Minggu yang Indah dan Padat..

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Allahummasolli ala Muhammad s.a.w.

Hmm.. Kenapalah hati aku harini, terasa sedih dan sakit.. Mungkin kerana dosa atau ada menyakitkan hati seseorang. Ya Allah.. Astaghfirullahalzim. Ana mohon Maaf sangat2 kalau ada buat silap kepada Ibu, Ayah, Along, Uda, Angah, Kimah, Aisyah, Wan. Sahabat/biah dan mereka yang mengenali diri al-faqir.

Minggu ni cukup padat, bukanlah sepanjang minggu. Namun akhir2 ni banyak program dan bertembung dengan kelas2 Sheikh.

Khamis : 6.00-7.00 Kelas Sheikh Yusri (Masjid Asyraf), 8.00-11.00 Kelas Sheikh Rahimuddin (Dewan Seri Iman, Rumah Terengganu, Hayyu Asyir), Kemudian 7.30-2.30 Bengkel Penulisan Kreatif (Rumah Perak, Hayyu Sabie')

Jumaat : 6.00-7.00 Kelas Sheikh Yusri dekat Masjid Asyraf,
11.00-5.00 Solat Jumaat, Majlis Maulid Nabi s.a.w.

Sabtu : 6.00-7.00 Kelas Sheikh Yusri (Masjid Asyraf, Jabal Muqottom)
8.00-11.00 Sheikh Rohimuddin (Rumah Terengganu)
7.30-3.00 Bengkel Jatidiri PESAT Kursus 2 (Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabie')
3.00-5.00 Kelas Sheikh Nuruddin (Rumah Kedah, Hayyu Sabie')
8.00-10.00 Sambungan Kelas Sheikh Nuruddin
6.00-11.00 Sambutan Maulidurrasul Masyaikh Al-Azhar (Rumah Selangor)


Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Nak citer sket Hari Khamis, sempat sertai Seminar & Bengkel Penulisan Kreatif , "Melakar Swadaya Pena" anjuran Badan Penerangan & Penerbitan dibawah KELAP (Kem Latihan Penulis) PMRAM dekat rumah Perak, Hayyu Sabie'.

Alhamdulillah, sempat jugak join walaupun daftar last minit (Iklan tak sampai kat Rumah Terengganu) dan terlambat dekat sejam. Hehe.. Jadual mula pukul 7.30 kitorang datang pukul 9. Memang tepat waktu la. Banyak jugak input2 baru yang diperolehi walaupun diluar jangkaan. INgatkan bengkel penulisan Ilmiah. Bukan nak kata Penulisan Kreatif tidak ilmiah. Cuma apa yang dalam gambaran sebelum menghadiri majlis, peserta akan diajar bagaimana untuk menulis dan menghasilkan kitab-kitab ilmiah.



Tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat juga belajar bagaimana penulisan kreatif, bagaimana nak menghasilkan Novel, Sajak, Puisi dan yang berkaitan dengan sastera. Nak kata minat tu takdelah sangat. Namun penting juga sebagai salah satu medan dakwah seperti Novel Islami Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan yang seangkatan dengannya.


Sheikh Rohimuddin An-Nawawi Al-Banteni Hafizahullah

Salah satu yang boleh dikongsi, Kata pembentang kertas kerja Ust Zulhafez Ahmad Zahidi, Mengapa selalunya kita mahu menulis atau menghasilkan karya tapi bila mula menulis idea yang tadinya banyak tiba2 hilang? Sebabnya kemungkinan masa, tempat atau keadaan yang kita pilih kurang sesuai. Maka, perlulah kita cari masa yang sesuai contohnya pada waktu tengah malam atau awal pagi. Masa yang tenang. Dan kalau boleh rangka dahulu setiap apa yang mahu kita hasilkan. Macam kita nak buat karangan bahasa melayu la. Kena ada point2 penting, kemudian barulah point2 itu dikembangkan.

Malam Jumaat baru ni,
Hujan turun mencurah2, memang lebat. Dahla hujan batu. Siap dengan guruh dan petir. Memang kuat. Subhanallah. Kata Ust Che Ku (orang lama) petir dan guruh paling kuat dia pernah dengar sejak duduk kat Mesir ni.
Ada Sheikh kata itu tandanya alam bergembira dengan kedatangan 12 Rabiulawwal. Hari kelahiran Insan yang paling mulia Muhammad s.a.w.

Pagi2 tumpang motor Ust Abdullah Hares At-Takeeeeery. Huhu.. Menangis2 kitorang naik motor pagi2. Sejuk yang amat, beku rasa muka dengan tangan. Dahla air bertakung atas jalan. Mesir mana la ada longkang sebab jarang hujan. Air nak mengalir kat mana? Alamatnya kena tunggu la dia kering. Terpaksa bawak motor atas divider. Eeee... Air tu ntah bersih ke tak.? Hua3.. Biasanya campur sekali dengan air kumbahan manusia. Sangat BEST lagi BERSIH dan WANGIIII..

Lepas Jumaat Sheikh Yusri buat Majlis Maulidurrasul, memang terharu dan gembira dapat bersama masyaikh. Penuh Masjid. Kami sama2 mengalunkan Qasidah burdah, mendengar Kisah Nabi Muhammad s.a.w. Dan akhir sekali makan la. NAsi arab.. Sori gambar tak amik..

Semalam plak, join PESAT. Pusat Sumber Tenaga PMRAM dekat Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabie'. Yang mana melatih peserta untuk mengurus dan mengendalikan sesuatu majlis.

Antara pengisian yang diadakan semalam adalah pembentangan kertas kerja MBO @ Management By Objective @ Pegurusan berdasarkan Objective serta SWOT. Walaupun ianya mungkin asas, namun bagi yang tidak pernah mengetahui ianya suatu yang baru dan amat berguna pada masa akan datang.

PESAT kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan, seramai hampir 150 orang peserta. Ramai peserta terutama pelajar baru seperti kami yang menyertai. Program sepatutnya habis jam 2.30 terlewat setengah jam. dan Majlis berakhir tepat masuk waktu asar.


Ana dengan Ust Abd Mu'iz terus bekejar untuk solat di Rumah Kedah kerana jam 4 petang Kelas Tafaqquh Sheikh Nuruddin Marbu Albanjari Al-Makki akan bermula. Alhamdulillah sempat, walaupun letih. Sheikh mengajar kitab Tahzib Masyakah Masobih (Kitab Hadith) Karangan Imam Muhammad Ibn Abdullah Khotib At-Tabrizi yang disusun oleh Sheikh sendiri. Kemudian Manaqib Imam As-syafie yang belum ana miliki sebab habis stok.

Selesai jer solat maghrib, terus bekejar balik ke Asyir naik tremco. Singgah beli Sugut bil Fino. Balik kompleks.. Fuhh.. Penat giler rasa. Mandi2, rehat, makan. Lepas Isya' terus bekejar balik ke rumah Kedah. Memang ikutkan hati penat tapi sayang plak nak tinggal kelas Sheikh. Dalam masa yang sama ada Majlis Maulidurrasul Bersama MAsyaikh Al-Azhar dekat rumah Selangor. Depan kompleks Terengganu ni jer. Huhu.. Mana satu nak pergi? Tapi sebab dah niat memang nak pergi kelas Sheikh, pinjam jugaklah Motor Ust Mad Salikin. Masa tengah kelas, kebas je rasa kaki ni. Lenguh sangat. Sehari suntuk duduk bersila.

Ana ni bukan la mahir sangat bawak motor. Tapi buat2 pandai la jugak. Jarang bawak motor class. Last belajar bawak pun lepas habis SPM. hehe.. Lama giler. Sebab biasa bawak kereta je. Dan Motor class pertama yang dibawa kat Mesir adalah Motor Ust Muzani, sebab masatu dia baru beli. Memang menakutkan bawak motor jalan2 kat mesir ni. Arab ni sukahati dia jer nak jalan kut mana. Kadang2 tiba2 boleh reverse, jalan songsang tu biasa la. huhu.. Naik dengan USt Muiz. Alhamdulillah tak excident, sebab masa balik semalam, sikit lagi nak langgar motor arab. mujur sempat brek. Fuh..


FadhilatusSyeikh Dr. Jamal Farouq Hafizahullah

Sampai dekat Asyir, lalu jalan yang dekat Stesen Minyak tu, gelap giler. MasyaAllah, nasib baik la nampak simpang tu. Sikit lagi nak terlajak n langgar divider. Alhamdulillah, masih panjang lagi umur. Lepasni nak bawak lagi. Jangan mengaku kalah. Hehe..


Sheikh Asyraf Hamid Hasanain Hafizahullah

Sampai dekat Kompleks, Majlis kat rumah Selangor tak habis lagi. Sempat join dan dengar Sheikh Husam mengaji. MasyaAllah, tabarakallah. Sedap sangat. Ramai jugak Sheikh yang hadir semalam. Sheikh Usamah Syed al-Azhari, Sheikh Husam, Sheikh Jamal Farouq, Sheikh Dr. Fathi Abdul Rahman Ahmad Al-Hijazi, Sheikh Habib Umar Zin dan Sheikh Asyraf Hamid Hasanain Hafizahumullah.


Sheikh Dr. Fathi Abdul Rahman Ahmad Al-Hijazi Hafizahullah


Fadhilatul Syeikh Dr. Usamah Syed Al-Azhari Hafizahullah

Wallahua'lam. Moga2 semangat ini akan terus istiqamah dan thabat(tetap) InsyaAllah. Masa rajin ni mungkin semua nak pergi tapi time malas (Nauzubillah) mintak2 jauh walaupun ada.

P/s : Kelas Sheikh Rahimuddin masih berjalan dan disambung sehingga 6 Mac ini INsyaAllah.

2 komen mengomen :: Minggu yang Indah dan Padat..

  1. Anda memang seorang mat rempit!!!

    Jgn kne sepit bawah kereta sudah...lalala

  2. Adakah saya bawak terlalu laju? Huhu..
    Baru 1 KM/Saat jer.. haha..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers