KEKAL 2010 ESOK!! 1-5 OGOS 2010

0 komen mengomen
Esok 1 Ogos 2010, bermakna bermulanya Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53. Pelbagai program dan aktiviti telah diatur untuk semua ahli menyertainya. Tentatif program boleh lihat poster dibawah.


Cadangan saya buat Karpal Singh

0 komen mengomen
Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Karpal berkata walaupun sebelum ini beliau memperjuangkan agar hukuman mati dimansuhkan, tetapi memandangkan saban hari, semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah, termasuk perogol, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak menjaga kepentingan awam dengan melaksanakan tindakan lebih tegas dan berkesan.

"Ini boleh memberi mesej jelas kepada mereka yang bercita-cita untuk melakukan kesalahan bahawa undang-undang tidak akan lagi bertolak ansur dengan perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak bersalah," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Karpal berkata kes terbaru bahawa seorang kanak-kanak berusia 10 tahun didakwa telah dirogol oleh pemandu bas sekolah yang dinaikinya, menuntut perhatian khusus tentang perlunya hukuman sedia ada bagi perbuatan itu, dikaji semula.

Kata beliau mengikut Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Beliau berkata memang tidak dapat dinafikan bahawa kesalahan tertuduh perlu dibuktikan melebihi keraguan munasabah, tetapi dalam kes di mana tertuduh didapati melakukan perbuatan demikian secara terang-terangn serta disokong oleh saksi berwibawa yang melihat perbuatan itu dilakukan, maka tiada masalah untuk membuktikan kes berkenaan di luar keraguan munasabah.

"Saya sedar tentang bahaya kemungkinan seseorang yang tidak bersalah, dikenakan hukuman. Pelaksanaan hukuman mati tidak boleh diubah kembali.

Kesengsaraan yang dialami seseorang insan yang tidak bersalah, tetapi dikenakan hukuman mati, memang tidak dapat digambarkan," katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak berdosa di hadapan orang lain, menuntut agar undang-undang sedia ada, dibuat pindaan. --Bernama

aminmenulis: Saya sangat bersetuju dengan cadangan Karpal, namun perlu kita sedar hanya mengenakan hukuman bunuh kepada si perogol bukan jalan penyelesaiannya. Tetapi menyekat jalan pemula [muqaddimah] berlakunya kejadian rogol tersebut.

Sebab itu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud "Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu perbuatan keji dan membawa kerosakan."

Nabi s.a.w. bersabda dalam satu hadith :

"Wahai para pemuda, barang siapa di antara kamu ada yang telah sanggup berkahwin, maka berkahwinlah, kerana sesungguhnya berkahwin itu dapat , menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, sebab berpuasa itu sebagai benteng (dapat menahan nafsu)"

Mata adalah punca perbuatan maksiat. Bila pandangan dilepas dan terlihat sesuatu yang menarik (wajah perempuan, dan lain-lain) nafsu akan meledak dan mendorong syahwat. Pandangan adalah umpama panah yang terlepas dari busar panah iblis, bila mengena pada sasaran, implikasinya sangat merbahaya! Supaya syahwat tidak bergelojak, individu yang tidak mampu berkahwin digalakkan berpuasa, kerana dengan berpuasa, kadar gelodak nafsu dapat diturunkan.

Bila etika pemakaian tidak mengikut syariat Islam, maka lahirlah golongan-golongan yang bertuhankan nafsu. Begitu dengan akta hiburan dan sebagainya.

Maka secara ringkasnya, kesimpulan yang dapat dibuat adalah :

Penyelesaian bagi segala masalah ini hanyalah kembali kepada ajaran Islam. Bukan sahaja undang-undang perlu dipinda, bahkan ditukar kepada perundangan Islam secara keseluruhannya. Jenayah bukan hanya kesalahan merogol, tetapi berjudi, membunuh, rasuah dan sebagainya.

Mahasiswa Al-Azhar dipaksa Nikah!!

0 komen mengomen

KANGAR: “Jika tak mahu ditimpa kejadian buruk, kami dipaksa bersetuju anak kami dikahwinkan dengan anak perempuannya,” kata seorang lelaki yang mendakwa anak lelakinya, penuntut sebuah universiti di Mesir, dilari dan dikurung seorang guru silat untuk dipaksa berkahwin dengan anak gadisnya.

BUKTI...Mohd Fuzi, menunjukkan laporan polis berhubung kehilangan   Firdaus.
BUKTI...Mohd Fuzi, menunjukkan laporan polis berhubung kehilangan Firdaus.
Mohd Fuzi Mohd Zain, 57, mendakwa guru silat berkenaan turut menetapkan tarikh pernikahan pelajar terbabit dengan anak gadisnya berusia 24 tahun, esok.

Menurut Mohd Fuzi, anaknya, Mohd Firdaus Mohd Fuzi, 27, pelajar Jurusan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, pulang ke tanah air untuk cuti semester sebelum gagal dikesan sejak 15 hari lalu selepas berkunjung ke rumah guru silat berkenaan di Padang Besar, dekat sini.

“Kami gagal menghubungi Firdaus dan tidak tahu di mana dia berada. Namun, kami percaya dia disembunyikan guru silat berkenaan,” katanya yang tinggal di Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur.

Mohd Fuzi berkata, dia dan isteri (Jamiah Hamid) bergegas ke Perlis dan berjumpa guru silat berkenaan untuk mencari Firdaus namun kecewa apabila lelaki berusia 50-an itu enggan menyatakan di mana anak mereka berada.

“Sebaliknya, dalam pertemuan itu dia mengajak kami membincangkan urusan perkahwinan Firdaus dengan anak gadisnya yang ditetapkan pada 1 Ogos.

“Saya terkejut besar apabila dimaklumkan anak saya akan dikahwinkan dengan anak gadisnya kerana sebelum ini Firdaus tak pernah menyebut mengenai perkahwinan walaupun mempunyai kenalan wanita ketika menuntut di Mesir,” katanya ketika ditemui bersama sepupunya, Ahmad Mustapa di sini, semalam.

Kata Mohd Fuzi, sudah banyak kali dia menghubungi Firdaus menerusi telefon bimbitnya, tetapi tidak dijawab dan hingga kini tidak mengetahui kedudukan sebenarnya

“Firdaus anak sulung daripada lima beradik dan dia amat rapat dengan keluarga, terutama ibunya dan sering meluahkan perasaan kepada ibunya apabila menghadapi masalah. Saya dan keluarga kini bimbang dengan keselamatan Mohd Firdaus.


“Setakat ini, saya tak pernah lihat wanita yang bakal menjadi menantu saya serta status sebenarnya, sama ada janda atau dara. Fikiran saya bercelaru memikirkan nasib Firdaus, malah isteri saya sering menangis kerana tak bertemu anak sulungnya sejak 15 hari lalu,” katanya.

Mohd Fuzi membuat dua laporan berhubung kehilangan anak lelakinya itu di Balai Polis Arau pada 27 Julai dan semalam.

Laporan pertama dibuatnya berhubung kehilangan anaknya ketika hadir di rumah Ahmad iaitu bapa saudara Firdaus di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Kangar, di sini.

Laporan kedua pula berhubung ugutan dan paksaan untuk berkahwin diterimanya apabila bertemu guru silat berkenaan di Mata Ayer dekat sini pada 15 Julai lalu.

Menurutnya, Firdaus pernah menuntut di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) di Beseri, dekat sini, sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir dan mengenali guru silat berkenaan.

Katanya, Firdaus perlu menghabiskan pengajian peringkat ijazah selama setahun lagi di Mesir, bermula November ini dan dia bercadang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di universiti tempatan.

“Guru silat itu mengugut menyatakan ada pemuda sudah gila apabila menolak berkahwin dengan anak gadisnya dan berulang kali menyatakan jangan salahkan dia jika berlaku kejadian buruk terhadap Firdaus,” kata Mohd Fuzi

aminmenulis : Sama-samalah kita doakan keselamatan sahabat kita di Malaysia.

Sumber

Malam Sepu Atau Nisfu Sya'ban?

0 komen mengomen
Jika di Terengganu, masyarakat disana lebih glamer dengan panggilan malam Sepu, [nisfu] iaitu setengah atau pertengahan bulan Sya'ban. Dan bagi masyarakat Mesir pula, [kata seorang pemandu teksi kepada sahabat hamba] bulan ini merupakan bulan walimah. Jika kita sering melalui Masjid Salam yang terletak di Hayyu Asyir, setiap malam akan ada pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan.

Biasanya di Terengganu, masyarakat disana akan memenuhi masjid dan surau-surau di kampung bagi mengadakan bacaan yasin, kuliah, dan majlis-majlis ilmu sebagai mengisi malam nisfu sya'ban.

Maka sekarang kita berada di bulan Sya’ban. Bulan sya’ban yang terletak diantara dua bulan iaitu bulan rejab yang merupakan bulan haram dan bulan ramadhan yang merupakan bulan mulia dan bulan Al Quran di turunkan.

Bulan Sya’ban merupakan bulan yang Rasulullah memperbanyakkan puasa sunat berbanding dengan bulan-bulan lain. Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah:

“ Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan lain seperti mana engkau berpuasa di bulan sya’ban.” Baginda menjawab, “ ia adalah bulan yang dilupa oleh kebanyakan manusia iaitu bulan antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan amalan manusia di angkat kepada Tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku di angkat dalam keadaan aku berpuasa."

Sebagaimana ada riwayat yang sahih menyatakan bahawa baginda berpuasa hari isnin dan khamis setiap minggu. Didalam setengah hadis baginda telah ditanya tentang berpuasa tentang rahsia tentang berpuasa tentang hari isnin dan khamis, baginda menjawab: “ Pada kedua hari ini amalan hamba di bentangkan kepada Tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku dibentangkan dalam keadaan aku berpuasa."

Hari ini adalah 14 Sya’ban dan esok adalah hari pertengahan bulan sya’ban. Malam ini adalah malam nisfu Sya’ban. Atau banyak hadith-hadith yang telah menceritakan tentang kelebihan malam nisfu sya’ban. Antara hadith itu adalah sebuah hadith hasan yang telah diriwayatkan oleh
Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Allah sentiasa melihat kearah semua makhluknya pada malam nisfu sya’ban lalu mengampunkan semua makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang bermusuhan.”

Allah sentiasa memerhatikan makhluknya dengan pandangan yang lembut dan di sertai dengan keampunan. Akan tetapi pemerhatian pada malam ini adalah pemerhatian yang di sertai dengan
belas kasihan dan keampunan serta perhatian yang istimewa.

Tentang dosa syirik Allah telah menjelaskan pada ayat Nya di dalam Surah An-Nisa' Ertinya ; “Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mensyirikkan Nya dengan sesuatu dan dia akan mengampunkan dosa selain dari perbuatan syirik bagi sesiapa yang di kehendakiNya.”

Manakala orang yang mempunyai permusuhan, perkelahian, memutuskan tali persaudaraan adalah terhalang dari mendapat keampunan. Allah akan menangguhkan keampunan dari kedua orang yang bermusuhan itu sehinggalah mereka berbaik-baik semula.

Pintu keampunan Allah adalah juga tertutup bagi mereka yang mengotorkan hati mereka dengan perasaan dengki. Mereka adalah merupakan orang yang tidak berdoa dengan doa di dalam surah Al-Hasyr Ertinya: “Wahai Tuhan kami ampunkan lah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan keimanan dan janganlah Engkau jadikan didalam hati kami rasa dengki terhadap orang-orang yang beriman . Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.”

Seperkara lagi yang di kaitkan dengan malam nisfu sya’ban ini adalah satu peristiwa yang berlaku dalam tahun kedua Hijrah iaitu peralihan kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram. Baginda Rasulullah telah mengimpikan dalam dirinya supaya dia dapat mengadap kearah kiblat bapanya Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang telah membina rumah Allah itu. Dan Nabi Muhammad S.A.W adalah pewaris dan pengikut agama Nabi Ibrahim. Firman Allah Ertinya; "Kami akan melihat muka engkau terngadah kelangit, maka kami palingkan engkau kearah kiblat yang engkau suka…..”

Allah telah menunaikan apa yang di kehendaki oleh baginda. Allah telah menurunkan firman Nya di dalam Surah Al-Baqarah Ertinya; “ Kami telah melihat muka engkau terngadah kelangit, maka kami palingkan engkau kearah kiblat yang engkau suka…..”

Peristiwa pertukaran arah kiblat ini adalah juga merupakan salah satu rahsia ujian Allah terhadap manusia sebagaimana firman Nya Ertinya ; “Dan kami tidak menjadikan (kamu mengadap) kearah kiblat yang kau hadapkan muka hari ini melainkan Kami ingin tahu siapakah yang mengikut Rasul dan siapa pula yang berpaling tadah tidak mengikutnya.”

Antara amalan-amalan di malam nisfu sya’ban ialah bacaan surah yasin, istiqarah, sembahyang malam, berselawat dan lain amalan yang dilakukan ikhlas kerana Allah.

Akhirnya samalah kita mengambil pengajaran malam nisfu sya’ban dimana Allah mengampunkan dosa setiap hambaNya yang tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu yang lain dan kecuali seorang ada permusuhan dengan saudaranya yang lain.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dan sahihnya ada dinyatakan : Tiga golongan yang sembahyang mereka tidak akan diangkat walaupun sekadar sejengkal iaitu lelaki yang mengimankan sembahyang satu kaum sedangkan mereka tidak menyukainya, perempuan yang suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya dan dua orang
saudara yang bermusuhan antara satu sama lain.

Sama-samalah kita memperbanyakkan amalan kita dimalam ini dan berpuasa pada keesokkan hari bagi mereka yang mampu.

Ahli BKPJM Hangus Terbakar!!

0 komen mengomen
Muka masih lagi pedih dan kemerah-merahan kesan kebakaran semalam, seramai hampir 30 orang menjadi mangsa dan hamba salah seorang daripadanya. Yang agak ajaib, semua mereka merupakan pelajar Johor di Mesir. pelik, macamana hamba selaku anak "Terengganu" [Haha] boleh tersesat masuk kedalam group ini?

Kronologi kejadian.

Seawal jam 7.30 pagi, hamba mula bertolak daripada rumah Terengganu, Hayyu Asyir. [Seksyen 10] bersama seorang sahabat. Ust Ismael [mael] menuju ke Rabaah [Seksyen 4] yang diletakkan rumah Johor disitu. Sambil menunggu kedatangan bas yang akan membawa kami ke Ain Sukhna. Kat mana ek Ein Sukhna tu? Tunggu... hamba pun baru 1st time pergi..

Sempena Annual Festival BKPJM [Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir] 2010, hamba sempat menyertai Rehlah Tarbawiyah ke Ein Sukhna, yang berdekatan dengan Ismailia. [boleh search google untuk mengetahui] sebab hamba tak tau pun jalan pergi dan pulang ke sana. Sebaik bas bergerak, hamba terus tak sedarkan diri. Sebab semalam tidur lewat dan bangun awal pagi.

Walaupun berlaku kelewatan daripada jadual yang sepatutnya, akhirnya kami sampai juga disana. Pemandangan pertama yang hamba sedar sebaik mencelikkan mata, adalah gurun padang pasir, tapi tak rasa la sebab dalam bas sejuk, ada aircondition. Wuhuuu.. Syok tido dalam bas.

Beberapa minit kemudian, destinasi yang kami tuju mula kelihatan. Pantai yang memutih dan air yang membiru. Waa... semua dah mula kecoh, tak sabar-sabar nak terjun kedalam air. Untuk mandi manda disini dikenakan bayaran, kerana kemudahan pelancongan yang telah disediakan.

Sebaik pintu bas dibuka, masing-masing taknak turun, haha.. Cuaca panas terik. Tengah padang pasir plak tu. Takde perkampungan mahupun penempatan disekitar ini. Huuu.. Memang terbakar la mandi ni karang. Kami pun mengangkut semua perkakasan untuk barbeque dan barang makanan yang lain.

Bayaran masuk yang dikenakan Le15. Mahal tu.. sebelum-sebelum ni harga dia LE10 jer.. Cekik darah betul. Tu pun selepas 2 kali tawaf baru boleh masuk sebab pengunjung yang terlalu ramai, maka kawasan-kawasan yang disediakan untuk mandi manda ditutup sementara.

Setelah meninjau-ninjau kawasan kejadian. Kami akhirnya berkumpul untuk memulakan aktiviti. Mendengar sedikit penerangan daripada Ust Din, tentatif kami adalah taaruf, tazkirah 1 minit, kemudian makan dan aktiviti bebas. Yezzaa..

Bermula jam 12 tengahari [panas tu] kami mula menerjun tiruk kedalam air, membuat satu halaqah dalam air. Agak mengejutkan kami, air disitu sangat dingin. Masing-masing menggigil kesejukan sebaik sahaja menjejak kaki kedalam air. Patutlah ramai pelancong yang terdiri daripada orang arab sendiri.

Setelah seharian mandi manda, maka semua yang ada hangus terbakar, haha.. 5 jam berendam dalam air dibawah terik mentari menyebabkan kami kelihatan macam pakai mekap. Namun, semuanya adalah disengajakan, kerana kami yang lewat bertolak, maka terpaksalah mandi ditengah hari.



Aktiviti biasa bila sampai, mesti mencapab dan bergambar bersama.. hehe..



Menuju ke tempat perlindungan...


Masing-masing dah tak sabar nak terjun..


Rilek2.. Kata Ust Din..



Suasana pantai yang dipenuhi arab..



Bila Abg Ngah beraksi, orang lain xleh kaco.. Dia sorang jer pandai.. haha..



Inilah aktiviti pertama kami. Buat Halaqah untuk tazkirah 1 minit..



Arab-arab dah mula dengki dan jeles tengok kami semesra ini. Sampai ada yang nak duduk kat tengah-tengah untuk ambil gambar.. huhu.. tapi kitorang tak bagi..

Ust Hanif [Pegawai Johor] tak ketinggalan bawak seisi keluarga..



Hah.. Bila dah habis tarbawiyah.. aktiviti bebas memang bebas. [bukan seks bebas yer.. Ops.. hehe]



Hah.. ni satu lagi, bila masing-masing kepala dah masuk air, mula la nak melakukan aktiviti berfaedah.. hoho..


Mula nak memanjat..


Maka terhasillah manusia macam nih.. arab jeles jer tengok.. kui3.. [Adeh.. sakit2!! cepat la.. haha.. kata orang kat bawah..]


Kanak-kanak riang pantang bergambar...



Yang berat menjadi ringan, lompat kalah manusia-manusia kecik disekeliling.. Gurau jer Ust Arep.. haha..


Aksi menarik Antoi dan Ust Azrin..



Jejaka pantai yang hensem.. [yang sebelah kanan tu ek.. ] hehe..

Hah.. ayam panggang menjadi pilihan, kitorang tangkap ayam ni kat dalam air, pastu terus bakar jer dengan kulit2 skali.. hoho..



Ust Saiful menjadi mangsa tanaman kali ini.. Kerana beliau takut air.. Huhu..



Inilah bas kami.. Yutong namanya..


Huu.. Suma dah hangus dan kepenatan.. tapi malas plak rasa nak balik kaherah.. Nak duk dalam bas jer.. aircond memang sejuk, kerusi plak empuk.. fuh.. musim2 panas ni memang sedap tido.. Hamba masa pergi dan balik memang tak kenal jalan.. tido sepanjang jalan, memang rekod ah.. ngeh3..

Ni jelah gambar yang ada, ambe dah suruh ust amin yg gambar kat atas depan sekali ni masukkan dalam memory card. tp lupa nak masuk.. huhu.. tak pe la, lain kali kalo rajin ambe upload yer.. sekian. Moga Ukhuwwah yang kita bina ini terjalin hingga ke akhirnya..

Firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara, maka perbaikilah hubungan diantara mereka."

Maka selaras dengan firman Allah s.w.t ini ambe [hamba] menyahut seruan itu walaupun ini kali pertama ambe bersua muka dengan antum semua. Moga kita dapat berjumpa lagi selepas ini InsyaAllah. ambe seronok bersama mereka.. Wasalam..

Kenapa Islam Mesti Dipersalahkan?

2 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim, aku tertarik dengan satu kartun yang mengisahkan bagaimana dunia menganggap sesuatu itu boleh dimaafkan dan kesalahan itu hanya diletakkan ke atas individu tetapi tidak bilamana ia berkait dengan Islam. Teruskan membaca..



Mengapa seorang Yahudi boleh membiarkan janggut mereka atas alasan mengamalkan ajarannya. Tetapi bilamana seseorang Islam melakukan perkara yang sama, dia dianggap seorang pengganas dan ektrimis..


Mengapa dunia boleh menghormati wanita barat yang tinggal dirumah untuk medidik anak-anak dengan alasan telah mengorbankan nyawa mereka untuk menjaga rumah dan keluarga..

tetapi..

Bila seorang muslimah melakukan perkara yang sama, mereka ditekan?



Mengapa remaja perempuan boleh ke universiti dan memakai pakaian yang mereka suka, dan punya kebebasan dan hak masing-masing..

tetapi..


Bila remaja perempuan muslimah memakai hijab, mereka dihalang daripada memasuki Universiti..



Mengapa bila seorang kanak-kanak mempunyai minat dalam sesuatu perkara, dia dikatakan mempunyai kebolehan dan bakat terpendam.

tetapi..

Bila seseorang itu$ menunjukkan minat kepada Islam dia dianggap tiada masa depan..


kenapa? dan kenapa?


Bila seorang Yahudi membunuh seseorang, agama tidak dijadikan isu.

tetapi..

bila seorang muslim dituduh melakukan jenayah, Islam terus dituduh sebagai bersalah, dan tidak pula kesalahan itu diletakkan keatas individu..



Apabila seseorang mengorbankan diri mereka untuk memnyelamatkan orang lain, mereka diberi anugerah dan dunia menghormati mereka..

tapi..

bila rakyatPalestin melakukan perkara yang sama, untuk menyelamatkan anak mereka daripada dibunuh, saudara mereka daripada dipukul dan dicederakan, melindungi ibu mereka daripada dirogol!! Rumah mereka daripada dimusnahkan, dan masjid daripada diceroboh..

Apa yang mereka dapat?

Sudah pasti, mereka dilabel dengan pengganas yang sebenar!!

Kenapa?



kerana Islam


Mengapa bila ada masalah, seringkali dunia akan menyebut, disana pasti ada jalan keluar..kan?

Tapi..

Bila penyelesaian itu datang daripada Islam, mereka menolak dan langsung tidak mahu menerimanya..


Mengapa bilamana seseorang memandu sebuah kereta mewah tetapi memandu dalam keadaan merbahaya, tidak seorang pun yang menyalahkan kereta tersebut..

tapi..

Bila seorang muslim buat kesalahan atau menganiaya manusia, dunia akan berkata "Islam adalah penyebabnya."


tanpa memberi peluang atau sekilas pandang kepada undang-undang Islam, dunia terus mempercayai apa yang ditulis didalam berita dan akhbar2..

tapi, mempersoalkan apa yang tertulis didalam al-Quran.


Mahu melenyapkan ketidakadilan?

Sampaikanlah mesej ini ke seluruh dunia!!

Dalam KEKAL ada PERMIS

0 komen mengomen
Siapa sangka Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMIS) yang dahulunya merupakan satu program yang bertaraf mega dan menjadi kebanggaan warga PMRAM kerana ia mengumpulkan tetamu daripada pelbagai negara kini menjadi program di dalam program.


PERMIS '10 - Memugar ideologi mahasiswa Timur Tengah

Program yang berskala gergasi ini sudah pasti tidak menjanjikan indahnya kalimah mudah dan senang dalam benak fikiran mereka yang menguruskannya. Apatah lagi kini ia ingin digabungkan di bawah satu program lain yang juga berskala tidak kurang besar berbanding dengannya. Sudah tentu proses untuk memastikan kecemerlangannya memerlukan keazaman dan kesungguhan yang tinggi. Maka bertambah kagumlah setiap mereka yang menyokong dan mendokongi PMRAM.

Apa pun ia tidak lain dan tidak bukan menggambarkan kematangan serta besarnya jiwa pimpinan PMRAM dalam meneraju kepimpinan mahasiswa dan mahasiswi serta anak watan Malaysia yang bertapak dan melata di bumi al-Azhar ini. PMRAM itu sendiri sudah pun melangkau satu perjalanan masa yang bukan singkat dan sudah pasti tiada mata yang memandang PMRAM itu kecil. Tiada pihak yang mahu menyatakan PMRAM umpama bayi yang bertatih mencari makna dalam kehidupan. Sebaliknya jika ada mereka yang sanggup berkata demikian (dengan pandangan mata yang tertutup) sekali pun, PMRAM bayi bukan sebarangan bayi tetapi bayi yang mampu berlari. Berlari dengan larian yang kencang sekencang tiupan angin yang bergerak seiring dengan rentak irama masa dunia.

Sedikit pengenalan mengenai PERMIS atau nama penuhnya Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia. Antara agenda yang ingin diketengahkan dalam PERMIS adalah:

  • Pembentangan kertas kerja
  • Persidangan meja bulat
  • Resolusi
PERMIS pada kali ini akan menerima delegasi daripada 5 buah negara. Masing-masing akan membentangkan sebuah kertas kerja ilmiah. Ini bermakna sebanyak 5 buah kertas kerja ilmiah akan dibentangkan. Negara-negara tersebut adalah:

1. Jordan
Tajuk: "Integriti Mahasiswa Kini: Penglibatan Mahasiswa Dalam Pembentukan Negara".

2. Madinah
Tajuk: "Konsep Keterbukaan Islam Dalam melebarkan Dakwah Kepada Non-Muslim (Malaysia)"

3. Mesir
Tajuk: "Bedah Siasat Protokol Yahudi"

4. Syria
Tajuk: "Fitnah Perpecahan dan Penyelesaian"

5. Yaman
Tajuk: "Militan"

Layari Portal Rasmi KEKAL 2010

KEKAL semakin mengegarkan!! Nantikan kemunculannya..

0 komen mengomen


Iklan KEKAL 2010, [Dengan perincian program] Nantikan iklan terakhir. Tempat dan Tarikh akan dinyatakan. Sila hubungi Ketua Kontinjen BKAN & DPM masing-masing bagi yg berminat untuk menyertai. KEKAL 2010 & PMHK Ke-53.

Atase pendidikan Malaysia di Mesir kini berurusan melalui Facebook! Hebat...

0 komen mengomen
Sebuah email yang saya terima.. agak sakit hati apabila membacanya. Beginilah sikap seorang pegawai JPMK.. Kesal apabila membaca respon Khairi terhadap masalah mahasiswa..

Email tersebut berbunyi..

Assalamulaikum ust Mujahid ini salah satu post En Khairi yang terbaru pada petang ni sekitar jam 1.30 petang yang didelete oleh beliau sendiri pada hari ini.Untuk pengetahuan ust, En Mohamad Hazam(komentar) adalah Atase Latihan Kedutaan (Pegawai JPA di Mesir).Mungkin disebab tembelang sudah pecah.Beliau terus padam status panasnya.








aminmenulis : aku rasa kat tempat lain takde macam ni, beruntung pelajar mesir ada pegawai macam ni, advance dan mesra rakyat. Memang telus pegawai atase pendidikan kita yang kat mesir ni. Semua boleh tengok perbincangan mereka. Alhamdulillah, moga dikekalkan..

IbnuIrFadzil

Rasa macam nak pergi bercuti jer.. Hehe..

0 komen mengomen
Huu.. baru tau, inilah imtihan sebenar. Imtihan kat kuliah adalah waktu berehat.. Pagi petang siang malam tak henti-henti. Tu baru tugas-tugas depan laptop. Kalau yg bahagian teknikal, bahagian perseiapan tempat, mau pengsan dibuatnya.. Tak cukup hidung nak bernafas.. Hoho..

Bahagian pentadbiran tak tau la nak kata, mmg penyabar betul diorang. Mesyuarat tak henti-henti. Kena pantau setiap negeri dan program. Rehat ntah bila la agaknyer, kehulu kehilir macam semut, laju jer. Tapi takde nak marah-marah, tetap tenang [apa yang dilihat la] husnu zon yang kat belakang. Aku ni baru buat kerja itu ini, dah pening, dah pressure.. Ya Allah berilah aku kekuatan seperti mereka.

Hai, kalau ikut sedap hati. Dah lama pergi bercuti, tak pun rayu kat ibu dengan ayah nak balik Malaysia, kalau tak dapat balik pun pergi umrah dah cukup. Huhu.. nak pergi jalan2 duit dah kering.. (n_n)m.. Dapat pergi kolam renang pun cukup la. Jeles tengok kengkawan yang balik buat kem kat air terjun.. Waaa.. nak mandi sungai..

Teringkat dulu zaman sekolah pondok, belakang maahad ada sungai. Petang-petang kalau ust takde, kitorang pergi curi-curi mandi. Hoho.. Best giler, lalu kat dalam hutan paya. pastu mandi kat tempat rahsia. Takde orang nampak. Best woo.. Tapi tu dulu, dah lama.. Kali terakhir pun mandi sungai masa sehari sebelum puasa, tingkatan 5 dulu. Masa tu baru dapat lesen. Terus pergi air terjun sekayu dengan kawan-kawan. Cakap kat makcik kantin, kami nak bungkus sarapan pagi. Nak bawak pergi berkelah.. Pehh.. memang sporting la makcik ape ek nama dia, lupa plak...

Pergi naik dua buah Unser, Amir bawak satu, aku bawak satu. Sampai kat Kuala Berang, Nabili dah tunggu dengan kereta kancil bitara ayah dia yang ajar kat sekolah memandu. Kereta tu jugak la aku guna berlatih tiap kali masa amik lesen dulu. Makanya, ayah dia adalah sifu memandu aku.. Hehe.. Tenkiu Sifu Rosdi yang baik hati.. Setelah 2 kali baru lepas ujian. Apa punya anak murid da.. Bawak kete bukan main laju, tp sekolah memandu fail.. Pegawai JPJ tu la mengada sangat, kita langgar peraturan la, lambat bagi isyarat, tak hangkat handbreak. Macam2 la..

Sekali tengok dia bawak macam hampeh, kalau ikut kad ujian tu, sume salah. Bukan setakat fail. Memang gantung tak sah lesen memandu.. Huhu.. Aku dah start merapu. Sori yer kepada pembaca.. Saja lepas-lepas tekanan dan kepenatan.

Hai.. kalau la mesir ni ada air terjun kan best, sungai nil punya la besar, tapi nak mandi bahaya. Haish.. tapi baru ni masa naik teksi, lalu atas kubri, ternampak dekat dengan nadi sikah tu, ada kolam renang. Waaa.. Bestnyer kalau dapat pergi. Hehe..

Buat kengkawan yang baru dapat natijah exam, Alhamdulillah semuanya cemerlang. Takde lagi dengar ada yang fail. Tahniah yer.. Doakan hambe pulak agar lulus juga.. aminn.. Ada tu sampai takut nak call kawan sendiri, sebab takut tak pass exam. Takut kena kuarantin tak dapat beraya. Haha.. Tapi alhamdulillah, lulus dengan cemerlang.

Buat sahabat-sahabat kat Malaysia sana, baik yang sedang bercuti atau baru masuk universiti. Moga berbahagia dan jalani hidup anda dengan ceria. Buat akak-akak aku yang bajet comel. Budjet adikmu yang handsem ini sudah lari bulan ini. Pandai-pandai la yer bankin kan sikit. Haha.. Harap korang semua suka apa yang diterima...

K la, dah penat ni. Nak tolong kemas-kemas pulak barang-barang kat bawah sana. Huhu.. Kepada krew-krew al-fityan yang best lagi sporting. Buat la lagi bengkel yer.. Kepada Ust Nasrul Lagendaseni, jangan la lantik hamba jadi pengajar kelas tutorial. Hamba tak pandai nak ajar-ajar orang nih. Taku sesat jer. Kepada sifu Menofiaz aka Ust Alias, terima kasih kerana mengajar teknik mewarna kartun petang tadi. Ilmu yang Sangat-sangat berharga. Buat Ust Amin Sazali, tenkiu juga bagi copy software-software yang ada dalam hardisk. Banyak juga ilmu yang hamba boleh tadi.

Wasalam.. [abaikan entri ini]

Bazar Siswa Sedang Berlangsung Di Rumah Kelantan.. Jom2!!

0 komen mengomen

Debaran semakin terasa!! Maklumat Terkini Pengisian KEKAL 2010.

2 komen mengomen
PMHK kali ini pastinya meriah dengan atur cara demi atur cara yang bakal dilangsungkan. Lagak peserta-peserta setiap kontinjen dalam memenangi setiap acara yang disertai pastinya menggamat hati para penonton. Suasana sebegini pastinya mengundang rasa kebersamaan yang tinggi di kalangan peserta mahu pun sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakannya sekali gus mengeratkan tautan ukhuwah dan mahabbah antara mereka.

Persoalan timbul apakah acara yang bakal menanti para peserta. Jika anda ingin mengetahuinya, di sini akan disenaraikan acara-acara sukan yang menguji kemahiran serta kebolehan para peserta.


Acara Sukan Siswa
  1. Bina bahan terbuang (Arkitek termasyhur)
  2. Lari ikat kaki (Twins)
  3. Rebut takhta
  4. Sepak raga bulatan
  5. Reka layang-layang
  6. Dart Power
  7. Rempah ratus explorer
  8. Badang perkasa
  9. Galah ajaib
  10. Timang tinggi-tinggi
  11. Kura-kura naik motor
  12. 1, 2, 3 PULL..!!!
  13. Dadu gergasi
  14. Mutiara di Lautan
  15. Pak belang lapar
Acara Sukan Siswi
  1. Gusti lengan (Siapa kuat?)
  2. Bowling padang (Strike 7 pin)
  3. Lari ikat kaki (Twins)
  4. Ratu cantik
  5. Telefon karat (Kring krong kreng)
  6. Gubahan buah (Change it!!!)
  7. Cari perkataan dalam tepung (White ghost)
  8. Tarik tali (We are badang)
  9. "Makin lama makin sayang"
  10. "Bola berapi"
  11. "Carilah SAYA"
  12. Dadu gergasi
  13. Ulat gonggok.
  14. Rebut tahta
  15. Pancing emas


Sebanyak 19 kontinjen akan melibatkan diri dalam atur cara-atur cara yang telah disusun oleh AJK pelaksana KEKAL '10.

Oleh itu. kepada anda yang berminat untuk menyertai acara-acara yang dipertandingkan di KEKAL '10, sila rujuk kepada ketua kontinjen bagi negeri serta cawangan masing-masing dengan menghubungi nombor-nombor telefon yang berkenaan


1. Kontinjen Terengganu
  • Siswa: 010-0680398
  • Siswi: 0117596077
2. Kontinjen Mansurah
  • Siswa: 0111092338
  • Siswi: 0113591811
3. Kontinjen Melaka
  • Siswa: 0166963325
  • Siswi: 0114813387
4. Kontinjen Iskandariah
  • 0116934556
5. Kontinjen Johor
  • Siswa: 0112356361
  • Siswi: 0115095029
6. Kontinjen Dumyat
  • Siswa: 0147885673
7. Kontinjen Pulau Pinang
  • Siswa: 0117316889
  • Siswi: 0144596618
8. Kontinjen Perak
  • Siswa: 0110370694
  • Siswi: 0111505312
9. Kontinjen Shubra
  • Siswa: 0117819008
10. Kontinjen Zaqaziq
  • Siswa: S0114824979
11. Kontinjen Kelantan
  • Siswa: 0117728254
  • Siswi: 0111770942
12. Kontinjen Wilayah Persekutuan
  • Siswa: 0116010156
  • Siswi: 0111303294
13. Kontinjen Pahang
  • Siswa: 0117487928
  • Siswi: 0118548674
14. Kontinjen Perlis
  • Siswa: 0113274548
  • Siswi: 0146008973
15. Kontinjen Shibin
  • Siswa: 0105213871
16. Kontinjen Tanta
  • Siswa: 0141864484
17. Kontinjen Kedah
  • Siswa: 0117729800
18. Kontinjen Sarawak
  • Siswa: 0113072155
19. Kontinjen Selangor
  • Siswa: 0149533610
  • Siswi: 0113682417

Senjata Pulak Untuk Wanita

0 komen mengomen
Pembetulan Tarikh Program ialah Pada 26 Julai 2010.
Sila rujuk unit pendaftaran.

Melihat kepada keadaan di bumi Mesir yang penuh dengan cabaran ini, perlulah bagi setiap mahasiswi untuk melengkapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri.

Skuad Wajadiri PMRAM (SWAD) mengambil inisiatif dengan mengadakan Seminar beladiri wanita (SENJATA’10) yang julung-julung kali diadakan bagi mendedahkan kepada mahasiswi teknik-teknik asas dalam mempertahankan diri.

Peserta akan dibentangkan dengan kertas kerja antaranya bertajuk ‘Kenali Titik Kelemahan’ yang merupakan ilmu asas dalam mempertahankan diri, juga banyak lagi slot menarik seperti Talk Show, bengkel praktikal dan sebagainya.

Jangan bimbang jika anda tidak pernah melangkah ke gelanggang kerana SENJATA’10 akan mendedahkan ilmu asas dalam mempertahankan diri sesuai bagi mahasiswi mahupun bagi mereka yang tidak pernah mengenali seni beladiri.

Nantikan SENJATA’10 yang akan menemui anda pada 24 Julai ini.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Saudari Nadhirah binti Dzulkarnain - 011 5452109.

Menjawab Pertanyaan Ukhti Ayuni Shukor

2 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Salam ukhuwwah buat saudari Ayuni Shukor yang sudi komen di shoutbox. "Salam ya akh.. boleh ana tau PMRAM tu ape? nampak macam menarik.."

Dan saya sudi dan berbesar hati untuk menjawab pertanyaan tersebut.

Pertamanya maaf kepada Pengarah KEKAL 2010, Ust Solehuddin yang masih menunggu iklan kali ke-3 untuk dikeluarkan walaupun due datenya lambat lagi. Begitu bersemangat. Namun, saya masih belum menyiapkkannya, bagilah saya peluang untuk menulis, dah lama tak menulis. Hehe..

Saya tidak mahu bercakap pancang lebar menerangkan sejarah penubuhan PMRAM dan siapa yang menerajuinya kerana mungkin terlalu panjang dan banyak maklumat yang perlu saya masukkan disini dan boleh layari Portal Rasmi PMRAM. & HEWI. Cukuplah sekadar berkongsi pengalaman sepanjang setahun saya berada disini.

Saya merupakan golongan pelajar yang tidak mendapat pinjaman atau bantuan daripada mana-mana agensi. Sekadar datang ke Mesir untuk belajar dengan kewangan sendiri [Ibu dan ayah serta keluarga]. Namun, alhamdulillah. Urusan permohonan masuk ke Universiti Al-Azhar kami telah dimudahkan dengan bantuan Jabatan Agama Islam Negeri. Jika diikutkan adat, sudah pasti, tiada badan/mahupun agensi bukan kerajaan yang akan menguruskan urusan setibanya kami di Mesir.

Tetapi kami sudah memaklumkan kepada senior-senior yang pernah sama-sama satu sekolah dahulu bahawa kami akan tiba pada sekian haribulan. Dengan waktu yang ada, kami membuat persiapan sendiri, ada yang bekerja dan pelbagai aktiviti bagi menanggung kelangsungan hidup kami disini. Tiada kurus mahupun kelas intensif bahasa. Sekadar mengambil tahu beberapa maklumat tentang bagaimana keadaan di Mesir. Apa yang perlu dibawa, kos perbelanjaan sebulan, dan persiapan yang perlu kami lakukan. Dan Alhamdulillah, kini kami masih bernyawa di bumi Mesir.

Perjalanan kami bermula dengan menaiki pesawat penerbangan Gulf Air, semasa di KLIA. Teringat pesan seorang Ust agar jangan menitiskan air mata, sebab kaki ini masih menjejak bumi Malaysia. Bila pesawat dah berlepas, nangis la kalau nak nangis pun. Tapi apakan daya, rasa cinta dan sayang untuk berpisah dengan keluarga tercinta membuatkan jiwa ini luluh buat seketika. Pergi juga meninggalkan seorang murabbi yang membawa kami kenal kepada perjuangan dan apa erti hidup sebagai seorang Islam.

Akhirnya penerbangan kami tiba di Bahrain, transit disana selama 15 jam. Kami diberikan hotel untuk berehat sebelum penerbangan diteruskan keesokkan pagi. Pesanan murabbi tetap teguh dalam ingatan, dimana pun jua kamu berada, pastikan jangan tinggal 'keluarga'. Kerana ia sebagai pelindung dan penguat diri kita. Dan kami berjaya mengadakan halaqah selepas waktu subuh di Delmon Hotel, Bahrain.

Walaupun kami mendapat sebilik 2 orang. Kami tetap jua memilih untuk tinggal sebilik, kerana bilik yang saya perolehi besar dan mampu memuatkan 8 orang. Dan alhamdulillah, berkat kesatuan dan persepakatan itu juga kami terhindar daripada gangguan pelacur yang berkeliaran di hotel berkenaan.

Kami meneruskan perjalan, dan nasihat yang tidak pernah lekang daripada bibir musyrifah kami. [Senior yang sama-sama satu penerbangan dengan kami] agar sentiasa memperbaharui niat. Bahawa kita kebumi mesir untuk menimba ilmu Allah dan Ikhlas kerana Allah. Kerana bumi Mesir ini bumi Anbiya' bumi penuh barakah.

Sesampainya kami di Lapangan Terbang Kaherah, kami terkejut kerana suasana lengang. tidak ramai penumpang, mungkin kerana saya dan beberapa orang sahabat yang ditahan pasportnya sebelum kami dilepaskan setengah jam kemudian. Mungkin kerana itulah kami terlambat, dan penumpang lain sudah keluar. Berbeza dengan khabar yang kami terima berkenaan sahabat-sahabat kami yang telah pergi lebih awal dibawah pinjaman Yayasan.

Mereka menjadi rebutan dan dikatakan telah dicolek oleh sekumpulan manusia seterusnya dibawa jauh keluar daripada Kaherah. Tiada berita mahupun khabar yang kami terima, kerana masing-masing tidak mempunyai alat yang boleh menghubungkan kami di bumi Mesir.

Setibanya di luar terminal, kami disambut hangat oleh Badan Pengurus [BP] Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM] ketika itu Ust Ahmad Taufik bin Dahlan dan Ahli Jawatankuasa Tadbir [AJKT] serta Hal Ehwal Wanita Islam [HEWI] PMRAM yang saya kira jumlahnya hampir 10 orang dan salah seorang yang saya kenali adalah sahabat lama saya Dr. Abdul Hakim Suhimin, pelajar perubatan Tahun 2. Perkara pertama yang mereka lakukan adalah memberikan kami air minuman. Dan sememangnya itulah yang kami perlukan setelah berjam-jam diduduk didalam pesawat dan berurusan dengan imigresen.

Kemudian kami dibawa untuk bersolat zohor jama' dengan asar. Sambil mereka yang bertanggungjawab [Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru : USMB] menguruskan bagasi kami untuk dimasukkan kedalam coster [bas kecil] Usai sahaja solat kami dibawa menaiki bas, dan diberikan penerangan berkenaan Mesir. Kami dinasihatkan agar tidak mandi untuk 3 hari. [Di Mesir cuaca dan waktu berlainan dengan Malaysia, jadi untuk membiasakan diri dengan keadaan. Kami dinasihatkan sebegitu, yg dibolehkan hanya mengelap badan.]

Sampai dirumah penginapan, Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran PMRAM sedang berlangsung. Kami disambut hangat pelukan dan ucapan selamat datang daripada puluhan senior. Terasa bagai insan istimewa, disambut sebegitu rupa. Kami kemudian dibawa untuk menjamu selera berbetulan dengan majlis yang diadakan. Menu masa itu mee bandung. Hehe.. sedap. Dan itulah makanan pertama kami dimesir. [Ops, sebelum tu, kami sudah dijamu karipap dan kuih muih semasa didalam perjalan ke rumah penginapan]

Segala barang dan bagasi kami diangkut oleh AJK USMB. Kami hanya berlenggang dan hanya membawa beg galas. Seterusnya kami diberikan bilik penginapan, dan agak mengejutkan nama kami sudah di cetak kemas diatas kertas A4, nama, nombor bilik dan roomate. Huhu.. terharunya. Semua sudah ada dalam makluman mereka. Dan perjalanan kami begitu lancar tanpa sebarang masalah.

Kami terus diberi taklimat kesihatan serta ucapan alu-aluan oleh YDP, Ust Mohd Ridhuan dan Timb. S/U. Dr. Che Mohd Nur Anas. Beberapa perkara yang perlu kami ambil peringatan, antaranya udara di Mesir membayakan sekiranya setiap kali lepas mandi atau berwudhuk kita tidak mengelap dengan kering anggota badan kita.

*****************************************************************

Beberapa hari berlalu kami kemudiaannya diminta untuk mengisi beberapa borang, dan dimaklumkan agar bersedia untuk menyertai program buat pelajar baru. KEJORA, nama seakan-akan agensi kerajaan yang terlibat dalam sektor perlandangan. Bagi orang Kota Tinggi @ Johor umumnya, pasti kenal dengan nama ni.

Namun ia adalah singkatan bagi Kembara Jejak Realiti 2009. KEJORA anjuran PMRAM. Seluruh mahasiswa/wi baru daripada seluruh Malaysia dikumpulkan dalam program ini yang bertujuan mendedahkan kepada mahasiswa/wi baru tentang tanggungjawab dan tugas kita sebagai mahasiswa/wi di Mesir. Ia hampir sama dengan minggu orientasi yang diadakan di sekolah-sekolah mahupun di universiti. Namun yang uniknya, mahasiswa dan mahasiswi diasingkan dan dibuat dilokasi yang berbeza. Ia adalah untuk mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' atau pergaulan bebas diantara mahasiswa dan mahasiswi.

Kami diberi pendedahan siapa itu PMRAM dan mengapa kita perlu bersama dengan PMRAM. PMRAm merupakan sebuah badan kebajikan yang meanungi seluruh mahasiswa/wi Malaysia yang berada di Mesir. Tidak kira yang mengambil jurusan perubatan mahupun pengajian Islam. PMRAM sebagai sebuah badan yang berdafatar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir telah mengambil tanggungjawab untuk memastikan setiap kebajikan pelajar Malaysia di Mesir terjaga. Dan ini telah dibuktikan dengan kelancaran perjalan kami di sini.

Dibawah PMRAM terdapat banyak cabang dan unit-unit yang boleh kami sertai sesuai dengan minat dan kemahiran yang kita ada. Contohnya saya yang berminat dalam bidang multimedia dan grafik, PMRAM telah menyediakan platform PMRAM Multimedia Centre [PMC] Dibawah PMC pula terdapat beberapa unit seperti Krew Al-Fityan [khusus bagi mereka yang berminat dan mahir dalam bidang kartunis, komik dan kartun.] Mereka akan diajar dan diberikan kursus bagi mengasah bakat yang terpendam. Terdapat juga unit Kewartawanan [sesuai bagi mereka yang minat dalam bidang kewartawanan dan jurugambar]. Terdapat juga unit pengurusan majlis dan audio visual untuk mereka yang berminat dalam industri pengurusan pentas dan PA system. dan beberapa unit lagi.

Bagi yang sukakan pembelajaran, PMRAM telah menyediakan kelas intensif serta program-program ilmiah seperti diskusi kitab, ceramah umum, dan beberapa program baik yang diajar oleh senior-senior ataupun masyaikh Al-Azhar. DAn hakikatnya, sampai kita tidak mampu untuk mengejar semua kelas yang telah diaturkan kerana terlalu banyak dan padat. Maka, bergantung atas kebijaksanaan kita untuk memilih bidang ilmu mana yang kita mudah fahami dan cenderung.

Bagi mereka yang berminat untuk mengembara, PMRAM juga menyediakan jaulah/kembara ketempat-tempat menarik di seluruh Mesir.

Bila tiba musim peperiksaan pula, PMRAM telah menyusun atur kelas-kelas intensif dan tutorial bagi mereka-mereka yang bakal menghadapi peperiksaan. Dan ia satu kelebihan kerana kelas-kelas ini diajar oleh senior-senior dan lebih mudah difahami selain daripada kuliah-kuliah yang diperolehi di universiti.

Bila habis sahaja fatrah[musim] imtihan. Maka, kesibukan mula melanda mahasiswa/wi Malaysia di Mesir. Pelbagai program telah di atur di setiap BKAN [Badan Kebajikan Anak Negeri] bagi mereka yang belajar di Kaherah dan DPM [Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi] bagi mereka yang belajar di luar Kaherah atau muhafazah [negeri-negeri]. seperti Iskandariah, Mansurah, Tanta, Zagazig dan Dumyat dll.

Dan pengajian bersama syaikh untuk musim panas sudah bermula. Maka terpulang kepada individu untuk memilih program dan kelas mana yang ingin mereka ikuti. Kerana musim panas merupakan musim cuti bagi mahasiswa/wi Malaysia di Mesir. Selama 3 bulan inilah masa untuk mereka melakukan aktiviti bersama atau ingin pulang bercuti ke tanah air.

PMRAM juga mengambil berat setiap kebajikan ahli. Jika ada mana-mana ahli yang ingin berkahwin, PMRAM ada unit Bait Muslim. Bagi mereka yang ingin mencari jodoh atau sudah ada jodoh tetapi ingin melangsungkan perkahwinan disini. Unit ini akan bertanggungjawab untuk menguruskannya.

Begitu juga dalam soal kelahiran dan kematian. PMRAM akan menguruskan sehinggalah ke liang lahad. Baik dan segi bantuan kewangan mahupun tenaga. Kini, PMRAM telah mencecah umur yang ke 80 tahun. Melebihi umur kemerdekaan Malaysia sendiri. Dan PMRAM jugalah yang telah mendesak agar Kedutaan Malaysia diwujudkan di Mesir.

Semasa Mesir terlibat dengan peperangan 3 serangkai diantara Mesir-Israel-Perancis. PMRAM telah menghantar segolongan sukarelawan untuk pergi memberikan bantuan kepada tentera Mesir. Dan Mesir memenangi peperangan tersebut. Atas jasa baik PMRAM, Kerajaan Mesir telah mengahdiahkan satu lot tanah kepada PMRAM untuk dijadikan markas / pusat gerakan dan disuruh untuk berdaftar dibawah kementerian Kemasyarakatan Mesir. Dan tanah tersebut kini didirikan bangunan Asrama Rumah Melayu Abbasiah [ARMA] atau Rumah Malaysia.

Dan sepanjang saya tinggal di Mesir, PMRAM telah banyak memberikan bantuan, baik pengurusan pendaftaran,peperiksaan di Universiti sehinggalah kepada kemahiran atau softskill setiap individu. Dan saya amat bersyukur bernaung dibawah PMRAM. Dan sesuatu yang saya alami dan agak menggerunkan PMRAM mampu menguruskan ribuan ahli diseluruh MEsir dengan baik. Dan kelebihan PMRAM adalah ia berdaftar dengan Kerajaan Mesir dan Presiden PMRAM diberikan kuasa untuk berhubung dengan Ketua Polis Negara [Amid Daulah] secara terus jika berlaku sebarang kesulitan yang dihadapi oleh ahli.

Inilah sekadar perkongsian yang saya perolehi dan saya alami. Sebarang maklumat ataupun fakta yang tersilap didalam ini, ia adalah kesilapan diri saya sendiri. Moga, perkongsian ini dapat memberikan gambaran yang agak jelas kepada pembaca. Sekian sedikit perkongsian pengalaman, Wassalam.

Karnival itu seronok tapi jangan lupa tanggungjawab kita..

0 komen mengomen


Karnival DAMAI 2010 anjuran bersama Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu dan Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang sedang berlangsung dengan meriah dan jayanya di Dataran Rumah Negeri, Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir.

Saya turut tidak melepaskan peluang dan sempat melawat beberapa kali ke tapak karnival, dan suasana cukup meriah dengan deretan kedai dan kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus memeriahkan suasana. Dengan pengisian yang menarik serta bermanfaat, cukup memuaskan hati ini walaupun tidak pulang ke tanah air. Terasa kerinduan itu terubat jua dengan aktiviti disini, pelbagai menu dan makanan Malaysia disajikan sepanjang 2 hari program berlangsung dan akan berakhir 21 Julai ini.

Namun dalam keseronokan kita berniaga, beraktiviti dan merapatkan ukhuwwah, jangan lupa tanggungjawab dan misi kita yang belum berakhir. Kepada ahli-ahli PMRAM, Misi Dana Syaqah belum berakhir walaupun target kita akhir tahun 2009 namun ia masih diteruskan lagi selagi mana dana yang kita mahukan belum tercapai.

PMRAM tidak memaksa kepada ahli untuk menderma, namun atas dasar kefahaman kita sebagai ahli yang bernaung dibawah PMRAM. Memiliki sebuah syaqah amat-amat penting bagi melancarkan gerak kerja dan seterusnya mengurangkan bebang sewa 2 buah pejabat yang menelan belajan LE1800 setiap bulan. Maka, semestinya menjadi tanggungjawab kita untuk menyumbang dan sama-sama meringankan beban serta meninggalkan jasa untuk Islam. Dan yang lebih utama mendapat saham di akhirat. Sepertimana firman Allah s.w.t. :


"Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya "
(al-Baqarah : 216)


Maka, sempena Karnival DAMAI 2010, Unit Dana Syaqah telah mengadakan pameran sekaligus mengutip derma bagi merealisasikan impian dan persetujuan yang telah kita sama-sama laungkan pada Muktamar yang lalu. Jadi, sumbanglah seberapa yang anda mampu.

Hulurkan sumbangan, tunaikan kewajipan.

Yang Tertutup Itu Indah - Bicara Wanita

2 komen mengomen
Pengalaman menarik Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.


Bacaan ini bukanlah menggalakkan kita menjadi judgmental. Diharap dapat baca dengan hati yang terbuka. Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.

Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.



Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.


Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.


tebuan tanah
Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya ku membeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat



Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.“Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.


>> Satu lagi kan..kalau pakai tudung labuh nie..bile duk lam bilik econ n xde sweater, tudung ni leh digunakan sebagai pelindung taw, mcm selimut..hehe.. :)
selain dari pelindungan drpd pandangan kaum Adam


Hidup Itu Indah

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers