalu atas dasar ukhuwwah dan itsar mamud mengikut sahaja apa yang diperkatakan oleh tuannya, Ust Manan (bukan nama sebenar). Mamud degil lalu dirotan dengan lembut oleh Ust Aziz(bukan nama sebenar)



Adegan kejar-mengejar tidak dapat dipamerkan kerana mengandungi unsur2 tidak sihat. Kepada yang lemah jantung, kehamilan ataupun penyakit kencing manis serta mereka2 yang menghidap penyakit HIV dinasihatkan tidak menonton filem ini.


Maka berlakulah adegan nyanyi menyanyi bak hindustan dalam filem. Kejar mengejar (rekaan semata-mata, haha) Akhirnya mamud tewas dalam dakapan bidadari KPT yang hensem lagi bergaya. Oh, sebelum terlupa mamud seekor unta betina. Huhu..
Kemudian berlakulah kejadian yang sepatutnya berlaku. Mamud akur dengan perintah tuhannya. Lalu direlakan dili walau tidak relaku pujuk. Akhirnya mamud disembelih oleh seoarang bermisai nipis, berkaqca mata.




Akhirnya, mamud terkulai layu setelah bertarung dengan nyawa selama 3minit setengah 4356saar.. Mamud bermandi darah hari itu, sempat juga dia menjerit meminta pertolongan, namun tiada siapa yang sudi menghulurkan simpati kepada nasibku ini. agar dapat ku rasa, nikmati hari raya, seperti unta yang lain... Masing2 hanya memerhatikan sahaja.


Setelah itu, baju mamud ditanggalkan. Auw.. Tanpa belas kasihan bidadara yang hensem lagi bergaya menanggalkan baju beliau secepat yang mungkin kerana terlalu excited, badan mamud di bedah dan disiasat oleh 999, Maizatul Kamal Walepak. huhu.. Namun tiada sebarang kesan2 didera atau dicedera dibadannya.Doktor cuba membedah siasat dengan lebih mendalam, apakah punca sebenar kematian mamud yang sangat tragis. Dilihatnya usus kecil mamud berfungsi dengan baik, buah pinggang mahmud masih ada kedua2nya. Doktor jadi hairan, apa yang tidak kena dengan mahmud.


Setelah dibedah berjam2, akhirnya Doktor mendapati saluran tracea Mamud bukanlah tracea yang asli tetapi tracea palsu iaitu saluran keluar air dari mesin basuh yang hilang 2 hari lalu dari pejabat KPT. Huhu.. Sanggup kau buat begitu mamud. Mengapa kau mencuri saluran getah, dah YDP tak dapat nak basuh baju beliau. huhu.. Kenapalah kau tak masuk rancangan TV3 bersamamu untuk memohon bantuan. Oh, mamud..


Lalu, nurse2 membedah tulang dada mamud, takut2 dijangkiti kuman atau menghidap paru2 berair..


Kaki mamud rupa-rupanya telah kehausan ligamen, menyebabkan mamud tidak dapat lari laju masuk pertanding olimpik dan piala dunia mewakili mesir baru ini yang menyebabkan Mesir tersingkir daripada piala dunia. Patutla ammu arab datang mencari dan cuba mencuri beliau, rupanya nak balas dendam sebab beliau tidak menggnatikan abu terika pasa separuh masa kedua.


Inilah rupa tracea palsu mamud. YDP menunjukkan apa yang disebut saluran keluar air mesin basuh toshiba bilik beliau yang hilang. huhu..


Inilah jururawat yang bertungkus lumus membedah dan mahu mengebumikan jasad mamud kedalam periuk untuk dimasak gulai dan sup.


Inilah harta pusaka yang ditinggalkan mamud, sepasang Kasut bola yang ingin diabadikan menjadi anugerah kasut bulu (bukan kasut emas) kepada pamain bola mesir / liga arab.


Inilah jersi mamud yang ditinggalkan, khas untuk penjaga gol afrika, sahabat baik beliau suatu ketika dulu, dan bersempena FIFA yang akan diadakan disana. Agar badan tidak luka2 ketika terbang menangkap bola.


Inilah bidadara yang kacak lagi bergaya. Hanya mampu melihat roh mamud pergi begitu sahaja.
Selamat tinggal mamud, kenang daku dalam perutmu.. huhu..


Inilah rupa orang yang bertanggungjawab menangkap mamud dan memelihara beliau sejak dewasa. Namun dia telah membalas dendam kesumat akibat cintanya yang tidak berbalas. Huhu..

-Be End-

Kemeriahan Mengorbankan Kambiang dan Untiang.. hehe..

3 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah,

Setelah Hari Raya pertama AidilAdha tidak dapat mengorbankan mereka, maka KPT atau Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu mengadakannya pada keesokkan hari. Atas alasan safarah/kedutaan sudah buat majlis pada hari tersebut dan KPT tidak boleh buat pada hari yang sama.

Namun aku bersyukur dan sangat berterima kasih atas kemudharatan yang diberikan sebab pada raya pertama aku tak perlu gaduh2 untuk menyembelih dan dapat solat dengan tenang dekat Suq Sayyarah, walaupun tak tenang sebab jalan raya basah, hujan lebat sebelum solat/selepas subuh. Lepas tu dapat pergi dengar Khutbah oleh Presiden PMRAM Ust Abd Mu'iz di Masjid Musa, Hayyu sabi', lepastu dapat pulak pergi beraya ke rumah Ust Zahari. Dekat jer dgn Masjid Musa di Hayyu Sabi'. (Jimat dah sarapan) Fuh, kena Soto memang best. Syukran kpd USt Zahari.

Lepastu, balik pula ke Hayyu Asyier, beraya ke rumah Ust Rafzan dan Ust Rozi, Makan nasi minyak.. (Jimat lg duit makan tengahari) hehe.. Syukran USt.
Lepastu, sedang elok jer, siap2 untuk solat Jumaat. Kesian aku tengok mereka2 yang terlibat dengan korban haritu, ada jugak yg tak pergi solat Jumaat rasanya. Walaupun mereka boleh jama' kerana musafir. Namun rugi rasa tidak dapat merayakan sayyidul ayyam di Masjid.

Lepas balik dari Solat Jumaat, rehat2. Tido. Dekat nak asar bangun. Solat, tengok keadaan kambing2 dan unta kesayangan. Lepastu pergi raya rumah Mantan YDP KPT plak. Ust Shafizi. Fuh.. Sedap. Yang penting free. Kui3.. Bukan takde duit yer. Tp dah org jemput buat apa nak membazir beli kan? Selama ni pun aku masak kat umah jer. Jimat duit, sedap pun sedap. hehe..

Jadi projek sembelih menyembelih bermula jam 6.30 pagi, seudah ramai yang mengerumuni kambiang2 dan untiang. Dengan harapan mereka takut dan gementar. HEhe..

Kambing pertama yang dikorbankan adalah kambing... Err.. sape ek? Lupa la plak. Kambing Dr. Anas kot. tak pasti.. Huhu.. kena rujuk kamus b.arab bahasa inggeris dulu.. (ape kaitan?.. haha)

Jadi malas nak tlis secara detail, nanti ada plak yang terasa. kui3.. Korang layan jelah gambaq ni. Ada banyak lagi gambar, setakat yg mampu diedit dekat 90helai, yang dapat diupload yg kat bawah ni la. Len kali aku upload lagi. yer.. Zass...


Mantan YDP Ust Syafizi buat muka comel, yang sebelah tu Ust Fahmi. Senyum sokmo. Kalamnya penuh dengan ilmu, macam kitab berjalan. hehe..


Inilah unta kesayangan kami, namanya Mamud. Oh.. Mamud sudah tiada lagi. huu~


Kambing, namanya ape ek? Lupa plak.. Michael rasanya. Banyak sangat kambing sampai lupa. Huhu.. Antaranya Betty, Stone, Michael, Mimi (Dr. lukpi punya), Maria, Jack, tanyalah Bukhari sebab dia menghafal nama2 mereka. hehe.. Sempat lagi kambiang ni bermanja dengan USt Manan. Huhu.. Dengan aku sikit pun taknak.. waa... Takpe2. siap ko nanti aku kerjakan.


Aku sedang khusyuk menanggalkan baju mamud. huhu..


Senyum kegembiraan kerana akhirnya dapat jugak aku membogelkan(bogel?) kasaq sangat bunyinya.. Tanggalkanlah.. hehe.. (ceh.. wat alim warakkdun wabarkun betul budak nih, cabut2 la kopiah tu, huhu.. karang kotor kena darah.. sape yg susah, aku jugak yg kena basuh nnt. Huhu)

Sedang mencabut topeng yang dipakai oleh Micahel. kui3..
Sampai kulit telinga pun aku lapah. puas hati.. haha.. Satu2nya kepala kambing yang dilapah masih mempunyai telinga. Kah3. Rugi tak ambik gambo, kameraman dah naik atas solat masa aku siap lapah. Wuhuu.. namun aku sangat seronak dapat mentogelkan kepala michael.
Yea.. akhirnya dapat jgk membalas dendam sebab dia taknak bermanja dengan aku tadi, nak dgn Ust Manan jer. haha..


Mamud yang sudah tiada kepalanya.. Sudah dikerjakan oleh aku. Buat sup. Amek otak dia. haha.. (ee...) baru ni ada org arab bagi otak. Tak pernah aku makan otak, last2 buang camtu jer. Ingatkan nak buat hiasan dinding. awet dulu, kemudian buat model rokok. Konon2 kanser rokok la.. Huhu.. tapi tak jadi.


Mereka2 yang kiat bekerja.. Syabbas.. Diketuai otai lama Ust Aziz.


Ini pula gambar mereka2 yang malas, asyik bergambar jer. huhu.. tak nak tolong aku pun. Takpe2.. Tau la nak tumpang populariti/mencapab kegelameran adik Ikramuddin ni yg telah mengahafaz 30juzuk pada umur 13 taon. Sama macam aku. kui3... Sekadar gurauan di pagi raya. Renung2kan dan selamat beramal.

Berilah komen membina, kurang2 pun satu perenggan. Hehe..

Gambar dgn kamben la pulak.. haha..

1 komen mengomen










sedang menemuramah tamah kambing2 disini..


Penjaga kambing yang berkelulusan tinggi.. siapakah mereka? rahsia..


Kambing termenung..


Sedang mengechek kesihatan kambing.. haha..


Harta pusaka yang ditinggalkan kambing..Motor Dayun huhu..

Selamat Hari Deepavali... Eh, silap. Salam Aidiladha.

0 komen mengomen

Gambar-gambar Aku dan Unta..

5 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum semua, Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430H, buat keluarga aku kat Malaysia yang nak balik ke kampung di Muar dan Batu Pahat, semoga selamat pergi dan selamat pulang. Makan rendang kat sana ingatlah2 unta, eh anakmu disini. hehe..

Kerana, Tahun ni adalah tahun pertama aku berhari raya korban diperantauan, hanya diteman teman-teman dan unta-unta. Hakikatnya aku rindu pada keluarga..

Jadi korang saksikanlah orang yang baru keluar gua, macam tak pernah jumpa unta. Haha..



Kamal, Naqiu dan aku..


Unta ni la yang aku tunggang untuk pergi ke Kuliah dan ke pasar membeli sayur2ran..




Kami masih bujang, sebab tu kami duduk bertiga. Teruna hingusan, eh, teruna harapan.. Haha..





Bila Terasa Rindu..

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Khas buat Ibu dan Ayah tercinta Hj Salleh b. Farmin dan Hjh Norizah bte Haron, semoga berada dalam lindungan dan rahmat Allah, semoga sihat dan ceria selalu, dipermudahkan Allah dalam setiap urusan, dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat dan tergolong dikalangan orang2 yang dijanjikan Allah dengan Syurga Firdausi. Amin ya rabbal alamin, sempena Aidiladha 1430Hijrah,




Ayah dan Ibu,
Bila ku rindu, ku sebut namamu,
Dalam senyum dan tawamu,
aku tahu kalian menanggung beban beribu.

Ayah dan Ibu,
Bila ku rindu, ku tatap wajahmu,
Ingin ku peluk sekujur tubuh yang telah membesarkanku,
Walaupun aku tahu, dosaku padamu banyaknya hanya Allah yang tahu,

Ayah dan Ibu,
Bila ku rindu,
Aku berdoa pada-Nya agar dirimu,
Sihat selalu.

Ayah dan Ibu,
Demi menuntut Ilmu,
Aku terpaksa berpisah dengan kalian,
untuk sementara waktu.

Ayah dan Ibu,
Ku rindukan masakanmu,
Ku rindukan saat manis kita dahulu,
andai saja kuhenti saat dan waktu itu,

Ayah dan Ibu,
Dalam tangis tidak berlagu,
Rinduku pada mu mengalir laju,
Selaju kapal di angkasa biru,


Ayah dan Ibu,
Doakan anakmu disini sihat selalu,
agar bisa menuntut ilmu,
Dalam setiap batasan waktu,

Ayah dan Ibu,
Lidahku kelu,
tiap kali kita bertemu,
namun hakikat, aku terlalu cinta padamu,

Ayah dan Ibu,
Jujur aku katakan padamu,
aku rindu,
cinta dan kasih bergabung menjadi satu,

Ayah dan Ibu,
Walaupun aku jarang menghubungimu,
bukan bererti aku melupaimu,
namun ku pendam perasaan itu, biar ia setinggi gunung kinabalu,

Ayah dan Ibu,
Bila tiba saat itu,
aku hamburkan segala rasa di qalbu,
Biar engkau tahu, diri ini merinduimu,

Ayah dan Ibu,
Ku tulis madah ini untukmu,
dalam derai tangis tidak berlagu,
agar kau tahu, siapa kalian dihatiku.

Ayah dan Ibu,
Maafkan aku,
kerana selama ini telah banyak menyusahkanmu,
Dalam memenuhi kehendakku,

Ayah dan Ibu,
Sekian dahulu dari anakmu,
Yang jauh di pandangan matamu,
namun aku tahu terlalu dekat dihatimu,
dalam setiap sujud dan syukur tahajjudmu.

Semoga Allah memberkatimu, dan memanjangkan umur mu, agar kita dapat bertemu pada satu saat dan waktu yang telah Allah tetapkan itu. Amin ya Rabbal alamin.

Selamat Berpuasa 9 Dzulhijjah dan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430 Hijrah, Semoga amal Ibadah Kita Diterima Allah. amin ya rabbal alamin.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers