Kemeriahan Mengorbankan Kambiang dan Untiang.. hehe..

3 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah,

Setelah Hari Raya pertama AidilAdha tidak dapat mengorbankan mereka, maka KPT atau Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu mengadakannya pada keesokkan hari. Atas alasan safarah/kedutaan sudah buat majlis pada hari tersebut dan KPT tidak boleh buat pada hari yang sama.

Namun aku bersyukur dan sangat berterima kasih atas kemudharatan yang diberikan sebab pada raya pertama aku tak perlu gaduh2 untuk menyembelih dan dapat solat dengan tenang dekat Suq Sayyarah, walaupun tak tenang sebab jalan raya basah, hujan lebat sebelum solat/selepas subuh. Lepas tu dapat pergi dengar Khutbah oleh Presiden PMRAM Ust Abd Mu'iz di Masjid Musa, Hayyu sabi', lepastu dapat pulak pergi beraya ke rumah Ust Zahari. Dekat jer dgn Masjid Musa di Hayyu Sabi'. (Jimat dah sarapan) Fuh, kena Soto memang best. Syukran kpd USt Zahari.

Lepastu, balik pula ke Hayyu Asyier, beraya ke rumah Ust Rafzan dan Ust Rozi, Makan nasi minyak.. (Jimat lg duit makan tengahari) hehe.. Syukran USt.
Lepastu, sedang elok jer, siap2 untuk solat Jumaat. Kesian aku tengok mereka2 yang terlibat dengan korban haritu, ada jugak yg tak pergi solat Jumaat rasanya. Walaupun mereka boleh jama' kerana musafir. Namun rugi rasa tidak dapat merayakan sayyidul ayyam di Masjid.

Lepas balik dari Solat Jumaat, rehat2. Tido. Dekat nak asar bangun. Solat, tengok keadaan kambing2 dan unta kesayangan. Lepastu pergi raya rumah Mantan YDP KPT plak. Ust Shafizi. Fuh.. Sedap. Yang penting free. Kui3.. Bukan takde duit yer. Tp dah org jemput buat apa nak membazir beli kan? Selama ni pun aku masak kat umah jer. Jimat duit, sedap pun sedap. hehe..

Jadi projek sembelih menyembelih bermula jam 6.30 pagi, seudah ramai yang mengerumuni kambiang2 dan untiang. Dengan harapan mereka takut dan gementar. HEhe..

Kambing pertama yang dikorbankan adalah kambing... Err.. sape ek? Lupa la plak. Kambing Dr. Anas kot. tak pasti.. Huhu.. kena rujuk kamus b.arab bahasa inggeris dulu.. (ape kaitan?.. haha)

Jadi malas nak tlis secara detail, nanti ada plak yang terasa. kui3.. Korang layan jelah gambaq ni. Ada banyak lagi gambar, setakat yg mampu diedit dekat 90helai, yang dapat diupload yg kat bawah ni la. Len kali aku upload lagi. yer.. Zass...


Mantan YDP Ust Syafizi buat muka comel, yang sebelah tu Ust Fahmi. Senyum sokmo. Kalamnya penuh dengan ilmu, macam kitab berjalan. hehe..


Inilah unta kesayangan kami, namanya Mamud. Oh.. Mamud sudah tiada lagi. huu~


Kambing, namanya ape ek? Lupa plak.. Michael rasanya. Banyak sangat kambing sampai lupa. Huhu.. Antaranya Betty, Stone, Michael, Mimi (Dr. lukpi punya), Maria, Jack, tanyalah Bukhari sebab dia menghafal nama2 mereka. hehe.. Sempat lagi kambiang ni bermanja dengan USt Manan. Huhu.. Dengan aku sikit pun taknak.. waa... Takpe2. siap ko nanti aku kerjakan.


Aku sedang khusyuk menanggalkan baju mamud. huhu..


Senyum kegembiraan kerana akhirnya dapat jugak aku membogelkan(bogel?) kasaq sangat bunyinya.. Tanggalkanlah.. hehe.. (ceh.. wat alim warakkdun wabarkun betul budak nih, cabut2 la kopiah tu, huhu.. karang kotor kena darah.. sape yg susah, aku jugak yg kena basuh nnt. Huhu)

Sedang mencabut topeng yang dipakai oleh Micahel. kui3..
Sampai kulit telinga pun aku lapah. puas hati.. haha.. Satu2nya kepala kambing yang dilapah masih mempunyai telinga. Kah3. Rugi tak ambik gambo, kameraman dah naik atas solat masa aku siap lapah. Wuhuu.. namun aku sangat seronak dapat mentogelkan kepala michael.
Yea.. akhirnya dapat jgk membalas dendam sebab dia taknak bermanja dengan aku tadi, nak dgn Ust Manan jer. haha..


Mamud yang sudah tiada kepalanya.. Sudah dikerjakan oleh aku. Buat sup. Amek otak dia. haha.. (ee...) baru ni ada org arab bagi otak. Tak pernah aku makan otak, last2 buang camtu jer. Ingatkan nak buat hiasan dinding. awet dulu, kemudian buat model rokok. Konon2 kanser rokok la.. Huhu.. tapi tak jadi.


Mereka2 yang kiat bekerja.. Syabbas.. Diketuai otai lama Ust Aziz.


Ini pula gambar mereka2 yang malas, asyik bergambar jer. huhu.. tak nak tolong aku pun. Takpe2.. Tau la nak tumpang populariti/mencapab kegelameran adik Ikramuddin ni yg telah mengahafaz 30juzuk pada umur 13 taon. Sama macam aku. kui3... Sekadar gurauan di pagi raya. Renung2kan dan selamat beramal.

Berilah komen membina, kurang2 pun satu perenggan. Hehe..

Gambar dgn kamben la pulak.. haha..

1 komen mengomen










sedang menemuramah tamah kambing2 disini..


Penjaga kambing yang berkelulusan tinggi.. siapakah mereka? rahsia..


Kambing termenung..


Sedang mengechek kesihatan kambing.. haha..


Harta pusaka yang ditinggalkan kambing..Motor Dayun huhu..

Selamat Hari Deepavali... Eh, silap. Salam Aidiladha.

0 komen mengomen

Gambar-gambar Aku dan Unta..

5 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum semua, Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430H, buat keluarga aku kat Malaysia yang nak balik ke kampung di Muar dan Batu Pahat, semoga selamat pergi dan selamat pulang. Makan rendang kat sana ingatlah2 unta, eh anakmu disini. hehe..

Kerana, Tahun ni adalah tahun pertama aku berhari raya korban diperantauan, hanya diteman teman-teman dan unta-unta. Hakikatnya aku rindu pada keluarga..

Jadi korang saksikanlah orang yang baru keluar gua, macam tak pernah jumpa unta. Haha..



Kamal, Naqiu dan aku..


Unta ni la yang aku tunggang untuk pergi ke Kuliah dan ke pasar membeli sayur2ran..




Kami masih bujang, sebab tu kami duduk bertiga. Teruna hingusan, eh, teruna harapan.. Haha..





Bila Terasa Rindu..

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Khas buat Ibu dan Ayah tercinta Hj Salleh b. Farmin dan Hjh Norizah bte Haron, semoga berada dalam lindungan dan rahmat Allah, semoga sihat dan ceria selalu, dipermudahkan Allah dalam setiap urusan, dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat dan tergolong dikalangan orang2 yang dijanjikan Allah dengan Syurga Firdausi. Amin ya rabbal alamin, sempena Aidiladha 1430Hijrah,




Ayah dan Ibu,
Bila ku rindu, ku sebut namamu,
Dalam senyum dan tawamu,
aku tahu kalian menanggung beban beribu.

Ayah dan Ibu,
Bila ku rindu, ku tatap wajahmu,
Ingin ku peluk sekujur tubuh yang telah membesarkanku,
Walaupun aku tahu, dosaku padamu banyaknya hanya Allah yang tahu,

Ayah dan Ibu,
Bila ku rindu,
Aku berdoa pada-Nya agar dirimu,
Sihat selalu.

Ayah dan Ibu,
Demi menuntut Ilmu,
Aku terpaksa berpisah dengan kalian,
untuk sementara waktu.

Ayah dan Ibu,
Ku rindukan masakanmu,
Ku rindukan saat manis kita dahulu,
andai saja kuhenti saat dan waktu itu,

Ayah dan Ibu,
Dalam tangis tidak berlagu,
Rinduku pada mu mengalir laju,
Selaju kapal di angkasa biru,


Ayah dan Ibu,
Doakan anakmu disini sihat selalu,
agar bisa menuntut ilmu,
Dalam setiap batasan waktu,

Ayah dan Ibu,
Lidahku kelu,
tiap kali kita bertemu,
namun hakikat, aku terlalu cinta padamu,

Ayah dan Ibu,
Jujur aku katakan padamu,
aku rindu,
cinta dan kasih bergabung menjadi satu,

Ayah dan Ibu,
Walaupun aku jarang menghubungimu,
bukan bererti aku melupaimu,
namun ku pendam perasaan itu, biar ia setinggi gunung kinabalu,

Ayah dan Ibu,
Bila tiba saat itu,
aku hamburkan segala rasa di qalbu,
Biar engkau tahu, diri ini merinduimu,

Ayah dan Ibu,
Ku tulis madah ini untukmu,
dalam derai tangis tidak berlagu,
agar kau tahu, siapa kalian dihatiku.

Ayah dan Ibu,
Maafkan aku,
kerana selama ini telah banyak menyusahkanmu,
Dalam memenuhi kehendakku,

Ayah dan Ibu,
Sekian dahulu dari anakmu,
Yang jauh di pandangan matamu,
namun aku tahu terlalu dekat dihatimu,
dalam setiap sujud dan syukur tahajjudmu.

Semoga Allah memberkatimu, dan memanjangkan umur mu, agar kita dapat bertemu pada satu saat dan waktu yang telah Allah tetapkan itu. Amin ya Rabbal alamin.

Selamat Berpuasa 9 Dzulhijjah dan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430 Hijrah, Semoga amal Ibadah Kita Diterima Allah. amin ya rabbal alamin.

Urat ke aurat yg kena tutup?

0 komen mengomen

Perlindungan adalah suatu perkara yang diperlukan oleh manusia. Mengapa aku cakap macam tu? Kerana perlindungan,melindungi,dilindungi adalah suatu fitrah yang wujud,ciptaan tuhan yang dikurniakan kepada kita manusia. Yang kecil dilindungi oleh yang besar. Yang muda dilindungi oleh yang tua. Kadang-kadang,keadaan boleh berubah bilamana seseorang semakin tua dan meningkat usia,keupayaan mereka dalam melindungi diri semakin berkurang. Risiko mereka mendapat bahaya semakin meningkat. Oleh yang demikian,mereka mengharapkan kepada yang muda iaitu anak-anak,saudara-mara mereka untuk melindungi mereka daripada marabahaya. Wah. Serius aku kali ni.

Merenung luar jendela.


Sebenarnya apa yang aku cakapkan di atas adalah mukadimah. Isi yang akan aku ketengahkan sekarang adalah tentang sejenis perlindungan yang Allah wajibkan ke atas kaum wanita iaitu kewajipan menutup aurat. Kewajipan menutup aurat yang disyariatkan Allah kepada kaum wanita juga adalah sejenis perlindungan.

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (al-A’raf: 26)


Islam sememangnya tidak menetapkan pakaian apakah yang patut dipakai ,tetapi Islam menetapkan cara panduan,garis panduan bagaimanakah Muslimin dan Muslimat seharusnya memakai pakaian. Antara garis-garis panduan yang disyariatkan adalah seperti menutup aurat untuk Muslimin dan Muslimat,tidak menzahirkan tubuh badan bagi Muslimah,iaitu tidak nipis dan ketat,warna yang tidak menarik perhatian lelaki,kerana wanita sememangnya sentiasa menjadi perhatian lelaki,dan yang terakhir,tidak terlalu berwangi-wangian.


Apa yang disyariatkan Islam ini adalah sebagai perlindungan terutamanya kepada Muslimah. Ini kerana,terdapat pelbagai faedah yang dapat diperolehi kepada siapa yang mengamalkannya. Sebagai suatu contoh,lelaki tertarik kepada wanita yang berwangi-wangian,oleh kerana itu,Islam melarang mereka berwangi-wangian.


Walaubagaimanapun,umat Islam sendiri tidak sedar dan tahu mengenai perlindungan yang disyariatkan Islam ini. Ini kerana mereka tidak nampak. Kenapa mereka tidak nampak. Tanyalah mereka sendiri.


Selain itu,ada yang mengatakan bahawa Islam mengongkong kehidupan wanita. Ini sememangnya tidak benar kerana Islam melindungi wanita dengan pensyariatan tudung. Ada juga yang bertudung,tapi oleh kerana fesyen,'tudung' mereka tidak dijadikan suatu perlindungan dari terdedahnya aurat dan menunaikan yang wajib,tetapi sekadar alat untuk berhias yang sekaligus menyebabkan ada di antara mereka yang menjadi mangsa fesyen. Ini benar,dan ianya terjadi. Dan ia menyebabkan kita geli hati.


Kesimpulannya,jika kita lihat pada zahirnya,menutup aurat adalah suatu kewajipan dan syariat daripada Allah dan ia sememangnya membawa banyak faedah kepada mereka yang mengamalkannya. Sebagai suatu perbandingan,lihat gambar di bawah. Yang tertutup lebih selamat dari yang terdedah.



Yang tertutup.


Yang terdedah

Sejuta Lemon Terima Kasih kepada penulis asal, sahabat baikku Ust Mohd Hafiz Abdul Karim. Kui3.. Tenkiu pih.. sedap posting terbaru. Hehe.. Sedap jgk aku 'Kopi'

Tawakkal dahulu baru Usaha?

1 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahirabbil alamin, Allahummasolli ala muhammad.

Semalam(Khamis mlm Jumaat) telah berlangsung Ceramah Motivasi Kecemerlangan Di Dewan Darul Iman, Hayyu Asyier, Kaherah. Alhamdulillah, program yang dianjurkan oleh Biro Akademik Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu yang tujuannya tidak lain adalah untuk memberi pendedahan tentang cara2 membaiki dan memandu kereta.(Kui3..) Pgoram motivasi, mestilah nak menaikkan motivasi kan? Selain mahu mendedahkan kepada peserta bagaimana untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

Namun hakikat yg ada pada aku, walaupun sudah berpuluh2 program motivasi aku sertai, aku masih tidak bermotivasi. Rotibasi adalah.. Huhu.. Masih juga tidak cemerlang seperti pelajar yang cemerlang. Program yang menampilkan artis terkenal (Ecece.. bergurau lah pulak) Motivator kurang terkenal, sebab tak seluruh dunia kenal mereka.

Motivator pertama Dr. Nur Farhana bt Abd Ghani (Pelajar Perubatan Tahun 2, Uni. Kaherah) dan Motivator kedua Ust Muhammad Abdul Malik b Abd Karim (Timb. S/U PMRAM). Dan dipengerusi mejakan oleh seorang yang bisu lagi tidak pandai berkata2. Sungguh memalukan beliau yang tidak suka bercakap dikhalayak ramai. Kerana terlampau malu, maka teballah muka beliau menjadi Emcee(MC). Walaupun telah ditolak berkali2 agar menggantikan beliau dengan orang lain yang lebih layak dan berbakat, Alasan beliau yg utama adalah kerana beliau tidak mahu terlepas kelas Syeikh Syed Syaltut di MAsjid Al-Azhar malam itu, namun pihak penganjur tetap berkeras dan mengugut mahu mencampak beliau ke sungai nil malam itu juga.

Disertai provokasi dan pentomen daripada teman2 beliau yang mahu beliau juga menjadi MC. Berbagai tohmahan dilemparkan, lalu beliau dengan berat dan sedih menerimanya. Majlis yang sepatutnya menjadi program akademik itu telah diporak perandakan oleh beliau sehingga menjadi pertandingan berbalas pantun. Kui3.. Hampes betul MC nih.. Setahu aku beliau bukanlah juara pantun mahu seorang yang suka berpantun. Muka kerana tertekan tidak dapat pergi talaqqi, menyebabkan otak beliau sedikit gila dan meroyan, mujur tanjung rambutan jauh. Kalau tak aku rasa dah kena hantar masuk sana. Huhu..

Namun ada jugak pantun yang menggamit gelak tawa peserta,

Abu Seterika Main Bola (Nama pemain mesir paling terkenal)
Mesir Kalah Sunyi Sepi,
Rakyat Mesir gila bola,
Pelajar Malaysia suka bertalaqqi.

Kerana andai ditanya mana-mana pelajar Malaysia disini, mereka juga pasti akan gembira dengan berita kekalan ini. Kerana kefanatikan rakyatnya terhadap bola, kerja2 atau urusan seharian pasti akan terganggu. Jalan2 pasti dipenuhi dengan bendera Mesir, sana sini membicarakan bola, bola, bola.. Jalan menjadi teramat sesak. Kelas2 atau kuliah mungkin dibatalkan kerana pelajar2 tidak hadir atau Sheikh dan Lecturer tidak dapat hadir kerana kesesakan lalu lintas. Malam menjadi riuh dengan kereta yang berkonvoi sambil memalu kompang dan gendang, tidak dilupa hon yang sudah menjadi teman rapat pemandu2 disini. Maka apabila menang, kegilaan itu semakin bertambah berkali ganda. Dunia bagaikan mahu luluh dan gugur, pecah denagan sorakan dan teriakan kegembiraan menggila rakyat mesir. Huhuhu..

Namun..
Majlis berlangsung meriah dengan Motivator pertama, Dr. Nur Farhana yang sudi berkongsi tips2 bagaimana cara belajar yang berkesan. Salah satunya mestilah kita mengenal siapa kita sebenarnya. Ada seorang sahabat aku nih, ditinya soalan siapakah beliau oleh Dr tersebut. Lalu beliau menjawab secara terperinci ketinggian, pangkat dan darjat beliau. Hehe.. Siapakah beliau? Rahsia..

Manakala ada akhowat yang begitu mengenali dirinya. Katanya "Saya seorang manusia, hamba Allah, seorang anak kepada kedua ibu bapa, seorang adik kpd abg dan kakak, seorang kakak kepada adik, seorang kawan kpd teman, seorang bakal ibu kpd anak2 dan bakal isteri kepada seorang suami. (huhu.. mmg sangat mengenali diri beliau) Syabbas bette..

Dan katanya lagi, (Dr) beliau rajin menulis sama seperti pengerusi majlis. Huhu.. Aku sangat setuju, kerana Dengan menulis kita akan menggunakan banyak deria. Mata untuk melihat, otak kiri dan kanan untuk berfikir, telinga untuk mendengar alunan kalamullah, Hidung untuk menghirup oksigen, Tangan untuk menulis dan yang paling penting biasanya ia dagtang daripada hati. Jika hati itu bersih, maka hasilnya akan baik, jika sebaliknya begitulah jadinya.

Aku rasa majlis seakan pertandingan pantun peringkat antarabangsa, kerana setiap kali MC memegang microphone pasti ada pantun yang terkeluar dari gigi beliau. Sungguh membosankan. Bagi aku la. Rasa macam bodoh la plak. huhu.. (jgn marah)

Kemudian slot bersama Ust Abd Malik yang sangat menceriakan keadaan. Dengan loghat klatenya, beliau seorang yang ceria. Walaupun dipanggil last minit menggantikan Ust Hanafi (YDP Kedah).

Antara pengisian yang dapat diambil, untuk mendapatkan semangat belajar, kita perlulah mendekatkan diri kpd Allah. Kerana Allah lah yang menguasai segala sesuatu. Yang memberikan apa yang kita inginkan. Jika, sekiranya kita ingin memperoleh kejayaan dalam peperiksaan atau hidup, perlulah meminta kepada pemilik asal-Nya iaitu Allah. Dan sebagai pembakar semangat kita adalah al-Quran.

Bacalah al-Quran, terutama kita berada dalam awal bulan Zulhijjah, dimana Ulama' membahaskan ayat satu dan dua Surah Al-Fajr

Yang dimaksudkan dengan malam yang sepuluh itu adalah 10 malam awal bulan Zuhijjah.

Sabda Nabi s.a.w “ tidak ada hari-hari yang lebih baik di sisi Allah untuk dilakukan amalan kebaikan yang selain sepuluh hari terawal dalam bulan dzulhijjah “ para sahabat bertanya adakah jihad fisabilillah ( didalam hari yang selain sepuluh terawal dzulhijah ) tidak boleh menandingi amalan ( selain daripada jihad ) yang dilakukan pada hari sepuluh terawal tersebut.” Nabi bersabda” jihad pun tidak boleh menandingi melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”(Hr Bukhari)

Disunatkan memperbanyakkan zikir pd sepuluh hari tersebut. Firman Allah s.w.t:

"Dan mereka menyebut nama Allah pada hari yg tertentu" (28: al-Hajj)
Hari2 tertentu adalah sepuluh zul hijjah yg terawal menurut kebanyakan para ulama.

Dan yang paling penting adalah tawakkal kepada Allah.

Dalam perbincangan dengan sahabat2, ada yang menyentuh soal tawakkal dan usaha.

"Faiza azamta fatawakkal alallah" : Barangsiapa yang berazam maka hendaklah dia bertawakkal kepada Allah.

Iaitu menyerahkan segala-galanya kepada Allah setelah berazam dan berusaha.
Maka dalam setiap usaha kita, jangan tunggu sampai ia selesai baru hendak bertawakkal, seolah2 usaha itu datang dari kita, qudrat itu datang dari kita semata2. Tetapi dalam usaha itu kita terus bertawakkal dalam kata lain usaha dan tawakkal itu seiring dan saling bergandingan. Kerana dalam kita berusaha kita menyerahkannya kepada Allah. Kerana natijah atau hasilnya selepas itu Allah yang akan menentukan. Dan sudah pasti suka atau tidak hasilnya nanti adalah yang terbaik untuk kita. Kerana Allah lebih mengetahui setiap hikmah dan kejadian yang berlaku. Maka hendaklah redha.

Jadi tawakkal sahaja tidak menjadi. Seperti Kisah seorang badwi dengan untanya. Sampai di Masjid dia tidak menambat untanya. tetapi hanya bertawakkal kepada Allah tanpa usaha untuk menambatnya, maka unta itu terlepas. Maka itulah natijahnya. Andai kejayaan yang kita impikan tidak disertai usaha doa dan tawakkal.

Maka, bicara soal usaha. Aku berenti disini la dulu. Nak usaha plak untuk IMtihan Qobul hari Isnin dan Selasa ini. Mohon doa dari kalian, moga2 semua pelajar Malaysia yang baru lulus dengan cemerlang dalam imtihan ini. Aminn..

Dikesempatan ini juga aku mohon jutaan kemaafan kepada semua yang mengenali diri aku andai ada tersilap dan khilaf dalam muamalah kita selama ini samaada secara sedar ataupun tidak. Bukan asbab imtihan qobul ni aku mohon kemaafan, tapi kerana aku tidak pasti bila aku akan pergi mengadap ilahi. Moga2 Allah panjangkan umur kita semua dan sempat bertaubat kepada Allah atas dosa2 yang kita lakukan. AMin..

Kepada Ibu, Ayah dan Keluarga tercinta di Malaysia. Doakan anakmu berjaya disini, walaupun aku tahu doa kalian tidak pernah putus dari menyebut namaku. Aku juga begitu. Salam sayang dan rindu dari anakmu di bumi anbiya'. Assalamualaikum.

Renung2kan dan selamat beramal.

P/s: Pengerusi / MC yg tidak bertauliah tersebut adalah aku. kui3..

BSP, KUIS, Siapa nak jadi Penggali Kubur?

5 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Hmm.. Alhdamdulillah, aku rasa ada jer org komen nanti..

Sedang mengintai-intai di blog orang. Aku tertengoklah gambar Masjid KUIS, dan tanpa aku sangka kat tengah2 Taman yang menghala ke Masjid Al-Azhar KUIS ada pintu gerbang tulis tanpa Ilmu. Kenapa baru aku perasaan ek? Adakah kerana selama ini aku hanya jalan di tepian? Sbb kat tengah2 tu panas? Kua3..

Kalau pintu gerbang yang kat depan sekali tu mmg perasaan. Haha..
Mintak maaf ler kengkawan yang blaja kat KUIS. Walaupun tiap2 Jumaat aku solat kat situ. Tapi mmg aku tak perasan.

Komen aku kali pertama menjejakkan kaki kat KUIS, sbb masatu aku datang malam, hari pertama aku pindah kat bangi ni adalah KUIS "KEDEKUT" nak pasang lampu. Haha..

Walaupun disiang hari KUIS cantik bagaikan bulan, tapi bila malam gelap bagaikan hutan. Kui3..
Gurau jer.. YAng pasti sikit sangat lampu dipasang. Membahayakan pelajar2 akhowat yang berjalan malam. Sbb jarang aku nengok pelajar laki jalan kaki. Diorang ramai naik motor.

Ape kes plak dengan BSP? Yela.. Singkatan Bandar Seri Putra. So, KUIS terletak kat BSP. tu je khulasohnya. Hehe..

Apekehe plak dengan nak jadi penggali kubo? Haha..
Aku tengok Masjid Al-Azhar KUIS teringat plak kat rumah aku, teringat dekat Surau Assyakirin yang hampir dengan Hostel Akhowat KUIS. Teringat kat Tanah KUBUR sebelah KUIS yang baru 2,3 orang penghuni. Huhu..

Jadi, aku search la kat google. Sbb tak ingat dah ape link web Surau Assyakirin. Dalam banyak2 tu, baru aku tahu Bandar Seri Putra ada blog. Ngeh3.. Walaupun tak cantik mana. Sekurang2nya ada la kan? Bertemakan KOmuniti Seri Putra ~ Untuk Warga Seri Putra dan untuk Anda.

So, aku klik la link ni Dari Surau Assyakirin

Tawaran kerja adalah dipelawa kepada sesiapa yang berminat untuk:-

i) membersih kawasan perkuburan.
ii) menanda lot kubur
iii)memagar sebahagian kawasan tanah perkuburan dan

iv) Juga dipelawa sesiapa yang berminat menjadi "penggali kubur"

Kepada yang berminat boleh menghubungi Pengerusi Surau As Syakirin 019-4763305 (Tuan Haji Rani Haji Mohamed). Kerja-kerja ini untuk persediaan bagi membolehkan tanah kubur dapat digunakan oleh penduduk Islam BSP. Kepada sesiapa nak tambah 'Saham'...tunggu apa lagi hubungi Pengerusi Surau segera... Surau As Syakirin
Bandar Seri Putra
Semestinya di Bandar Seri Putra

Haha.. So, aku tawarkan kepada pelajar-pelajar KUIS terutama kawan2 aku yang mahu cari pendapatan lebih, boleh la bekerja disini. Kui3.. ALAM(Al-Azhar Members) taknak join ke? hehe..

P/s : Arghhh!! Tensen. posting aku tulis td da hilang.. huhu..
YES!! MESIR KALAH BOLA SEPAK.. HAHA..

Jangan Klik, Jangan Baca, Jangan tengok,jangan,jangan..

0 komen mengomen
Saje aku wat tajuk posting ni. Sebab fitrah manusia mahu lakukan sesuatu yang dilarang. Maka kalian pasti akan membuka dan baca apa yang aku tulis. Itulah sifat degil manusia..

Nafsu akan sering melawan apa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Hanya mereka yang terpilih nafsunya akan sentiasa menasihati kpd jalan yang diredhai. Solat, Belajar, Tutup aurat, jangan lakukan maksiat. Itu semua perkara yang tidak disukai nafsu. Nafsu sukakan maksiat, hiburan dan segala apa yang diharamkan.

Begitu juga aku. sering melakukan maksiat. Nauzubillahiminzalik. Astaghfirullahalazim. Aku tidak berkata kpd kalian sebab aku tidak mengenali, aku tidak tahu apa yang kalian lakukan. Aku yakin kalian adalah yang terbaik, sering melakukan ketaatan. Maka aku rela diperkatakan dengan bermacam2. Itulah yang sebaiknya.

Apa yang aku nak tulis sebenarnya ek? Aku tertarik dengan satu wawancara tentang isu berkaitan NIqob, Hijab dan FreeHair. Korang tengok jelah. Lgpun dah lama aku tak bagi korang tengok video kat blog ni. Wuhu.. Sori2..



Apa pandangan korang? Apa hukum kpd wanita yang tidak mahu menutup aurat? Dah la taknak tutup aurat, mempertikaikan lagi. Tak beriman la maknanya kan? Salah satu kata2 yang aku "tertarik" diungkapkan oleh wanita yg freehair tu(sonia kalau tak silap aku) "Kenapa lelaki tidak perlu pakai pakaian yang sama?"

aku bukan yang terbaik dan mmg bukan baik pun. Sekadar mencari jalan penyelesaian dan mana tahu dengan pendedahan ini ada yang diberi hidayah oleh Allah. Kita bukan pemberi hidayah, namun kita perlu berdoa emoga dengan asbab kita Allah beri hidayah. Moga2 apa yang kita lakukan mendapat keredhaan dan ganjaran drpd Allah. Amin..

Kalau Ust2 tok guru kita baca, mintak dapat berikan pencerahan. Tok Guru yang aku target dalam kepala adalah Ust Nazrul, Ust Hairul. Yang lain boleh jgk beri pendapat dan pencerahan hukum serta dalil. Nak Syarah pun boleh jugak.

Jangan lupa sentiasa berselawat ke atas nabi. Barang siapa yang berselawat keatas nabi. Allah akan berselawat keatasnya dengan 10kali selawat. Allahumma solli ala Muhammad.

p/s : Ada sapa2 rajin nak translate wat subtitle ust video nih? Mana la tau sebab korang translate, org lain dpt hidayah kan? Tak nak ke? huhu..

Err.. sebelum terlupa. Jazakallahukhair kpd SufyGirl yang telah menaja.. Eh, manjaja.. (ye ke?) Lantaklah. Yg pasti aku tengok video nih kat blog dia. Huhu..

Andai Sempurnanya Iman semudah itu.. Bah 2.

1 komen mengomen
Ibu semakin pelik dengan perangai anak kesayangannya itu. Mengapa dan untuk apakah kanak2 diusia 10tahun, yang telah diakandungnya dalam perut (mestilah dalam perut, takkan kat kepala lutut kan? hehe..) bertanyakan soalan sebegitu?

Adakah dah buang tebiat anak aku yang sorang ni? Mengapa dia berperangai pelik semenjak dua tiga empat dan lima dan enam menjak ini? Hairan.. atau ajal sedang menghapiri. Sebab kata orang kalau perangai seseorang tu pelik, alamatnya ada sesuatu akan berlaku..

Ibu semakin dihantui perasaan resah dan gelisah. Teringat sewaktu amin menyerahkan nat tayar kepadanya 3hari lepas.

"Ni nat tayar bas mana amin ambik ni? Nak buat apa? Cuba bagitau kat ibu.." Namun jewapannya sekadar senyuman manja dari amin. Hmm..

Sempat amin membalas "Ibu, jangan lupa tau tolong bersihkan sampai berkilat, nanti dah siap ibu bagi dekat amin tau, amin nak simpan" sambil membuat aksi mencuci baju yang sedikit lucu. Tergelak dalam hati. Entah daripada mana dia meniru aksi tersebut.

Namun dalam hati ibu "Ish.. pelik betul amin ni. Lebih baik buang aje nat kotor ni. Nak buat apa bagi dia main benda yang pelik2"

"Ibu.. Mana nat yang amin kasi semalam? Ibu dah basuh dan bersihkan belum..? Terkejut ibu dari lamunan. Wajah ibu berubah jadi sedikit cemas, kerana yang yang dimaksudkan telahpun dibuang.

"Err.. ada. lusa ibu bagi la ye sayang.." Balas ibu tenang.

"Ok.." jawab amin pantas.

"amin nak makan daging kambing ke? Nanti ibu belikan ye.." Ibu cuba menduga keinginan anak lelaki kesayangannya itu.

"Eh, bukan nak makan, amin nak cari iman yang sebahagian lagi."

Ibu tambah kaget. Nat tayar bas, kamben, Iman yang sebahagian lagi? Aduh.. Apa nak jadi dengan anak aku nih? dah merepek macam kerepak plak dia..

"Ibu... raya nanti kita jangan balik kampung Tok Ayah dengan Tok Mak je tau, kita balik kampung Opak dengan Aki sekali, dan amin nak ziarah semua saudara mara kita. Ibu bawak amin jumpa mereka semua tau." Belum sempat persoalannya terjawab, timbul pula soalan baru. Tiba2 amin nak ziarah semua saudara mara. Makin rungsing dan risau perasaan ibu.

Amin terus berlari kedalam bilik. Ibu faham benar kemana dia mahu pergi ketika ini. Azan asar kedengaran. Itulah rutin hariannya sejak 2tahun lalu, akan pergi ke surau walau ketiadaan ayah dirumah. sudah terbiasa solat berjamaah disurau.

Alhamdulillah, syukur ya Allah kerana mengurniakan aku seorang anak yang baik. Semoga suatu hari nanti dia akan jadi permata dan pejuang agama-Mu. Hati kecil ibu berdoa.

Usai waktu pejabat. Kepulangan ayah disambut dengan pertanyaan dan aduan daripada Ibu.

"Abang, tengok2kanlah sikit amin tu, pelik sangat saya tengok dia sejak kebelakangan ni. Risau saya dibuatnya. Mula-mula nat tayar bas, lepastu bertanya pasal harga seekor kamben, nak ziarah semua saudara mara, sekarang pulak nak cari iman yang sebahagian lagi..."

"Hmm.. betul jugak cakap awak tu. Elok kita jumpa dengan guru kelasnya, Ustzh Nur (bukan terpengaruh cerita nur kasih ye.. Huhu) bertanya keadaan dia disekolah. Lepastu kita panggil Tok Imam datang rumah, tolong bacakan sikit doa penerang hati. Moga2 tiada perkara yang tak kita ingini."

Keesokkannya harinya Ibu pergi la berjumpa dengan Ustzh Nur Kasih (Tiada kaitan dengan cerita Nur Kasih ye. Aku tak tengok, ULANGan Aku tak TenGok pun kisah Si Adam, Aidil, Nur Amina, Alya dengan Katrina tu ok. walaupun akhirnya mereka berbaik semula. hehe..)

"Ustzh, kebelakangan ni, amin ada buat perangai pelik tak? Macamana pembelajaran dia?"

"amin ok je, budaknya baik, comel, rajin, cerdik, pintar, pandai, bagus, excellent, mumtaz, very good, nallarekkek, soleh, cerdas, cemerlang, gemilang, terbilang, satu Malaysia. Eh, selalu dapat nombor satu dalam peperiksaan. Dia macam biasa je, takde benda pelik pun yang saya nampak, kenapa puan?"

(amboi2, bodek terlebih la plak Ustzh ni, aku sekeh karang. Jack bukan main tinggi.. Nak duit raya cakap la.. Tau la dah nak raya haji ni.. Huhu..)

"Baguslah kalau macamtu, bukan apa Ustzh. Sejak kebelakangan ni saya tengok dia ni asik cakap nak cari Iman yang sebahagian lagi la, tanya pasal kambeng la, bawak balik nat tayar bas pakcik kedai aiskrim tu punya yang jual nasi lemak tepi sawah padi dekat kubur dekat simpang empat belah kiri simpang tiga tu ha.. Pelik betul saya dibuatnya, kadang senyum sorang2. Kentut la tu biasanya.."

"Hmm.. InsyaAllah, takde papelah puan. Biasalah tu, budak2. Imiginasi dia lebih sekit. Dalam usia sebegini kanak2 biasanya akan meniru atau cuba mencuba apa yang dilihat dan didengar."

"Mungkin jugak. Terima kasih la cikgu. Nanti datang la jemput kerumah, saya tau cikgu nak duit raya. Eh.. tak2, saya gurau je cikgu. Ada masa lapang, lepak2lah kat rumah saya, jangan sengan2. Kalau boleh bawak la buah tangan ke, nasi ayam ke, boleh saya jamu cikgu makan. Oklah cikgu, Saya mohon permisi dulu ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." balas Ustzh Nur pendek.

Keesokkannya Tok Imam dan Ustzh Nur datang kerumah untuk berbincang tentang masalah amin. Dalam rancak muqaddimah perbualan mereka. Tiba2 amin menjerit.

"Kakak mana boleh kawen, sebab kakak takde duit." ujar amin kepada kakaknya yang cun bak bunga kembar siam. (adeke? haha... sukati aku la)

Ibu, Ayah, Tok Imam dan Ustzh Nur terkejut mendengar jeritan amin dari ruang tamu.

Ayah segera mendapatkan amin, meninggalkan kakaknya sendirian diruang bacaan.

"Kenapa amin cakap macamtu dekat kakak?"

"Yela, kakak mana boleh kawen sebab kakak takde duit. Sebab kalau nak kawen kena buat kenduri. Tok Imam cakap masa kuliah haritu Nabi pernah bersabda Kendurilah walau seekor kambing. Jadi, kakak takde duit. Macamana nak buat kenduri?"

Tok Imam yang sedang lapar (bukan nama kampung Tok Imam Lapar kat Kuala Berang, Terengganu tu yer, huhu.. ni Tok Imam lain) terkejut kucing mendengar namanya disebut. Lants, secepat kilat mendapatkan amin.

Ibu terlebih dahulu mengajukan soalan. "Oh, jadi amin tanya pasal harga kambing sebab nak kawinlah ye? Sebab tu beriya-iya suruh ibu bawak pergi rumah saudara mara. sebab amin nak jemput mereka semua, macamtu?"

Amin mengangguk comel, seperti lagak orang dewasa fahamnya.

"Selama ni kan Ibu ajar amin mengikuti Sunnah Nabi Sallallahualaihi wasalam sepanjang masa? Dari bangun tidur sampai nak tidur balik. Bulan lepas, Tok Imam ada sebut kat surau. Tok Imam cakap Nabi pernah bersabda : Nikah itu sunnahku. Barangsiapa yang membenci sunnahku, maka bukanlah dia dari golonganku."
(Sohih Muslim Hadis 1401)

Kali ini ibu benar2 terkejut. Tok Imam terkujat. Ayah terkujit dan Ustzh Nur pun turut tumpang sekaki dua. Kami saling berpandangan, kemudian kembali mahu menghuraikan permasalahan sebenar amin.

Tok Imam menepuk dahi amin. Eh, bahu.. silap tulis plak. "Oh, amin dengar kuliah maghrib tok ya. Pandai amin. (amin kembang kempis hidungnya.. )

Ibu tersenyum dengan pujian itu. Pujian untuk amin, bermakna pujian untuk ayah dan ibunya. Tetapi lantas ibu teringatkan tentang kata-kata amin tentang Iman yang sebahagian lagi.

"Cuba amin beritahu Ibu. Sebab apa amin cakap amin nak lengkapkan iman yang sebahagian lagi? ibu risau tau. takut2 amin belajar daripada mana2 Ust."

Amin tersenyum bangga, tiba2 angin sepoi2 bahasa meniup sebagai latar backgroundnya. menampakkan kecomelan dan kebanggaannya. "Oh, kan ibu selalu kata, kebersihan itu sebahagian daripada Iman, jadi mana yang sebahagian lagi?" Jadi amin berazam nak cari Iman yang sebahagian lagi. Biar iman amin sempurna."

Ibu dan ayah serta Ustzh Nur menoleh kearah Tok Imam. Kali ni mereka benar2 terkesima dan bingung dengan jawapan dan sekaligus persoalan daripada amin.

Amin menggaru-garu punggungnya yang gatal, eh.. silap lagi. Kepalanya yang tidak gatal (tersasul pulak) sambil menjawab "Tok Imam kata, Nabi pernah bersabda : Sesiapa yang dikurniakan Allah isteri yang solehah, maka Allah telah menjaga sebahagian agamanya. Maka awasilah sebahagian yang lainnya!."
(Mustadrak A'la Sohihain, Hadis 2729) sebab itu amin nak kawen.

Tok Imam menepuk bahu amin sambil menggosok kepala anak kecil itu. Amin jangan semudah itu memahami hadis. Hadis tidak boleh difahami begitu sahaja. Walaupun amin bijak, tetapi amin masih perlu banyak belajar. Kan lebih baik amin bertanya tok sahaja? Mungkin amin perlu tahu malu itu juga sebahagian daripada iman.
(Fathul Bari Hadis 24) Ada hadis lain yang mengatakan bahawa Iman itu ada beberapa bahagian. Setinggi-tinggi iman adalah "La ilaha illallah dan serendah-rendahnya adalaah mengalihkan benda yang ada dijalan yang boleh menyakiti seperti duri, paku dan batu" (Fathul Bari hadis 9)

"Jadi, amin silaplah ya?"

"Amin tak silap, tapi amin kena banyak belajar lagi"

Ibu memandang ayah lega. Kemudian berkata "Anak-anak zaman sekarang cepat betul membesar"

Tiba-tiba amin menjerit lagi. "Ibu! Mana nat yang Ibu sudah bersihkan tu?"

Terkejut Ibu "Amin nak buat apa pulak dengan nat tu.?

"Kan Rasulullah suruh beri mas kahwin bila berkahwin, walaupun mas kahwin itu cuma sebentuk cincin besi!
(Sohih Muslim hadis 1427/Sohih Bukhari hadis 5167) amin nak la nat tu."

Kami berpandangan semula.. Masing2 terkesima lagi..


Andai Sempurna Iman semudah Itu.. Bah 1.

0 komen mengomen
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua. Moga sentiasa ceria dan diberkati Allah.

Doakanlah keberadaan hamba disini dalam keadaan sihat wal afiat, dan terus istiqamah dalam menuntut redha Allah.

Semalam, usai solat Jumaat di Masjid Muhammadi, Hayyu Asyir, yang hanya terletak 8456.769sentimerter lebih kurang, terlebih sikit 2milimiter. berintipatikan khutbah Qurban dan Ibadah Haji.

Aku pun menapak la balik ke rumah yang aku duduk ni. Sambil2 menghidu debu2 pasir tepian jalan yang mewangi. (wangi la sangat.. hujan pun tak, longkang lagilah takde, aleh2 ada air atas jalan. air ape? air loji.. kua3...) Hahampeh..

Setelah berpenat lelah mendaki tangga yang tersangat rendah. Aku pun masuk la bilik aku yang aku duduk sampai aku terduduk kat tempat duduk yang aku duduk sekarang ni. Aku pun tak tau aku duduk kat atas tempat duduk yang mana sekarang ni. Sebab aku selalu bertukar tempat duduk. Kui3..

Lepeh kemas2 bilik tu. Duduk la lepak atas katil yang bertilamkan tilam 3lapis macam kek lapis. Wuhuu.. Memang syok giler kalau tido. Namun perhatian, aku tido atas lantai atau beralaskan 1setengah tilam jer ye, tp aku selalu merempat kat bilik orang jer. Haha..

Terbcalah satu buku yang kecil lagi comel. Tajuk dia 10yang ku gelar Cinta.

Dalam banyak2 cerita tu aku tersentuh (hati aku tersentuh ke jari aku yang sentuh? ahh..) tak kira la.. Satu kisah seorang budak bernama amin ke aiman ataupun Iman? Haih...

Amin la sedap sikit, sebab nama aku. Haha...

Amin diasuh dan dididik oleh ibunya dengan penuh kasih sayang (Wuu.. teringat ibu kat rumah..) Seorang yang berbudi bahasa dan menghormati orang tua. Amin usianya baru 10taon.

Setiap hari Ibu akan memastikan amin menjaga kebersihan dirinya. Kata Ibu "Kebersihan itu sebahagian daripada Iman"

Amin pun ingat sampai bila2. Dan selalu memastikan biliknya, dirinya dan segala barang2nya dalam keadaan bersih. (anak sapo la ni.. macam aku jer.. keh3.. tapi kalau kat rumah malas jgk aku ni. Betul tak ibu? hihi...)

Setiap hari amin akan ikut ayah dia solat berjamaah disurau dan tidak seperti budak2 lain yang biasanya akan bermain dgn kawan sebaya. Amin khusyuk mendengar ceramah atau kuliah yang disampaikan oleh Tok Imam dan Ust2 disitu.

Masa kat sekolah pun amin seorang pelajar yang rajin. Bijak dan baik. Selalu mendapat nombor satu setengah, sebab dia budak baik, dia kongsi setengah lagi dengan kawan dia... huhu..

Satu hari amin pulang membawa seketul nat kecil, yang bersalut dengan minyak dan kotoran. Sampai kat rumah amin bagi besi tu kat Ibu dia.

"Amin, kenapa main kotor ni? Ibu kan dah pesan jaga kebersihan, kenapa tangan amin penuh dengan minyak hitam ni?" Si Ibu hairan.

Amin hanya tersenyum manja lalu sambil menghulurkan sesuatu kepada ibunya.
"Ibu, tolong bersihkan nat ni ye, amin nak simpan"

Lalu terus masuk kebiliknya tanpa menghiraukan ibunya yang terpinga2. Pelik melihat perangai anak kesayangannya tu.

Lalu si Ibu mengadu kepada si Ayah. Mengapa amin bersikap sedemikian? Adakah dia berkawan dengan rakan2 yang nakal semasa di surau?

Ayah menjawab "Budak2, biasalah, imiginasi dia tinggi sikit" tanpa ada rasa bersalah atau syak sesuatu yang lain pada anaknya itu.

Keesokkannya, sedang ibu melipat kain, amin datang dari arah belakang dan mengurut bahu ibunya. Sambil memeluk manja.

"Ibu, tau tak harga seekor kambing? Ibu pernah beli tak daging kambing? mahal tak?"

Ibu bertambah hairan.. Kenapa tiba2 soalan itu yang ditanya oleh anak berusia 10tahun..

Bersambung..

Nak Tubuhkan Parti Pakatan Rakyat. Laksanakan ini dulu

0 komen mengomen
Dipetik dan dicopy daripada Penarik Beca

Berita di bawah disiarkan oleh Harakahdaily pada 2/4/08, tak sampai sebulan selepas Pakatan Rakyat menang di lima negeri pada 8/3/08. Saya harap ia tetap relevan dengan apa yang berlaku sekarang.

PAS memperjuangkan hisbah sejak sebelum 1990, iaitu sebelum PAS memerintah Kelantan. Seingat saya, hanya kerajaan Terengganu 1999-2004 di bawah PAS yang kelihatan mengambil daya usaha mengenai hisbah. Yang lain, saya tak nampak. Tak nampak tak bermakna tak ada. Lagi pun, banyak yang kita tak nampak.

Ah, tak payahlah ulas banyak-banyak. Baca sajalah:
Kerajaan Pakatan Rakyat perlu tubuh badan Hisbah
Wed | Apr 02, 08 | 7:28:02 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Semua kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah lima negeri mesti menubuhkan badan Hisbah untuk memastikan ketelusan yang disandarkan kepada sistem yang dipercayai, kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.

"Bukan pengisytiharan harta Exco-exco sahaja yang boleh meningkatkan keyakinan umum terhadap kerajaan-kerajaan tersebut, tetapi yang lebih penting lagi ialah kepada siapa harta diisytiharkan dan adakah perisytiharan itu disiasat oleh badan yang bebas," kata beliau ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim tentang keputusan untuk mengisytiharkan harta Menteri Besar serta Exco-exco kerajaan negeri itu serta keluarga mereka.

Beliau berharap badan tersebut yang dipanggil ombudsman oleh umum akan ditubuhkan dengan segera oleh kelima-lima kerajaan negeri yang berkaitan.

"Kita tidak mempersoalkan kejujuran sesiapa. Tetapi hukum alam seolah-olah menetapkan kejujuran sahaja tanpa sistem yang memelihara kejujuran itu boleh menyebabkan individu-individu yang jujur juga terperangkap dengan situasi yang mereka hadapi," jelas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sebab itulah, satu sistem yang memelihara dan memastikan kejujuran individu yang berkaitan mesti diwujudkan melalui badan hisbah tersebut.

"Dengan adanya badan hisbah, Menteri Besar, Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan boleh mengisytiharkan harta mereka kepada badan itu.

"Bukan setakat isytihar sahaja, tetapi boleh disiasat jika badan itu berpendapat ada keraguan yang mesti dijelaskan dan seterusnya mengambil tindakan susulan," katanya.

Jika harta-harta diisytiharkan kepada Menteri Besar sahaja, katanya, ia tidak memadai untuk dilhat sebagai ketelusan yang selama ini dituntut oleh rakyat.

"Kita jangan lupa, rakyat mengundi kita kerana sudah jemu dengan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh Barisan Nasional (BN).

"Mereka bertindak mengundi PR kerana mengharapkan ketelusan dan satu anjakan dalam pengendalian kuasa yang mereka amanahkan.

"Kita mesti buktikan bahawa tindakan mereka itu berbaloi. Worth it," kata Mahfuz.

aminmenulis :

aku sokong sangatlah apa yang diperkatakan, agar PAS atau Pakatan rakyat melaksanakan apa yang telah dicadangkan dahulu selepas kemenangan dalam PRU12 supaya mewujudkan Badan Hisbah disetiap negeri Pakatan Rakyat.

Bagi menjamin ketelusan dan keadilan dalam pemerintahan PR.

"Bukak" Pagar SUK Perak guna air je

1 komen mengomen
Tembok bangunan Perak Darul Ridzuan yang turut dikenali sebagai bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Ipoh runtuh selepas hujan lebat malam tadi menyebabkan sebahagian Jalan Istana ditutup kepada lalu lintas.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira 9 malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata sebahagian tembok sepanjang kira-kira 24 meter dan setinggi 2 meter itu dipercayai runtuh akibat tekanan air.

Bercakap kepada pemberita semasa meninjau kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), beliau berkata siasatan awal mendapati longkang di sebelah tembok berkenaan tersumbat dan air yang bertakung telah menolak tembok itu.

Kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000, katanya.

Bangunan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan DUN Perak itu dirasmikan pada 2000. BERNAMA

aminmenulis

Itu tanda Allah nak tunjuk siapa lebih hebat. Tak payah pakai jentolak, fru dan sebagainya nak bukak pagar SUK Perak. Cukup pakai air jer. Renung2kan dan selamat berinsaf wahai You Be End. Haha..

YAB Nizar, taknak masuk ke? Yang kat dalam tak reti2 nak keluaq? Black Matelic tak sedo ke diri lg agaknya. Huhu.. Dia rasa dia paling berkuasa gamaknya. Boleh buat apa saja..

Bai'ah Taklik rekaan Individu bukan Parti

0 komen mengomen
kemaskini 4.02pm Bai'ah PAS menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, tetapi melibatkan "sumpah setia laknat" bagi mengelakkan risiko lompat parti, kata setiausaha agungnya.

Datuk Mustafa Ali berkata, bai'ah tersebut digunapakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau kali pertama bertanding mewakili PAS.

Menurut Mustafa, lafaz bai'ah tersebut berbunyi:

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini.

"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."

Mustafa mendedahkan teks bai'ah tersebut dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi ini bagi menjelaskan hasil siasatannya terhadap dakwaan berlakunya bai'ah talak tiga yang menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak.

Beliau juga mempamerkan kepada media beberapa salinan bai'ah pemimpin kanan PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan surat sumpah yang ditandatanganinya sendiri bagi membuktikan perkara itu.

Bekas pengarah pilihan raya pusat PAS itu juga berkata, walaupun terdapat lafaz sedemikian yang digunapakai, PAS juga mengenal pasti terdapat juga "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakah kandungan bai'ah yang berbeza.

Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan seorang lagi pemimpin PAS di Selangor yang terlibat menggunakan bai'ah tersebut yang didakwanya berlaku di luar pengetahuan pemimpin atasan PAS.

Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid kerana mengamalkan bai'ah yang berbeza, Mustafa berkata:

"Saya sudah peringatkan. Apa yang telah berlaku itu, lain kali jangan buat lagilah."

Beliau juga berkata, bai'ah yang melibatkan lafaz cerai taklik "tidak betul dan salah daripada sudut agama" kerana boleh menyebabkan penceraian berlaku tanpa pengetahuan isteri.

"Isteri tidak tahu pun (bai'ah cerai). Jadi bagaimana hendak menghukum isteri pada sesuatu yang dia tidak buat dan dia tak tahu?" katanya.

Menjelaskan prosedur bai'ah yang digunakan PAS, Mustafa berkata, setelah mendapat watikah daripada parti untuk bertanding, kesemua calon berkumpul di satu tempat untuk berbai'ah di hadapan seorang saksi.

Prosedur ini pada kebiasannya dipantau oleh pesuruhjaya PAS di negeri masing-masing, tambahnya.

Bai'ah diamalkan oleh pelbagai kumpulan Islam di serata dunia, seperti tarikat sufi dan pergerakan dakwah, tidak tertakluk dalam parti politik semata-mata.

Sumpah setia tersebut terbahagi kepada dua: bai'ah kubra (besar), aku janji kepada khalifah dalam empayar Islam dan bai'ah sughra(kecil) untuk menguatkan kesepakatan dalam melakukan sesuatu.

Menurut ulama, bai'ah diharuskan dalam Islam selagi tidak melibatkan perkara-perkara mungkar dan haram di sisi agama.

sumber : Malaysiakini

aminmenulis said :

Yang sorang ni selalu je nak glamerkan diri buat kontroversi. Kalau mengaku awal2 kan senang. Tak la burukkan nama PAS. Bawak fitnah betul. Baca pengakuan dia disini.

Rahsia Sebuah Handphone..

0 komen mengomen
Email : mohd shahir

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI

- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers