Sejenak Bersama Kurma Sejuk.. Hehe..

Assalamualaikum semua, Salam Ramadhan Kareem..

Puasa tak hari ni? Puasa sebenar2nya ke puasa tak makan dan minum je ni? Hehe..

Takpe2, orang tak tahu. Hanya Allah dan kita yang tahu bagaimana puasa kita harini. Kepada yg tak puasa tu, jangan la makan depan orang yer. Haha..

Bersyukurlah kerana ia juga satu nikmat. (Hehe..) Kerana penting jugak orang yg tak boleh puasa ni, sebab biasanya diperlukan sewaktu memasak untuk buke pose. Hihi.. yela, sebagai perasa makanan. Masin ke tidak, terlebih gula ke.. Kan3? Sape setuju angkat tangan? hehe..

Alhamdulilah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana masih di panjangkan umur dan masih berpuasa hari ini. Hari ke-12 dalam bulan Ramadhan.

Sama2lah kita berdoa " Allahumma bariklana fi ramadhan" Ya Allah berkatilah kami dalam bulan ramadhan. Moga2 ramdhan / ibadah kita diterima dan bukan sekadar lapar dan dahaga.

Sabda Nabi s.a.w. "Kam min sooimin laisalahu juu' wal atosh" maksudnya. "Berapa ramai dari kalangan orang yang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga"

Yela, puasa sekadar ikutan, bukan kerana Allah taala. Puasa perut dan tekak jer. Tapi hati, lisan, telinga, mata dan anggota yang lain tidak dijaga.

Alamak, dah terlambat nak bersiap2 g solat terawih. hehe.. jumpa lagi nanti.

Eh, tak sentuh lagi pasal kurma kan? hehe..

Berbuka puasalah dengan memakan kurma kerana ia merupakan satu sunnah nabi s.a.w. Malah diakui oleh para saintis, bahawa kurama memberikan tenaga, kerana didalamnya terkandung gula dan serat. Haih.. Betul ke tak nih?

Korang sambung la sendiri ek. Kepada pakar2 biologi dan seangkatan dengannya. Tolong hurai sket ek.. Aku men hentam je nih. Sekadar nak sampaikan sedikit kata2. Buat pengisian blog. Tak rancang pun nak tulis benda ni. tapi sebab terasa ruang blog yg ada ini kosong tanpa ilmu. Nak jugaklah cakap.

Selamar berpuasa dan selamat berbuka. Seeru ala barakatillah.

Jangan lupa baca doa berbuka. "Allahumma laka sumna wabika amanna, wa ala rizkika aftorna, birohmatikaya arhamarrahimin." Aminn..

Kawannnnnnnnn3.. Jemput makan.!!! Hehe. (Teringat tarbiyah kat BTN aritu, setiap kali nak makan, baca doa ramai2.) Jawapan daripada kawan2. "Terima kasihhhhhh" Yeaa...

Sejenak bersama kurma sejuk. Yela, kalau nak panasa, korang bakar lah atas api. Takpun makan atas kuali. Hehe.. Dalam sauna pun panas jugak. Aku makan dalam peti sejuk. sebabtu kurma sejuk. haha.. Astaghfirullllahalazim. lagho2.

2 komen mengomen :: Sejenak Bersama Kurma Sejuk.. Hehe..

  1. Salam ya akhi..

    aiwah...bertukar semula...hi3..

    Emh, mengenai kurma yang disebut, kurma mmpunyai komponen glukosa yang mudah bagi tubuh badan untuk memetabolismakannya untuk menjadi tenaga..

    Kebanyakan bahan makanan, contohnya karbohidrat yang terdapat di dalam nasi akan menyebabkan tubuh badan yang sebelum itu tidak bekerja dikejutkan dengan suatu kerja yang berat iaitu menukarkan karbohidrat itu kepada bahagaian yang ringkas...

    glukosa yang terdapat di dalam kurma itu boleh terus menjalani proses metabolisma yang dipanggil glikolisis...di dalam proses glikolisis inilah glukosa itu akan menghasilkan piruvat dan bahan tenaga yang seterusnya akan diproses masuk ke dalam mitokondria untuk memasuki proses kitar kreb...

    nampak cam berat pulak bile mana aa menulis tentang proses2 ini tapi bagi pakar bilogi, terutamanya biokimia, benda ni wajib diingati...

    ringkasnya...secara analoginya begini...seorang pekerja yang direhatkan, tiba-tiba dipaksa berlari sejauh 4 round stadium, pastinya dia akan begitu penat dan apabila selesai, dia pasti akan pancit untuk meneruskan kerjanya...

    berbeza dengan pekerja yang direhatkan ini, dan disuruh berlari satu round stadium sahaja, pastinya dia masih punya tenaga sedikit untuk meneruskan tugasnya...

    round2 yang pekerja ini lari adalah proses2 yang berlaku...utk proses yang memerlukan 4 round itu adalah yang makan karbohidrat..dia terpaksa menukarkan karbohidrat tu kepada bentuk glukosa yang ringkas baru lah boleh memasuki proses untuk menghasilkan tenaga...

    berbeza dengan satu round, proses yang dimasuki adalah proses kesediaan glukosa itu untuk memasuki proses menghasilkan tenaga...

    begitulah serba sedikit yang buleh ana kongsikan...

    oleh itu, bagi pelajar2 yang selalu tergesa2 untuk kejar kuliah dan sebagainya, ana sarankan makanlah kurma, itu sudah memadai sebagai alas perut..(",)

    wallahu'alam...

  2. He3.. Biasa la tu tukar baju.. blog pun ada hati n perasaan.

    Syukran to ukhthi athirah for the info.. Realy enjoy it even i'm have a trouble to understand the term like piruvat, mitokondria, proses kitar kreb...

    Huhu.. Thanks so much.. May in Allah's love n blessing. InsyaAllah.

    Salam ramadhan kareem..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers