Bantu Palestin - PMRAM sentiasa komited.

2 komen mengomen
Baru-baru ini ramai kawan-kawan bertanya, manakah yang perlu di utamakan, di antara program ilmu dan konsert amal? Pastilah jawapan yang saya berikan adalah program ataupun majlis ilmu. Namun terpulang kepada pertimbangan masing-masing mengikut tahap dan keutamaan individu tersebut. Namun, penganjuran tersebut harus dipuji kerana ia adalah satu usaha baik bagi membantu Palestin.

Namun perlu saya nyatakan, di Mesir khususnya buat anak-anak Malaysia, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah sekian lama melakukan tindakan serta sentiasa komited dalam membantu dan menyebarkan maklumat berkaitan dengan Palestin sehingga setiap masa berita-berita berkenaan Palestin di kemaskini di Mini Pavilion dan Facebook Mini Pavilion - "From Palestin With Love". Kedua-dua laman ini telah ditubuhkan secara rasmi sejak tahun 2007 lagi. 

Pusat Operasi Mini Pavilion (Map2Street)

Setiap kali program yang PMRAM anjurkan, pasti gerai Projek Sumbangan Amal Palestin (PROSMA) akan dibuka bagi menjual pakaian terpakai dan tabung derma diedarkan untuk disumbangkan kepada Palestin. Malah, program ini telah bertahun-tahun dijalankan. 

Masjid Al-Aqsa, Palestin.

Pimpinan PMRAM bersama Saudara Yusuf Hasna, wakil Palestin di PBB.

AJK Prosma sedang berunding dengan warga arab tempatan harga pakaian yang dijual.

Logo Mini Pavilion PMRAM

Pameran oleh Mini Pavilion

Karya gambar untuk Palestin oleh Krew PMC PMRAM.

Info-info yang dipamerkan di setiap roadshow Mini Pavilion.

Antara tetamu yang datang ke pameran Mini Pavilion.

Matawang Israel.


Wakil PMRAM dan penggerak utama Mini Pavilion, saudara Abd Muin Abd Mannan (Baju merah) bersama Perdana Menteri Palestin Ismael Haniyyeh.


Lagi gambar beliau dengan PM Palestin. Allahuakbar.

Marilah sama-sama terus membantu rakyat Palestin. Palestin never die. Sebarkan maklumat, share dan like anda membantu kami dan memberikan kami semangat untuk terus berbakti kepada Palestin.





Zaman Fitnah

1 komen mengomen




Oh ! Zaman ini 
Penuh denagn fitnah 
Sana fitnah 
Sini pun fitnah
Atas fitnah 
Bawah fitnah
Luar fitnah 
Dalam pun ada juga fitnah. 
Kau fitnah aku, 
Ini tak boleh jadi nih !
Aku pun nak fitnah juga

Oh zaman ini 
Zaman fitnah.

Fitnah kat facebook
Fitnah kat website
Fitnah kat blogspot
Fitnah kat whatsapp
Fitnah kat twitter
Fitnah dalam mesyuarat
Fitnah luar mesyuarat
Fitnah sesama sendiri
Fitnah kawan rapat
Fitnah sesama jamaah

Oh zaman ini
Zaman fitnah

Kalau tidak fitnah
Tidak glamour
Kalau tidak fitnah
Hati tak puas
Kalau tidak fitnah
Musuh tidak kalah
Kalau tidak fitnah
Aku tidak gagah
Kalau tidak fitnah
Tak masuk zaman
Ooo oooo oo zaman iniii
Zaman fitnah.

Menulis fitnah
Bercakap fitnah
Sms fitnah
E mail fitnah

Pemimpin fitnah
Ahli fitnah
Lelaki fitnah
Perempuan fitnah
Alim terpalit fitnah
Jahil lagi kuat fitnah

Bangun pagi fitnah
Sarapan pagi fitnah
Makan tengahari fitnah
Minum petang fitnah
Makan malam fitnah
Nak masuk tidur fitnah

Buka mulut fitnah
Angkat telefon fitnah
Buka TV fitnah
Dengar radio fitnah
Baca paper fitnah

Oh zaman ini
Zaman fitnah

Parti politik fitnah
Ahli politik fitnah
Ngo fitnah
Aktivis masyarakat fitnah
Media fitnah
Wartawan fitnah
Editor fitnah

Setakat ni
Yang tidak membuat fitnah
Tuhan, Nabi dan para solehin

Nukilan Tantawi

Tahniah Pierre Andre

0 komen mengomen

Kata Pierre Andre, 

"Ini yang paling penting, tujuan saya hari ini, saya datang ini, apa yang saya ingin katakan, anugerah yang paling hebat adalah kalimah La Ilaha Ilallah yang Allah berikan kepada kita, letak dalam hati kita, jagalah kalimah ini, carilah ia, kerana itulah kemenangan yang sebenar. AllahuAkbar, Assalamualaikum, peace, Love Allah, Love Muhammad." 


Terbaik Pierre Andre. Moga terus istiqamah.

Pierre Andre, mungkin ramai yang kenal dengan pelakon dan pengarah muda ini. Saya sebelum ni takde la nak ambil 'pot' sangat dengan dunia artis dan selebriti ni. Sekadar mengikuti sedikit perkembangan terkini melalui status rakan-rakan di facebook. 

Namun, semalam Pierre Andre telah mengejutkan rakyat Malaysia dengan ucapannya ketika mengambil hadiah sempena anugerah skrin TV3. Kagum dengan keberanian dan kejutan yang beliau buat secara live. Namun persoalan yang bermain di minda kita semua, apakah yang membuatkan Pierre Andre secara drastik membuat pengumuman seperti itu?

Betul, jawapannya pasti beliau mendapat hidayah daripada Allah, namun pasti ada yang mendorong beliau berkata sedemikian. Kalau kita lihat Bob Lokman suatu ketika dulu seperti juga Andre, membuat kejutan di pentas Maharaja Lawak, antara faktor beliau mengundurkan diri daripada dunia artis adalah kerana kekecewaan beliau kepada sistem dan kerajaan yang ada. Selain faktor pemergian sahabat baik beliau Al-Marhum Din Beramboi. 


Hanya beliau yang lebih mengetahui apakah yang mendorong beliau lakukan tersebut. Namun pujian harus diberikan kepada Andre atas keberanian beliau semalam. Sama-sama kita doakan semakin ramai artis yang bakal berhijrah dan mengikut jejak langkah yang baik seperti ini.

Kisah Handset Hilang dan driver yang amanah

1 komen mengomen
Panjang kisah hilang handset kemudian dipulangkan balik ni. Diringkaskan cerita, ketika naik teksi baru ni, handset yang dibawa tercicir. Mungkin kepenatan dan kebetulan membawa banyak barang selepas bermesyuarat hampir 7-8 jam membuatkan fokus entah kemana, hingga handset kecil itupun boleh terlepas pandang.


Sampai sahaja di rumah, terus berehat dan tak terfikir nak buat perkara lain kecuali tidur. Tak lama lepas tu, teringin nak menghubungi seseorang. Tetapi handset yang dicari tak jumpa juga setelah puas dicari. Sah, tertinggal dalam teksi. 

Sayang, tapi redha sebab handset tu pemberian daripada ibu. Walaupun tidaklah mahal mana, namun nilai pemberian (sentimental value) tu yang menjadikan ia tidak ternilai. Aku pun post la dekat facebook, maklumkan bahawa  tidak dapat dihubungi buat sementara waktu. Dalam masa yang sama aku terus berusaha untuk menghubungi nombor aku. Panggilan masuk tapi takde siapa yang angkat. 

Alhamdulillah, jam 3 pagi ada seorang sahabat daripada Kedah call sahabat maklumkan ada arab call dia tengah mencari tuan handset yang tercicir. Alhamdulillah, setelah menghubungi semula no aku. Kami bersetuju untuk jumpa di Masjid Nur yang terletak di Abbasiah selepas solat jumaat esok.

Bersama dengan Waleed, pemandu teksi yang baik hati.

Memang makruf atau terkenal, perangai arab ni susah kalau sesuatu pekerjaan tidak dibayar upah atau mendapat habuan. Namun beliau bersungguh menolak apabila aku menghulurkan sejumlah wang bernilai hampir LE100. Allahuakbar, aku malu sendiri dan rasa bersalah, sebab beliau menghantar kami sampai di depan rumah tanpa menggunakan meter. 

Moga Allah membalas jasamu dan menunaikan segala hajat beliau. ameen.

Kisah tangga, atap, tiang, dan dinding.

0 komen mengomen

Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi. Dia terus berleter. Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orabg pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. 


Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara. "hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa me
nahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.



Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara. Mana kamu tahu. Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.





Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab. Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna. 


Jadi setiap kita buatlah kerja masing masing. Jangan dengki pada orang lain. Sebab kita hanya tengol dari luaran sahaja. Sedangkan realitinya tidak seindah yang kita lihat. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain.



Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers