Rindu saat itu, Biah Al-Quran di Kostaq & Imtiaz Dungun

Kalau dulu aku boleh baca 5,6 juzu' tanpa melihat quran, boleh menjadi imam dan adakala menjadi makmum yang mampu menegur tatkala imam tersalah bacaan. Kalau dulu, setiap hari hidupku pasti mengulang sekurang-kurangnya satu juzu' sehari. Saat itu, hidup jadi tenang dan riang.

Teringkat satu malam tu, aku balik dari beli burger dekat sekitar taman perumahan, berkayuh basikal sorang-sorang lalu tepi padang bola yang penuh dengan pokok-pokok besar, rendang dan tinggi. Tiba-tiba angin bertiup kencang, pokok-pokok besar yang tadi keras terus bergerak-gerak macam rasaksa berlawan dengan ultraman. Seram sejuk aku dibuatnyer..

Cepat-cepat aku kayuh, basikal jadi laju, tiba-tiba ada makhluk/lembaga melintas kat atas, lajuu.. Aku kaget, pecut sehabis daya, habis air soya yang aku beli jatuh kat tanah. Mebazir je. Tapi aku biarkan je air soya tu. Yang penting dapat sampai rumah dengan selamat. Akhirnya sampai jugak dirumah tercungap-cungap. Fuhh.. Lega..

Apa yang aku nampak tadi ek? Hantu ke ape? Huhu.. sejuk beku tangan dan kaki. Meremang bulu roma. Ah, lantak la. yang penting aku dah sampai rumah. Masa iu baru je habis sekolah rendah. tapi lepas aku masuk sekolah menengah (KOSTAQ) aku dah tak takut dah. hehe..

***********************************************************

Hari-hari kosong terus berlalu, sampailah satu hati, aku menjejakkan kaki ke bumi KOSTAQ, singkatan bagi Kolej Sains & Teknologi Al-Quran, Yayasan Terengganu, Besut. Sekolah tu pun aku tahu melalui bibir mulut ayah. Kostaq? Sekolah ape ek? Tak pernah dengar pun?

"Amin masuk dulu, insyaAllah, sekolah ni bagus." kata ayah.

Aku ikut je cakap ibu dengan ayah, anak soleh kan. haha.. Langsung tak bantah walaupun ada jugak sesekali bersungut, biasa la budak-budak.

Masa tu gaduh beli Baju, kasut, beg, alat tulis, barang2 keperluan asrama, sebab sekolah dah mula. Aku antara mereka yang lewat daftar, minggu orientasi dah pun mula. Aku gagahkan jugak kaki ni nak melangkah ke dunia asing, jauh dengan ibu masa tu suatu yang perit, Namun, terpaksa jugak demi hari-hari yang mendatang. Kalau tak tak jadi la aku sekarang.

Lepas je daftar, sape tah bawak aku ke dorm. Luas. Cukup luas, seluas 2 gelangang badminton yang diletakkan selari. Siling dia tinggi, mmg macam gelanggang badminton, dan kalau malas pergi dewan @ time rehat, kitorang memang main badminton pun dalam bilik. Haha.. lepastu aku berkenalan dengan kawan-kawan yang cukup peramah. dan diorang bawa aku pergi ke dewan makan kat blok aspuri (asrama putri).

Tengah minum-minum, orang kat sebelah aku ni tanya "Masmuka ya akhi?" Ha? Muka api? Aku pening-pening. Yang lain dah tergelak.. Tak paham la.. Lepastu dia ulang balik "Nama siapa?" Ohh.. ingatkan tanya apa tadi.. Haha. bengang jer rasa. "Amin" jawab aku ringkas.

Awak? "Ariff" balas kawan aku tadi. "Oh, selamat berkenalan. orang mana ek?"

"Ana orang klate" jawab Ariff ringkas. Arif bukanlah sahabat pertama yang aku kenal, masa dalam perjalanan nak pergi dewan makan tadi, aku sempat kenal dengan Aiman, anak jati Besut. orangnya pakai spek.

********************************************************

Hari-hari berlalu penuh suka dan duka. Semakin lama, aku rasa bahagia jer kat sana. Rasa hidup penuh bermakna dan ceria, kawan-kawan pun rasa perkara yang sama. Maklumlah, kami pelajar pertama yang bersekolah disana. KOSTAQ baru sahaja ditubuhkan atas inisiatif dan idea YB Dato' Harun Taib. Jadi, kira otai la, takde nak raging-raging. takde senior. Kami-kami jer.. Best2..

Kami ditarbiyah oleh guru-guru yang penyayang. Hubungan kitorang cukup erat macam keluarga. Gurau senda dan mainn sama-sama. Tak pernah terbayang pun akan dapat sekolah best camni. Dan aku rasa sekolah yang terbaik pernah aku sekolah.

Teringat Ust Zaman yang kitorang panggil Abi. Beliau memang seorang murabbi, tegas mendidik kitorang, tapi amat kitorang hormati. Entah kenapa, setiap kali kena marah dan didenda, kitorang redha dan rasa terhutang budi je. Pantang tali leher tak ikat kemas, pantang lengan baju tak berkancing, pasti kena cubit atau side burn ditarik tiba-tiba. Entah bila agakanya Abi datang, tau-tau dah ada kat belakang.

"Aduhh!! Sakitnyer ust.." aku mengaduh.

"Kenapa tak kancing lengan ni? Tali leher kenapa tak ikat kemas?" Balas Abi dengan persoalan.

"Aku membatu, tersenyum basi.." sambil mengancing lengan dan memperbetulkan ikatan tali leher. Jarang aku kena dengan Abi, sebab lepas kena tu aku sentiasa berjaga-jaga takut terkena lagi.

Masa ni la aku kenal dengan usrah dan halaqah. Pertama kali jugalah aku pegang buku Maza Yakni (Apa Ertinya Saya Menganut Islam) Setiap hujung minggu, kitorang akan pergi rumah guru homeroom./warden angkat. Waktu itu aku dibawah seliaan Ust Rosidi. Orangnya kacak, hitam manis. Mahir dalam bidang komputer, fasih berbahasa Inggeris dan Arab, kalau duk tengah padang, memang dia la hebat sekali main bola. Kagum. Memang banyak kelebihan pada Ust Rosidi, boleh menjadi imam, boleh bersukan, mahir dalam bidang IT, pandai memasak. Aduh, serba serbi ada.

Hari demi hari berlalu, semakin banyak yang aku hafal. Bermula dengan juzu' satu. Setengah tahun itu hanya sempat menghabiskan juzu' satu. Biasalah, baru mengenal apa itu tasmi', apa itu maqrak. Hari demi hari kitorang merangkak hinggalah boleh berdiri.

Teringat kenangan manis waktu solat asar di dewan besar. Seorang sahabat aku ni jadi imam. Waktu tu baru seminggu aku menginap kat sekolah asrama penuh ni.

"Allahuakbar!! Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirabbil alamin.." Subhanallah!! Habis semua tergelak.

"Woi, mana ada solat asar baca kuat-kuat!" Sape tah sound dari belakang. Haha.. memang kelakar. Mungkin pertama kali jadi imam. Budak tingkatan satu lagi, biasa lah.

********************************************************************

"Amir!! Lari cepat!! nanti banat yang dapat dulu!!" Salah sorang diantara kami bertempik suruh Amir lari. Masa tu baru lepas kelas tambahan. Sebab nampak banat dah ada kat depan. Cepat-cepat Amirullah lari. Diredahnya padang bola yang merumput tinggi. Ah!! semua tu bukan halangan lagi, yang penting berlari dan berlari. Banat pun apa lagi, cepat-cepat pecut. ahaha..

Biasanya kitorang budak laki akan makan kat dewan Aspuri, jadi siapa yang beratur dulu dia la akan makan dulu. Maka, setiap hari mesti kitorang berlumba dengan banat, seandainya banat (akhawat/pelajar putri) yang beratur dulu, berjam-jam lah kami terpaksa menunggu. Macam tu la tiap-tiap hari.. Akhirnya, sepakat nak buat jadual makan.

Pernah suatu hari tu pelajar putri tak ikut jadual makan yang telah dibuat. Habis riuh, gaduh satu dewan makan. Selepas perang dunia ke-3 meletus, akhirnya budak putri mengalah, siap bengang dengan kitoranf. haha.. Janji tetap janji.

**********************************************************

Seminggu kitorang kena sediakan 3 muka hafalan al-Quran untuk ditasmi'. Mujurlah aku dah pernah hafal sebelum ini, masa kat Maahad Tahfiz Darul Bayan Pinang Merah, Paka, Terengganu. Modal aku untuk hari esok dah ada. Lega rasa hati, tak pernah pun aku kena denda sebab tak tasmi'.

Pernah suatu hari tu, ada la sahabat-sahabat aku kena denda berdiri kat depan kelas budak perempuan. Huu.. Mujur aku terlepas. Pernah jugak aku mengelat, masa tasmi' aku bawak quran kecik, bila tak ingat aku belek quran tu masa Ust tak nampak. Huhu.. tapi sekali je la. Lepastu insaf.

Bila balik cuti hujung bulan, aku kayuh basikal malam. Eh, dah takde lagi perasaan takut bila bawak basikal malam-malam solat jemaah kat surau. Entah, kenapa. Terasa adanya kekuatan dalam diri. Tak macam sebelum ni. Jalan yang sama juga aku lalui. Mungkin berkat Al-Quran yang aku hafal, aku jadi berani.

*****************************************************

Selepas bertukar kerajaan negeri, kitorang dipindahkan ke Kostaq Dungun, sekarang nama dia Imtiaz Dungun. Waktu itu, kecoh satu sekolah. Yela, lepas tukar kerajaan tu, staff-staff pun bertukar angin gak. Kitorang nak buat program, diorang wat tak layan jer. Sebab diorang nak ikut pentadbiran baru. Dengar-dengar khabar angin MRSM akan wujud balik dan ambik tapak sekolah ni. Jadi kitorang kena Dungun.

Waktu tu, dekat nak sambut Hari Guru, nak tak nak. Dewan kena guna, untuk perasmian dengan acara dewan. Tapi bilik siaraya terkunci, staff yang jaga entah hilang kemana. Terpaksa kitorang pecah masuk ikut tingkap belakang.

Tiba-tiba staff yang jaga datang. Teruk kitorang kena marah, lepas bincang-bincang, akhirnya kitorang boleh gunakan, tapi semua terpaksa urus sendiri. Padang pulak masatu rumput dah panjang, untuk acara padang kena la potong, staff plak tak nak layan, katanya, kalau nak, potong sendiri. Terpaksa juga kitorang ambik mesin rumput potong sendiri. Dan Alhamdulillah, itulah hari guru yang paling grand dan hebat pernah aku join.

3 hari 2 malam sambutan hari guru. Jarang sangat hari guru buat macam ni.

*********************************************************

Ombak menendang pantai, angin terus menerus langgar muka aku, best jer. 2 tahun dah berlalu, sekarang aku kat tempat baru. Imtiaz Dungun, sekolah yang betul-betul menghadap Laut Cina Selatan. Setiap hari jugak la ombak tu mengubat luka dihati. Kitorang macam dihalau dari sekolah kitorang KOSTAQ. Hari demi hari kitorang lalui, suasana dah berubah, tak cantik , luas dan semahabbah dulu. Sebahagian guru ada yang kena berhenti atas sebab dan alasan politik.

Tapi, tulah hakikat pahit yang perlu kitorang telan sampai sekarang. Rasa pahit tu tak terhenti kat situ je. Dalam senyap-senyap kitorang dapat tahu bahawa sekolah ini akan ditukar namanya kepada Imtiaz. Cukup pengecut dan dayus trasa orang yang nak tukar tu, dah la takde makluman rasmi, takde bincang pulak tu. Berita tu pun kitorang tau bila masuk bilik guru. Ternampak notis kat atas meja cikgu-cikgu.

"Penukaran Nama KOSTAQ kepada IMTIAZ''

Geram!! Sebab apa tak berbincang dulu? Geram jer rasa. Pengecut betul.. Kalau berani isytihar la depan kitorang. Tapi, sampai sekarang tak menjadi realiti. Berita itu senyap menyepi, sekolah terus berjalan. Signboard dipindahkan, dicabut dan diganti. Imtiaz, School of Excellent.

Cis!! Lembu punya susu sapi dapat nama. Silibus dengan waktu sekolahan sama je macam biasa, yang bertukar hanya nama.

Teringat aku waktu perjumpaan ibu bapa bersama pegawai Yayasan Terengganu yang baru. Ada seorang ayah kawan aku tanya dengan tegas. "Kenapa tukar nama? bukan ke yang ada ni dah elok?" Pegawai tu jawab "Ada apa pada nama?" pakcik tadi pun jawab balik "Kalau macam tu kekalkan je lah nama ni" Senyap kejap. terkedu pegawai tu.

"Masalahnya, nama ni tak boleh pakai. Sebab tak sampai tahap kolej." Pegawai tu jawab balik.

"Dah, Maktab Rendah Sains Mara tu takpe pulak!! Sama jugak macam sekolah ni, kenapa tak tukar?" Pak cik ni hangin semacam je. Dewan dah riuh. Akhirnya, majlis habis macamtu je.

****************************************************

Sekarang dah nak masuk 5 tahun kenangan best tu. Tiakde dah la lagi ust/ustzah/cikgu yang akan kawal kitorang. Pastikan hafalan kitorang terjaga tiap hari. semuanya nafsi-nafsi.. Al-Quran yang aku dah hafal pun ingat beberapa juz' je, tak macam dulu. Tebuk jer kat mana-mana, insyaAllah boleh jawab.

Takde dah rasa nak bangun awal dan tidur lewat sebab nak pastikan hafalan lama diingati dan yang baru diperkemas untuk esok. Best sangat masa tu, Sesi persekolahan kitorang mula dengan kelas Al-Quran, riuh rendah kelas-kelas pagi-pagi, semua sibuk mengulang dan menghafal. Perghh, seronok kan? tiap hari rutin macam ni. Hati rasa penuh dengan nur Ilahi. Rindu saat itu.. Aku rasa nak jer flashback, biarlah waktu tu berenti kat situ..

Apapun, aku rindu pada Kostaq, rindu pada Imtiaz Dungun yang dahulu..

Ya Allah, kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi cabaran dan halangan masakini. Moga matiku dalam keadaan aku mengingati Al-Quran yang ku hafal. Matiku dalam khusnul khatimah. Bukan mudah Ya Allah untuk menjaga kalam-Mu yang suci ini. Hati ini penuh dengan dosa dan noda. Ampunilah aku Ya Allah..

13 komen mengomen :: Rindu saat itu, Biah Al-Quran di Kostaq & Imtiaz Dungun

  1. Sungguh..masih terngiang2 suara2 pembaca kalamullah ini...T_T

  2. nk like!!
    yg berebut g dewan mkn tu sgt klaka..^^
    smoga kita semua dpt kekalkan hafalan masing2..

  3. ehm.. terbayang je suasana mase kostaq dulu..
    mang batch kite laen2 tp otai kostaq gak, kostaq dungun..
    rase mcm "skola tu aku yg punye!" hehe..

    # {"Amin masuk dulu, insyaAllah, sekolah ni bagus." kata ayah.}- ayt yg same, cume tuko name je..

  4. Salam.

    Terima kasih kerana mengingatkanku kembali detik2 berharga ini, hampir tenggelam dek urusan dunia.

    Daku teringat pada Ust Zaman, ustaz tasmi' sejak dari mula2 masuk sehingga 'ter'keluar dari KOSTAQ Besut. Satu hari kena tasmi' sekurang2nya 1 muka. Dan alhamdulillah, daku satu2 anak muridnya yang tidak pernah kena denda dengan ustaz..(yg lain sume pernah kena denda..he..hasil 'rasuah'ku dgn ust..ngeee) [juz kidding]. The point is, terima kasih ustaz zaman atas didikanmu selama ini.

    * Muka api? lawak la syeikh ni..

    Hmmm..kenangan2 itu masih segar di ingatan..mustahil untuk ku lupa walau patah kaki dan tangan..
    (eh..apa benda ngarut ni.. ^^)

    Erm..itu cerita Ustaz Amin..cerita ana lain plak..walaupun bila ingat balik, segan + malu yang teramat sangat, tapi membawa kenangan yang sangat3 manis + pahit sikit + tawar kadang2.. :)

    Kalau kita berkumpul balik, cerita2 ini akan timbul kembali. Detik2 bersama, susah senang diharungi bersama, pahit manis dirasai bersama, jatuh bangun dilalui bersama.

    Hmm..indahnya tarbiyah saat itu...
    Apakah mungkin akan bersinar kembali? T_T

    p/s: Siapa ada no contact ust zaman? lama beno x contact ni..

  5. Salam sume, haha...

    Org nak cerita pasal tak takut naik basikal jer.. tp meleret2 sampai masuk cerita Kostaq & Imtiaz. huhu..

  6. Elah : Yup.. sampai sekarang teringat lagi suara keriuhan waktu pagi masa kat kostaq n imtiaz dulu.. Huhu..

  7. azfar ammar : Haha.. seb baek bukan facebook, kalau tak ramai dah like. hehe..

    Biasa yg berlari pergi dewan makan amir dengan maya kan? hehehe.. nakal betul.

    mmg lawak ah, masatu ingat lagi, maya nampak jer amir lari, terus maya pecut pg dewan makan. kui3.. amir punye la semangat redah semak kat padang, dh la jauh.. haha..
    last2, xdapat, sbb banat masatu dh ada kat atas jalan raya.

  8. atiey_ika : hoho.. mmg pun, best jadi 1st batch ni, takde org kacau, mmg rasa sekolah tu kita yg punyer. Cikgu-cikgu pun fokus kat kita je.

    Tp, skang Imtiaz dh len sket, dh pecah 2, atas dengan bawah. rasa cam xbest plak. kurang meriah. hehe.. (cam tau2 jer, padahal tak sempat pun nak merasa duduk kat imtiaz A)

  9. Aishah : Cewah, sempat karang cerpen lagi, tulis la cerita sendiri, blog kan ada. bleh kitorang like pulak. hehe..

  10. tu la, wat mcm sempat je duk kat imtiaz a tu..
    bez jugok duk imtiaz a..
    sbb geng2 kite je ade..
    hehe
    cm assobiyah plok.. hee~ =D

    1 lg, imtiaz a besar.. luas..
    mase skola, kitorg pggil imtiaz a tu imtiaz kayu.. imtiaz b plak imtiaz batu..
    hehe

  11. Kalau cerita kat blog, tak berenti jadinya..banyak sangat cerita..

    Eh, bukan yang lumba lari ke dewan makan tu nadiah ke?? he..

  12. semoga istiqamah amin...insya Allah :)

  13. amin n ecah : dua2 la tu yg slalu lumba..kitorg sorak dr blakang je..hehehhe

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers