Isu Semasa : Pembunuhan Sosilawati, Hari Bakar Al-Quran

Bunuh, bunuh, bunuh..


http://1.bp.blogspot.com/_rcphh_6F408/TIw5Zqy0TeI/AAAAAAAABgs/x-pq6jaHTV0/s1600/muka_hadapan.jpg

Terkejut mendengar berita kes pembunuhan Sosilawati lepas baca status Ust Mohd Zawawi Yusoh di Facebooknya.

Sosilawati Lawiya dibunuh dengan kejam, dipikul sehingga mati, kemudian mayatnya dibakar. Baca berita penuh disini. dan lagi.

Allahuakbar, makin hari kita semakin tidak aman. Hari ini mereka, esok mungkin keluarga kita sendiri. Jangan anggap semua itu mustahil. Ya Allah, rindunya untuk melihat hukum-Mu tertegak dibumi Malaysia dan diseluruh dunia. Hanya itu penyelesaian yang mampu untuk memusnahkan segala kekusutan ini ya Allah.

Selagi Perundangan Islam tidak didaulatkan, pasti negara akan hancur musnah. Dan kejadian ini pasti akan terus-terusan berlaku. Aku jamin lah. Bukan doakan keburukan negara, tetapi itu memang akibat bila undang-undang dan ketetapan pencipta Alam tidak diikuti. Hanya ada satu lagi peluang. Kembali kepada Islam.

Tindakan Bodoh Terry Jones

Sumber : Web PMRAM

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir mengutuk tindakan seorang Paderi, Terry Jones di sebuah gereja kecil di Ganesville Florida Amerika Syarikat, kerana ingin menganjurkan Hari Membakar Al-Quran Sedunia.

Walaupun hasrat tersebut telah dibatalkan hari ini setelah mendapat tekanan dan tentangan di seluruh dunia, PMRAM terus komited bahawasanya hasrat tersebut telah melanggari etika keagamaan di seluruh dunia.

Tindakan biadab itu cuba dilakukan sempena memperingati peristiwa serangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001 lalu. Paderi itu yang berada di The Dove World Outreach Center meyalahkan agama Islam kerana menjadi punca kepada peristiwa 11 September.

Acara yang mereka panggil sebagai “International Burn a Quran Day” itu bakal menyalakan lagi semangat anti-Islam atau Islamphobia di kalangan masyarakat dunia.

Dr Yusuf Qardhawi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia di dalam rangakaian Al-Jazeera menyebut “Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk mempertahankan kesucian Al-Quran dan penghormatannya. Sewajarnya kita tidak boleh mendiamkan diri dari penghinaaan ini.


0 komen mengomen :: Isu Semasa : Pembunuhan Sosilawati, Hari Bakar Al-Quran

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers