Lau samah.. antum rasa antum ni penuntut ilmu ke?

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, Selawat dan Salam keatas nabi junjungan Muhammad s.a.w.

Peristiwa dihalau dan tidak dapat memperbaharui visa baru-baru ini mengajar aku seribu hikmah dan makna yang mendalam. Andai kita perhatikan dan renung melalui mata hati dan hikmah yang tersembunyi disebalik peristiwa yang Allah aturkan pasti akan kita temui pelbagai hikmah dan indahnya aturan Allah s.w.t.

Jangan nak komen lagi posting yang lepas, ianya sekadar hiburan dan santai semata-mata. Hehe..

Pertamanya, hampir semua yang datang untuk memperbaharui visa di Jawazat baru2 ni adalah mahasiswa atau boleh kita katakana golongan penuntut ilmu. Namun sedar atau tidak, sejauh manakah pengamalan atau kehidupan kita dihabiskan dengan ilmu?

Buktinya, berapa ramai dalam kalangan mereka yang menunggu giliran untuk memperbaharui visa tersebut yang mungkin memakan masa 2 atau 3 jam membaca atau menelaah buku? Atau paling kurang berzikir dan mengingati Allah? Ini bukanlah buruk sangka. Mungkin dalam hati mereka sentiasa berzikir dan mengingati Allah.

Namun pada zahirnya, adakah mereka mencerminkan sikap sebagai seorang penuntut ilmu? Aku tidak kata mereka sahaja, tapi kepada diri aku sendiri. Apa yang aku dapat lihat hanya 2,3 orang daripada mereka yang membaca sambil menunggu giliran tiba.


Jelas sekali bahawa kita sebenarnya hanya belajar untuk peperiksaan, atau hanya terkurung dan berharap kepada majlis-majlis ilmu dan kelas-kelas kuliah. Inisiatif sendiri kurang.

Memetik kata-kata Sheikh Ali Jum’ah “Sekiranya sehari kamu tidak bertambah ilmu, maka kamu adalah dari kalangan mereka yang celaka”

Benar sungguh kata-kata Sheikh. Apa guna kalau sehari dalam hidup kita hanya sia-sia. Belajar sampai ke luar Negara. Berhabis wang dan masa. Namun hasilnya tidak seberapa.

Andai kata kita memanfaatkan sepenuh masa kita untuk ilmu, pasti kita tidak sedikit pun merasa kecewa. Walaupun terpaksa menunggu dan berdiri selama berjam-jam, berpenat dan berpanas namun kepenatan itu bermanfaat dan berguna kerana kita mengisinya dengan ilmu.

Inilah hakikat pelajar sekarang. Tidak semua namun sebahagian besarnya sebegitu.

Keduanya, ujian dan dugaan. Memang hidup ini tidak terlepas dengan ujian dan dugaan. Sebab memang itulah sunnah kehidupan.



“Adakah kamu mengatakan kamu sudah beriman sedangkan kamu tidak di uji?”

Andai dibandingkan dengan kehidupan para sahabat, Nabi-nabi dan para rasul terdahulu. Ujian yang menimpa mereka lebih besar dan lebih berat jika hendak dibandingkan dengan kita. Baru putus cinta, baru tidak makan sehari, baru gagal dalam peperiksaan, baru tidak dapat membuat pilihan yang kita sukai, baru itu dan ini. Sudah kecewa, sudah putus asa, sudah itu dan ini sampai ada yang mahu membunuh diri (nauzubillahiminzalik).

Mengapa kita hanya memikirkan diri kita semata-mata? Lihat disekeliling kita. Masih ada mereka yang lebih susah daripada kita. Ada yang tiada tempat tinggal, ada yang tidak makan, ada yang tiada serba serbi. Usah cerita tentang mereka yang sedang berperang, kesusahan dan keperitan itu sudah pasti. Namun cukup menyaksikan mereka yang berada disekeliling kita.

Bolehkah kita dianggap sebagai hamba yang bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang?

Pernah suatu hari aku bermimpi, aku berada disuatu majlis. Dalam majlis tersebut aku terpaksa memberikan tazkirah. Namun, sepatah kata pun tidak keluar. Aku seolah-olah blank dan khayal. Akhirnya aku tersedar, bahawa masih kurangnya ilmu yang aku ada. Masa yang aku peruntukkan dalam hidup ini tidak sepenuhnya untuk ilmu.

Kemudian aku memandang sekeliling. Wah.. mengapa aku tidak sedar, selama ini mewah sungguh hidup aku. Tidur diatas tilam empuk, dalam sebuah bilik, ada kipas, ada lampu, ada laptop. Rumah lengkap dengan mesin basuh, dapur, peti sejuk, lantai karpet. Memang serba serbi lengkap. Namun persoalannya, adakah aku memanfaatkan semua itu untuk Allah, untuk Islam, untuk Ilmu?


"Hidup ini penuh dugaan dan cabaran, bersabarlah menghadapinya. Sudah menjadi sunnah para anbiya' hidup sentiasa susah tidak pernah senang, bukan untuk dirinya tetapi untuk umat tercinta. Kalian adalah para pejuang yang Allah uji, semakin kuat dan hebat tekanan serta ujian bermakna lebihnya dan hampirnya kasih sayang Allah. Kau Sungguh hebat sahabatku, seperti jua naqibmu. Badai ditempuh, taufan diterjah. Namun tidak sedikit pun menggoyahkanmu. Kadangkala datang rasa resah dan gelisah hampir sahaja putus asa. Lalu timbul persoalan Ya Allah Mengapa aku dibiar keseorangan? Namun persoalan itu sudah terjawab. Sebenarnya engkau tidak menyedari bahawa persoalan yang kau ajukan itu adalah kpd Allah yang sentiasa bersamamu. Tempat engkau memohon pertolongan. DIA tidak pernah meninggalkan mu walaupun sedetik."

-aminmenulis-


Samaada kita sedar atau tidak, Kesenangan yang kita kecapi, ilmu yang kita perolehi sekarang sebenarnya adalah natijah daripada kesusahan yang dihadapi oleh ulama’-ulama’ terdahulu. Mereka sanggup berlapar, berpenat lelah untuk sebuah hadis, sanggup bermusafir berbulan-bulan lamanya hanya untuk menuntut ilmu.

Tapi lihatlah kita sekarang, hendak pergi belajar keluar Negara naik kapal terbang, dihidangkan dengan makanan yang lazat-lazat, kerusi empuk serta ruang berhawa dingin. Namun, kemudahan itu langsung kita tidak syukuri apatah lagi kita gunakan untuk sepotong hadis, selembar ilmu. Sangat menyedihkan.

Mahukah kita mengaku sebagai seorang penuntut ilmu? Berasa bangga, Konon-kononnya kitalah yang Allah sebut sebagai pejuang menuntut ilmu fisabilillah. Walhal hidup kita hanya 1/3 kita sediakan untuk menuntut ilmu dan untuk akhirat, itupun mungkin tidak sampai. Selebihnya kita luangkan untuk memenuhi hawa nafsu kita, untuk berseronok-seronok, tidur, makan dan sebagainya. Allah, lalai dan lekanya kita.

Wahai sahabat sahabiah sekalian, mari sama-sama kita sedar kembali. Apa tujuan kita dihidupkan diatas muka bumi ini. Moga-moga kita dapat menuju kedestinasi yang abadi dengan penuh bekalan dihati.


“Tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaku”

Gambar2 Expedisi Part I

4 komen mengomen
























Awak tahu tak Malaysia pun ada kereta F1? Awak rasa?

1 komen mengomen
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pasukan Formula One (F1) Malaysia, Lotus F1 Racing untuk memberikan saingan terbaik pada perlumbaan pembukaan F1 di Bahrain bulan depan bagi menjaga imej dan reputasi jenama Lotus.

Beliau percaya pasukan itu pastinya mempunyai misi tersendiri untuk mencatat kejayaan terbaik dan berusaha mencapainya sementelahan mereka menggunakan nama Lotus, yang mempunyai reputasi tinggi.

NONEJika mereka gagal mencatat kejayaan, ia pastinya akan menjejaskan imej pasukan yang menggunakan nama tersohor jenama kuasa automotif dari United Kingdom itu dan memberi kesan tidak baik kepada pasukan.

Dr Mahathir, yang berperanan penting dalam sukan permotoran di Malaysia, berkata demikan kepada pemberita selepas merasmikan kilang pasukan itu di Norfolk.

Hadir sama ialah ketua pasukan Lotus F1 Racing, Datuk Seri Tony Fernandes, kedua-dua timbalannya Datuk Kamaruddin Meranun dan SM Nasaruddin SM Nasimuddin, serta Ketua Pegawai Eksekutif Riad Asmat dan Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne.

Dr Mahathir secara berseloroh berkata keupayaan pasukan itu membina jentera perlumbaan dalam masa yang singkat telah menyebabkannya "tewas pertaruhan".

"Saya berada di sini kerana saya tidak percaya mereka akan dapat menyiapkan jentera perlumbaan mereka, jadi saya mencabar mereka. Anda siapkan dahulu jentera perlumbaan dan saya akan datang melawat, dan mereka berjaya menyediakannya. Saya tewas dalam pertaruhan ini... nasib baik tidak melibatkan wang," katanya.

Ditanya mengenai persepsinya tentang pasukan itu, Dr Mahathir berkata keupayaan pasukan kecil Lotus F1 Racing membina jentera untuk perlumbaan F1 dalam masa yang singkat lima bulan sangat menakjubkan kerana bagi membina sebuah kereta sekurang-kurangnya mengambil masa setahun walaupun hanya sebuah jentera prototaip.

NONE"Saya sangat kagum dan melihat mereka amat bernasib baik kerana mereka dapat memiliki kilang yang sedia mempunyai kelengkapan untuk membina kereta. Kilang ini asalnya milik Toyota dan Audi serta semua telah tersedia, maka mereka perlu melakukan sedikit sahaja untuk mengendalikannya atau menambah apa jua keperluan," katanya.

Dr Mahathir berkata adalah sesuatu yang menakjubkan bagi sebuah pasukan kecil Lotus F1 Racing berjaya memulakan dan menghimpunkan sejumlah individu yang pakar dalam pembuatan kereta.

Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Bapa Sukan Permotoran di Malaysia, diberi peluang untuk duduk di dalam jentera Lotus Cosworth T127 Chassis 02 dengan enjin jentera dihidupkan.

Sementara itu, Fernandes yang (bawah) berkata Lotus F1 Racing sedang bersaing dengan mereka y terbaik di dunia dan beliau percaya pasukan itu akan melakukan yang terbaik meskipun dengan bajet terhad.
Ia bukanlah mengenai sejumlah wang yang banyak tetapi lebih untuk menunjukkan kebolehan kepada dunia, khususnya sebagai rakyat Malaysia, katanya.

tony fernandes one malaysia f1 team speak 1Menafikan dakwaan pasukan itu gagal menarik penaja kerana ragu akan keupayaan mereka, beliau berkata: "Saya tahu banyak keraguan timbul tetapi pertamanya, kamu hanya mempunyai lima bulan, pasukan lain memiliki 10 tahun.

“Tunggu dan lihat sahajalah, malahan kami juga tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk membawa penaja.

"Matlamat kami pada masa ini ialah untuk menamatkan empat perlumbaan pertama. Kami juga tidak mensasarkan sebarang kedudukan. Anda berlumba dengan Ferrari yang telah berada dalam dunia perlumbaan sejak 1930, ini bermakna sudah 80 tahun sedangkan kami baru lima bulan.

"Bajet Ferrari pastinya lebih besar daripada kami, jadi berilah sokongan kepada kami dan tunjukkan kepada dunia apa yang boleh kita lakukan."

Ramai orang, katanya bertanyakan tentang bajet dan sejarah telah membuktikan bahawa memiliki wang yang banyak bukanlah kunci utama mencapai kejayaan.

"Saya mempunyai individu yang hebat. Tenaga, innovasi bukanlah sesuatu yang boleh dibeli dengan wang, maka saya tidak terlalu khuatir mengenainya. Sudah tentu kami mahu memiliki penaja besar yang dapat memberikan kami tajaan yang besar dan kami menjadi lebih berdaya saing tetapi jika itu tidak berlaku maka kami akan melakukan dengan apa yang kami ada," katanya.

- Bernama

Saksikanlah gambar2 yang telah dikebas dan diedit oleh aku daripada Formula 1 The Official Site









Driver :
Heikki Kovalainen
Jarno Trulli / Troli
Test Driver :
Fairuz Fauzi


Awal dah Eksiden.. Ish3..

p/s : Aku suka warna kereta ni jer. Korang rasa2 boleh menang tak? huhu..

Hakikatnya kereta ini dan pasukan ini bukanlah daripada serta buatan Malaysia. Semua orang lain punya. Kita hanya menumpang dan melabur duit untuk mereka atas nama 1Malaysia.

Alangkah lebih baik duit berbilion ringgit ni digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah. Contohnya penambahbaikan KTM Komuter yang sentiasa lambat tak menepati masa.

Yang sudah pasti manfaatnya sampai terus kepada rakyat jelata. Orang KL dan Selangor kompem setuju dengan cadangan aku nih. kan3?

Daripada perabih untuk hiburan dan naikkan nama Malaysia semata-mata. Bukan tak boleh. Tapi utamakan apa yang paling utama daripada yang lebih utama daripada yang utama namun bukan berita utama yang utama. Kui3..

Kata Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan?

Tapi dah jadi Rakyat Dikebelakangkan, Pencapaian Dan Kemasyuran Lebih Utama.

Menjala Kerang

2 komen mengomen
EKPIDISI PANTAI DUMYAT

Dumyat, 22 Februari 2010- Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu telah berjaya mengadakan Ekpidisi Meredah Pantai Dumyat dibawah anjuran Biro Kebudayaan, Kesenian & Sukan KPT. Ekpidisi menjelajah pantai Dumyat pada kali ini telah berjaya mengumpul hampir 30 penyertaan.

Para peserta ekpidisi kali ini disajikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik oleh pihak penganjur yang di ketuai oleh Ust Ahmad Mustaffahmi b. Imas. Ahli rombongan bergerak menuju ke pantai Dumyat pada jam 9.00 pagi dari Kompleks Penuntut Terengganu KPT, Hayyu Asyier dan selamat tiba disana tepat jam 1.00 petang. Perjalanan anggota ekpidisi pada kali ini di mulai dengan solat Zohor di pantai Dumyat. Seusai solat, para peserta ekpidisi yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan turun meredah pantai Dumyat untuk bermandi manda sambil mengumpul kerang yang berada disana.

Aktiviti ahli rombongan ekpidisi diteruskan lagi dengan perlawanan bola pantai antara dua kumpulan yang telah dibahagikan oleh pihak penganjur program. Setelah penat bertarung di padang para peserta menikmati juadah petang tepat jam 4.00 petang. Selepas itu, ahli rombongan bergerak menuju rumah penginapan yang disewa di Rak’su Bar.

Sebelah malam pula, peserta rombongan disajikan dengan aktiviti BBQ ditepi pantai Raksu Bar sambil menikmati permandangan dengan cuaca yang dingin. Walaupun pada awalnya menghadapi kesulitan untuk menghidupkan api, namun kesulitan itu dirungkai dengan kerjasama oleh semua peserta rombongan.

Keesokkan harinya para peserta meronda bandar Dumyat lama sambil menikmati permandangan disana. Ahli rombongan ekpidisi pulang menuju Qaherah tepat jam 12.15 tengah hari dan selamat sampai tepat jam 5.30 petang. Walaupun para peserta mengalami sedikit keletihan namun perasaan gembira jelas terukir di wajah masing-masing.

infokpt.com

Daurah Khas Bersama Sheikh Rahimuddin An-Nawawi Al-Bantani

0 komen mengomen

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Madrasah Al-Imam As-Syafie sudah bermula semula selepas ditangguhkan sempena Imtihan Fasa pertama yang lalu. Madrasah Al-Imam As-Syafie yang diadakan setiap hari bertempat di Dewan Asrama Darul Ehsan akan bermula seawal 8.00 - 9.00 pagi. Kini sedang mengadakan daurah Khas Bersama Fadhilatul Sheikh Rahimuddin An-Nawawi Al-Banteni.

Sheikh akan menghuraikan Kitab Tafsir Jailani karangan Sheikh Fadil At-Tilani Al-Jailani cucunda Sheikh Abdul Qader Al-Jailani. Bermula jam 8.00 sehingga 10.00 pagi bertempat di Dewan Seri Iman, Asrama Darul Iman. Kitab Tafsir Jailani sebanyak 6 jilid ada dijual disini dengan harga LE210.00.

Ayuh sama-sama kita memeriahkan taman daripada taman-taman syurga.

Mudah giler membuat visa di Mesir sampai hampir gila dibuatnya..

10 komen mengomen
Bismillah walhamdulillah,

Assalamualaikum w.b.t.
(Arghh.. kenapa la aku posting pasal ni jugak, tadi dah berazam taknak wat posting pasal nih dah. huhu..)

Harini pergi wat visa. Sebab hari sabtu jer dikhususkan untuk pelajar Malaysia. Bertempat di Buuth (sebut bu'us) berhampiran dengan ARMA (Asrama Rumah Melayu Abbasiyah) atau lebih hampir dengan Syarikat TAKI bukan TANGKI ye.. TAKI jenama tilam yang agak glamer kot kat Mesir nih. TAKI ke DAKI ke, yang penting aku ada tilam bleh wat tidor. haha..

Pagi2, lepas Subuh dah kuar naik Teksi dengan harga LE18.00 seramai 6 orang. Maknanya LE3.00 sorang. Tu pun sumbat giler dalam kereta sebab nak cepat. Kalau tak biasanya akan dapat LE15.00 daripada Hayyu Asyir nih. Tadi tawar menawar dapat LE13.00 fuh. kira murah la tu. Tapi disebabkan semua nak naik satu kereta, sumbat la 4orang belakang, 2orang kat depan. Hehe.. Jimat pun jimat. Kalau 2 teksi dah LE30.

Sampai kat Jawazat/Tempat nak sambung visa tu dekat2 pukul 7. Tapi lum bukak lagi sebab dia bukak pukul 8. Adess.. tunggu la sampai dia bukak. Biasanya orang yang datang awal akan tulis atas kertas nama2 mereka yang mahu mendapatkan cop visa. Lalu aku adalah orang yang ke-8. awal ah tu kiranya. Chayyok2..


Bukak jer pintu berlari-lari masuk dalam, dapat duduk barisan, orang no-4. Alhamdulillah. Bukak jer kaunter sorang demi sorang menyerahkan pasport mereka termasuklah aku. Dan dalam setengah jam. Selesai urusan aku. Tak perlu beratur lama2, tak perlu penat berdiri, tak perlu tensyen2 sebab orang terawal biasanya urusan akan mudah.

Lepas dapat cop, apa lagi. Baliklah.. lalala.. Mudahkan?

Mudah la sebab cerita diatas adalah rekaan semata-mata. Hahaha..

Hakikatnya,

Walaupun aku orang no-4. Tapi sebab polis bodoh lagi tak beradab lagi tak hensem lagi bajet dan aku rasa nak terajang tu(kasar sangat ke?) huhu.. Sori2.. tiba2 suruh semua orang yang beratur pegang pasport masing2. Dan sebab pasport aku telah dikumpulkan maka lambatlah nak cari. Sebab lambat walaupun dah cakap sekejap atau dalam bahasa tamil mesir ''instanna syuwayya" tiba2 mangkuk ayun polis (lebih sedap panggil magkuk jamban edisi tension giler) tarik aku keluar dari barisan. Perghh.. dah duduk depan aleh2 kena tarik keluar, mana tak menyirap darah. Kena baratur balik kat belakang. Tapi masa tu tak tau kenapa, jadi penyabar giler.

Masatu cakap dalam hati walaupun geram sikit. Alhamdulillah, Allah nak uji aku ni. Sabar2.. Relax.. Cool.. Istighfar banyak2. Maka pergilah beratur balik. Redha jer tengok orang yang beratur depan aku awal2 tadi dah selesai dah urusan dia. Tunggu punya tunggu, penat giler berdiri, tak makan pagi lagi. Sampailah tengahhari. Pukul 12.30. Dari pukul 7 berdiri sampai pukul 12.30. bayangkan..

Nak bagi homework sikit kat korang. Pergi amik kalkulator kira, berapa jam agaknya aku berdiri? Berapa banyak tenaga aku guna? Berapa berat badan aku turun agak2nya la kan? Berapa penat dan lenguh kaki aku berdiri? Berapa banyak tekanan darah aku naik? Iman aku naik ke turun ye? Huhu..

Setelah beberapa tahun menunggu, akhirnya aku tiba jua didepan kaunter dalam keadaan berjanggut dan berjambang. Rambut sampai ke buku lali. Muka dah berkedut.. Badan dah bongkok. Sambil memegang tongkat.
Sambil buat muka berkerut2 memerhatikan makcik gempal itu mengecop dan menulis macam siput. Kadang2 dia buat2 muka sembelit mengira bilakah tarikh yang sepatutnya dia letak dekat passport tu. Arghh.. Sungguh indah saat itu..


Dan keputusannya, visa aku tidak dapat diperbaharui harini dan terpaksa datang lagi minggu depan yang pasti belum pasti adakah aku pasti akan dapat memperbaharui visa aku atau lebih baik aku balik malaysia masuk PASTI(pusat asuhan tunas islam) atau lebih baik mereka ini dimasukkan ke PASTI semula agar mereka ini pasti tidak membuat kerja dengan kelajuan yang lembab.?

Persoalan yang sampai sekarang aku tak dapat nak jawab dan yang menyebabkan aku sakit darah tinggi dan kencing manis sekali kenapa sorang jer yang buat kerja? Apakah rakyat mesir yang ada hampir 27Juta orang ni, sorang jer yang pandai wat kerja-kerja mengecop dan menulis tarikh visa? Arghh.. Kenapa dan kenapa? Why? Limaza? Dan kenapa makcik yang kuat makan, berbadan besar itu yang dipilih? Warghh!! tolong2.. sempat lagi dia makan tengah nak cop visa. Dah la lama dia makan. Depan kitorang plak tu.. warghh..



Adakah mereka baru sehari berkerja? atau Adakah mereka baru belajar mengira dan mengeja? Adakah kepala mereka selalu kena terajang dan terhantuk semasa terjun daripada bas sampai tak tahu dan tak dapat mengestimated yang bahawasanya hari sabtu adalah hari yang dikhususkan buat rakyat Malaysia, yang hampir 10ribu jumlahnya di Mesir ni? Why? Why? Limaza..

Apakah mereka itu tidak tahu membuat penjodoh bilangan ataukah usus mereka tersumbat sampai tak dapat nak kira purata setiap kali pelajar datang memperbaharui visa hampir seratus orang? Tolonglah daku. Ya-Allah.. Kenapa mereka ini lembab dan kuat makan sampai lenguh duduk atas kerusi? Waa...



Kenapalah mereka takde sistem nombor macam kat Malaysia.? Kenapalah ada polis tua yang suka membebel tak tentu hala, nak marah2 orang dan natijahnya aku rasa nak lempang jer dia tu.? Pakcik tua tu Tak tahu ke aku dah beratur kat depan? Bukannya aku potong barisan? arghh... Tensen2...


Ayat yang paling tak tahan bila aku dah duduk depan kaunter. " Dah kholas, Ba'din (sambil menunjukkan sejumlah passport yang telah dikumpulkan) sabtu gai.." "Passport yang dikumpulkan ni je akan diproses, yang lain sabtu depan."

Maaf ye andai posting ini teruk dan kurang sopan. asif2..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers