Sakinahkah Lafaz Itu?

4 komen mengomen

Ada orang mengatakan inilah saat yang paling bahagia buat mana-mana pasangan. Sehingga ada yang menamakannya dengan lafaz sakinah, raja sehari dan sebagainya. Tapi bagi aku, ia adalah lafaz yang membawa maksud tanggungjawab engkau semakin besar. Dahulu kau hanya perlu menjaga diri. Lapar engkau, tidur tidak mengikut waktu, malas dan segala tindak tanduk tindakan yang dilakukan, kesannya pada diri sendiri sahaja.


Tapi tidak lagi selepas engkau melafazkan, "Aku terima nikahnya..". Segala tindakan, percakapan dan keputusan yang engkau buat bakal melibatkan banyak pihak. Pasangan, kedua belah keluarga dan juga teman seperjuangan. Engkau yang akan menentukan pasangan engkau ke syurga atau neraka, bahagia atau sengsara, senang atau susah. Semua itu terpundak dibahumu. 

Bahagia jika engkau bijak membuat keputusan, mengawal keadaan, pandai mengurus masa dan kewangan. Namun sebaliknya jika jalan yang engkau pilih hanya kerana nafsu semata. Namun, apa yang membawaku jauh ke dasar ini adalah melaksanakan tuntutan Rasulullah SAW, memenuhi fitrah kejadian manusia yang diciptakan berpasangan, dan paling penting mencari keredhaan Allah SWT. 

Hidup tidak boleh lari daripada tanggungjawab, engkau sendirian atau berpasangan hatta berjemaah sekalipun, engkau tidak terlepas daripada tanggungjawab sebagai hamba, anak, individu, masyarakat dan dunia. 

Aku sendiri tidak menjangkakan penghijrahan seawal ini. Namun Allah yang menentukan segalanya. Sekelip mata, perancangan berubah. Seakan tidak percaya, diri ini bakal bergelar sebagai seorang suami kepada seorang bakal isteri. Akulah yang akan memimpinnya, menjaga makan minumnya, memberikan nafkah, kasih sayang dan segala macam tanggungjawab yang wajib aku galas. Semua tertanggung dibahu aku. 

Sebelum ini hanya melihat pengalaman kawan-kawan. Kini aku sendiri bakal merasainya.

Bagaimana aku kenal dengan pasangan? Mungkin aku boleh ceritakan sedikit bagaimana hubungan kami. Kami jarang berhubung walaupun kenal secara zahirnya. Seingat aku tidak pernah aku ucapkan selamat hari lahir, kalau ada pun mungkin selamat hari raya. Boleh dibilang dengan jari mungkin. Kali terakhir aku menatap secara jelas wajahnya secara bersemuka 6 atau 7 tahun lalu mungkin, ketika kami berkursus bersama waktu di bangku sekolah, sekumpulan, aku ketuanya. Selepas itu kami bawa haluan masing-masing, walaupun belajar ditempat yang sama. Hari demi hari berlalu, aku sibuk dengan kuliah, aktiviti dan lain-lain dan begitu juga beliau diseberang sana.

InsyaAllah setelah sah begelar pasangan akan aku ceritakan walaupun tiada siapa yang membaca, asbab lamanya blog ini tidak di update. Akan aku teruskan juga menulis, cintaku untuk menulis blog kembali berputik. Setelah lama berpindah menulis di dunia facebook.

Moga sakinahlah lafaz itu sehingga aku bertemu pencipta. 

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers