Program Terkini PMRAM & HEWI

0 komen mengomen

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCTuhwpVTiUDWJZ2i1t6i8bp3G77EPGDiZVsDVY-NgEaUzL5YwD-lkw4cAnT2nUQ4gcOZK-RjxOS_OWD4aIHLsFg3Xz0bfPY5Z9xbRNgPMAx0mKFzBlKZZ1weBSc1xJ3ko9n06l6uwigA/s1600/iklan+ihtiram+2.jpg


http://3.bp.blogspot.com/_UkbPR9EFrgo/THyV2BH8jCI/AAAAAAAAAeM/4MFKsszqcCk/s1600/IKLAN+madrasah+saidatina+aishah-+20ogos%2710.jpg

Merdeka yang bagaimana kita mahukan?

0 komen mengomen

Gambar ini sudah cukup menggambarkan bagaimana nilai kemerdekaan di negara kita.

Merdeka yang bagaimana kita inginkan kalau ini balasan kemerdekaan yang diberikan kepada pejuang-pejuang tanah air kita dahulu. Untuk apa kita merdeka kalau begini natijahnya? bermakna anak muda mudi kita telah merdeka daripada dijajah hati-hati mereka untuk tunduk kepada hukum-hakam Islam, merdeka(bebas) daripada Syariat Allah s.w.t.

Mari kita renung kembali sirah Nabi s.a.w. dimana disana terdapat banyak erti kemerdekaan yang perlu kita nilai dari kaca mata pandangan hati kita. Boleh diakatakan terdapat 4 golongan manusia.

1. Merdeka walau Dijajah.
2. Merdeka semasa Merdeka
3. Dijajah ketika Merdeka
4. Dijajah ketika Dijajah

Merdeka walau Dijajah. Golongan seperti inilah yang kita mahukan. Walaupun dijajah dari sudut fizikalnya, tetapi roh dan jiwa mereka merdeka daripada dijajah oleh kesesatan dan penghambaan kepada dunia.

Kisah Sayyidina Bilal bin Rabah

Siapa yang tidak kenal dengan nama Sayyidina Bilal Bin Rabah. Hamba sahaya kepada Umaiyyah. Sampai hari ini nama beliau terkenal sebagai muazzin pada zaman Rasulullah s.a.w. Zaman kini, hampir setiap orang yang bertugas mengumandangkan azan akan dikatan Bilal. Bilal masjid mahupun surau. Hanya kerana beliau orang pertama yang mengumandangkan azan.

Sayyidina Bilal. Beliau seorang yang gagah, rajin berkerja. Tetapi kesemua itu tidak bernilai sama sekali disisi Allah swt. sebelum kedatangan Islam. Dengan kekuatan fizikal yang ada pada Bilal, beliau hanya dilayan seperti sampah, dipergunakan oleh kafir quraisy untuk melaksanakan apa sahaja tugas sampai satu tahap, oleh kerana kegagahan dan kecerdasan Sayyidina Bilal. Beliau ditugaskan untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w.

Namun peluang itu dimanfaat sepenuhnya oleh Sayyidina Bilal untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w. demi menyatakan keimanannya kepada Allah serta penyaksian dan kecintaannya kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah untuk umat manusia.

Walaupun dirinya milik Umayyah tetapi jiwanya telah bebas dan merdeka daripada menyembah thogut, menyembah berhala-berhala sembahan kafir Quraisy. Dan ramai lagi sahabat dan sahabiah Rasulullah s.a.w. yang mula memeluk agama Islam terdiri daripada mereka yang lemah serta dijajah fizikalnya seperti Sayyidatina Sumayyah dan ramai lagi. Semua pasti ingat bagaimana Nabi s.a.w. berdakwah secara rahsia di Mekah yang ketika itu berpusat di rumah Arqam Ibn Abi Al-Arqam.

2. Merdeka semasa Merdeka

Pemerintahan Khalifah Umar Ibn Abd Aziz

Semua makruf akan zaman kegemilangan pemerintahan Islam dibawah Khalifah Umar Ibn Abd Aziz sehingga dikatakan sampai satu tahap tidak ada manusia yang mahu menerima sedekah dan pemberian zakat. Kerana harta negara diberikan secara adil dan saksama untuk semua rakyatnya.

Keimanan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t. yang jitu dalam diri Sayyidina Umar Ibn Abd Aziz membuatkan beliau merdeka(bebas) daripada cinta kepada dunia. Jawatan serta harta kekayaan yang dimiliki tidak membuatkan beliau sombong, angkuh dan bertindak zalim kepada rakyat. Kerana beliau sedar, nikmat dan jawatan yang diberikan kepadanya hanyalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t. di hari akhirat kelak.

Bermakna, jiwa beliau bebas dan merdeka daripada rasa cinta kepada harta benda dan dunia. Inilah kebebasan dan kemerdekaan yang sebenarnya. Keamanan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. digunakan sebaik-baiknya untuk kebaikan umat manusia, nikmat kemerdekaan digunakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t. secara selayaknya oleh seorang hamba kepada tuhannya.

3. Dijajah ketika Merdeka.

Inilah kita umat Islam hari ini. Walaupun diberi nikmat kemerdekaan, keamanan dan kesenangan hidup. Tetapi hati kita telah dijajah oleh hawa nafsu dan cintakan dunia yang berpaksikan kepada Zionis Yahudi dan Barat khasnya.

Setiap gerak laku, pakaian, cara hidup, hiburan, semua aspek kehidupan kita telah dijajah dan bertuhankan barat. Semua yang dilakukan di barat adalah yang terbaik dan tidak bersalahan. Berzina boleh, minum arak bukanlah isu yang besar, bercampuran antara lelaki dan wanita tidak mengapa, dan segala macam bentuk samaada kita sedar ataupun tidak kita telah dijajah, diikat oleh hawa nafsu yang dieplopori oleh dunia barat.

Walaupun hakikat secara luaran atau fizikal negara umat Islam banyak yang telah merdeka, daripada penjajahan negara-negara maju. Tetapi kemerdekaan dari sudut luarannya sahaja. Perundangan mengikut sistem barat, kehakiman mengikut undang-undang sivil yang dicipta oleh manusia. Ekonomi berteraskan ekonomi kapitalis, hiburan sudah tidak ada batasan. Sukan yang perempuannya boleh dikatakan bertelanjang, yang lelaki elok pula berbungkus. Mengapa ini berlaku? Kerana pemikiran dan aqidah kita masih dijajah. Bukan lagi berteraskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Amat malanglah kalau kita tidak menggunakan nikmat kemerdekaan negara kita ini untuk kita bebas beribadah kepada Allah s.w.t. dan mengamalkan segala ajaran Islam.

4. Dijajah ketika Dijajah

Golongan inilah, golongan yang paling malang, yang kita sebutkan lebih teruk daripada binatang. Sudahlah luaran telah dijajah, sebagai contoh negara-negara yang mengamalkan sistem Komunis/kapitalis. Tidak beriman kepada mana-mana tuhan. Rakyat dikongkong dari bermacam sudut, sudahlah dijajah luarannya, malah pemikiran, cara hidup dan tujuan hidupnya hanyalah semata-mata untuk dunia dan manusia.

Walhal Allah s.w.t. telah menukilkan didalam Al-Quran bahawa tujuan penciptaan manusia ini hanyalah untuk beribadak kepada Allah s.w.t. selain menjadi khalifah/pemerintah di muka bumi ini.

Merdekakan Diri dengan Kembali Kepada Islam

Ayuhlah sahabat-sahabiah sekalian. Sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-53 ini. Kita merdekakan diri kita daripada kegelapan dan kembali kepada cahaya Islam. Kerana sesungguhnya apalah erti sebuah kemerdekaan dan kemenangan tanpa mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.

Firman Allah sw.t. didalam Al-Quran : "Seungguhnya agama yang diredhai Allah s.w.t. hanyalah Islam"

Nabi s.a.w. juga bersabda "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemulian Akhlak". Dan bagaimana akhlak, tatacara Nabi s.aw. tidak lain adalah Al-Quran. "Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu contoh ikutan yang terbaik"

http://i690.photobucket.com/albums/vv268/iluvislamdesign/menoufiaz/ramadhanawaldanakhir1024x768.jpg

Maka ayuh, sempena bulan Ramadhan 1431 Hijrah ini. Kembalikan hidup kita kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Cara berpakaian kita berlandaskan hukum hakam syariat Islam. Pergaulan/muamalah kita sehari-harian mengikut kehendak Islam. Hubungan kasih sayang/cinta diantara lelaki dan perempuan hendaklah melauli ikatan yang sah dan batas-batas yang telah ditetapkan oleh Islam. Seluruh aspek kehidupan kita, kita merdekakan daripada undang-undang manusia dan kembali kepada undang-undang Allah s.w.t yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

Zaman silam kita yang kelam usah kita ungkit kembali, kerana apa yang lebih penting adalah pengakhiran hidup kita didunia. Allah s.w.t. telah memberi pilihan, adakah kita mahukan syurga ataupun neraka. Atau mati kita dalam Khusnul Khatimah atau sengaja kita memilih untuk Suu'ul Khatimah.(pengakhiran hidup yang buruk) Nauzubillahiminzalik. Dan Sesunguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Selagi hayat dikandung badan, selagi pintu taubat masih terbuka. Rebutlah peluang itu sebelum kita menyesal di hari akhirat kelak.

Selamat Menghidupkan 10 Malam yang terakhir. Moga-moga Allah memilih kita untuk bertemu dengan malam yang paling baik daripda seribu bulan. Malam Lailatul Qadar.

Teringin sekali melihat kita menyambut kemerdekaan sebegini, Solat Hajat beramai-ramai didataran Merdeka sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat keamanan dan kemerdekaan Tanah Air Malaysia.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs039.ash2/35333_415540222591_358919387591_5226774_5610102_n.jpg
Ya Allah, kekalkanlah Keamanan dan Kemerdekaan Malaysia agar kami dapat beribadah dan mengabdikan diri kepada-Mu dengan penuh ketenangan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs384.snc3/23500_363743997591_358919387591_4264989_531986_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs037.ash2/35190_414423467591_358919387591_5195811_952923_n.jpg
Hormat menghormati diantara agama

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs160.ash2/41349_427065917591_358919387591_5540452_7694270_n.jpg
Kemerdekaan disambut dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.

Mungkinkah harapan ini akan muncul dan bila?
Yang pasti ia tidak mustahil jika kita semua bekerja dan bertungkus lumus untuk kemenangan Islam di Bumi Bertuah Malaysia.

Ramadhan : Apa yang aku dapat?

0 komen mengomen
Ramadhan pantas melangkah kaki sebelum mengakhiri terhenti di perhentian bertemu syawal. Ya Allah, cepat sangat Ramadhan berlalu atau aku yang lambat melangkah? Cuba kita tanya balik diri kita, apa yang aku dapat dengan ramadhan kali ini? Adakah sekadar khatam Al-Quran? Adakah sekadar berterawih 8 rakaat dan 3 witir? Adakah sekadar berpuasa lapar dan dahaga? Apa agaknya yang kita dapat?

Buat golongan pelajar mahasiswa/wi Mesir, kalian adalah benteng terakhir pertahanan umat Islam hari ini. Mari kita renung sekejap. Apa yang kita dapat di madrasah ramadhan kali ini? Adakah masa kita banyak dihabiskan dengan tidur dan aktiviti yang kurang bermanfaat? Selama 20hari ramadhan, sudahkah kita mengampingi para ulama'? Berapa banyak masa yang kita habiskan dengan kitab, menadah ilmu dikelas-kelas tafaqquh? Al-Quran sudah berapa kali kita khatam? Terawih kita dimana? Adakah sekadar hadir ke masjid untuk berbuka secara percuma?



Bukan ke bulan Ramadhan, Allah telah menjanjikan seribu rahmat? Setiap amalan yang kita kerjakan akan dilipat gandakan. Bulan yang penuh dengan keampunan, kerahmatan, keberkatan. Dimana pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Mengapa kita tidak mengejar dan berlumba-lumba untuk masuk melalui pintu yang terbuka luas dan cuba membuka pintu yang telah Allah tutup serapat-rapatnya? kalau itu yang berlaku, nilailah kembali dimana tahap iman dan ramadhan kita. Moga-moga Allah beri hidayah kepada kita dan kekalkan kita didalam kebaikan. Bukan mudah untuk istiqamah dalam amalan kebaikan, jangan kerana kita pelajar dan belajar di Mesir kita sudah boleh mendabik dada kita golongan ulama', akulah Azhari.

Teringat kata-kata Syeikh Nuruddin tempoh hari. Kita ni duduk di Mesir, bumi para anbiya' , ulama' dan auliya'. Takkan solat terawih di rumah negeri sahaja? Apa yang kita dapat kalau solat disurau? Adakah dapat barakah para ulama' atau auliya'? tentu sekali tidak. Yang kita dapat berkat kawan-kawan kita yang rosib jiddan, yang kuat tidur, yang malas pergi kuliah, yang makan banyak dan sebagainya.

Kenapa kita tidak mengambil peluang solat di Masjid Amru, Masjid Al-Azhar yang sudah ratusan tahun dibina, dimana para auliya' dan alim ulama' pernah solat disana. Sudah pasti masjid yang paling lama itu masjid yang paling banyak dikunjungi oleh para malaikat yang tidak putus-putus mendoakan orang yang beribadah didalamnya.

Itulah hakikat yang perlu kita kunyah saban hari. Fikirkan kembali dimana kita ramadhan kali ini? Tanya kembali kepada diri, Apa agaknya yang aku dapat ramadhan kali ini? Semoga hari-hari yang berbaki dapat kita sama-sama hayati untuk mendapatkan sijil insan yang paling mulia disisi Allah, iaitu Taqwa.

p/s : Jangan lupa malam ni hadir bersama-sama ke Majlis Tafaqquh Fiddin Syeikh Nuruddin yang akan membacakan kita Imam Tawus sempena menyambut hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 untuk kita menghargai jasa dan pengorbanan mereka-mereka yang telah berjuang untuk kemerdekaan sekaligus membolehkan kita beribadat dengan aman dan tenang setiap hari. Bukan dengan cara kita berhimpun beramai-ramai didataran dan hanya melaungkan slogan merdeka, merdeka, merdeka.

Adakah mungkin anak muda mudi kita tidak melakukan zina dan maksiat menyambut merdeka kerana menghormati bulan ramadhan? Semoga Allah lindungi keluarga dan sahabat kita daripada perbuatan-perbuatan tersebut. amin..

Kita sudah mereka daripada penjajah, moga ramadhan kali kita kita dapat merdekakanlah diri kita pula daripada penjajahan hawa nafsu dan kembali kepada Islam. aminn..


Kiriman Kotak Cinta

16 komen mengomen
Buat ayah dan ibu terchenta.. Anakanda dah terima barang kirimannya 2 hari lepas. Alhamdulillah. Sape la yang buat design kotak tu? Kreatif. Hehe.. Siap ada tali lagi. senang nak bawak. Naik motor tak payah pegang.



Kredit kepada ibu yang sudi bersusah payah memasak untuk Amin yang tak dapat beraya bersama tahun ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Ayah yang sangguh meredah lautan manusia di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur hanya untuk menghantar sebuah kotak cinta buat anakandamu disini.


Hajat asal hendak dikirim kepada saudara Dr. Anas. tapi apakan daya, barang-barang beliau sahaja sudah penuh hingga hampir-hampir tidak lepas semasa di KLIA. Namun, atas dasar cinta dan sayang seorang ayah, ayah sanggup juga pergi ke KLIA tak kira la siapa yang nak pergi Mesir. Kalau boleh kirim dengan mereka ayah nak kirim jugak. Itulah ayah. Amin sayang sangat kat ayah dengan ibu.



Yela, barang yang dihantar hanyalah makanan. Tetapi bukan itu yang ingin dizahirkan, tetapi nilai cinta dan kasih sayang seorang ayah dan ibu kepada anaknya. Sebelum ni dah kirim barang, tapi barang tu belum sampai lagi. Ayah pun kirim sekali lagi. Huhu.. Terharu..



Allah.. Ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka melebihi kasih mereka kepadaku sewaktu aku kecil. Ya Allah, Tempatkan mereka dikalangan orang-orang yang bertaqwa dan Redhailah mereka melebihi redha mereka kepada-ku.

Kredit to : Along & Kak Su. Kak Ngah (Nor Soleha) yang jadi bibik kat rumah. Hehe.. Uda (Mohd Izzuddin) Driver dan Fotografer. Yang lain terlibat jugak ke? hehe.. Kak Aisyah & Kak Hakimah (UIAM) & adek (Mohd Ridhuan) IKN Perlis.

Badar Al-Kubra

0 komen mengomen
badar1.jpgPada hari ini (17 Ramadan) tahun kedua hijrah telah berlaku satu peristiwa penting dalam sejarah Islam yang tidak wajar dilupakan oleh seluruh umat Islam. Peristiwa tersebut ialah peristiwa peperangan Badar Al-Kubra yang merupakan satu pertembungan antara tentera yang dipimpin oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan tentera kuffar Quraisy.

Peristiwa ini adalah merupakan permulaan operasi jihad al-qital di dalam Islam dan tenteranya yang berjumlah 313 orang daripada kalangan sahabat merupakan batalion syuhada yang menyaksikan seramai 14 orang sahabat Rasulullah telah menemui syahid. Bermula peperangan ini gerakan jihad di dalam Islam tidak pernah berakhir dan akan berterusan sehinggalah hari Qiamat.

Walaupun peperangan ini bukanlah satu peperangan yang besar dari segi jumlah, masa dan saiznya kerana tidak berlarutan lebih daripada sehari manakala jumlah korbannya hanya 14 di pihak muslimin dan 70 di pihak musyrikin, tetapi kesan yang diperolehi daripadanya amat besar. Ianya tidak sama dengan peperangan lain yang memakan masa selama bertahun-tahun bahkan berpuluh tahun serta angka korban yang mencapai angka puluhan ribu kerana apa yang dinilai ialah objektif peperangan ini yang melakar sejarah permulaan pertembungan berdarah antara kebenaran dan kebatilan, antara tauhid dan juga syirik sehingga digelar dalm al-quran sebagai yaum al-furqan (hari pemisahan):

(وما أنزلنا على عبدنا يوم الفرقان يوم التقى الجمعان)


“Dan tidaklah kali turunkan kepada hamba kami pada hari Al-Furqan pada Hari pertemuan dua pihak”
Rasulullah s.a.w sendiri telah menzahirkan kepentingan dan kehebatan peperangan ini dengan satu doa baginda sehingga kain rida’ yang dipakai baginda terjatuh daripada bahunya ketika mengangkat tangan kerana bersungguh-sungguh dalam doanya yang mana ianya berbunyi:







"اللهم انصر هذه العصابة، اللهم إن تهلك هذه العصابة فلن تُعبد في الأرض بعد اليوم"

“Ya Allah, Kau Berilah kemenangan kepada kaum ini, Ya Allah sekiranya hancurnya kaum ini maka nescaya Engkau tidak lagi disembah di muka bumi selepas hari ini”
Maksud yang ingin dinyatakan oleh baginda dalam doa ini adalah kepenting peperangan yang sedang dihadapi kaum muslimin yang mana ia akan menentukan nasib agama Islam dan tauhid serta ibadah kepada Allah kerana kumpulan muslimin tersebut merupakan kumpulan sahabat yang membawa agama Allah yang terakhir dan tiada lagi Nabi selepas Muhammad serta tiada lagi kitab selepas Al-Quran serta tiada lagi syariat selepas syariat Islam. Sekiranya kumpulan badar ini tewas nescaya akan tewaslah Islam dan berakhirlah agama tauhid di muka bumi ini.





Dalam peperangan ini telah berlaku beberapa babak-babak yang membuktikan ketinggian keimanan para sahabat baginda Rasulullah s.a.w dan kejayaan baginda mentarbiyah para jamaah muslimin samada kaum ansar dan muhajirin yang dibentuk di dalam madrasah nabawiyyah selama 13 tahun di Makkah dan selepas 2 tahun di Madinah.

Ketika mana Rasulullah bermusyawarah dengan para sahabat berkaitan kesediaan mereka untuk pergi berperang maka salah seorang daripada mereka yang bernama saidina Miqdad bin Al-Aswad berkata:

: يا رسول الله والله لا نقول لك كما قالت بنو إسرائيل لموسى اذهب أنت وربك فقاتلا إنا ها هنا قاعدون، بل نقول لك اذهب أنت وربك فقاتلا إنا معكما مقاتلون



“Wahai Rasulullah, Demi Allah kami tidak akan berkata kepadamu sebagaimana seperti mana berkatanya Bani Israel kepada Nabi Musa: Pergilah kamu dan tuhanmu dan berperanglah kamu berdua sedangkan kami ingin tinggal di sini, tetapi kami berkata kepadamu: Pergilah kamu dan tuhanmu maka berperanglah sesungguhnya kami akan berperang bersama kamu berdua”
Berkata pula saidina Saad Bin Muaz yang mewakili kaum Ansor:

يا رسول الله كأنك تريدنا، والله يا رسول الله لقد آمنا بك وصدَّقناك وأيقنا أن ما جئت به هو الحق، والله لو استعرضت بنا هذا البحر فخضته لخضناه وراءك ما تخلف منا رجل واحد وإنا لصُبُر في الحرب، صُدُق عند اللقاء، سالم بنا من شئت وحارب بنا من شئت لعل الله يريك منا ما تقر به عينك


“Wahai Rasulullah, seolah-olah kamu menginginkan kami. Demi Allah wahai Rasulullah, sesungguhnya kami beriman pada denganmu dan kami membenarkan kamu dan kami yakin sesungguhnya apa yang dibawa kamu adalah kebenaran. Demi Allah sekiranya dibentangkan kepada kami lautan luas kemudian engkau merentasinya nescaya kami akan merentasinya bersama di belakangmu dan tidak akan ada orang yang tertinggal walaupun seorang. Sesungguhnya kami orang-orang yang sabar dalam peperangan, benar dalam pertemuan, berdamailah dengan sesiapa pun yang engkau mahu bersama kami dan perangilah sesipa pun yang engkau mahu bersama kami semoga Allah menunjukkan apa yang menyejukkan matamu.”

Demikianlah beberapa perkara yang boleh kita ambil sebagai pengajaran dan iktibar menerusi peristiwa peperangan badar semoga iman kita di bulan Ramadan ditingkatkan oleh Allah.



*Penulis merupakan Penasihat PMRAM, Saudara Khairul Anuar Ismail (ibnubarqi.blogspot.com)

Fatwa Jakim & Hukum Bukan Islam Masuk Masjid

1 komen mengomen

Akhir-akhir ini, UMNO & BN seringkali cuba mensensasikan isu agama dan perkauman, namun hasilnya isu tersebut akhirnya menunjukkan kebodohan dan kejahilan mereka sendiri tentang agama Islam itu sendiri.

Dan hikmah setiap isu-isu yang timbul ini telah mencelikkan mata masyarakat berkenaan hukum-hakam Islam yang selama ini mungkin tidak diambil endah oleh masyarakat kita. Alhamdulillah.



Ini takpe pulak wanita Islam UMNO masuk masjid tak pakai tudung. Ape cer ni? Yg tu dah tentu dia bukan Islam, xtau adab2 dan hukum Islam. Ni wanita islam ni wey.. Wanita Amno..

Fatwa Majlis Kebangsaan
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.


Soalan:

Apakah hukumnya orang-orang bukan beragama Islam memasuki masjid? Jika dibolehkan, apakah tatacara dan adab-adab bagi membolehkan mereka masuk ke dalam masjid untuk tujuan melawat dan menyaksikan kawasan dalam masjid?

Jawapan:

Di dalam mazhab asy-Syafie orang kafir haram dan ditegah sama sekali daripada masuk Masjidil Haram sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah : 28.

Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram. Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub.

Ini berdasarkan hadith Baginda SAW yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda SAW orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318)

Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka.

Keharusan orang kafir masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram berdasarkan hadith Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (yang bermaksud) :

“Rasulullah SAW telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang (tawanan) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. (HR al-Bukhari)

Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam. Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal.

Daripada penjelasan para ulama’ Syafiiyyah di atas, jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan.

Untuk ini, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.

Yang ni pun kena baca gak: MASJID SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN - JAKIM

Lagi penerangan berkenaan isu ini..

HARUS orang yang bukan muslim masuk ke dalam masjid untuk tujuan yang dibenarkan syara’ atau untuk melakukan perkara-perkara harus yang lain seperti mendengar tazkirah atau untuk meminum air dan seumpamanya. Ini kerana Nabi S.A.W. pernah membiarkan beberapa perwakilan orang yang bukan muslim memasuki masjid baginda dan melihat umat Islam menunaikan solat, mendengar bacaan al-Quran dan khutbah Baginda S.A.W. demikian juga untuk menyeru mereka kepada Allah dengan lebih dekat. Baginda juga penah mengikat seorang kafir di dalam masjid iaitulah Thamamah bin Athal al-Hanafi (ثمامة بن أثال الحنفي), seorang tawanan perang, lalu Allah memberi hidayah kepada beliau dengan beliau memeluk Islam. (Sila lihat Majmu’ Fatawa wa Maqalaat Mutanawwi’ah oleh al-Syeikh al-‘Allamah Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz R.H. jld 8, m.s. 356)

Inilah pandangan yang lebih kuat dan lebih hampir kepada kebenaran pada pandangan saya disebabkan keberadaan dalil bersamanya.

Dalil yang dinyatakan oleh al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz R.H. di dalam fatwanya di atas adalah sebuah hadith yang diriwayatkan antaranya oleh al-Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya:


بَعَثَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏خَيْلًا قِبَلَ ‏ ‏نَجْدٍ ‏ ‏فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ مِنْ ‏ ‏بَنِي حَنِيفَةَ ‏ ‏يُقَالُ لَهُ ‏ ‏ثُمَامَةُ بْنُ أُثَالٍ ‏ ‏فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ فَخَرَجَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالَ ‏ ‏مَا عِنْدَكَ يَا ‏ ‏ثُمَامَةُ ‏ ‏فَقَالَ عِنْدِي خَيْرٌ يَا ‏ ‏مُحَمَّدُ ‏ ‏إِنْ تَقْتُلْنِي تَقْتُلْ ذَا دَمٍ وَإِنْ تُنْعِمْ تُنْعِمْ عَلَى شَاكِرٍ وَإِنْ كُنْتَ تُرِيدُ الْمَالَ فَسَلْ مِنْهُ مَا شِئْتَ فَتُرِكَ حَتَّى كَانَ الْغَدُ ثُمَّ قَالَ لَهُ مَا عِنْدَكَ يَا ‏ ‏ثُمَامَةُ ‏ ‏قَالَ مَا قُلْتُ لَكَ إِنْ تُنْعِمْ تُنْعِمْ عَلَى شَاكِرٍ فَتَرَكَهُ حَتَّى كَانَ بَعْدَ الْغَدِ فَقَالَ مَا عِنْدَكَ يَا ‏ ‏ثُمَامَةُ ‏ ‏فَقَالَ عِنْدِي مَا قُلْتُ لَكَ فَقَالَ أَطْلِقُوا ‏ ‏ثُمَامَةَ ‏ ‏فَانْطَلَقَ إِلَى ‏ ‏نَجْلٍ ‏ ‏قَرِيبٍ مِنْ الْمَسْجِدِ فَاغْتَسَلَ ثُمَّ دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَقَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ ‏ ‏مُحَمَّدًا ‏ ‏رَسُولُ اللَّهِ يَا ‏ ‏مُحَمَّدُ ‏ ‏وَاللَّهِ مَا كَانَ عَلَى الْأَرْضِ وَجْهٌ أَبْغَضَ إِلَيَّ مِنْ وَجْهِكَ فَقَدْ أَصْبَحَ وَجْهُكَ أَحَبَّ الْوُجُوهِ إِلَيَّ وَاللَّهِ مَا كَانَ مِنْ دِينٍ أَبْغَضَ إِلَيَّ مِنْ دِينِكَ فَأَصْبَحَ دِينُكَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيَّ وَاللَّهِ مَا كَانَ مِنْ بَلَدٍ أَبْغَضُ إِلَيَّ مِنْ بَلَدِكَ فَأَصْبَحَ بَلَدُكَ أَحَبَّ الْبِلَادِ إِلَيَّ وَإِنَّ خَيْلَكَ أَخَذَتْنِي وَأَنَا أُرِيدُ الْعُمْرَةَ فَمَاذَا تَرَى فَبَشَّرَهُ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏وَأَمَرَهُ أَنْ يَعْتَمِرَ فَلَمَّا قَدِمَ ‏ ‏مَكَّةَ ‏ ‏قَالَ لَهُ قَائِلٌ ‏ ‏صَبَوْتَ ‏ ‏قَالَ لَا وَلَكِنْ أَسْلَمْتُ مَعَ ‏ ‏مُحَمَّدٍ ‏ ‏رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏وَلَا وَاللَّهِ لَا يَأْتِيكُمْ مِنْ ‏ ‏الْيَمَامَةِ ‏ ‏حَبَّةُ حِنْطَةٍ حَتَّى يَأْذَنَ فِيهَا النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Nabi S.A.W. telah mengutuskan sekumpulan tentera ke Najd, lalu mereka kembali) membawa seorang lelaki dari bani al-Hanifah namanya Thumamah bin Uthaal pemimpin penduduk Yamamah), lalu mereka mengikat dia di salah satu tiang masjid, lalu Nabi pergi kepadanya dan bertanya: “Apa sangkaan kamu wahai Thumamah (tindakan yang akan aku kenakan kepada kamu)?” Jawab Thumamah: “Sangkaan aku adalah baik, jika kamu membunuhku, kamu membunuh seorang yang ada kemuliaan, jika kamu memberi nikmat kepadaku (melepaskanku), engkau memberi nikmat kepada orang yang reti berterima kasih, jika engkau mahukan harta, mintalah apa yang kamu mahu. Kemudian baginda meninggalkan dia sehinggalah keesokan hari, kemudian baginda bertanya lagi kepada Thumamah: “Apa sangkaan kamu wahai Thumamah (tindakan yang akan aku kenakan kepada kamu)?” Jawab Thumamah: “Sangkaan aku seperti kelmarin, jika kamu memberi nikmat kepadaku (melepaskanku), engkau memberi nikmat kepada orang yang reti berterima kasih.” Lalu baginda meninggalkannya, sehinggalah keesokan harinya baginda bertanya lagi kepada Thumamah: “Apa sangkaan kamu wahai Thumamah (tindakan yang akan aku kenakan kepada kamu)?” Jawab Thumamah: “Sangkaan aku seperti kelmarin, jika kamu memberi nikmat kepadaku (melepaskanku), engkau memberi nikmat kepada orang yang reti berterima kasih.” Lalu Nabi S.A.W. berkata: “Lepaskan Thumamah!” (Thumamahpun dibebaskan), lalu dia pergi ke sebatang pohon tamar berhampiran masjid, lalu dia mandi, kemudian dia memasuki masjid lalu berkata: “Aku bersaksikan tidak ada ilah melainkan Allah dan aku bersaksikan bahawasanya Muhammad itu adalah Rasulullah. Wahai Muhammad sebelum ini tidak ada satu wajah di atas muka bumi ini yang lebih aku benci berbanding wajah engkau, akan tetapi hari ini wajah engkau telah menjadi wajah yang paling aku cintai. Demi Allah sebelum ini tidak ada agama yang lebih aku benci berbanding agama mu, akan tetapi sekarang agama mu telah menjadi agama yang paling aku cintai, demi Allah tidak ada juga sebelum ini satu negeri yang lebih aku benci berbanding negerimu, akan tetapi hari ini negerimu telah menjadi negeri yang paling aku cintai. Sesungghnya ketika pasukan tenteramu menangkapku, aku hendak menunaikan umrah, apakah pandangamu?” Lalu Rasulullah S.A.W. memberikan khabar gembira kepadanya dan baginda menyuruh dia menunaikan hajatnya untuk melaksanakan umrah. Apabila Thumamah sampai ke Makkah, seseorang berkata kepadanya: “Apakah engkau telah bertukar agama?” Jawab Thumamah: “Tidak, akan tetapi aku telah memeluk Islam bersama Muhammad Rasulullah S.A.W. Demi Allah tidak akan sampai kepada kamu semua walau sebiji gandum melainkan dengan keizinan Nabi S.A.W. (ketika itu penduduk Mekah masih belum menerima Islam)”

Dalam masa yang sama tidak dinafikan wujudnya perbezaan pendapat ulama dalam masaalah ini. Secara ringkas perbezaan mereka adalah seperti berikut:

1. Harus orang-orang yang bukan muslim memasuki masjid termasuk masjid al-Haram. Ini adalah pandangan para ulama dari mazhab Hanafi. Antara hujah mereka ialah, Nabi S.A.W. pernah membiarkan perwakilan daripada bani Thaqif (ثقيف) memasuki masjid baginda, sedangkan mereka itu orang-orang yang bukan Islam. Ulama dari golongan yang pertama ini memahami firman Allah S.W.T.:


يا أيها الذين آمنوا إنما المشركون نجس فلا يقربوا المسجد الحرام بعد عامهم هذا

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis, maka janganlah mereka menghampiri masjid al-Haram sesudah tahun ini...” (al-Taubah: 28)

Ayat ini difahami oleh ulama golongan pertama ini sebagai larangan daripada masuknya orang-orang musyrik dan menguasai masjid al-Haram, bertakabbur dan bertawaf di dalamnya dalam keadaan berbogel sepertimana kebiasaan mereka ketika jahiliyyah.

2. Harus orang-orang yang bukan muslim memasuki masjid dengan keizinan orang-orang muslim melainkan masjid al-Haram dan semua masjid yang berada di tanah al-Haram. Ini adalah pandangan para ulama dalam mazhab al-Syafie (Sila lihat Raudhah al-Tolibin 1/296). Ia juga merupakan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad, dan sebahagian ulama mazhab Hambali menyatakan inilah pandangan mazhab Hambali.

Said ibn Musayyin berkata:

قد كان أبو سفيان يدخل مسجد المدينة وهو على شركه، وقدم عمير بن وهب فدخل المسجد والنبي صلى الله عليه وسلم فيه ليفتك به فرزقه الله الإسلام

Maksudnya: “Abu Sufyan pernah memasuki masjid al-Madinah ketika ia masih seorang musyrik, demikian juga ‘Umair bin Wahb pernah memasuki masjid untuk membunuh Nabi S.A.W. yang berada di dalamnya, kemudian Allah menghidayahkan dia dengan Islam. (Sila lihat al-Mughniy oleh Ibn Qudamah)

3. Tidak boleh (haram) orang-orang yang bukan Islam memasuki masjid. Ini merupakan salah satu pandangan Imam Ahmad di dalam salah satu riwayat daripadanya. Antara hujah golongan ini ialah, mereka berpendapat jika orang yang berhadath, berjunub dan wanita yang haid dilarang dari menetap di dalam masjid, maka orang-orang musyrik yang sememangnya berhadath itu lebih utama untuk dilarang.

4. Orang yang bukan islam tidak boleh memasuki masjid melainkan jika ada keperluan. Ini adalah pandangan ulama-ulama mazhab Malik.


wallahu a'lam. bs

Sumber
BKO
Fatwa Kebangsaan - JAKIM

Jom Bayat Zazkat Fitrah.. Le10 jer..

0 komen mengomen
Makluman kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir, zakat fitrah pada tahun ini 1431H bernilai LE10. Nilai tersebut merujuk kepada ketetapan yang telah dikeluarkan oleh Darul Ifta' Mesir.

http://www.ramadanonline.de/userfiles/image/zakat-quran-mta.jpg

Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang ingin membuat pembayaran zakat, boleh dilakukan melalui Bendahari BKAN dan DPM masing-masing atau terus membuat bayaran kepada Bendahari Kehormat PMRAM. Pungutan bayaran zakat akan dilakukan pada 25 September 2010.


Sebarang maklumat lanjut, bolehlah terus menghubungi Bendahari Kehormat PMRAM di talian +20143352855 ataupun Bendahari HEWI PMRAM +20117737821.

www.pmram.org

Salah ke doa Lim Guan Eng Masuk Islam?

0 komen mengomen



Hebatnya UMNO kini...
Perkasanya UMNO kini...
Hinggakan hal Islam dibuat main..
Terdesaknya UMNO kini...
Hinggakan khutbah dijadikan taruhan..
Hinggakan kedudukan Khatib dijadikan perjudian..
Bagi memohon perhatian yang sedikit daripada rakyat Malaysia..
Bagi menimbulkan kebencian melayu kepada cina...
Bagi menimbulkan kehairanan cina kepada melayu...

Adakah Islam ini agama Ekslusif hanya untuk melayu?
Adakah sekecil itu nilai Islam di mata UMNO?
Adakah sehina itu nilai Islam dimata panglima melayu UMNO?

Doa untuk Guan Eng?
Di dalam khutbah? Benarkah?
Ada sesiapa yang merakamnya?
Ada sesiapa yang meng'3gp' kannya?
Atau ada sesiapa yang membuat siaran langsungkannya?

Oklah.. katakanlah ianya benar-benar berlaku...
Benar-benar Tok Khatib mendoakan agar Lim Guan Eng masuk Islam..
menerima hidayah Islam..
Apa masalahnya?

Namun yakinlah..
Sekiranya benar-benar Lim Guan Eng kembali kepada Islam..
maka itu adalah checkmate yang sebenar-benarnya buat UMNO!

'Ya Allah.. dibulan yang mulia dan penuh keberkatan ini,
aku mohon padaMu Ya Allah, kau bukakanlah pintu hati Lim Guan Eng ini,
bagi menerima kebenaran Islam,

Kau kuatkanlah hatinya bagi memilih Islam sebagai agama yang sebenarnya,
Kau berikanlah Lim Guan Eng ini kekuatan jiwa bagi memperoleh hidayah dan menjadi daripada hanya pejuang keadilan menjadi juga sebagai pejuang Islam yang sebenar..

Ya Allah, kau HANCURKANLAH UMNO dan BARISAN NASIONAL!
Kau hancurkanlah UMNO yang semakin hari semakin munafik dan berani mempertaruhkan Islam untuk kepentingan politik mereka!

UMNO yang berani melanggar apa yang Rasulullah SAW perjuangkan iaitu Perjuangan Islam bukan perjuangan bangsa asabiyah seperti yang UMNO perjuangkan!

UMNO yang menganggap Islam hanya untuk keturunan melayu sahaja!
Ya Allah! KepadaMulah aku memohon.. Amin Ya Rabbal A'lamin"

Muslimeen United

PM Palestine berbuka di rumah rakyat.. Terharu..

0 komen mengomen

GAZA, 25 Ogos: Lazimnya pemimpin atau ketua sesebuah negara mengundang tetamu berkunjung ke kediaman mereka untuk majlis-majlis keraian dan berbuka puasa.

Jarang kita dengar pemimpin sesebuah negara yang sudi menziarahi rakyatnya yang miskin, apalagi duduk bersama berbuka puasa dengan mereka dalam keadaan serba kekurangan.

Apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Palestin, Ustaz Ismail Haniyah telah mempamerkan satu contoh keprihatinan dan kepedulian pemimpin terhadap rakyat, lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat sedang diliputi berbagai kepayahan hidup.

Pada Jumaat, 20 Ogos lalu, Ustaz Ismail berkunjung ke rumah sebuah keluarga di Gaza untuk berbuka puasa dengan juadah yang disediakan oleh keluarga tersebut, lapor laman web Haluan Palestin.

Rumah mereka sangat sederhana, hanya terdapat satu ruangan kurang daripada 20 meter persegi, tanpa tingkap dan tanpa lubang ventilasi. Rumah itu dihuni 8 orang ahli keluarga iaitu ibu bapa dan enam orang anak mereka. Bayangkan betapa sesak dan sempitnya rumah itu.

Melihat keadaan yang menyedihkan itu, Haniyah mengarahkan pegawainya supaya memberikan bantuan makanan untuk keluarga tersebut, dan menghadiahkan sebuah kipas angin supaya rumah mereka lebih ‘selesa’ daripada keadaan sebelumnya.

Kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza hingga kini masih hidup dalam keadaan yang menyedihkan akibat tindakan zalim embargo Zionis Israel yang telah berterusan sejak 4 tahun yang lalu.

Mereka kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan, dan harus bergantung kepada bantuan kemanusiaan daripada luar, termasuklah keperluan makanan dan air bersih. -Hrkh

Kamu yang saya cari!! Jangan lari!!

0 komen mengomen
KAMU SAYANG ISLAM? MAKA KAMU PERLU TAHU PERANAN BLOGGER MAHASISWA ISLAM



Di dalam membincangkan tentang peranan blogger mahasiswa Islam, kita boleh mengalihkan perspektif perbincangan kepada peranan pendakwah. Ini kerana konteks mahasiswa ialah di bawah kekuatan pemuda Islam, yang sememangnya diwajibkan untuk menyebarkan Islam.

Manakala sebutan “blogger”, ia melihat kepada uslub, atau cara dalam berdakwah. Ya, kadangkala blogger ini banyak masalahnya, dan tidak kurang juga faedahnya. Ia kembali kepada peranan penggunanya.

Hukum penggunaan blogger adalah diharuskan, berdasarkan qias kepada pandangan Syeikh Ali Jum’ah dalam meletakkan harus bagi penggunaan Handphone, Televisyen dan sebagainya. Ia diharuskan pada alat tersebut, tetapi diharamkan disebabkan penyalahgunaannya.

ZAMAN RASULULLAH S.A.W.

1. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, para pendakwah menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan dakwah, termasuk dengan cara penulisan. Contohnya Nabi Muhammad SAW sendiri mengutuskan surat kepada raja-raja luar Tanah Arab untuk memeluk Agama Islam.

Selain itu, pada zaman Nabi Sulaiman lagi, surat telah dihantar kepada Permaisuri Saba’ meminta supaya beliau memeluk Islam. Era penulisan kitab juga telah bermula pada awal zaman sahabat RA, contohnya Saidina Umar al Khattab merupakan orang yang mula-mula menulis tentang Sirah Nabi SAW, yang menceritakan tentang plot hijrah ke Madinah.

Kesimpulannya, sejarah penulisan ini sudah cukup masyhur dalam penyebaran dakwah Islam. Ia adalah salah satu saluran untuk menyampaikan Islam kepada umum. Blog juga adalah salah satu saluran penyampaian Islam ini, yang mesti digunakan oleh Pendakwah Islam masa kini.

PEMUDA HARI INI PEMIMPIN HARI ESOK

2. Mahasiswa adalah barisan pemuda, yang mempunyai kekuatan untuk menggegarkan alam. Apatah lagi mereka dikurniakan kekuatan dan kemahiran yang banyak dalam menyebarkan dakwah melalui saluran ini. Maka, seorang pemuda harus menjadikan blog ini sebagai medan penyampaian dakwah mereka.

Melihat kepada peranan pemuda, sudah cukup untuk menjelaskan kedudukan mereka sebagai blogger Islam, sepertimana pendakwah pada zaman Nabi SAW. Ya, mereka semua adalah dari kalangan golongan muda yang hebat dalam ilmu agama, atau boleh diterjemahkan sebagai mahasiswa Islam. Contohnya,

SAYYIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ
a. Saidina Abu Bakar as Siddiq adalah seorang yang benar dalam kata-katanya dan dakwahnya. Apa gunanya menipu dengan menggunakan istilah dakwah. Ya, seorang blogger perlu menulis perkara yang benar, tidak menimbulkan fitnah semata-mata untuk “memanas”kan penulisan.

Kononnya hendak menarik pembaca, sanggup membuat fitnah. Tak ketinggalan juga mereka yang sanggup berlembut dalam perkara yang perlu tegas. Contohnya beberapa blogger yang masih “husnuzzon” apabila ulama’ terang-terang dihina dengan karikatur. Ingat, Saidina Abu Bakar RA mengisytiharkan perang kepada Golongan Murtad dan golongan yang tidak bayar zakat.

SAYYIDINA UMAR AL-KHATTAB

b. Saidina Umar RA yang cukup tegas dalam dakwahnya menjadikan aspirasi kepada blogger supaya bertegas dalam perjuangan Islam. Beliau juga hebat dalam mengatur strategi dakwah, juga perlu diaplikasikan oleh blogger supaya pandai dalam mengatur artikel yang ingin disiarkan.

Saidina Umar al Khattab pernah berkata, “sekiranya aku mengerjakan solat di dalam gereja, aku bimbang umat Islam akan datang, akan mengikut apa yang aku lakukan ini”. Lalu, beliau mengerjakan solat di luar gereja sehingga terbinanya Masjid Saidina Umar yang bersebelahan dengan gereja.

Maka, blogger juga perlu bertanya kepada diri sendiri, “tidakkah aku bimbang sekiranya penulisan ini akan dijadikan pegangan oleh pembaca?” Maka, berhati-hatilah dalam penulisan blog.

SAYYIDINA UTHMAN IBNU AFFAN

c. Saidina Uthman RA yang menampilkan penampilan yang lembut juga perlu dijadikan aspirasi oleh blogger mahasiswa Islam dalam menyebarkan dakwah. Pada zaman beliau juga, terhimpunnya al Quran dan dibukukan secara sempurna. Maka, seorang blogger perlu memikirkan bagaimana untuk menjadikan penulisan kita di dalam blog dapat dikekalkan.
Situasi hari ini, orang melihat sebagai “penulisan neutral” adalah yang terbaik. Bahkan penulisan yang bersifat lembut juga yang terbaik. Tetapi malangnya pembaca lebih meminati penulisan yang panas. Maka, gunakanlah penulisan yang lembut untuk mengulas isu yang panas.

SAYYIDINA ALI

d. Saidina Ali RA yang menampilkan watak seorang yang hebat dalam bidang ilmu, juga menjadi aspirasi kepada blogger untuk membawa blognya ke arah perbincangan ilmiah. Beliau juga hebat dalam pemahaman Islam yang sebenar.

KENAPA SAYA KENA MENULIS TENTANG ISLAM, INI KAN BLOG PERIBADI SAYA?

Ya, memang tidak dinafikan ini blog persendirian, tetapi sebagai seorang blogger Islam hendaklah memahamkan manusia tentang Islam yang sebenar, bukannya menimbulkan tanggapan buruk kepada Islam. Contohnya pada hari ini, masyarakat akan memerhati, adakah penulisan di dalam blog ini menampilkan Islam yang sebenar? Atau ia hanya perangai yang dibuat-buat?

KHULAFA' ARRASYIDIN SEBAGAI CONTOH
3. Cukuplah dengan 4 contoh Khulafa’ ar Rasyidin ini untuk menterjemahkan peranan seorang blogger mahasiswa Islam. Di sana begitu banyak peranan blogger mahasiswa Islam yang telah ditonjolkan oleh ulama terdahulu.

4. Selain itu, dipetik di dalam sebuah blog bekas Mahasiswa al Azhar, Ustaz Nasaruddin at Tantawi tentang etika dan adab seorang blogger :

a. Memberi dan menyampaikan maklumat adalah kerja terpuji bagi membina dan membentuk minda para pembaca. Tetapi ianya mestilah dilakukan dengan penuh adab dan etika . Bertanggungjawab dengan tulisan dan amanah dalam meriwayat.

Pertama : Ikhlas , jujur dan suci niat dalam apa jua bentuk tulisan justeru ia diperhati dan dinilai oleh Allah swt sekalipun serapat mana bilik komputer kita dikunci

Kedua : Tulis dan riwayat perkara yang benar . Jangan berbohong atau berdusta . Menyembunyikan fakta sebenar dan menukilkan andaian yang penuh hasad dan dusta . Kerana dosa dan neraka juga boleh menerima seorang penulis blog sebagaimana pahala dan syurga juga boleh menerima mereka . Bergantung bagaimana mereka ber"blog" .

Ketiga : Berbahasa dan berbudi dalam tulisan tentunya menjadikan hasil karya kita lebih bermutu dan meyakinkan . Kebenaran akan ternoda dengan kalimah dan tulisan yang kesat atau celupar dan berbau fitnah .

Keempat : Tulisan yang bertanggungjawab ialah yang diketahui siapa penulisnya . Penulis misteri hanya meletakkan tulisannya setaraf surat layang yang tidak memiliki kredibiliti untuk dipercayai dan diyakini .

Kelima : Penulisan menggambarkan karaktor penulis . Penampilan gaya dan cara penulisan yang tenang, ceria, jelas dan benar akan membawa pembaca merujuk kepada kehebatan peribadi penulis. Lantaran itu, menulislah dengan jiwa yang tenang dan nurani yang suci nescaya tulisan itu akan meresap dengan tenang ke segenap jiwa pembaca dan membawa ketenangan kepada semua.

KAMU BUKAN PENULIS UPAHAN DAN MURAHAN

b. Ramai penulis mutaakhir ini selain terjebak sebagai penulis upahan untuk menjuarai kepentingan tertentu , terdapat juga penulis picisan yang tidak punya matlamat dalam menulis kecuali menabur fitnah dan menyalakan api permusuhan . Mereka langsung tidak memiliki etika penulisan bahkan tiada juga adab dalam menulis .

c. Mereka menulis seolah - olah mereka bebas untuk berbuat apa sahaja tanpa memikirkan implikasi atau risiko yang bakal tercetus gara - gara tulisannya . Mereka hanya mementingkan diri sendiri untuk mencapai sebuah kepuasan yang tidak pasti benar atau salah . Penting bagi mereka ialah puas. Mereka tidak peduli kadang - kadang sahabat handai dan rakan taulan sendiri remuk rendam perasaan angkara tulisannya .

d. Hati-hatilah sahabat sekalian , dalam kita menulis di sana terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum kita publish sesuatu tulisan itu . Asasnya ialah bertanggungjawab terhadap tulisan tersebut dan ianya bertunjangkan kebenaran fakta dan nas .

e. Berjiwa besarlah justeru tulisan kita akan membentuk persepsi masyarakat terhadap apa jua isu yang kita bawa, jika tulisan yang kita paparkan adalah tulisan yang meyakinkan bukan menjengkelkan. Maka tulislah perkara yang baik nescaya kita akan dapat natijah yang baik .

Pun begitu , sabarlah ! terkadang tulisan yang baik dan benar ini akan diserang oleh musuh dan difitnah atau ditohmah kerana mereka tidak senang dengan kebenaran yang dibawa dan mereka cuba mengheret kita menjadi blogger seperti mereka yang penuh dengan hasad, fitnah, kata - kata kesat dan celupar serta sumpah seranah .

Oleh : Ust Mujahid Ibnu Ir Fadzil

Daurah Khas Madrasah As-Syafie bersama Syeikh Fadhil At-Tilani Al-Jailani

1 komen mengomen
Daurah khas bersama Syeikh Fadhil At-Tilani Al-Jailani (cucu kepada Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani) yang juga pengarang Kitab Tafsir Jailani akan hadir di Madrasah Al-Imam As-Syafie. Beliau akan menyampaikan sendiri syarahan Kitab Tafsir Jailani serta memberikan ijazah seterusnya melancar sebuah kitab baru karangan beliau.

Tarikh : 22 Ogos 2010
Masa : 7.30 pagi.
Tempat : Rumah Terengganu Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir.
Kitab : Tafsir Al-Jailani.

Semua Dijemput Hadir

Sebab apa umur kita pendek?

0 komen mengomen
Kisah Umur Umat Nabi Muhammad

Sedang dalam perjalanan pulang ke rumah, Tariq bertanya kepada Ziyad.

"Yad, nak tanya sikit boleh?"

"Tanyalah, kalau aku boleh jawab, aku jawab."

"Ko pernah dengar tak, hadith pasal umur umat Nabi Muhammad?"

"Pernah jer.. yang umur kita kebiasaannya sampai kepada 60-70 tahun tu kan?"

http://farm4.static.flickr.com/3202/3287016546_afb846ca8e.jpg
Gambar hiasan..

"Aah.. pandai.."

"ورد عن النبى صلى الله عليه وسلم انه قال : أعمار أمتى ما بين الستين الى السبعين

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : Umur umatku adalah diantara 60 hingga 70 tahun.

Berdasarkan hadith ini, mari kita berfikir. Bukankah kita diciptakan untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Seperti mana Firman Allah s.w.t. :

" وما خلقت الجن والاءنس الا ليعبدون"

Tetapi mengapa Allah mengurniakan umur yang sedikit kepada kita? Tetapi umat-umat yang terdahulu umur mereka ratusan tahun?

Kelebihan Umat Nabi Muhammad

"Ntah la Ziyad, aku tau-tau gitu jer.."

"Tu la, kalau nak tau, kita la umat yang paling untung sbb jadi umat Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun dikurniakan umur yang pendek tetapi Allah telah beri kelebihan yang banyak."

"Ha.. aku tau, Malam Lailatul Qadar kan?" sampuk Tariq.

"Yup.. tu baru Malam Lailatul Qadar, sebenarnya banyak sangat kelebihan umat Nabi Muhammad s.a.w. ni yang Allah kurniakan. Antaranya Hari Jumaat, Hari Arafah, Bulan Ramadhan, Rejab, Sya'ban, dan tempat-tempat suci seperti Mekah, Madinah & Baitul Maqdis.

Dimana kalau kita melakukan amal ibadat pada waktu-waktu tersebut, terlalu banyak ganjarannya. Dan kalau kau nak tau pahala satu solat jumaat di Masjidil Haram 100 ribu kali ganda daripada solat ditempat lain. Kalau kira dengan matematik la, ( pahala solat berjamaah dah 27 kali ganda, kali 100 ribu = 2 juta 200 ribu), kalau selain masjidil Haram 27 kali dengan setahun iaitu 48 kali Jumaat (27 x 48 = 1296). Baru seribu lebih.. mana nak cari umur manusia seribu lebih?

Cuba la bayang, dengan kelebihan Solat di Masjidil Haram, di bulan Ramadhan, bertemu pula dengan Malam Lailatul Qadar. SubhanAllah.. tak terhitung banyaknya.."

"Allahuakbar... Subhanallah.. Tapi tu la, kenapa susah & ramai yang taknak berebut-rebut untuk dapatkan kelebihan tersebut kan Ziyad?"

"Tu sebabnya, hati kita tidak yakin dengan janji Allah s.w.t. Lebih nampak keuntungan dunia berbanding dengan hari Akhirat.

Kejar Dunia Daripada Akhirat

Kau tengok, mereka-mereka yang berjawatan tinggi sekarang, berapa puluh tahun mereka teruk bekerja untuk menjawat jawatan tinggi? Kau tengok perdana menteri kita, dari dulu terlibat dengan politik, dah berpuluh-puluh tahun, baru sekarang boleh jadi Perdana Menteri. Berapalah sangat gaji.

http://yeinjee.com/asianpop/wp-content/uploads/2007/10/crowded-great-wall-01.jpg

Tu baru dunia. Manusia dah habiskan terlalu banyak waktu untuk mengejar keuntungan dunia. Sedangkan akhirat ni yang akan kita duduk selama-lamanya, tak pulak nak sibuk-sibuk cari. Sebab tu tak ramai yang nak kejar pahala ni. Sebab hati dah penuh dengan cinta dunia.

Ko bayang je la, kalau satu bekas tu dah penuh dengan air, boleh tak ko nak tambah lagi Tariq?"

"Boleh."

"Ya, memang boleh, tapi dengan ko tambah air yang baru, pasti ada air yang akan keluar. Macamtu jugak dengan hati kita, kalau dah penuh dengan dunia, macamana akhirat nak masuk?

Macam kita jugak, kalau bilik tu penuh dengan orang kita nak masuk lagi tak? Pasti kita pun taknak bersesak-sesak dengan orang yang ada dalam tu. Rimas, lemas dan macam-macam lagi.

Begitu jugaklah dengan Ilmu, Al-Quran dan lain-lain.

Kalau fikiran kita, hidup kita, hati kita dah penuh dengan hiburan. Macamana ilmu nak lekat dalam kepala kita? Macamana hati kita nak masuk Al-Quran?"

"Allah.. sebab tu kita jadi malas belajar kan Ziyad? Huhu.. Nak solat Terawih 20 rakaat pun dah ngantuk, letih, boring dll.. Nak mengaji satu muka pun dah tak larat. Sebab hati kita dh mati kena racun dunia dan nafsu. Bila selalu ikut nafsu, jadi ibadah pun ikut nafsu." Tariq mengeluh..

Kisah Sayyidina Uthman & Uwais Al-Qarni

"Kau nak tau tak.. Macamana ulama' dan salafussoleh dulu beribadat macamana?" Ziyad cuba mengubah topik perbualan.

"Nak, nak.. Sape?"

" Diriwayatkan daripada Uthman Ibn Abd Rahman Attaimi katanya : Sesungguhnya aku berusaha untuk solat dibelakang maqam Ibrahim, sehingga saat aku bangun. Lalu seseorang meletakkan tangannya di atas bahuku. Dan sesungguhnya dia adalah Saydina Uthman Ibn Affan. Lalu beliau mengimami solat. Dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab, sampailah beliau khatam Al-Quran. Kemudian beliau rukuk dan sujud. lalu aku mengambil sepatuku kerana aku tidak mampu. Dan aku tidak tahu samaada beliau solat sebelum atau selepasnya.

Allah, kalau kita. Huh.. Bukan kata nak tunggu sampai khatam, baru 5, 6 helai muka surat imam baca, gerenti pengsan, tak pun cabut lari..

Itulah antara karamah @ kelebihan yang Allah bagi pada sahabat dan salafussoleh terdahulu." panjang lebar Ziyad menceritakan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6T8hCsyujrCI0nZgtvFnui53EB_zUkyyNe9vDI6LriVOmkBwYC31AFktt7HtsCMJkUrJTJzsSDRqw48-Ujr_0If0ogm3QtAAWpx4-y10l70YMN5-I57ZH8iu1n5b34FMco657ridG164/s400/sujud.jpg

Ada ramai lagi auliya' Allah yang Allah beri mereka kelebihan (karamah) dan kekuatan untuk melaksanakan ibadah sepanjang malam. Antaranya Uwais Al-Qarni : Kisah ini diriwayatkan daripada Asbagh Ibn Zaid katanya : Sesungguhnya Uwais Al-Qarni bila tiba pada waktu malam beliau akan berkata " Malam ini aku nak lakukan ibadah rukuk sahaja." Maka beliau akan menunaikan solat lalu beliau rukuk sepanjang malam sehinggalah subuh barulah beliau bangkit menyempurnakan solatnya. Begitu juga hari-hari yang lain. "Malam ini aku ingin melakukan ibadah sujud" Lalu beliau solat dan sujud sepanjang malam pada sujud yang pertama, kemudian hampir waktu subuh barulah beliau bangkit dan menyempurnakan solatnya." Terang Ziyad.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhBIp9aQPw6khsYMhyphenhyphenpluZsTCgOchQ0NIH6QUkr2Rss_bFvBaOm3CWdir3zY_0HQUp-XRKyUbHWw13vwpVF31gu24D30pN4z7ttQK8TNwpVxaw0GptGGudzQV_ahbN0iTTMjLuk9foRtQ/s320/ruku.jpg

"Eh, biar betul. Macam tak logik.." soal Tariq.

"apa yang tak logiknya. Itulah yang kita sebut Karamah. kelebihan yang Allah berikan kepada orang-orang yang hampir dengan-Nya.

Tak Logik..

Meh, aku bagi contoh mudah. Kalau zaman dulu, sebelum ada kapal terbang. Daripada Malaysia nak pergi ke Mekah. Makan masa berapa lama? Berbulan-bulan naik kapal laut. Tapi sekarang, dah ada kapal terbang. Sehari boleh ulang alik daripada Mekah ke Malaysia. Kalau kita bagitau kat orang zaman dulu agak-agaknya mereka percaya tak?"

"Mustahil.." balas Tariq.

"Ha, macam tu la kita. Itu baru manusia yang cipta. Tapi karamah ni Allah yang bagi. Apa yang mustahilnya?"

Jangan sebab kita tak mampu kita kata macam-macam. Penipulah, bidaah dan sebagainya. Siapa kita nak bandingkan dengan mereka-mereka sahabat, auliya' dan salafussoleh yang terdahulu? Yang hidupnya tidak tercemar dengan hiburan, makanan yang haram dan syubhah. Dan macam-macam lagi perkara negatif yang kita lakukan sekarang.

Macamana hidup kita, masa kita, ilmu kita nak berkat. Sebab semuanya dah tercemar dengan perkara-perkara yang haram dan syubhah? Sebabtu orang sekarang tak pandai-pandai, akhlak makin teruk walaupun periksa cemerlang.

p/s : kisah-kisah ini diambil daripada Kitab Iqamatul Hujjah oleh Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Sebarang kesilapan atau kekurangan adalah kesalahan dan kekurangan daripada aminmenulis. Harap Maklum..

Ahlan Wasahlan Mahasiswa/wi Baru Al-Azhar & Perubatan

0 komen mengomen

KAHERAH, 20 Ogos -
Persiapan untuk menyambut ketibaan pelajar baru ke bumi Mesir telah bermula sejak Julai yang lalu. Pelbagai persiapan telah dilakukan oleh seluruh jentera Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) samada di peringkat Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) mahupun di peringkat PMRAM.


Dianggarkan kehadiran pelajar-pelajar baru yang akan membanjiri bumi Mesir tahun ini bagi melanjutkan pengajian di peringkat Pengajian Islam dan Perubatan hampir 1000 orang.

Mereka semua akan datang dan diuruskan oleh Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan negeri.

"PMRAM sebagai persatuan induk dibumi Mesir yang menaungi 12 buah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) terus optimis memberikan kebajikan kepada semua sebagai objektif utama PMRAM selaras dengan tema USMB PMRAM pada tahun ini "Kebajikan Diutamakan Ukhwah Disatukan" yang menjadi asas dan tujuan utama USMB." ujar Pengarah USMB PMRAM 2010, Saudara Mohd Faizzudin Ghazali yang juga merupakan Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM 2010.

Tambah beliau, "USMB PMRAM juga menyalurkan perkhidmatan buat mahasiswa/wi baru dari sudut pendidikan, maklumat informasi bermula mereka sampai di Lapangan Terbang Kaherah sehinggalah mereka masuk ke kuliah masing-masing".

Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) merupakan urus setia atau unit yang menyelia segala tugas yang berkaitan kebajikan dan perkhidmatan ke atas mahasiswa/wi baru yang tiba di bumi Mesir. Ia juga merupakan satu gerak kerja yang dibentuk secara tahunan bagi melancarkan gerak kerja di semua peringkat.

Dipetik dari Laman Rasmi PMRAM

aminmenulis: Ahlan Wasahlan buat Mahasiswa/wi baru, selamat berjuang di bumi barakah, bumi para Anbiya'. Kami Mahasiswa/wi lama, menghulurkan tangan menyambut ketibaan kalian dengan penuh ukhuwwah dan persaudaraan. InsyaAllah, kita disini satu keluarga, baik pelajar pengajian Islam mahupun perubatan, ingat! Kita agen perubah masyarakat, kita harapan Islam, walau siapa pun kita. Kita Adalah Mahasiswa Islam.

Nilai Ramadhan Buat Aktivis

0 komen mengomen

Segala pujian bagi Allah SWT, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Hampir 6 bulan penantian kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sudah pun kita sisipkan doa agar Allah SWT memberi keberkatan kepada umat Islam untuk melakukan amalan soleh pada bulan Rejab dan Sya'ban kerana kedua-dua bulan tersebut merupakan tempoh bagi ganjaran pahala dilipatgandakan.

PMRAM merupakan sebuah persatuan yang berorientasikan program dan aktiviti bagi menunjukkan wajah Islam yang sebenar. Justeru PMRAM menekankan konsep dosa dan pahala ketikamana melaksanakan tugasan dan amanah.

Mereka yang sengaja mengabaikan tugasan dan tanggungjawab pasti menerima dosa serta janji buruk suatu hari kelak. Manakala mereka yang bersungguh melaksanakan amanah dan tanggungjawab pasti menerima ganjaran serta anugerah daripada Allah SWT.

PMRAM tidak menjanjikan elaun atau imbuhan buat pendokong yang bekerja melaksanakan program dan aktiviti. Malahan terkadang pendokong PMRAM pula yang perlu berkorban demi melaksanakan kerja-kerja Islam.

Inilah yang PMRAM istilahkan sebagai TARBIYAH yang mendidik petugas-petugas melaksanakan kerja-kerja Islam. Setiap kerja yang dilaksanakan pasti diganjar dengan pahala di akhirat kelak. Sesungguhnya Islam tidak akan tertegak dengan kata-kata.

RAMADHAN AL-MUBARAK

Ramadhan merupakan bulan yang dijanjikan pahala yang berganda oleh Allah SWT. Sekiranya kita meneliti sabda Baginda SAW

من قام رمضان إيمانا و احتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

"Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu"

Ramadhan adalah peluang keemasan untuk merebut pahala dan ganjaran yang berganda daripada Allah SWT dengan melaksanakan ibadah kepada-Nya. PMRAM memandang bahawa peluang ini merupakan anugerah buat aktivis-aktivis PMRAM untuk bergerak lebih aktif melaksanakan kerja-kerja Islam.

Manakan tidak, kerja Islam yang dilaksanakan di bulan ini berganda pahalanya berbanding bulan-bulan yang lain. Menyedari keadaan ini, PMRAM tetap melaksanakan program dan aktiviti di bulan Ramadhan demi membina kesatuan serta pemikiran dikalangan mahasiswa.


MUZAKARAH BERKELOMPOK

Lapar dan dahaga tidak sedikit pun mengganggu aktivis PMRAM (fasilitator) melaksanakan muzakarah berkelompok. Malahan mereka semakin bersemangat untuk melaksanakan medan tarbiyah ini kerana meyakini bahawa itu adalah ibadah serta kerja Islam.

Bagi aktivis PMRAM muzakarah berkelompok merupakan makanan penguat untuk memberi tenaga melaksanakan kerja-kerja Islam. Padahal realiti kerja Islam itu susah untuk berada dalam keadaan senang dan lenang dihamparkan dengan permaidani yang merah.

MESYUARAT ADALAH IBADAH

Perancangan dan strategi bagi sesuatu aktiviti dirancang dalam permuafakatan mesyuarat. Keputusan hasil perbincangan adalah keputusan yang berkat dan perlu dilaksanakan walaupun terdapat halangan dan cubaan.

Justeru, kerja-kerja Islam tidak akan terlaksana dengan hanya sekadar bercakap dan berbual tanpa ada perancangan. Maka bagi aktivis PMRAM, lapar dan dahaga tidak menghalang mereka untuk menghadiri dan mengadakan mesyuarat. Malahan mereka lebih bersemangat kerana meyakini bahawa itu adalah ibadah dan kerja Islam.

TAKLIFAN SEBAGAI AJK PELAKSANA PROGRAM

Kalimah Allah SWT serta syariat Islam tidak akan tertegak hanya dengan kata-kata dan semangat. Tetapi agenda tersebut akan mencapai matlamat serta hadaf dengan terlaksananya tugasan dan kerja-kerja Islam.

Oleh itu, bagi aktivis PMRAM bulan Ramadhan bukan hanya sekadar mentarbiyah diri untuk tadarus membaca al-quran, solat tahajjud serta solat tarawih bahkan mereka juga menganggap taklifan sebagai ajk pelaksana program adalah sebagai tarbiyah kerana itu adalah ibadah dan kerja Islam.


Sebab itulah PMRAM tetap melaksanakan agenda tarbiyah di bulan Ramadhan dengan menyusun beberapa program seperti Kolokium Ilmuan, Madrasah Saidatina Aisyah, Ifthor Jama'ei bersama BKAN, Pengajian bersama Sheikh Rohimuddin, Daurah Kitab Fiqh As-Shiyam dan lain-lain.

PMRAM memandang ibadah dan tarbiyah bukan hanya sekadar diatas tikar sejadah dan di dalam masjid-masjid. Akan tetapi lebih luas daripada itu. Ayuh kita mengejar pakej tarbiyah yang dijanjikan oleh Allah SWT terutamanya di bulan yang mulia ini.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Shahrizan bin Mohd Hazime,
Presiden,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010.

Jadual Terkini Majlis Tafaqquh Fiddin. Update- Khamis 19/8/10

0 komen mengomen



http://4.bp.blogspot.com/_Bt28SAInoi0/TGNTZoqQLsI/AAAAAAAABXE/asg5iz5o_fM/s1600/backdrop-syeikh2010_2.5m_x_1.jpg
Pengajian bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki bertempat di Asrama Rumah Kedah, Hayyu Sabie setiap hari selepas Asar dan selepas Terawikh. Jadual terkini seperti dibawah. Hidupkan Ramadhan kita dengan menghadiri Majlis-majlis Ilmu. Jangan sia-siakan hari-hari anda.



Nota : Buku pengajian boleh didapati/dibeli di kelas pengajian.


8 hari barakah telah berlalu..

2 komen mengomen
Ramadhan is coming!!

Ramadhan 1

Ramadhan 2

Ramadhan 3

Ramadhan 4

Ramadhan 5

Ramadhan 6

Ramadhan 7

Ramadhan 8


Korang semua dah buat lum perkara2 ni? Yakin ker bleh sampai ke malam Lailatul Qadar? Bermaknakah Ramadhan kita kali ini? Moga-moga ibadah kita mendapat keredhaan Allah, bukan lapar dengan dahaga jer.. huhu.. aminn..

Dr.

Rindu saat itu, Biah Al-Quran di Kostaq & Imtiaz Dungun

13 komen mengomen
Kalau dulu aku boleh baca 5,6 juzu' tanpa melihat quran, boleh menjadi imam dan adakala menjadi makmum yang mampu menegur tatkala imam tersalah bacaan. Kalau dulu, setiap hari hidupku pasti mengulang sekurang-kurangnya satu juzu' sehari. Saat itu, hidup jadi tenang dan riang.

Teringkat satu malam tu, aku balik dari beli burger dekat sekitar taman perumahan, berkayuh basikal sorang-sorang lalu tepi padang bola yang penuh dengan pokok-pokok besar, rendang dan tinggi. Tiba-tiba angin bertiup kencang, pokok-pokok besar yang tadi keras terus bergerak-gerak macam rasaksa berlawan dengan ultraman. Seram sejuk aku dibuatnyer..

Cepat-cepat aku kayuh, basikal jadi laju, tiba-tiba ada makhluk/lembaga melintas kat atas, lajuu.. Aku kaget, pecut sehabis daya, habis air soya yang aku beli jatuh kat tanah. Mebazir je. Tapi aku biarkan je air soya tu. Yang penting dapat sampai rumah dengan selamat. Akhirnya sampai jugak dirumah tercungap-cungap. Fuhh.. Lega..

Apa yang aku nampak tadi ek? Hantu ke ape? Huhu.. sejuk beku tangan dan kaki. Meremang bulu roma. Ah, lantak la. yang penting aku dah sampai rumah. Masa iu baru je habis sekolah rendah. tapi lepas aku masuk sekolah menengah (KOSTAQ) aku dah tak takut dah. hehe..

***********************************************************

Hari-hari kosong terus berlalu, sampailah satu hati, aku menjejakkan kaki ke bumi KOSTAQ, singkatan bagi Kolej Sains & Teknologi Al-Quran, Yayasan Terengganu, Besut. Sekolah tu pun aku tahu melalui bibir mulut ayah. Kostaq? Sekolah ape ek? Tak pernah dengar pun?

"Amin masuk dulu, insyaAllah, sekolah ni bagus." kata ayah.

Aku ikut je cakap ibu dengan ayah, anak soleh kan. haha.. Langsung tak bantah walaupun ada jugak sesekali bersungut, biasa la budak-budak.

Masa tu gaduh beli Baju, kasut, beg, alat tulis, barang2 keperluan asrama, sebab sekolah dah mula. Aku antara mereka yang lewat daftar, minggu orientasi dah pun mula. Aku gagahkan jugak kaki ni nak melangkah ke dunia asing, jauh dengan ibu masa tu suatu yang perit, Namun, terpaksa jugak demi hari-hari yang mendatang. Kalau tak tak jadi la aku sekarang.

Lepas je daftar, sape tah bawak aku ke dorm. Luas. Cukup luas, seluas 2 gelangang badminton yang diletakkan selari. Siling dia tinggi, mmg macam gelanggang badminton, dan kalau malas pergi dewan @ time rehat, kitorang memang main badminton pun dalam bilik. Haha.. lepastu aku berkenalan dengan kawan-kawan yang cukup peramah. dan diorang bawa aku pergi ke dewan makan kat blok aspuri (asrama putri).

Tengah minum-minum, orang kat sebelah aku ni tanya "Masmuka ya akhi?" Ha? Muka api? Aku pening-pening. Yang lain dah tergelak.. Tak paham la.. Lepastu dia ulang balik "Nama siapa?" Ohh.. ingatkan tanya apa tadi.. Haha. bengang jer rasa. "Amin" jawab aku ringkas.

Awak? "Ariff" balas kawan aku tadi. "Oh, selamat berkenalan. orang mana ek?"

"Ana orang klate" jawab Ariff ringkas. Arif bukanlah sahabat pertama yang aku kenal, masa dalam perjalanan nak pergi dewan makan tadi, aku sempat kenal dengan Aiman, anak jati Besut. orangnya pakai spek.

********************************************************

Hari-hari berlalu penuh suka dan duka. Semakin lama, aku rasa bahagia jer kat sana. Rasa hidup penuh bermakna dan ceria, kawan-kawan pun rasa perkara yang sama. Maklumlah, kami pelajar pertama yang bersekolah disana. KOSTAQ baru sahaja ditubuhkan atas inisiatif dan idea YB Dato' Harun Taib. Jadi, kira otai la, takde nak raging-raging. takde senior. Kami-kami jer.. Best2..

Kami ditarbiyah oleh guru-guru yang penyayang. Hubungan kitorang cukup erat macam keluarga. Gurau senda dan mainn sama-sama. Tak pernah terbayang pun akan dapat sekolah best camni. Dan aku rasa sekolah yang terbaik pernah aku sekolah.

Teringat Ust Zaman yang kitorang panggil Abi. Beliau memang seorang murabbi, tegas mendidik kitorang, tapi amat kitorang hormati. Entah kenapa, setiap kali kena marah dan didenda, kitorang redha dan rasa terhutang budi je. Pantang tali leher tak ikat kemas, pantang lengan baju tak berkancing, pasti kena cubit atau side burn ditarik tiba-tiba. Entah bila agakanya Abi datang, tau-tau dah ada kat belakang.

"Aduhh!! Sakitnyer ust.." aku mengaduh.

"Kenapa tak kancing lengan ni? Tali leher kenapa tak ikat kemas?" Balas Abi dengan persoalan.

"Aku membatu, tersenyum basi.." sambil mengancing lengan dan memperbetulkan ikatan tali leher. Jarang aku kena dengan Abi, sebab lepas kena tu aku sentiasa berjaga-jaga takut terkena lagi.

Masa ni la aku kenal dengan usrah dan halaqah. Pertama kali jugalah aku pegang buku Maza Yakni (Apa Ertinya Saya Menganut Islam) Setiap hujung minggu, kitorang akan pergi rumah guru homeroom./warden angkat. Waktu itu aku dibawah seliaan Ust Rosidi. Orangnya kacak, hitam manis. Mahir dalam bidang komputer, fasih berbahasa Inggeris dan Arab, kalau duk tengah padang, memang dia la hebat sekali main bola. Kagum. Memang banyak kelebihan pada Ust Rosidi, boleh menjadi imam, boleh bersukan, mahir dalam bidang IT, pandai memasak. Aduh, serba serbi ada.

Hari demi hari berlalu, semakin banyak yang aku hafal. Bermula dengan juzu' satu. Setengah tahun itu hanya sempat menghabiskan juzu' satu. Biasalah, baru mengenal apa itu tasmi', apa itu maqrak. Hari demi hari kitorang merangkak hinggalah boleh berdiri.

Teringat kenangan manis waktu solat asar di dewan besar. Seorang sahabat aku ni jadi imam. Waktu tu baru seminggu aku menginap kat sekolah asrama penuh ni.

"Allahuakbar!! Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirabbil alamin.." Subhanallah!! Habis semua tergelak.

"Woi, mana ada solat asar baca kuat-kuat!" Sape tah sound dari belakang. Haha.. memang kelakar. Mungkin pertama kali jadi imam. Budak tingkatan satu lagi, biasa lah.

********************************************************************

"Amir!! Lari cepat!! nanti banat yang dapat dulu!!" Salah sorang diantara kami bertempik suruh Amir lari. Masa tu baru lepas kelas tambahan. Sebab nampak banat dah ada kat depan. Cepat-cepat Amirullah lari. Diredahnya padang bola yang merumput tinggi. Ah!! semua tu bukan halangan lagi, yang penting berlari dan berlari. Banat pun apa lagi, cepat-cepat pecut. ahaha..

Biasanya kitorang budak laki akan makan kat dewan Aspuri, jadi siapa yang beratur dulu dia la akan makan dulu. Maka, setiap hari mesti kitorang berlumba dengan banat, seandainya banat (akhawat/pelajar putri) yang beratur dulu, berjam-jam lah kami terpaksa menunggu. Macam tu la tiap-tiap hari.. Akhirnya, sepakat nak buat jadual makan.

Pernah suatu hari tu pelajar putri tak ikut jadual makan yang telah dibuat. Habis riuh, gaduh satu dewan makan. Selepas perang dunia ke-3 meletus, akhirnya budak putri mengalah, siap bengang dengan kitoranf. haha.. Janji tetap janji.

**********************************************************

Seminggu kitorang kena sediakan 3 muka hafalan al-Quran untuk ditasmi'. Mujurlah aku dah pernah hafal sebelum ini, masa kat Maahad Tahfiz Darul Bayan Pinang Merah, Paka, Terengganu. Modal aku untuk hari esok dah ada. Lega rasa hati, tak pernah pun aku kena denda sebab tak tasmi'.

Pernah suatu hari tu, ada la sahabat-sahabat aku kena denda berdiri kat depan kelas budak perempuan. Huu.. Mujur aku terlepas. Pernah jugak aku mengelat, masa tasmi' aku bawak quran kecik, bila tak ingat aku belek quran tu masa Ust tak nampak. Huhu.. tapi sekali je la. Lepastu insaf.

Bila balik cuti hujung bulan, aku kayuh basikal malam. Eh, dah takde lagi perasaan takut bila bawak basikal malam-malam solat jemaah kat surau. Entah, kenapa. Terasa adanya kekuatan dalam diri. Tak macam sebelum ni. Jalan yang sama juga aku lalui. Mungkin berkat Al-Quran yang aku hafal, aku jadi berani.

*****************************************************

Selepas bertukar kerajaan negeri, kitorang dipindahkan ke Kostaq Dungun, sekarang nama dia Imtiaz Dungun. Waktu itu, kecoh satu sekolah. Yela, lepas tukar kerajaan tu, staff-staff pun bertukar angin gak. Kitorang nak buat program, diorang wat tak layan jer. Sebab diorang nak ikut pentadbiran baru. Dengar-dengar khabar angin MRSM akan wujud balik dan ambik tapak sekolah ni. Jadi kitorang kena Dungun.

Waktu tu, dekat nak sambut Hari Guru, nak tak nak. Dewan kena guna, untuk perasmian dengan acara dewan. Tapi bilik siaraya terkunci, staff yang jaga entah hilang kemana. Terpaksa kitorang pecah masuk ikut tingkap belakang.

Tiba-tiba staff yang jaga datang. Teruk kitorang kena marah, lepas bincang-bincang, akhirnya kitorang boleh gunakan, tapi semua terpaksa urus sendiri. Padang pulak masatu rumput dah panjang, untuk acara padang kena la potong, staff plak tak nak layan, katanya, kalau nak, potong sendiri. Terpaksa juga kitorang ambik mesin rumput potong sendiri. Dan Alhamdulillah, itulah hari guru yang paling grand dan hebat pernah aku join.

3 hari 2 malam sambutan hari guru. Jarang sangat hari guru buat macam ni.

*********************************************************

Ombak menendang pantai, angin terus menerus langgar muka aku, best jer. 2 tahun dah berlalu, sekarang aku kat tempat baru. Imtiaz Dungun, sekolah yang betul-betul menghadap Laut Cina Selatan. Setiap hari jugak la ombak tu mengubat luka dihati. Kitorang macam dihalau dari sekolah kitorang KOSTAQ. Hari demi hari kitorang lalui, suasana dah berubah, tak cantik , luas dan semahabbah dulu. Sebahagian guru ada yang kena berhenti atas sebab dan alasan politik.

Tapi, tulah hakikat pahit yang perlu kitorang telan sampai sekarang. Rasa pahit tu tak terhenti kat situ je. Dalam senyap-senyap kitorang dapat tahu bahawa sekolah ini akan ditukar namanya kepada Imtiaz. Cukup pengecut dan dayus trasa orang yang nak tukar tu, dah la takde makluman rasmi, takde bincang pulak tu. Berita tu pun kitorang tau bila masuk bilik guru. Ternampak notis kat atas meja cikgu-cikgu.

"Penukaran Nama KOSTAQ kepada IMTIAZ''

Geram!! Sebab apa tak berbincang dulu? Geram jer rasa. Pengecut betul.. Kalau berani isytihar la depan kitorang. Tapi, sampai sekarang tak menjadi realiti. Berita itu senyap menyepi, sekolah terus berjalan. Signboard dipindahkan, dicabut dan diganti. Imtiaz, School of Excellent.

Cis!! Lembu punya susu sapi dapat nama. Silibus dengan waktu sekolahan sama je macam biasa, yang bertukar hanya nama.

Teringat aku waktu perjumpaan ibu bapa bersama pegawai Yayasan Terengganu yang baru. Ada seorang ayah kawan aku tanya dengan tegas. "Kenapa tukar nama? bukan ke yang ada ni dah elok?" Pegawai tu jawab "Ada apa pada nama?" pakcik tadi pun jawab balik "Kalau macam tu kekalkan je lah nama ni" Senyap kejap. terkedu pegawai tu.

"Masalahnya, nama ni tak boleh pakai. Sebab tak sampai tahap kolej." Pegawai tu jawab balik.

"Dah, Maktab Rendah Sains Mara tu takpe pulak!! Sama jugak macam sekolah ni, kenapa tak tukar?" Pak cik ni hangin semacam je. Dewan dah riuh. Akhirnya, majlis habis macamtu je.

****************************************************

Sekarang dah nak masuk 5 tahun kenangan best tu. Tiakde dah la lagi ust/ustzah/cikgu yang akan kawal kitorang. Pastikan hafalan kitorang terjaga tiap hari. semuanya nafsi-nafsi.. Al-Quran yang aku dah hafal pun ingat beberapa juz' je, tak macam dulu. Tebuk jer kat mana-mana, insyaAllah boleh jawab.

Takde dah rasa nak bangun awal dan tidur lewat sebab nak pastikan hafalan lama diingati dan yang baru diperkemas untuk esok. Best sangat masa tu, Sesi persekolahan kitorang mula dengan kelas Al-Quran, riuh rendah kelas-kelas pagi-pagi, semua sibuk mengulang dan menghafal. Perghh, seronok kan? tiap hari rutin macam ni. Hati rasa penuh dengan nur Ilahi. Rindu saat itu.. Aku rasa nak jer flashback, biarlah waktu tu berenti kat situ..

Apapun, aku rindu pada Kostaq, rindu pada Imtiaz Dungun yang dahulu..

Ya Allah, kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi cabaran dan halangan masakini. Moga matiku dalam keadaan aku mengingati Al-Quran yang ku hafal. Matiku dalam khusnul khatimah. Bukan mudah Ya Allah untuk menjaga kalam-Mu yang suci ini. Hati ini penuh dengan dosa dan noda. Ampunilah aku Ya Allah..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers