Isu Zakat Trg Mesir, "Siapa yang lawan saya, takkan dapat Zakat!!"-Pegawai HEP Trg Mesir.

0 komen mengomen
solat hajat & penerangan zakat

Hayyu Asyier, Kaherah, 29 November- Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir dengan rasa bertanggungjawab telah mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana dan Penerangan Isu Zakat yang hangat diperkatakan oleh Mahasiswa Terengganu Mesir.

Majlis ini dianjurkan bertujuan untuk memohon kehadrat Allah s.w.t agar dipermudahkan segala urusan penerima-penerima zakat MAIDAM bagi sesi ini yang dinafikan hak dan menanam kesedaran dikalangan mahasiswa Terengganu Mesir terhadap semangat kerjasama dan keprihatinan.

Majlis yang dipengerusikan oleh Saudara Ahmad Ulwan bin Hassim selaku Naib Setiausaha KPT Mesir dimulakan dengan penerangan tentang isu-isu yang berlaku dan kronologi isu zakat yang telah didokumentasikan.

Majlis seterusnya membuka peluang kepada mana-mana ahli untuk berkongsi masalah yang dihadapi dan beberapa aduan berkaitan sikap tidak professional pegawai. Antara aduan yang diluahkan semasa majlis tersebut adalah seperti berikut :

  • Pengambilan zakat kali kedua bagi salah seorang mahasiswa dinafikan atas sebab keterlibatan beliau dalam Gerakan Tuntut Hak Asnaf Zakat (GERTHAK).
  • Bayaran zakat yang sepatutnya diterima penuh (RM 5,000) dikurangkan dengan alasan mahasiswa muadalah tersebut melebih dari 2 tahun.
  • Pegawai tidak membenarkan wakil bagi penerima zakat yang telah pulang ke Malaysia untuk mengambil wang zakat tersebut walaupun telah disertakan surat tawkil.

Beberapa cadangan turut dilontarkan yang membuktikan keprihatinan dan kesatuan ahli bagi membantu pihak KPT Mesir dalam menyelesaikan masalah yang berlaku. Antara cadangan yang dilontarkan oleh mahasiswa pada malam tersebut adalah seperti berikut:

  • Mendokumentasikan permasalahan-permasalahan ini dan menghantar memorandum terhadap salah laku pegawai kepada pihak berwajib antaranya SPRM, Menteri Besar Terengganu, MAIDAM, Yayasan Terengganu.
  • Meminta khidmat nasihat guaman dan mengambil tindakan undang-undang.

Dalam masalah ini, pihak KPT Mesir menyarankan agar mahasiswa-mahasiswa yang terlibat agar melaporkan perkara ini kepada pihak yang berwajib dan tidak lupa mengisi borang aduan yang telah disediakan.

Pihak KPT Mesir juga berharap agar seluruh mahasiswa bersedia untuk berganding bahu bersama pihak kepimpinan KPT Mesir bagi menjayakan cadangan-cadangan ini dan berharap semua ahli bersabar, terus berdoa serta bijak dalam melakukan apa-apa tindakan.

Pihak KPT Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh mahasiswa yang telah melontarkan cadangan dan menunjukkan kebersamaan dalam menangani isu ini. Pihak KPT Mesir akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan isu ini dengan pihak berwajib.

aminmenulis : Bila seorang yang bergelar "Ustaz", boleh melakukan perkara macam ni, tak mustahil orang yang tidak bergelar ustaz boleh lakukan lebih lagi. Inilah yang orang kata, "Kerana 'ustaz' seorang habis rosak ustaz-ustaz sebelanga."


Kami tidak mempertikaikan peribadi kamu, tetapi kami mempertikaikan kerja kurang profesional yang kamu lakukan. Apatah lagi dalam bab Zakat yang terkandung didalam rukun Islam. Lebih-lebih lagi kamu dibayar gaji oleh rakyat Terengganu. Maka, laksanakanlah tanggungjawab sebaik mungkin. Kami bukan meminta duit gaji kamu, tapi duit yang dibayar oleh rakyat Terengganu untuk diagihkan kepada penerimanya yang berhak!!

Amat kasihan bila seorang yang tahu agama, boleh mengatakan kepada seorang penerima zakat yang telah diluluskan oleh MAIDAM "Sebab kamu lawan saya, saya taknak bagi zakat. Kamu boleh keluar sekarang!" mungkin lebih kurang beginilah yang dikatakan kepada si penerima tadi. Adakah zakat milik individu? Walhal Allah telah jamin mereka-mereka yang berhak menerima zakat. Kalau zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dahulu, beliau memerangi golongan yang tidak membayar zakat. Hatta seseorang itu sahabat yg pernah hidup sezaman dengan Rasulullah s.a.w.

Adakah kerana dendam di facebook, blog menjadi lesen buat kamu utk menyekat bantuan zakat anak-anak Terengganu walhal ia telah diluluskan oleh MAIDAM? Dimana profesionalisma seorang pegawai yang diamanahkan menajga kebajikan pelajar? Kami tidak akan mengata atau menyentuh kamu sedikit pun kalau kerja yang diamanahkan berjalan dengan baik dan profesional. Lihat contoh pegawai Selangor, Kedah, Pahang, Johor. Walaupun ideologi politik yang berbeza, amanah tetap amanah. Buka pejabat mengikut waktunya. Sentiasa memantau kebajikan pelajar dan lain-lain lagi.

Khalifah Islam yang pertama(Abu Bakar ra) pernah berkata "Jika seutas tali pengikat unta hilang pun dari jagaan saya, saya akan dapatinya dalam Al-Quran".

Beliau telah memerangi orang-orang yang enggan mengeluarkan zakat dan menyifatkan mereka itu sebagai murtad kerana meruntuhkan salah satu rukun sistem ini. Beliau mengatakan, "Demi Allah kalau mereka itu enggan menunaikan kepada ku seutas tali pengikat unta seperti yang telah ditunaikan kepada Rasulullah saw, pasti aku akan perangi mereka selagi pedang masih berada di tanganku".

Maka, zakat adalah sesuatu yang wajib ditunaikan oleh mereka yang berkemampuan. Barangsiapa yang menunaikan solat, tetapi memisahkan zakat, bermakna dia telah mengisytiharkan perang terhadap Allah s.w.t. dan keimanannya terbatal dan dikira sebagai murtad.

InsyaAllah, cakap-cakap telah kedengaran bahawa perkara ini akan dibawa dan dipanjangkan kepada Duli Yang Teramat Mulia, Yang Di-Pertuan Agong yang juga merupakan Tuanku Al-Sultan Terengganu. Kerana baginda merupakan ketua agama bagi Malaysia dan Negeri Terengganu Darul Iman.

p/s : Kalau beliau nak print screen posting saya ni. Silakan. Kalau boleh post dalam mana2 web pun bagus. Sebarkan kat orang ramai. Kamu ingat boleh ugut dengan cara tu? Kamu nak pukul, nak bunuh saya ke silakan!! Kamu ingatlah, sekarang kamu boleh bersenang lenang, pergi melancong sana sini, sedangkan Orang yang dizalimi ikat perut kerana tidak mendapat hak, tidak tidur malam mencari susu untuk si anak. Kuasa yang kamu ada sekejap je. Kalau tak dapat balasan kat dunia. Tunggulah kat akhirat nanti. Janji Allah itu pasti!!! Didunia kamu mungkin selamat, tapi di akhirat belum tentu!!

Kamu merancang Allah jua merancang, ingatlah Allah adalah sebaik-baik perancang!!

Alhamdulillah, cahaya mata ke-3 saya..

3 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Semakin ramai mujahid dalam keluarga saya. Alhamdulillah, Muhammad Al-Fateh selamat dilahirkan pada 29/11/2010 jam 1.10 petang waktu Malaysia.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1216.snc4/156859_177380725622221_100000508851984_560501_1217924_n.jpg

Siapakah baby comel ni? hehe.. Nilah anak saya. Tengok nama pun ada Al jugak kat tengah2.. Alhamdulillah, terima kasih kepada zaujah terchenta kerana melahirkan beliau.. hehe.. jangan percaya!! saje je melawak. keh3.. Ni anak sedara saya yang ke 3. Anak kepada abang sulung saya. Muhd Lukman Hakim dan Kakak Ipar saya Nor Suriani bt Ali. Alhamdulillah, tahniah Along dan Kak Su. Moga-moga dapat lahirkan ramai lagi mujahid dan mujahidah dalam keluarga kita. Moga-moga Muhammad Al-Faatih ini bukan sahaja pembuka kepada rezeki tetapi pembuka kepada jalan untuk kemenangan Islam.

Inilah antara hadaf sesebuah perkahwinan dalam Islam, kita bukan hanya mahu meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w. tetapi ummat yang beramal dengan ajaran Islam dan penerus perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w. Moga dengan lahirnya mujahid ini dapat mengukuhkan lagi serta merealisasikan pembinaan mujtamak muslim.

Kepada Along, niatkanlah kelahiran anak ini untuk diwaqafkan kejalan Islam, insyaAllah, setiap pengorbanan dan jerih peluh kita membesarkannya dikira oleh Allah s.w.t. jihad fisabilillah. Setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. dan mengakui adanya hari kebangkitan sudah pasti mahukan sesuatu yang dapat memberi syafaat kepada kita di hari akhirat kelak. Maka, anak soleh inilah saham yang kita nanti-nantikan untuk disalurkan kepada kita bila kita sudah tiada kelak. Merekalah yang akan mendoakan keampunan dan kesejahteraan kita nanti. Didiklah dengan didikan Islam, tanamkan fikrah dengan fikrah Islam yang jelas. Kerana setiap anak yang dilahirkan itu ibarat kain putih. Kitalah yang mencorakkannya, maka coraklah ia dengan corakan Islam yang tulen..

Kakak Umaira & Abg Uwais.. Jagalah adik kamu ni baik2 yer.. jangan buli-buli, nanti uncle balik (uncle? hehe.. pakcik pon bole.. ) siap la kalau kamu tak jaga dia baik-baik. Walaupun kakak baru 2 tahun lebih dan abang baru setaun lebih, jangan dengki dengan Faatih yer.. takmo gigit-gigit, takmo gaduh-gaduh.. hehe.. awal beri amaran. Walaupun korang xde blog or facebook, nanti korang dah besar korang bace blog pakcik ni eh.. Haha.. pakcik dah warning awal-awal tau..

Kepada Muhammad Al-Fatih, selamat membesar dan menjadi mujahid yang berjuang menegakkan agama Allah bila besar nanti. Pakcik taknak kamu jadi anak yang soleh, tapi anak yang bertaqwa.. InsyaAllah. amin.. Jadilah seperti Sultan Muhammad Al-Fatih. Pada usia 19tahun telah memimpin ketumbukan ketenteraan Islam yang sangat besar. Moga kamu juga mesti begitu.

p/s: kenapa la rasa nak buat posting untuk Al-Faatih ek? mungkin kerana namanya yang istimewa. Teringat kepada tokoh Islam yang dikagumi kawan dan lawan. Sultan Muhammad Al-Fatih. Pembuka kota Kostantinople.

Bila saya nak dapat anak? Haha.. kawen pun belum lagi.. InsyaAllah akan datang. Moga-moga semuanya mujahid. Biar senang nak berjuang.. Mujahidah pun alhamdulillah.. Menjadi penolong kepada mujahid2 Islam.


PMRAM Pusat Pun Ada Facebook?

2 komen mengomen
KAHERAH, 26 Nov - Ogos lalu PMRAM telah membuka media penerangan baru di Facebook, PMRAM Pusat. Selain web PMRAM yang aktif menyampaikan maklumat dan info mengenai PMRAM. PMRAM juga telah membuka jaringan yang lebih meluas untuk mempromosi dan memperkenalkan PMRAM ke seantero dunia.

Meskipun persatuan Melayu yang tertua di Perlembahan Nil dengan usianya 80 tahun, PMRAM masih lagi berdiri teguh bersama dengan anak-anak Melayu Islam di bumi Mesir.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEio5Awq1jIt0yCgt16lmyqHAvMOjewewxvZXYfFrka80y8UjnGKDFef7dVdupH6Ydr-c_NmyZFgL9bTp7N7hQbIpw__VOwDBz313mAy3QhdVOmTxSxH3-yuvx-CnZWarQ0fL4eiCS2ujKhH/s1600/fb+pmram.JPG

"Facebook merupakan media baru yang mesti diketengahkan, dengan melalui facebook jugalah maklumat serta info tentang PMRAM lebih cepat dan pantas" ujar Ketua Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM, saudara Mohd Faizzudin Ghazali

"Hari ini PMRAM sering diburuk-burukkan oleh pelbagai pihak sebagai persatuan pembangkang dan pengganas sedangkan mereka tidak tahu apa-apa tentang PMRAM, maka medium web dan facebook memainkan peranan penting dalam memberikan penerangan kepada masyarakat di luar sana mengenai PMRAM" tambah beliau.

Sehingga ke hari ini, mereka yang menyertai facebook rasmi PMRAM mencecah 2252 orang yang terdiri daripada mahasiswa Mesir dan masyarakat Malaysia, dan dijangkakan lebih ramai lagi yang akan menyertai facebook PMRAM Pusat.

Selain maklumat disalurkan ke Yahoo Messenger (YM), PMRAM juga menyalurkan maklumat, promosi dan penerangan melalui Youtube PMRAM dengan menggunakan akaun Youtube PMRAM Multimedia Centre (PMC).

Sehingga ke hari ini juga, penyertaan YM rasmi PMRAM pmram30@yahoo.com sudah penuh dan YM PMRAM pmram1930@yahoo.com masih lagi ada kekosongan.

"Di peringkat Badan Penerangan & Penerbitan (BPP) kita sangat mengalu-alukan mereka yang ingin membantu dan melancarkan gerak kerja penerangan PMRAM tidak kira samada berbentuk video, risalah, penulisan, pereka dan sebagainya" ujar Ketua BPP tersebut yang mengharapkan tenaga-tenaga baru untuk diserapkan dalam unit-unit dibawah Penerangan & Penerbitan PMRAM.

aminmenulis : Tahniah dan syabas buat PMRAM, ini membuktikan PMRAM bukan menolak arus kemodenan tetapi mengawal dan memandu arus itu kearah kebaikan. Moga-moga dengan kewujudan facebook ini dapat melancarkan gerak kerja penerangan dan penyebaran ilmu dan maklumat kepada masyarakat dan seluruh umat Islam. Kalau boleh PMRAM mengadakan slot atau kolum berbahasa arab dan inggeris akan memperkenalkan lagi PMRAM sebagai satu wadah mahasiswa/wi yang global bukan sahaja menaungi mahasiswa/wi Malaysia di Mesir tetapi mampu bersaing dan menjadi contoh buat pertubuhan dan gerakan Mahasiswa Islam yang lain.


Muslimah Sekarang Murahan.. Boleh dapat kat tepi2 jalan..

4 komen mengomen

Mungkin pedas mungkin keras tajuk yang saya letakkan.. teruskan membaca muslimah harapan..

Terkadang bila melayari facebook dan weblog rakan-rakan, saya merasa hairan melihat sesetengah facebook dan weblog muslimah yang bertudung dan yang menutup aurat; mereka tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda wahai muslimah sekalian, namun sayangnya anda terlupa bahawa gambar yang anda letak itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu yang enggan melihat wajah-wajah itu dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ia ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku, dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya.

Dikalangan mereka, ada yang bagus; yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa Yang mereka kerjakan."

Hati Yang Sakit Bertambah Sakit.. Kasihanilah Masyarakat..

Namun, kita harus akui bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku, kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih pantas; sesegera mee segera.

Alangkah malangnya andai wajah-wajah yang terpamer itu mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki. Lelaki yang mantap imannya akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda... untuk menikahi anda tidak mengapa, tetapi jika sekadar mahu memuaskan nafsu?

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin ia juga fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi dan dengan perkongsian itu, secara tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, berhati-hatilah!

Jalan Penyelesaian?

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya.

Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Adakah memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan perkongsian atau posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar kepada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda adalah anugerah Allah SWT.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Selamat bermujahadah sahabat muslimahku!

Dipetik dari Iluvislam.

Agak lama juga saya mengkaji isu ini, dan sifir saya pasti sudah ada yang menulis berkenaannya. Berkenaan isu muslimah dan laman sosial. Alhamdulillah, saya terjumpa artikel diatas lalu saya ambil terus, kerana apa yang ingin disampaikan lebih kurang sahaja. Namun ada yang mahu saya tambahkan, sedikit kebimbangan yang melanda jiwa adalah kehormatan kalian.

Pertamanya, pernahkah anda terfikir, dimana agaknya gambar-gambar yang anda uploadkan samaada di facebook atau mana-mana laman sosial? Cuba renung kembali, setiap sesuatu perkara atau operasi yang ingin dilakukan secara bersar-besaran memerlukan ia untuk mempunyai satu center/pusat untuk mengemaskini dan menyelaras segala maklumat. Maka, begitu juga gambar-gambar yang anda uploadkan. Walaupun anda membuat blog, facebook atau apa jua akaun secara private. Tetapi sedarlah bahawa maklumat tersebut akan dihantar ke suatu pusat dan sudah pasti ada yang menyelenggara pusat tersebut.

Saya bagi contoh mudah, kepada mana-mana yang mempunyai blog atau pernah mengupload gambar khususnya buat pengguna akaun google. Sila buka dan login www.picasa.com. Anda pasti terkejut, jumlah dan gambar-gambar yang anda pernah upload selama ini walaupun telah didelete namun masih tersimpan kemas disitu. Jumlahnya boleh mencecah ribuan keping malah anda sudah lupa bila dan kenapa gambar tersebut diupload.

Sekadar renungan bersama. Dimana maruah seorang wanita? andai gambar disepahkan merata-rata? Berharganya sesuatu barang kerana payah untuk diperolehi dan jarang dilihat orang, berharganya wanita anda fikir sendiri.. adakah lebih murah atau sudah tidak ada nilai disisi pencipta?

Sayang sahabat ingat-ingatkan, sayang muslimah lindung-lindungkan..

Kepada yang berpurdah jaga akhlak kalian, kepada yang bertudung tingkatkan amalan, kepada yang freehair masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan, kepada lelaki andalah yang akan dipertanggungjawabkan!!


Jangan Keluar Esok! 28/11/2010 Hari Pembuangan Undi Pilihanraya Umum Mesir

2 komen mengomen
Assalamualaikum w.b.t.

Pada hari Ahad, 28/11/2010 adalah merupakan hari pembuangan undi sempena pilihanraya umum bagi negara Mesir. Menurut pengalaman yang lepas, mahasiswa/wi tidak digalakkan untuk keluar daripada rumah untuk melakukan sebarang urusan kerana dikhuatiri mambahayakan keselamatan diri. Dalam satu kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Perubatan Cawangan Iskandariah disini, pada pilihanraya sebelum ini telah berlaku insiden pergaduhan diantara penyokong parti politik yang membawa parang dan senjata tajam.

http://www.thelondondailynews.com/images/egypt-flag.gif

Pada hari tersebut juga, polis dan tentera akan dikerah untuk memastikan perjalanan pilihanraya berjalan dengan lancar, maka dinasihatkan juga agar tidak keluar rumah dibimbangi kita dianggap sebagai terlebat dengan sesbuah parti politik di Mesir. Juga dibimbangi sekiranya ditahan dan iqamah/visa telah tamat tempoh akan menyebabkan kesulitan yang tidak diingini berlaku.

http://previous.presstv.ir/photo/20101017/khan20101017171718247.jpg

Mahasiswa/wi juga tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di Masjid, serta diminta untuk menangguhkan sebarang urusan pada keesokkan harinya. Bagi mahasiswa yang mahu ke kuliah, digalakkan pergi awal dan tidak melakukan urusan selain daripada itu, dan pulang terus kerumah sebaik sahaja selesai sesi kuliah.

Maka, demi keselamatan mahasiswa/wi dinasihatkan agar tidak keluar rumah untuk melakukan sebarang urusan. Elakkan makan diluar dan sebagainya.

Sekian sekadar makluman, sila sebarkan untuk keselamatan sahabat-sahabat kita mahasiswa/wi Malaysia.

Wasalam

Tersedar selepas tercampak keluar dari tremco : 6 Mahasiswa Malaysia Kemalangan DI Mesir

0 komen mengomen

TANTA, 25 Nov - Lafaz syukur sahaja yang mampu dilafazkan bagi semua mangsa kemalangan yang terselamat dalam nahas tersebut semalam. 6 orang mahasiswa Tanta yang dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Kaherah setelah menjemput pulang sahabat mereka telah terlibat dalam nahas kemalangan tersebut.

Mereka yang menaiki kenderaan awam (tramco) yang ditempah tercampak keluar dari kenderaan tersebut apabila ianya gagal dikawal lalu terbabas setelah merempuh pembahu jalan dan tiang lampu jalan raya.

Kejadian yang berlaku selepas susur keluar bandar Shibin el Kom tersebut berlaku sekitar selepas waktu Isyak. Semua mangsa dihantar ke hospital berdekatan iaitu hospital Quaisina untuk mendapatkan rawatan sebelum seorang darinya dihantar ke Hospital Universiti Shibin untuk rawatan lanjut.

http://pmram.org/images/stories/accident%201.jpg

Saudara Mohd Ridhuan b Abdullah dihantar ke Hospital Universiti Shibin setelah mendapati luka di telinga kanannya agak parah dan selesai menjalankan pembedahan sedikit.

Bagi tiga orang mangsa pula, saudara Nurhaliz Syafiq Zakaria, saudara Mohd Fakhrullah B Abdul halim dan Mohd Kamel Abdul rahman dibawa ke Hospital Universiti Tanta untuk mendapatkan rawatan lanjut. Saudara Nurhaliz Syafiq cedera dibahagian kiri mukanya menerima beberapa jahitan. Jari tangannya juga menerima jahitan apabila terkoyak ketika kejadian.

Manakala saudara Mohd Kamel dan saudara Mohd Fakhrullah pula hanya cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar serta didapati selamat dari sebarang kecederaan dalaman setelah menjalani ujian sinar x-ray. Dua terakhir dari mereka pula selamat dari kecederaan serius dalam kejadian tersebut.

Naib Presiden III Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM, saudara Mohd Farkhan Md Zain yang bergegas ke Hospital Universiti Shibin mengulas, keadaan mangsa yang terlibat berdasarkan keadaan kejadian amat berbeza. Rezeki mereka apabila dipelihara oleh Allah masing-masing yang tercampak keluar tidak dilanggar oleh kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Paling disyukuri, dua mangsa yang tercampak keluar ke bahagian jalan yang bertentangan cepat sedar dan bangun untuk selamatkan diri dari kenderaan yang melalui jalan tersebut. Turut serta dalam lawatan tersebut saudara Firdauz B noh, Bendahari Kehormat PMRAM serta saudara Faqrurazi Abdullah Penasihat PMRAM Cawangan Pulau Pinang.

Sedikit sumbangan dihulurkan dari peringkat PMRAM Pusat bagi meringankan bebanan. Seluruh kepimpinan PMRAM dan HEWI PMRAM mengucapkan takziah atas musibah yang menimpa dan mendoakan agar dipermudahkan segala urusan mangsa untuk cepat sembuh serta tenang dalam membuat persediaan peperiksaan.

PMRAM juga mengucapkan tahniah atas kerjasama dari taakhi Tanta, Shibin el Kom yang banyak membantu pihak Tanta dalam menguruskan mangsa yang dimasukkan ke Hospital Universiti Shibin.

Sumber : www.pmram.org

Wanita, Berapa Maharmu?

0 komen mengomen

Wanita,

Berapakah maharmu?

Adakah setinggi gunung yang mencecah langit?

Adakah seluas alam cakerawala?

Atau serendah dasar lautan?

Wanita,

Berbaloikah kami kaum Adam membayar maharmu setinggi itu?

Apakah yang dapat kami nikmati darimu?

Kami fikir, tiada.

Mengapa?

Tidakkah engkau ingin bertanya?

Mahkotamu telah kau lucutkan.

Kau biarkan ia beralun-alun ditiup angin.

Membiarkan tangan-tangan syaitan membelainya.

Merasakan nikmatnya auratmu.

Tubuhmu sudah lama dijilat oleh mata-mata syaitan.

Engkau bertelanjang, auratmu didedahkan.

Masih mahalkah maharmu?

Tanganmu memegang yang haram bagimu.

Kau menampakkan bentuk badanmu.

Semuanya sudah lama dinikmati oleh mata-mata syaitan itu.

Masih mahalkah maharmu?

Kami juga belum tentu akan menikahimu.

Kami tidak ingin menjamah sisa-sisa syaitan itu.

Kami perlukan kesucian dari bakal-bakal isteri kami.

Kesucian yang bisa melahirkan generasi yang suci.

Yang patuh akan perintah Rabb-nya.

Yang menjaga adab dan auratnya.

Itulah serikandi harapan kami.

Bukan mahalnya maharmu yang menjadi ukurkan.

Tetapi mahalnya harga dirimu yang kami kirakan.

Nukilan: E-myka (23 November 2010)




Entri Kurang Matang, Sila Abaikan, Hahahaha...

4 komen mengomen
Awas!! Kepada yang belum mengaji, solat, qiyamulail, study, dan buat perkara-perkara lain yang berfaedah, sila pergi buat sekarang dan klik pangkah [X] agar segera meninggalkan blog ini. Tapi korang ni manusia kan, semakin dilarang itulah yang nak dibuatnya. Hailaa.. Ikut sukahati korang la. Dah nasihat awal-awal Membaca entri ini hanya membuang masa kalian sahaja atau terus ke entri sebelum ni yang lebih menginsafkan.. Jangan ada yang mahu saman sekiranya tidak mendapatkan pendapatan daripada entri ini. Sekian.

Wakaka.. mesti orang ingat aku dah gila.. hehe.. kepada pembaca jangan pelik jangan gabra, jangan sekali-kali, never and ever cuba-cuba nak call hospital sakit jiwa kerana aku masih siuman dan waras. Hahaha.. So, apesal aku tergelak nih? Kompem pembaca dah tak respek dan thiqah dengan aku lagi.. Nak wat camner dah takleh tahan sebenarnya.. Ades.. Walaupun malu nak tulis macamni, tapi nak tulis jugak.. Sebab teringat gaya penulisan dulu dengan sekarang. Rindu sangat-sangat nak tulis macam dulu. Mengarut tapi ada jugak isi. Korang leh baca kat sini.

Kepada yang mengenali diri ini, ibu, ayah, sedara mara, jiran tetangga, tukang kebun sekolah, makcik jaga yang hanya berjaga pada hari jumaat dan seluruh peminat-peminat tegar dari dulu sampai sekarang. Ehehe.. Maaf kerana entri kali ini agak kurang matang dan gila-gila sedikit. Kalau korang nak tau, ni la gaya penulisan aku mula-mula dulu. Sampai ada orang minat dan tergolek-golek baca blog nih. Siap bookmarks lagi kat semua komputer yang dia ada. Tapi sekarang blog nih dah menyimpang jauh dari yang asal. Penulisan semakin matang (matang ke) dan banyak mengupas isu-isu semasa dan semakin kurang lawak jenaka.

Rupanya tanpa aku sedar, pengalaman dan masa semakin mematangkan aku. Yela, dengan title aku seorang pelajar agama, juga umur yang semakin meningkat dan semakin menjengah ke alam dewasa, maka tidak boleh tidak perubahan itu kena ada. Kalau korang semua baca dekat link yang aku bagi td atau entri-entri zaman aku muda-muda dulu. Mungkin korang jugak akan tergelak, hehe.. perasan giler aku ni kan.. Maaf sekali lagi, entri kali memang tidak ditapis serta tidak layak untuk ditayangkan dikhalayak ramai.

Kenapa la jadi biol sikit malam nih, adakah aku terlebih makan kicap or selsema menyebabkan aku terencat akal sedikit.. Hehehe.. Sebenarnya, gaya penulisan aku pada awal permulaan dulu banyak didoktrin dan terkesan oleh Ust Pamiesz (whoaa.. USt tu, tapi gaya penulisan macam raja lawak) Tapi sayang, aku tak sempat jumpa dengan dia, sebab masa aku sampai Mesir dia baru je balik Malaysia. Korang mesti tanya, mana aku tau? Hehe.. Sebabnya, masa aku naik kapal terbang on da way ke Mesir, kapal aku bertembung dengan kapal dia kat udara, tapi oleh kerana masa tu kelam kelibut, beliau tidak perasan aku sedang memerhatikannya tengah minum teh tarik. wakaka..

Weh serius sikit, orang tengah baca tu, abis la lepasni kena band (bukan wali band) kena gam dengan oram-oram yang tengah membaca nih. Kalau rakyat Mesir faham, kompem aku kena buang negeri ke India. Huhu.. Kejamm..

So apa motif posting kali ni? takde pape, saje je sebenarnya terkenang kisah lama. Hehehe.. Abis la aku lepas ni kalau jumpa senior-senior, ust-ust, adik-adik junior kat Mesir. Memang kantoi la bila dapat tau aku macam nih.. Hahaha.. Kalau aku ada musuh, kompem dia guna isu nih nak kondem aku.. arghh.. lantak la, ade aku kesah? haha.. Ooo.. berlagak ea.. takpe2.. wat masuk lam surat khabar warta tamil nanti baru kau takot. Kata mereka la.. hehe..

Sempena entri kurang matang ni, aku menasihatkan kepada semua, baik la korang takyah baca blog nih. Ntah hape-hape je merapik mengalahkan nyiang rapik.. Lebih baik korang pergi mengaji atau makan kerepek. Hehe.. Astaghfirullahalazim.. ape nak jadi la budak sekor nih, tiba-tiba buang tebiat.. ades... Takpe kan sekali sekala, orang kata kalau tiba-tiba buang tebiat ni hidup dah tak lama, so kalau buat camni sekali sekala, boleh jugak menginsafkan kita or kita akan tambahkan amalan agar kita dekat dengan Allah dan mengingati mati.

Suka aku amik satu hadith Nabi s.a.w. Jadilah kamu orang yang alim (عاليما) atau orang yang mengajar(متعلما) atau orang yang mendengar(مستمعا) pengajaran atau orang yang mengasihi (محبا)orang yang belajar/mengajar, dan janganlah menjadi orang yang kelima, (ولا تكن خامساو فتحلك) tidak alim, tidak juga mengajar atau belajar dan tidak mendengar hatta tidak juga mengasihi salah satu diantara mereka. Maka celakalah.

Wallahua'lam.. Moga-moga dalam kemerapekkan ini ada juga pengisian yang dapat diambil. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Kan dah cakap sila abaikan entri ini.. huhu.. rasa macam nak tulis selalu macam ni, ceria n happy go lucky jer.. Kalau bakal bapak mertua baca kompem rejek terus.. huhu..

Cerpen : Nur Annisa..

0 komen mengomen
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki.


Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.


Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang kerumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung.


Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, “cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!”


Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya ” Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu”.


Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.


Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya,”abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?”


Lalu saya menjawab sambil lewa, “kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri” Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat llesi……entah apa yang dah berlaku?


Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh…… lengan panjang pula tu…saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!


Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah… saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur’annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..


Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.


Ketika saya sampai di rumah..di depan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan…..saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya……..dalam esak tangisnya ibu memberitahu, “Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya”..air mata ini tak dapat ditahan lagi…
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.


Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai…hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..
Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannyaseperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)


Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari.
“mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik”


Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati


Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik


Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT.
Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?


Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak a da masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?


Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..


Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami


Annisa : apakah hakikat tudung ?


Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung


Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung… mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?


Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.


Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini,ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka..belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung. . . . . Allah SWT .


Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..


Subhanallah.Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu “buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia”
Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin
Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.


Wassalam…

Langit Ilahi..

0 komen mengomen
Biarlah gambar berbicara.. Merenung keagungan yang Maha Esa, gambar-gambar ini khas ditujukan kepada ayah dan bunda yang baru tiba di Terengganu serta keluarga dan sanak saudara serta seluruh pembaca..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs935.snc4/74855_175473649146262_100000508851984_546171_7934582_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1219.snc4/155193_175478825812411_100000508851984_546207_588130_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs599.ash2/155193_175478832479077_100000508851984_546209_4211263_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs599.ash2/155193_175478835812410_100000508851984_546210_7334063_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs599.ash2/155193_175478839145743_100000508851984_546211_1718484_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs926.snc4/73992_175479802478980_100000508851984_546219_4792883_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs946.snc4/73992_175479805812313_100000508851984_546220_6645286_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs946.snc4/73992_175479809145646_100000508851984_546221_624990_n.jpg

Awan komulunimbus itu putih warnanya,
Cantik menghiasi angkasa..
Langit nan biru menjiwai rasa,
Resah dijiwa hilang berterbangan,
Kekaguman melihat keagungan-Mu Tuhan.

Subhanallah, sungguh agung kuasa-Mu Rabbi,
Menciptakan semua tanpa bantuan,
Teruknya insan bernama abdi,
Hanya tahu melihat serta merosakkan.

Seringkali kau sentuh jiwa si abdi,
Terasa langit itu tinggi, bumi itu saujana,
Tiada tolok banding cantiknya Langit ilahi,
Sungguh, Kaulah pemilik Asma' al husna.

Buat adik-adikku yang sedang berimtihan, moga najah menjadi milik kalian, jangan sedih jangan segan, mohonlah kepada Allah pemilik segala kecerdikan, kepandaian dan ketenangan. Moga kalian dapat menjawab dengan tertib dan keluar dengan kegembiraan.

Muslimahku Sayang, 13 Auratmu Yang Wajib Dijaga..

4 komen mengomen

Untuk dikongsi bersama..... .......

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs964.snc4/75780_175357995824494_100000508851984_545487_7264342_n.jpg

Gambar hiasan..

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

...........................................................................................

Syuhada Morris Abdullah

19 november 2010

3.00 am..

Petua Untuk Jiwa Yang Duka...

1 komen mengomen

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1161.snc4/150356_174889615871332_100000508851984_541539_484400_n.jpg

  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1158.snc4/150052_175261939167433_100000508851984_544612_8371386_n.jpg

  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1138.snc4/150052_175261952500765_100000508851984_544616_1412665_n.jpg

  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs562.ash2/148480_174981259195501_100000508851984_541908_4030387_n.jpg

- Artikel iluvislam.com


Gambar : Kanak-kanak..

0 komen mengomen
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs468.ash2/74116_174942719199355_100000508851984_541737_5119576_n.jpg

Jadilah sperti kanak-kanak yang sentiasa ceria dan gembira. Namun sayang dia belum mampu menentukan masa depannya.. Beruntunglah sesiapa yang sudah menginjak dewasa, maka gunakanlah masa yang ada untuk hari tua. Janganlah disia-siakan peluang yang ada. Kerana masa tidak akan kembali bila ia telah pergi. Seringkali kita tidak bertanya kenapa hari ini kita dihidupkan lagi oleh Sang Pencipta, sudah pasti kerana Dia mahukan kita untuk terus hidup mengimarahkan dunia.

Lokasi : Dewan Asrama Darul Iman, Hayyu 10, Kaherah, Mesir.
Model : Amar
Suasana : Ceria dan riuh rendah.
Sempena : Majlis Sambutan AidilAdha 1431H anjuran KPT.


Mekah kini memiliki perkhidmatan kereta api..

2 komen mengomen

Kereta api Mashair atasi kesesakan

MAKKAH: Perkhidmatan kereta api Mashair berharga 6.5 bilion Riyal Saudi (RM5.4 bilion) yang beroperasi dari Arafah, Muzdalifah dan Mina di Makkah, mampu mengurangkan kesesakan di jalan raya pada musim haji ini, berbanding jika menggunakan 3,000 bas.

Ketua Jawatankuasa Dewan Perusahaan dan Perindustrian Jeddah (JCCI) Abdul Gadier Al-Jabarti berkata, perkhidmatan kereta api laju itu sangat berkesan untuk menangani masalah kesesakan jalan raya yang teruk di tanah suci ketika musim haji.

Projek kereta api Mashair akan mengurangkan kesesakan jalan raya kerana 3,000 bas tidak lagi digunakan apabila keseluruhan projek itu siap sepenuhnya pada tahun depan, katanya yang dilaporkan dalam akhbar Saudi Gazette.

Beliau berkata, operasi kereta api itu yang kini 35 peratus dan hanya dibuka untuk kegunaan jemaah haji tahun ini dari Arab Saudi dan negara Teluk lain, apabila siap, ia mampu mengangkut 70,000 jemaah haji sejam.

Katanya, projek kereta api itu menyumbang kepada pembangunan Muzdalifah dan juga membolehkan beberapa jemaah bermalam di sana. - Bernama

Salam AidilAdha Ye Semua... Kullu Am Wa Antum Bikhaer..

3 komen mengomen
Alhamdulillah, beraya jugak tahun ni. Walaupun untuk kali keduanya beraya di bumi arab Mesir. Sekurang-kurangnya Allah masih mengurniakan kesempatan untuk berada di hari yang mulia ini. Bagi aku, sama je beraya kat mana-mana pun. Apa yang penting penghayatan disebalik makna perayaan tersebut. Ramai yang hanya sekadar menyambut sebagai adat dan bukan dilihat dari sudut ibadah. Ramai mana orang yang sibuk mengucapkan selamat itu dan ini, tak kurang juga yang mengorbankan haiwan korban tetapi tidak memahami kenapa dan apa hikmah berlakunya setiap peristiwa tersebut.

Agak rugi bilamana kita sekadar menyambut sesuatu perayaan itu sekadar adat. Duit habis dibelanjakan untuk sekadar perhiasan. Hikmah pensyariatan korban adalah untuk menguji tahap keimanan kita selaku hamba Allah s.w.t. seperti kisah yang berlaku keatas Nabi Allah Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Roh dan semangat itulah yang perlu kita ambil sebenarnya disamping melaksanakan ibadah korban. Menyembelih haiwan ternakan dan memberikannya kepada faqir miskin.

Setiap tahun kita menyambut 2 hari raya ini, namun apakah kesan kepada rohani dan pengabdian kita kepada Allah? Berapa banyak yang kita telah korbankan untuk Islam? Apakah nikmat sihat yang Allah taala berikan kita korbankan untuk Islam? Bila sakit pula, adakah ia kerana kita melaksanakan serta mengorbankan diri untuk Islam? Kalau jawapannya tidak, tidak mengapa kerana kita masih ada waktu untuk melaksanakannya selagi mana nyawa masih dikandung badan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1180.snc4/150209_173666155993678_100000508851984_533639_6516433_n.jpg

Keberadaan di negara orang, berjauhan dengan keluarga, habis ribuan ringgit, bukanlah suatu pengorbanan yang cukup besar kerana selagi mana ia tidak dibuktikan dengan ilmu dan amal kepada masyarakat itu belum dapat dikatakan sebagai sebuah pengorbanan. Kerana tujuan utama berada dibumi orang adalah untuk menuntut ilmu dan kembali ke tanah air mengislah masyarakat. Jangan cepat berbangga dan meletakkan titlte nama kita sebagai pejuang agama, sebagai seorang penuntut ilmu agama kalau diri sendiri masih terumbang ambing, ilmu yang dipelajari masih belum dilaksana, usaha untuk mengislah masyarakat belum mampu dibina, dan banyak lagi yang perlu kita muhasabah bersama. Kalau kita kata kita sudah banyak berkorban, dimana hasilnya? Dimana kayu pengukur pengorbanan tersebut?

Ramai mana orang tertipu dengan gelaran dan pujian yang diberikan. Hakikatnya ia hanya omongan kosong semata. Sama-sama kita fikirkan, Islam tidak hanya tertegak dengan kata-kata tetapi dengan pengorbanan jiwa-jiwa pemuda.

Hipotesis Yang Perlu Mahasiswa/wi Sedar

1 komen mengomen

Semakin kita melepaskan pentadbiran kepada Umno maka akan semakin kusut masa depan negara. Begitulah antara hipothesis yang boleh kita simpulkan. Bagi mereka yang menyedari hakikat ini, marilah sama- sama kita beri yang terbaik kepada negara.

Jalan hidup yang diredhai ialah Islam. Maka, Islamlah kamu nescaya kamu selamat. Selamatlah negara kita kalau kita memberi mandat pemerintahan kepada pemerintah yang tepat iaitu Islam.

Pelbagai cabaran yang datang dan fitnah yang melanda ummat Islam sekarang. Bukan sahaja daripada orang- orang kafir, tetapi fitnah yang dibawa sendiri oleh orang yang mengaku Islam. Menganjurkan program Islam, tetapi hanya plastik luaran.

Pengisian yang telah merosakkan imej Islam dan memberi gambaran yang teruk kepada muslimah. Bagaimana perkara sebegini boleh terjadi?

Hal ini menunjukkan kejahilan agama berleluasa. Berlaku di sebabkan sistem pendidikan yang mengabaikan aspek akhlak dan pakaian Islam.

Sistem sekular yang megabaikan dan tidak memperkemaskan ajaran Islam kepada pelajar- pelajar sekolah. Jika di lihat di kampus- kampus juga, sistem undang- undang pakaian tidak ketat dalam perlaksanaan sahsiah rupa diri mengikut acuan Islam.

Sahsiah rupa diri yang di keluarkan seolah- olah membenarkan pakaian yang mendedahkan aurat. Tidak ada saman atau denda kepada pelajar- pelajar yang tidak menutup aurat.

Mahasiswa perlu menyedari bahawa pihak pentadbiran tidak menitik beratkan hal Islam. Maka dilepaskan begitu saja. Sebagai mahasiswa, marilah sama- sama kita sedar dan perbetulkan permasalahan ini.
Kita sebagai mahasiswa perlu menggerakkan program- program bagi menerangkan semula bentuk dan ciri- cirri pakaian muslimah serta akhlak yang di tuntut Islam.

Perlu kita membentuk pemikiran mahasiswa berkenaan pakaian Islam yang sebenar dan kita perlu mendedahkan bahawa telah banyak fitnah terhadap Islam di jalankan melalui pakaian.

Program umpamanya Fiqh wanita perlu di gerakkan. Agar mahasiswa menyedari hakikat sebenar penipuan musuh- musuh Islam.

Mahasiswa perlu menjadi agen- agen yang membawa Islam. Pemuda- pemudi yang akan meruntuhkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU-13 nanti. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

Nikah Gantung, Pernah Dengar? Jom Baca Kejap..

0 komen mengomen
Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.

Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaituBERNIKAH!”.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber'couple') kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!

Wallahu A'lam. Sumber

Gambar : Hidup Adalah Perjuangan

0 komen mengomen
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1138.snc4/150052_172775679416059_100000508851984_528301_6516621_n.jpg
Model : Faidhi
Lokasi : Atas Sutuh Rumah Terengganu H10, Kaherah, Mesir.
Waktu : Sebelum Asar
Cuaca : Suam2 air suam..

Peter Sanders : Dari Mata Lensa Ke Mata Hati

2 komen mengomen

Fotografi vs Perubatan, bukan sahaja dua bidang yang berbeza malah arah yang cukup bertentangan.

Itu adalah satu dilema yang pernah saya alami dahulu.

Satu dilema yang tidak patut berlaku dan tidak boleh diterima logik akal, saya tahu.

Tetapi sampai ke tahap itu sekali minat yang mendalam dalam bidang fotografi.

Namun atas cita-cita yang tercipta sejak kecil, saya mengikut kata akal dan emosi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan walaupun hati kecil berkata sebaliknya.

Bukanlah saya tidak bersyukur dengan peluang yang diberi atau tidak 'passionate' dengan bidang yang saya pilih namun atas sebab komitmen dan tanggungjawab yang kian banyak menyebabkan saya kurang punyai masa untuk diluangkan bersama kamera tersayang.

Melihat sahabat-sahabat lain yang semakin maju dalam bidang fotografi, saya berasa sedikit cemburu dengan peluang mereka untuk terus mendalami dan melabur dalam bidang seni ini.

Selama lebih kurang 2-3 tahun saya berjinak-jinak dalam bidang fotografi, boleh saya katakan ianya merupakan satu seni yang bukan sahaja sukar diperhalusi tanpa praktikaliti yang cukup tetapi juga perlukan kesabaran dan penelitian lebih-lebih lagi bagi saya yang belajar semuanya dengan sendiri 'from scratch' melalui internet dan majalah-majalah fotografi.

Namun atas hasil usaha saya yang tidak seberapa, fotografi betul-betul mengajar saya erti sebuah kesenian yang lebih luas dan lebih jauh daripada jangkauan lensa.

Bak kata pepatah inggeris, 'A picture paints a thousand words'.

Jika dahulu saya tidak faham mengapa sekeping gambar itu perlu dijual dengan harga mencecah jutaan ringgit.

Tetapi sekarang saya sudah faham mengapa seseorang itu sanggup melaburkan wang untuk karya seni yang cukup tidak ternilai itu.

Kerana bagi saya, fotografi itu merupakan satu cara untuk mengekspresi diri yang tidak semua orang mampu miliki dan hayati.

Kisah di Sebalik Lensa

http://www.aerosolarabic.com/v2/uploads/news/main_salam_420.jpg

Tanah Inggeris bukan sahaja menjadi tempat untuk saya melanjutkan pelajaran tetapi juga telah membuka mata saya kepada fotografer-fotografer terkenal di sana dan salah seorang daripada mereka ialah Peter Sanders.

Mungkin bagi rakan-rakan lain yang juga melanjutkan pelajaran di UK atau Ireland atau Amerika Syarikat atau negara-negara barat yang lain sudah tidak hairan dengan kisah-kisah saudara baru memeluk Islam.

Tetapi bagi saya, kisah Peter Sanders betul-betul memberi kesan di hati, mungkin juga kerana beliau seorang seniman fotografer yang istimewa.

Siapa Peter Sanders a.k.a Abdul Adzeem?


Bermula sebagai seorang fotografer selebriti-selebriti terkenal seperti Bob Dylan dan The Doors, Peter akhirnya terdetik untuk mencari suatu ketenangan yang tidak mampu diberi oleh profesyennya sebagai seorang fotografer ketika itu.

Beliau akhirnya membuat keputusan untuk ke India dan mengaji di sana sebelum memeluk Islam sekembalinya beliau ke England 6 bulan kemudian.

"Having photographed almost every famous person in the music industry I got bored and started getting in to spritual things.

I just wanted something else, and so I decided to go to India. I packed everything up and went, looking for a teacher.

Eventually I found one, who was basically a Hindu but had a lot of what we consider 'Muslim Qualities'.

I studied with him for about six months and when I cam back to England, some of my friends had become Muslim.

Then there were other friends who had gotten heavy into drugs and alchohol. It was as if God was saying to me, 'which direction do you want to go?'.

I didn't know very much about Islam but I had dreams and various other things happened to me. So I made a decision to become Muslim without knowing too much about it.

I was 24 years old at the time and within three months of becoming Muslim, I decided to go on Hajj.

I didn't have the money but I just made the intention. My elderly Muslim teacher at that time had also made the intention and I knew that I wanted to go too.

Someone gave me a ticket and I went. It was at the Kaaba that I learnt that my teacher had died on the way."

Conversion: Islam the Growing Religion

Dari Mata Lensa ke Mata Hati

Bukan sahaja Peter dapat meluaskan pengalamannya mengenali dunia Islam di seluruh dunia seperti di China, Malaysia, Sepanyol dan lain-lain negara, beliau juga diberi keistimewaan untuk menangkap gambar Haji di Mekah yang tidak pernah dilakukan oleh seorang 'westerner'.

Namun peluang yang beliau miliki tidak disia-siakan malah foto-foto yang ditangkap mampu memberi impak yang cukup terkesan kepada setiap mata yang memandang.

Menurut Peter atau Abdul Adzeem, 'Cahaya adalah sesuatu yang dekat dengan kehidupan seorang fotografer.

Mereka sangat terpukau akan keindahan yang sanggup dihasilkan oleh cahaya.

Tapi saya mendapati, satu jenis cahaya lain yang jauh lebih memukau, iaitu cahaya spiritual. Ada sesuatu dalam Islam yang mampu menghasilkan keindahan sekaligus cahaya."

Fotografi dan Islam


http://kickdefella.files.wordpress.com/2009/01/peter-sanders0006kelantan.jpg%253Fw%253D510%2526h%253D767

Apa yang menarik perhatian saya dan membuat saya cukup tersentuh ialah kesungguhan Peter dalam kerjayanya sebagai seorang fotografer tetapi dalam masa yang sama menjalankan dakwahnya menerusi foto-foto yang dihasilkan.

Dalam foto-fotonya jelas menampakkan kemampuan beliau menjadi seorang professional yang hebat dalam bidangnya tanpa meninggalkan identitinya sebagai seorang Muslim.

Beliau tidak perlu meninggalkan Islam untuk bekerja sebagai seorang Muslim Photographer.

Malah beliau membawa Islam bersama.

Saya teringat beberapa artikel Ust. Hasrizal dan juga kisah Syed Qutb/Sheikh Muhammad Abduh [jika tersalah, minta tolong betulkan, saya tak ingat sangat tentang istilah 'Islam tanpa Muslim' dan 'Muslim tanpa Islam'.

Bila dilihat dengan mata kepala sendiri, memang terasa sedih. Bagaimana muallaf-muallaf di negara barat bertambah ramai sedangkan Muslim sedia ada di Malaysia masih merangkak-rangkak (bagi yang ingin belajar, Alhamdulillah) dan terus hanyut (bagi yang tidak ingin belajar) dalam memahami agama.

Betapa ramai kenalan-kenalan saya di Malaysia yang sanggup meninggalkan dan menggadaikan agama demi kerjaya sebagai seorang fotografer.

Tidak dinafikan ada juga fotografer yang islamik tetapi terlalu sedikit dan boleh dikira dengan jari.

Kebanyakannya (tidak semua) tanpa segan silu menangkap model-model yang tidak menutup aurat kerana itu sudah menjadi perkara biasa bagi mereka dan saya sendiri pun sudah 'lali'.

Dan tidak ketinggalan juga dengan golongan yang menangkap gambar-gambar model yang seakan-akan 'telanjang' yang mereka sangka diri mereka itu Britney Spears atau Jennifer Lopez, terlupa bahawa nama mereka hanyalah Tipah dah Bedah.

Kekecewaan dan kesedihan itu membuatkan saya semakin tidak ingin berjinak-jinak dalam bidang yang kurang islamik ini.

Tapi seringkali saya teringat kisah Peter Sanders dan juga beberapa rakan fotografer yang islamik lain yang berjaya menghilangkan persepsi saya tentang ketidak-islami-an bidang fotografi ini.

Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki.

The Art of Integration

http://www.saudiaramcoworld.com/issue/200701/images/toc_02.jpg

Kesimpulannya, insan di sebalik kamera itu memainkan peranan yang jauh lebih penting daripada jenis kamera yang digunakan.

Walau pekerjaan apa yang kita lakukan, walau di mana juga kita berada, bawalah Islam bersama.

Wallahua'lam..

- Artikel iluvislam.com

Kenapa Kelab UMNO Perlu Takut Kalau Betul2 Anak Jantan dan Menjaga Kebajikan Pelajar2 Mesir?

1 komen mengomen


Aku heran melihat video klip ucapan wakil Kelab UMNO UK dan Indonesia dalam Perhimpunan Agung UMNO. Kenapa mahu pinjaman ditarik balik? kenapa dan mengapa PMRAM perlu diharamkan? Seperti orang pondan yang pengecut dan tidak tahu dan mahu bersaing secara sihat. Inilah orang-orang yang kurang cerdik dan kurang ajar walaupun belajar diluar negara.

Sedar atau tidak duit yang pelajar-pelajar ini pinjam bukanlah duit UMNO atau Barisan Nasional. Tetapi duit rakyat, duit kita semua. Mengapa mahu ditarik sesuka hati? Adakah mereka tidak dapat membezakan duit UMNO dan duit rakyat? UMNO dan Barisan Nasional hanyalah diamanahkan oleh rakyat untuk mengurus tadbir dan memberikan kebajikan kepada rakyat. Kalau benar UMNO anak jantan, kononnya pertubuhan yang mementingkan kebajikan rakyat, yang mementingkan pendidikan serta akhlak yang tinggi dikalangan pemuda pemudi, ayuh bangun!! Tunjukkan kesungguhan kalian dalam melaksanakan kerja, jangan hanya tahu bercakap dan menuding jari itu dan ini. Keluarkan duit UMNO sendiri untuk menaja pelajar-pelajar Malaysia menuntut di Universiti Al-Azhar, berikan biasiswa, kemudahan infrastruktur dan lain-lain lagi kalau rasa hebat sangat. Jangan guna duit rakyat tapi kata UMNO yang bagi. Ini tidak betul..

PMRAM yang merupakan satu-satunya pertubuhan kebajikan anak-anak Malaysia di Mesir telah 80 Tahun wujud sebelum kewujudan UMNO lagi. Sehingga ke hari ini, PMRAM tidak pernah dibayar gaji untuk melaksanakan tugas menjaga kebajikan anak-anak Malaysia di Mesir. Dan selama itulah kebajikan anak-anak Malaysia/Melayu terus dibela dan dijaga. Mereka menuduh PMRAM alat politik pembangkan. Mana bukti PMRAM agen pihak pembangkang? Adakah kerana kopiah yang dipakai atau kalimah Islam yang sering disebut-sebut? Adakah kerana mereka mengatakan yang hak dan mencegah yang batil itu dikatakan pembangkang?

Sia-sialah mereka belajar jauh-jauh di Mesir, mengambil jurusan agama tetapi tidak boleh mengatakan yang hak dan menghapuskan yang batil. Tidak boleh berpakaian menurut Islam, tidak boleh berhukum dengan hukum Islam, tidak boleh melaksanakan ''al-amru bil makruf wan nahyu anil mungkar'' semata-mata kerana ianya tidak selari dan selesa didengar oleh kerajaan UMNO dan BN yang memerintah sekarang.

Inilah sebenarnya yang UMNO BN takutkan, kerana mereka tidak mengamalkan Islam secara keseluruhannya. Kalau tidak masakan mereka takut dengan manusia yang digelar mahasiswa/wi Al-Azhar dan khususnya sebuah persatuan pelajar yang digelar Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir? Bermakna selama ini UMNO & BN tidak menjaga kebjikan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Tidak cuba mendekati dan memberi kefahaman Islam kepada anak-anak Malaysia di Mesir. Hairan, kalau Kelab UMNO betul-betul telah melaksanakan tanggungjawab menjaga kebajikan pelajar, kenapa takut? Kenapa perlu PMRAM diharamkan?

Saudara sedar atau tidak, PMRAM adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar secara sah sebagai sebuah NGO dibawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir dan bukannya berdaftar di Malaysia. Isu pengharaman dan kuasa terletak dibawah kerajaan Mesir. Satu persoalan yang ingin ditimbulkan, kenapa dan mengapa agaknya Kelab UMNO tidak mendapat tempat di hati pelajar-pelajar Mesir khususnya di rumah-rumah negeri? Tidak munasabah kalau Kelab UMNO sebuah kelab yang pro-aktif menjaga kebajikan dan membantu anak-anak Melayu Malaysia ditolak mentah-mentah oleh mahasiswa/wi ini. Pasti ada yang tidak kena. Cuba fikir balik, renung betul-betul, inikah Kelab yang pelajar-pelajar perlu harapkan kalau isu perebutan kuasa sesama sendiri tak boleh nak selesaikan. Macamana nak jaga kebajikan kami anak-anak Malaysia disini?

Haha.. lawak2.. malaslah nak cakap banyak-banyak. Tak guna, membazir masa je. Ni pun saje-saje mengisi masa lapang.. Kalau tak, malas jugak nak layan isu-isu remeh macam ni. Banyak lagi kerja lain nak buat. Baik tolong PMRAM yang dah tentu dijamin kerjabuat yang mereka laksanakan selama ini serta mendapat kebenaran daripada kerajaan Mesir. Kita sekarang duduk dekat negeri orang bukan negara sendiri. Sedar-sedar la diri tu sikit. Kuasa yang ada bukan hak milik mak bapak korang, tapi amanah je.. Aku bukan anti UMNO tapi memang tak suka pun dengan UMNO sebab dasar UMNO je dah tak berdasarkan ISLAM. Aku anti UMNO je bukan orang ataupun ahli UMNO. Ramai je kawan-kawan orang UMNO. Kita bukan musuh peribadi atau individu tetapi dasar dan prinsip yang dibawa oleh UMNO. Kalau UMNO laksana Islam, dasar dan prinsip Islam. Esok jugak aku daftar jadi ahli UMNO. Takde hal lah.. Siap ajak kawan-kawan dengan ahli keluarga lagi join..

p/s : Hello brader, banyak lagi isu lain yang perlu dibahaskan, isu buang bayi, isu pimpinan, puteri UMNO tak menutup aurat, isu judi, isu kelab malam, isu arak, isu kenaikan harga barang, isu masalah sosial dan keruntuhan akhlak muda mudi Malaysia.

Ni aku petik komen seorang sahabat dekat Facebook lepas share video nih.
Abd Muin Abd Manan
Masa sy baru sampai ke Mesir(lama dah), tak pernah plak PMRAM datang nak tarik2 sy. Waktu itu, program seumpama KEJORA'10 pun saya tak pernah ikut, apatah lagi program DPM masa awal dulu pun sy tak ikut tapi hati sy sendiri yang tergerak be...rsama PMRAM sebab sy tengok PMRAM sebuah kesatuan yang menjunjung Islam. Habis, takkanlah sy nak ikut yang tak bawa Islam? nak buat persatuan sendiri? Sy mengaji pengajian Islam, amat malang dan sia-sia sy mai sini ikut yang sebaliknya. Lagipun Kerajaan Mesir beri keistimewaan kepada pelajar Melayu untuk menjalankan aktiviti persatuan melalui PMRAM, apa yang silap?. Kesian pula, ada suara-suara yang bertempik desak PMRAM diharamkan pastu tuduh sebar ideologi palsu..dahsyat2, lagi sadis mudah-mudah saja minta tarik balik tajaan dan biasiswa pelajar. Letihla pi mengaji di luar tapi cakap macam tu. Alang-alang hadir dalam perhimpunan tu, fikirlah untuk atasi masalah gejala sosial di Malaysia. Sekurang-kurangnya 'kehadiran' ke situ tak merugikan Malaysia.

Fikir2 la sendiri ye..


Kami Tidak Mahu Mereka Yang Tidak Mahu Ditarbiyah

0 komen mengomen


KAHERAH 3 Nov - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime menegaskan bahawa PMRAM memerlukan pemimpin yang mahu mentarbiyah masyarakat dan mereka sedia ditarbiyah.

Sehubungan itu, beliau selaku pengisi slot 'Fiqh Al-Aulawiyat Buat Pimpinan Mahasiswa/i' dalam Konvensyen PMRAM 2010 tidak mahu pimimpin PMRAM Cawangan hanya ingin mentarbiyah masyarakat manakala diri mereka tidak sanggup ditarbiyah.

Katanya, pimpinan yang tidak sanggup diri mereka ditarbiyah bakal menghasilkan masyarakat yang pincang dan natijah yang tidak sempurna.

Justeru tambahnya, PMRAM begitu serius mengubah sikap dan mentaliti pimpinan di semua peringkat sebelum mengubah sistem pengurusan ke arah lebih baik. Beliau menyebutkan kaedah tersebut berdasarkan sirah perjalanan dakwah Baginda Rasulullah SAW di Mekah dan Madinah.

"Nabi Muhammad SAW mengubah minda dan sikap masyarakat jahiliyah selama 13 tahun di Mekah kemudian barulah baginda mengubah sistem melalui syariat Allah SWT. PMRAM mengambil kaedah ini sebagai panduan keutamaan dalam melaksanakan sesebuah agenda". Ujar beliau ketika pembentangan slot Fiqh Al-Aulawiyat.

Ini, katanya kerana PMRAM mensasarkan 3 matlamat utama dalam Konvensyen PMRAM kali ini iaitu SIKAP, SEDAR dan SISTEM.

Beliau menjelaskan, kalaulah sikap dan mentaliti pimpinan tidak berubah maka percayalah bahawa sehebat mana pun sistem yang dicipta pasti tidak akan terlaksana.

Beliau menambah, pimpinan PMRAM Pusat mahupun Cawangan hendaklah sentiasa ditarbiyah bagi meneruskan perjuangan Islam bagi meruntuhkan jahiliyah, Oleh itu, setiap pimpinan perlu mengikuti muzakarah berkelompok serta manhaj yang telah ditetapkan.

Sesungguhnya fikrah dan kefahaman yang jelas di kalangan pimpinan bakal mengembalikan jati diri dan integriti dalam jiwa umat Islam.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers