Mesir Dilanda "Bersih"

5 komen mengomen

Gambar yang saya ambil dihadapan Pejabat PMRAM di Masakin Uthman, Hayyu Sabiek.

Pagi tadi, selepas subuh. Kami dikejutkan dengan deruan angin yang cukup kuat menghempas daun tingkap sisi bilik, kalau baca surat khabar mesir pun, ini antara ribut pasir terburuk yang jarang berlaku. Dah macam berada dalam filem hollywood. Kalau baca dekat portal cuaca Mesir, kelajuan ribut kali ini mencecah 60km/j. Sampai beberapa bandar dan jalanraya lumpuh, antara Alexandria, Matrouh dan beberapa bandar utama di Mesir termasuklah Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.


Suasana kekuningan, sunyi sepi. Ribut pasir perkara biasa di Mesir, tapi kali ini yang agak ganjil adalah warna jingga kekuningan. Situasi yang jarang berlaku sepanjang saya bermukim disini. Sempat saya rakam gambar diatas pagi tadi. Namun, ada hikmah yang saya tidak pernah tahu sebelum ini, bahawa debu pasir ini ada kebaikannya.

Sebelum ni, pasti ramai yang akan merungut dan mengomel sendirian kerana apabila ribut melanda, menyukarkan pergerakan dan kebanyakkan daripada pelajar disini tidak akan keluar rumah, baik untuk ke kuliah atau melaksanakan urusan seharian.

Di dalam kitab Muqaddimah karangan Ibnu Khaldun ada menyebut:

Ketika mana bumi ini mengalami sebarang pertukaran musim maka akan zahirnya penyakit dan kuman yang mana bila kita abaikan, ia mampu memusnahkan persekitaran dan dengan sebab itulah Allah mengutuskan debu.

Sejurus dengan itu, debu dan habuk inilah yang akan membunuh kuman tersebut. Hal ini kerana, saiz debu halus ini yang berkadaran dengan saiz kuman tersebut yang mana sebahagiannya sangat kecil dan masuk ke dalam diri manusia melalui mata, hidung, perut, telinga dan kawasan sekitarnya.

Dan sebenarnya pada musim sejuk juga terjadinya beberapa penyakit/kuman yang menyerang tubuh badan manusia. Kuman tersebut tidak akan terbunuh melainkan hanya dengan debu tersebut.

Ada yang mengaitkan cuaca pada hari dengan pelbagai tafsiran. Apapun, setiap kejadian yang Allah tetapkan pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Tu tandanya Allah nak tunjukkan kekuasaannya, tiada yang mustahil bagi Allah. Indah kan hidup ni kalau kita melihat setiap yang berlaku dari kaca mata Islam. Subhanallah..

Ni antara gambar yang diambil oleh pelajar Malaysia di Hayyu Asyir.


Ni diambil oleh seorang pelajar perubatan berhadapan Kuliah Perubatan Universiti Al-Azhar, Hayyu Sadis. Kredit kepada Ahmad Zikrul.

Calon Presiden Mesir: 10 orang disingkirkan termasuk Ir. Khairat Shater

1 komen mengomen
Dari kiri Mursyidul Am Ikhwan Muslim, Dr. Badie', Dr. Muhammad Mursi dan Ir. Khairat Shater.

Berikutan penyingkiran 10 orang calon presiden Mesir termasuk seorang daripada Ikhwan Muslimin, iaitu Engineer. Khairat Alshater sebagai calon Presiden Mesir, dengan ini IM telah mengisytiharkan secara rasmi الدكتور محمد مرسي sebagai calon Ikhwan Muslimin bagi pilihanraya presiden Mesir 2012.

Kelulusan :

- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Universiti Kaherah, 1975.
- Sarjana Kejuruteraan, Universiti Kaherah, 1978.
- PhD dalam bidang kejuruteraan di University of Southern California, 1982.
- Demonstrator dan Penolong Pensyarah Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kaherah (1982 -1985)
- Penolong Pensyarah di Universiti of Southern California (1982 -1985)
- Penolong profesor di Universiti Utara Ridge, California, Amerika Syarikat (1982 -1985)
- Profesor dan Pengerusi, Jabatan Kejuruteraan Bahan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Zagazig tahun 1985 sehingga 2010.

Keterlibatan politik :

- Telah dipilih sebagai ahli Persidangan Antarabangsa untuk menentang perancangan Zionis.
- Pada tahun 2000 beliau dipilih sebagai ahli Dewan Rakyat Mesir bagi Ikhwan Muslimin dan jurucakap untuk blok Islam di parlimen.
- Pada pilihanraya tahun 2005 yang lepas untuk kerusi parlimen, beliau adalah mendapat undian tertinggi mengalahkan lawannya.
- Telah dipilih sebagai ahli parlimen terbaik pada tahun 2000-2005.
- Dilantik sebagai Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan pada tahun 2011 sehingga kini.

Penangkapan :

Telah ditangkap oleh rejim Mesir beberapa kali.
- Pernah ditangkap hampir 7 bulan pada pagi 18 Mei 2006. Beliau ditangkap di hadapan Mahkamah Utara semasa penglibatan beliau dalam demonstrasi mengutuk isu pemindahan dua orang Hakim kepada Suruhanjaya dan telah dibebaskan pada 10 Disember 2006
- Ditangkap kembali pada pagi Jumaat 'kemarahan' 28 Januari 2011 semasa revolusi 25 Januari dalam sebilangan besar pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin.

Pencalonan beliau untuk jawatan presiden :

Selepas dilantik menjadi Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan pada tahun 2011, beliau dilantik oleh IM untuk menjadi calon simpanan jika sekiranya calon IM, Ir Khairat Syatir ditolak pencalonannya.

Pada 17 April 2012, secara rasminya IM mengisytiharkan bahawa beliau merupakan calon Presiden Mesir 2012

Ir Khairat Shater - Calon Presiden Mesir

0 komen mengomen
Pencalonan Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Sebagai Presiden Mesir

1. Seluruh dunia dikejutkan dengan keputusan Ikhwan Muslimin secara rasmi meletakkan calon presidennya dalam pilihanraya akan datang dengan menamakan Ir Khairat Al Shater, Naib Mursyidul Amnya bagi calon Presiden Mesir 2012.

2. Setelah mengadakan mesyuarat tergempar sebanyak 3 kali pada akhir Mac lalu, akhirnya Majlis Syura Ikhwan Muslimin mencalonkan Ir Khairat Shater sebagai calon tatkala penamaan calon masih berbaki 7 hari lagi setelah dibuka 8 Mac lalu dan akan ditutup pada 8 April 2012.

3. Yang menariknya, pada mesyuarat kali pertama Majlis Syura Ikhwan Muslimin pada 16 Mac yang lalu, seramai 81 ahli menolak untuk Ikhwan Muslimin meletakkan calon Presiden. Hal ini kerana, mengikut ketetapan yang telah dipersetujuin pada April 2011 yang lalu bahawa mereka tidak sama sekali akan mencalonkan mana-mana anggota mereka.

4. Manakala pada 27 Mac yang lalu, mesyuarat kali kedua bagi Majlis Syura seramai 61 orang pula tidak menyokong dan ia menunjukkan kemerosotan berbanding mesyuarat yang pertama. Baru-baru ini iaitu tanggal 31 Mac 2012, mereka bersidang sekali lagi bagi membincangkan perkara yang sama berdasarkan suasana dan waqi’e semasa dan dalam persidangan tersebut seramai 56 orang menyokong, manakala 52 lagi membantah daripada jumlah ahli yang hadir menyuarat seramai 108 ahli (keseluruhan Ahli Majlis Syura seramai 110 orang). Dua orang lagi ahli iaitu Dr. Sa’ad Katatni dan Dr. Essam ‘Iryan tidak hadir kerana menghadiri Persidangan Ahli Parlimen Dunia.

5. Antara mereka yang tidak bersetuju dengan pencalonan jawatan presiden tersebut adalah Dr. Helmy, Sayed Enzily dan Mohammed Mahdi Akef, bekas Mursyidul Am yang lalu akan tetapi kesemuanya berlapang dada dan thiqah terhadap keputusan yang telah dipersetujui tersebut.

6. Sumber mengesahkan bahawa, antara sebab Ikhwan Muslimin terpaksa menamakan calon daripada mereka adalah kerana melihat kepada kerajaan sementara dan tentera seolah-olah tidak mematuhi segala perkara yang telah diputuskan oleh Parlimen,satu-satunya institusi yang dipilih oleh rakyat ketika ini dan juga tidak menghormati kehendak rakyat iaitu supaya kerajaan awam diserahkan kepada rakyat, bukannya diperintah oleh tentera.

7. Sebelum daripada itu juga, Ikhwan Muslimin telah mengadakan rundingan dengan beberapa calon Islamik yang lain iaitu Syeikh Hazim Solah Abu Ismail, Abdul Mun’iem Abul Futouh dan Dr.Salim al-Awwa untuk berbincang berkenaan pencalonan Presiden akan tetapi Ikhwan Muslimin melihat bahawa terdapat beberapa perkara yang menyebabkan mereka terpaksa menamakan juga calon daripada mereka dan kesemua calon tersebut kurang menepati kriteria yang dikehendaki oleh mereka untuk membolehkan mereka membuat ketetapan menyokong mana-mana calon tersebut.

8. Terkini, sehari sebelum penamaan calon ditutup, Ikhwan Muslimin dan parti politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) memutuskan mencalonkan Presiden parti itu, Dr.Mohammad Mursi sebagai “calon simpanan” bagi jawatan Presiden jika sebarang kemungkinan berlaku kepada Khairat Shater. Ini kerana Shater sebelum ini berhadapan dengan tuduhan yang direkacipta oleh mahkamah tentera di zaman Mubarak yang disabitkan kesalahan dan dihukum penjara. Beliau baru dibebaskan setelah berlaku Revolusi 25 Januari dan kesnya masih belum selesai dan sedang diusahakan oleh para peguamnya untuk digugurkan.

9. Walau bagaimanapun, kes beliau itu hanya sebagai tuduhan yang dicipta dan Lajnah Undang-Undang Ikhwan Muslimin dan FJP telah bersepakat kondisi Shater sekarang selamat dan tidak mempunyai apa-apa masalah dari sudut perundangan kerana kesnya sekarang hanya bersifat teknikal untuk digugurkan.

10. Walau bagaimanapun, Ikhwan dan FJP melihat pihak Majlis Tentera sendiri yang cuba mengotorkan proses Pilihanraya Presiden. Hingga kini, terdapat empat nama mereka yang pro-Mubarak telah disahkan bertanding. Mereka ialah bekas Naib Presiden dan juga Ketua Perisikan di zaman Mubarak, Omar Suleiman, bekas Perdana Menteri Mubarak, Ahmed Syafiq, bekas Ketua Liga Arab ‘Amr Mousa dan Mansour Hasan.

11. Berikut jadual perjalanan Pilihanraya Presiden Mesir 2012 seperti yang diumumkan:

8 April: Pencalonan bagi Presiden Mesir ditutup tepat jam 12 tengah hari

9 April: Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir (JPPM) akan umumkan calon yang diterima borang

10 dan 11 April: Tempoh mengemukakan sebarang bantahan terhadap calon bermula jam 8 pagi hingga 8 malam. JPPM akan mengadakan perbincangan berkaitan bantahan yang dikemukakan.

16 April: JPPM mengumumkan keputusan bagi bantahan2 yang diterima

26 April: JPPM akan mengumumkan calon yg sah bertanding

30 April: Tempoh kempen bermula dan tempohnya hanya 21 hari

11 hingga 17 Mei: 7 hari masa diberikan bagi rakyat Mesir di luar negara mengundi

20 Mei: Tempoh berkempen tamat

23 dan 24 Mei: Rakyat Mesir dalam negara membuang undi

30 Mei: Pusingan ulangan dan tempoh berkempen dibuka semula selama 15 hari

3 hingga 9 Jun: Selama 7 hari lagi rakyat di luar negara membuang undi

15 Jun: Tempoh berkempen tamat pada tepat jam 12 tengah hari

16 dan 17 Jun: Rakyat dalam negara mengundi buat pusingan kedua

18 Jun: Pengiraan undi dijalankan

19 Jun: JPPM membuka sebarang bantahan terhadap proses pilihanraya

21 Jun: Keputusan penuh dijangka diumumkan

30 Jun: Presiden baru mengangkat sumpah jawatan


Prosedur Kemasukan Pelajar Ke Universiti Al-Azhar

10 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim, terpanggil untuk berkongsi sedikit info tentang prosedur atau cara kemasukkan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/407363_363525257007766_100000508851984_1425209_1122677046_n.jpg

Pertama sekali syarat umum bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran bagi Ijazah Sarjana Muda (B.A) dalam jurusan :
1. Syariah Islamiah.
2. Syariah Undang-undang
3. Usuluddin (Tafsir, Hadith, Aqidah Falsafah, dll)
4. Bahasa Arab.

Bagi mereka yang berminat untuk mengambil atau menyambung pengajian seperti yang dinyatakan diatas. Syarat wajib bagi mereka adalah seperti berikut:

1. Setiap pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar perlu memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan seperti berikut:

i. Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL

ii. Memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Universiti Al-Azhar.

2. Tawaran kemasukan dan penetapan tempat pengajian adalah di bawah bidang kuasa pihak Universiti Al-Azhar sepenuhnya.

3. Terjemahan Cabutan Sijil Lahir perlu diterjem ahkan dalam Bahasa Arab oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia di alamat berikut:

Institut Terjemahan Negara Malaysia
Wisma ITNM
No. 2, Jalan 2/27E
Wangsa Maju, Seksyen 10
53300 KUAL A LUMPUR
No.Tel : 03-4149 7210
No. Faks : 03-4149 1535

4. Sijil asal STAM/Diploma dan terjemahan Cabutan Sijil Lahir perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri di alamat berikut:

Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri
Bahagian Konsular, Wisma Putra
No.1, Jalan Wisma Putra
Presint 2
62602 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-8887 4159
No. Faks : 03-8889 2923


SYARAT PERMOHONAN

5. Bayaran pengurusan dan pendaftaran sebanyak USD 65.00 bagi lepasan STAM/Diploma. Bayaran hendaklah dibuat melalui bank draf atas nama Director, Education Malaysia Egypt.

6. Borang permohonan yang telah lengkap serta dokumen sokongan lain hendaklah dihantar pada atau sebelum 1 Jun 2012
di alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia,
Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-8870 6627/6611.


“Bagi pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berminat untuk mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar dalam bidang pengajian islam perlulah mengikuti peperiksaan
kemasukan Universiti Al-Azhar iaitu Imtihan Qabul. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi pihak Yayasan Sofa seperti butiran di bawah :

Kolej Islam As-Sofa,
Blok D-1-03 Jalan 16 A, Desa Permai,
Taman Dato’ Ahmad Razali,
68000 Ampang Selangor
Malaysia

Tel: 03-42664408
Fax: 03-42665408
Hp: 6019-6072093, 6019-9040669, 6010-4001019, 6016-3482399

Email: asasialazhar@gmail.com
Laman Web : http://www.yayasansofa.com

Dokumen-dokumen sokongan berikut perlu disahkan oleh Pegawai Kanan Kerajaan (Kumpulan A)/Ahli Dewan Undangan Negeri/Pesuruhjaya Sumpah/Pengetua/Guru Besar/Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu sebelum 1 Jun 2012.

SENARAI SEMAK PERMOHONAN KE UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR

1) Dua (2) salinan borang KPT/AL-AZHAR/2012 (SILA KLIK DI SINI)
(Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti Al-Azhar, Mesir)
2) Satu (1) Cabutan Sijil Lahir Asal. (Cabutan Sijil Lahir boleh diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara/Negeri);
3) Terjemahan Cabutan Sijil Lahir Asal dalam (Bahasa Arab). Terjemahan perlu dibuat di Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Wangsa Maju sahaja;
(SILA RUJUK ALAMAT DISERTAKAN)
*Cabutan Sijil Lahir Asal (Bahasa Arab) dan terjemahan Sijil Asal (STAM) tersebut
WAJIB disahkan di Bahagian Konsular, Wisma Putra, PUTRAJAYA.
4) Empat (4) salinan Cabutan Sijil Lahir Asal yang telah disahkan;
Bagi pemohon yang lahir di Luar Negara/Sabah/Sarawak perlu membuat salinan dan
disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan diterjemahkan oleh (ITNM).
5) Empat (4) salinan Sijil Asal (STAM) atau Diploma Qiraat yang telah disahkan; (Sijil Asal STAM tidak boleh dilaminate)
6) Tujuh (7) keping gambar berukuran passport.
7) Empat (4) salinan passport Malaysia yang disahkan.
8) Tiga (3) salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir yang disahkan
9) Bank Draf sebanyak USD 65.00 atas nama Director, Education Malaysia Egypt.
10) Sampul surat bersaiz 11 cm x 22 cm beralamat sendiri dan bersetem RM 0.60

Sebarang kemusykilan boleh rujuk terus ke Laman Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Disini


Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers