Kelainan Sambutan Kemerdekaan Di Kelantan

KOTA BHARU, 1 Sept: Tanpa menghirau Ramadan sambutan ambang kemerdekaan di tempat lain dipenuhi persembahan aneka muzikal dan letupan bunyi api, sebaliknya di Kelantan disendat dengan program keagamaan.

Bermula dengan program khatam al-Quran seramai 3,500 peserta diadakan selepas solat Asar di Qaryah Ramadan, Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV.

Kemudian majlis berbuka puasa perdana diadakan di bahagian dalam stadium yang diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ribuan hadir pada program tersebut termasuk Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias.

Selain itu Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, wakil-wakil rakyat, anggota keselamatan dan pegawai kerajaan.

Kelainan juga dapat disaksikan apabila solat Isyak dan hajat diimamkan pegawai tentera, Mejar Mohd Shukor Said dari 8 Briged Kem Pengkalan Chepa.

Situasi itu jarang berlaku sebelum ini apabila seorang pegawai tentera lengkap dengan pakaian seragam dengan pangkat tersemat di bahu menjadi imam solat.

http://2.bp.blogspot.com/_ooLmMLBziNE/TH3tRqXQoxI/AAAAAAAABlY/H8vqetKJZ9c/s1600/wt_02.1.jpg

Kemudian di tempat yang sama diadakan solat tarawih yang diimamkan Syeikh Ahmad Rejab Yassin dari Mesir. Suara nyaring bacaan ayat-ayat suci al Quran

kedengaran di segenap penjuru stadium.

Suasana malam yang nyaman membolehkan orang ramai solat tarawih dengan selesa biar pun beralaskan rumput di padang stadium.

Sekal

i sekala angin bertiup agak deras sehingga mengangkatkan tikar tempat solat.

Situasi dalam stadium yang dipenuhi budak-budak berjubah di kalangan pelajar-pelajar sekolah tahfiz. Ramai juga lengkap dengan baju Melayu. Manakala anggota tentera yang berpakaian seragam mengenakan kopiah turut menunaikan solat.

Program diteruskan dengan forum kemerdekaan yang bertajuk Ramadan ke Menghayati Kemerdekaan Sejati membariskan ahli panel iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas pensyarah USIM, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dan bekas Adun Kuala Besut, Nik Zawawi Ni

k Salleh. Manakala Kamal Ashaari bertindak sebagai moderator.

Berakhir acara forum diadakan pula acara deklamasi sajak oleh pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Sulaimiah, Mohd Nor Aiman Azmi, 13.

Beliau pernah mewakili negara mendeklamasi sajak di Bangkok ketika berusia 9 tahun dalam pesta puisi Asean.

Kemudian diadakan pula pementasan pentomen oleh kumpulan dari Majlis Kebudayaan Kelantan yang bertajuk Suatu Ketika Dahulu Adalah Hari Ini.

Pentomen hampir sejam itu diarahkan Zed Zaidin, mengisahkan negara ketika di bawah penjajah sehingga mencapai kemerd

ekaan pada 31 Ogos 1957.

Selepas itu tujuh anggota tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja membawa Jalur Gemilang dan diserah kepada Menteri Besar di pentas utama.

Kelainan sekali lagi d

apat disaksikan apabila tepat detik 12 malam, laungan azan dikemundangkan. Tiada letupan bunyi api seperti disaksikan di tempat-tempat lain.

Kemudian diikuti nyanyian lagu Negaraku di mana semua yang hadir berdiri.

Dan pada pagi semalam tidak diadakan perbarisan memandangkan umat Islam sedang berpuasa, biar pun program itu diadakan di negeri-negeri lain.



Ribuan manusia menunaikan solat terawih di malam sambutan kemerdekaan.

Kaum wanita dan kanak-kanak tidak ketinggalan.




Penyerahan bendera Malaysia kepada Menteri Besar Kelantan oleh pasukan tentera

Gambar Kredit kpd Ibnu Muslim
Berita : Harakahdaily

3 komen mengomen :: Kelainan Sambutan Kemerdekaan Di Kelantan

  1. bestnya~ inilah cara idop yg diimpi-impikan oleh sesetengah org.. ^_^

  2. bila kerajaan di bawah pimpinan ulama'....subhanallah

  3. Subhanallah..untungnya orang - orang yang berada di bumi Kelantan. Semoga tahun akan datang negeri - negeri lain turut meniru kelantan. Bukan konsert dan pesta bakar mercun. membazir duit dan menggalak maksiat je.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers