Selamat Tinggal Malaysia

11 komen mengomen

Sebelum melepas ke Mesir di Klia.
Dari Kiri Afiy, Aiman, Zahani, Ulwan,Dz, Hakim, Hamdi, Kamal dan Ust Kacak.. Haha..

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Allah kerana masih menghidupkan aku dan memelihara aku sampai aku berjaya sampai dan memijakkan kaki dibumi anbiya' ardul kinanah. Mesir.

Setelah mengharungi 25jam perjalanan dari Malaysia ke Bahrain, dari Bahrain ke Kaherah.

Pada hari Khamis, 27hb 9 2009, tepat jam 11.30 pagi kami melepaskan diri menaiki Jet Airways atas tiket Gulf Air. Menuju ke Bahrain.

SEBELUM MELEPAS KE MESIR

Rabu(raya ke-4)
Aku masih berada di Muar, Johor. Berhari raya. Perancangan ingin pulang ke Kajang pada hari raya ke-3, namun Allah lebih mengetahui. Masih ramai saudara mara yang belum kami sekeluarga ziarahi, terpaksa ditangguhkan ke raya yang ke-4.

Aku masih lagi belum membuat persiapan untuk ke mesir. Seolah2 tak kisah langsung, ditambah pula dengan reunion yang akan diadakan esok(raya ke-5) di Terengganu. Tapi jam 4 petang tu aku masih ada kat johor. Tiket belum beli lagi dan sebagainya. Aku bertawakkal dan berserah pada Allah. Huhu...

Fadhil dah sibuk bertanya adakah aku dapat hadir ke reunion esok, sebab aku menjadi ceti halal dalam menjayakan reunion ini. Dan maklumlah orang penting kena ada. Ditambah dengan perasaan kesianan aku kepada beliau yang telah banyak betungkus lumus bagi menjayakan program ini.

Ibu dan Kakak2 aku dh bising bilamana aku sebut nak ke Terengganu. Sbb setelah menelipon syarikat bas ekspress, bas untuk pulang ke Kajang semula dah habis untuk perjalanan Khamis, jumaat sabtu dan ahad. Huhu.. Aku dah gelisah macam cacing kepanasan. Hua3..

Macamana la program esok. Akhirnya kami sekeluarga tiba di Kajang waktu maghrib, setelah berbincang ayah setuju membenarkan aku ke Terengganu memandang tiket ke seremban masih ada. Alhamdulillah, akhirnya aku telepon Abg Zahani untuk mencarikan aku tiket ke Kajang jika ada. Dan alhamdulillah masih ada. '

Lalu kami sekeluarga membuka pintu kereta dihadapan restoran Sate Hj Samuri di Bandar Baru Bangi. Oleh kerana gaji aku baru masuk, maka aku belanja makan sate Kajang Hj Samuri. Wah3..
Setelah itu ayah terus bergegas ke hentian kajang untuk membelikan aku tiket ke Terengganu, menggunakan duit raya yang aku dapat. Maka akhirnya aku sampai jua ke Terengganu.

Fuh.. Macam ape jer, mcm org bisnes plak.. Pagi di Johor, Petang di Seremban, Malam Di Selangor, Esok pagi dah ada kat TErengganu.. Takpelah, buat kali terakhir aku sanggup ke sana untuk berjumpa sahabat2 dan guru2 sebelum berlepas ke mesir. Dan Alhamdulillah, usaha kami(Aku, Fadhil, Shida, Che wan dan beberapa org sahabat lg) tidak sia2 kerana kehadiran reunion kali ini cukup memuaskan iaitu hampir 80orang bekas Student KOSTAQ BEsut bersama guru2. Antara mereka yang dapat hadir (Ust Abd Zaman, Ust Azhar Sulaiman, Ust Saiful Azhar, Cg. Aziah, Tce Mawati, Tce Herdawati, Dan Ustzah Hanisah)

Alhamdulillah, program berjalan dengan penuh meriah dan dipenuhi dengan ilmu2 dan amanat daripada guru2 yang kami sayangi.

Habis program tu, aku dh takde arah tuju.. Ha3.. Yela, aku datang semata2 nak hadir dan uruskan program ni jer. Dh habis maknanya dah takde la kerja aku.. Maka aku pun merempat la disurau kampung Muzani di Losong.

Sampai la waktu maghrib, maka aku pun terus menyiapkan diri untuk kembali ke Kajang, oleh kerana barang2 yg ingin dibawa belum siap.

Sampai kat rumah, pagi tu aku dengan ayah terus ke PAsar Kajang, entah betul ke namanya taktau.. Yang pasti pasar dengan bandar kajang. Beli la ikan bilis, udang kering dan banyak jugak lah..
Sape lagi hensem??
Hafiy, Dz atau aku..? Hehe..
Pemenangnya mestilah yang kanan sekali.. kui3..

Senang kata, nak g mesir ni lebih banyak bawak makanan daripada benda lain.. Huhu..

Seharian aku menyiapkan barang2 untuk dibawa..

Esoknya plak, baru nak terhengeh2 cari barang keperluan seperti kuali, periuk api! Eh, periuk belanga.. Dapur gas dan sebagainya.. Hehe..

Seharian aku duk merayap sorang2 cari barang.. Pastu ade plak orang jemput pergi raya rumah mereka. Nak tak nak aku balun jer.. Haha.. Tak sia2.. Dapat jugak duit raya... Hehe... Tengahari tu aku makan tengahari dengan Hafiy di CFS Matriks Uia Nilai.. Hafiy belanja.. Tenkiu2..


Malam tu plak pegi raya.. Sejam aku bersembang dgn tuan rumah tu, tak sedorkan diri bahwa esok aku dah nak bertolak ke Mesir, dah la cincin sheikh rohim aku tak hambik lagi dekat putrajaya.. Budak2 ganu ni dah bising duk dekat KLIA, tak makan lagi.. Pukul 11 baru aku blah dengan sopan santun dari rumah tuan rumah tersebut.. Huhu.. Sedap gak air oren minum malam2..

Aku yang dah penat seharian cari barang, terus ke Putrajaya, yela dah orang mintak tolong, maka aku tolonglah apa yang tgerdaya. Mujur malam ni tak sesat macam selalu. PAdahal dah keberapa belas kali aku datang. Tetap sesat jugak.. Kui3..

Lepas amik cincin tu, aku terus racing ke KLIA, nak tengok sahabat2 adakah masih hidup dan ok.. Sampai jer kat situ, aku yang malas nak jalan naik la kereta ape tah dia panggil. Org len dah tengok semacam, Jeles la tu tengok aku naik2 sorang2.. haha..

Sekali tengok beg aiman plak koyak.. Terpaksa cari bagasi lain. Setelah mengcalling my father and mother. Masih ada beg yang besar dirumah. Muat untuk menyumbat aiman kat dalam tu.. Fuh.. Mujur..

Ayah dah mula mengcall sebab roadtax kereta angsa ku akan mampus lepas kul 12tengahmalam. Namun aku selamber dan bertawakkal kepada Allah. andai jpj atau polis nak tahan tu semua dalam perancangan Allah. Dan Alhamdulillah kami selamat sampai dirumah..

Hajat nak jumpa kawan2 di uia nilai buat kali terakhir tak kesampaian.. Mintak maaf yer. InsyaAllah panjang umur kita akan bertemu lagi. Itulah manisnya ukhuwwah yang terbina antara kami.. Berat rasanya nak tinggalkan Malaysia..

Namun demi menuntut ilmu, aku tabahkan hati.. Hanya untuk seketika.. InsyaAllah pulangku sebagai orang yang berilmu..

Pukul 8pagi aku dah tiba di KLIA dan ramai sahabat2 yang sudah datang menunggu lebih awal seperti Kamal, Zahani, Ulwan dan Ustzh Syazwani yang sudah tiba malam tadi dari terengganu dan bermalam di KLIA. Mintak maaf sebab tak dapat nak sediakan penginapan..

Tepat jam 9.30 pagi kami chek in dan melaporkan diri di kaunter Gulf Air bagi mengisi dan menghumban bagasi2 kami ke dalam kapal tobang..

Pukul 10 kami berkumpul di pintu penerbangan antarabangsa, dan sebelum tu mendengar taklimat dan kata2 nasihat daripada Sheikh Kabir Ust Abd Rahman merangkap ayah kepada Muzani. Kemudian bacaan doa sebelum kami berangkat.. Setelah bersalam2salaman tanpa disedari air mata gugur bercucuran. Entah kenapa, perasaan ini sukar untuk dibendung terutama bila mencium pipi ayah dan ibu.. Terasa pilu dan berat untuk melepaskan pelukan tersebut..

Namun aku kuatkan semangat insyaAllah, pergiku ini bukan kerana lain. Hanya untuk menuntut ilmu demi manggapai redha ilahi. Bukan untuk selembar atau segulung ijazah. Andai itu yang dicita.. Maka tersasarlah matlamat bahawa belajar bukan untuk diamal tetapi untuk mendapat gelaran dan sijil..


Bergambar kenangan dengan Ust Mizan

Adeh, kepala aku pun dah pening ni.. Kita sambung lain kali la plak.. Kisah perjalanan di Bahrain dan dugaan yang kami tempuhi sebelum tiba di bumi anbiya' ni..

Gambar2 belum sempat aku upload dan copy lg dari kamera. Gambar2 yang ni aku rembat dari Facebook Afiy..
Gambar2 lain insyaAllah akan menyusul selepas ini..

Wallahua'lam.

Celamat aRi Layee..

2 komen mengomen
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar, walillahilham..

Assalamualaikum dan selamat ali laye sumer..

Mudahan2 ramadan yang telah berlalu semalam yang terbaik buat kita.. Moga-moga kita akan bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan berkat, keampunan dan nikmat Allah untuk umat manusia beribadah dan mentopap amal dengan sebanyak mungkin, malah dikurniakan plak malam yg lebih baik dari 1000 bulan..

Alhamdulillah, dapat juga umat Islam menyambut aidilfitri pada 1 Syawal 1430 Hijrah.. Ada yang terkejut, dan ada yang telompat2 apabila penyimpan mohor besar raja2 mengumumkan hari rayee... Yeaaaa...

Namun ingatlah tujuan dan matlamat sebenar hari raya.. Iaitu untuk saling bermaaf-maafan dan saling kunjung mengunjung..

Dah2.. Malas aku nak tulis.. Korang bukan nak bace pun. Huhu..

Dengan ni, aku yang bernama Muhammad Al-Amin Hj Salleh sekeluarga mengucapkan kepada seluruh ummat islam SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAF ZAHIR DAN BATIN, terutama Guru2 dan rakan2 di/lepasan :

1. PASTI Bandar Tenggara, Kulai, Johor.
2. SK Bandar Tenggara 2, Kulai, Johor.
3. SK Bandar Tenggara 1, Kulai, Johor.
4. SK Durian Burong, Kuala Terengganu,
5. SK Kubang Ikan, Chendering, K. Terengganu.
6. Madrasah/Maahad Tahfiz Darul Bayan Pinang Merah.
7. Kolej Sains dan Teknologi Al-Quran (KOSTAQ) Besut.
8. KOSTAQ Dungun.
9 SM Sains Agama Yayasan Terengganu.
10. SM Imtiaz Dungun
11. SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, Kuala Terengganu.
12. Pendaftar2 UIAM Gombak (Hehe.. sory le sbb tak pg daftar walaupun nama dh ada)
13. Rakan-rakan dan jiran di Bandar Seri Putra, Kajang Selangor.
14. Rakan-rakan di Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Dan kepada mereka yang mengenali diriku ini.. Ampun dan maaf dipinta, dari hujung kopiah sampai hujung tapak kasut..
Hehe...

Sape2 kenal rumah boleh la datang rumah beraya.. Rumah ku sentiasa terbuka setiap hari pada waktu pejabat.. Hihi.. Datang ler bile2 pon, jangan lepas kol 12 malam sudah.. ada jugak kena halau karang.. ngee.. Gurau jer.. Hehe..



Kad Raya Istimewa Untuk Semua

9 komen mengomen



Nah kad raya aku wat spesel untuk semua..

Maaflah tak cantik sangat.. huuu..

Xde idea.. Harap korang sudi terima, ambil dan copy di blog masing2. Tanda perhargaan aku kepada kalian sebagai bloggers..

Ambik la yang mana berkenan.. Huhu.. Nak amik semua pun boleh..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..
Hayati dan jalanilah Syawal ini mengikut apa yang dituntut oleh Syarak..
Iaitu ziarah menziarahi saudara mara dan rakan taulan..
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!!
Tanda kemenangan menjalani madrasah ramadhan dan kembali kepada Fitrah..
Semoga bertemu dengan ramadhan akan datang..

Jemput ke rumah.... rumah jiran.. Hehe..

Monolog kepada diri...

0 komen mengomen
Ehem2.. Dah nak raya upenye ye..

Aku pun tak tau la mengapa semenjak 2sajak ni.. Semacam hilang idea, mungkin Allah dah hijab aku ni drpd dpt hidayah dan ilham untuk terus menulis.. Nampaknya kena tukar tagline aku, amin tiada apa..

Teringat plak lagu arwah Ust Asri Rabbani, kali terakhir aku jumpa dia, dia mengalunkan lagu Mana Milik Kita? sewaktu KonvoFestival di USIM N9.

Memang tepat lirik tersebut.. "Mana milik kita? Tidak ada milik kita.. Semua yang ada Allah yang punya.."

Cukup menggetarkan jiwa bila benar2 menghayati bait2 nasyid tersebut.. apa yg kita ada? Kereta? Tu Allah bg pinjam jer.. Mata, telinga, tangan, kaki dan sebagainya, kita punya ker?

Dulu aku selalu jugak sebut dan dengar orang sebut. Nak bila orang tegur kesalahan kita. "Eh, engko sibuk apsal? Ni hal aku, hidup aku, tangan aku, duit aku!" dan macam2 lagilah.

Langsung tidak sedar kita telah sombong dan bongkak mengatakan itu semua kita punya. Padahal kita ni kosong, bodoh, miskin, papa kedana.. Kalau bukan kerana Allah bagi nikmat, bagi pinjam semua yang ada disekeliling kita, pasti kita merana.. Yang miskin harta tu pun masih jugak Allah beri nikmat, boleh menghirup udara, oksigen. Boleh melihat dan sebagainya. Cuma kurang dalam bab harta..

Allahuakbar!! Ar-rahmannya Allah..

Sentuh bab tegur menegur.. Mereka yang ditegur atau yang menegur kadangkala lupa diri. Mereka rasa mereka je yang betul. Bercakap atas hawa nafsu.. Langsung tiada dalil dan hujah yang ampuh untuk menundukkan hati masing2. Tidak mahu mengakui kelemahan dan kesalahan yang dilakukan, juga tidak mahu mengakui kita juga sering melakukan kesilapan.

Sering disebut dalam usrah. Kepada yang menegur jangan rasa bangga, rasa kita lebih baik dari orang lain. Mungkin dalam bab yang ditegur kita tidak lakukan. Tapi dalam bab lain cuba fikirkan? Adakah kita sempurna? Maksum dan sebagainya..

Kepada yang ditegur, jangan kecil hati andai terkena pada diri. Sedarlah dan ucapkan syukur kepada Allah kerana Allah masih sayangkan mereka dengan memperingati mereka melalui perantaraan manusia. Dan sesungguhnya itu lebih baik daripada Allah menimpakan bala ke atas kita, menegur kita dengan kematian, wabak penyakit dan sebagainya.. Alhamdulillah.. Redha dengan apa yang ditegur.. Aku pun selalu ditegur, selalu dicaci atas kesalahanku.. Aku sedar aku siapa, namun sifat manusia/insan.. Sering lupa..

Sebab itu Allah memperingatkan manusia "Fazakkir, fa inna zikra tanfaul mukminin" yang bermaksud "Peringatilah, sesungguhnya memperingati itu memberi manfaat kepada orang yang beriman"

Kepada yang ditegur, jangan cepat naik angin.. Sesungguhnya teguran itu untuk kebaikan kita.. Bukan untuk menjatuhkan kita. "Sesungguhnya Allah menimpakan bala' keatas satu kaum itu sekaligus, bukan ke atas pelakunya sahaja" sebagai inzar atau peringatan daripada Allah bahawa Allah bukan hanya menjatuhkan hukuman keatas orang yang melakukan kemungkaran, tetapi seluruh ummat yang ada disekitarnya kerana yang baik tidak menegur yang melakukan keburukan.

Sebab itu Allah berfirman lagi didalam al-Quran " Kuntum khaira ummatin ukhrijat linnas, takmuruna bil ma'ruf, wa tanhauna anil mungkar" Kalian adalah ummat yang terbaik dikeluarkan dikalangan manusia, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran" Namun persoalannya, ummat yang disebut Allah didalam al-quran itu adakah kita? Sudahkah kita melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran?

Ini ada sesetengah daripada kita hanya mengambil sebahagian ayat tersebut dalam ucapan-ucapan mereka "Kuntum khaira ummatin ukhrijat linnas.." lalu disandarkan kepada mereka. "Kita adalah umat yang terbaik dikalangan manusia" Setakat itu sahaja mereka mentafsirkan atau mengambil ayat itu. Namun hakikatnya ummat yang terbaik itu adalah ummat yang menyuruhkan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Benar iman seseorang itu tidak diukur dengan cara berpakaian, penampilan dan sebagainya. Ada orang kata "Biar luar jahat, tapi hati baik"

Biar hitam diluar, tapi putih didalam" Pernahkah mereka terfikir kisah Luqman al-hakim yang dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran?

Nabi s.a.w. pernah bersabda "Fi jasad mudgrah, iza solahat, solahat jasadu kulluh, iza fasadat, fasadat jasadu kullu, ia wahiya qalbu" Pada jasad/badan manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota tubuhnya, jika jahat, maka jahatlah seluruhnya, dan ketahuilah bahawa ia adalah hati"

Nah, jelas bukan hadith ini? Luaran itu mencerminkan dalaman kita yang sebenarnya.

Teringat pulak aku seorang kawan ni, dalam enak kami bertaaruf atau berkenal2lan..

Sempat dia melontarkan kata-kata bahawa dia seorang yang tidak suka memakai kopiah, atau kesimpulannya dia tidak mahu berimej islami. Dengan alasan bahawa, mudah untuknya bergaul dengan berbagai lapisan masyarakat.

Dalam al-Quran Allah ada berfirman "Sesungguhnya kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam" Jadi, mengapa malu untuk berimek dengan imej islam? Mengapa malu untuk berkata saya seorang islam? Mengapa malu untuk berkopiah padahal ia adalah sunat.

Kita kata kita cinta kepada Nabi. Mahu syafaat nabi.. Namun perkara yang mudah sebegitu kita tidak lakukan. Walaupun lihat memakai kopiah itu, hanya meletakkan kain atau kopiah di atas kepala benda kecil, namun adakah kita yakin dengan tidak memakai kopiah itu amalan kita sudah mencukupi untuk membawa kita kepada syurga?

"sesiapa yang melakukan sebesar zarah pun kebaikan, akan dibalas oleh oleh dengan kebaikan, begitu juga dengan kejahatan" Maka, jangan memandang enteng perkara-perkara yang kecil walaupun sebesar zarrah.. Kerana ia penentu adakah kita menjadi ahli syurga atau neraka..

Nilai sekeping gambar..

0 komen mengomen

Assalamualaikum..

Ia, memang ia hanya sekeping gambar..

Namun didalamnya tersirat berbagai maksud yang tidak bisa diungkapkan..

Dalam keramaian gambar tersebut, penuh dengan suka dan duka, hilai tawa..

Nilai ukhuwwah yang tidak bisa terpancar dari sekeping gambar..

Tidak juga mudah untuk diungkapkan dengan kata-kata..

Hanya kami yang merasa..

Hanya kami yang tahu erti sebenar ukhuwwah itu..

Kalian hanya mampu melihat dan mentafsir dengan mata aqal kalian..

Tafsirlah dengan apa jua yang kalian suka..

Namun tidak sama dengan apa yang kami rasa..

Dalam keramaian tersebut, setiap orang merasakan kemanisan yang berlainan..

Umpama sepohon pokok, buahnya hampir sama..

Namun rasanya pasti berbeza...

Jamuan Hari Raya KOSTAQ

4 komen mengomen


JUBAH BUAT IBU..

3 komen mengomen

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?", marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun.

"Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?", leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu.


"Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu.

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang.

" Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

"Sakit bu...sakit.. ..maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi....Bu, jangan pukul bu...sakit bu..." Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi.


"Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu.

"Bu...ampunkan Along bu...bukan Along yang mulakan...bukan Along....bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu.

Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari.

Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.


Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.

Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along merebahkan badannya.

Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM.

Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu.. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu.


Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka..

" Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan.


Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya.

"Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?"

" Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut.

Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya..' bisik hati kecil Along.

"Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.

"Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.

"Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu..

"Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi.

Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.

"Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah ibu.

Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. 'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya.


"La...kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz.

"Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?", soalnya pula..

"Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur.



"waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.

"Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian.

"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya.

"Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum.

"Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit. " Kata Fariz .

Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju.. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.

"Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?", soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu.

"Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!", pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.


"Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.

"Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi.

Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.

Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.

"Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.


Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah.

Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.


"Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu..

"Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan.

"Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?" Along tersedak mendengar soalan itu.

Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.

"Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga.

Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

"Azam, kau ada cita-cita tak...ataupun impian ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi..

" Ada " jawab Along pendek

"Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku....atau. ..." Along menggeleng-gelengkan kepala.

"semua tak...Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

" Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya.. ..saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan...saya.. ..saya nak jadi anak yang soleh!".

Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.


"Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel.

Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak

"Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi

"Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya.

"Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.

" Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.


" Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya tersengeh menampakkan giginya.

"Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?"

"Tak pe lah, perkara dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang.

"Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi.

"Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah."

"Zam..kau ni....."

"Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!", pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.

"No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" , soal Fariz ingin tahu.

"Aku kerja kat bengkel Abang Joe... Jadi pembantu dia", terang Along.

"Abang Joe mana ni?"

"Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk .

"Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"

"Hari ni la..." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?" "Bukan, minggu depan..."

"Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi.

"Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.


Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu.

Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya.

Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.

"Ha..hadiah. ...untuk. ....ibu.. ........" ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman.

Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 'Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu... dan terimalah hadiah ini.....UNTUKMU IBU!' Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.


"Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan .. dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila.." cerita Fariz dengan nada sebak.

Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik.

"Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan.

"Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang...walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula...." Terang Fariz lagi.

Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

p/s : sayangilah ibu anda sementara beliau masih ada..kasihi anak anda...


sumber : UmmiAnni

Handsetku tetrtinggal di jakarta..

1 komen mengomen
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Semoga semua berpuasa.

Alhamdulillah, subuh tadi aku selamat tiba di Kajang, Jakarta. Setelah lama diperantauan. Huhu..

Namun terima kasih aku ucapkan kepada driver bas kerana mengejutkan aku dengan kejutan elektrik, setelah tido melintang didalam bas tidak sedarkan diri walaupun sudah berkali2 dinasihatin agar tidak tidur semasa memandu di tempat memandu.. Hehe..

Namun semalam setelah berbuka puasa bersama2 Bukhari UIA PJ dan Syed di rumah Ust Mizan.. Kami sama2 bersolat terawih sambil diganggu oleh dua makhluk halus bernama Bashir dan Irfan.. Hua3.. Masing2 buat perangai masing2, rukuk sujud dengan cara mereka sendiri. Sujud mereka meniarap, namun yg pasti dahi mereka mencecah sejadah.. Rukuk mereka seolah2 mereka sujud.. Haha..

Budak2, biasa lah.. Lepastu main lari2.. Pastu solat balik.. Sabor je la. Mujur aku tak ketawa dlm semayang.. Huhu..

Setelah usai solat terawih, kami duduk moreh2 sambil menoreh.. Walaupun hari sudah gelap..

Aku yg dari tadi duk ushar jam.. Mengira bilakah bas sikalku akan melepas.. Sebab tiket dh beli, kul 10mlm.. Mereka bertiga masih rilek2 dan sengaja bersembang lama-lama agar aku lewat menaiki bas.. Hehe..

Setelh berusrah sambil minum2 kul 9.30 kami bertolak ke Stesen bas, oleh kerana aku yg memandu seperti pemandu F1, kami sampai tepat pada waktunya..

Tiba2 handfon Syed mengegarkan kereta seperti gempa bumi.. Maka barulah aku tahu bahawa handsetku tertinggal di rumah ust mizan... Hua3.. Nasib2..


Oh.. handfoneku..

Sedih terkenangkan handsetku tinggal keseorangan di plak menghecaskan dirinya.. Namun alhamdulillah, zahani bg pinjam publicpon dia. Dapat jugak aku mengecall ayah menyatakan kepulanganku usahlah disambut dengan linangan air mata. Cukuplah sekadar karpet kuning dan pulut kuning.. Hehe..

Dengan membawa beban dua orang yg bernama aiman dan zahani yg tidak mahu membawa barang mereka menaiki kapaltebang di kemudian hari, terpaksalah aku memikulnya seorang diri. Wahaha.. Nasib baik ada cukai.. Hihi..

Namun aku masih menanti apakah handpon ku akan dapat kembali dlm keadaan selamat.. Sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan seharianku kerana tidak dapat menghubungi individu tertentu.
1.Jubah dan Cincin Sheikh yg belum ku ambil..
2. Rumah yang belum ku siapkan mengecat..
3. Temu janji yang perlu ku tempuhi esok(isnin)
4. Perancangan untuk menziarah rakan2 bersama Muzani dan Abu Jihad mungkin tidak dapat ditunaikan.
5. Belum membayar dan mengambil biskut conflakes di stesen KTM kajang..

Semalam, dalam perjalanan ke Kajang, terserempak aku dengan makhluk bernama Muaz yang seolah2 nyamuk aedes, kerana memakai baju berbelang2 putih hitam, bak seorang banduan..

Oleh kerana handset tidak dapat dihubungi, sampai di chendor baru aku sedar yang kami satu bas.. huhu.. Budak ni junior aku.. Dia duduk kat bawah bas, aku duk kat ateh, mmg le tak nampak.. Akhirnya, lepas makan dan minum setelah membuang air, kami duduk di kerusi hadapan bersama memandangkan kerusi disitu kosong setelah bertanyakan drebar..

Muadz turun kat Putra, setelah aku tersedar dia berdengkur begitu kuat.. Hehe.. gurau jer..

InsyaAllah kami berjumpa malam ni untuk menghantar juniorku merangkap kawan beliau bernama Kamal Abdullah yang ingin melepas ke Jordan. InsyaAllah ketemu disana.

Dalam perjalan sempat juga kami berfikir dan memikir bilakah malam lailatulqadar.. Nampak malam itu tenang dan aman.. Getus hatiku, perghh.. ruginya takdapat nak beribadah andai malam ini malam lailatulqadar.. Kerana masaku banyak habis mentidurkan diri dalam bas mcm budak tecik sambil menghisap botol susu.. hehe..

Namun apa aku mampu buat seperti hadith yg diriwatkan oleh Sayyidatina Aishah andai berjumpa malam lailatulqadar, berdoalah "Allahumma innaka afuwun kareem tuhibbul afwa fa'fu anna"

Kepada sahabat2 yg menghubungi aku, haraf maaf kerana handfonku tertinggal.. Kerana lepas solat semalam kami minum2 diluar rumah, lupa akan handset yg dicas didalam rumah oleh kerana mahu mengejar bas yang tidak setia menunggu.. huhu..

SAH KERAJAAN BN PERAK HARAM

0 komen mengomen

Zambry SAH MB Perak yang HARAM...!!!


antara yang HALAL dan yang HARAM..siapa ?
IPOH: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan saman bekas Speaker Perak, V Sivakumar terhadap penggantinya yang didakwa menyerang dan melakukan pemenjaraan salah semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.

Ketika menolak permohonan itu dengan kos hari ini, Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.

Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.
“Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah,” katanya-. mStar


dan2 mahkamah jadi cerdik...bila Sivakumar bawak kes DUN ke mahkamah untuk saman SPEAKER HARAM..depa kata tak boleh campor tangan nanti menlanggar perlembagaan..bila MB HARAM bawak kes ke mahkamah depa jadi dungu ..dengan sesedap rasa sesuka hati depa langgar perlembagaan..

tapi bagus juga Sivakumar buat permohonan saman ni..dengan secara tak langsung apa yang berlaku di Perak ini membuktikan BN adalah HARAM untuk memerintah Perak..apa2 saja keputusan mahkamah mengenai sidang DUN Perak terbatal dengan secara otomatik...korang ingat kes penggantungan Zambry and the gang..?? maka dengan ini mahkamah menjelaskan bahawa penggantungan mereka adalah SAH dan mahkamah TIADA HAK untuk menarik penggantungan SPEAKER SAH Sivakumar terhadap Zambry and the gang...

ini bermakna.........barisan BN adalah TIDAK SAH sebagai pemerintah Perak..!! exco2nya TIDAK SAH...HARAM la tu..!! korang guna mahkamah sebagai senjata...sekarang senjata makan tuan..hambik korang...!!

TERIMA KASIH Hakim Datuk Azahar Mohamed kerana pencerahan ini...


wallahua'lam..

Amin excident?

16 komen mengomen
Berita Hairan. Kuala Terengganu, 19 Ramadhan 1430 Hijrah. Seorang individu bernama amin dilaporkan accident. Lalu seorang perempuan yang menjunpai telefon amin bertindak menghubungi nama-nama yang ada di dalam telefon insan bernama amin tersebut. Dan perempuan tersebut adalah ibu amin.

Maka kecoh lah dikalangan sahabat-sahabat aku, (bukan amin sebenar) ada yang menelefon dan ada yang sudah pergi ke hospital untuk menjenguk kerana perasaan kasih sayang mereka terhadap aku cukup menebal, seperti kereta kebal. Lalu.. sesampainya mereka disana, mereka dikejutkan dengan kejutan elektrik apabila wajah aku bertukar menjadi orang lain.. Akhirnya mereka sedar bahawa bukan aku yang excident tetapi amin yang excident.

Siapakah dia amin yang di maksudkan? Huhu.. Jeng, jeng, jeng, rupanya amin yanto. Seorang bekas rakan sekelasku yang namanya juga sama dengan aku, ejaannya juga sama, namun terdapat perbezaan, iaitu bin yang berlainan dan aku lebih hensem. Haha.. Gurau jer..

Aku pun mengucapkan takziah innalillahi wainna ilaihi rajiun kepada amin yanto. Semoga cepat sembuh, sihat wal afiat. ada masa aku pegi la melawat yer..

Sekian dilaporkan dari bilik soalan peperiksaan upsr untuk berita hairan.


Alhamdulillah, aku masih hidup..Tengah menikmati sesuap limau... Xpuasa rupanya aku. Haha..

Perjumpaan Ex Student KOSTAQ (ESoK)

14 komen mengomen
Salam buat ESoK(Ex-Student Kostaq and the geng.. (nama ni aku reka jer.. jangan korang percaya dh)

Tadi ada seorang hamba Allah call ana bgtau, Tce Mawati n the geng. hehe.. (ustzh n cikgu2 kita la) nak wat perjumpaan sempena hari raya aidilfitri ni. Jadi jawatankuasa belum ditubuhkan. Sape2 yg voluntier nak jayakan program ni amat dialu-alukan. Sila2.. Jemput kerumah makan nasik.. hehe..

So, tarikh yang dirancang adalah 5 Syawal 1430 Hijrah.
Tempat belum ditentukan..
Yuran ana cadang RM10.00 (ke sikit sangat?) Haa... sebab da raya kan. Mesti la banyak duit. Hehe.. RM500 sorang. Amacam? Setuju? Kui3..

Cepat2.. Tolong ler...
Please...
Help me..
1 lagi ana xnak jd pengarah program yer.. Dah bgtau awal2.
Pilih la orang lain... Huhu..
Tolong kami, bantu kami..

Cepat, bg cadangan and nak lantik sape?
komen kat entry ni yer..

Anda AnakTerengganu di Perantauan?

1 komen mengomen
Assalamualaikum,

Post ini ditujukan khas buat semua Anak Terengganu yang berada di perantauan, tidak mengira usia, bangsa, pangkat dan darjat. Anda semua dijemput hadir ke Majlis Ijtima' Idul Fitri PAS Negeri Terengganu Bersama Anak-Anak Terengganu di Perantauan.

Harap kepada semua Anak Terengganu, sila sebarkan poster ini di blog2 dan laman web anda, atau mulut ke mulut (bukan CPR, batal pose nanti)haha.. bagi tujuan hebahan. Orang nak ajak makan ni.. Jom pakat mai ramai2.

Tentatif program seperti berikut
(Klik poster untuk imej lebih besar dan jelas @ Ctrl +-) :



p/s : walaupun aku bukan anak terengganu, tp nak promote jugak. Hehe.. Dah org ajak makan. Tunggu ape lagi kan? yg penting nak duit raya.. hihi.. (ada ke duit raya?? Ahh... janji dapat makan. hehe)

Dimana perasaan kasih sayang manusia?

0 komen mengomen
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ummat islam, dan tidak lupa kpd yang bukan islam. Moga2 dalam keadaan sihat sejahtera, bahagia hendaknya..

Aku sering tertanya2, dimanakah sifat perikemanusiaan seorang manusia? Sampai sanggup membuang anak yang dilahirkan? Sanggup membunuh anak sendiri? Sanggup membuat shabat, rakan dan masyarakat sekeliling hanya untuk mendapatkan sesuap nasi, kepuasan nafsu dan sebagainya?

Dimana silapnya? Sedangkan Allah juga menyatakan dengan jelas tujuan manusia dicipta, iaitu sebagai khalifah di bumi. Hakikat ini dapat dilihat dalam firman-Nya yang bermaksud : "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." (Surah al-Baqarah, ayat 30)

Tidak lain tidak bukan manusia lupa tujuan dan matlamat ia diciptakan. irman-Nya, bermaksud:
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu (Allah)." (Surah az-Zarriyat, ayat 56).

Inilah natijah apabila manusia bertindak, melakukan sesuatu mengikut hawa nafsu. Sombong dan bongkak dengan merasakan dialah yang paling hebat di muka bumi. Itulah sifat manusia.

Maka, sama2lah kita renung kembali.. Dimana dan kenapa manusia diciptakan. Aku sekadar muhasabah diri.

Pantun Kuih Raya

2 komen mengomen

Bismillahirahmannirahim..

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kuih gelang
Dua tiga kuih boleh ku cari
Mana nak sama pulut panggang sorang

Goreng cempedak di luar pagar
Ambik batang buruk tolong jolokkan
Saya budak baulu belajar
Kalau salah tolong sampritkan

Kek pandan jauh ke tengah
Apam balik bercabang tiga
Hancur maruku di kandung tanah
Masalodeh yang baik dikenang juga

Sorong apam tarik apam
Buah Melaka dalam perahu
Suruh makan apam saya makan apam
Suruh makan apam balik saya tak tahu

Lepat Pak Malau lepat pisang
Lepat hamba lepat ubi...
Pau tuan pau kelapa
Pau hamba pau serikaya

Lemang tinggi-tinggi
Sampai cucur badak
Belum tumbuh gigi
Dah makan tepung gomak

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Malam ini kita makan bubur jagung
Malam esok kita makan tapai

Nasik manis buah Melaka
Sayang popia hamba lurutkan
Buang tepung gomak buang serimuka
Kerana cokodok hamba turutkan

Kalau ada donat di ladang
Boleh saya menumpang makan
Kalau ada lemang yang panjang
Boleh kita menumpang makan lagi

Kuih talam di bawa belayar
Masak setalam di atas peti
Hutang lempuk boleh di bayar
Hutang dodol di bawa mati

Md Sharil bin M Saleh
email from Akob Pro

Grab from Bujang Susah

Lepas satu, satu bala menimpa..

0 komen mengomen
" Seramai 306 murid di beberapa buah sekolah rendah di negara ini dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah tahun ini, kata
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK) Datuk Abdul Bakir Zin.

Beliau berkata murid-murid berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing secara proaktif yang dijalankan Unit Pencegahan AADK. "

Baca lanjut disini


Baru semalam aku dapat berita pasal sekolah lama aku. Harini ni timbul pulak berita 306 murid sekolah rendah positif dadah. Ya Allah, lindungilah anak2 dan masyarakat kami daripada bala' ini.

Dimana nasib negara pada masa hadapan? Takkan semua nak jadi mat rempit, penagih dadah, pencuri dan sebagainya?

Apa peranan kita? Adakah kita telah benar2 menjalankan tanggunjawab kita sebagai khalifah Allah dibumi?

"Jika kalian mahu melihat jatuh bangun sesuatu bangsa/negara pada masa akan datang, lihat pemuda belia mereka pada zaman ini"

Apabila Allah tarik nikmat dia..

2 komen mengomen
Booom!! Bergegar satu bandaraya Warisan Pesisir Air, Bandaraya Kuala Terengganu.. Menandakan waktu masghrib/berbuka telah memunculkan dirinya.. Bermakna semua ummat islam yg berpuasa sudah boleh berbuka. Cukup unik, hanya disini aku dapat merasai pengalamn bedilan/bunyi bunga api berdentum untuk menandakan waktu berbuka atau bersahur.

Kalau zaman dahulu, bedil/meriam sebenar digunakan untuk memberitahu waktu berbuka dan bersahur. Namun, meriam tu dah takde. Mungkin dah uzur dan memerlukan kos yg tinggi berbanding dengan bunga api. Namun dah cukup membingitkan telinga dan jasad.


Aku sekadar menelan beberapa biji kurma. Harini bersendirian lagi berbuka. Hehe.. Biasa la tu. Orang bujang.. Hihi..

Semalam berbuka dengan Abg Amiruddin, baru balik dari Jordan. Hajat nak blanje dia makan kambing. Aleh2 kambing yg kejar kitorang.. Haha.. Terpaksa la makan dekat restoran Pertom.. Haha.. Korang tau tak pertom tu ape? Persatuan Tomyam Malaysia. Tak silap aku la.. Huhu.. Tapi tomyan dia, tomyam bawang. Banyak bawang drpada menda len..

Kempunan nak makan kambing bakar. Takpe la kan abg amir. Lalu kami mengoder Tomyam n kailan ikan masin jer untuk dijadikan lauk. Sedak syok sembang2 nampak la ada pokok kaktus kat sebelah. Masing2 dah tengok lain macam jer. Aku pun cakap la, eh korang ni lapar sangat ker? Takkan kaktus tu pun nak wat ulam jugak? hehe.. Sabaar2.


Usai solat maghrib, dan solat terawih di Masjid Zainal Abdin. Aku mencari2 restoran yang sesuai untuk memakankan diri. Akhirnya, restoran kuala ibai menjadi pilihan hati.

Aku menghirup kuah mee hong kong yang dipesan 5minit td.. Terasa kepanasan yang meggelegak.. Terkedu sebentar kerana lidah terasa pedih kerana kepanasan.

Jus campuran buah naga dengan honeydew. warna ungu membuatkan ianya nampak lebih mengiurkan, lalu dihirup sedikit demi sedikit, untuk menghilangkan rasa pedih lidah. Lega sedikit..

Dalam keseorangan melayan blues sambil menikmati hidangan dihadapan seorang diri. Teringat kembali firman Allah taala yang mafhumnya, "minuman didalam neraka itu berupa air nanah yang menggelegak panas, makanannya pula dari buah2 yang berduri"

Ya Allah, moga2 aku tidak termasuk dalam golongan ini. Rasa sedih bercampur takut mengenangkan bagaimana keadaan aku di alam akhirat nanti.? Sedih kerana amalan yang sedikit, dan dosa dan maksiat kepada Allah yang menggunung tinggi. Takut kerana pedihnya azab Allah di hari akhirat nanti.

Baru menghirup kuah mee yang baru masak itu sudah membuatkan kita merasa azab. bagaimana agaknya di akhirat kelak.. Bagaimana nasib aku? Aku mencuba sekali lagi menghirup kuah tersebut.. Aduh!! nak terluah keluar balik rasa mee yg dimakan... Ini baru didunia. Baru kuah, belum apinya lagi.. Namun aku tahan jua bg memberi inzar kepada diri, bagaimana azab diakhirat nnt.

Cuba bayangkan kita di akhirat nanti.. Apakah nasib kita disana?

Selesai jer makan, aku terus balik ke rumah aku yang sangat besar ni. Sunyi sepi.. Bertemankan tikus2 kecil, serta bunyi2an yang bermacam2. Sabo je la.

Terus aku menghidupkan komputer, setelah memberi salam kepada penghuni2 ghaib yang ada disini.

Lepas log in YM, ku lihat sekali lalu siapa yang menhidupkan malam dihadapan komputer. Hehe..

Lantas menekan sesorang yang bernama "tuutt" rahsia.. Demi menjaga keselamatan dan nama baik beliau...

Lepas bertanya khabar sedikit. Dia menimbul satu isu yg cukup sedih didengar. Sekolah lamaku kini tidak seperti dulu..

Rokok menjadi perkara kecil.. Bermakna ada sesuatu yang lebih parah daripada itu.. Bukan aku nak mengata orang yang merokok. Cuma dalam sekolah, ia merupakan satu masalah disiplin. Dan sudah dikira cukup berat. Kalau ia merupakan masalah kecil, bermakna ada lagi masalah disiplin yang lagi berat.

Mengapa ini berlaku? Bagaimana sekolah yang begitu diagung2kan, walhal ianya hanya retorik dan publisiti bg menaikkan nama golongan tertentu. Aku malu untuk mengaku bahawa aku pelajar sekolah itu.. walaupun berdegar2 di media, sebuah sekolah yang bakal melahirkan golongan yang profesional dan islamic. Namun hakikat tidak seperti yang digambarkan...


akhirnya, perbualan kami terhenti disitu.. Tidak dapat meneruskan lagi perbincangan kerana masa sudah kelewatan. apa yang termampu setakat ini hanya berdoa, agar Allah memelihara mereka.

Itulah najitah, apabila niat untuk sesuatu perkara itu terpesong maka Allah tarik kembali nikmat yang diberi. Nauzubillahiminzalik..

Sebenarnya, aku nak bgtau.. Mee yang aku makan tu tak habis, walaupun sedap. Tetapi apabila Allah tarik nikmat rasa sedap dan rasa lapar. Maka mee yang dimakan tidak habis.. Astaghfirullahalazim. Bagaimana agaknya nasib saudara2 kita di afrika, palestine dan negara2 islam lain.

AWAS!! Nak soya free lg "berkhasiat"? Jom..

5 komen mengomen
GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia .
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.





Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya........
Cuba lihat kat pic ini. Cuba lihat dekat-dekat.......


Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???


Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!




Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

sumber : Cina Islam

Aku terlambat kepala lembu, tp sup tulang lembu aku dah makan..

0 komen mengomen

Manusia Yang Kuat Ialah Mereka Yang Dapat Menahan Marah



"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (HR Bukhari, 4/1093 - Fath al-Bari)









Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Rabb merekalah kembali mereka lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.
(6 : 108)




Aku mungkin terlambat posting, sebab jam aku ada org matikan, jadi lewat sikit lah. Hehe.. namun isu ni belum lagi habis.. Aku sekadar ingin menjelaskan dan membawa korang untuk berfikir dan merenung sebentar tindakan orang2 yg melampau batas ini. Kerana terlalu Taksub kepada perkauman dan jahil dalam beragama, maka inilah natijahnya.

Sebab Nabi S.A.W ada bersabda : "Man da'aa ila asobiyyah, falaisa minni, wa man maata ala asobiyyah, falaisa minna" "Sesiapa yang mengajak kepada asobiyyah (kesukuan) bukan dari kalanganku(Nabi s.a.w), dan sesiapa yang mati di atas dasar assobiyyah, bukan dari kalangan kami. (Org2 yg beriman)" Renungkanlah.

Ujian.. Tabung Uji? Ujikaji?

3 komen mengomen
Assalamualaikum geng2 ku sekalian, ape kabo? Lame xjumpe.. Hee.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot




Aku puasa tau arini, tak ponteng lagi setakat nih. Haha.. Alhamdulillah. Sekian.. (Haih.. nak cakap tu je ke? Hehe.. Cukup la tu ye dak? huhaheho.. ngeh3)

Sebenarnya nak cakap pasal ujian, huhuhu.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot




Ujian ni banyak.. Ujian memandu, ujian akhir taun, ujian UPsr.. Korang nak yg mane satu? pilih2.. Hehe.. Ujian keluarga, ujian hidup, ujian kehidupan, ujian kemahiran hidup, ujian,ujian,ujian...? huahuahua.. bukan uji rashid. Sebab aku pun xkenal dia yg mana satu. huhu.. kenal pada nama je. Tabung uji, ujikaji, banyak betul nama uji.. ish3.. Dah3. Merepek macam kerepek plak aku nih. Hui3.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot




Banyak kan ujian dalam hidup nih? Kalau nak cerita tu, fuh.. tak terkata, tanggal gigi-gigi ni baru habis citer.. Kui3..

Menurut kata my naqib, in our life, we la budda(bukan agama buda, bahase arab tuu..)keh3 to face test in our life. Dah2.. Go Straight dont belok2. Allah said in al-Quran ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]


Jadi, memang engkorang tak boleh lari daripada Ujian Allah, kalau nak lari jugak, pergi la lari kat track, balapan.. huhu.. Mmg dapat penat jer. Tapi Allah dah janji bahwa setiap Ujian yang ditimpakan ke atas seseorang itu pasti dia dapat memikulnya walaupun berat pada pandangan mataDapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot kita.




لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]


Oklah, berbalik kepada certita aku td. Ujian, hmm.. ape ujian yang aku kena? Ni sekadar cerita jela, aku kehilangan idea sebenarnya.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspothuhu..



Satu hari tu, aku hadir kat program ni.(rahsia....) hehe.. Naik kereta yg aku pinjam (selingan, kawan sebelah aku kata pening kepalaaaa.... Kaco betul.. dia kata sebab makan bulu kambing semalam. hahaha..) Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Ish3.. Ha.. Setelah program tu berjalan, baru aku teringat akan surat yang perlu aku berikan kepada sorang ustak nih. Haih, aku denga sopan santun keluar dari dewan bak gadis melayu.. hui3.. (Aku tak suka rancangan gadis melayu.. teruk betul.. Apsal tak buat Pencarian Muslimah Zaman Kini) huhu.. And then Aku pun keluar la. Sekali tengok kereta aku dah hilang..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot aku pun pg lari dalam bilik air menangis.. kah3..


Hah? Mana kereta aku nih? Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotAlamak... Jeng..jeng..jeng..

Aku pun tawaf la bagunan tu, sikit jer ag nak cukup 7 kali.. Hah.. Letih giler ni, dah la panas terik. Tak jumpa jugak. Aku pun tanya la orang2 kat situ, sape tau kemana kereta aku lari..?

Adela sorang kawan ni cakap, kereta aku dah kena bawak lari.. (Kawan aku bawak.. ) huhu.. Aku pun terus membelasah dia kerana tak bagitau aku awal2. hehe.. Maka, aku pun cari la kenderaan lain, lalu ternampak seekor kuda. Tanpa malu segan, aku terus menunggang kuda tersebut. Lagak seperti seorang pendekar.Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot Haha..

Sampai kat Batu Burok, tiba2 kuda aku tersengguk2. Apsal plak kuda ni meragam. Aduh, ke tuan dia tak bagi makan? Dahla telinga pun terkulai2 kena tiup angin. Aduyai.. Nak kata kuda sakit,Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot sihat..


Tula, sape suruh tunggang laju2. Kan dah pengsan. Huhu.. Rupanya kuda LC aku naik ni xminum lagi. Huhu.. (Motor Lc ni Takde minyak la maknanya..) Huhu.. Pam minyak plak ada dalam sekilometer lebih. Huhu... Sabar jela. Kena tolak dalam panas terik. Ibarat seorang musafir ditengah padang pasir.Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot Huhu..

Sempat jugak aku berenti rehat di sebuah masjid. Bertanya khabar dan bersembang2 dengan bilal masjid tersebut. Huhu.. Akhirnya aku meneruskan perjalan mengisi minyak, setelah setengah jam menolak kuda besi tersebut. Alhamdulillah.. Akhirnya kudakuDapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot segar kembali.

Aku terus la menunggang, hanya untuk mengambil sehelai Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotwarkah untuk diserahkan kepada pemiliknya. Huhu.

Kerana Rasulullah menganggap kita semua pemimpin seperti sabda baginda, “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang di bawah jagaanmu” (HR Bukhari dan Muslim). Ini adalah kepemimpinan dan kepertanggungjawaban terhadap diri dan orang dibawah jagaan kita


Maka, terpaksa jugalah aku melaksanakannya.. Akhirnya aku tiba semula ke tempat aku curi kuda tu tadi.. Hehe.. Sabar dan redha jelah kan. Ujian.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Tapi banyak lagi ujian dalam hidup yang pasti kita terpaksa jua lalui. Dan sedarlah itu merupakan tarbiyah daripada Allah secara kita tidak sedar. Jangan hanya merungut hidup aku malang, kenapa aku miskin? Kenapa Allah buat begini kat aku? Celaka punya &%45 dan sebgainya akibat daripada bala' ataupun ujian yang ditimpakan keatas mereka.. Dan sebagainya..

Mengapa manusia sering terlupa bahawa mereka ini hanya menumpang di bumi Allah? Mengapa dan mengapa? Sebabnya kita lupa siapa diri kita.. Kita adalah hamba. Hamba sifatnya taat segala perintah Tuannya. Namun adakah kita seperti itu? Lu pikiaq la sendiri.


Ingatlah bahawa, setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ini pasti ada hikmahnya. Yakinlah.. Ini kata2 yang aku selalu pegang.Kerana aku tahu Allah lebih tahu apa yang terbaik buat aku. DIA tahu apa yang aku mampu dan aku tidak mampu. Allah tidak zalim.

Seperti juga seorang cikgu, setelah sekian lama dia meleter depen murid2nya. Tiba2, dia nak uji anak2 murid tanpa diberi warning terlebih dahulu. Adilkah? Ya, sudah tentu adil kerana tujuan utama dia menguji adalah mahu melihat adakah apa yang diajarkan selama ini betul2 difahami atau tidak?

Begitu juga seorang tauke kambing, dalam banyak2 kambing yang dia bela. tibalah suatu hari dia nak ambik seekor untuk disembelih (Sembelih haiwan ternakan untuk dimakan, wajib dalam Islam, kerana disana ada hikmah yang kita tidak ketahui.. Huhu..) Apa yang telah ditemui, hasil kajian saintis barat, dengan sembelihan, segala darah yang terdapat dalam badan haiwan tersebut akan keluar. Dan peningkatan/bacaan otak (aku tak tau apa diorang panggil) mendapati haiwan yang disembelih lebih tenang, dan dalam kadar segera terus mati berbanding dengan cara yang selain dari sembelih kerana lebih menyiksakan)

Eh, cite kambing kan? bukan nak cite pasal sembelih. Huhu.. So, dalam banyak2 kambing, tuan dia nak ambik sekor, buat barbeque.. Hehe.. dicecah sos lada hitam. Fuhh.. Syok woo.. Adakah zalim?? Korang fikir le.. ngeh3.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


So, ujian datang dalam berbagai bentuk. Korang lebih mengetahui. Dan pasti ada yang korang takleh lupa dan sebagainya. Tapi, sedar atau tak, itulah yang membuatkan korang lebih tabah, dan pengalaman itu membuatkan kita lebih matang dan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Dan bila ujian itu melanda sekali lagi, kita tahu apa yang perlu kita lakukan.

Dan sesungguhnya Sabar, redha (berlapang dada, terima dengan hati terbuka) , memaafkan itu adalah kunci segala ujian. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot




Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa, ikut nafsu .... hancurlah hidup lu.. Hua3.. Reka je aku nih. Kerana mulut badan binasa, kerana pulut, sedap diamakan dengan kuah kari.. Kui3..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Dah3.. Jadi macam pertandingan mereka pantun la plak.. Haha.. Cukup la tu ek.. Sekadar biasa2 aje.

Yang baik itu datangnya dari Allah, yang lemah itu memang dari aku sendiri. Yelah, sapa mengaku benda yang ada kat tangan dia, dia reka, dia cipta? Meh report kat ambulance.. huhu..

Takde, korang carilah.. Pusing2, semua benda pasti akan kembali kepada bumi balik. Bumi sape cipta? bumi lagi kompleks daripada sebuah komputer. Takyah bumi, Nak cipta sekor lalat pun korang tak mampu. Apetah lagi tahi lalat.. Kui3.. aku yakin dan Pastilah Allah yang menciptakan alam ini serta segala isinya.

Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers