Gambar : Refleksi

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs245.snc6/179361_190738120953148_100000508851984_661791_3701865_n.jpg

Kata Sayyidina Umar : Hisablah diri kamu sebelum kami dihisab dihadapan Allah.

Kita seringkali mengkritik dan mengatakan apa yang orang lakukan tidak baik. Tidak sempurna, tidak itu dan ini. Tetapi pernah dan selalukah kita berkata sedemikian kepada diri kita? Mungkin ada tetapi apa jarang yang melakukan sedemikian. Ramai yang berbangga dengan paras rupa, ramai yang berbangga dengan pangkat dan harta. Tetapi berapa ramaikah yang sedar bahawa amalan dan sumbangannya untuk Islam sedikit cuma?

Kita mungkin setiap pagi menghadap cermin, menyikat rambut dan memastikan wajah kita dalam keadaan baik dan cantik. Tetapi pernahkah kita mencerminkan hati kita dengan cerminan agama? Iman kita hari ini bagaimana? Cinta Allah dan Rasulnya kepada kita sudahkah kita membalas dan me"reflect"kannya?

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs027.snc6/165746_190700570956903_100000508851984_661607_3813461_n.jpg

Begitu juga sebuah rumah, kita mahu ianya besar dan cantik di mata manusia. Tetapi kita langsung tidak memikirkan apakah yang sepatutnya diisi didalamnya. Rumah yang cantik dan tersergam indah lengkap dengan perabot dan kereta mewah tidak bermakna andai penghuninya sakit dan derita jiwa. Kekosongan masih terasa kerana jiwa mereka tidak menurut apa kata agama, Sepertilah sebuah hadith yang pernah diriwayatkan "Bukanlah kekayaan itu dengan melimpahnya harta benda, tetapi kekayaan itu ialah kekayaan jiwa"

Ayuh kita koreksi dan refleksi diri kita. Selam kita hidup apakah yang telah kita penuhkan dalam jiwa kita? Apakah sumbangan kita dalam memperjuangan agama Islam yang tercinta. Banyak mana luka dan parut kesan kita mempertahankan agama dan maruah umat Islam daripada dipijak dan dihina. Memang indah berkata-kata, tapi payah untuk mengamalkannya. Bangun dan sedarlah, kita sebenarnya leka dengan dunia dan tertipu dengan apa yang ada didalamnya. Laksana mayat hidup bergerak tetapi tidak bernyawa. Begitulah manusia, apabila hidup tanpa agama.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs245.snc6/179318_190706327622994_100000508851984_661685_3497287_n.jpg

Bukalah jendela hati kita, cuba lihat, apakah cahaya yang selama ini hanya kita lihat dari celahan itu datangnya daripada lampu bernafsu atau cahaya hakikat daripada Allah s.w.t.

6 komen mengomen :: Gambar : Refleksi

  1. cantik-cantik semua gambarnya. :)

  2. Alhamdulillah.. syukran ye...

  3. gmbr yg menarik~

  4. wow,awesome pics!

  5. This comment has been removed by the author.
  6. assalamualaikum, salam ziarah dari saya.. subhanallah selepas meneliti setiap bait kata dan cerminan gmbar, sangat terpana saya melihat nya..

    Professional !

    Canon EOS 550D mmg banyak berjasa ya.!

    Tabarakallahu 3alaik!

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers