Suasana Mesyuarat Agung Tahunan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Kali Ke-46

Alhamdulillah, selamat sudah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir, 2 hari lepas. Walaupun saya tidak dapat mengikut penuh sepanjang mesyuarat berlangsung kerana beberapa komitmen lain pada sebelah pagi. Namun sempat juga saya ikuti perbahasan pada sebelah petang.

Suasana hangat setiap kali usul dibawa oleh perwakilan ketika mana ada yang tidak bersetuju dan bersetuju sambil mengemukakan hujah masing-masing. Saya selaku ahli bersekutu hanya memberi laluan kepada perwakilan untuk membawakan usul walaupun hakikat mahu juga turut berbahas dan membincangkan usul. Apapun, jutaan tahniah kepada adhoc pelaksana program dan semua perwakilan yang berjaya berbahas dengan penuh akhlak dan matang.

Namun, perlu diingatkan bahawa medan Mesyuarat Agung Tahunan bukanlah satu medan untuk kita menunjukkan hujah siapa lebih hebat, atau medan untuk kita bergaduh sebaliknya ia satu ruang untuk kita berbincang perkara-perkara besar yang patut dibincang dan dipersetujui oleh semua. Sesi muhasabah juga perlu namun, ia bukanlah medan yang paling sesuai untuk dibicarakan panjang lebar kerana perkara tersebut boleh dibicarakan diluar dewan.

Tujuan utama mesyuarat adalah untuk mendapat persetujuan oleh semua yang hadir, agar keputusan yang dibuat bukan sekadar syok sendiri tetapi melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt iaitu hendaklah kita bermusyawarah diantara kita dalam memutuskan sesuatu perkara, kerana sesungguhnya Allah bersama dengan jemaah (syura).

Buat sahabat dan sahabiah yang baru dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Tadbir bagi sesi ini, gunakanlah peluang dan ruang yang ada untuk kita membuat pembaharuan dan penambahbaikan daripada kepimpinan yang lepas. Apa yang baik kita teruskan, apa yang kurang perlulah kita atasi demi kebaikan ahli dan Islam khususnya. Kita bukan hanya mahu kebajikan ahli sahaja terjaga, tetapi apa yang lebih penting kefahaman Islam dan Aqidah yang salimah dapat diterapkan kedalam jiwa seterusnya membawa mereka kearah keredhaan Allah s.w.t.

Apalah erti sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah? Dan ingatlah sesungguhnya Allah-lah yang memberi kemuliaan dan kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan begitulah sebaliknya. Maka, laksanakanlah tanggungjawab sebagai umara' dengan melaksanakan segala tuntutan dan meninggalkan segala larangan-Nya. InsyaAllah, persatuan dan gerakan yang kita bawa ini akan dipelihara oleh Allah swt hingga hari kiamat. Andai saja kita melakukan kesilapan dan mencari redha manusia terlebih dahulu, pasti akan Allah serahkan urusanmu pada manusia.



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs772.snc4/67261_163277350365892_100000508851984_470392_3638276_n.jpg
Ust Halim dan Ust Abd Rahman yang setia di meja pendaftaran.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs316.ash2/59634_163213827038911_100000508851984_469965_3558212_n.jpg
Saf kepimpinan AJKT KPT sesi 2009/2010

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs427.snc4/47059_163214110372216_100000508851984_469967_507622_n.jpg
Bersemangat mengalunkan Asma'ul Husna, Lagu Negaraku, Negeri Terengganu & PMRAM

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs723.snc4/64359_163218497038444_100000508851984_469983_1088927_n.jpg
Antara perwakilan dan pemerhati yang hadir pada MAT kali ini.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs758.snc4/65804_163227217037572_100000508851984_470017_7847443_n.jpg
Serius berbincang untuk kemaslahatan ummah.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs726.snc4/64664_163227347037559_100000508851984_470018_5051074_n.jpg
Keputusan dibuat berdasarkan undian majoriti dikalangan perwakilan dan pimpinan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs760.snc4/66044_163227447037549_100000508851984_470019_410447_n.jpg
Pegawai SPR, Usr Nasiruddin mengumumkan jumlah undian.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs386.snc4/44910_163227497037544_100000508851984_470020_259875_n.jpg
Perwakilan HEWI disebelah akhwat..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs636.snc4/59630_163246127035681_100000508851984_470100_5756258_n.jpg
Setiap perjalanan mesyuarat dipantau dan direkod.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs772.snc4/67258_163246367035657_100000508851984_470103_265696_n.jpg
Setiap usul perlu mendapat persetujuan sebelum diluluskan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs765.snc4/66557_163246443702316_100000508851984_470104_6862685_n.jpg
Menyemak dan berbincang tentang penyata kewangan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs005.ash2/33596_163246620368965_100000508851984_470106_2601790_n.jpg
Antara perwakilan dan pemerhati yang hadir..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs002.ash2/33454_163246697035624_100000508851984_470107_6693233_n.jpg
Ust Khairuddin bersemangat mengutarakan hujjah.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs386.snc4/44906_163246780368949_100000508851984_470108_402293_n.jpg
Berfikir dan merenung untuk kebaikan bersama.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs616.snc4/59613_163365697023724_100000508851984_471067_6764826_n.jpg
Tenang dan matang dalam ucapan dan hujah yang diberikan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs760.snc4/66040_163213410372286_100000508851984_469943_672502_n.jpg
Adakala, perlu juga santai dan ceria..

Dan ingatlah persetujuan yang telah kita persetujui bersama. Iaitu memperkasakan Muzakarah Berkelompok, kerana ia merupakan tunjang dan asas tarbiyyah. Bila kefahaman Islam dijana, insyaAllah, setiap gerak kerja yang dilakukan akan menjadi mudah kerana bilamana keimanan dan aqidah yang mantap ada dalam diri setiap ahli, maka apa saja yang dilakukan adalah ibadah dan merupakan kerja Islam yang perlu dilaksanakan.

Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya : Lazimkanlah diri (bersamalah) kamu dengan jemaah Islam dan kepimpinan. Selagi mana kepimpinan dan jemaah itu membawa manhaj dan dakwah Islam yang syumul. Nabi juga pernah bersabda mafhumnya : Sesiapa yang mati tetapi tidak ada baiah, matinya seperti mati jahiliah. Di hadapan kita inilah pemimpin yang perlu kita baiah dan dokongi, kerana pembawakan mereka adalah pembawakan Islam dan Iman. Selagi mana ia tidak bertentang, maka selagi itulah kita harus taat dan dokongi bersama. Jangan hanya bersemangat dengan kata-kata dan lantang bersuara mengkritik itu dan ini, tetapi ayuh sama-sama ita bergerak dan melangkah bagi menjayakan amal islami ini. Kerana Islam bukan tertegak dengan kata-kata tetapi dengan gerak kerja.

Akhir kalam daripada saya selaku ahli dan pendokong gerakan Islam. Kata-kata yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. "Seeru Ala Barakatillah" Bergeraklah kamu dalam sesuatu urusan, semoga mendapat keberkatan dan redha Allah.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs092.ash2/37921_163437147016579_100000508851984_471415_1166222_n.jpg
Tiba2 ada gambar ni ape kaitan? Wallahua'lam..

2 komen mengomen :: Suasana Mesyuarat Agung Tahunan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Kali Ke-46

  1. pada pic yg ke empat aku tnampak susuk tubuh bernama abe mad hehehe\
    yo ko?
    mintok2 biar dio la jadi pres pmram pulop
    ~l bro m

  2. Assalamualaikum,

    Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.

    SILA KLIK http://www.docstoc.com
    UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
    • Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
    • Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    • Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
    • 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
    • Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    • Jom Kenali Dr Maza & Co
    • Ahlul Bait Yang Dicerca

    SILA KLIK http://www.4shared.com
    UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
    • Rasulullah Budak Kampung
    • Maulid Tandingi Krismas
    • Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
    • Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
    • Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
    • Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
    • Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
    • Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
    • Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi

    Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.


    FAKEH KHALIFAH SAKA

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers