Makan Malam PMRAM Bersama Inteam

0 komen mengomen
Alhamdulillah, inilah antara keseronokan keterlibatan dalam gerakan mahasiswa khususnya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Kami seringkali diundang dan diajak untuk mengadakan kerjasama dan perbincangan daripada pelbagai pihak, tidak kira daripada dalam dan luar negara, baik di Mesir ataupun diluar Mesir. (Apa ayat ni? hehe..)

Baru-baru ini berkesempatan untuk meluangkan masa makan malam bersama dengan kumpulan nasyid Inteam yang kebetulan berada di Mesir untuk beberapa hari mengadakan persembahan dan sekaligus dalam pembikinan video klip Kembara Selawat Musical Documentary yang melibatkan negara Turki dan Mesir.

Lokasi kami malam tersebut. Restoran Farahat.

Badan Pengurus PMRAM turut diundang khas makan malam di Restoran Farahat, Madinah Nasr, Kaherah, Mesir. Pelan awalnya ingin makan malam di Sungai Nil terpaksa diubah ke sini kerana waktu yang tidak mengizinkan selain lokasinya yang jauh daripada penginapan. Tujuan utama kami dijemput adalah untuk beramah mesra, dan mengadakan sedikit perbincangan tentang kumpulan Nasyid di bawah PMRAM sendiri, iaitu Al-Wadi PMRAM. Untuk pengetahuan, Al-Wadi dalam proses dan sebahagiannya telahpun merakam beberapa buah lagu bersama Inteam Record.

Khusyuk makan burung merpati bakar. (Hamam Masywi).

Presiden PMRAM, saudara Abdul Aziz Ali sempat merakam kenangan bersama Inteam.

Menu utama kami malam tersebut. Merpati panggang. Daging dan kebab.

Walaupun hajat Inteam ingin makan nasi arab dan ayam panggang, tapi oleh kerana kesuntukan waktu untuk mecari lokasi yang sesuai dan dapat menampung kapasiti yang ramai. Inilah tempat yang sempat diatur pada malam tersebut. 

Ketika makan, saya sempat bertanyakan kepada Abg Amin, pendapatan Inteam Record. Kata beliau, persembahan yang dibuat di Mesir atau di Malaysia, kebanyakkannya Inteam tidak mengambil bayaran yang terlalu mahal, terutama di kampus atau anjuran persatuan pelajar. Kerana bagi mereka rezeki Allah ada ditempat-tempat lain, dan lebih-lebih lagi jika mempermudahkan orang yang menuntut ilmu. Allah, terkesan rasa.  

Inteam dan Krew, tiada dalam gambar pengurus. Abang Fairuz.

Apapun kumpulan inteam, Abang Shah, Abang Rahim, Abg Amin, Abg Hafiz (percussion) dan krew memang sempoi dan amat-amat mesra. Dan krew TheVIDEOGRAPHERZ pun cukup aktif menjalankan tugas mereka. 24 jam berkepit dengan kamera tidak kira dimana berada. Wow.. teruja dengan mereka. Sebab saya pun kameraman jugak. Saksikan beberapa gambar yang saya muat turun daripada laman facebook Kembara Selawat : Musical Documentary.


Nantikan video promo Muktamar Sanawi PMRAM yang akan diterbitkan tidak lama lagi. :) 



Moga perkenalan dan hubungan yang terbina khususnya diantara PMRAM dan Inteam akan terus erat. Di akhir pertemuan, Abg Shahril sempat berpesan agar pertemuan dan ukhuwwah yang dibina ini bukan setakat disini bahkan untuk sampai ke akhir hayat. Insha-Allah. Terima kasih, jazakumullahkhairan keada Inteam dan krew kerana sudi mengundang dan membelanja kami makan pada malam tersebut. 

Demam KASIH rupanya..

0 komen mengomen
Bismillhirrahmanirrahim, 

Alhamdulillah, masih lagi dihidupkan oleh Allah hari ni, keseronokan bersama negeri angkat, Perlis Indera Kayangan di Mesir mengadakan hari keluarga, Karnival Silaturrahim (KASIH '13), sampai tak sedar diri dihinggap demam. 3 hari berkampung di rumah Perlis sambil sesekali berkejar balik ke kampung di Rumah Terengganu yang turut mengadakan hari keluarga, Hari Mahabbah dan Silaturrahim (HARMONI '13).

Bermula dengan majlis perasmian pada jumaat malam, dihidangkan dengan mee kari mungkin, kesedapannya menusuk kalbu. Siswi yang masak katanya ^_^,. Alhamdulillah, walaupun tak dapat mee bandung Muar, cukuplah melepas dan mengubat rindu. Keesokkan paginya bermula dengan futsal, walaupun terlewat untuk bermain, tapi dapat juga bersukaneka bersama anak-anak Perlis. Mereka memang sporting dan sempoi. Walau berbeza loghat, kami bersaudara. Macam tema KASIH juga, "Bersama dalam berukhuwwah".

Sukaneka anak-anak Perlis.

Langkah bata.


Kumpulan Biru. Dr. Ibrahim, Ust Mad, Abg Syukur (koq), Hambali, Shafiq Akmal, Zamir, Duduk YDP, Ust Rifqi dan saya.

Anak-anak Perlis di Mesir.


Pelajar perubatan mungkin?

Kemesraan anak-anak Perlis membuatkan saya tidak terasa seperti orang asing bahkan saya pulak yang sudah terikut-ikut keutaraannya. Selesai sukaneka, terus bergegas untuk solat zohor, makan tengahari dan berlari pulang ke rumah Terengganu, setelah semalam tak dapat bersama dalam acara perasmian dan acara dewan. Namun, sampai di rumah Terengganu, masing-masing baru selesai acara padang, hanya sempat buat medical check-up oleh pelajar-pelajar Perubatan di sini.

Medical Check-Up.

Sedang rancak bersembang, mendapat panggilan ada urusan lain yang perlu diselesaikan di pejabat. Selepas isyak baru rancak semula bersama anak-anak Perlis dalam acara dewan, spontan dan kemuncaknya perlawan PES. Saya wakil rumah biru menang perlawanan pertama dengan jaringan 2-0, tapi saja bagi chance pada suku akhir buat anak-anak Perlis pulak. :) Baik kan saya. Sambil-sambil bermain dan menonton perlawanan, kami dihidangkan dengan pizza dan fatiroh. Sehingga akhirnya tertidur di dewan. Bangkit semula, jam 1 pagi, dan perlawanan baru sahaja tamat.

Pemandangan daripada rumah Perlis.

KASIH '13 cukup bermakna walaupun terpaksa mengorbankan masa bersama hari keluarga Terengganu. Buat pertama kali sepanjang 3 tahun bermukim di bumi Mesir, semalam terasa seolah-olah balik ke kampung halaman sendiri di Muar, Johor. Buat pertama kali juga saya bermalam ni rumah Perlis. Usai solat subuh, sambil menghirup udara segar pagi, terhidu masakan nasi lemak yang membuatkan memori di kampung kembali menerjah. Ditambah pula dengan keadaan ruang tamu yang luas dan makan beramai-ramai, sambil menonton rancangan running man, ada yang bersembang, ada yang baru bangkit dari tidur. Sempurna! macam di kampung.

Saya tinggalkan rumah perlis ketika mereka mula rancak bermain ping-pong, kerana acara pagi ini hanya satu sahaja. Saya bergegas ke rumah Terengganu pula, sukaneka baru rancak bermula, alhamdulillah sempat bermain beberapa permainan hingga selesai waktu zohor. Solat, rehat dan terus kembali bersama anak-anak Perlis ke International Bowling Centre (IBC) di Panorama. Saya ketinggalan lagi, terus menaiki teksi pergi sendiri ke sana. Alhamdulillah, permainan juga baru bermula.


Acara sukaneka.

Main belon.
Bersama model-model baju Harmoni.

Sepetang kami berlongkangan. Istilah baru mungkin. Sambil saya dan zamir menyiapkan video penutup untuk KASIH '13. Alhamdulillah, jam 4 petang selesai kami berbowling, pulang ke rumah Perlis dan saya tetap dengan zamir menyiapkan projek video kami. Alhamdulillah, video penutup cukup mengubat penat dan lelah. Namun, badan sudah mula rasa tidak bertenaga, dan sahabat Perlis mengajak agar saya dapat tidur lagi semalaman bersama mereka. Lewat malam selepas perasmian, rancak mendengar celoteh dan cerita daripada senior lama Perlis, Ust Meor, daripada video, soal jodoh, musyrif sampai masuk dalam cerita hantu, jin dan langsuir. Meremang jugak bulu roma bila cerita jam 12.30 pagi ditambah pulak pengalaman ust meor sendiri yang pernah diganggu oleh jin di rumah Perlis.

Alhamdulillah, usai solat subuh berimamkan Yang DiPertua Keluarga Pelajar-pelajar Perlis, Ust Rifqi, sempat menghabiskan ma;thurat dan beberapa helaian bacaan Al-Quran. Naik kembali ke kamar dan bersembang pagi pulak dengan YDP sebelum mendapat panggilan untuk beberapa urusan lain yang tertangguh 2,3 hari ini.

Allah sentiasa bersama..

0 komen mengomen
Ada masa dan ketikanya, kita pasti akan merasa keseorangan, dipinggirkan atau resah gelisah. Maka, ketika itu carilah Allah, berbicara dengan Allah dan mohon pertolongan daripada Allah sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada seorang budak: 

"Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu, jagalah Allah pasti kamu akan dapati Allah bersama dengan kamu, jika kamu ingin meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, jika kamu ingin memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah, ingatlah jika seluruh umat berkumpul, bergabung untuk memberi kamu manfaat nescaya mereka tidak akan mampu kecuali apa yang telah Allah tulis untuk kamu, begitu juga jika mereka berpakat seluruhnya untuk memudharatkan, mencederakan atau melakukan sesuatu yang tidak baik kepada kamu, nescaya mereka tidak akan mampu kecuali apa yang telah Allah tetapkan keatas kamu."

"Sesungguhnya Dia (Allah) bersama dengan kamu dimana kamu berada."

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers