Hari Terakhir Di Kelas Sheikh Rahimuddin..

1 komen mengomen
"Aneh bangat ya, masakan seorang yang bergelar pelajar, bisa menghabiskan masanya dengan berjalan-jalan.?" Kata Sheikh ketika menceritakan detik mula dia menjejakkan kaki di bumi anbiya' ini.

"Kita ini kan pelajar, tanggungjawab kita untuk belajar. Saya masa mula-mula hadir disini. Satu tahun setengah. Hanya duduk dirumah. Membaca kitab-kitab muallafat Imam Al-Ghazali. " Cerita Sheikh lanjut.

"Lalu, seorang senior bertanya kepada saya. Loh, kenapa baca kitab-kitab ini, kan susah? Enggak usah baca. Tidak ada pelajar Mesir yang baca karya Imam Al-Ghazali. Yang mudahnya kitab Imam Yusuf Al-Qardawi."

"Justeru itu saya jadi lagi emosional. Loh, kita kan pelajar. Memang tanggungjawab kita untuk belajar yang susah-susah. Itu bedanya kita dengan orang awam. Belajar yang susah dulu, yang mudah nanti akan jadi lebih mudah." Ulas Sheikh penuh semangat.

"Saya langsung pergi ke Toko buku di Attabah, saya nanyakan toke toko buku tersebut. Muallafat Imam Al-Ghazali ada berapa? Lalu dibilang ada 15. Baik, saya mahu semuanya! Lantas saya pulang, saya rujuk kamus, sampai hancur kamus tersebut. Tiap2 hari tidak keluar rumah, hanya makan KFC. Telefon aja. Sampe operator yang jadi, belum cakap apa sudah oke. Yalah, tiap2 hari nelefon, sudah kenal." Semua yang ada kagum sambil ketawa melihat Sheikh ketawa menceritakan kisah hidupnya..

Jauh berbeza dengan kita.

Kerinduan terhadap Syeikh akhirnya terubat bilamana dapat mencium tangan Syeikh dan menghabiskan kelas Tafsir Jailani buat sesi kali ini.

Syeikh bakal berangkat ke Malaysia 2 hari lagi.

__________________________________________________________________

"Skanderieh! Skanderieh!" Laung seorang ammu tremco. Lalu bertanya kepada aku. yang melintas dihadapannya "Iskanderiah?" aku hanya berlalu sambil menggeleng kepala.

"Mahalla, mahalla!" Laung ammu yang sorang lagi pula. Suasana riuh rendah.. Masing2 mahu mencari penumpang masing-masing. Aku, Bukhari dan Shakir tercari-cari dimanakah tempat menunggu tremco untuk ke Tanta. Dicelah-celah keramaian manusia itu akhirnya kami bertanya kepada seorang ammu.

"Fain, tremco ila Tanta?"

"Oo.. hina, gai.." Jawab ammu ringkas.

Kami bertiga duduk tercegat disitu buat beberapa ketika. Hanya sekadar memerhati gelagat masyarakat Mesir yang bermacam ragam dan gaya.

Dari kejauhan aku melihat 2 orang pemuda bersaing mendapatkan pelanggan untuk datang ke kedai Qusyarinya. Sejenis makanan kegemaran arab mesir.

Pertama kali aku makan ketika baru selesai berurusan dengan syu'un di Al-Azhar. Sebuah kedai makan yang terletak begitu hampir dengan pagar utama Universiti tertua dunia itu.

Ust Abd Rahman Mut'ie agak kagum kerana aku mampu menghabiskan semangkuk Qusyari. Sudah menjadi adat, agak ajaib mereka yang berbadan kecil seperti aku boleh menghabiskannya. Bagi mereka yang bukan berlidah arab, mungkin termuntah dibuatnya.

Sememangnya, orang arab lebih mengutamakan kandungan karbohidrat makanan yang dimakan untuk membekalkan tenaga kepada mereka berbanding rasanya. Kerana umum sudah mengetahui makanan arab biasanya tidak berkuah dan masam.

Hampir setengah jam kami menunggu, tiba2 mereka yang berdekatan berlari-lari berebut untuk menaiki tremco. Rupanya, tremco tersebut menuju ke Tanta. Kami sekadar memerhati, kerana mustahil untuk kami menaikinya jika hendak beradu tenaga dengan arab yang lebih besar dan gagah.

Azan manghrib berkumandang, Shakir segera mencari masjid yang terdekat untuk menunaikan solat jama' qasar, kerana sampai di Tanta nanti pastinya dia sudah tidak boleh melakukan hal demikian kerana bermukim disana. Kami mengambil keputusan untuk menunggu kalau2 ada tremco yang datang.

10 minit berlalu, sebuah tremco siahah tiba. Kami segera mendapatkan tempat sambil menyimpn sebuah kerusi untuk Shakir. Namun, setelah beberapa minit, shakit tidak muncul. ammu tremco menyuruh kami turun semula kerana tremco yang dipandunya mahu bergerak cepat dan menyuruh kami menunggu tremco yang lain.

"Adeh, tremco sedap ni. Lambat plak Shakir ni" Aku merungut dalam hati. Bukhari masih lagi cuba menghubungi telefon bimbitnya. Namun gagal.

"Menghadap Allah itu lebih utama, jangan mengeluh apabila kita terpaksa melepaskan sesuatu yang berharga hanya kerana seseorang terlambat semata-mata menunaikan kewajipan kepada tuhan-Nya, memang patut kami ditinggalkan kerana tidak mengutamakan Allah dalam perkara ini, walaupun kami boleh sahaja jama' ta'khir, walhal jama' taqdim boleh dilakukan." Bisikan halus meredakan hati.

Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk bergerak menaiki train/metro ke Hentian Shuobra El-Khaima. Disana lebih mudah mendapatkan pengangkutan. Setelah membeli tiket berharga LE1.00 untuk kemana-mana hentian. Kamu melintasi Mubarak, Masarra, dan beberapa hentian sebelum tiba di stesen terakhir, Shoubra El-Khaima.

Setibanya disana kami terus mendapatkan Tremco yang masih kosong. Kebetulan muat untuk kami bertiga. Alhamdulillah. Allah memudahkan perjalanan kami.

Perjalanan dari Shoubra El-Khaima memakan masa hampir sejam lima belas minit. Sampai di Tanta kami berhenti dipersimpangan yang entah apa namanya. Shakir membawa kami menuju ke Cyberbay atau bahasa arab siberbei dan akhirnya kami tiba di Kahraba'. Kerana kedudukan yang hampir dengan pencawang elektrik.

Suasana cukup hening dan angin malam begitu sejuk menyambut ketibaan kami. Cukup berbeza dengan bandar besar Kaherah yang sentiasa sibuk dan sudah mula menunjukkan petanda musim panas bakal hadir.

_________________________________________________________________

Teringat pagi 2 hari lepas semasa kelas Sheikh Rahimuddin, di Rumah Terengganu Hayyu Asyir. Setelah hampir sejam kelas berjalan, badanku terasa amat letih dan cukup tidak bermaya. Sayang rasanya mahu meninggalkan kelas, namun aku gagal melawan nafsu. Kugagahkan kaki melangkah kekamar merehatkan badan. Lantas terlelap.

Tiba2 terdengar deringan handset. Siapa pula yang menelefon waktu-waktu begini?

Tertera di skrin, "Ust Bukhari" ada apa pulak agaknya ni?

"Assalamualaikum, min ada kat mana tu?" lantas persoalan itu dihujam ketelinga yang masih belum sedar.

"Ada kat bilik, baru bangun tidur. Ada pe?" balasku malas.

"Nak pergi Tanta tak? Meh la teman ana."

"Nak pergi sekarang ke? Ana tak solat zohor lagi nih."

"Takdelah sekarang, enta gi solat2 lu siap. Lepastu kita pergilah."

"Ok.." Talian terputus. Lantas bergerak menunaikan solat. Mujur juga dia menelefon. Bisa saja aku terlepas solat zohor tadi. Astagfirullahalazim.

Entah kenapa, laju kaki melangkah mempersiapkan diri. Seperti robot yang mengikut arahan tuannya.

Usai sahaja Solat Asar kami bergerak menuju ke Ramsis. Namun kaki berat untuk melangkah keluar dari Kompleks.

"Eh, kori ana tak jadi pergilah. Sayang la nak tinggal kelas talaqqi. Kelas Syeikh Yusri esok pagi. Kelas Sheikh Nuruddin pun dan nak tangguh lusa. Kelas Sheikh Rahimuddin tak pernah sekali pun ana masuk sampai habis mungkin jugak lusa habis. Enta pergilah dengan Shakir." Balasku sayu..

"Eh, jom la min. Kesian kat aku nih. Takde2, mu kena pergi jugak!" Sambil menarik tangan aku turun dari tangga.

"Eh, enta paksa amin ke kori.? Kalau amin taknak pergi takpelah." Shakir lantas memahami.

"Takde2, dia saje je tu. Nok pergi sebenonyer" Kori lantas memotong.

"Hmm.. Kita pergi lusa la lepas Kelas Syeikh. Boleh duk lama sket kat Tanta." Balas aku cuba memujuk.

"Eh, kan dah janji dengan USt Amir nak datang. Entah-entah dia dah masak dan sediakan tempat untuk kita.'' Bukhari taknak mengalah.

Akhirnya aku juga yang kalah. "Ok2, tapi sehari je. Esok balik sini yer. Kalau enta tak balik ana yang balik sorang nanti" Huhu..

"Ok2.. InsyaAllah, kita balik esok. Hahaha.." raut wajah kori terus ceria.

Dalam hati terasa berat mahu meninggalkan Cairo. Ya Allah, ampunilah aku kerana tidak amanah dengan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu.

Tapi takpelah, boleh jugak belajar kenal jalan dan tempat di Tanta. Hati cuba menenangkan.

__________________________________________________________________

Keesokannya, selepas Zohor aku, Ust Amir, Ust Shakir dan USt Kori sudah merancang untuk melihat suasana Kuliah Universiti Al-Azhar Tanta kemudian ke AwalBah, ke Maqam Syeikh Sayyid Badawi dan barulah kami bertolak pulang ke Kaherah.

Dari Kahraba', Cyberbay. Kami menaiki bas menuju ke Maqam Sidi Badawi. Walaupun nama yang diberi Cyberbay. Bukan bermakna ia sebuah bandar setilite yang canggih. Ia hanya sekadar perkampungan yang dihampar luas kehijauan pokok bawang dan gandum. Seperti berada di Kedah rasanya.

Dengan tambang 50kirsh. Kami tiba di Masjid Sidi Badawi. Didalamnya terdapat Maqam As-Syeikh Sayyid Badawi Rahimahullah. Didalam masjid tersebut juga terdapat berberapa MAqam lain iaitu Maqam As-Syahid Imam Mujahid, kemudian Maqam anak muridnya (tidak pasti namanya siapa) yang meninggal setelah melihat wajah Syeikh Sidi Badawi.

Diceritakan bahawa, tidak seorang pun pernah melihat wajah Syeikh Sidi Badawi kerana ia sentiasa dihijab/ditutup. Kerana wajahnya yang terlalu bercahaya dengan nur ianya tidak dapat dan mampu untuk dilihat dengan pandangan mata.

Suatu ketika muridnya meminta untuk melihat wajah Syeikh, apabila dibuka hijab lantas dia meninggal dunia kerana tersilau melihat wajah Syeikhnya. Wallahutaa'la a'lam akan kesahihan cerita yang aku dapat daripada Ust Amir.

Selepas melawat Maqam, kami berjalan di Sekitar Awal Bah dan minum asir disana. Melewati Ma'rad, kemudian berhenti di Kubri. lantas mencari tremco untuk pulang ke Kaherah.

Muktamar Wehdatul Islamiyah Kali Ke-23

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Sekadar ingin berkongsi maklumat, mungkin ramai sahaja pembaca yang sudah mengetahuinya. Namun diantara ramai-ramai pembaca, ada juga mereka yang kurang membaca laman2 berita dan politik. Namun atas dasar seorang Muslim itu perlu mengetahui perihal saudara seaqidahnya, maka saya kongsikan artikel yang saya copy dari Blog Ust Nasruddin Hassan Tantawi di Blog Episod Sebuah Perjuangan.

Lihatlah wajah - wajah bersih berseri para alim ulama' Islam yang bersidang bagi mencari arah penyatuan Ummat Islam berdepan konspirasi musuh - musuh Islam antarabangsa yang senantiasa menanti peluang untuk pecah belahkan ummah .


Muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 yang berlangsung di Kota Tehran menyaksikan sekitar 200 orang ulama' dari seluruh dunia dari pelbagai aliran pemikiran dan mazhab bersidang mencari nokhtah pertemuan dan meminimakan perbedaan yang boleh dielakkan agar ummat Islam kembali bangkit menjadi suatu kuasa besar dunia.

Persidangan muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 ini bertepatan dengan sambutan ulangtahun keputeraan Nabi kita Muhammad saw . Suhu pula seperti menghormatinya apabila salji mula mencair dan cuaca mula menampakkan cahaya matahari .

Persidangan ini menggunakan 3 bahasa . Pertama bahasa Arab , kedua bahasa Parsi dan ketiga ialah bahasa Inggeris kecuali dua pembentang menggunakan bahasa Rusia dan Perancis dan diterjemah ke dalam bahasa Arab .

Sejurus Muktamar ini dirasmikan oleh Ayatullah Asy Syeikh Al Hasyimi Ar Rafsanjani , majlis pembukaan turut diberi penghormatan kepada ulama' - ulama' berikut untuk berucap :

Prof. Dr Burhanudin Rabbani Bekas Presiden Jumhuriyyah Afghanistan ,
Al Maulavi Muhammad Ishak al Madani Pengerusi Majlis Tertinggi Majma' Taqribd
Ustaz Dr. Abdel Aziz At Tuwaijiri Mudir ISISCO
Al Ustaz Dr. Adil Al Falah wakil Kementerian Auqaf Kuwait .
Al Ustaz Dr. Nuur Ali Adam Menteri Awqaf Somalia .
Hujjatul Islam Asy Syeikh Mohd Hassan Al Akhtari S/U Agung Majlis Ahli Bait
Al Ustaz Asy Syeikh Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam Se Malaysia [ PAS ]

Pembentang Kertas Kerja :

Al Ustaz Asy Syeikh Mukhtar As Salaami
[ Bekas Mufti Kerajaan Tunisia ] : Jalan Keluar dari Pengaruh Negatif Kepuakan
Al Ustaz Dr. Jaafar Abdus Salaam
[ S/U ar Rabitah Jaamiat Al Islamiyyah ] : Fenomena Hidup dan Keperluan al Ijtihad
As Syed Sadruddin Al Qabanji
[ Imam Najaf al Asyraf ] : Syubhat yang wujud sekitar Sunnah An Nabawiyyah
Al Ustaz Dr. Taufiq Ali Wahbah.
[ Presiden Markaz Al Arabi Lid Diraasaat - Mesir ] : Ummat Islam dalam Memerangi Taasub dan Cabaran Masa kini.


Asy Syeikh Zafar Najar .
[ Presiden Majlis Al Islami Afrika Selatan ] : Syubhat yang wujud sekitar Sunnah
Al Ustaz Dr. Quraisy Syihab .
[ Penulis dan Pemikir Islam Indonesia ] : Pidato Umum
Al ustaz Dr. Fuad Al Barazi.
[ Presiden Rabitah Al Islamiyyah Denmark ] : Sebab Ikhtilaf Fuqaha'
Al Ustaz Dr. Abdur Rahim As Saayih.
[ Pensyarah Univ. Al Azhar ] Ummat Islam : Keperluan segera untuk Taqrib
As Syed Muhd Hadi Al Hadi.
[ Mudir Muassasah Ar Rasul As Saqafiah Afghan ] Menangani Pegangan Mazhab dan Peranannya dalam Mengembangkan Ilmu .

Asy Syeikh Taajudin Al Hilali
[ Bekas Mufti Australia ] : Pidato Umum
Ustaz Dr Abdul Wahid
[ Pengkaji dan Pemikir islam Denmark ] : Problems in the Muslim ummah .
Ustaz Dr. Othman Jaah
[ Pengerusi Majlis Taqrib Zambia .

Al Ustazah Dr. Lina Al Humsi
[ Pensyarah Univ. Damascus ] : Realiti sebuah Penyelewengan bagi Kelompok
Al Ustaz Dr. Muhammad Al Aasi
[ Al Imam marKaz Al Islami Washington ] : Rasionalism Vs Sectarianisma
Al Ustaz Dr. Abdur Rahim Umar Mahyudin
[ S/U Agung Markaz Pengajian Al Wehatil Islamiyyah ] Kesan Negatif bagi Riwayat Sejarah terhadap Penyatuan Ummat Islam .

Tentunya ramai lagi pembentang kertas kerja yang tidak sempat saya catat , sementara ada juga beberapa kertas kerja yang saya tidak sempat menghadhirinya kerana mempunyai program lain di Tehran . Namun keseluruhan perbincangan dan perbahasan para ulama' dipersidangan ini [ antara yang BOLEH ] saya simpulkan seperti berikut :

[ Kesimpulan yang saya buat ini tidak mengambil kira resolusi rasmi yang akan dikeluarkan oleh Muktamar dipenghujung sidang pada malam ini . Saya tidak boleh menyertainya kerana terpaksa pulang 6 jam lebih awal kerana ingin menghadhiri Konvensyen Jabatan Amal di Terengganu pada pagi 6 hb nanti .]

Kesimpulan Pertama : Ummat Islam digesa supaya merapatkan jurang perbezaan antara aliran pemikiran dan anutan Mazhab .

Kesimpulan kedua : Tumpukan perhatian kepada faktor - faktor penting yang membawa kepada penyatuan ummah dan pastikan elemen - elemen perpecahan dapat ditangani dengan bijak.

Kesimpulan ketiga : Awasi propaganda barat dan spekulasi media - media mereka untuk meretak dan memecah belahkan kesatuan ummat Islam antarabangsa .

Kesimpulan Keempat : Perkasakan peranan para ulama' Islam dalam usaha memahamkan ummah akan peri pentingnya kesatuan dikalangan mereka tanpa prejudis antara satu sama lain biarpun berbeza aliran pemikiran.

Kesimpulan Kelima : Wujudkan sikap saling hormat menghormati terhadap perbedaan pandangan mahupun perlaksanaan Feqhiyyah selama mana ia berdasarkan hujjah dan nas yang asal iaitu Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw .

Kesimpulan Keenam : Ulama' - ulama' Islam digesa agar sering duduk semeja antara satu sama lain dalam usaha mempertautkan hubungan ummat Islam di peringkat antarabangsa terutama saat berdepan dengan musuh - musuh Allah swt.

Kesimpulan Ketujuh : Elemen taasub dan Jahil mesti diperangi secara jujur oleh para ulama' agar mereka tidak melahirkan ummat yang melampau dan keterlaluan dalam tindakan dan amal.

Kesimpulan Kelapan : Menggesa kerajaan - kerajaan Ummat Islam supaya memanafaatkan segala keupayaan , kuasa , pengaruh , harta untuk membangunkan Islam sebagai satu kuasa alternatif bagi menggantikan kezaliman , penindasan dan korupsi di semua peringkat .

Kesimpulan Kesembilan : Ummat Islam mesti bergerak ke arah mewujudkan zone antarabangsa yang selamat dengan peranan ulama' yang gigih dan cekal berjuang serta mengangkat izzah Islam di mata dunia dengan membersihkan persepsi buruk serta menghadapi propaganda jahat dari barat .

Kesimpulan Kesepuluh : Ummat Islam seharusnya tidak lagi terperosok dalam sempadan daerah masing - masing , sebaliknya mula melihat masaalah ummat Islam yang lain sebagai masaalah bersama dan ditangani secara berkesan atas semangat agama yang satu .







Kerana Jamban Orang Tak Nak Pergi Sembahyang..

5 komen mengomen


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillahirabbilalamin, Allahumasolli ala muhammad s.a.w.

Assalamualaikum w.b.t.

Aiwah, aiwah lagi, xde mende lain ke? Yang pasti ini adalah posting yang ke-3 hari pertama bulan MAc. Wuhuu.. Jangan nak bangga, kalau berlumba buat Ibadah tu takpe la jgk. Ni asik mengadap laptop jer. Ish3.. Ape nak jadik nih.. Astaghfirullahalazim.. Lagho2.. Ni suma salah Ust Ulwan. (Ape kes?) hehe..

Hmm..

Bercerita soal kebersihan, yang pasti tempat yang wajib kita singgahhi hampir 24 kali sehari adalah Jamban atau lebih sopan Tandas atau Spelling Englishnyer Toilet, RestRoom atau Kat Mesir dia tulis W.C. (sampai sekarang tak jumpa makna W.C. tu hape?) Huhu.. Dalam bahasa arab Daurahtul Miah @ Hammam.

Masa kelas Syeikh Nuruddin baru ni, Syeikh banyak menyebut tentang politik Malaysia. Dan antara yang disentuh adalah tentang Masjid. Masjid mana? Masjid USJ kalau tak silap dengar la. Bagus sangat ke Masjid tu? Masjid Al-Falah USJ 9, Selangor. Boleh la nak tengok2 blog masjid ni. Atau web Album dia.


Pintu Masuk/Nama Dekat Depan Masjid ni. Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor. Boleh dibanggakan sebab aku duduk Selangor. Hehe..

Baik, walaupun gambar bilik air dia takde, saya yakin pasti tandasnye bekilau dan bersinar.

Toyyib, Berbalik kepada tajuk di atas.

Biasanya kalau kita bermusafir, pasti sebagai seorang Islam, kita akan singgah di Masjid/surau samaada untuk solat mahupun menumpang rehat. Kalau tidak solat pun pasti ehem3.. Mengqodo' hajat.


Pintu masuk ke Dewan Solat

Dan biasanya yang menjadi perbualan mulut kita adalah kebersihan tandasnya. Betul kan?

"Eh, kita berhenti Solat kat Masjid ni la, dah masuk waktu Subuh ni." Kata Ali.

Abu membalas "Eh, xnaklah solat kat Masjid ni. Tandas die kotor, tersumbat."

"Dahtu, nak solat kat mana?" Tanya Ali

Abu membalas "Kita pergi Masjid depan sana, dalam 18 kilometer 20 sentimeter jauh dia"

"Ok, jom."

Itulah perbualan yang biasa terjadi.

Perbualan yang luar biasa.

"Eh, jom2. Kita solat kat Masjid ni. Tandas dia memang POWER bau, menusuk kalbu. Jamban jangan cakap ar. Tersumbat. Best giler..."

"Ok, ape tunggu lagi. Jom pakat gi ramai."

Itulah hakikat umat Islam sekarang. Kalau rumah Allah dah tak terjaga. Rumah sendiri macamana agaknya ye?


Ruang Solat Utama Masjid Al-Falah


"Kebersihan itu sebahagian daripada Iman"

Tapi ramai mana orang Islam yang menitik beratkan hal ini?

"Innallaha jamilun wayuhibbul jamal"
Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka pada kecantikan.

Kubah Masjid yang Indah dan aku suka warnanya (purple)


Sampai Sheikh kata, kalau kat Malaysia Masjidnya banyak dan besar. Tapi tak terjaga. Tandas tidak bersih. Lihat di Singapura, walaupun bukan negara Islam. Masjid tidak banyak dan besar. Tapi kebersihan cukup memuaskan. Kemas, bersih, rapi.

Itulah hakikat yang perlu kita terima sebagai rakyat Malaysia.

Yeaa.. Alhamdulillah

2 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Aiwah, kita bersua kembali dalam rancangan Who Wants To Be Aminmenulis.. Kui3.. Perasan giler.. Relax2, jangan berasa luga atau nak muntah. Ianya hanya khayalan semata2.. Hehe..

Baru dapat mesej tadi. InsyaAllah Ibu & Ayah dalam trip Umrah nanti akan singgah di Mesir selama 3 Hari pada 21 Mac/3 2010 ni. Hehe... Sahabat/biah sekalian. Jangan jeles yer.. Hehe..
Ya Allah permudahkanlah urusan ibu dan ayah. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Aminn..

Pesanan buat Ibu dengan Ayah. Datang nanti bawak makanan banyak sket. Hehe.. Kat sini asik makan nasik jer.. (Cam pelik jer ayat nih.. haha..)


Wasalam.

Minggu yang Indah dan Padat..

2 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Allahummasolli ala Muhammad s.a.w.

Hmm.. Kenapalah hati aku harini, terasa sedih dan sakit.. Mungkin kerana dosa atau ada menyakitkan hati seseorang. Ya Allah.. Astaghfirullahalzim. Ana mohon Maaf sangat2 kalau ada buat silap kepada Ibu, Ayah, Along, Uda, Angah, Kimah, Aisyah, Wan. Sahabat/biah dan mereka yang mengenali diri al-faqir.

Minggu ni cukup padat, bukanlah sepanjang minggu. Namun akhir2 ni banyak program dan bertembung dengan kelas2 Sheikh.

Khamis : 6.00-7.00 Kelas Sheikh Yusri (Masjid Asyraf), 8.00-11.00 Kelas Sheikh Rahimuddin (Dewan Seri Iman, Rumah Terengganu, Hayyu Asyir), Kemudian 7.30-2.30 Bengkel Penulisan Kreatif (Rumah Perak, Hayyu Sabie')

Jumaat : 6.00-7.00 Kelas Sheikh Yusri dekat Masjid Asyraf,
11.00-5.00 Solat Jumaat, Majlis Maulid Nabi s.a.w.

Sabtu : 6.00-7.00 Kelas Sheikh Yusri (Masjid Asyraf, Jabal Muqottom)
8.00-11.00 Sheikh Rohimuddin (Rumah Terengganu)
7.30-3.00 Bengkel Jatidiri PESAT Kursus 2 (Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabie')
3.00-5.00 Kelas Sheikh Nuruddin (Rumah Kedah, Hayyu Sabie')
8.00-10.00 Sambungan Kelas Sheikh Nuruddin
6.00-11.00 Sambutan Maulidurrasul Masyaikh Al-Azhar (Rumah Selangor)


Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Nak citer sket Hari Khamis, sempat sertai Seminar & Bengkel Penulisan Kreatif , "Melakar Swadaya Pena" anjuran Badan Penerangan & Penerbitan dibawah KELAP (Kem Latihan Penulis) PMRAM dekat rumah Perak, Hayyu Sabie'.

Alhamdulillah, sempat jugak join walaupun daftar last minit (Iklan tak sampai kat Rumah Terengganu) dan terlambat dekat sejam. Hehe.. Jadual mula pukul 7.30 kitorang datang pukul 9. Memang tepat waktu la. Banyak jugak input2 baru yang diperolehi walaupun diluar jangkaan. INgatkan bengkel penulisan Ilmiah. Bukan nak kata Penulisan Kreatif tidak ilmiah. Cuma apa yang dalam gambaran sebelum menghadiri majlis, peserta akan diajar bagaimana untuk menulis dan menghasilkan kitab-kitab ilmiah.



Tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat juga belajar bagaimana penulisan kreatif, bagaimana nak menghasilkan Novel, Sajak, Puisi dan yang berkaitan dengan sastera. Nak kata minat tu takdelah sangat. Namun penting juga sebagai salah satu medan dakwah seperti Novel Islami Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan yang seangkatan dengannya.


Sheikh Rohimuddin An-Nawawi Al-Banteni Hafizahullah

Salah satu yang boleh dikongsi, Kata pembentang kertas kerja Ust Zulhafez Ahmad Zahidi, Mengapa selalunya kita mahu menulis atau menghasilkan karya tapi bila mula menulis idea yang tadinya banyak tiba2 hilang? Sebabnya kemungkinan masa, tempat atau keadaan yang kita pilih kurang sesuai. Maka, perlulah kita cari masa yang sesuai contohnya pada waktu tengah malam atau awal pagi. Masa yang tenang. Dan kalau boleh rangka dahulu setiap apa yang mahu kita hasilkan. Macam kita nak buat karangan bahasa melayu la. Kena ada point2 penting, kemudian barulah point2 itu dikembangkan.

Malam Jumaat baru ni,
Hujan turun mencurah2, memang lebat. Dahla hujan batu. Siap dengan guruh dan petir. Memang kuat. Subhanallah. Kata Ust Che Ku (orang lama) petir dan guruh paling kuat dia pernah dengar sejak duduk kat Mesir ni.
Ada Sheikh kata itu tandanya alam bergembira dengan kedatangan 12 Rabiulawwal. Hari kelahiran Insan yang paling mulia Muhammad s.a.w.

Pagi2 tumpang motor Ust Abdullah Hares At-Takeeeeery. Huhu.. Menangis2 kitorang naik motor pagi2. Sejuk yang amat, beku rasa muka dengan tangan. Dahla air bertakung atas jalan. Mesir mana la ada longkang sebab jarang hujan. Air nak mengalir kat mana? Alamatnya kena tunggu la dia kering. Terpaksa bawak motor atas divider. Eeee... Air tu ntah bersih ke tak.? Hua3.. Biasanya campur sekali dengan air kumbahan manusia. Sangat BEST lagi BERSIH dan WANGIIII..

Lepas Jumaat Sheikh Yusri buat Majlis Maulidurrasul, memang terharu dan gembira dapat bersama masyaikh. Penuh Masjid. Kami sama2 mengalunkan Qasidah burdah, mendengar Kisah Nabi Muhammad s.a.w. Dan akhir sekali makan la. NAsi arab.. Sori gambar tak amik..

Semalam plak, join PESAT. Pusat Sumber Tenaga PMRAM dekat Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabie'. Yang mana melatih peserta untuk mengurus dan mengendalikan sesuatu majlis.

Antara pengisian yang diadakan semalam adalah pembentangan kertas kerja MBO @ Management By Objective @ Pegurusan berdasarkan Objective serta SWOT. Walaupun ianya mungkin asas, namun bagi yang tidak pernah mengetahui ianya suatu yang baru dan amat berguna pada masa akan datang.

PESAT kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan, seramai hampir 150 orang peserta. Ramai peserta terutama pelajar baru seperti kami yang menyertai. Program sepatutnya habis jam 2.30 terlewat setengah jam. dan Majlis berakhir tepat masuk waktu asar.


Ana dengan Ust Abd Mu'iz terus bekejar untuk solat di Rumah Kedah kerana jam 4 petang Kelas Tafaqquh Sheikh Nuruddin Marbu Albanjari Al-Makki akan bermula. Alhamdulillah sempat, walaupun letih. Sheikh mengajar kitab Tahzib Masyakah Masobih (Kitab Hadith) Karangan Imam Muhammad Ibn Abdullah Khotib At-Tabrizi yang disusun oleh Sheikh sendiri. Kemudian Manaqib Imam As-syafie yang belum ana miliki sebab habis stok.

Selesai jer solat maghrib, terus bekejar balik ke Asyir naik tremco. Singgah beli Sugut bil Fino. Balik kompleks.. Fuhh.. Penat giler rasa. Mandi2, rehat, makan. Lepas Isya' terus bekejar balik ke rumah Kedah. Memang ikutkan hati penat tapi sayang plak nak tinggal kelas Sheikh. Dalam masa yang sama ada Majlis Maulidurrasul Bersama MAsyaikh Al-Azhar dekat rumah Selangor. Depan kompleks Terengganu ni jer. Huhu.. Mana satu nak pergi? Tapi sebab dah niat memang nak pergi kelas Sheikh, pinjam jugaklah Motor Ust Mad Salikin. Masa tengah kelas, kebas je rasa kaki ni. Lenguh sangat. Sehari suntuk duduk bersila.

Ana ni bukan la mahir sangat bawak motor. Tapi buat2 pandai la jugak. Jarang bawak motor class. Last belajar bawak pun lepas habis SPM. hehe.. Lama giler. Sebab biasa bawak kereta je. Dan Motor class pertama yang dibawa kat Mesir adalah Motor Ust Muzani, sebab masatu dia baru beli. Memang menakutkan bawak motor jalan2 kat mesir ni. Arab ni sukahati dia jer nak jalan kut mana. Kadang2 tiba2 boleh reverse, jalan songsang tu biasa la. huhu.. Naik dengan USt Muiz. Alhamdulillah tak excident, sebab masa balik semalam, sikit lagi nak langgar motor arab. mujur sempat brek. Fuh..


FadhilatusSyeikh Dr. Jamal Farouq Hafizahullah

Sampai dekat Asyir, lalu jalan yang dekat Stesen Minyak tu, gelap giler. MasyaAllah, nasib baik la nampak simpang tu. Sikit lagi nak terlajak n langgar divider. Alhamdulillah, masih panjang lagi umur. Lepasni nak bawak lagi. Jangan mengaku kalah. Hehe..


Sheikh Asyraf Hamid Hasanain Hafizahullah

Sampai dekat Kompleks, Majlis kat rumah Selangor tak habis lagi. Sempat join dan dengar Sheikh Husam mengaji. MasyaAllah, tabarakallah. Sedap sangat. Ramai jugak Sheikh yang hadir semalam. Sheikh Usamah Syed al-Azhari, Sheikh Husam, Sheikh Jamal Farouq, Sheikh Dr. Fathi Abdul Rahman Ahmad Al-Hijazi, Sheikh Habib Umar Zin dan Sheikh Asyraf Hamid Hasanain Hafizahumullah.


Sheikh Dr. Fathi Abdul Rahman Ahmad Al-Hijazi Hafizahullah


Fadhilatul Syeikh Dr. Usamah Syed Al-Azhari Hafizahullah

Wallahua'lam. Moga2 semangat ini akan terus istiqamah dan thabat(tetap) InsyaAllah. Masa rajin ni mungkin semua nak pergi tapi time malas (Nauzubillah) mintak2 jauh walaupun ada.

P/s : Kelas Sheikh Rahimuddin masih berjalan dan disambung sehingga 6 Mac ini INsyaAllah.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers