Selsema Babi, Swine Flu @ H1N1? Kena Samak tak?

Bismillahirrahmanirrahim.. Selawat dan dan salam ke atas rasul junjungan. Ana doakan semoga semua rakyat Malaysia dan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera daripada sebarang bala dan wabak. Moga2 Allah peliharakan kita semua daripada segala yang tidak baik.

Dulu selesema burung.. Tapi ayam pun kena. Heboh satu dunia.. Semua tak berani nak makan ayam atau adik-beradik burung. Tapi alhamdulillah sekarang dah berkurang atau takde langsung.

Sekarang timbul pulak selesema baru, iaitu SELSEMA BABI @ KHINZIR @ nama yang sedap skit SWINE FLU atau xde kaitan dengan nama babi langsung H1N1. Nauzubillahiminzalik, kalau dah terpegang babi atau anjing, kita kena samak kan? Jika sebarang peralatan kita kena gigit atau air liur makhluk berdua ni kena samak. maknanya sapa yang kena selsema ni kena samak jugak la ye tak? (hehe)

Mula2 Kementerian kesihatan umum negara kita selamat daripada wabak tersebut, lepastu baru2 ni, 2,3 hari lepas kecoh seorang pelajar yang baru balik daripada US terkena selsema tersebut dan sekarang dalam keadaan stabil di Hospital Sungai Buloh. Lepastu kawan kepada pelajar tadi pulak kena.. Innalillahiwainna ilaihi rajiun. (Sama2 lah kita berdoa agar mereka berdua selamat) dan mereka2 yang bersama menaiki pesawat MAS tersebut dalam keadaan sihat wal afiat.

Harini berita terbaru, 101 penumpang dan 5 krew Air Asia pulak dikuarantinkan serta merta dirumah masing2. Maknanya makin ramailah rakyat Malaysia yang dijangkiti wabak ni. Subhanallah. Moga2 kita dijauhkan daripada penyakit tersebut, nauzubillahiminzalik. amin3.

Makanya, ana bercadang untuk menjadi pembekal tanah liat atau tanah sebagai persediaan untuk mana2 individu menyamak diri mereka sendiri apabila terkena wabak tersebut (Ini sekadar gurauan jer ye) haha.. Sebenarnya ana nak bagitau ini semua adalah perbersihan atau kaffarah dosa daripada Allah s.w.t. Mungkin Allah nak hapuskan dosa2 mereka lalu menimpakan wabak penyakit tersebut kepada mereka sebagai ujian. Kepada mereka2 yang kena penyakit tersebut atau ditimpa sebarang musibah. ingatlah ia sebagai kaffarah dosa, banyakkan beristighfar dan bersabar mohon keampunan daripada Allah dan berdoa agar disembuhkan daripada penyakit tersebut dan tidak menimpa orang lain. amin..

Sekian, ana nak balik Kajang petang ni. Sekarang ada dokek nogori sombilan, kat Gemas. Semalam ikut Abg Hafiz balik kampung. Hehe. best jugak.. dah lama tak mandi kolah, hirup udara segar kampung. ok, Salam. Renung2kan dan selamat beramal.

Jap2.. Kena samak tak? Jawab2.. Kalau pandai la..

3 komen mengomen :: Selsema Babi, Swine Flu @ H1N1? Kena Samak tak?

  1. This comment has been removed by the author.
  2. ha..topik ni,baru beberapa jam tadi akak sembang ngan ayah akak secara berseloroh..Perlukah disamak wabak swine flu ni?..haha..tak sangka lak amin mendahului akak tulis ttg ni..so, akak pun malasla nak tulis n hurai kat blog akak.lg pun, amin punya pndktan citer best la..keep it up

  3. Hah? yeke? hahaha.. tak sangka plak. amin taip jer tanpa disangka tetiba kuar idea nak samak tu.. hehe.. ala, akak tulis pn xpe.. akak nyer lagi best..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers