Yea3.. minyak naik lagi.. Tahniah 1 Malaysia.

4 komen mengomen
TAHNIAH..!!
RAKYAT DIDAHULUKAN..!!
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..
ESOK MINYAK NAIK..!!
yahuuuuuuu......!!!

TAHNIAH DAN TAHNIAH LAGI..!!!
NASIB 1 MALAYSIA..!!

p/s : Semalam aku beli tiket Bas nak balik Terengganu. Sebelum ni RM42.90. Tp Semalam aku beli kat Hentian Kajang dah jd RM43.00. Huhu.. tahniah. Kerana menggenapkan jumlah bayaran. Hua3. Tak payah nak cari duit seposen baki.
Yg tambah tensen tu, aku pg kaunter xde orang jaga, Dah la mesin tiket tu offline. Sejam aku tunggu. Tak dapat jugak. Aleh2, Kena datang sekali lagi petang tu. Haha.. Cobaan.

Semalam berlalu penuh dgn dosa dan noda..

4 komen mengomen
Usai tadarus di Masjid Al-Azhar, Hamzah termenung seketika..

Bermuhasabah tentang hari-hari semalam yang penuh dengan noda dan dosa.

"Ya allah, adakah amalanku diterima selama ini?" Hamzah bermonolog sendirian.
"aku melakukan ketaatan kepada-Mu, namun dlm masa yg sama aku juga melakukan maksiat kepada-Mu, malah aku fikir, maksiatku lebih banyak berbanding ibadatku kepada-Mu. Astaghfirullahalzaim. Hamba jenis apa aku ini agaknya disisi-Mu Ya Allah?"


Perkarangan Masjid Al-Azhar mula lengang dari kelibat manusia. Hanya mereka yang benar-benar ingin memanfaatkan dan menghidupkan malam Ramadhan masih beri'tikaf didalam dewan solat dan sekitar masjid Al-Azhar.

Hampir setiap malam akan diadakan tadarus al-quran yang akan dipimpin oleh pensyarah2, dan malam ini dipimpin oleh Ust Umar. Hanya beberapa orang yang menyertai haloqah ini termasuklah Hamzah. Sekitar 10 orang. Namun ia sudah memadai untuk menghabis satu juz setiap malam, dengan setiap orang membaca sehelai.

Hamzah teringat kata-kata seorang Ust yang menyampaikan tazkirah usai 4 rakaat solat terawih sebentar tadi.

"Ramadhan awwaluhu rahmah, wa awsotuhu maghfirah, wa akhiruhu itqun minnar"

Ada sesetengah pendapat mengatakn ia hadith dhoif, namun bukanlah salah. kerana ia mampu menjadi pendorong untuk seseorang meningkatkan ibadahnya dibulan yang penuh barakah ini.

Dalam hadith lain Nabi s.a.w pernah bersabda "Man sooma ramadhanan imanan wahtisaban ghufirolahu ma taqaddama min zabik" yang bermaksud "Barang siapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan, akan diampunkan oleh Allah dosa-dosanya yang telah lalu"

MasyaAllah, Maha Pemurah Allah yang telah mengurniakan manusia khususnya ummat Islam bulan yang penuh barokah, penuh dengan keampunan dan rahmah.

"Sesungguhnya apabila ramadhan tiba, akan dibuka segala pintu syurga dan akan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan akan dibelenggu"

Disini menunjukkan bahawa Allah membuka seluas-luasnya pintu taubat dan keampunan, serta dibelenggu syaitan-syaitan laknatullah, kerana apa? Tidak lain, semata-mata untuk manusia beramal ibadah tanpa sebarang gangguan dan godaan syaitan. Pada waktu ini barulah kita nampak, adakah kita termasuk daripada golongan yang telah ditarbiyah oleh syaitan atau orang-orang yang sentiasa bermujahadah untuk menundukkan nafsu mereka. Sedar atau tidak memang itulah hakikat, hatta kita merasa sendiri kurang untuk melakukan maksiat pada bulan ini. Terasa perbezaan dengan 11bulan yang kita lalui, seakan-akan ada sesuatu yg mempengaruhi kita untuk melakukan maksiat.

Namun dibulan ini, lihatlah betapa ramai umat manusia yang berbondong-bondong ke masjid dan surau untuk menunaikan solat terawih. Jika kita fikirkan, mengapa hanya di bulan ramadhan mereka boleh hadir ke masjid, malah solat yg dilakukan lebih banyak daripada solat isya' yakni 4rakaat dibulan2 yg lain? Tidakkah kita pelik?

Hamzah cuba merungkai persoalan ini. "Heran aku diorang nih, time bulan pose boleh plak dtg masjid solat, tapi, time lain, haram batang hidung pun tak nampak. Padahal same je malam2 ni dgn mlm2 lain, pelik2?. Kalau macam ni tiap2 malam kan bagus. Malam lain lg ringkas, solat Isyak 4 rakaat jer. Tp tak datang plak. Ni dahla Solat Isyak 4rakaat+Terawih 8+Witir 3. Kalau campur 4+8+3, adeh.!! tak reti nak kira lah plak. kena amik kalkulator nih. Aku ni dahla keturunan tak pandai matematik. Lembap skit. tapi yg aku tahu lg banyak dari solat malam2 biasa. Hehe.. Ha.. baru dapat 15rakaat. Fuh.. banyak tuh. huhu.."


"Dahla fikir pasal orang, baik fikir pasal aku ni." Huhu.. macam dah banyak jer amalan fikir pasal orang. macam sheikh kata haritu la. Sebab apa kita perlu berkhalwat/mengasingkan diri daripada orang ramai.? Bukan sebab takut kita terkena virus2 orang, tetapi takut kerana virus kita ni terkena pada orang lain.

"Tengok orang sebelah kiri, hekeleh, kerek siot mamat sebelah ni. macam bagus jer."
"Tengok orang kanan, eee.. selekehnya. Tak khsusyuk solat aku. Pakaila cantik sikit nak solat. Kan nak mengadap Allah."
"Eh, apa orang depan nih, semayang pun nak gerak2. Takde adab langsung."
"Alah, tok imam ni, panjang la pulak baca. Alamak, assingment aku tak siap lg, exam lg"


Itulah hati kita ni. Sentiasa bersangka buruk terhadap orang, sentiasa berfikir tentang dunia dan yang seangkatan dengannya. Tidak pernah/jarang sekali nak fikirkan tentang akhirat. Aku la tu. Astagfirullahlazim.

Ulamak kalau tak silap aku ada membahagikan tingkat2 puasa.
1. Puasa orang awam (Orang yg berpuasa hanya menahan diri dari lapar dan dahaga)
2. Puasa orang Khusus (Org yg berpuasa dan menjaga anggota mereka drpd melakukan perkara2 yg ditegah oleh syarak)
3. Puasa Khususul khusus (yakni puasa para nabi dan wali2 Allah, mereka betul2 menjaga anggota dan hati mereka drpd perbuatan mungkar. dan langsung tidak terdetik untuk berfikir tentang dunia)

"Sheikh, ana tengok enta ni makin lagho la. bukan ana nak kata ana baik sangat. Tapi sebagai sahabat ana dengar macam2 pasal enta. Enta ubah la sikit perangai. Ana tak nak la sebut apa yg enta dh buat. Enta lebih tahu apa yg enta dh buat. Jadi harap berubah la ye" Nasihat Akmal kepadaku waktu persekolahan dulu.

Waktu tu, aku rasa seperti dikongkong dan sentiasa diperhatikan. Alah, diorang ni. Menyibuk je hal orang. Macam la diri tu baik sangat. Getus hatiku. Orang lain ramai lg yg lebih teruk daripada aku. pegi la nasihat. Aku tau la apa yg aku buat.

Kini baru ku sedar, semua nasihat tu tanda mereka sayang dan prihatin terhadapku. Syukran Akmal, kalau aku tahu la dulu yg segala nasihat tu kerana kau nak jaga aku. tentu aku ikut. tapi yelah, masa tu aku tak matang lagi. Sekarang baru aku sedar bahawa setiap nasihat dan teguran daripada sahabat bukan untuk menjatuhkan tetapi sebagai satu anjakan dan bimbingan untuk aku mengislah diri.

"Hamzah, jom turun solat. Orang dah azan tu. Kita solat kat surau la. Bukan jauh pun." ajak Faruq.
"Ala, aku solat kat surau bilik kita ni jer. Bukan tak sah pn kan?. Penat ar. Ko pegi la dulu. Nanti aku turun."Balasku geram.
Faruq sekadar menggeleng dan terus beredar.


Hampir setiap hari aku solat di "surau" bilik. al-maklumlah. ada geng yang seangkatan. Jadi, takdelah janggal pun. Kadang2 aku jadi imam, ada time solat nafsi2 jer. Lagi khusyuk la orang kata. Itulah alasan2 yg sering diberi bila orang ajak ke surau.

Padahal bukan tak tau, "Solatul jamaah khairun min solatil fazzi bisabah wa isyrina darajot" "Solat jemaah itu lebih afdal drpada solat sendiri dengan 27darjat" Tapi yela, bila hati telah Allah hijab, tiada siapa mampu memaksa.

Hatta nabi pun tidak dapat mengislamkan datuknya. Allah ada berfirman "Innaka la tahdi man ahbabta, walakinnaAllaha yahdi mai yasya' "Sesungguhnya kamu(Muhammad) tidak dapat memberi hidayah kepada orang yg kamu cintai, tetapi Allah lah yg memberi hidayah kpd sesiapa yg Dia kehendaki"

Begitu jugak aku yang tak suka orang yg merokok. Puas dah perli dan nasihat tak menjadi jugak. Sampai tahap aku pernah ambil kotak rokok diorang, curi la dalam 2,3 batang. Pastu buang. Hehe.. kira ada la usaha untuk menghabiskan rokok mereka daripada dihisap. Walaupun aku bukan la baik sangat. Tapi aku tak merokok. Diorang ni mmg pandai bab2 hukum.

"Eh, rokok tu kan majlis fatwa dah kata haram, memudharatkan diri. Nak hisap jugak ke?"
"Memang la ada pendapat kata haram, ada pendapat lain kata makruh jer."
So, diorang pakai yg makruh tu la. huhu.. Itulah manusia. Selagi ada dalil, selagi itulah nak pertahankan apa yg mereka nak lakukan walaupun jelas benda tu tak elok.


Macam tu jugak lah aku ni. Time kena kat orang best sangat kata itu haram itu halal.
Tapi bila time kita, eh ini boleh. Bukan haram pun. Takpe.. dan sebagainya..

Ya Allah, jahilnya aku. seolah2 mempermainkan hukum Allah. Astagfirullahalazim.

Pastu, dah insaf sikit baru la pegi surau. Ajak la geng2 pg surau. Eh, jom ar pg surau. Kan lebih baik solat jemaah kat surau.

"Alah, malas ar aku nak pg. Nanti mesti kena tazkirah. Pedih telinga ni dengar." Luah sorang geng aku ni kepanasan.

"Ala, kita g solat je. PAstu blah ar.." Cuba memujuk.

"Dah2, ko pg dulu. Karang masbuk plak. Aku follow la nanti"

Pandai plak dia bab masbuk2 nih. Tp surau tak pg. huhu..

Tp mmg itulah hakikat sesetengah drpd kita ni. Nak berdakwah, tapi nak terus menghukum. Kurang berhikmah hinggakan mad'u lari dari kita.

NAbi pun nak sebarkan Islam, ambik masa 3tahun berdakwah secara rahsia. Dah mantap aqidah para sahabat. Barulah dakwah secara terang-terangan. Kita ni tak, nak sekali cakap terus berubah. Mana boleh macamtu. Huhu..

"Assalamualaikum zah."

Terkejut Hamzah dari lamunan. Rupanya Hafiz, budak pengajian Islam datang menjengah. Menengok aku termenung daripada td.

"Apehal ko ni, termenung daripada td aku tengok. Ko ingat sape ni? Awek ek? hehe.." Hafiz mengacah.

"Eh, mana de. Tak main dah awek2 ni. Aku sekarang dah insaf beb. Tak main la awek2. Nak kawin terus. Hehe.." Balasku spontan.

"Fuh, hebat. Dah ada calon ke? hehe.. Dah, ko fikir apekebendanya? Nak kata dah ada anak. Anak kucing jer ko ada. Nak kata dah kahwin, masih single available lagi. huhu"


"Aku teringat masa aku sekolah dulu la. huhu.. Macam2 aku buat. Lompat pagar, ponteng kelas, solat kat bilik, langgar disiplin, ponteng usrah, main awek. Macam2 la.. teruknya la aku dulu. Rasa kalau masa tu boleh reverse balik, nak aja aku reverse. Tak nak buat benda sia-sia nih. Sedih rasa. Penah sorang bdk perempuan@ ustazah kelas kita la, tegur aku. Eh, enta ni kan. Nama jer baik. Tapi perangai macam *(^&$. Huhu.. Takde thiqah langsung. Pelajar agama apa macam ni."

Bisa teguran yg diberikan. Seperti terkena tembakan meriam ke dada. Nak aje aku tengking. Tp, sabar je la. Walaupun mmg aku terasa hati dengan dia. Aku mengaku memang aku buat semua tu. Tapi tu la, mana ada orang nak jadi jahat dalam hidup ni kan? Semua orang dan semua agama ajar penganut masing2 untuk jadi baik. Tapi masa tu aku jahil lagi. Mana la tau yg semua ni akan jadi satu liabiliti kat aku. Sekarang baru aku sedar.


Tak lama lagi, nak kawen. Kalaulah muslimat tau perangai aku dulu. Komfirm diorang takkan terima aku jd suami diorang. Huhu.. " Luahan hati Hamzah membuatkan Hafiz sedikit terharu.

"Takpelah, redha je. yang lepas tu lepas lah. Nak buat macamana. Kalau kita sesal pun tak guna. Bukan boleh patah balik. Yang penting kita sekarang ni. Gunakan masa depan kita untuk menjadi yg lebih baik.

Ingat tak kisah seorang pemuda ni yg telah bunuh 99 orang. Bila jumpa pendeta/rahib tanya adakah dosa dia akan diampunkan. Pastu rahib ni cakap tak. lalu dia pun bunuh rahib ni. Genaplah 100 orang. Tapi bila jumpa seorang ulama'. Ulama' kata "sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penerima Taubat" dengan syarat kau mestilah berhijrah dari tempat asalmu.


Dalam perjalanan dia mati. Lalu malaikat rahmah dan malaikat maut/izrail dtg untuk tuntut pemuda tersebut. Malaikat rahmat kata dia milik aku kerana dia telah bertaubat. Malaikat maut kata dia milik aku sbb dia dh lakukan banyak maksiat dan kejahatan. Lalu dtg seorang malaikat mencadangkan agar diukur jarak antara tempat asal lelaki ni dengan tempat dia nak berhijrah. Maka tempat yg dituju untuk berhijrah lebih hampir walaupun sejengkal. Maka dia dimasukkan kedalam syurga Allah.

Kau tengok luasnya rahmah dan pengampunan Allah.

Sayyidina Umar pun sebelum Islam dia pernah bunuh anak perempuan dia. Tapi lepas Islam antara sahabat yg telah dijamin syurga oleh Nabi s.a.w. Kalau ko nak kawin tak dengan umar? Mestilah nak kawin kan. Jangan hanay kesalahan silam, kita nak hukumkan dia macamtu selama-lamanya." Panjang lebar Hafiz cuba menenangkan Hamzah.


"Ye, tu aku tau, tapi masalahnya orang dah cop aku ni macam2. Bukan senang diorang nak terima aku." sayu Hamzah bersuara. Hampir2 mengeluarkan air mata.

"Mana lebih penting, pandangan Allah ke pandangan manusia??" Balas Hafiz.

"Tentulah pandangan Allah, tapi orang2 ni nak buat macamana? AKu tau la aku tak sebaik ko, sebaik kawan2 kita yg dah layak digelar ust tu. Ramai akhowat minat kat diorang. Aku ni sape la nak terima?" Luah Hamzah.

"Dah, bab tu tak payah fikir. InsyaAllah. Ada la tu kalau dah jodoh. Hehe.. Biarkan jelah diorang nak cop kau cap ayam ke, kambing ke. Yang penting ko dah berubah sekarang. Itu yg lebih baik. Mulut manusia ni mmg macamtu. itu tak kena, ini tak kena. Kalau nak ikut je cakap orang maan boleh. Yang penting kita sedar kesilapan kita, dan kita berusaha untuk perbaiki diri. Isteri yg baik kan untuk suami yg baik. Ko dah insaf ni, insyaAllah dapat isteri solehah nanti. hehe.." Gurau Hafiz.


"yela3..kau menang" hamzah kembali ceria.

"Okeyh, jom aku belanja ko makan kuey tiaw kungfu, nak?"

"Kuey tiaw kungfu? Ape tu..? pelik2 la ko ni. Eee.. kungfu? Kan apek cina tu. Kuey tiaw silat takde ke? Bakso ke.. Pizza hut ke. Ada gak kelas skit. haha"

"Eh, ni sape nak belanja sape nih? Aku ke ko? Banyak songeh plak budak ni!" Hafiz geram.

"Yela2, ko yg blanja. Aku ikut je. Hehe..Tenkiu2"

Dalam hati Hamzah, benar juga apa yg Hafiz kata. Manusia ni mmg sukar diduga. Namun ramai yg menghukum berdasarkan sejarah silam seseorang. "Ya Allah, aku ini hamba-Mu, Engkau lebih mengetahui siapa aku. Maka golongkanlah aku dikalangan orang-orang yg beriman. Allahumma ikhtim alaina bihusnil khatimah, walatakhtim alaina, bi suu'il khatimah" Sebab tu kita berdoa agar Allah matikan kita dalam keadaan yg baik bukan permulaan yg baik. Kalau Allah ukur kita berdasarkan sejarah silam kita, berapa ramai orang yang rugi dan akan dihumban ke dalam azab api neraka. Nauzubillahiminzalik.

Kereta Untuk Di Jual..

2 komen mengomen
Lelong.. lelong.. lelong.. 2 singgit.. 2singgit.. 2singgit..
Nak jual? Ntah ler.. tanya la tuan kereta nih..Ni orang punyer.. aku saje jer tunjuk kat korang. hehe.. Sebab ternampak kereta ni baru nih..


Yg ni baru punyer.. korang nak veli pegi la kedai.. haha..

Ok, dah terlanjur cerita pasal kereta nih. aku ada satu cerita.

Kisahnya bermula begini. Pada zaman jepun dahulu ada sepasang suami dan isteri. Si Suami bernama Mitsu(sebab suka makan mi dan minum susu), manakala si isteri bernama Oka.. (Mungkin ringkasan daripada hokage,hehe)

Pada suatu hari mereka bertemu di atas sebuah gunung. Sedang melayan fikiran masing-masing. Tanpa disangka sedang mereka berkhayal perkara yang sama. Masing-masing inginkan suatu alat yang membolehkan mereka bergerak tanpa penat berjalan. Lalu masing2 melemparkan batu ke bawah. Maka terfikirlah bahawa benda bulat boleh bergerak laju walaupun melanggar apa saja yang ada didepan mereka. masin2 kagum.

Oleh kerana zaman jepun dulu menggunakan tandu, maka mereka pun terfikirlah untuk memasang batu pada tandu masing2. Namun oleh kerana batu berat. Si Mitsu pun duduk termenung ditepi kaki lima, sambil menggaru telinga.. Si Oka yg melihat kejadian tersebut kagum. Akhirnya dia mendapat suatu idea. Kebetulan la pulak. Atuknya seorang tukang kayu. Maka timbilah idea untuk membuat tayar daripada kayu. Hingga terhasilnya sebuah kereta. Mula2 kereta kuda. sampailah berkembang ke hari ini. Oleh kerana kereta mereka dahulu hasil usaha atuk Oka. Maka diletak la cermin mata dihadapan kereta tersebut. Konon2nya dapat mengelakkan berlaku kemalangan. Oleh kerana mereka jatuh cinta kerana minat yang sama.

Lalu digabunglah nama Mitsu & Oka menjadi Mitsuoka. Maka adapun kereta mereka itu dibina atas dasar cinta. Diberikan nama MItsuoka. Dan untuk tidak melupakan jasa atuknya. Diletak la spek mata yang sama seperti yg dipakai atuk Oka. Sebab tu kereta mitsuoka masih mengekalkan lampu yg seperti cermin mata orang tua. hehe.. sekian.

semua cerita ini hanya rekaan semat-mata. Jangan ada yang percaya sudah.. hahaha..

Sebat bukan sebarang sebat bos..

4 komen mengomen
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.


"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

ImageMengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya � kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 � 80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat � samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya � adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi! _

Keperluan Mesir

8 komen mengomen
Ni fax yang aku baru dapat td. Zahani yg anto.

huhu.. dah tak lama dah nak fly ke mesir. Hanya menghitung hari.. harini hanya tinggal 33hari je lagi.. Ok, fax yg aku dapat td..

Antara isi kandungannya adalah :

PAKAIAN :
baju n seluor fit
baju sejuk 1
selimut nipis 1
jarum peniti, benang, jarum jahit
kasut, selipar
stokin tebal
kain muka n kaki
seterika sape nak bawak

KEPERLUAN HARIAN :
(sabun, berus gigi dll) yg nak guna je
minyak2 ubatan.

BUKU2
Kamus BA-BM

ALATULIS
pen2
buku nota dll

PENGURUSAN KEWANGAN
bank bsn/HSBC (sape nak sumbang, bleh la. dialu-alukan. Kami ni menuntut ilmu fisabilillah)

BAWAK SALINAN
pasport
ic mak ayah
ic kite
salinan visa
sijil stam
gambar berukuran apsport

BEG CARRY
charger
bju

MAKAN MINUM
halia
kunyit
agar,kuah???
keropok
serunding
serbuk kari ayam
serbuk kari ikan
serbuk kurma
serbuk sup
pes/kiub tomyam
sup bunjut
ikan kering
ikan bilis
keropok keping/propedem
kerisik
lengkuas
bihun
suhun??? (so'un)
nestom (mcm bom atom je bunyi, haha)
kacang ijau
pulut itam
selasih
agar2
asam gelugor
asam jawa
belacan
pek santan serbuk
daun kari (keringkan)
daun limau purut (keringkan)
megi??? (aik.. megi pun ada?? ISh3)
periuk masak kecil

(persoalannya.. adakah aku reti untuk masak menggunakan semua itu? hehe.. sikit2 boleh la baru amatur, lum profesional lagi bab masak2 nih)

ada sape2 nak tambah/cadangkan nak bawak apa lagi?? hehe sila2

Kenangan berbuka di Imtiaz Dungun.

5 komen mengomen
Smlm berbuka puasa beramai-ramai dekat UIAM Gombak, buka pose dekat mAsjid. Dapat makanan free....
hehe~~tetibe terkenang kembali mase zmn dulu..

"terkenang sebuah memori lalu..
kisah persahabatan antara kita bersama...
Di dalam satu pengajian,
menuntut ilmu dan pengalaman.."

.....korg smbng la sdr.....


dulu2..
time pose kt skolah...


Stiap ptg lepas asar dan setiap pagi lepas subuh/time perhimpunan pagi ad tadarus..ikut halaqoh..huhu~~ Setiap kumpulan berlumba-lumba nak khatam cepat.
suke ati kot nk wt kt mne2.. KAt padang ke, dewan makan, dataran, dalam surau.. ikut suke la. Kecuali dalam jamban xleh.

pastu ad time2 g bazar..naik bas..bli mcm2..tp x abis..huhu~~bazir jek..
hhuhu~~nk ayam goreng.

Pastu sibuk la suruh akak koperasi tolong belikan. Setiap petang penuh la koperasi. Mcm ape jer. Nanti jap lagi akak tu balik, penuh tangan dia kiri kanan. Kesian lak aku tengok. Tp ak pun tempah jugak. hehe.. Yela, watper penat2 jalan g beli. Dah ada orang nak tolong belikan. Lepas asar jer, masing2 sibuk cari kertas dengan pen. Nak order la dgn akak tu. Siap tulis nama lg. takut tertukar. Tapi still berebut jugak. macam la nak makan masa tu. huhu..

pastu klu kt men bwh, kena beratur panjang. Sampai kat pintu masuk. ada la setengah kilometer.. hahaha..
hehe~~klu yg knl2 tu pakat nk ayam yg mne..nk yg ad sayur ke x..
pastu nnt time nk bbuke tuh,
zikir lah ramai2..wt main2 lak zikir nye.. Yang tak tahan, mic dekat dgn dak puan. Malas tol nak g, naseb baik nama aku tak termasuk dalam senarai penzikir dan pembaca doa. huhu...
ad yg kuat..ad yg bace laju2..tah pape..
bkn nk menghayati..

pastu tetibe senyap..ingtkn dh bace doa..
rupenye xde pon.hampeh tol dak laki..(kami la tu) haha~~
pastu dh bace2 doa,pastu azan maghrib...
dh azan tu,mkn la..ape lagi..
Makan la kurma, lepas makan kurma tu ada la yg jadi ketua menghentam tray dgn biji kurma, lalu menjadi ikutan, kedengaran la bunyi hujan biji kurma memenuhi ruang dewan makan. Aku antara org yang turut ikut serta. hehehe.. macam2.

tgh2 khusyuk mkn tuh,dh ad org bgun..haha~~
nk tersedak ak..
ye lah..ak baru nk strt mkn..die dh siap..huhu~~
gile lah..laju gile die mkn..
pastu nnt bgun kusi tu bunyik2..pastu nnt sume org pndg..
bile dh bgun org ckp2.. Aku pun turut wat2 bangun sengaja untuk membunyikan kerusi. Bagi memeriahkan suasana. Hehehe.. Biasanya dak laki la yg awal skali bangun. Pastu esok plak, jd cam perlumbaan lak. sape bangun awal skali. hahaha. ntah pape..

"pergh..awl gila die mkn"
"cepat gile abis"
"ye mkn sket ngt kot"
tah ape2 lagi lah..

hekhek~~cm klaka jek..nnt time pose taun lain mesti aim dak tuh..
sbb die sll bgun awl..
ak kdg2 jek bgun awl..
tp tu pon lepas dh beberapa puluh org bgun..ngeh23..
kang tercekik spe nk tolong??

Pastu teringat lak pose sunat, kat sini(imtiaz dungun) mmg ramai yg pose. Nak2 plak makanan sedap. cam tak ikhlas jerk. hehe..
Sebab terlalu ramai, takut ada yg tak pose. Maka ada plak peraturan, sape2 yg nak pose kena register nama dekat ajk dewan makan. huhu.. siap ada kupon lagi. Macam nak naik bas plak. Pastu nak masuk dewan kena chek nama dulu. dah register blom. pastu amik la kupon. Sampai kat kaunter makanan, letaklah dalam bakul/ bg dkt tukang bg makanan tu. Takut2 ada yg tipu. hehehe..

Yang bestnyer, ada buku laporan dewan makan. Haha.. Kalau tak sedap atau tak puas hati leh komen/report. Nanti warden & pengetua akan datang tengok. Huhuhu.. Sungguh berjiwa rakyat. aku turut serta mengomen. Sebab makan tak bersih. Nanti tukang masak/kontraktor tu kena marah. Kalau tak ok, kena berhenti kontrak. huhu.. syadid giler. Engkaulah pengetua yang baik Che Lan. Hehe..

sila jgn gelak/senyum sorg2 depan comp anda bile bace post nih..hahaha~~


Satu lagi trend terbaru, iaitu bawak botol pergi dewan makan, bdk perempuan la yg start dulu. abih terikut2 nak isi air dalam botol. Yela, air sirap bandung, jagung, bukan senang nak dapat waktu skola. haha.. maka tak cukup la air. Sampai abg dewan makan tu marah2, tak kasi isi air dalam botol. Dia pun tunggu la kat bekas air tu jadi jaga. hehe..

Yang best, hari2 terakhir pose sunat tak silap, xpun pose wajib. Masatu tak boikot lagi KFC, Kak Kini tak silap. Dia pun order la Ayam KFC, huhu.. masing2 dah tak sabo nak makan. Best giler... Hehe.. Dahla kuih muih macam2. Mewah giler, sampai tak larat nak terawih. hehe..

Pastu malam tu solat terawih. Ada plak jadual imam. Nasib la sape2 yg hafal banyak kena jadi Imam. hehe.. aku?? rahsia..

Khulasohnya, berbuka pose dekat Imtiaz mmg best. hihihi..

Ujian di awal ramadhan..

9 komen mengomen
Saiful sedang bermesyuarat...

"Assalamualaikum, ni no Saiful ke?"

Tiba-tiba sekeping mesej singgah di telefon bimbitku. Aku berasa tergganggu kerana sedang bermesyuarat.

"No sape pulak ni??" aku kehairanan. Sudah lama aku tidak menerima mesej daripada org yang tidak di kenali.

aku biarkan seketika kerana perlu menumpukan mesyuarat yang sedang berlansung. memandang aku seorang setiausaha. Perhatian yang lebih perlu di berikan untuk mencatat setiap perkara yang dibincangkan. Sudah menjadi rutin, setiap kali selepas solat jumaat. Jam 3 petang. Akan diadakn mesyuarat persatuanku.

Aku keluar seketika untuk mengambil kertas laporan yang tertinggal dekat meja komputer. Sempat juga aku membalas mesej yang tidak diketahui asal usulnya.

"Waalaikumsalam, ye no ana la ni. Kenapa? Sape ni?"

Dihantar mesej tersebut kepada empunya nombor. Lantas mempercepatkan langkah menuju ke bilik mesyuarat semula.

Handsetku bergetar lagi, sekeping mesej masuk.

Sempat juga aku curi-curi melihat mesej yang baru memenuhi inboxku.

"Takde apa-apa. Ana nak tanya kabo je. Result mcm mana? Ok? Study kat mana sekarang?"

Aku semakin hairan.. Sedikit bengang kerana jawapan yang aku mahu tidak berjawab. "Siapa punya no la ni ek..?"" Ish3..

Lantaklah.. Taknak bagitau sudah. Aku pun malas nak layan. Getus hati kecilku kegeraman.

Handsetku bergetar lagi. Membuatkan aku geram. Namun kemarahan itu reda apabila mesej yang diterima bukanlah daripada individu yang sama. Daripada seorang Sheikh yang tinggal di Mesir. sekadar ingin mengucapkan salam Ramadhan dan memberitahu keberaddanya di Malaysia pada 24 Ogos ini di Putrajaya dan akan kembali ke kairo pada 26 Ogos dan berada di Malaysia sekarang demi untuk melaksanakan misi dakwahnya menyebarkan agama Allah. Beliau memang seorang yang giat mengajarkan ilmu diserata dunia. Semalam sempat aku berchatting dengannya.

Syeikh : salam
Saifullah : wasalam sheikh
Syeikh : ahlan
Saifullah : sheikh nak balik bila?
Syeikh : balik ke mana?
Syeikh : ana skrg nak ke jakarta
Saifullah : ooo..
Saifullah : sekarang sheikh dimana?
Syeikh : di singapor
Saifullah : oo..
Saifullah : bila kembali semula ke malaysia?
Syeikh : 24 hb ogos ni ana ada di mlysia
Syeikh : tapi hanya 26 sahaja sebab nak terus ke kairo
Saifullah : oo..
Saifullah : insyaAllah sempat ana belikan utk sheikh keropok nnt
Syeikh : jangan susah2
Saifullah : tak susah sheikh
Syeikh : sukron jika ketemu itu dah bagus, jangn bawa apa2pun
Saifullah : ana kan sekarang ada di terengganu
Saifullah : insyaAllah akan balik ke rumah di bangi hujung minggu ini
Saifullah : jadi boleh bawa utk sheikh sedikit
Syeikh : kher,(Khair) jangan susah2 bawa apa2 yah
Saifullah : baik sheikh
Saifullah : sheikh
Saifullah : bagaimana hukum doa H1N1 yang bertawasul dgn saidina ali dan fatimah?
Syeikh : tawasul kepada siapapun boleh
Saifullah : jadi dibolehkanlah?
Saifullah : sbb ada orang kata ia syirik
Saifullah : dgn alasan bertawasul hanya dgn nabi sahaja
Syeikh : gpp (ngak papa = Tak apa)
Syeikh : kalu memang syirik, ya dg nabi pun syirik lah
Saifullah : oo..

Perbincangan terputus kerana waktu maghrib sudah memasuki waktu.

Mesej terus bertalu masuk tanpa meminta izin. Ku buka sekali lagi peti inbox ku..

"Maaflah kalau sms ana mengganggu"

Sayu bunyinya, namun tidak aku pedulikan. Fokusku kepada mesyuarat dan aku memang tidak suka bermesej dgn insan yang tidak ku kenali.

Mesyuarat terus berjalan seperti yang direncanakan.

"Booomm!!.. " Terkejut semua yang hadir. bunyi bedil tanda esok sudah memasuki 1 Ramadhan 1430 Hijrah. "GedeBooomm!!" Sekali lagi bunyi kedengaran. "Hah.. dah Raya dah!!" Bunyi suara2 nakal dalam bilik mesyuarat. Bunyi itu berlangsung selama beberapa saat. Mungkin sebagai isyarat esok puasa dan mungkin juga percubaan untuk memastikan hari-hari yang mendatang tiada masalah.


tepat jam 5.55 minit mesyuarat selesai. Alhamdulillah. Majlis di tangguh dengan tasbih kaffarah dan surah al-asr. Kami berhenti dan solat asar berjamaah di surau.

Selesai solat aku di makluman oleh Mohd yang kami perlu ke Maras untuk menjadi imam solat terawih disana. "Hah? Apsal pulak kta yang kena? Bukan ahmad ke?" Balasku spontan.

"Dia tak tau jalan nak pergi ke sana" Balas mohd.

"Alah, bukan susah pun. Alasan jer tu" Ujarku sedikit geram.

"Takpelah, kita bersiap-siap dulu. Lepasni kita pergi makan. Lepastu terus ke sana" tenang mohd menjawab.

"Ok, takpe. Enta jadi imam kan? Hehe" sengaja aku menguji.

"Ala, imam senang jer. Takpe, ana imam enta bagi tazkirah yer?" Balas mohd mengenakan aku.

"Eh, apsal pulak? Biasanya orang yang jadi imam la kena bagi tazkirah"

"Eh, takde masalah la kalau orang lain bagi tazkirah, bukan haram pun"

"Yela2.. tapi enta study dah buku tazkirah ramadhan. Jadi kira lagi baik enta la yg bagi, hehe"

kami terus mempersiapkan diri masing2.

Jam 6.30 kami bertolak ke surau yang dimaksudkan. Jauh juga perjalanan.

Dalam perjalanan tu. Mesej tadi kembali menghantuiku.

"Maaf kalau ana ganggu anta. Ana sebenarnya junior anta. Maaf banyak-banyak sebab selama ni ana ada simpan perasaan sayang terhadap anta." Berderau darahku. namun aku terus membaca sisa-sisa mesej tersebut. Rupa-rupanya seorang akhowat.

"Ana dah puas halang rasa hati tapi lumrah manusia yang tak dapat halang rasa sayang. Doakan ana supaya ana dapat lupakan perasaan ini. Capailah cita-cita anta di bumi anbiya' sana. Assalamualaikum" Noktah.

Lantas aku beri kepada Mohd untuk turut sama berkongsi mesej yang aku terima. Sudah menjadi lumrah. Aku akan memaklumkan kepada sahabat2 tentang perkara-perkara sebegini. Kerana aku bimbang akan timbul fitnah jika aku berseorangan menghadapi situasi ini.

"Jangan layan sangat mesej-mesej macam ni, mungkin dia, mungkin sahabat2 kita sekadar nak menguji menguji enta" kata mohd selamba.

"Ana mmg tak layan pun mesej2 macam ni. Ntah tiba2 dia hantar kat ana mesej tu. Geram jugak rasa. Sape la yang hantar ek?" aku kelu seketika. Namun prinsipku teguh. Aku takkan layan mesej2 sebegini. Pengalaman mematangkan aku. Aku sedar aku kini siapa. Aku sedar, mesej2 sebegitulah yang akan menghancurkanku kelak. Kalau benar dia ikhlas. Mengapa tidak diguna saluran yang betul. Aku biarkan sahaja mesej tu tidak berbalas.

AKhirnya kami tiba di sebuah masjid, untuk menunaikan solat maghrib. Walaupun perut sudah menari-nari meminta makanan.

Usai solat, kami mencari restoran mana yang akan menjadi sasaran. Lalu kami sepakat untuk makan roti naan di restoran Barbush. Baru minggu lepas kami makan disitu. Juga kerana perlu memberi kuliah maghrib di surau kg. maras.

Kami tidak lalu makan, kerana masing2 gugup dan berdebar untuk menjadi imam pada malam pertama ramadhan kali ni. Roti naan yang sememangnya sedap, lembut menjadi kurang enak. Kelakar juga rasanya. Padahal bukan ini kali pertama kami menjadi imam. Entah kenapa kali ini pula kami menjadi gementar.

Waktu isya' semakin hampir. akhirnya roti yang kami tempah itu tidak habis kami makan. BUkan kerana kufur nikmat. Tekak kami tidak dapat menerima. Walaupun hakikat perut masih lapar.

Sampai di surau, jemaah sudah menanti. Penuh ruang solat. Kami jadi kaget. Namun memberanikan diri juga. satu yang pelik mengapa ramai jeaah berkumpul diluar. Akhirnya barulah kami sedar, kami yang terlewat dan mereka sedang menantikan kehadiran kami.

Cikgu Man, seorang ajk masjid yang bertanggungjawab membawa kami ke mari kelihatan lega melihat aku tiba. Lantas aku terus meluru ke tempat imam. Namun baru hendak melangkah ke sejadah imam. Seorang ust sudah naik ke tempat imam. Mungkin kerana kami terlalu lewat. 10minit.

Usai solat isya'. Aku meluru mendapatkan Mohd. "Mad, ana tak bersedialah. Walaupun ana ingat. Enta naiklah ye. InsyaAllah ana sebagai munabbih"

Solat terawih pun berlangsung diimami Mohd. dengan suara yang merdu dan penuh dengan lagu-lagu burdah. Kami hanyut dalam solat. Walaupun ada ketika berlaku kesalahan dalam bacaan mohd. Aku sekadar mendengar, kerana hukumnya sah jika surah2 yang dibaca salah. Takut juga sekiranya aku menegur boleh mengganggu imam. Sebab mad ada nyatakan bahawa dia tak ingat sangat.

Alhamdulillah. Berjaya juga solat terawih disempurnakan. Sempat juga tazkirah diberikan berkaitan fadhilat bulan ramadhan.

Dalam perjalanan pulang kami memutuskan untuk terus pulang. Walaupun diajak Cikgu Man untuk makan dikedai.

Handphoneku kembali dihujani mesej individu yang tak dikenali tadi. Aku geram. Namun bersabar dengan sikap kurang matang sebegini.

"Salam, anta marah ana ke? Maaflah, tapi ana nak beberapa nasihat or pesanan daripada anta untuk ana ubah diri ana."

Pening juga aku memikirkannya. Aku hilang kata-kata. Walaupun perkara sebegini kerap kali menghantui mudi mudi zaman sekarang, dan tidak kurang nasihat yang aku berikan.Entah kenapa, bila terkena padaku, aku tiada jawapan untuk menoktahkannya? Kubiarkan sahaja mesej tersebut. Biarkanlah, orang begini kalau dilayan makin menjadi-jadi.

Mesej yang sama dihantar sekali lagi. Aku buat dono jer.

Malam itu aku nekad untuk menamatkan riwayat mesej tersebut. Lantas aku membalas

"Sedarlah, kita ada tanggungjawab yang lebih besar. Dan ada nasihat yang lebih baik dan agung daripada ana. Iaitu nasihat daripada allah dan rasul. Perbanyakkanlah membaca Al-quran. Lebih2 lagi dalam bulan ramadhan ni. INsyaAllah perasaan itu akan hilang. Ana bukan yang terbaik. Lupakanlah. Tumpukan pada pelajaran. Ana sarankan bacalah buku "Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul" karya Fatimah Syarha. Sesungguhnya cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah, RAsulullah, Ibu Ayah dan Suami. Janganlah mengejar cinta murahan manusia ini. Hanya merugikan. Ingatlah nikmat Allah yang telah mengurniakan kita dengan pelbagai nikmat yang tidak terhingga. Dan nikmat yang sedang kita nikmati, iaitu bulan ramadahan. Ingatlah, itulah bukti cinta dan kasih sayang Allah kepada kita. Mengapa kita melupakan cinta-Nya?. Sedarlah!!"

Namun, apa yang kuharapkan tidak menjadi. Mesejku berbalas.

"Tq, ana harap anta akan terus bagi nasihat pada ana yang selalu lalai dan alpa. ana tak silap pilih orang untuk beri ana nasihat. Terima kasih banyak-banyak. Ana hargai nasihat anta"

Aku semakin geram. Rupanya masih tidak sedar dan tidak faham maksud mesejku.

"Tolonglah, hentikan hantar mesej kat ana. Ana bukan yang terbaik. Ingatlah Allah. Enti sedar tak ni?? Cukuplah setakat ni. Ana sudah berpunya... Sesungguhnya kita telah melakukan maksiat kepada Allah. Noktah"

Lega hatiku. Ya allah, jauhkanlah aku dari fitnah wanita dan fitnah dunia.

Selang beberapa minit inboxku dikejutkan lagi

"Ok, hanya 1 yang ana pohon dari anta. Doakan kejayaan ana di dunia dan akhirat. Maaf atas segalanya. Moga bahagia di bulan mulia ini. Assalamualaikum"

Alhamdulillah, lega rasanya. Akhirnya aku terlepas dari fitnah ini. Terima kasih ya Allah.

Kau peliharakanlah aku dari fitnah ini. amin ya Rabbal alamain. Akhirnya aku lena dalam alunan zikir. Saifullah tertidur Hingga terlupa untuk membeli makan sahur hari pertama ramadhan kali ini bersama MOhd. Namun itu bukanlah halangan baginya. Lebih nikmat apabila dia terhindar dari melakukan maksiat kepada Allah.

Di lubuk hati kecil Saifullah berdoa dan berazam "Sejarah lama tak mungkin ku ulang kembali. Moga2 ini yang terakhir. aku nekad, bulat untuk tinggal semua ini kerana Allah taala. Moga2 ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang telah berlalu dengan penuh sia-sia Selamat tinggal semua. Akan aku mulakan hidup baru di tempat baru. InsyaAllah, 1 Ramadhan 1430H ini menjadi saksi penghijrahanku. amin ya Rabbal alamin"

aku tahu aku siapa..

0 komen mengomen


Assalamualaikum...

Huu.. Setelah lama aku tinggalkan rumah, perkiraan aku kira-kira sebulan setengah, hampir2 dua bulan la kiranya. Hidup berseorangan memang payah, namun itulah hakikat yang telah aku tempuhi bagi mengislah diriku ini. Aku sanggup tidur di pejabat selama hampir 2bulan. Alhamdulillah, aku pasrah dan redha. Jiwaku lebih tenteram disana. Aku lebih seronok dengan program2 tarbiyah, usrah dan menadah kitab dengan ust-ust di surau2 dan masjid. Alhamdulillah, ibu dan ayah memahami. Dan jalan yang aku pilih ini bukanlah sesat dan menyesatkan. Tetapi ia adalah satu penjuangan bagi menegakkan syiar ISlam. Hanya orang-orang yang berada disamping yang memahami. Aku sedar siapa diriku dulu, walaupun dulu aku memegang jawatan di sekolah, namun itu hanya penghinaan buatku. Kerana Allah telah berfirman "Kamu semua adalah pemimpin, dan kamu akan dipertanggungjawabkan ke atas kepimpianan kamu" Dan aku mengaku aku tidak menjalankan tanggungjawabku dengan amanah dan ikhlas. Banyak perkara yang tidak aku lakukan dan yang tidak sepatutnya aku lakukan.



Buat sahabat-sahabatku atau orang yang mengenaliku sewaktu zaman persekolahan dulu, sememangnya aku seorang yang teruk, korang lebih mengetahui kerana sahabat/orang sekeliling lebih mengetahui peribadi kita berbanding kita sendiri, sehingga timbul istilah "Kawan itu cerminan peribadi" Hanya kawan yg lebih mengetahui peribadiku. Aku mengaku aku dulu mmg teruk. Namun adakah adil untuk kalian menghukum aku dewasakini?

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan merekalah yang mengubah diri mereka sendiri"



dan aku telah menyahut seruan itu. Adakah aku masih seperti dulu? "Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?"

Tentunya tidak. Begitu juga kita, adakah sejak kita lahir kita terus pandai? Tidak.. Kalian juga jahil dan tidak mengetahui apa yang baik dan buruk. Namun setelah dewasa barulah korang mengenal apa itu halal dan haram, dosa dan pahala, syurga dan neraka. Namun mungkin aku lambat sedikit berbanding kalian, mungkin aku bebal sedikit berbanding kalian. Namun aku ada hati dan perasaan. Aku juga ingin berubah menjadi seorang yang baik dan soleh. Namun adakah adil kalian menghukum aku masih seperti dulu??? Namun masih belum terlambat buatku..

Terpulanglah keatas kalian. Dan Allah lebih mengetahui apa yang kalian tidak ketahui. Sempena Ramadhan kali ini. Aku menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf diatas segala dosa dan kesalahanku sebelum ini. Terpulanglah kepada korang untuk memaafkan atau sebaliknya. Aku dah berubah dan dalam proses mengubah diriku kepada yang labih baik. Namun berilah aku masa dan waktu.

Nabi s.a.w. bersabda "Ramadhan awwaluhu rahmah, waawsotuhi maghfirah, wa akhiruhu itqun minannar" "Ramadhan awalnya rahmah, pertengahannya keampunan dan dia akhirnya pembebasan daripada api neraka"

Allah, pencipta sekalian alam ini, pencipta kita, pentadbir sekalian alam ini maha pengampun lagi maha penyanyang. Adakah korang ingin mengatasi kebesaran dan keagungan ALlah?? Adakah layak korang untuk menghukum seseorang disebabkan zaman silamnya?? Semua orang ada masa silam sendiri. Tiada yang maksum kecuali para nabi. Aku tahu aku hamba yang hina lagi miskin berbanding kalian yang sering ditarbiyah. Aku tahu dosaku melaut luas berbanding kalian yang seperti malaikat. Namun aku sedar siapa diriku. Aku tau aku tidak thiqah.. namun aku ada usaha untuk berubah...

Tanggal 1 Ramadhan, hari yang paling bermakna buat diriku. Sememangnya Allah itu maha pengasih lagi maha pemurah. Hanya Allah yang tahu apa maksud 1 Ramadhan kali ini buatku.

Berbalik kepada kisah perjalanan aku tadi.

Walaupun terkenangkan susah payah ibu dan ayah yang menguruskan perniagaan sendirian. Kerinduan yang tidak terhingga. Sepatutnya aku yang membantu mereka, tapi apakan daya. Ada perkara yang lebih perlu diutamakan. Akhirnya pagi ini aku menjejakkan kaki kerumah. Adoi.. rindu giler kat ibu dgn ayah. Kali terakhir jumpa haritu 1 Ogos. Tu pun 10minit jer sebab ibu dgn ayah nak balik johor dan aku pulak nak meneruskan perjalanan ke Terengganu setelah penat berdemo... HUhu.. Alhamdulillah, semua adik beradik aku ada kat umah kecuali Along yg tinggal di Terengganu.

Kali ni, mungkin sekejap sahaja aku balik, untuk 2,3 hari. Sebelum meneruskan perjalananku yang masih belum selesai. Iaitu membuat persediaan bagi mengharungi liku-liku hidup di bumi anbiya'. Entah bila pula aku akan pulang ke Malaysia.

Ya Allah, andai ini Ramadhan terakhir buatku.. Kau ampunilah dosa2ku.. Moga2 aku tergolong dari kalangan orang-orang yang beriman.

Buat orang yang mengenaliku, maafkanlah aku.. Jika aku tahu ini akibatnya, pastilah aku akan menjadi lebih baik dari itu. Namun masa sudah berlalu. Tidak mungkin dapat diputar kembali. Siapa yang mahukan keburukan dan kelemahan? Namun itulah hakikat seorang insan. Aku tahu aku lemah, aku tahu aku miskin, aku tahu aku fakir, aku tahu aku hina. Namun janganlah kalian menghinaku. Namun andai ada juga yang mahu mencela. AKu pasrah dan redha. Itulah hakikat kelemahan diriku. Aku tidak sebaik kalian.

Ikhlas dari hatiku, aku cemburu pada pemilik sebenar namaku ini. Andai ku pelajari Fiqh Sirah terlebih dahulu sejak ku lahir, mungkin natijahnya tidak sebegini. Andai aku seorang yang berilmu sedari kecil sudah tentu aku dapat membezakan yang mana haram yang mana halal..

Nabi s.a.w ditarbiyah oleh Allah s.w.t. Sejak kecil tidak pernah mengenal siapa ayah.. Setelah lahir, baru mengenal dunia, diambil pula ibunya.. Muhammad kini yatim piatu. Diserahkan pula kepada datuk baginda. Namun itu tidak lama, datuknya pula pergi menghadap ilahi.. Diserahkan pula kepada bapa saudara baginda. Juga tidak lama... Itulah tarbiyah daripada Allah. Untuk menghindar Muhammad daripada segala unsur-unsur pemikiran jahiliah.

Pernah suatu ketika, nabi pernah bersama kawan-kawan yang mengembala kambing untuk ke suatu pesta. Namun Allah lebih menyayangi baginda. Ditidurkan Muhammad agar Muhammad s.a.w tidak lalai dengan keasyikkan duniawi itu. Nabi tidak pernah minum arak, nabi tidak pernah menyembah berhala, Nabi tidak pernah melakukan maksiat. Untuk apa??

Sudah tentulah Allah mahu melatih baginda untuk menjadi seorang pemimpin yang berintegriti, berwibawa dan tidak akan dipertikaikan pada masa akan datang. Natijahnya, mmg tiada satupun isu untuk mengaitkan baginda dengan sebarang keburukan. Nabi tiada trackrecord yang buruk, malah berkepiribadian mulia, amanah, cerdik dan sebagainya.

Andai itu yang aku pelajari sedari kecil, seudah tentulah aku akan menghindarkan segala perkara-perkara maksiat. Sudah tentulah aku tidak akan melakukan semua itu.

Nabi s.a.w pernah bersabda mafhumnnya.. "Seseorang itu tidak akan mencuri ketika mana ia mencuri itu ia beriman, tidak akan berzina seseorang itu ketika mana ia berzina itu ia beriman.." Begitu juga aku.. Begitu juga aku.. Begitu juga aku.. Harap kalian memahami... aku tahu imanku lemah. Mengapa kalian tidak mahu membantu?? sedangkan aku sedang berusaha untuk ke arah itu??

Maafkan aku.. Ya Allah, aku mohon ampun dan taubat-Mu..

Kpd sesiapa yg link kan blog aminmenulis...

3 komen mengomen


Salam, kepada sesiapa yang me"link"kan blog ini di blog masing2. Sila maklumkan kepada ana untuk tujuan di"link"kan semula di dalam blog ini. Kerana selepas renovation dilakukan, kepala aku terhantuk kat tangga. so, lupa blog2 yang pernah tersenarai dekat sini. Huhu.. untuk membalas jasa baik korang kerana telah me link kan blog aku nih kat blog korang. aku nak link list kan balik la korang punyer blog dlm blog aku. Semoga blog korang menjadi terkenal di blog ini. haha.. Kerana blog ini dalam proses penambah baikkan. Terima kasih. hehe..


Lupa nak bagitau, komen kat entry ni yerk.. bukan komen kat shoutbox tu. payah nak rujuk, talak 3, talak 1 dan sebagainya. huhu..

Adeh, kena TAG lagi..

0 komen mengomen
Assalamualaikum.. Haha.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot
aku diTag lagi, Tag yang sama aku dapat dan aku tag pula kepada org lain dan Tag itu kembali semula kepada aku.. Adakah mungkin Tag itu akan kembali lagi selepas Ini??? jeng. jeng. jeng.. Tunggu dan lihat.. huhu..


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotSape plak Tag aku kali ni?? Tidak lain tidak bukan.. Dialah KamenRaider!! Hohoho.. Gurau jer. Aku ditag oleh abg Rdhanz Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot




Maka adapun setelah itu aku pun menjawab tag2 beliau yang simple lagi memudahkan otak untuk berfikir lalu menjawabnya. Hakikatnya Allah yang memberi Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot ilham kepadaku dengan mengurniakan aqal fikiran yang waras.. Alhamdulillah. Dengan cara mengcopy saje tag yang lama.. wahaha..namun ada penambah baikan cerita yang asal. Maka terhasillah Tag ini.. :.


1- nama timangan anda?

Al-amin, amin, al, min & Sinchan....Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot Wahaha..


2- anda seorang yg?
Bergaya..
SahabatMusleem Hehe.. aku seorang yang suka membaca, mengembara, dan bekerja. (Cewah, rajin la tu konon3nya, leh wat menantu budak ni.. Hihihi)
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot



3- insan yg teristimewa?
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot Malu la pak nak jawab.. huahuahua.. Calon-calonnya adalah... 1. Allah
2. Rasulullah. 3. Ibu & Ayah SahabatMusleem 4. Keluarga 5. Naqib aku (ust mizan) 6. Sahabat2 seperjuangan sekalian.

4- lagu Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotkesukaan?
Nasyeed, Zikir2 yang menenangkan hati..Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot Semua lagu yang sedap didengar, dan yang paling penting aku tidak suka lagu2 yang memekakkan telinga, bunyi bising, dan lagu yang aku tak suka dengarlah.. hehe..


5- makanan kesukaan anda?
Kuey-Tiow Kungfu/Hongkong, Cendol, BAKSO.. Ayam masak sate.Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot
(banyak lagi sebenornya) hehe.. Dan apa2 makanan yang sedap dimakan. Dua hari ni aku asik makan kambing jer, kambing bakar, kari kambing, bulu kambing (haih.. Bulu pun makan jugak?? Gilo budak nih) ngeee..

6- sikap yg membuatkan anda Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot stress?
Sikap aku ke sikap org lain nih? Soalan yang tidak lengkap. Kalau cikgu Bm aku baca tentu dia akan wat pembetulan.
Contoh soalan yang betul adalah "Apakah Sikap anda/org lain yang membuatkan anda Stress?"Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot
Jawapannya: Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot
A) 1,2,3
B) 2,3,4

C) 4,5,6
D) a,b,c,d,e..
heheehe..
Anda pilihlah sendiri.. Kahkahkah.. Jawapannya adalah bila aku stress itu menambahkan kestressan aku. hee..


7- warna kegemaran anda?
Aku suka warna warni sebenarnya, tapi aku tak tahu warna apakah yang paling aku suka.. huhu. maka aku pilih jer la, untuk mengambil hati si penTAG aku nih.. hee.. Jangan marah yer.. Hitam, putihDapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot & hijau, coklet
(tapi koleksi baju banyak warna biru walaupun xde dalam senarai) haha..



8- benda yg mesti ade dlm beg?
Dalam beg yang mana satu nih? Ini satu lagi kesilapan teknikal berkaitan tatabahasa melayu. Ish3.. Soalan ini tidak lengkap.. Haha..Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot Kalau dalam beg baju ada ikan, dalam beg duit ada baju.. kahkahakah.. Sukati la aku nak jawab per, korang bukan tau pun.. hehe..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotJadi dalam tu xde pape.. hahaha..



9- kali terakhir anda Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotmenangis?
SahabatMusleemTak hingat pulak.. Rasanya baru2 ni ada kot. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot hee.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


10- tag untuk 6 rakan anda?
SahabatMusleem Nak bagi kat sape ek?? Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot



Hantam sajalah :
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

1. Jiwa Terasing
2. about something
3. bila tangan gatai nak menulih
4. Muslimeenunited
5. Rhythm of Life
6. Ayyuha Syabab

Putar belit: Nik Aziz mahu saman akhbar!!

0 komen mengomen
Hari ini, kecoh isu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap Dato' Tn. Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Maka, aku mengambil pendekatan untuk menyiarkan video berkaitan dengan isu yang mencetuskan kontroversi dikalangan mufti dan masyarakat. kita saksikan..



Korang nilai la sendiri.. Aku tak nak menghukum, namun pandangan dhaif aku mengatakan bahawa apa yang disebut oleh Tok Guru adalah benar.. Pendapat korang?? Kita berbincang secara terbuka dan ilmiah, bukan mengikut hawa nafsu dan emosi.. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Ust Azhar? Korang kenal ke tak?

0 komen mengomen

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum semua, sempena bulan Ramadhan ni, sukacitalah aku untuk memperkenal dan mengajak kalian semua untuk sama2 mendengar kuliah-kuliah ilmiah untuk menambahkan kefaham kita terhadap Islam serta hukum2nya. Sepertimana Nabi Sallahualaihiwasalam bersabda : Jadilah orang yang berilmu, atau orang yang mengajarkan ilmu, atau orang yang mendengar, atau orang yang cintakan kepada ilmu, tetapi jangan menjadi orang yang kelima, yang tidak berilmu, tidak mengajarkan ilmu, tidak mendengar ilmu disampai serta tidak menyukai orang2 yang berilmu"



Ust Azhar Idrus ni antara Ust favoret aku la, best giler. Tak kering gusi korang dengar, Kira macam selebriti la kaalau kat Negeri Terengganu ni. hehe.. Sambil menadah ilmu, korang boleh la buat kerja lain. Tapi awas, Ust ini orang Terengganu. Nanana.. Ganu kite.. Hehe.. Tapi dah mengajo samapi ke Johor & Kelantan. Ust ni aku kenal masa sekolah menengah dulu, best tak best, sampai aku sanggup fly(Hehe???) bukan fly per, nak g dengar ust ni ngajo je. huhuhu.. Kalau nak dengar dan tonton kuliah2 lain. Kat atas blog aku ni ada tulis. Kuliah.Net. korang tekan jelah. Bukan susah pun.

Renung2kan dan selamat beramal. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Berlumba-lumbalah kita dalam beribadah demi menggapai redha Ilahi. INsyaAllah. Seeru ala barakatillah.

Adil ke macamni??

2 komen mengomen


Kalau korang camner rasa?? Kalau aku sebat jer orang camni.. hehe.. Apa pandangan korang??

Aduh.. Takkan pilihanraya lagi kot???

0 komen mengomen
Kerusi DUN Kota Siputeh kosong?
Ogos 19, 09 4:37pm
Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah telah menghantar kepada ibupejabatnya di Putrajaya, surat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail berhubung kedudukan anggota DUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif yang didakwa hilang keanggotaannya.

Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan mengenai kedudukan Abu Hassan yang hilang keanggotaan setelah beliau dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lepas.

"Perkara ini akan dikendalikan di peringkat ibu pejabat. SPR mempunyai bahagian undang-undang yang akan meneliti perkara ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Dr Abdul Isa dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kerusi DUN Siputeh itu di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini, pukul 10 pagi esok.

Sebelum ini, negara sudah menyaksikan tujuh pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Manakala pilihanraya kecil kelapan di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang akan berlangsung minggu depan.

Bukan nak marah, cuma nak tanya ja.. Hang pi mana wahai si wakil rakyat?? Nak jadi YB ke tak ni?? Haritu, pihak depa sibuk bising, kita takkan bertanding kalau bukan sebab kematian. Mereka kata (Pakatan rakyat) mempermainkan demokrasi. La ni, depa plak kena lucut jawatan adun tanpa apa-apa sebab. Kalau kat sekolah dulu, Sapa2 ponteng kelas/sekolah mmg patut dihukum. korang nak jawab pa wahai UBN??

Puasa, puasa,puasa.. hehe..

4 komen mengomen





Bismillahirrahmanirrahim, Ramadhan Kareem.. Allahumma ballighna ramadhan!! Ya Allah pertemukanlah aku dengan Ramadhan… Moga-moga ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang sebelumnya. Amin3 ya rabbal alamin.



Assalamualaikum semua, Ramadhan 1430 Hijrah, bakal menemui kita 2hari lagi, moga-moga Allah pertemukan kita dengan bulan yang dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat yang melimpah ruah, melebihi bulan-bulan yang lain. Yang mana didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. (Korang dah tau dah pasal malam ni, tiap2 tahun mesti ada yang akan bercerita, berkuliah, tazkirah dan sebagainya).



Namun itulah hakikatnya yang perlu kita terima kerana ia tidak pernah berubah dari tahun ke tahun, dari zaman ke zaman sampai hari kiamat. Ia pasti akan berulang dan berlaku. Namun, persoalannya, adakah kita benar-benar beramal dan mencari redha dan rahmat Allah dibulan tersebut??Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot




Teringat masa aku kecik dulu, aku puasa sebab dapat upah, kalau setengah hari dapat 50sen, kalau penuh dapat seringgit. Haha.. Ish3.Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotmaterialistic jugak aku ni dulu ek.. hehe.. tapi yela, sebagai satu insentif untuk aku berpuasa. Masa mula2 puasa, puasa setengahari jer, tepat jer pukul 12 atau pukul 1 petang, dengar je azan zohor, terus berbuka, orang buka puasa bila dengar azan maghrib, ni azan zohor. Haha.. Aku,aku.. yela, zaman budak2 dulu. Korang pun sama jugak agaknye. Hehe..Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


Lepastu, stage ke-2 puasa penuh. Bersahur bukan main, makan punya la banyak, untuk simpanan siang hari nanti konon2nya. Tapi lepastu, baru 2,3 jam dah tak larat, Bertahan la jugak nak boleh sampai ke petang, sampai jalan pun dah tak larat. Ibu suruh buka puasa, tapi degil, tak nak jugak buka. Sampai terbaring-baring tunggu nak berbuka. Huhu..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot




Besar sikit, dah boleh puasa penuh, tapi masih diuji,
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

yela.. geramnyer masa bulan pose ni la banyak rancangan buat kek. bulan tak pose tak nak plak wat rancangan memasak bersama conflakes dan Macam-macam lg la.. huhu.. geram betul. Mmg menguji perutku yang lapar.. terliur tengok. Mula la berangan nak beli conflakes banyak2, nak buat biskut la konon2nya. Haha.. tapi lepas berbuka dah tak ingat da menda2 tu semua. Alhamdulillah, jimat duit aku “ (kata ayah dalam hati)<- firasat aku jer. Ayah jangan marah lak yer.. hehe.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot





Pastu, pergi bazaar ramadhan. Huahuahua..Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot lagi hebat dugaan. Dengan bau ayam panggang, ayam percik, ayam goreng, kuey tiow hongkong/kuey tiow kungfu (ye,Ye.. jer, biar baru kenal pun keuy tiow tu masa sekolah menengah dulu, sampai sekarang suka makan.. haha..Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot) air sirap, ice blended, air kacira, yoes campur.. pergh.. menusuk kalbu. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotRambang terus mata.

Ada sekali tu, lepas beli air tebu, tak ingat plak puasa, rasa cam pegi pasar malam jer. Ada ke abg jual air tu bagi yang dalam plastic yang 50sen, jadi memudahkan aku untuk minum.
Bukan salah aku la maknanya..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspothaha.. Maka, dengan selambaer aku menyedut air itu hingga hamper habis di depan orang ramai, akhirnya baru perasaan.


“EH, Puasa la.. adeh..Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotnak wat camner nih?? Abis la pose aku??? Huhu (Tapi dalam hati kata : Best jugak dapat minum,Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspottak ingat sekali sekala takpe. Tuhan tak marah) hehehe.. Bahagia betul hari tu sebab dapat minum air tebu. Hahaha.. Balik rumah, buat2 tak larat, sbb nnt ibu,ayah,akak n abang2 kata mesti tak pose ni. Segar jer nampak.. hehe.. Pandai jugak aku berlakon.. Hahaha.Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot



Bab sahur plak, memang susah nak bangun, mesti ibu kejut 7,8 kali. Baru bangun. Kalau ibu kejut wat rilek jer, kalau ayah kejut sume terus bangun jer. Hehe.. yela, ayah garang sket masa aku kecik2 dulu. Tu pun, 2,3 kali jgk ayah kejut. Sampaikena cubit. Sekarang ayah dah tak macam dulu. Baik hati & Penyayang. Like father like son..; hehe.Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot Pastu, Sampai tertidur dalam pinggan pun ada. Ish3.. teruk beno nak bangun sahur aku nih. Aku, aku.. masa kecik dulu la. Sekarang tak bangun terus.Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot
Haha.. yela dah beso, dah biasa kat asrama dulu tak sahur kalau puasa sunat. Kalau puasa wajib lain plak ceritanya. Mesti chek dulu sahur lauk pe,? kalau lauk ayam gerenti dewan makan penuh dengan manusia2 yang jarang dilihat bersahur, kecuali aku. Haha.. Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotkadang2 jer ikut mood. Baiknya la budak nih.. hehe..



Dah2, berbalik kepada tujuan aku nak tulis entri ni..Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Inilah yang membezakan ramadhan kali ini dengan ramadhan-ramadhan yang telah kita tempuhi sebelum ini. Aku bukanlah seorang yang fakih mahupun seorang alim lagi warak dalam bab-bab sebegini. Namun itulah yang sering aku fikirkan dari tahun ke tahun. Adakah amalanku diterima? Adakah aku telah menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah didalam Al-Quran dalam surah Al-qadr :


1.Innaa anzalnahu fii lailatil qadr.

2.Wa maa adrooka maa lailatul qadr

3.Lailatul qadri khairummin alfi syahr.

4.tanazzalul malaa’ikatu warruuhu fiihaa bi iznirabbihim minkulli amr

5.saaalamun hiya hatta mathla’il fajr.

Maksudnya:

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

TAFSIRNYA

Lailatul Qadr juga dikenali dengan Lailatul Mubarakah sebagaimana yang disebut dalam firman Allah yang berbunyi, “Innaa anzalnahu fi lailatin mubaarakah.” yg maksudnya, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(al Qur’an) pada malam yang penuh keberkatan”. Dan malam tersebut sudah pastinya di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al Qur’an.” Ibn Abbas berkata: Allah telah menurunkan al Qur’an dalam jumlah yang satu(sekaligus) daripada lauh mahfuz ke baitul ‘Izzah di Langit Dunia. Kemudian ia diturunkan secara beransur-ansur berdasarkan kejadian yang berlaku sepanjang kehidupan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah selama tempoh 23 tahun.



Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers