Aku Terima Nikahnya..

Bismillahirrahmanirrahim,


النكاح سنتي فمن لم يعمل بسنتي فليس مني
"sabda Baginda s.a.w:nikah itu sunnahku,barangsiapa yg benci kpd sunnahku maka dia bukan daripada kalangan ku"

Assalamualaikum semua, maaf sangat2 sebab lambat update..

Masih kepenatan menguruskan Majlis Aqad Nikah tadi, semalaman tidak tidur. Lepas habis majlis terus terlelap. Maaf sebab tak dapat nak update terus selepas majlis. Lagipun laptop ni digunakan untuk pasang lagu semasa majlis berlangsung.

Alhamdulillah, Majlis akad nikah yang bermula jam 12 tengahari tadi selamat berlangsung dengan dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah bagi memohon kepada Allah s.w.t. agar program berlangsung dengan penuh berkat dan mendapat keredhaan Allah.

Tuan Khadi yang menyempurnakan akad nikah adalah Ust Mohd Hanif bin Naim yang juga merupakan Pegawai Hal Ehwal Pelajar Johor Mesir. Majlis dimulakan dengan menelefon keluarga sebelah perempuan, memohon kepada wali untuk mewakilkan Ust Hanif sebagai wakil wali seterusnya menyempurnakan majlis akad nikah.

Ust Hanif memulakan dengan membaca khutbah nikah ringkas sebelum akad dilafazkan. Kemudian bertanya kepada si pengantin lelaki samaada masih bujang ataupun telah berkahwin yang menggamit gelak tawa hadirin yang hadir.

Seterusnya sebelum akad nikah dilafazkan, khadi meminta kepada semua yang hadir untuk sama-sama beristighfar memohon keampunan Allah s.w.t. Dan Alhamdulillah, dengan sekali lafaz akad berjaya dilafazkan.

Seterusnya pengantin lelaki diminta untuk membaca lafaz taklik yang mana ia diharuskan demi bagi memastikan suami bertanggungjawab keatas isteri.

Antara fakta menarik untuk dikongsi. Ust Muzani dengan pasangannya Ustzh Norul @ U [nama glamer] merupakan schoolmate, di sekolah yang sama sejak tingkatan 4 di Sek. Men. Agama Atas Sultan Zainal Abidin, [SMA(A)SZA] Batu Burok, Kuala Terengganu sehinggalah menamatkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Kedua-duanya juga berumur 20 tahun. Menuntut dalam jurusan kuliah yang sama. Kuliah Syariah Islamiah tahun pertama di Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah, Mesir.

Berangkat ke Mesir juga bersama dalam satu rombongan dan tinggal di Kompleks yang sama Asrama Rumah Terengganu, Mesir tapi blok yang berlainan yer..

Hadirin sedang menunggu majlis dimulakan.

Sedang menyiapkan dokumen yang berkaitan.
Pengantin berdebar2 nampaknya.

Hadirin ceria dalam majlis.

Percubaan @ latihan sebelum akad sebenar dilafazkan. Sempat lagi Muzani menjeling kepada hadirin.

Tersipu malu keltika latihan. Hehe..
Ai.. Takut ker? (n_n)
Teks khutbah yang dibacakan.
Istighfar sebelum akad dimulakan.

Akad pun dilafazkan.

Aku terima nikahnya Siti Norul Aini Hasmidar Bt Md Razali dengan mas kahwin RM418 tunai..

Ust Hanif bertanya kepada saksi adakah sah ataupun tidak. Jawab saksi tak sah sebab tertinggal "nya" perkataan "Aku terima nikah" Haha.. [saje je aku reka]

Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajamma'a bainakuma fil khair.

Bacaan doa yang dibacakan oleh Tuan Khadi, Ust Hanif.

Pen Emas Sakti yang menjadi saksi Aku Terima Nikahnya.. Hehe.

Saksi daripada Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah [JPMK]. En. Zulkifli Din.

Saksi. Ust Rozi Musa [Unit Bait Muslim KPT]

Saksi, Abdullah Amir Mohd Zabuddin.

Kalau nak nikah kena la sign dulu.

Muzani sedang membacakan lafaz ta'lik.'

Penuh bersemangat walaupun kadang tersilap. hehe.. Sepatutnya 4 bulan tapi jadi 4 hari. "Sekiranya sabit aku meninggalkan si isteri selama 4 hari.." yang mengamit gelak tawa hadirin.

Ucapan daripada Ust Syukri Nazar [TYDP Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu] mewakili ahli2 KPT.

Ucapan daripada YDP Melaka Mesir.



Ucapan wakil PMRAM. Ust Solehuddin.

Ucapan daripada Unit Bait Muslim KPT. Ust Rozi Musa

Sahabat lama Imtiaz Dungun. Dr. Amirul Afiq

Mantan BP, Ust Nik Rosdi yang sudah tidak lama lagi akan mendirikan rumah tangga dengar khabarnya.. hehe.


Sahabat daripada Melaka.

Sahabat seperjuangan yang sempat bergambar. Ramai lagi, tak larat nak upload, banyak sangat. sorry2..

Sahabat Imtiaz Dungun yang dapat hadir. Dr. Hakim, Dr. Abdullah, Ust Muzani, Dr. Amirul & Dr Al-Amin [Haha.. nak jugak Dr]

Pelamin

Makan2.. Pedas wo mee goreng tu.. Memang celup Melaka betul wahai tukang masak ni. Walaupun anak jati Terengganu.


Jamuan sudah tersedia. Takde nasi minyak yer. Sebab dah selalu sangat buat bila kenduri. Ini menu ringkas untuk majlis akad nikah. InsyaAllah, masa kenduri kesyukuran selepas periksa nanti dengan menu yang lebih istimewa. hehe.. tunggu bulan 7 nanti..

Men In Black. Ust Bukhari & Ust Abu Jihad.

Bukhari : "Ustzh nak kat saya ke? Jom kita kawin..!!"
Muzani : "Wei2.. bini aku tu, jangan nak main2. Aku belasah karang."
Abu Jihad : "No komen.. walaupun aku jeles"

Ust Khairuddin & Ust Azidi [Zidi, warna baju sama la dengan kain kat blakang tu.. hehe]

Sahabat Dr. daripada Mansurah. [Sory nama tak ingat]

Bersama roomate sejak sekolah F4 sampai kat Mesir. Ust Kamal Hafizullah. [Kamal, bila plak nak mengikut jejak langkah Muzani?]

Dr. Hakim & Dr. Amirul hanya mampu melihat Dr. Abdullah dipeluk Ust Muzani.. Hehe.. Bila la agaknya giliran korang. [Sedap nyakat aku tadi yer.. takpe2.]

Ust Jihad & Ust Abdullah Amir

Ust Che Ku & Ust Ismail gembira mengapit pengantin. Sebab team diorang sudah bertambah sorang. Team mutazawwijin. Huhu..

YDP KPT Ust Ridhuan. [Bila la agaknya Ust wan kita nih?]

Bersama Ust Alif.

Hadiah daripada PMRAM yang disampaikan oleh BP Ust Huzaifah. [Terima kasih Ust Pa, sampai awal. Memang komitmen sungguh BP kita ni]

Ust Soleh. "Ana bukan tak kawen syeikh, masalahnya ramai sangat orang nak" Hehe..

Untuk makluman, tiada gambar akhowat [perempuan/muslimah] samaada pegantin mahupun hadirin dibenarkan diambil oleh mana-mana Ikhwah [lelaki/muslimin] demi menjaga kemaslahatan bersama dan menjaga Ikhtilat serta timbulnya fitnah dikemudian hari. Jadi disini tidak disiarkan gambar pengantin perempuan dan hadirat yang hadir. Sekian harap maklum.

p/s : Ramai yang memuji keprofesionalan Ust Hanif mengendalikan majlis selaku juru nikah. Tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek, takde nak komen itu dan ini. Terus kepada perkara penting yang berkaitan dengan nikah. Jazakallahu khairan Ust Hanif. Lepasni ana plak ye. hehe..

13 komen mengomen :: Aku Terima Nikahnya..

  1. alhamdulillah..
    alhamdulillah

    bahagia tengok

    *caption gambar2 agak lawak ye. adeh =)

  2. barakallahu lakuma
    wa baraka alaikuma
    wajama3a bainakuma fii khair..

    ikhlas daripada : Ahli Bait Sepi Jordan..Nya, Peja, Ajih, Ariff Hakimi, Kamal dan Firdaus Zamri serta Ajak ( kawan bukan imtiaz )

  3. barakallahu lakuma
    wa baraka alaikuma
    wajama3a bainakuma fii khair..

    ikhlas daripada : Ahli Bait Sepi Jordan..Nya, Peja, Ajih, Ariff Hakimi, Kamal dan Firdaus Zamri serta Ajak ( kawan bukan imtiaz )

  4. oh. syukri berjubah emas yek. :)
    congratulation kpd pengantin. semoga berbahagia.

  5. alhamdulillah selesai sudah..
    dah ust ble lg??haha

  6. Fatin Nazihah,

    Alhamdulillah, bahagia dapat membahagiakan orang yang melihat gambar orang yang bahagia.

    Masih tengah belajar caption yang menarik. Baru cuba-cuba untuk menjadi seorang fotografer.

  7. pendidik hati

    Terima kasih atas ingatan sahabat-sahabat semua di sana, moga-moga orang disana juga mengikut jejak langkah baik ini.

    Orang mesir dah ada wakil, orang jordan bila lagi? hehe..

  8. elnia

    Yup, Ust Syuk berjubah emas yang selamber lagi cool.

    Kak rose, takkan ucap jer? hehe..
    Kak ros bila lagi?

  9. naemah

    Alhamdulillah,

    Ana belum tau lagi, bila dah sampai seru nikah la. Benda baik takkan nak tangguh2 kan? hehe..

    Yang penting doa daripada sahabat2 semua. Jangan doa jer, hulur2 la sikit. (^_^)

  10. ahaa.. lepas ni us amin punya giliran...
    ke nak jadi saksi nikah dulu...
    baru naik darjat jadi pengantin yang disaksi.. hehehe...

    selamat berimtihannn

  11. Mcm x caye ust muzani cpt bertindk sblum ustzah U kne pinang ngan org laen.... ape2 pun, ana dr malysia ucp smoga rahmat Allah selalu bsama pgntin baru ni n sahabt2 skalian slamanya..... selamt berjuang n smoga berjumpa di firdausi....
    P/s utk pgntin-"knduri kt m'sia jgn lupe jmput kwn2 neh"
    X-Smaasza

  12. jgn lah disebut kata2 itu..menyakitkan hati..huhu

  13. hatiku juga sakit, (^_^) [sebab tak kawen lagi.. haha..]

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers