Selsema UNTA.. adakah selsema baru?

Bismillahirrahmanirrahim,

Allahumma solli ala muhammad.. amma ba'd..

Alhamdulillahirabbil alamin..

Permintaan daripada semua, doakan diriku disini kuat dan tabah, diberikan kesihatan dan kecerdasan akal fikiran agar dapat mengutip sebanyak mungkin ilmu2 Allah disini. InsyaAllah.

Pg tadi bangun qiam subuh, rasa seperti ada sesuatu yang menghuni lubang hidung ini. hehe.. Rasa kurang selesa dan sakit tekak... Petanda awal untuk selsema. Namun alhamdulillah, bersyukur kpd Allah kerana menganugerahkan aku sakit. Kerana sakit adalah satu nikmat yang Allah berikan agar kita mensyukuri nikmat sihat. Dan mungkin juga sebagai kaffarah dosa2 yang saujana mata memandang seperti gurun sahara yang terbentang luas..

Dan boleh jadi, satu tindak balas daripada tubuh badan yang Allah kurniakan ini dalam fatrah pertukaran musim, daripada musim panas kepada musim sejuk.. Hawa2 sejuk sudah mulai menjamah tubuh, angin bertiup sedingin hembusan peti sejuk.. walaupun tidak sesejuk musim sejuk yang bakal tiba tak lama lagi.. ape aku merepek cam kerepek ni. Huhu..

Usai solat subuh, Ust Syuk segera memberi isyarat untuk bertalaqqi di Masjid Asyraf bersama Al-Fadhil al-allamah Sheikh Dr. Yusri Hafizahullah.. Kekaguman aku terhadap beliau adalah berpunca dari latar belakangnya sebagai seorang Doktor Pakar Bedah, dalam masa yang sama seorang ulama' dalam bidang agama. Semalam(Sabtu) habis sahaja tugasan beliau di Hospital, beliau terus bergegas ke Masjid Al-Azhar untuk menyampaikan kuliahnya. Segak berpakaian rasmi pejabat, berkemeja putih, bertali leher, dan berkot dan berseluar hitam. MasyaAllah.. Hebat sungguh Allah yang telah mengurniakan beliau dengan kefahaman dalam banyak bidang.

Lancar menutur dan menghuraikan Kitab Sohih Bukhari dihadapan ratusan pelajarnya. Seperti biasa, selepas solat subuh, beliau akan mengajar kitab tuhfatul awlad di Masjid Asyraf, Jabal Muqottom. Jarak perjalanan menaiki motosikal kira2 20minit atau kurang.

Ust Syuk yang keletihan dan kurang sihat menyuruh aku untuk membawa motosikal yang disewa daripada seorang ust dari Pahang. Meredah dingin subuh hari jam 5 pagi cukup menyegarkan bergandingan bersama2 Ust Faris dan Ust Aiman. Melalui tanah perkuburan, deretan rumah kedai dan jalan yang rosak, berlubang disana sini.

Kelihatan jalan raya lengang, sunyi sepi. Hanya kelihatan kelibat2 anjing yang sedang bersiar2 mencari makanan sambil berjoging dipagi hari.. Hehe..

Dalam perjalanan hatiku berbicara sendirian, seakan lupa Ust Syukri yang duduk dibelakang. Begitu indah bumi kinanah ini andai akhlak masyarakatnya seindah hening subuh. sentiasa tenang, jauh dari penceraman udara dan bunyi. Pagi yang sopan dan mesra menyambut kedatangan mentari pagi.

Jauh berbeza bila mentari memunculkan dirinya bagi memanaskan bumi, memberi tenaga kepada tumbuhan untuk menghasilkan klorofil untuk melangsungkan hidup seperti yang telah di atur oleh Allah. Manusia mulai keluar berduyun2 mencari rezeki yang telah Allah janjikan yang sudah termaktub di Luh mahfuz. Dengan kesesakan lalu lintas, debu berterbangan, bunyi hon kenderaan silih berganti. Sudah menjadi kewajipan agaknya bagi mereka untuk membunyikannya setiap hari.

Teringat peristiwa semalam, dalam perjalanan kami menuju destinasi yang sama. Dr. Anas dan Dr. Hamzah mengalami kemalangan ketika melalui selekoh berhampiran maqam/kubur. Enta yang mana satu agaknya. Kerana ini kali kedua aku bertalaqqi di Masjid Asyraf. Namun aku mengagumi mereka berdua. Dalam keadaan cedera, masih gagah untuk meneruskan perjalanan demi mengutip mutiara ilmu. Dr. Anas mengalami bengkak dipergelangan tangan, manakala Dr. Hamzah luka kecil di bahagian pipi.

Alhamdulillah kami selamat tiba. Kelewatan sedikit, tetapi masih sempat kerana Sheikh baru memulakan pengajiannya. Dalam bab yang keberapa aku kurang pasti, yang pasti 3tajuk yang dibincangakn hari ini. Habis sahaja pengajian Kitab, disambung pula dengan bacaan al-quran bersanad. Aku kaget seketika bila diminta untuk membacakan ayat yang ke 17 Surah Al-Haj. Kerana belum biasa dengan kelas Sheikh, aku mengulangi bacaan sheikh pada ayat 16, lalu sheikh menegur agar aku membacakan ayat seterusnya.

Setiap orang akan membaca sekurang2nya satu ayat, kemudian sheikh akan menerangkan sedikit hukum tajwid, dan bacaan kiraat daripada imam2 lain. Antaranya Hafs..


Selepas habis bertalaqqi, Ust Muhklis, Imam Masjid Al-Hira', dalam kawasan Jabal Muqattom. Menjemput kami untuk bersarapan dirumah beliau. Aku juga mengagumi ilmu yang ada pada al-fadhil Ust Mukhlis kerana ilmu qiraatnya yang mantap serta kemerduan suaranya bila mengalunkan ayat2 al-quran. Hampir 15qiraat dikuasainya sehinggakan Sheikh Yusri sendiri mengagumi beliau. MasyaAllah, hebatnya Allah yang memberikan kecerdasan dan ilmu kepada beliau.

Kami dijamu nasi kuning (ape ek nak panggil, ni makanan terengganu) sebab Ust Mukhlis asal Besut, dan sudah beristeri dan mempunyai seorang anak. Jadi makanan pun makanan ganu lah.
ada lauk gulai ikan dengan acar sayur.

Banyak jugak makanan Ust sediakan, alhamdulillah, rezeki di pagi hari. Sebab tu nabi larang kita untuk tidur selepas subuh, kerana akan mengakibatkan rezki menjadi "mahal". andai manusia tahu kelebihan waktu subuh, sudah tentulah masing2 berebut untuk mendapatkannya.

Ada jugak kuih raya, muffin dan kek coklat. Kuih raya(Konflakes dengan Batang Buruk, ke kayu burok gitulah) yang aku bawak baru ni dah habis da kena bedal dengan Ust2 lain kat hostel. Heheh.. Rezeki kenalah kongsi2, insyaAllah ada keberkatannya. Nak2 jamu para ulama' kat sini.
Murah rezeki.

Lepas menyental habis makanan yang disediakan, kami pun minta diri untuk balik ke Hayyu Asyier. Indahnnya hidup di bumi para anbiya'. Terasa hidup ini penuh erti, dan terasa jiwa yang kosong lagi gersang ini mula dibasahi embun mutiara ilmu dari para ulama'. SubhanaAllah. Jazakallahu khair kepada Ust Syukri Nazar yang memperkenalkan aku dengan Sheikh Yusri dan ulama' di Mesir. Moga2 aku akan terus istiqamah.

2 komen mengomen :: Selsema UNTA.. adakah selsema baru?

  1. Syafakallah ya akhi..
    Teruskan mengembara di bumi mesir..
    Cedok ilmu sebanyak mgkin, pastu blh kongsi2 dengan orang sini..=)

  2. Amin...
    InsyaAllah..
    Jazakallahu khair..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers