Salam Aidilfitri Semua Pembaca aminmenulis

0 komen mengomen









Salam Idul Fitri 1432Hijrah, istimewa buat keluarga tercinta, Ayahanda Hj Salleh Farmin, Ibunda Norizah Bte Haron, dan adik-beradik serta sanak saudara yang sedang berkampung di Muar, Johor.


Tak lupa kenalan dan rakan diseluruh dunia. Khususnya sahabat seperjuangan:
1. Pengajian Islam Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
2. Perubatan di Mesir.
3. Pimpinan, aktivis dan ahli PMRAM.

Kepada guru-guru dan bekas pelajar:
1. SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, K.Terengganu.
2. SM Imtiaz Dungun, K. Terengganu.
3. KOSTAQ YT Besut & Dungun.
4. Maahad Tahfiz Darul Bayan, Pinang Merah, Paka.
5. SK Kubang Ikan, Chendering, Kuala Terengganu.
6. SK Durian Burong K.Terengganu.
7. SK Bandar Tenggara 1 & 2, Kulai, Johor.
8. PASTI Taman Sayong Pinang, Kulai, Johor.

Salam Idul Fitri, Maaf Zahir & Batin.

KISAH IRHAM & UMAT ISLAM

0 komen mengomen

1. Ihya' Ramadhan dan Sambutan Hari Kemerdekaan 2011, (IRHAM '11) anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. (PMRAM) pagi tadi selamat melabuhkan tirainya dengan qiyamulail, solat subuh berjemaah dan tazkirah subuh.

2. Sekejap masa berlalu. Sambutan tahun lepas pun masih segar dalam ingatan, rasa baru semalam berlalu. Rupanya setahun sudah Ramadhan lepas meninggalkan aku. Akhir zaman, masa kian pantas berlalu. Keberkatan waktu sudah diangkat dan dicabut oleh Allah swt.

3. Malam tadi sebelum berakhir perasmian dan selepas ucapan perasmian penutup oleh TYT Duta Besar Malaysia ke Kaherah, Prof Dato' Dr Fakhruddin Abd Mokti. Bendera gergasi Malaysia diturunkan memenuhi segenap ruang bangunan Asrama Darul Ehsan. Tanda gimik perasmian penutup Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54. Anak-anak Malaysia disini setiap tahun, sentiasa menyambut lebih awal hari kemerdekaan tanda cintakan tanah air Malaysia yang tercinta.


Jalur Gemilang yang megah berkibar dibumi Mesir.


4. Kuliah/tazkirah subuh tadi, penyampai (Ust Mohd Faizzuddin Ghazali) cuba membawa pendengar untuk mengambil berat permasalahan umat Islam diseluruh dunia. Kita selaku anak muda mahasiswa, perlu kedepan menjuarai isu. Seperti mana kalam yang dilontarkan daripada seorang tokoh, tidak pasti tokoh itu siapa. Mafhumnya, "Jika kita mahu menguasai dunia, kita perlu menguasai Jerusalem/Palestin"

5. Hakikat sekarang begitulah, yahudi/zionis menguasai bumi umat Islam di Palestin. Teringat zaman kehebatan Solahuddin Al-Ayyubi. Beliau berjaya menawan kota Palestin, terbukti beliau berjaya menguasai dunia.

6. Namun, hari ini, terlalu sedikit daripada kita yang menguasai dan mengambil berat isu umat Islam ini terutamanya di Palestin. Jadi, bagaimana kita mahu menguasai dunia?

7. Malam ini malam 27 Ramadhan, semakin hampir kita kepada penghujungnya dan kita berada pada malam-malam yang ganjil. Ayuh perbanyakkan amal ibadah kita, moga kita bertemu dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam lailatul qadar.

8. Berbaki Ramadhan ni, terasa jugak nak menghantar gambar untuk salam perantau. buat tatapan kenalan di Malaysia. Moga2 sempat untuk diterbitkan dalam masa terdekat. ameen


Solat jemaah yang sentiasa menjadi keutamaan.

Juadah berbuka puasa.

Sempat bergambar bersama Abg Nizal yang turut serta dalam rombongan MAPIM+RADIG di IHRAM '11 baru-baru ini.

Rombongan MAPIM sempena Ramadhan di Gaza (RADIG) Kali ke-2.

Saya Akan Ke Palestine. Doakan..

8 komen mengomen
1. Palestin sehingga kini terus berdarah.

2. Terkedu seketika apabila mendengar perkongsian pengalaman oleh Cikgu Azmi Abd Hamid, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) semasa program Ihya' Ramadhan (IRHAM 11) di Dataran H10, Kaherah Mesir baru-baru ini.

3. Terkedu apabila beliau mengungkapkan kata-kata daripada salah seorang menteri di Palestin. Sesungguhnya rakyat Palestin terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia yang sudi menghulurkan bantuan dan berada bersama mereka di Palestin. Tetapi pada waktu dan ketika ini, kamu pulanglah dahulu ke negara masing-masing. Kerana kami tidak perlukan tenaga kamu, malah boleh jadi menyukarkan gerak kerja kami kerana terpaksa menjaga kamu.

4. Apa yang kami perlukan ketika ini adalah, rakyat Malaysia menjadikan Gaza ini sebahagian daripada peta besar negara Malaysia. Apabila kamu berbuka puasa, dan ingin membeli makanan yang enak untuk keluarga kamu, ingatlah penderitaan kami disini, apabila kamu ingin membeli pakaian yang cantik-cantik untuk berhari raya, ingatlah anak-anak kami disini. Cukuplah dengan sumbangan dan doa dan sentiasa mengambil berat serta memperlihatkan kalian bersama-sama kami. Itu sudah memadai.

5. Mereka perlukan sokongan dan semangat, bukan tenaga.

6. Alhamdulillah, bukti keprihatinan ahli PMRAM dan Mahasiswa/wi Islam di Mesir, berkenaan kesengsaraan rakyat Palestin, adalah hasil kutipan yang telah dilancarkan baru-baru ini berjaya mengumpulkan sebanyak LE 2420, USD 7 dan RM 60.00 untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin. (Boleh baca berita lanjut DISINI)

7. Tetapi bagi diri ini, aku letakkan satu kewajipan untuk menjejakkan kaki ke bumi Palestin sebagai satu ketetapan dan perancangan seumur hidup. Moga Allah kabulkan untuk aku ke sana. Disamping membantu rakyat Palestin, ingin sekali dahi ini menyentuh dan bersujud dikiblat pertama umat Islam. Masjidil Aqsa.

8. InsyaAllah, jika ada mana-mana misi bantuan daripada Malaysia yang sudi menawarkan ruang untuk saya sertai misi bantuan ke Gaza, Palestin. InsyaAllah, saya akan sertainya.

Semalam Saya Jumpa Lailatul Qadar

6 komen mengomen
1. Hari ini sudah hari ke 23 masuk hari yang ke-24 Ramadhan. Masih belum ada yang menyatakan "Eh, semalam lailatul qadar" sebab malam tu sunyi, pagi keesokkannya pula panas tidaklah terlalu terik dan sebagainya.

2. Semudah itukah kita mencari lailatul qadar? Melihat tanda-tanda, baru melaksanakan ibadah dengan bersungguh-sungguh. Adakah kita yakin esok kita akan bertemu lagi dengan hari-hari terakhir di bulan Ramadhan.



3. Orang melayu Islam kebanyakkannya bermentaliti sebegitu, malas untuk beribadah/melaksanakan sesuatu kerja jika tiada imbuhan yang setimpal.

4. Apa yang Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasalam sarankan kepada kita sebenarnya adalah untuk mempertingkatkan lagi amalan kita diakhir Ramadhan, kerana mungkin sahaja pada permulaannya kita tidak bersungguh dalam melaksanakan ibadah. Mungkin juga ini adalah Ramadhan terakhir buat kita, maka rebutlah detik-detik terakhir untuk kita lakukan ibadah dibulan yang Allah lipat gandakan setiap amalan.

Betul, Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan, tapi kenapa kita bertuhankan malam lailatul qadar bukan pemberi dan pencipta malam lailatul qadar? Habis tu, lepas habis ramadhan, tak perlu lagi la untuk perbanyakkan ibadah.?

5. Di Malaysia, kehangatan hari raya sudah mula kecoh, iklan di tv, lagu yang dipasang di gedung beli belah dan lain-lain tepat semuanya seperti sudah berhari raya. Tetapi disini, suasana itu masih belum muncul, kerana disini masyarakat arab lebih meraikan kedatangan Ramadhan berbanding aidilfitri. Bagi mereka hari raya adalah pada satu syawal sahaja. Tidak lebih daripada itu.

6. Orang Arab, Mereka lebih sayangkan Ramadhan berbanding aidilfitri. Tapi bagi kita umat melayu. Belum pun berpuasa sudah sibuk berbincang mengenai hari raya. Raya adalah sebulan. Selagi mana belum habis sebulan aidilfitri, selagi itulah raya tetap raya.

7. Aku teringat lagi semasa di Malaysia, ada kenalan yang bekerja sebagai tukang jahit. Sebelum Ramadhan, tempahan untuk baju raya sudahpun penuh. Pernah sekali dalam perjalanan untuk ke Masjid bersolat terawih, aku lalu sebuah rumah. Mungkin dihadapan rumah tersebut, kedai jahitannya. Sedang sibuk menjahit baju, tidak menghiraukan azan dan orang kampung yang sibuk untuk ke masjid menunaikan solat terawih secara berjemaah. Alahai, sayangnya. Ramadhan hanya datang sekali, pahala yang dapat pula, dilipat gandakan berkali-kali. Rezeki boleh dicari dilain hari.

8. Itulah kita. Berhari raya tidak salah, tapi biarlah pada waktunya.

Diari: Aku dan Blog, Apekah?

7 komen mengomen
Salam, Allahumma solli Ala Muhammad.

Pergh.. Lama giler tak update, takde semangat dan idea la nak update. Sori la kepada semua yang rajin lawat blog ni. Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 22 Ramadhan. Terasa nak update jugak blog ni, baru datang semangat nak update, lepas ajar adik-adik bina blog tadi. Fuh, asalnya sejam setengah je waktu yang diberi. Sekali jadi empat jam setengah. Mau tak kering tekak ni, nak aje minum air. Nasib baik puasa. Sabar.. Sharing is caring kan..

Sabda Nabi Solallahu Alaihi Wasalam, "Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain." Alhamdulillah, bukan setakat berkongsi ilmu yang sikit ni macamana nak reka dan design blog. Tapi sampai masuk kepada bab adobe photoshop. Nasib baik tak masuk bab fotografi. Mau pengsan aku dibuatnya.

Alhamdulillah, Allah masih hidupkan lagi aku hari ini, moga esok juga begitu. Sebab banyak lagi amalan tak dibuat untuk menghadapi hari kebangkitan semula nanti. Aminn.. Terasa Ramadhan kali ini di Mesir lebih mencabar daripada Ramadhan yang lepas. Terlalu padat dengan aktiviti dan program. Tak kurang juga ujian hawa nafsu yang menakutkan hingga buat aku rasa sia-sia Ramadhan kali ini. Astaghfirullahal azim, moga Allah terima taubat aku.



Ini kali pertama aku bentang dan menjadi pengajar tentang bengkel cara membuat blog. Walaupun nampak macam senang, tapi nak terang satu persatu tu, mau tercabut gigi gigi dibuatnya. Huhu.. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Terima kasih kepada adik-adik junior yang sudi hadir dan mendengar syarahan yang berterabur tadi.

Bulan Ramadhan kali ini memang cukup padat. Semalam sempat join kejap je program anjuran PERUBATAN Mesir. KUNTUM, Kembara Ukhuwwah dan Thaqafah "Aina Anta Fi Sautil Falastin" bertempat di ARMA. Alhamdulillah, pengisian yang diberikan mantap dan membuka minda kita untuk lebih peka terhadap isu umat Islam di Palestin. Bagaimana sejarah dan konflik yang berlaku hampir ratusan tahun, tetapi sehingga kita tiada kesudahan. Dimanakah kesatuan umat Islam sebenarnya?

Pada sebelah petang pulak terpaksa berehat dan tidak dapat serta dalam LDK, kerana ada tugasan disebelah malam. Menjadi photografer bagi program Ramah Mesra bersama Dr. Syeikh Muszaphar Shukor, yang dikenali ramai sebagai angkasawan negara. Walaupun hakikatnya ramai yang tidak bersetuju dengan gelaran yang diberikan tersebut. Sebab bukan senang nak jadi angkasawan. Mustahil dalam masa setahun lebih latihan sudah membolehkan beliau menjadi angkasawan. Ramai sahabat yang memberikan respon, beliau hanyalah sekadar pelancong atau penumpang kapal angkasa. Korang setuju atau tidak, sila kaji dengan sendiri apa takrif seorang angkasawan yang sebenarnya.




Ok la, dah letih ni. Nak solat n rehat sekejap. Petang nanti ada program ramah mesra dan ifthor jama'ie pulak. Memang non-stop action la. Apapun, moga apa yang aku buat ni dikira oleh Allah sebagai amal kebajikan. Yela, nak pergi Palestin perang, tak mampu lagi. Cukuplah laksanakan gerak kerja Islam walaupun hanya sebagai penyapu sampah. Masing-masing ada tugasan masing-masing.

Teringat kisah pengasas Ikhwan Muslimin di Mesir, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ketika mana beliau dijemput untuk menyampaikan ceramah disuatu kawasan, yang mana, tiada seorang pun kenalan yang mengenali beliau. Ketika beliau sampai, kebetulan, beliau melihat orang ramai sedang menyiapkan pentas, manakala wakil penganjur yang menjemput beliau tiada. Lantas beliau menolong mereka sekali, disebabkan orang setempat di mengenali beliau. Maka, tiada yang berasa pelik dan terus melakukan tugas masing-masing. Setelah siap semua kerja yang perlu dilakukan. Wakil pengajur yang menjemput beliau sampai, ternyata terkejut melihat Imam Hassan Al-Banna baru selesai membantu menyiapkan pentas. Lantas beliau bertanya, kenapa sang imam sanggup melakukan kerja-kerja berat sedemikian, kerana beliau adalah tetamu dan sebentar lagi akan menyampai ucapakan. Lalu, jawab si Imam, "Aku tidak tahu amal manakah yang Allah terima, boleh jadi dengan aku mengangkat kerusi ini, inilah pahala yang dikira oleh Allah"

Allah, kagum dengan sikap pemimpin Islam seperti ini. Bukan macam sekarang, semua mahu dilayan seperti raja. Moga-moga Allah kurniakan aku sifat tawadhuk dan merendah diri seperti beliau. Selamat berpuasa dan berbuka semua. Selamat juga bertemu dengan malam lailatul qadar.

Kepada peserta-peserta yang baca posting ni. Sila komen ye. Ingin juga melihat hasil penat lelah mengajar tadi membuahkan hasil. Semoga amal ibadah kita diterima Allah, dan segala ilmu yang kita adalah digunakan sebaiknya kearah kebaikan dan membawa keuntungan kepada Islam.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers