Kiriman Kotak Cinta

Buat ayah dan ibu terchenta.. Anakanda dah terima barang kirimannya 2 hari lepas. Alhamdulillah. Sape la yang buat design kotak tu? Kreatif. Hehe.. Siap ada tali lagi. senang nak bawak. Naik motor tak payah pegang.



Kredit kepada ibu yang sudi bersusah payah memasak untuk Amin yang tak dapat beraya bersama tahun ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Ayah yang sangguh meredah lautan manusia di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur hanya untuk menghantar sebuah kotak cinta buat anakandamu disini.


Hajat asal hendak dikirim kepada saudara Dr. Anas. tapi apakan daya, barang-barang beliau sahaja sudah penuh hingga hampir-hampir tidak lepas semasa di KLIA. Namun, atas dasar cinta dan sayang seorang ayah, ayah sanggup juga pergi ke KLIA tak kira la siapa yang nak pergi Mesir. Kalau boleh kirim dengan mereka ayah nak kirim jugak. Itulah ayah. Amin sayang sangat kat ayah dengan ibu.



Yela, barang yang dihantar hanyalah makanan. Tetapi bukan itu yang ingin dizahirkan, tetapi nilai cinta dan kasih sayang seorang ayah dan ibu kepada anaknya. Sebelum ni dah kirim barang, tapi barang tu belum sampai lagi. Ayah pun kirim sekali lagi. Huhu.. Terharu..



Allah.. Ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka melebihi kasih mereka kepadaku sewaktu aku kecil. Ya Allah, Tempatkan mereka dikalangan orang-orang yang bertaqwa dan Redhailah mereka melebihi redha mereka kepada-ku.

Kredit to : Along & Kak Su. Kak Ngah (Nor Soleha) yang jadi bibik kat rumah. Hehe.. Uda (Mohd Izzuddin) Driver dan Fotografer. Yang lain terlibat jugak ke? hehe.. Kak Aisyah & Kak Hakimah (UIAM) & adek (Mohd Ridhuan) IKN Perlis.

16 komen mengomen :: Kiriman Kotak Cinta

  1. muke anak ngn bapak same la!
    photostat ea??
    haha

  2. Allah...terharunya mengenangkan jasa emak dan ayah kita kan...kdg2 kita tak minta pun mereka tetap nak bagi...bagi mereka, dapat memberi itu suatu kepuasan yg tak terhingga.

    Allah...lindungilah ibu dan ayah kami semua...dan jadikanlah kami anak2 soleh dan solehah yg dapat memberi syafaat kepada mereka kelak...amiinn...

  3. 'Like'..
    and sedih..

    :(

  4. atiekah : Haha.. nama pun anak soleh(salleh) mesti la muke same.. hehe.. Bukan potostat, scan pastu print..

    Kak Afzan :Huhu.. tu la. amin siap bgtau kat ayah, takpelah. takyah hantar dah. sbb minggu lepas dh hantar, tp org yg bawak barang tu pergi umrah dulu, lepastu baru dia dtg balik mesir. Sbb nak contact org yg bawak tu, ayah pun hantar skali lg.

    Ya Allah, semoga Allah lindungi dan berkati ibu ayah kita semua. aminn..

    Aishah : Apsal lak sedih? huhu.. La takhof wa la tazan.

  5. *edit jawapan kpd kak afzan: sbb xbleh nak contact org yg bawak tu. ayah pun hantar skali lg walaupun xkenal. last bg pelajar baru yg nak datang mesir, org perlis.

  6. oo begitu ceritenya...cara nak balas jasa sementara kita masih student ni (yg tak mampu nak balas jasa melalui kebendaan), kita doalah selalu pada mereka...

  7. Alahai terharunya....

    Semoga beruntunglah menjadi anak soleh (Anak Haji Salleh)... hehe

    Doakan ana gi Mesir... Boleh bawa balik shibshi banyak2.. hehe

  8. Kak Afzan : Yupp.. sama2 kita doakan ek.

    Ust Fahmi : Tu la, senang jer dapat title anak soleh(anak kpd Hj Salleh dlm bahasa inggerisnya) haha..

    Tak habis2 syibsi dia, xbaik untuk tumbesaran makan banyak2. hehe.. Tp ana doakan la jgk..

  9. semoga Allah melindungi ibu dan ayah kita semua moga Allah memberkati hidup mereka...memanjangkan usia mereka memberi kesihatan dan keselamatan kepada mereka...amin..

  10. ana_muslimah : Aminnn.. syukran atas doanya. Sama-sama kita doakan kedua ibu bapa kita.

  11. eh, name ibu kite same.. Norizah! ^^

    *tetibe .. hehe

  12. fatin : la, bukan ibu kite kembar ke? haha..

  13. mtk maaf..org pn terlibat sama tau...terima kasih pd kakak ok!

  14. Haha... Ala, bukan tak nak masukkan nama Angah, saje nak buat khas untuk ayah dengan Ibu. tenkiu angah tolong masak, tolong bungkus, tolong hantar. hehe.. sayang kat angah. (nak duet raye...) hehe..

    Sempena Ramadhan ni semoga murah rezeki angah, bisnes maju, cepat dapat jodoh. (kalau angah lambat sangat kawen, bg amin dulu takpe. hehehe)

    Terima Kasih tidak terhingga bukak Kakak tersayang yang dh mmg nama dia Solehah. takyah mention lg anak solehah. kan3? hehe..

  15. kawen dulu?? haa..bg kete bmw sebijik..br bleh..

  16. Sebaik-baik perempuan adalah yang awal perkahwinan dan rendah maharnya

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers