Sheikh Yusri Di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim,

Asif baru nak update pasal Sheikh Yusri.

Baru ni tak sempat nak jumpa Sheikh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Terminal 3. Sheikh menaiki penerbangan Egypt Air terus ke Kuala Lumpur. InsyaAllah akan kembali semula 24Februari ini. Sebab Sheikh check in awal. Dan perancangan untuk menghantar Sheikh pun last minit atas usaha Ust Faisal (Pahang) menempah tremco, terima kasih ust faisal. Mungkin takde jodoh bertemu dengan Sheikh. Maka, kelas pun ditawaqufkan selama seminggu.

Apapun,

Alhamdulillah, Kelas pengajian Sheikh Yusri Hafizohullah di Masjid Asyraf Jabal Muqottom mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Baru memulakan pembacaaan Kitab Sunan Abi Daud daripada Sunan Sittah. Setelah menamatkan Tuhfatul Ahwazi/Sunan Tirmizi setelah hampir 6 tahun pengajian secara konsisten oleh Sheikh setiap hari selepas subuh di Masjid Asyraf.

Namun sambutan kali ini cukup menggembirakan, hampir 100 orang pelajar Malaysia Ikhwah dan Akhowat menghadiri kelas Syeikh setiap pagi. Sebuah Coster dan Tremco (Khas Akhowat Terengganu), sebuah untuk Akhowat Pahang & Selangor, 2 Buah Tremco Ikhwah (Terengganu, Selangor & Pahang). Di tempah khas setiap pagi untuk memudahkan perjalan pelajar-pelajar Malaysia terutama di Hayyu Asyir untuk ke Masjid Asyraf di Jabal Muqottom.

Pengajian yang biasanya diadakan di bahagian atas masjid terpaksa diadakan dibahagian bawah kerana ruang bawah lebih luas dan dapat menampung hampir 200-300 orang.

Alhamdulillah. Moga-moga semangat ini terus konsisten dan kekal sampai bila-bila. InsyaAllah.
Amin..

Kepada Ust Syukri Nazar dan Ust Fahmi bila nak mai mesir ?

Jadual Jaulah Ilmiyah Maulana

Syeikh Dr. Yusri Rusydi Al-Syed Jabr Al-Hasani

Di Malaysia


anjuran : Pusat Dakwah dan Tarbiyah, Darul Islah, Perlis.



Isnin ; 1 Rabi’ul Awwal 1431 H = 15 Feb 2010 M


4.00 ptg : Sampai Di KLIA dari Mesir

8.00 mlm : Bertolak ke Alor Setar (Kapal Terbang)


Selasa ; 2 Rabi’ul Awwal 1431 H = 16 Feb 2010 M


Ziarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Alor Setar, Kedah.


Rabu ; 3 Rabi’ul Awwal 1431 H = 17 Feb 2010 M


11.00 pg : Majlis undangan di Kg. Beseri Dalam, Perlis.

7.30 mlm : Majlis di Surau Imam As-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis.


Khamis ; 4 Rabi’ul Awwal 1431 H = 18 Feb 2010 M


9.00 mlm : Majlis di Dewan Bandaran Kulim, Kedah.


Jumaat ; 5 Rabi’ul Awwal 1431 H = 19 Feb 2010 M


9.00 pg : Majlis di Menara Zakat, Alor Setar, Kedah

9.00 mlm : Majlis di Dewan Besar Ma’had Mahmud, Alor Setar, Kedah.


Sabtu ; 6 Rabi’ul Awwal 1431 H = 20 Feb 2010 M


9.00 pg : Majlis di Pondok Bukit Gajah Teriak, Jitra Kedah.

9.00 mlm : Check in di KLIA berangkat pulang ke Mesir.

2 komen mengomen :: Sheikh Yusri Di Malaysia

  1. oo..syeikh ni la yg nk datang..
    patut la syukri cakap nk g kedah..

  2. Haah.. Sheikh ni la. Sheikh kesayang syukri..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers