Jangan hanya MeNGAJI tetapi MengKAJI


Ketika saya menyampaikan ceramah tentang Quran dan Sains di UNIMAS pada bulan September 2006, yang di hadiri oleh ramai golongan yang bukan Islam, seorang pensyarah telah bangun dan mengatakan bahawa pada pengamatannya, selepas beliau mengkaji, al-Quran boleh diistilahkan sebagai The Final Testament ataupun kitab terakhir berbanding dengan kitab perjanjian lama iaitu The Old Testament dan kitab perjanjian baru iaitu TheNew Testament, yang gabungan kedua-duanya melahirkan Bible pada hari ini. Maka bagi beliau, jika bible merupakan himpunan Old Testament dan New Testament, maka al-Quran boleh kita namakan sebagai The Final Testament. Saya difahamkan bahawa pensyarah itu pada asalnya merupakan seorang non-Muslim kemudiannya telah memeluk islam dan menjadi seorang muslimah. Begitulah kehebatan islam dan al-Quran. Orang yang betul-betul ingin mencari kebenaran, dia akan menemui kebenaran yang mutlak dalam al-Quran.

http://images04.olx.com.my/ui/2/56/79/43614779_1.jpg

Di Malaysia dan malah dimana – mana sahaja andaikata kita hendak cemerlang, gemilang dan terbilang kita tidak akan mampu mencapainya tanpa al-Quran. Andaikata kita hendak membentuk satu golongan kelas pertama, maka al-Quranlah yang perlu kita jadikan sebagai landasan dan formula.


Mengapa saya berkata demikian. Kerana Allah swt dalam surah Al-Isra, ayat 9, Allah berfirman, “ Innahazal qur’an nayahdi lil lati hiya akwam. Sesungguhnya al-Quran ini membawa manusia kepada sesuatu yang aqwam”. Itulah jaminan Allah swt bahawa kitab ini yakni Quran mampu membawa kita kepada sesuatu yang aqwam. Kalimat aqwam perlu ditafsirkan. Apabila saya merujuk kepada kitab tafsir yang besar-besar seperti tafsir oleh Ibnu Katsir yang bernama Tafsirul Quranil Azim, juga kepada tafsir Al-Azhar oleh Hamka, Al Asas Fit Tafsir dalam bahasa Arab oleh Syed Hawa dan yang seumpamanya, saya mendapati maksud aqwam ialah "yang paling benar, paling adil dan yang paling tepat". Andaikata kita mencari acuan lain, sudah pasti ianya kurang benar, kurang adil dan kurang tepat kerana al-Quran saja yang paling benar, adil dan tepat. Itu maksud aqwam.

Justeru tuan-tuan & puan-puan yang saya muliakan. Kita di Malaysia ini baik sebab ada budaya atau aktiviti yang kita hidupkan secara berkala. Antaranya di musim ramadan kita banyak mengaji Quran ataupun kita bertadarus. Ini suatu yang baik, bagus, elok dan molek. Tapi ada satu kelemahan iaitu kita banyak mengaji tetapi tidak banyak mengkaji. Apabila kita tidak mengkaji kita tidak memahami. Apabila kita tidak memahami kita tidak menghayati. Apabila kita tidak menghayati hidup kita sentiasa terbabas dan sipi sebab kita tidak memahami. Itulah kerugian yang kita alami pada hari ini. Walaupun saya mengatakan tadi membaca itu sudah baik tetapi ia akan menjadi lebih baik andaikata kita cuba memahami Quran yang kita baca. Dalam erti kata yang lain hendaklah kita mengaji dan mengkaji. Jangan hanya mengaji.

Lantas kalau kita memahami Quran barulah kita merasai kehebatan Quran. Kehebatan ini telah mengubah arab jahiliah dahulu daripada era jahiliah kepada era kegemilangan Islam yang tidak ada tolok bandingannya. Al-Quran juga telah mengubah orang-orang terdahulu menjadi saintis sedangkan sebelumnya mereka mempercayai kepada khurafat dan tahyul. Al-Quran telah merangsang umat Islam menjadi tokoh-tokoh di bumi Andalus yang daripada ilmu yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh ini menyebabkan barat bertukar daripada era kegelapan ataupun Dark Ages kepada era kebangkitan dan keilmuan ataupun Renaissance. Kesan daripada Quran sejarah hebat itu berlaku. Begitulah agungnya Quran.

http://kfk.kompas.com/system/files/imagecache/sfk_preview_600x600/KFK_Sambil_Menunggu_Bunda_Mengaji.jpg

Mengapa kita yang mengaji Quran seringkali tidak berubah. Otak kita tidak berubah. Macam itu juga. Sikap kita tidak berubah. Macam itu juga. Itulah yang saya sebutkan tadi. Kita banyak mengaji tetapi tidak mengkaji. Lantas cara fikir kita, sikap kita, keputusan yang kita buat dan kadangkala nilai hidup kita tidak betul, tidak selari dengan kitab yang maha agung ini. Jangan hanya kita merasa bangga mengatakan hari ini hari nuzul quran. Saya rasa kalimat-kalimat itu kalimat yang baik, yang menampakkan kita berbangga dengan Quran alhamdulillah. Tetapi saya juga merasakan ianya tidak cukup. Kita perlu susuli dengan tindakan dan tindakan yang perlu kita lakukan ialah kita kena mengaji dan mengkaji. Selepas itu kita menghayati. Barulah selepas itu kita akan menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang dan juga menjadi golongan kelas pertama insyaallah.

Semoga Allah mengizinkan al-Quran menyinari hidup kita bersama dan semoga Allah swt mengizinkan al-Quran menjadi pegangan dan cara hidup kita bersama menuju kecemerlangan dunia sampai ke akhirat.

petikan kuliah dr danial zainal abidin

1 komen mengomen :: Jangan hanya MeNGAJI tetapi MengKAJI

  1. KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers