Rehlah Ke Maqam Sidi Abu Hasan As-Syazuli di Aswan bersama Syeikh Yusri

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillahirabbil alamin, wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya' wal mursalin wa ala alihi wasohbihi ajmain.

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua? Semoga sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmah Allah s.w.t. INsyaAllah. aminn.. Click Me~

Subuh tadi, kelas pembacaan Hadith, Kitab Sunan Abi Daud oleh Syeikhuna Al-Allamah Dr. Yusri Rushdi di Masjid Asyraf, Jabal Muqottom penuh, macam solat Jumaat plak rasa. Dengan kebanjiran pelajar-pelajar Malaysia (Asia Tenggara) serta anak-anak murid arab Syeikh. Semua lengkap dengan beg dan kelengkapan untuk mengembara.

Tepat jam 6.30 pagi, selepas menamatkan pembacaan dan solat dhuha, semua peserta Rehlah Sidi Abu Hassan As-Syazuli berkumpul di luar Masjid untuk last chek dan taklimat daripada mas'ul Ust Faisal. Peserta akan dibahagikan kepada 5 buah bas. Dan akan naik mengikut senarai nama yang telah disediakan. Hampir 150 peserta menyertai Rehlah kali ini. Ramai giler..

Namun agak menyedihkan Click Me~ kerana aku tidak dapat sertai bersama. Mungkin belum ada jodoh bertemu dan berkunjung ke Aswan. InsyaAllah, tahun depan la plak. Jika panjang umur.

Rehlah kali ini dijangka selama 4 hari bermula hari ini. Bermakna kelas akan ditangguhkan selama 4 hari.. Wuhuuu~ Sedeyh2.. Sehari perjalanan untuk pergi & balik manakala 2 hari lagi berada di Aswan dan sekitarnya. Aku taklah arif mengenai Aswan serta program2 yang dijalankan sebab tak pernah join dan sampai ke Aswan. Cuma sekadar menumpang gembira dan berkat mereka-mereka yang kesana. Click Me~

Sedikit yang aku ketahui mengenai Aswan, gurun berbukit dan jarak perjalanan memakan masa hampir 10 Jam atau lebih. Dengan jarak dari Kaherah ke sana sekitar Click Me~1000 kilometer. Jadi sekian saje.. Click Me~ InsyaAllah, berita atau kisah akan aku korek dari mereka2 yang pernah kesana atau sahabat2 yang pulang nanti.



Murabbi, Muaddib Al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Al-Hasani


Syeikh sentiasa segak bersama Jubah dan Ridaknya..

Ust Husni Ginting tidak ketinggalan menyertai Rehlah kali ini.


Bas yang aku sewa khas, walaupun aku tak pergi. Kira Aku sedekah jariah jelah.. hehe.. Click Me~


Ustaz A : Awak darjah berapa?
Ustaz B : Eh, bukan saya ke yang mengajar awak?
Ust A : Banyak la darjahnyer.. Kita kan nak pergi Aswan, bukan nak masuk kelas nih. Huhu..
(Peserta perlu menyemak semakan daftar pemilih sebelum menaiki bas, adakah mereka pengundi hantu? huhuhu..) Click Me~


5 buah bas yang akan menolak Click Me~ ke Aswan.


Tawadhuk seorang Syeikh, bawa sendiri barang-barang keperluan.



Syeikh baru keluar Dari Masjid Asyraf dikerumuni oleh pelajar-pelajarnya.

Korang rasa, siapa lagi kurus? Aku ke Pokok kat depan nih? Hehe.. Click Me~ (gurau je)

Jom kita wat demonstrasi, Click Me~ kenapa jalan kat Mesir Click Me~ lubang sana sini, bas buruk giler dan tak cukup, Click Me~ jalan selalu jer jem, bila menang bola bising, longkang takde.. ape lagi kita nak demo nih? Haha..


Pilihlah saya sebagai Presiden, saya akan pastikan awak semua dapat makan tokmiah tiap-tiap hari. Ngeh3..


Telur kesayangan tidak ketinggalan Click Me~ untuk dibawa bersama..


MasyaAllah, tawadhuknya Syeikhuna, bukak tempat letak barang sendiri.


Syeikh mengingatkan kepada semua agar perbetulkan niat masing-masing.



Kan best kalau ada sebijik Keretapi Jabal Muqottom


Hai Ust, lum bergerak dah tido? Click Me~ Huhu..


Tabik Tuan Sarjan!! Click Me~ Haip.. Hehe.. Ust Nazrul berjalan Click Me~ dengan penuh yakin dan macho.

CALON KITA

0 komen mengomen
SATU FIKRAH, SATU AMAL, KITA PMRAM



Designed by : aminmenulisstudio


Jom Undi & Kenali Calon BP PMRAM Pilihan Anda.

0 komen mengomen


Pengenalan Ringkas Calon-Calon Badan Pengurus PMRAM sesi 2010/11

Nama : Rafzan Abd Razak
Kuliah : Darul Ifta' Misriah, Kaherah
Negeri : Terengganu
Jawatan : Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2009
Ust Rafzan memang takleh bertanding.. Hehe.. Kalau bertanding, comfirm dia menang. Ngee~


Nama : Shahrizan Mohd Hazimie
Kelulusan : Master Tahun 1 Al-azhar.
Negeri : Kedah
Status : Presiden PMRAM 2010 (menang tanpa bertanding)


Nama : Mohd Solehuddin Mohd Safien
No PMRAM : 19760
Negeri : Terengganu
Kuliah : Syariah Islamiah Tahun 2
Cawangan : Kaherah


Nama : Mohd Zahid Abu Bakar
No PMRAM : 18341
Negeri : Perak
Kuliah : Usuluddin tahun 4
Cawangan : Kaherah



Nama : Muhammad Yusuf A. Kadir
No PMRAM : 19000
Negeri : Selangor
Kuliah : Usuluddin tahun 4
Cawangan : Kaherah



Nama : Syeikh Muhd Mujahid Sikh Nawawi
No PMRAM : 19162
Negeri : Pahang
Kuliah : Qiraat Shoubra, tahun 2.
Cawangan : Kaherah

Nama : Mohd Mu'az Mohd Shukry
No PMRAM : 17906
Negeri : Kelantan
Kuliah : Syariah Undang-undang tahun 2
Cawangan : Kaherah


Nama : Ahmad Huzaifah Fauzi
No PMRAM : 19069
Negeri : Kelantan
Kuliah : Qiraat, Tahun 2
Cawangan : Kaherah



Nama : Mohamad Hanif Haron
No PMRAM : 17137
Negeri : Pulau Pinang
Kuliah : Usuluddin, tahun 4
Cawangan : Kaherah



Nama : Firdauz Noh
No PMRAM : 17019
Negeri : Johor
Kuliah : Syariah Undang-undang tahun 3
Cawangan : Kaherah

Nama : Mohd Faizuddin Ghazali
No PMRAM : 17590
Negeri : Pahang
Kuliah : Usuluddin Tahun 2
Cawangan : Zagazig



Nama : Abdul Aziz Ali
No PMRAM : 18495
Negeri : Kelantan
Kuliah : Bahasa Arab tahun 3
Cawangan : Kaherah



Nama : Aminuddin Alias
No PMRAM : 15232
Negeri : Kedah
Kuliah : Usuluddin tahun 4
Cawangan : Shibin El-Kom



Nama : Muhammad Al Hidayat Khalid
No PMRAM : 16535
Negeri : Johor
Kuliah : Syariah Islamiah tahun 4
Cawangan : Zagazig

Malam Taaruf Calon Kepimpinan PMRAM Meriah

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, malam tadi telah berlangsungnya Malam Taaruf Calon (MTC) 2010 yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM, bertempat di Rumah Selangor, Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir. Selepas Isya'.


CALON-CALON YANG BERTANDING BADAN PENGURUS PMRAM SESI 2010/11 KECUALI JAWATAN PRESIDEN

SAF CALON KEPIMPINAN HAL EHWAL WANITA (HEWI) PMRAM SESI 2010/11. KESEMUANYA MENANG TANPA BERTANDING.

Dewan utama Asrama Darul Ehsan penut dengan penyokong dan ahli PMRAM daripada seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang bernaung di bawah PMRAM. Baik pelajar Perubatan mahupun Pengajian Islam. Semua turut untuk memberi sokongan kepada calon pilihan masing-masing, ada yang membawa sepanduk/kad yang tertulis nama calon pilihan mereka. Ada yang menjadi tukang sorak/memberi tepukan semangat setiap kali calon berucap dan bermacam-macam ragam lagi.

Tak kurang dengan keletah dan gelagat Calon-calon yang berucap menceriakan suasana. Ada yang berpantun ada juga yang bersemangat. Dengan penuh yakin, masing-masing menyatakan misi dan visi mereka. Walaupun berbeza dari segi lafaz namun tujuannya tetap sama. Iaitu membawa PMRAM bukan sahaja sebagai wadah perjuangan Mahasiswa, dan bukan hanya sebagai satu badan kebajikan, tetapi mahu memastikan bahawa PMRAM dapat bergerak mendepani masyarakat dan membawa Mahasiswa ke satu tahap yang tinggi serta menjadi sebuah badan dakwah dengan membawa suara Mahasiswa/wi Asia Tenggara di Mesir ke hingga ke peringkat antarabangsa/global.




Setelah 18 tahun tidak diadakan Pilihanraya Umum PMRAM, maka tahun ini merupakan tahun dan tempoh yang cukup mencabar terutamanya kepada SPR PMRAM yang sekian lama berehat, untuk memastikan Pemilihan atau Pilihanraya kali ini berjalan dengan lancar serta mencapai maksud dan tujuan selaras dengan matlamat penubuhan PMRAM iaitu untuk menyatukan seluruh Mahasiswa Islam Asia Tenggara di bawah satu badan/gerakan Islam serta mengelakkan perpecahan.

Aksi penyokong Saudara Zahid

Seperti yang telah digariskan oleh SPR PMRAM, dalam syarat-syarat dan peraturan berkempen. Sebarang unsur-unsur kenegerian atau assobiyyah sama sekali tidak dibenarkan. Kerana kita berjuang bukan untuk mendapat kuasa atas sebab kenegerian tetapi untuk berkhidmat kepada seluruh ahli dan untuk Islam. Maka hanya mereka yang layak dan benar-benar komited dalam memberikan khidmat akan dipilih oleh ahli. Daripada 12 orang calon Badan Pengurus yang bertanding. Hanya 9 orang yang akan terpilih memenangi kerusi Badan Pengurus PMRAM.

Namun, walaupun siapa pun yang terpilih. Pastinya ia telah Allah taqdirkan untuk memikul tanggujawab tersebut. Sepertimana fitman Allah s.w.t. "Tidak aku bebankan seseorang hamba itu melainkan dia mampu untuk memikulnya."

Dan kepada mereka yang tidak terpilih pula, jangan kecewa kerana kita bukan berjuang untuk mendapatkan kuasa tetapi untuk berkhidmat kepada Islam. Kepimpinan yang berkesan bukanlah berdasarkan jawatan yang disandang tetapi sejauh mana pengaruh kita kepada masyarakat. Walaupun seseorang itu tidak menjadi Presiden, tetapi pengaruh dia cukup kuat. Secara tidak langsung dia telah dilantik menjadi pemimpin namun bukan atas dasar jawatan.


Mahasiswa yang hadir memenuhi ruang sampai ke tangga dan lobi rumah Selangor.

Satu Fikrah, Satu Amal, Kita PMRAM.


Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers