Mengapa mesti begini?

0 komen mengomen
Salam semua,
Ana masih teringat kali terakhir bertemu dengan Al-Fadhil ust semasa Demonstrasi Membantah PPSMI yang lalu. Masa tu masing-masing sibuk menyelamatkan diri dari terkena gas pemedih mata oleh Ef Ar Yu...

Dalam perjalan tersebut ana terserempaklah dengan sekujur tubuh yang sama-sama berlari sambil terbatuk-batuk, menggosok matanya yang pedih terkena gas tersebut. Aku kira siapa dia ini. Wajahnya seperti pernah aku lihat.. seakan-akan mirip seorang tokoh ulama' terkenal tanahair ini.. Kurus, tapi badannya tegap.. Dalam kelelahan, raut mukanya masih terpancar nur.. cahaya seorang yang beramal dgn amal islami. Sejuk mata memandang.. Dalam kelam kabutitu ada tangan-tangan yang menghulurkan air kepada beliau.. memang benar beliau seorang yang dikenali ramai.

Panggilan "ust" kedengaran disebut-sebut oleh orang keliling.. Memang sah.. Dialah Al-Fadhil Ust Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz. Itulah kiranya kali terakhir aku bertemu dengannya. Tapi sayang tidak sempat bersalaman, kerana masing-masing pedih menahan gas pemedih mata. masing-masing sesak nafas hanya kerana untuk mempertahankan Bahasa Ibunda tercinta.

Ana tertarik dan terkesima dengan publisiti yang diberikan kepada tulisan Al-Fadhil Ust Nik Abduh oleh media-media dan pihak yang cuba menceduk serta menggoreng tulisan tersebut sampai hangit.

Ramai yang tidak ambil peduli atau sekadar tahu begitu sahaja. Tidak tahu apa sebenarnya yang dilontarkan oleh Al-Fadhil Ust Nik Abduh. Saya kira ini suatu yang tidak patut kerana dalam Islam Nabi mengajar kepada kita apabila sampai sesuatu berita itu hendaklah kita selidik dahulu. Jadi saya kira mungkin ramai yang tidak menggemari serta meluangkan masa untuk mengetahui hal-hal politik dengan lebih lanjut. Jadi saya copykan artikel @ tulisan Al-Fadhil Ust Nik Abduh kat sini. Harap korang mengerti dengan apa yang terjadi masa kini.

Post kat bawah ni ana copy 100%, tiada tokok tambah. Korang bacalah kalau malas sangat nak masuk blog Al-fadhil ust. Ana nak buat kesimpulan pun tak berani. Mungkin belum layak dan belum sampai masanya lagi.
Aku sedih
, mengapa masih ada anasir-anasir yang cuba menganggu-gugat, meracun dan mahu memutuskan kemesraan, kasih sayang, ukhuwwah di antara dua tokoh ulama' terkenal tanah air ini.. Aku kecewa.. Mengapa mesti begini? Namun begitulah adat orang berjuang menegakkan agama Allah. Ada saja tangan-tangan yang mahu melihat mereka musnah, hancur!! jatuh menyembah bumi. Dimalukan dan sebagai... Moga-moga mereka itu Allah beri hidayah.. serta Allah tetapkan iman kita dan akhirnya mematikan kita dalam keadaan khusnul khatimah.. ameen..

Kerja - kerja bodoh dalam PAS

0 komen mengomen
April 24, 2009 in PAS, istizkariyyah, muzakarah, politik, wa zakkir

Salam Kamunting,

Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.

Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.

Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.

Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.

Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?

Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.

Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!

Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.

Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.

Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.

Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.

Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?

Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!

sumber : Nikabduhwordpress

Kerja - kerja bodoh dalam pas (2)

0 komen mengomen

Salam Kamunting,

1)

Saya menyegerakan penjelasan ini lebih awal daripada niat asal saya untuk menangguhkannya selang beberapa hari lagi. Bagi seorang blogger, adalah sayugia dan menarik untuk memerhatikan tindak balas daripada para pembaca dan masyarakat di luar terhadap apa yang dilontarkannya.

Saya tahu tulisan saya akan masuk akhbar dan menghangatkan dunia blog dan politik. Justeru apabila ia benar - benar terjadi, saya memerlukan sedikit masa untuk melihat, mengukur dan memutuskan sesuatu yang akan lebih mencorakkan apa yang saya inginkan daripada tulisan asal saya. Saya akan gagal jika arus luar menghanyutkan dan memesongkan saya daripada tempat tuju saya.

Saya tidak suka berbicara mengenai arus. Saya tidak beriman dengan arus kerana saya dilarang beriman dengan arus. Kuasa rakyat, Makkal Sakti atau apa nama yang bersifat arus, itu bukan makanan kegemaran saya.

Saya akan berbicara tentang sesuatu yang mencipta arus itu. Saya akan berbicara mengenai angin. Anginlah yang mencipta arus dan gelombang. Saya tidak beriman dengan angin juga. Tetapi saya akan meredah mencari punca angin. Di situ saya menemui apa yang saya inginkan.

Saya menemui Allah. Allah mencipta angin dan Allahlah yang mengarahkan angin mencipta arus dan gelombang. Allahlah tuhan saya. Saya beriman dengan Allah yang satu. Dalam gelombang jenis mana pun, saya mahu tenang. Allahlah sumber ketenangan saya dan seluruh pembaca yang inginkan ketenangan yang benar dan abadi.

Justeru saya tidak akan fana dan luluh dalam gelombang kuasa rakyat atau kemarahan dan ridha rakyat. Rakyat hanyalah mainan pemimpin. Pemimpin adalah angin. Pemimpinlah yang mencetuskan kuasa rakyat dan mengemudi halanya. Dalam kebangunan dan kejatuhan sesebuah negara, pemimpin digunakan Allah untuk menentukan kejayaan dan kehancurannya.

Allah mengarahkan pemuka - pemuka negara melakukan kebaikan dan keadilan. Jika mereka melakukannya, Allah perteguhkan negara tersebut dengan keadilan dan keamanan. Jika pemuka - pemuka itu engkar, malah melakukan kefasiqan dan kezaliman, Allah pasti menghancurkan negara itu sehancurnya. Ia berpindah dari gelap menuju gelap atau lebih gelap lagi.

Saya bercakap mengenai pemimpin. Rakyat perlukan pemimpin yang benar dan jujur. Kemudian dia mesti berani dan amanah. Jika seorang pemimpin mencetuskan arus, maka arus itu biarlah benar, berguna dan dinikmati hasilnya.

Semalam saya dihubungi ayahanda dari Kota suci Makkah. Saya tengah menulis pasal bola sepak dan tahniah saya pada pasukan Kelantan dan Selangor yang telah menyajikan permainan yang bagus dalam perlawanan akhir piala FA.

Saya pastinya tersentak. Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. AlhamduliLlah, ia mengesankan walaupun perbualan hanyalah sekitar dua tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.

Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama. Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu.

Pastinya tulisan kedua ini lebih ringan bebanannya. Saya dapat lampu hijau daripada ayahanda. Sebelumnya, saya hanya memohon lampu hijau daripada Allah. Anda akan lihat bagaimana ketenangan mengalir dalam tulisan saya. Saya lebih yakin.

Selang beberapa jam, belum pun saya mula menulis, saya diberitahu bahawa sekumpulan insan sedang bergembira kerana hal Nik Abduh telah selesai. Ayahandanya telah mengarahnya berhenti buat cerita! Saya tersentak lagi. Wah, ada insan yang begitu teliti pekerjaannya sehingga dia tahu isi perbualan saya dengan ayahanda!

Sekarang anda tahu betapa saya sedang menempuh jalan yang sukar. Anda tahu saya perlukan keberanian yang sudah lama saya pohon daripada Tuhan saya. Betapa saya sering menangis memohon keberanian daripada Allah. Mengapa saya harus mendiam diri, takut dan dilanda kecewa sendirian? Dalam blog ini, saya sering menyeru agar jangan bersedih, berani kerana benar dan pelbagai dorongan ugama, tetapi saya sendiri kelu dan bisu di hadapan kebenaran yang mesti saya sampaikan kepada ayahanda. Saya melukut di hadapan pembohongan dan pemalsuan yang dipaksakan ke atas orang yang saya kasihi.

Sehingga saya tiba - tiba diberikan keberanian itu. Ia melanda - landa datang. Allah memperkenalkan saya jalan dan masanya. Saya kenal diri saya. Saya mampu mengesan, dengan izinNya bahawa sesuatu itu daripada nafsu atau daripada suluhan taufikNya. Ini untuk saya dan diri saya. Justeru saya mulakan dengan nama Allah. Anda pun telah membacanya.

AlhamduliLlah, dalam seketika sahaja saya dihujani tahniah. Ia tidaklah mengujakan saya sehinggalah saya menerima ucapa terima kasih daripada seorang yang saya sayangi. Dia guru saya dan guru ratusan ribu ahli PAS seluruh negara. Saya bertanya adakah saya telah mengganggu dan merosakkan jamaah? Jawabannya tidak. Ia dinikmati oleh mereka yang cintakan keharmonian dan para ulama yang saya maksudkan daripada tulisan saya.

Akhirnya, keberanian turut melanda mereka yang faham tetapi takut dan bersimpati daripada kalangan guru dan sahabat saya. Mereka berjanji untuk turut bersama. Saya bersyukur kerana saya sedang mencetuskan keberanian untuk semua. Kekuatan saya bertambah - tambah dan Allah memberikan saya ketenangan yang saya perlukan saat ini.

Anda bacalah komentar para penjengok blog ini. Ia berbaur antara puji dan keji. Inilah suara rakyat. Inilah suara yang saya mahukan setiap pemimpin bersimpati dan bertanggung jawab ke atas mereka. Mereka memuji dan mencela dalam arus yang diciptakan ke atas mereka. Justeru arus mestilah benar agar mereka tiada tertipu oleh pemimpin.

Sekarang masanya saya menjelaskan..

2)

Saya dengan sengajanya memilih perkataan ‘pembantu - pembantu ayahanda’ dan menjadikannya umum. Saya tembak terus kerana saya mahu semua orang kena. Semua mereka yang merasakan masing - masing adalah pembantu ayahanda. Saya mahu mereka bertanya, adakah aku yang dimaksudkan?

Pastinya mereka yang tidak pernah bercakap dan menyumbang idea kepada ayahanda mengenai isu - isu politik yang saya maksudkan akan merasakan mereka terkeluar. Keluarlah anda. Sesungguhnya Allah membalas pekerjaan anda dengan kebaikan yang melimpah daripadaNya.

Saya kenal kebanyakan pembantu ayahanda. Mereka inilah kaki dan tangan ayahanda yang telah banyak menyumbang dan berkorban. Daripada Abang Lah pemandu ayahanda yang telah berkhidmat sedari saya kecil sehinggalah YB Dato Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan, ada ratusan pembantu ayahanda samada di pejabat PAS Kelantan, di pejabat SUK dan di luarnya.

Saya hormati mereka dan saya tabik mereka. Kerja dan bantuan mereka mengatasi saya. Saya hanyalah seorang anak yang menjadi pembantu dalam soal - soal kekeluargaan. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Setiausaha Akhbarnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah bertanya tahun lepas, di kawasan mana saya mahu bertanding? Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Pegawai Peribadi di DUNnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda akur kerana dia tahu maksud dan bebanannya ke atas saya.

Saya mahu kekal sebagai pembantu di rumah. Saya meyakini kekuatan para pembantu ayahanda di luar. Saya tidak banyak masuk campur walaupun kadang - kala bonda bersungut mengenai beberapa pembantu yang dilihat gagal berperanan.

Kepada mereka saya doakan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Adapun maksud saya adalah para pembantu yang membantu dalam isu politik. Mereka ramai, mungkin berpuluh - puluh. Semua mereka adalah benar dan betul. Kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.

Pekerjaan bodoh hanyalah satu. Dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Apabila anda memuji saya, ia tak pun meredakan kemarahan saya. Apabila anda memaki saya, ia tak pun memarakkan kemarahan saya. Saya kekal panas sehinggalah ayahanda dibebaskan daripada kerja - kerja bohong, bodoh dan jahat ini.

Ayahanda adalah ayah saya. Darah dan dagingnya mengalir di tubuh saya. Jika anda berjutaan memerangi saya, anda tak akan mampu memisahkan di antara darah dan daging kami. Saya mempertahankan ayahanda sebagaimana saya mempertahankan saya.

Saya enggan melihat kepanasan ayahanda disebabkan pembohongan dan pemalsuan. Saya enggan melihat mendung di langit perjuangan Islam. Saya enggan melihat kekecewaan daripada hukuman yang salah dan palsu.

3)

Yang menghubungkan kita dengan langit adalah al Quran dan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Apabila baginda wafat, para ulama adalah pewaris. Ulama mewarisi ilmu, iman dan taqwa. Itulah legasi kenabian. Al Quran adalah punca ilmu yang benar. Ia dijaga kekuasaannya sehingga qiamat. Allah mempersiapkan para ulama dengan ilmu, iman dan taqwa demi kelangsungan perjuangan menegakkan kekuasaan al Quran ke atas manusia.

Ulama adalah cahaya yang menyinari kehidupan. Ketika PAS kesakitan, Allah mencetuskan idea kepimpinan ulama. Ia memberkati kebangkitan PAS. Allah bekalkan kita dengan para ulama yang menerajui dan menyatukan kekuatan.

Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama. Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.

Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata - mata anda sudah jemu dengan makanan syurga. Jangan tiru Bani Israel!

Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan di antara ulama. Inilah kerja bodoh! Pemberi komen bernama MuhaiminSulam kata, tukarkan bodoh kepada jahat!

Saya memaksudkan mereka ini dan saya memaksudkan kerja seperti ini. Saya tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.

Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua merasa tidak tenteram. Saya menyerang dipuncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan.

4)

Saya nukilkan perbualan saya dan ayahanda pasal idea Unity Government dan Pakatan Rakyat. Saya kemukakan titik persamaan dan perbezaan. Jawaban ayahanda adalah di sebalik yang anda perolehi di luar. Saya kata ayahanda menerima hujah keharusan itu.

Saya tak kata ayahanda dah setuju dibentuk kerajaan bersama BN. Saya tak tanya pun adakah dia setuju atau tidak. Itu tidak penting. Ia tidak mengganggu apa yang saya mahukan daripada jawabannya itu.

Anda dan surat khabar hanya mentafsirnya. Jika anda mahu tafsiran terbaik, tanya dia sendiri. Saya tidak memerlukan jawaban itu.

Ingat, saya bukan mendodoi Unity Government di sini. Nak berhujah, cari di tempat lain. Saya hanya mahu anda faham mengapa wujud percanggahan di antara sebelum dan selepas pertemuan itu? Mengapa sejuk sesudah panas? Saya memberitahu anda sebabnya. Sebabnya adalah pekerjaan bodoh itu.

Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.

Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan bahawa saya telah berbohong tentang kewujudan kerja bodoh itu. Jika anda sangsi, usah percaya dan usah bohongi. Saya menulis kepada pembaca di blog saya yang yakin bahawa saya tidak berbohong. Kepada mereka saya mahu memberikan rasa tenang dan yakin.

Saya juga menulis untuk disampaikan kepada pembantu - pembantu itu agar bertaubat. Kerja kamu itu sia - sia di sisi tuhan walau kamu digilai manusia dan haiwan pun.

Kemudian saya tambahkan perencah. Wujud mereka ( pembantu ) yang berang sesudah ayahanda tersenyum lebar di JKR 10 selepas pertemuan di antara anggota Majlis Syura. Mereka gagal memisahkan di antara ulama.

Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan saya bohong. Tidak wujud keberangan itu. Jika tidak, anda melibas pedang di angin, lalu mendakwa tubuh saya telah putus seribu.

Saya perhatikan seni hujahan anda. Tumpul dan rapuh. Saya jentik, terbang bagai abu di hujung rokok. Sila datang kepada saya di luar, mari bersabung. Saya tunjukkan anda seni berhujah yang digemari agama dan malaikat.

5)

Saya berpegang sebagai mana ahli PAS berpegang. Pakatan Rakyat adalah sebaik - sebaik temuan dan alternatif hari ini. Tulisan saya sebelum ini menyokong DSAI sebagai peneraju jika ianya disepakati. Hujah agama membenarkan. Tulisan saya sebelum ini menolak pakatan dengan BN, apatah masuk BN. Sehingga BN bersetuju untuk berubah, hukum agama mengambil tempat.

Saya menyeru kepada pembukaan. Jangan tutup apa yang Allah mahu ianya terbuka. Anda akan bernafas lebih lega dan harmoni. Anda akan lebih gagah melangkah.

Ini siasah syar’ieyah. Dua tuan guru ini adalah pakar ilmu ini. Apabila mereka bertelagah saya tak rimas pun. Saya tahu mereka akan bertemu dan bersetuju. Saya diberitahu TGHH dinasihat untuk tidak berjumpa ayahanda ketika panasnya, tetapi beliau enggan. Beliau tahu ayahanda akan reda. Reda dan ridha dengan temuan ilmu dan hujah. Itulah yang berlaku.

Tetapi, kerja - kerja bodoh mengambil tempat. Mereka inilah batu api. Batu api inilah satu kerja dosa besar yang merosakkan jamaah dan ummah. Atas kerja bodoh inilah saya doakan Allah membalas mereka di dunia agar mereka kembali sedar dan bertaubah.

Itu hikmah Allah membalas di dunia. Anda alim, ingat ayat itu. Anda jahil, tanya orang alim. Jangan meracau tak tentu pasal marahkan saya menamakan sesetengah manusia sebagai ulama ‘mi celup’. Apa tak adakah di dunia ini orang jahil yang mengaku alim?

Macam peniaga makanan kesihatan dalam MLM. Habis kursus sebulan pasal produk, mereka keluar bersyarah macam seorang doktor. Anda marahkah jika saya namakan mereka doktor ‘mi celup’?

Saya belajar ugama. Maka saya tahu saya bukan taraf ulama. Saya tahulah siapa ulama yang benar dan palsu. Saya ada neracanya mengenal kaca dan permata. Kerana itu saya mempertahankan ulama yang saya kenali dan akui ilmu, iman dan taqwa mereka.

Mereka di hadapan anda. Menyayangi ulama adalah iman. Memusuhi ulama adalah perang terhadap Allah. Ingat al hadis itu. Justeru jangan mencetuskan kebencian dan kerenggangan di antara awam dan ulama, apatah memecahkan saf para ulama.

Jangan lupa blog saya. Doakan saya terus mampu menulis demi perjuangan meruntuhkan kekuasaan BN durjana.

Sumber : Ust Nik Abduh

Tokoh Pemuda PAS sokong anak Nik Aziz

0 komen mengomen
Tokoh Pemuda PAS sokong anak Nik Aziz
Jimadie Shah Othman | Apr 30, 09 12:41pm
Kritikan pedas anak mursyidul am PAS terhadap terhadap pembantu bapanya Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu kerajaan perpaduan kini bukan lagi pandangan peribadi tetapi mewakili sentimen satu aliran tertentu.

nik mohd abduh nik azizSelain mempertahankan pandangan Nik Abduh Nik Aziz, timbalan ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan turut mengingatkan mereka yang termakan cili supaya "usahlah rasa resah dan panas tidak semena-mena".

"Pendedahan atau penjelasan ustaz Nik Abduh bukan untuk saudara. Ustaz Nik Abduh mesti bertanggungjawab atas dakwaannya. Jika benar (dakwaannya), ertinya beliau telah menegakkan yang hak. Dan Allah tahu ganjaran apa untuk beliau.

"Demikianlah sebaliknya, jika beliau salah dan sengaja mereka-reka cerita dan (membuat) dakwaan, maka Allah pasti tidak lalai dan terpengaruh dengan setiap kalimah indah tulisan beliau.

"Tentu sahaja beliau pula akan menerima azabnya," coretnya, yang disebut-sebut berminat mengetuai Dewan Pemuda PAS, dalam blog Episod Sebuah Perjuangan kelmarin.

nasrudin hassanMinggu lepas, exco Pemuda itu menghentam pembantu bapanya yang didakwanya mendorong Nik Aziz menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Awang.

Dalam artikel yang sama, Nik Abduh juga menyifatkan pembantu-pembantu Nik Aziz sebagai "mereka yang hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup', lalu mendakwa diri mereka pun ulama juga".

Mengulas lanjut, Nasrudin menyifatkan tulisan Nik Abduh sebagai reaksi yang "mungkin tertekan atau kecewa melihat ayahnya diperlagakan secara langsung atau tidak langsung dengan presiden PAS."

Usaha melaga-lagakan itu, tambahnya, antaranya boleh ditemui dalam komentar pelbagai pihak di internet.

"Kalau saudara melayari blog dan laman web (tanpa perlu saya menyebut nama blog atau tuan empunya laman web terbabit), nescaya saudara akan ketemui unsur-unsur ini secara jelas dan ketara sehingga saya sendiri berasa tidak sedap duduk walaupun kedua-dua tok guru ini bukanlah ayah saya.

"Kalau mereka ayah saya, rasanya mungkin saya akan 'mengamuk' lebih hebat dari ustaz Nik Abduh," coretnya.

PAS sejak tahun lalu berdepan pergeseran terbuka para pemimpin atasannya - termasuk antara Nik Aziz dan Abdul Hadi - berhubung beberapa isu penting, antaranya muzakarah dengan Umno dan kerajaan perpaduan dengan BN.

Pergeseran ini memunculkan istilah "kumpulan Erdogan" yang menentang usaha muzakarah dan kerajaan perpaduan dan satu aliran lagi yang pro-Abdul Hadi, yang mendukung kedua-dua idea tersebut.

Berhubung isu kerajaan perpaduan dan muqabalah PAS dengan BN, Nasrudin berkata isu itu sering timbul walaupun "tidak pernah berbangkit isu PAS masuk BN".

Beliau berkata, "sentimen bahawa tok guru mursyidul am (Nik Aziz) murka kepada tok guru presiden (Abdul Hadi)" bertujuan "melaga-lagakan" dua pemimpin utama dalam PAS itu.

"Seolah-olah mereka (pihak yang ingin melagakan) sengaja buat tidak faham. Makin dinafi, makin kuat fitnah mengatakan tok guru (Abdul Hadi) nak bawa PAS masuk BN," katanya.

Sementara itu, sebagai reaksi terhadap tulisan Nik Abduh pada 24 April lalu, Dewan Ulama PAS pula menggesa anggota-anggota parti itu tidak menjadikan blog sebagai medan mendedahkan keburukan orang lain.

Ketuanya Mohamed Daud berkata, tindakan itu dikhuatiri memberikan kesan negatif serta "memberi ruang kepada musuh mempermainkan isu terbabit", lapor media rasmi parti Harakahdaily.net hari ini.

Berhubung isu kerajaan perpaduan PAS dengan BN, Mohamed berkata, dewan itu tiada masalah menyokongnya "sekiranya perundangan negara dan ekonomi berjalan mengikut lunas-lunas Islam."

Bagaimanapun, beliau menolak tindakan mengeluarkan kenyataan terbuka berhubung itu kerana ia hanya akan diputuskan dalam muktamar parti itu, Jun nanti.

Benarkah BN Perintah Dengan Baik Selama 50 Tahun?

0 komen mengomen
Jika benar mereka selama ini berkhidmat untuk keselesaan dan kebajikan rakyat, mengapa sekarang sibuk mengutarakan slogan "Mohon Restu Rakyat"? Adakah rakyat tidak merestui perjuangan mereka selama ini andai mereka benar2 melakukan perkara yang betul? Negara kita sebuah negara yang kaya dengan sumber galian dan bahan mentah. Mengapa masih ramai rakyat hidup dalam kemiskinan?

Mereka sibuk membina koridor raya multimedia, putrajaya dan sebagainya. Berapa keratkah rakyat yang dapat mengecapi kemudahan dan kemewahan tersebut? Ana rasa la, kalau 50 tahun dahulu kita diperintah oleh orang yang betul-betul amanah dan prohatin terhadap rakyat, mungkin pemandu teksi di Malaysia semuanya memakai kereta seperti ini..


dan ini..
mahupun yang ini..
mengapa baru sekarang timbul soal pembaziran wang rakyat dan sebagainya? Selama ini diorang menganjurkan pesta-pesta sambutan perayaan yang gilang-gemilang dengan persembahan bunga api yang menelan belanjan berjuta-juta ringgit semata-mata untuk melihat benda itu terbakar, meletup.. kemudian hangus... Takde sapa pun dikalangan mereka tegur ini membazir dan sebagainya? ish3.. mungkin mase tu mereka tak sedar kut.. Khusyuk dan khayal dalam dunia masing2..

Award Part II

2 komen mengomen
Salam, ada lagi ward nih.. sambungan sbb tenet ni tak betul sangat . Jadi ana anugerahkan lah award Blog Paling Menarik ni kepada Dr Intan. klik Intan Umbrella. Ana suka catatan perjalan beliau melancong ke eropah. Wah3.. Mentang2 la banyak duet scholarship.. Pg melancong yer.. Ish3.. bile nak p Umrah or Haji Plak?



Ada lagi.. Ini sekadar anugerah suki-suka, sekali-sekala. haha.. Mempersembahkan.. jeng..jeng.. jeng..


Ha.. ini idea daripada Danial Razali.. Maka ana anugerahkan Kpd Ustazah Aishah Jauhara Blog Paling Tak Update. Hehe.. Jangan marah yer.. nanti cepat tua.

Ni plak utk Lawyer Atiq, memandangkan blog beliau cukup sembang, maka ana beri lah (dia yg mintak sebenornye.. haha) Igtkan tak nak bagi.. sbb dia tak link kan blog ana kat situ.. baru seminit tadi ana bukak dah ada. Rezeki ko la nak dapat anugerah ni. hehe..

Hari-Hari yang memenatkan part I.

0 komen mengomen
Salam semua, lama x update blog. takde idea n tak sempat. Baru hari ni dapat rehat. Hari Sabtu baru ni kerja kat booth Creative Enterprise sampai la semalam. Kenal tak CESB ni? Ala yang keluarkan banyak novel n komik tu. Terutama Komik Gila-Gila. Aku Budak Minang dll. Dapat la jumpa dengan penulis2 novel & kartunis Seperti Ahadiat Akashah, Ujang, Jaafar Taib, Imuda dan Ramai lagi.

Hari Jumaat Abg Shazwan (Big Boss CESB~Creative Enterprise Sdn Bhd) call, dia esok datang yer kerja. Pakai baju hitam. (Tema CESB). Mase tu ana bru abes meeting. Seronok jgk ler dapat kerja. Ye la selama ni menganggur jer.

Haha.. So, berpagi-pagian ana bangun tuk pergi kerja. Lepas siap2 tu.. Turun bawah tengok kereta dah takde..

Aiseh.. Dah kul 8 nih.. camner la nak sampai PWTC kul 9.30. Jarak dari Bangi nak ke PUTRA tu dekat sejam lebih.. pergh.. Tension giler.. Call ibu, ibu pg anto Wan g sekolah sbb dia ada lawatan arini. Ayah plak dah pg KLIA nak uruskan org pergi n balik umrah. So, sape nak anto aku nih? huu..

Rilek2 dulu sambil makan, last Ibu sampai umah dekat kol 9.. Pergh!! mau sampai pwtc kul 10.30 nih. abes la aku kena marah nanti..

Tunggu punya tunggu kat KTM Bangi. Kol 9.30 lebih bru dapat naik. Pressure giler.. KTM ni pun satu hal. Tak penah nak tepat masa. Dah la selalu lambat. Kalau tak tepat masa cepat dtg terlebih awal xpe la. ISh3.. Geram betul..

Nak ajer letupkan ketapi tuh.. Tapi aku plak yang takleh g kerja nanti. Sabo jer la. Seb baik tak ramai org. Dapat la tempat duduk. Tak hirau dah org len mase tu. DUk fikir nak cepat jer.. hua3..

SAmpai jer kat putra kul 10.30 terus belari g pwtc.. Duk tercari2 mana gerai CESB nih.. Seb bek senang nak cari. dekat pintu masuk.

Terus tanya promoter sape bos ek? Erm..

Abg pg tanya Kak Shiela, yang pakai baju kurung tu. Hehe.. Tak jumpa pun dgn Kak Shiela, terjumpa kat Lona. (Nampak dia punyer name tag) Teringat yang Abg Wan ada sebut jumpe Kak Lona malam td.

Terus cakap, Er.. Kak Lona, sory la lambat tren penuh.

Owh.. Ni Amin ek.. Apsal la awk datang lambat.. Ish3.

Sory..

Okeyh.. Meh nak tunjuk. Awk jaga dkt rak nih ye.

okeyh..

Aku pn mula lah bukak gerai.. Mai2!! Komik2!! Satu 2ringgit!!

Berduyun2 org datang membeli.. Maka Habislah stok buku tersebut.. Haha..

Ya Allah, memang menyesakkan. Ribuan org datang memenuhi gerai CESB.
Aircond yang sejuk tak terasa. Malah berpeluh2. Dek kerana terlalu ramai manusia yang datang.

Alhamdulillah. Lega rasa, walaupun pinggang rasa nak patah. Lutut dah mula longgar, kaki bertambah kejang..

Sampai tak sedar dal pukul dua petang. Kak Lona pesan rehat kul 1.30 petang. G solat dan makan. Maka kena marah la..

Apsal la awk tak pegi rehat.. Ish3.. Dah pg rehat dulu.. Nak tempat makan murah pegi dekat tepi PWTC, medan selera Putra Laut.

Maka ana pun pergilah dengan hati yang berbunga-bunga. Kerana dalam masa yang singkat dapat habiskan stok buku pagi tu..

Continius.. hehe..

AWAS!! NAJIB PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR!!

0 komen mengomen

Najib sedang memerhati sesuatu.. Mungkinkah PR SELANGOR??

PR kena bersedia dengan serangan ganas UBN...
Pengerusi perhubungan Umno negeri

PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu
Timbalan: Datuk Zahidi Zainul Abidin

KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah

PULAU PINANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Zainal Abidin Othman

PERAK: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan: Ahmad Husni Hanadzlah

SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan: Datuk Noh Omar

WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan: Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan: Datuk Shaziman Abu Mansor

MELAKA: Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop

JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan: Datuk Latiff Ahmad

PAHANG: Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan: Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan: Datuk Ahmad Said

KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Awang Adek Hussin

SABAH: Datuk Seri Musa Aman
Timbalan: Datuk Salleh Said Keruak

Tan Sri Muhammad Muhd Taib digugurkan daripada pengerusi perhubungan Selangor dan juga ketua penerangan Umno Malaysia.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pengerusi perhubungan Wilayah Persekutuan - sebuah lagi negeri yang dikuasai Pakatan dalam pilihanraya umum 2008.

Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini mengetuai badan perhubungan Umno Kedah, menggantikan bekas menteri besar Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Naib presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini mengepalai Umno Pulau Pinang, melepaskan jawatannya sebagai timbalan pengerusi Perak.

tok iskandar lak berkata...

Rombakan kecil ketua perhubungan umno negeri taklah memeranjatkan.Apapun PR kena sentiasa waspada pasal najib sekarang dah takeover umno selangor.dulu masa dia jadi chief umno perak,tumbang kerajaan PR Perak.

Apakah akan ada usaha untuk memancing adun PKR melompat parti selepas ni.Mungkin juga media akan memainkan isu perselisihan PAS dan PKR.Ada juga yang meneka kes rasuah Tan Sri Khalid akan dibawa oleh SPRM ke mahkamah.

Mungkin juga pergolakan yang berlaku di terengganu sekadar rekaan semata-mata untuk mengaburi PR,tindakan sebenar najib untuk merampas Selangor.

sedang PRK Penanti belum pasti,sudah tiba masa PR mengukuhkan cengkamannya dan berusaha mendekati rakyat.

Mulai sekarang PR kena jaga tok wakil mereka dan peristiwa yang berlaku di Perak perlu dijadikan iktibar dan tidak seharusnya berulang lagi


jaga2...berhati2...jangan biarkan pisang berbuah 2 kali....bersiaplah jangan leka walaupun sesaat...













Sapa nak anugerah?? haha..

1 komen mengomen
Assalamualaikum semua.. Hurm.. Terus terang ana bgtau ana ni baru jer nak jd Blogger n Penulis. baru nak merangkak dalam dunia penulisan. Jadi tak pandai sangat nak keluarkan tulisan2 yg menarik. Tapi ana ada satu hobi, iaitu membaca. Baca al-quran tu mmg kewajipan. Selain drpada tu la, baca buku, komik, akhbar blog dan artikel2 yg berbentuk ilmiah. Satu lagi, ana suka edit gambar.. hehe. walaupun tak banyak gambar dalam blog ana ni. Tapi ni baru permulaan. InsyaAllah lepasni mungkin akan ada banyak gambar. Ana pun tak pandai sangat bab editing ni, baru nak belajar. Yang sekarang ni pun selalu "try and error" je. Hehe... Jadi ana datang ilham nak wat anugerah ana sendiri kepada blogger yang ana suka. hehe..Walaupun anugerah ni dah ada orang buat, tapi ana nak buat yang ana sendiri sebagai tanda perhargaan daripada ana, juga sebagai tanda mereka sentiasa ada pengikut yang setia membaca artikel2 mereka. Tandanya mereka ada bakat yang terpendam untuk menjadi seorang penulis dan juga blogger.

Mungkin lepasni akan adanya anugerah secara rasmi daripada badan2 tertentu kepada blogger yang berpengaruh. So, sape2 yang nak anugerah daripada ana link la blog korang ek dengan blog ana. InsyaAllah semua akan dapat anugerah masing2. ana nak jadi blogger ni pun sebagai satu medan dakwah, juga mengikuti jejak langkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga baru start berblogging. Sebenarnya, ana nak jadi blogger ni kerana rasa tanggungjawab bahwa kitalah sebagai penyampai maklumat yang betul lagi telus kepada semua orang. Juga sebagai tindak balas kepada media arus perdana yang berat sebelah dengan menyebarkan berita yang tidak telus serta diputerbelitkan.

ana tengok juga kadang2 berita kat TV, cuma sekadar nak tengok apa yang diorang buat dan berita apa yang mereka siarkan. Tapi akhbar arus perdana ana langsung tak beli, keluarga ana pun tak pernah beli sejak tahun 2000 lagi (kalau tak silap la) hehe.. dekat lapan taun dah.

Eh, panjang la pulak membebel.. Berbalik kepada anugerah yang ana maksudkan tadi.. haha.. walaupun mungkin ana tak layak nak bagi anugerah ni, tapi ikut suka hati ana la kan nak bagi kat sapa2 hadiah ni. hehe.. so, ni la anugerah yang ana bagi. Maaf la korang takleh copy n paste (foward kat orang) sebab setiap piala tu ada nama kecuali korang pandai edit. hee..



Anugerah Blog Siasah Paling Best ni ana bagi kat UmmiAnni sebab ana suka sangat berita2 yang Kak Ummi post pasal politik. walaupun kadang2 dia copy dari orang jgk. Tapi ana still nak bukak yg kak ummi punyer.. hehe.



Anugerah Paling Ukhuwwah ni ana bg kat Dr Syuhada and Ahli Beyt dia. Sbb diorang ni kuat tul ukhuwwah sampai beyt pun ada blog. haha.. Menarik.. 1st time ana jumpa. Unique. Nice blog..



Anugerah Blog Paling Bercerita ni plak ana bagi kat sahabat ana Naseh Ulwan Dia ni kuat jugak bercerita.. Kadang2 sampai nangis2.. hehe..

Ada lagi awardnyer tapi ana sambung len kali plak.. tenet ni wat problem la..

Okeyh.. ana sambung blik..



Anugerah Blog Paling Menarik plak ana bagi dekat Danial Razali sbb tulisan dia yang menarik. Tengok sendiri la yer..



ni plak ana bg dekat Ust Syukri Nazar Tengok je la kat blog beliau. Ana penat ni, baru abes mesyuarat td. So, Nak upload jer.. Sekarang ni dah pukul 1.15 pagi (25/04/09)



Farah Aisyah

Awas niat Jahat Media!!

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim.. Ana tertarik dengan fenomena politik yang berlaku sekarang.. Setelah berzaman PAS menganjurkan muktamar tahunan dengan begitu lancar tanpa sebarang liputan meluas, tiba-tiba kini menjadi bahan berita utama media arus perdana sama ada media elektronik ataupun media cetak..

Persoalannya, mengapa baru sekarang baru nak terhegeh2 membuat liputan, belumpun muktamar berlangsung, sudah macam2 berita dikeluarkan. Ana melihat ini sebagai satu petanda tidak sihat dan berniat jahat untuk melaga-lagakan Ahli dan Pimpinan dalam PAS.

Serta ingin menunjukkan dalam PAS sama seperti Parti Kebangsaan yang paling tersohor di negara ini dengan Rasuah, Perebutan Kuasa, Pergaduhan dan yang sewaktu dengannya. semua dia lah.. Ini suatu taktik kotor Pihak lawan untuk menjatuhkan maruah PAS. Hakikatnya perkara tersebut tidak berlaku dalam PAS. Setiap ahli yang bertanding adalah untuk memberikan khidmat mereka bukan untuk mengejar politik kebendaan, kekayaan dan sebagainya.

Semua rakyat Malaysia sudah tahu, bahawa perjuangan PAS konsisten.. Tidak pernah ada mana2 ADUN ataupun Ahli Parlimen PAS yang melompat parti. Seperti yang berlaku di Kelantan. Walaupun dengan hanya majoriti satu kerusi, tapi Kerajaan PAS Kelantan tetap utuh. Malah kewibawaan Kerajaan PAS Kelantan semakin terserlah apabila menang bersih (majoriti besar) dalam PRU lepas.

Ana masih teringat semasa ana dan Ayah ana dalam perjalanan pulang dari PRK P059 Bukit Gantang. Waktu penjumlahan undi sedang berjalan. Kami ambil keputusan untuk pulang awal kerana esok hari bekerja. Kami menaiki teksi seorang pemandu berbangsa India di stesen Bas Ipoh. Perbualannya seperti berikut :

Ayah : Nak pergi Terminal BAs Ekspress. Berapa ringgit?

Pemandu : RM13

Ayah : Mahalnya.. Kurang sikit tak bleh ke?

Pemandu : Tak bolehla encik, sebab bukan satu tempat jer saya nak pegi (Sbb ada 2org penumpang lain)

Ayah : Oklah.

MAsa naik kereta tu, baru je bergerak sikit pemandu tu cakap.

Pemandu : ayyo.. PR kalah la di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

(Sohih dia ni mesti DAP or PKR)

Ayah Ana : Eh, manede kita menang apa.

Pemandu : Eh, betul ke? Tak percayalah.

Ayah : Iye.. Saya baru balik dari Bukit Gantang la. Maklumat yang terbaru kita dapat, Di Bukit Gantang kita dapat majoriti 2ribu lebih. Bukit Selambau juga kita menang.

Pemandu : Ayyo, betul ka?

Ayah : Betul la.

Pemandu :(Dia terus call kawan dia, tapi dia cakap dalam bahasa tamil la) Yang ana faham dia ada sebut Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Seronok betul dia cakap telefon, bersemangat) Haha. Maklumlah dapat berita terbaru, Panas lagi, Sapa tak seronok kalau dia dapat tau berita yang sohih lebih dulu dari orang lain)

Kami duduk diam, lucu mendengar dan melihat gelagat Uncle ni.
Abis jer cakap telefon..

Pemandu : Waa.. Manyak senang hati la kita menang. Padan muka itu Sami Bellu.. Tarak guna punya orang. Biar malu itu punya orang.

Ayah : Wa.. you manyak marah sama itu sami..

Pemandu : Memanglah..

Ayah : Satu kali tipu, boleh la.. Rakyat dah cerdik sekarang. Dah bukak mata luas2...
banyak kali tipu, rakyat marah..

Pemandu : Betul2..

Ayah : Diorang perintah 50 Tahun! Apa pasal bilaa pilihanraya baru nak tengok rakyat? Baru nak bagi bantuan? Kondem PR perintah setahun tak bawak apa2 perubahan!! Manyak jahat punya orang.. Dia perintah 50 Tahun apa diorang buat?
Kita patutnya dapat pendidikan percuma dan banyak lagi.. Negara kita kaya. Tapi apsal rakyat susah?

Pemandu : Iya, betul2.. Kita pun ada anak kicik sekolah, kita yang rasa susah nak cari duit untuk mereka. Diorang (Em Ai See dan sekutunya) apa tau?

Ada lagi la perbualan, ana pun dah tak ingat. sbb penat masa tu. Tak makan lagi.

Sampai kat terminal Bas jer..

Pemandu : You manyak baik punya orang. Saya cukup senang hati dapat cakap dengan you. haha.. tergelak besar dia. Ayyo.. seronok aa.. kita menang.

Ayah pun keluarkan duit nak bayar tambang. Mula2 ayah bagi sekeping note RM10, sementara cari duit seringit2..

Dia amik RM10 pastu dia cakap, RM1 lagi cukup.. (haha, Tadi kata tak boleh kurang?)
Saya manyak senang hati malam ni.. Ok, tenkiu aa.. kami bersalaman dan terus pergi cari tiket..

Nampak, pemandu teksi pun marah.. Diorang tau perkembangan semasa. Diorang ni cerdik walaupun bawak teksi.

Ini ker teksi yang ana naik? hehe.. lu fikirlah sendiri..

MEDIA JANGAN CUBA MEMPERBODOHKAN MINDA RAKYAT MALAYSIA!!

Pedajal Israel.. Tahniah Ahmadinejad..

0 komen mengomen
Salam, ana rasa terpanggil untuk menulis tentang seorang pemimpin islam Iran, Ahmadinejad yang cukup lantang mengkritik kezaliman Israel dan America yang emnjadi punca krisis ekonomi dunia sekarang.

Mengapa kita masih duduk berdiam diri melihat kekejaman israel dan sekutunya terhadap saudara kita di Palestine? Adakah sekadar cukup mengatakan kita telah memboikot barangan keluaran israel? Dimana pemimpin sebuah negara orang islam?

Ini ucapan Ahmadinejad semalam semasa hari pertama persidangan dunia di Geneva.

Ahmadinejad: Zionist entity a racist regime

Iranian President Mahmoud Ahmadinejad accused Zionist entity of being the "most cruel and racist regime," at the UN’s Durban Review Conference against racism in Geneva on Monday.

Ahmadinejad’s speech sparked a walkout by some European diplomats. The Iranian leader’s presence had already charged the meeting with political tensions. The United States and eight other countries boycotted the meeting over concerns that Zionist entity would be criticized.

"The UN security council has stabilized this occupation regime and supported it in the last 60 years giving them a free hand to continue their crimes," he told delegates at the Durban Review Conference hall in Geneva.

Ahmadinejad also criticized American "arrogance and condescension” in its occupations of Iraq and Afghanistan, and blamed the US for the global financial crisis.

Speaking directly after Ahmadinejad, Norwegian Foreign Minister Jonas Gahr Store said the Iranian leader's comments "run counter to the very spirit of dignity of the conference … he has made Iran the odd man out.”

While some of the delegates who remained in the hall applauded Ahmadinejad’s remarks, three chanting demonstrators dressed as clowns were removed from the hall.

After his speech 100 pro-Zionist demonstrators blocked Ahmadinejad's entrance to a scheduled news conference, according to AP.

Earlier Zionist entity withdrew its ambassador to Switzerland protesting Ahmadinejad’s visit. "The meeting between the president of a democratic country with an infamous Holocaust-denier such as the president of Iran, who calls for Zionist entity's destruction, does not mesh with the values that Switzerland represents and that are supposed to be represented at the U.N. conference on racism," the Zionist entityi Foreign Ministry said in a statement.

Magik gak encik ni

0 komen mengomen
Ada sorang lelaki bernama Ali, baru buka perniagaan khidmat nasihat. Officenya amat canggih, sederet dengan beberapa ofis yang lain. Ali seorang pakar perunding perniagaan, baru tamat belajar diluar negara, jadi nak mencuba nasib dalam bidang pernigaan, tekad tak mahu kerja ngan orang lain. Ofis dia masih baru, baru renovate la katakan.


Selepas sebulan ofis dibuka, perniagaan Ali masih belum bergerak, sampai sekarang satu bisnes pun tak dapat lagi. Sampai sekarang sorang pun belum pernah singgah kat ofis/kedai dia tu. Ali pening, signboard kat luar ofis dia tu mahal tuuuuu, beribu ringgit. Lobi sambut tetamu canggih tu, cuma belum ada pekerja lagi, Ali sorang2 je handle.

Pada satu hari, ada lelaki masuk kedai dia, apa lagi Ali pun berasa bangga giler, 1st customer la katakan, Ali cepat2 duduk kat meja dia, ambil phone telekom atas meja dia tu, berlakon olok olok bercakap dengan seseorang, saje je nak tunjuk perniagaan dia memang bagus giler, perniagaan ribu2 ringgit. Sambil menyuruh lelaki tu duduk depan dia, dan suruh tunggu kejap kerana dia masih cakap kat phone tu (padahal belakon aje), ini perbualan Ali ditalipon.

“Ye Dato’, ooo pasal project tu dato’, saya akan uruskan dato’, ala dato’ bayar kat saya beratus ribu, takkan saya main2 buat kerja ni dato’, lagi pun sudah terlalu banyak perniagaan yang menjadi bukti kejayaan kami, itu dah cukup mengambarkan keberkesanan perkhidmatan kami……ok dato’…baik dato’… Oklah dato’…nanti kita jumpa kat hotel hilton malam ni….ok dato’….bye”

Ali pun meletakkan talipon. Dan mula bersembang dengan lelaki yang duduk terkebil-kebil di depannya tadi, menunggu Ali.

“Ya encik, terima kasih kerana memerlukan khidmat nasihat perniagaan kami, maaf kerana menunggu tadi, maklumlah perniagaan kami terlalu pesat berkembang, tak menang tangan, banyak sangat permintaan. Ya, ada apa yang kami boleh bantu dalam perniagaan encik” tanya Ali.

Lelaki tu menjawab ” Saya technician telekom, nak sambungkan line telepon tu, magic gak encik ni, macamana boleh guna phone kalau tak de line

Hurm.. Book Fest.. Tunggu..

0 komen mengomen
Book Fair ke Book Fest ek? haha.. saya.. (Saya?.. haha.. lame tak guna istilah ni) Ana teringin sangat nak pergi BF tu.. tak masih tak berkesempatan.. kuang3.. Patutnya dapat keje kat situ start je bookfair tu, tapi Abg Shazwan Creative Enterprise kata dah penoh la min.. hua3.. Aku terlambat meng'call' Abg Sahzwan. Huhu.. Pastu lepas Solat Maghrib kat surau ana dapat call daripada Abg Shazwan.. Dia kata ada kosong 25-26hb nih.. Huhu.. Gembira la jugak walaupun kecewa tak dapat keje penoh. huhu.. Gaji dia kata 60 seari.. tak silap la. Ikutkan hari tu kalau keje dari awal bookfair tu 45ringgit seari.. 10hari dah dapat 450.. waa... bestnyer bagi org macam ana yg menganggur ni. hehe.. Takpe lah.. Da takder rezeki nak wat camne ek.. Redha je lah.. kan3? hehe.. So, sementara masih kosong nih aku masih tercari-cari kerja yang sesuai.. Abg Hafiz dah tawarkan dah keje jaga kedai komputer dia.. tapi start bulan 5. Skang dia kata dah boleh keje tapi undertraining lagi la. Pastu semalam pg isi minyak kat petronas.. Tanya dak kat counter tu.. Brapa gaji kat sini.. Dia cakap rm650 jer sebulan. mgkin bleh jd 750 sebulan. ok la tu kan? So, sape ada cadangan? bagi la p-emandangan korang.. Nak tawarkan keje pun buleh.. Tenkiu2.. ok la. kena g opis ayah ni. Maklumlah skang dah jadi interior designer tak bertauliah.. haha.. k cau lu salam.

ala... keputusan mahkamah umpama Zambry dapat hadiah saguhati aje......

0 komen mengomen


Mohamed Hanipa Maidin

Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan pada 15 April lalu bahawa penggantungan Zambry dan enam exconya oleh Speaker Perak dibatalkan membolehkan mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti.

Jawapan saya adalah tidak! Berikut adalah alasan-alasan saya.

a. Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi (perisytiharan) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (coercive force).

Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan:

"A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority."

(Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (memaksa seseorang mengikut perintah tersebut). Perintah tersebut juga tidak memadam, membatalkan atau mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa pentadbiran.)


b. Memandangkan Zambry dan enam exconya hanya memperolehi perintah deklarasi, perintah tersebut tidak meletakkan sebarang tanggung jawab (impose an obligation) ke atas Sivakumar untuk mematuhinya kerana dari segi rekod di dalam DUN di Perak, perintah penggantungan tersebut masih wujud selagi tidak dipadam oleh Mahkamah (not quashed by the court).

Untuk memudahkan kefahaman umum, saya berikan contoh berikut:

Kita ambil satu kes misalnya seorang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mengekalkan nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ali bin Abu sedangkan beliau mendakwa telah menukar agama dan memohon namanya ditukar kepada John Abraham.

Katakan beliau meminta satu perintah deklarasi bahawa tindakan atau keputusan JPN yang tidak menukar namanya kepada John Abraham adalah tidak sah.

Katakan Mahkamah bersetuju dengan beliau dan mengisytiharkan bahawa keputusan atau tindakan JPN adalah tidak sah dan Mahkamah juga mengisytiharkan nama beliau adalah John Abraham. Maka persoalan yang timbul adalah, adakah JPN wajib menukar namanya kepada John Abraham selepas beliau mendapat perintah perisytiharan tersebut?

Dari segi undang-undang, JPN tidak wajib menukar namanya kepada John Abraham kerana Mahkamah hanya mengisytiharkan tindakan JPN adalah tidak sah tanpa memerintahkan nama Ali bin Abu dipadam dan ditukar kepada John Abraham.

JPN hanya wajib menukar nama Ali bin Abu kepada John Abraham jika pemohon mendapat perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan/memadam (quash) keputusan JPN tersebut dan selanjutnya perintah mandamus iaitu perintah mengarahkan JPN menukar nama beliau dari Ali bin Abu kepada John Abraham.

Selagi tidak ada perintah 'certiorari' dan perintah mandamus tersebut maka nama beliau akan kekal di dalam kad pengenalan sebagai Ali bin Abu meskipun Mahkamah mengisytiharkan namanya John Abraham.

c. Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan (deklarasi) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya, dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak.

d. Tanpa perintah 'certiorari' dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah adalah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini: "So what!"

Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah 'certiorari' dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja.

Ada dua sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian.

Sebab Pertama adalah peguam Zambry sendiri secara jelas mengakui semasa penghujahan di Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry tidak boleh memohon perintah 'certiorari' dan mandamus kerana kedua-dua perintah tersebut tidak boleh dipohon di dalam kes ini disebabkan doktrin pengasingan kuasa (separation of powers).

Dengan lain perkataan peguam Zambry mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa, Mahkamah tidak boleh memerintah Sivakumar sebagai Speaker untuk sama ada memadamkan keputusannya atau membenarkan Zambry masuk dan hadir di dalam persidangan DUN Perak.

Hatta jika kita lihat kepada 10 perintah yang Zambry pohon kesemuanya adalah perintah berbentuk perisytiharan sahaja. Malahan Mahkamah juga tidak membenarkan perintah perisytiharan supaya beliau dan enam exconya untuk masuk, menghadiri dan mengambil bahagian di dalam sidang DUN Perak.

Sebab kedua adalah Zambry dan enam exconya telah tersalah memilih prosedur Mahkamah. Jika beliau ingin memohon perintah 'certiorari' dan mandamus, beliau perlu membuat permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya melalui Saman Pemula seperti yang mereka buat.

Memandangkan mereka telah tersalah prosedur maka mereka dengan berat hati terpaksa berpuas hati dengan perintah perisytiharan yang tidak membawa apa-apa makna.

Atas dasar itu juga peguam Sivakumar juga telah berhujah bahawa perintah perisytiharan yang Zambry pohon sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah dan meminta Mahkamah tidak melayan perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry tersebut.

Hujah peguam Sivakumar adalah berasaskan apa yang dinyatakan di dalam kes Fan Yew Teng vs Government of Malaysia di mana Mahkamah telah menerima pakai apa yang dinyatakan oleh Erskine May di dalam buku Parlimentary Procedure (17th Edition) di mana penulis telah menyatakan:

"The decisions of the court are not accepted as binding the house in matters of privilege, nor the decision of the House by the courts."

(Keputusan Mahkamah tidak diterima sebagai mengikat Parlimen atau DUN di dalam perkara menyentuh keistimewaan, begitu juga keputusan Parlimen atau DUN tidak mengikat Mahkamah.)

Mengapa? Mungkin pembaca bertanya mengapa Mahkamah membenarkan juga perintah yang tidak berfaedah tersebut? Jawapan mudah saya adalah ia hanyalah perintah untuk mengambil hati Umno. Perumpamaan yang mudah, ia adalah ibarat hadiah saguhati kerana menyertai pertandingan.

Jenis Umno ini, kita beri mereka wang satu sen pun mereka melonjak gembira sedangkan satu sen boleh beli apa?

Seperkara lagi yang saya perlu kongsi di sini adalah mengenai sidang DUN di bawah pokok yang diadakan pada 3 Mac 2009. Isu keabsahan (validity) persidangan di bawah pokok tersebut juga merupakan salah satu isu yang dirujuk oleh Zambry ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.

Isu yang dirujuk adalah sama ada sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah apabila ianya dibuat tanpa perkenan Sultan Perak.

Selepas mendengar hujah peguam Zambry dan peguam Sivakumar, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa keputusan terhadap isu keabsahan sidang DUN di bawah pokok pada 3 Mac 2009 tersebut. Secara tersirat kita boleh menyimpulkan bahawa Mahkamah bersetuju bahawa sidang DUN di bawah pokok adalah sah.

Memandangkan tiada perintah Mahkamah yang membatalkan keputusan sidang bawah pokok, Umno terpaksa menerima hakikat berikut:

a. Persidangan DUN di bawah pokok telah mengesahkan (endorsed) keputusan Sivakumar yang menggantung Zambry dan enam exconya selama 18 bulan dan 12 bulan.

b. Dengan pengesahan tersebut maka keputusan penggantungan tersebut adalah sah dan masih mengikat Zambry dan enam exconya yang lain.

c. Di dalam samannya Zambry mengatakan keputusan Sivakumar adalah tidak sah kerana keputusannya tidak disahkan oleh DUN Perak. Memandangkan sidang DUN Perak pada 3 Mac 2009 telah mengesahkan keputusan Sivakumar yang dibuat pada 18 Februari 2009 dan memandangkan Mahkamah Persekutuan tidak membuat apa?apa keputusan yang mengisytiharkan sidang bawah pokok adalah tidak sah, maka keputusan DUN Perak di bawah pokok adalah sah dan mengikat Zambry serta enam exconya.

d. Apa yang Mahkamah putuskan hanya melibatkan keputusan Sivakumar pada 18 Februari dan bukannya keputusan DUN Perak pada 3 Mac 2009.

Kesimpulannya Umno hanya dapat perintah Mahkamah yang tidak membawa apa-apa faedah.

Nota: Hanipa Maidin ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat dan ahli panel penasihat undang-undang, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.

sumber UmmiAnni

Agama dan Politik Dipisah atau Diapit?

0 komen mengomen
Agama dan Politik Dipisah atau Diapit?
www.iluvislam.com
*Yussamir Yusof
editor : IskethaykaL

~~~~~~ @@@ ~~~~~~


“Agama dan politik tidak boleh dibawa bersama, agama adalah agama dan politik adalah politik, dua-dua tidak sama. Orang agama hanya duduk di masjid, biar orang yang macam kami ini sahaja yang menerajui negara. Kamu semua mana tahu apa kami buat.
Dalam al-Quran tiada cerita pasal politik.”

Mungkin ini antara kata-kata yang pernah kita dengar atau pernah kita terdengar daripada tokoh-tokoh politik Malaysia. Keluhan demi keluhan dapat saya dengari di sekeliling saya apabila suara-suara ini berkumandang dalam pelbagai medium. Saya tidak tahu mana silapnya kita semua dalam memahami konsep politik dan agama.

Adakah kita memang tidak pernah diajar mengenai agama sejak dari bangku sekolah?
Tidak mungkin.

Adakah kita terlalu sensitif atau proaktif apabila membincangkan isu ini secara umum? Sehinggakan pelbagai peraturan dan sekatan dilakukan bagi menyekat pencambahan ilmu dalam bidang politik di kalangan para pelajar khususnya mahasiswa.

Jika begitu apa yang boleh dibincangkan? Setelah pintu untuk memahami secara ilmiah konsep politik ditutup rapat-rapat.

Selain itu, dengan mengenakan syarat bahawa perbincangan tentang politik boleh dibahaskan, tetapi hanya berputar pada skop yang kecil dan yang ‘baik-baik’ saja, maka adakah itu dipanggil wacana ilmiah?

Sedangkan kita tahu dunia politik ada pelbagai ragam dan recam.

Berbalik kepada isu di atas iaitu adakah agama dan politik ini dibataskan, saya mahu mengajak para pembaca untuk berfikir sejenak tentang perkara ini.

Adakah agama tidak ada tempat dalam politik dan politik itu hanya untuk orang-orang yang bukan beragama?


Saya tidak pasti adakah persoalan ini sesuai untuk ditanya ataupun tidak tetapi pada hemat saya, pemikiran atau ideologi untuk memisahkan politik dengan agama adalah sesuatu yang pelik dan jumud.

Hanya mereka yang tidak beragama sahaja memisahkan dua pentas ini dari kehidupan. Sejarah membuktikan bahawa pemisahan ini adalah inisiatif daripada golongan anti-gereja. Kekecewaan mereka terhadap penguasa gereja yang hanya bertumpu dan berkisar kepada urusan keagamaan sehinggakan melupakan kemajuan dari segi politik dan pembangunan membawa kepada pemberontakan. Setelah beratus tahun peristiwa itu berlaku, ia berulang kembali dalam abad-abad yang moden ini.

Pemisahan antara politk dan agama amat ketara. Ulama’ yang muktabar pandangan-pandangan mereka terhadap politik tidak pernah diambil peduli. Tidak seperti semasa zaman kegemilangan Islam, Ulama’ dan Umara’ memainkan peranan yang besar dalam pembentukan negara yang aman dan maju.

Kaedah siasah (politik) Islam mula dianggap tidak sesuai untuk zaman moden yang mencabar ini. Mereka menoleh ke belakang mencari kaedah-kaedah lama yang ditinggalkan Machiveli, Marxism dan lain-lain bagi perjalanan politik mereka. Negara-negara Islam yang mengikut corak politik kotor dan ‘tidak peduli’ tanpa berlandaskan tuntutan agama sudah mula kelihatan. Parti-parti yang di dalamnya terdapat Muslim, bercakaran sesama sendiri kerana perbezaan yang kecil. Persamaan dalam sudut akidah mula diketepikan dan nasihat-nasihat yang baik dari pihak lawan ditinggalkan kerana takut. Takut dengan bayang-bayang sendiri. Jika kita boleh duduk semeja dan berbincang semeja dengan orang yang bukan seakidah, tetapi kenapa kita tidak boleh duduk semeja untuk membincangkan kebaikan bersama di kalangan seakidah? Itulah yang terjadi apabila agama dan politik dipisahkan sejauh selat Tebrau. Mana mungkin negara diberkati Allah.

Zikir dan fikirlah, demi anak bangsa kita pada masa hadapan.




“Jika amanat disia-siakan, maka tunggulah kehancurannya”. Ada yang bertanya “bagaimana mensia-siakannya? Baginda menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya”.(Bukhari)

* Yussamir Yusof merupakan penulis jemputan iluvislam.com dan beliau giat menulis menerusi blognya di www.yussamir.com. Artikel yang sama boleh dirujuk di sini

Telah Kupilih JalanMu

0 komen mengomen
Telah Kupilih JalanMu
www.iLuvislam.com
layyinul qalbie
editor : everjihad


Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

iluvislam

Waspada serunding babi di pasaran

0 komen mengomen
Apr 17, 09 5:13pm
Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.

Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi
dalam lima jenama.

"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.

Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:

bullet buttonDendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
bullet buttonAbon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
bullet buttonAbon/dendeng sapi asli cap ACC
bullet buttonDendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
bullet buttonDendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).

Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar
atau tidak tercatat pengeluarnya.

Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.

MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.

sumber malaysiakini

Nak datang? Zambry boleh jer nak datang ke Dun.. Silakan..

0 komen mengomen
Zambry boleh datang ke DUN..tapi TAK BOLEH ikut bersidang dalam SIDANG DUN PERAK..!!
Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

1. perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.
2. perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.


lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah..apa ke bendanya moh kita teliti...

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.
3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.
5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.
6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.
7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.
8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

dalam keputusan mahkamah di atas...yang ummi paham le kan...itu pun kalau ummi tak tersilap tafsir..sebab ummi bukan paham sangat bahasa2 mahkamah ni...

bahawasanya Zambri and the gang BOLEH hadir ke DUN PERAK..bila2 masa yang depa suka...depa nak pi siang ke..malam ke tak ada siapa boleh halang...TETAPI...Zambri and the gang TIDAK BOLEH...diulang sekali lagi...TIDAK BOLEH...MENGHADIRI dan MENGAMBIL BAHAGIAN dalam SIDANG DUN PERAK...

maknaya depa tak boleh turut serta dalam SIDANG DUN...nak datang DUN PERAK ..depa boleh saja datang...nak ikut bersidang...CANNOT..CANNOT..CANNOT..oooo

MAHKAMAH PERSEKUTUAN TIDAK MENGISyTIHARKAN APA YANG DI POHON OLEH MEREKA BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA BERCAKAP DAN MENGUNDI ATAU MELAKUKAN AKTIVITI SEBAGAI SEORANG ADUN, MEREKA SAMALAH SEPERTI PEMERHATI SAJA

macam orang pi sekolah rendah...hang pi la tak ada sapa larang..tapi hang tak boleh masuk belajar ..pasai hangpa dah terlebih umoq nak masuk blajaq sekolah rendah..hehehe kena ke tak contoh yang ummi bagi pun tak tau..layan je laa....


JIKA DEMIKIAN HALNYA BOLEHLAH PR MELAKUKAN UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA KERAJAAN BN ! ALAHAI KALAU ITU LAH YANG MENIMPA BN/UMNO MAKA PR BOLEH AMBIL BALIK KUASA KAT PERAK TU SECEPAT2NYA PADA 7HB MEI NI HEHEHE

sumber ummianni

Hasan Ali, Ismail Kamus bincang 'Cinta luar biasa' esok

0 komen mengomen
Harakahdaily
Fri | Apr 17, 09 | 11:13:15 am MYT

KUALA LUMPUR, 17 April (Hrkh) - Jangan ketinggalan untuk mendengar buah fikiran dan pandangan tokoh agama dan pemimpin berkaitan 'Cinta Luar Biasa' yang menjadi tajuk utama Forum Hal-Ehwal Islam di Gombak esok.
Iklan

Antara panelis yang tidak asing lagi, bagi merungkai topik menarik ini ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali, Dato' Ismail Kamus, Ustaz Solehin Muhyi dan Ustaz Zulkarnain.

Forum terbabit akan diadakan di Dataran Masjid Zakaria, Batu 9, Gombak dan dimulakan pada jam 9.00 malam.

Kata seorang jurucakap kepada penganjur program, beliau berharap penduduk sekitar Lembah Klang dapat hadir beramai-ramai ke majlis dan forum tersebut bagi mendapat input dan tips-tips yang baik, bagi seorang muslim untuk memperbaiki sahsiah perbadi diri di samping mendapat maklumat berhubung isu-isu semasa berkaitan agama. - azm/mks. _

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers