aku siapa....

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum, Salam sayang serta rindu buat Ibu, Ayah serta keluarga di Malaysia. (Along, Kak Su, Humaira, Uwais, Kak Ngah, Uda, Kimah, Aishah dan Wan) semoga semua dalam keadaan ceria dan sihat...

Tadi semasa sedang berlangsung Program pembacaan Hadith Kutub Sittah, Kitab Sahih Bukhari yang sedang dibacakan oleh Al-Allamah Syeikh Usamah Syed Al-Azhari, Ulama' Muda Al-Azhar di Rumah Johor. Tiba2 bertalu-talu penggilan masuk. nombor tersebut cukup ku kenal, nombor yang sudah terakam dalam minda dan sentiasa mengingatinya sejak ia mula2 dilihat hampir 8tahun lalu.

Berdebar rasa hati bila panggilan tidak putus-putus. Dalam hati kecil moga tiada kejadian yang tak diingini kepada pemilik nombor tersebut. Orang yang paling aku sayangi di atas muka bumi, yang mengenalkan aku apa erti kehidupan.

Panggilan tersebut, Rupanya daripada Ayah. Maaf lah ye ayah, amin xdpt nak angkat sebab program sedang berjalan. Tapi kami sempat berbalas mesej. InsyaAllah, dalam masa terdekat amin akan call ayah balik..

Antara adab dalam menuntut ilmu, mesti fokus dan menghormati guru selaras dengan tujuan aku merantau jauh ke bumi anbiya' ni. Aku bergegas keluar dewan untuk menyahut panggilan ayah, tapi tak sempat. Nak call balik mahal, kebetulan aku berada diluar kompleks kediaman, tiada kemudahan internet.

Jam menunjukkan pukul 2petang waktu Kaherah, 8malam waktu Malaysia. Perbezaan 6jam membuatkan perhubungan perlu dirancang terlebih awal bagi memastikan masa kedua2 tempat sesuai..

Dalam perjalanan balik, fikiran dihujani pelbagai persoalan sambil mata ligat memerhati sambil aqal mentafsir hiruk pikuk kota Kaherah yang bisa membuatkan seseorang stress, hati tidak lekang berzikir dan beristighfar dan kalimah yang sentiasa tak lekang bila hidup disini "SABAR"..

Persoalan yg sering mendera aqal dan qalbu, mengapa aku menulis blog ni ya? Apa faedahnya? Blog yang kosong, tak memberikan keinsafan, kebaikan kepada pembaca2nya, aku semakin dihantui pengikut2 yang semakin bertambah dari hari ke hari, kadang terfikir untuk mematikan terus laman maya ini. Mengapa aku mencuri masa aku dan masa orang lain untuk membaca perkara yang tidak berfaedah? Kan lebih elok aku gunakan masa itu kpd yang berhak.. Zalimnya aku, meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya..

Sejak permusafiran aku ke bumi anbiya' ini, aku sering bermain2 dengan banyak persoalan..
Mengapa aku dihidupkan di alam dunia ini? Apa yang telah aku lakukan untuk kehidupan akhirat yang bakal menjemput bila-bila masa? Sudahkah aku menjalankan amanah yang sepatutnya aku lakukan? Siapa aku sebenarnya? Adakah aku betul2 kenal dengan diriku yg sebenar? aku siapa ya?...



Entah mengapa kadang2 jawapan ini begitu sukar untuk dijawab.. aku kelu..... ntah mengapa aku menaip tanpa berfikir terlebih dahulu? ...........
...........
.....................

adakah perlu aku tamatkan riawayat blog ni?
Astagfirullahalazim..



Mungkin aku perlukan masa, untuk mengenal siapa aku yang sebenarnya.. Biarkan ku rehat seketika..

Kadang2 kita akan terasa seperti tidak boleh berfikir apa2..
Lidah kelu untuk berkata-kata,
Aqal gagal untuk berfungsi seperti sepatutnya,
Hati jadi mati..
Nafsu jadi bisu..

Mungkin aku perlu berdampingan lebih rapat dengan penciptaku..

Aku perlukan kekuatan..


Kekuatan untuk aku terus melangkah, aku tidak jatuh..

5 komen mengomen :: aku siapa....

  1. blog yang bagus.. ana dpt byk jgak input.. knape msti nk hentikan? truskan pjuangan.. all da best!

  2. Assalamualaikum ya akhi..

    Kelihatan seperti dalam kekeliruan, mintalah padangan Allah,banyakkan munajat padaNYA.

    Kalau katanya cara penulisan akh tidak mendatangkan manfaat, tanyaakan pada sheikh2 hebat seperti ustaz nazrul, bagaimana dia meluahkan rasa hati dan jiwanya melalui berhikmah dan diterapkan dalam setiap tulisannya.Ustaz Nazrul tu tok guru ana, dan banyak ana belajar dari penulisannya.

    Akhi juga boleh tengokkkan pulak blogger2 hebat yg terdiri daripada org hebat2 di sana. Akh bertuah kerana dekat dengan dunia ilmu.

    Penulisan dan perwatakan diri akan beruabh sedikit demi sedikit apabila kita berada di tempat yg baru..Insya Allah, akhi pasti akan dapat sesuatu dalam dunia blogger.

    Jgnlah disesali atau bertanyakan siapa diri akhi..akhi hambaNYA, umat Rasulullah, seorang pelajar, Seorang pejuang Islam, dan seorang anak yg tidak putus2 berusaha untuk memberikan kegembiraan pada kedua ibu bapa.

    Jangan cepat mengalah..Kita dalam dunia perjuangan, dalam usaha utk meninggikan martabat Islam, jgn sekelumitpun untuk kita mudah mengalah, cepat berputus asa..Semua ini perjuangan akhi..ana doakan semoga akhi hadam dgn makna perjuangan..perjuangan tidak menjanjikan satu yg manis tapi mengajar kita utk terus jadi matang dalam menegakkan syiar Islam...(",)

    Semoga akhi menemui sesuatu dalam pencarian identiti akhi..

    salam perjuangan..

    wassalam.(",)

  3. Syukran Ukhti athirah, ana saje jer.. asif mengarut.. Astaghfirullahalazim..

    Jazakillahukhair ya..

    InsyaAllah..

    Doakan ana kuat dan tabah kat sini..

    Ana pun xpasti sbb pe ana tulis posting ni, padahal bukan ana xpernah lalui waktu yg lebih teruk drpd ni.

    Hidup seorang pejuang islam mmg penuh mehnah dan tribulasi..

    Allah dah janji dalam al-quran.
    "walanabluwannakum minal khaufi wal juu' wanafsin minal amwali waanfusi wassamarat, wabassyirissobirin.."

    Kamu akan diuji dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, dan kekurangan hasil tanaman/buah2han.. berita gembira buat orang2 yang sabar"

  4. Waalaikumsalam.

    asif, pembetulan ayat al-quran

    "Walanabluwanakum bisyaiin, minal khaufi wal juu', wa naqsim minal amwal li waanfusiwassamarat, wabassyiris sobirin"

    syukran kpd Ukhti athirah,

    juga kpd Ukhti farihah.

  5. La baks ya akhi..ana faham..darah muda..tapi jgn ikutkan sangat...anggap sahaja semuanya sebagai angin lalu, insya Allah kita akan menyedari hakikat diri sebagai seorang hamba yg penuh lemah dan pengharapan pada DIA..

    Bergembiralah bila mana kita berjaya melepasinya..(",)

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers