Fatwa Jakim & Hukum Bukan Islam Masuk Masjid

Akhir-akhir ini, UMNO & BN seringkali cuba mensensasikan isu agama dan perkauman, namun hasilnya isu tersebut akhirnya menunjukkan kebodohan dan kejahilan mereka sendiri tentang agama Islam itu sendiri.

Dan hikmah setiap isu-isu yang timbul ini telah mencelikkan mata masyarakat berkenaan hukum-hakam Islam yang selama ini mungkin tidak diambil endah oleh masyarakat kita. Alhamdulillah.



Ini takpe pulak wanita Islam UMNO masuk masjid tak pakai tudung. Ape cer ni? Yg tu dah tentu dia bukan Islam, xtau adab2 dan hukum Islam. Ni wanita islam ni wey.. Wanita Amno..

Fatwa Majlis Kebangsaan
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.


Soalan:

Apakah hukumnya orang-orang bukan beragama Islam memasuki masjid? Jika dibolehkan, apakah tatacara dan adab-adab bagi membolehkan mereka masuk ke dalam masjid untuk tujuan melawat dan menyaksikan kawasan dalam masjid?

Jawapan:

Di dalam mazhab asy-Syafie orang kafir haram dan ditegah sama sekali daripada masuk Masjidil Haram sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah : 28.

Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram. Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub.

Ini berdasarkan hadith Baginda SAW yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda SAW orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318)

Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka.

Keharusan orang kafir masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram berdasarkan hadith Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (yang bermaksud) :

“Rasulullah SAW telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang (tawanan) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. (HR al-Bukhari)

Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam. Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal.

Daripada penjelasan para ulama’ Syafiiyyah di atas, jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan.

Untuk ini, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.

Yang ni pun kena baca gak: MASJID SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN - JAKIM

Lagi penerangan berkenaan isu ini..

HARUS orang yang bukan muslim masuk ke dalam masjid untuk tujuan yang dibenarkan syara’ atau untuk melakukan perkara-perkara harus yang lain seperti mendengar tazkirah atau untuk meminum air dan seumpamanya. Ini kerana Nabi S.A.W. pernah membiarkan beberapa perwakilan orang yang bukan muslim memasuki masjid baginda dan melihat umat Islam menunaikan solat, mendengar bacaan al-Quran dan khutbah Baginda S.A.W. demikian juga untuk menyeru mereka kepada Allah dengan lebih dekat. Baginda juga penah mengikat seorang kafir di dalam masjid iaitulah Thamamah bin Athal al-Hanafi (ثمامة بن أثال الحنفي), seorang tawanan perang, lalu Allah memberi hidayah kepada beliau dengan beliau memeluk Islam. (Sila lihat Majmu’ Fatawa wa Maqalaat Mutanawwi’ah oleh al-Syeikh al-‘Allamah Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz R.H. jld 8, m.s. 356)

Inilah pandangan yang lebih kuat dan lebih hampir kepada kebenaran pada pandangan saya disebabkan keberadaan dalil bersamanya.

Dalil yang dinyatakan oleh al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz R.H. di dalam fatwanya di atas adalah sebuah hadith yang diriwayatkan antaranya oleh al-Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya:


بَعَثَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏خَيْلًا قِبَلَ ‏ ‏نَجْدٍ ‏ ‏فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ مِنْ ‏ ‏بَنِي حَنِيفَةَ ‏ ‏يُقَالُ لَهُ ‏ ‏ثُمَامَةُ بْنُ أُثَالٍ ‏ ‏فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ فَخَرَجَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالَ ‏ ‏مَا عِنْدَكَ يَا ‏ ‏ثُمَامَةُ ‏ ‏فَقَالَ عِنْدِي خَيْرٌ يَا ‏ ‏مُحَمَّدُ ‏ ‏إِنْ تَقْتُلْنِي تَقْتُلْ ذَا دَمٍ وَإِنْ تُنْعِمْ تُنْعِمْ عَلَى شَاكِرٍ وَإِنْ كُنْتَ تُرِيدُ الْمَالَ فَسَلْ مِنْهُ مَا شِئْتَ فَتُرِكَ حَتَّى كَانَ الْغَدُ ثُمَّ قَالَ لَهُ مَا عِنْدَكَ يَا ‏ ‏ثُمَامَةُ ‏ ‏قَالَ مَا قُلْتُ لَكَ إِنْ تُنْعِمْ تُنْعِمْ عَلَى شَاكِرٍ فَتَرَكَهُ حَتَّى كَانَ بَعْدَ الْغَدِ فَقَالَ مَا عِنْدَكَ يَا ‏ ‏ثُمَامَةُ ‏ ‏فَقَالَ عِنْدِي مَا قُلْتُ لَكَ فَقَالَ أَطْلِقُوا ‏ ‏ثُمَامَةَ ‏ ‏فَانْطَلَقَ إِلَى ‏ ‏نَجْلٍ ‏ ‏قَرِيبٍ مِنْ الْمَسْجِدِ فَاغْتَسَلَ ثُمَّ دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَقَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ ‏ ‏مُحَمَّدًا ‏ ‏رَسُولُ اللَّهِ يَا ‏ ‏مُحَمَّدُ ‏ ‏وَاللَّهِ مَا كَانَ عَلَى الْأَرْضِ وَجْهٌ أَبْغَضَ إِلَيَّ مِنْ وَجْهِكَ فَقَدْ أَصْبَحَ وَجْهُكَ أَحَبَّ الْوُجُوهِ إِلَيَّ وَاللَّهِ مَا كَانَ مِنْ دِينٍ أَبْغَضَ إِلَيَّ مِنْ دِينِكَ فَأَصْبَحَ دِينُكَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيَّ وَاللَّهِ مَا كَانَ مِنْ بَلَدٍ أَبْغَضُ إِلَيَّ مِنْ بَلَدِكَ فَأَصْبَحَ بَلَدُكَ أَحَبَّ الْبِلَادِ إِلَيَّ وَإِنَّ خَيْلَكَ أَخَذَتْنِي وَأَنَا أُرِيدُ الْعُمْرَةَ فَمَاذَا تَرَى فَبَشَّرَهُ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏وَأَمَرَهُ أَنْ يَعْتَمِرَ فَلَمَّا قَدِمَ ‏ ‏مَكَّةَ ‏ ‏قَالَ لَهُ قَائِلٌ ‏ ‏صَبَوْتَ ‏ ‏قَالَ لَا وَلَكِنْ أَسْلَمْتُ مَعَ ‏ ‏مُحَمَّدٍ ‏ ‏رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏وَلَا وَاللَّهِ لَا يَأْتِيكُمْ مِنْ ‏ ‏الْيَمَامَةِ ‏ ‏حَبَّةُ حِنْطَةٍ حَتَّى يَأْذَنَ فِيهَا النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Nabi S.A.W. telah mengutuskan sekumpulan tentera ke Najd, lalu mereka kembali) membawa seorang lelaki dari bani al-Hanifah namanya Thumamah bin Uthaal pemimpin penduduk Yamamah), lalu mereka mengikat dia di salah satu tiang masjid, lalu Nabi pergi kepadanya dan bertanya: “Apa sangkaan kamu wahai Thumamah (tindakan yang akan aku kenakan kepada kamu)?” Jawab Thumamah: “Sangkaan aku adalah baik, jika kamu membunuhku, kamu membunuh seorang yang ada kemuliaan, jika kamu memberi nikmat kepadaku (melepaskanku), engkau memberi nikmat kepada orang yang reti berterima kasih, jika engkau mahukan harta, mintalah apa yang kamu mahu. Kemudian baginda meninggalkan dia sehinggalah keesokan hari, kemudian baginda bertanya lagi kepada Thumamah: “Apa sangkaan kamu wahai Thumamah (tindakan yang akan aku kenakan kepada kamu)?” Jawab Thumamah: “Sangkaan aku seperti kelmarin, jika kamu memberi nikmat kepadaku (melepaskanku), engkau memberi nikmat kepada orang yang reti berterima kasih.” Lalu baginda meninggalkannya, sehinggalah keesokan harinya baginda bertanya lagi kepada Thumamah: “Apa sangkaan kamu wahai Thumamah (tindakan yang akan aku kenakan kepada kamu)?” Jawab Thumamah: “Sangkaan aku seperti kelmarin, jika kamu memberi nikmat kepadaku (melepaskanku), engkau memberi nikmat kepada orang yang reti berterima kasih.” Lalu Nabi S.A.W. berkata: “Lepaskan Thumamah!” (Thumamahpun dibebaskan), lalu dia pergi ke sebatang pohon tamar berhampiran masjid, lalu dia mandi, kemudian dia memasuki masjid lalu berkata: “Aku bersaksikan tidak ada ilah melainkan Allah dan aku bersaksikan bahawasanya Muhammad itu adalah Rasulullah. Wahai Muhammad sebelum ini tidak ada satu wajah di atas muka bumi ini yang lebih aku benci berbanding wajah engkau, akan tetapi hari ini wajah engkau telah menjadi wajah yang paling aku cintai. Demi Allah sebelum ini tidak ada agama yang lebih aku benci berbanding agama mu, akan tetapi sekarang agama mu telah menjadi agama yang paling aku cintai, demi Allah tidak ada juga sebelum ini satu negeri yang lebih aku benci berbanding negerimu, akan tetapi hari ini negerimu telah menjadi negeri yang paling aku cintai. Sesungghnya ketika pasukan tenteramu menangkapku, aku hendak menunaikan umrah, apakah pandangamu?” Lalu Rasulullah S.A.W. memberikan khabar gembira kepadanya dan baginda menyuruh dia menunaikan hajatnya untuk melaksanakan umrah. Apabila Thumamah sampai ke Makkah, seseorang berkata kepadanya: “Apakah engkau telah bertukar agama?” Jawab Thumamah: “Tidak, akan tetapi aku telah memeluk Islam bersama Muhammad Rasulullah S.A.W. Demi Allah tidak akan sampai kepada kamu semua walau sebiji gandum melainkan dengan keizinan Nabi S.A.W. (ketika itu penduduk Mekah masih belum menerima Islam)”

Dalam masa yang sama tidak dinafikan wujudnya perbezaan pendapat ulama dalam masaalah ini. Secara ringkas perbezaan mereka adalah seperti berikut:

1. Harus orang-orang yang bukan muslim memasuki masjid termasuk masjid al-Haram. Ini adalah pandangan para ulama dari mazhab Hanafi. Antara hujah mereka ialah, Nabi S.A.W. pernah membiarkan perwakilan daripada bani Thaqif (ثقيف) memasuki masjid baginda, sedangkan mereka itu orang-orang yang bukan Islam. Ulama dari golongan yang pertama ini memahami firman Allah S.W.T.:


يا أيها الذين آمنوا إنما المشركون نجس فلا يقربوا المسجد الحرام بعد عامهم هذا

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis, maka janganlah mereka menghampiri masjid al-Haram sesudah tahun ini...” (al-Taubah: 28)

Ayat ini difahami oleh ulama golongan pertama ini sebagai larangan daripada masuknya orang-orang musyrik dan menguasai masjid al-Haram, bertakabbur dan bertawaf di dalamnya dalam keadaan berbogel sepertimana kebiasaan mereka ketika jahiliyyah.

2. Harus orang-orang yang bukan muslim memasuki masjid dengan keizinan orang-orang muslim melainkan masjid al-Haram dan semua masjid yang berada di tanah al-Haram. Ini adalah pandangan para ulama dalam mazhab al-Syafie (Sila lihat Raudhah al-Tolibin 1/296). Ia juga merupakan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad, dan sebahagian ulama mazhab Hambali menyatakan inilah pandangan mazhab Hambali.

Said ibn Musayyin berkata:

قد كان أبو سفيان يدخل مسجد المدينة وهو على شركه، وقدم عمير بن وهب فدخل المسجد والنبي صلى الله عليه وسلم فيه ليفتك به فرزقه الله الإسلام

Maksudnya: “Abu Sufyan pernah memasuki masjid al-Madinah ketika ia masih seorang musyrik, demikian juga ‘Umair bin Wahb pernah memasuki masjid untuk membunuh Nabi S.A.W. yang berada di dalamnya, kemudian Allah menghidayahkan dia dengan Islam. (Sila lihat al-Mughniy oleh Ibn Qudamah)

3. Tidak boleh (haram) orang-orang yang bukan Islam memasuki masjid. Ini merupakan salah satu pandangan Imam Ahmad di dalam salah satu riwayat daripadanya. Antara hujah golongan ini ialah, mereka berpendapat jika orang yang berhadath, berjunub dan wanita yang haid dilarang dari menetap di dalam masjid, maka orang-orang musyrik yang sememangnya berhadath itu lebih utama untuk dilarang.

4. Orang yang bukan islam tidak boleh memasuki masjid melainkan jika ada keperluan. Ini adalah pandangan ulama-ulama mazhab Malik.


wallahu a'lam. bs

Sumber
BKO
Fatwa Kebangsaan - JAKIM

1 komen mengomen :: Fatwa Jakim & Hukum Bukan Islam Masuk Masjid

  1. Assalammualaikum WBT...

    Saya bersetuju dengan apa yang saudara tuliskan...Malahan mmg terang lagi bersuluh pada zaman nabi jugak ada orang kafir masuk masjid...Cuma persoalan yang terdetik di hati saya adalah :

    1) Org kafir yang masuk masuk masjid (yg jadi isu politik) itu adalah perempuan yang tak tutup aurat...Ini boleh menyebabkan org islam yang berada dlm masjid melihat benda2 yang tak sepatutnya dilihat dlm masjid...Sedangkan kalau kita nampak org tak tutup aurat kat luar pun kita perlu palingkan muka..Inikan pula nak memandang ke arah mereka untuk dengar ceramah.

    2) Org kafir yang masuk masjid + tak tutup aurat itu bukan sahaja tak duduk diam, malahan memberi ceramah politik yang boleh memecahbelahkan umat islam...Sedangkan masjid adalah tempat yang paling baik untuk menyatupadukan org umno, pas & pkr.

    Apa bila masuk part politik, tak dpt tidak pasti akan masuk part fitnah/mengumpat memfitnah tak kiralah parti mana pun...Sedangkan bercakap hal dunia pun ditegah dalam masjid, inikan pula bercerita pasal fitnah/mengumpat.

    So, itunya persoalan...bukan masalah org kafir boleh masuk masjid ataupun tidak.

    Org islam sepatutnya faham tentang hal ini dan tanya kebanyakkan ulama yang mu'tabar serta dengan pendapat ijmak ulama..bukan semata-mata dengan cakap ulama parti masing-masing sahaja...:)

    Terima kasih.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers