Versi Malaysia : Kenali Usus anda dan penyakit yang berkaitan dengannya..


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Oleh kerana demam yang melanda dan sakit perut yang masuk hari ke-3. Maka saya secara rajin mencari info berkaitan usus. Sebab takut jugak kan kalau-kalau terkena jangkitan kuman dalam usus. Huhu... Nauzubillahiminzalik. Saya bukanlah seorang Dr. pakar yang merawat manusia, kalau semut tu boleh la. Tapi ingin berkongsi jugak info yang diperolehi.

Maka disini saya perbaiki sedikit artikel yang diambil dalam bahasa indonesia dan telah ditegur oleh Dr.Afzan. Dah cari bahasa Melayu tapi tak jumpa. Okey, boleh baca artikel tersebut dibawah. Penting untuk mereka-mereka yang belajar diluar negara.



Penerangan Tentang Pencegahan Penyakit Parasit Usus Yang Sering
Terjadi Di sekeliling kita.

Pendahuluan : Penyakit jangkitan kuman (parasit) dalam usus sering berlaku dan melanda negara yang berkawasan lembab dan panas lembab sepanjang tahun seperti Malaysia dan negara-negara yang terletak di garisan khatulistiwa. Penyakit ini juga sering melanda negara negara yang sedang membangun atau baru merdeka. Dari kekerapan penyakit dan jangkitan usus di suatu daerah atau negara, secara tidak langsung kita boleh mengetahui kualiti dan tahap hidup masyarakat sesebuah negara.

Jenis Patogen : Patogen parasit usus meliputi Protozoa dan Helmint adalah dua spesis.
Jangkitan bakteria Protozoa yang paling sering berlaku melalui kuman/bakteria seperti Amuba, Giardia lamblia dan Cryptusporidium. Sedangkan jangkitan Helmint pula adalah melalui cacing gelang Ascaris lumbricoides, cacing Ancylostoma, cacing gelang Trichuris trichiura, cacing kremi Enterobius vermicularis, cacing hati Clonorchis sinensi, dan cacing pita Cestoda.



Cara Penularan :

1. Cara penularan parasit/kuman usus ke dalam tubuh manusia berbeza dan bergantung kepada jenis patogen. Ia terbahagi kepada dua cara, cara pertama melalui saluran pencernaan usus (masuk dari mulut melalui makanan, misalnya cacing gelang Ascaris lumbricoides, cacing gelang Trichuris trichiura, cacing hati Opisthorchis sinensis /Clonorchis sinensis, cacing pita Cestoda, dan disentri Amuba) atau masuk melalui kulit (misalnya cacing tambang Ancylostoma duodenale dan Necator americanus, tertular masuk melalui kulit melalui anak cacing Ancylostoma di dalam tanah yang sudah tercemar).

2. Kebanyakan parasit/kuman usus masuk ke dalam tubuh manusia melalui mulut, cacing ini akan hidup dan bertelur di dinding usus, dan telur cacing keluar dari perut manusia bersama najis, secara langsung mencemari lingkungan dan sumber air ,atau kalau dipakai sebagai pupuk/siraman maka tanaman sayur dan buah-buahan akan tercemar. Kebiasaannya makan makanan dan minuman yang tidak baik dan kebersihan diri tidak dijaga, seperti memakan makanan mentah, meminum air yang belum dimasak, tidak mencuci tangan dengan bersih sebelum makan atau selepas buang air besar. Semua ini boleh memberi kesempatan pada telur cacing berpindah ke tubuh manusia melalui mulut dan makanan .

3. Cacing hati Opisthorchis sinensis /Clonorchis sinensis dan cacing pita Cestoda membiak dengan sokongan daripada satu atau lebih dari satu perantara, manusia terjangkit melalui makanan seperti daging babi, daging sapi dan daging ikan yang mentah yang tercemar dengan cacing tersebut.

Gejala Klinikal :

1. Gejala penyakit parasit/kuman usus berlainan bergantung kepada jenis patogen, kalau
terular cacing Nematode (Cacing gelang Ascaris lumbricoides, Cacing Ancylostoma,
Cacing cambuk Trichuris trichiura), akan muncul gejala seperti sakit perut, diare, muntah, kekurangan gizi dan berat badan menurun. Sekiranya jangkitan yang berlaku parah, akan timbul
komplikasi seperti usus tersumbat, anemia/kurang darah putih, penyumbatan saluran hempedu dan keradangan, bila tertular cacing kremi Enterobius vermicularis, akan muncul gejala hilang selera makan, susah tidur, gelisah dan gatal di bagian dubur.


2. 90% penghidap parasit/kuman Amuba tidak ada tanda-tanda gejala, tetapi secara halus masih boleh menularkan pada orang lain, dan protozoa dari 10% penghidap mungkin akan menembus struktur dinding usus si penghidap sehingga menampakkan gejala penyakit usus, bagi yang ringan akan terasa kurang enak di perut, secara senyap terjadi diare atau sembelit, bagi yang parah akan disertai demam, kejang, berak berdarah, atau berak disertai lendir, selain itu juga mungkin terjadi lagi jangkitan dibahagiian luar usus, dan yang paling kerap berlaku adalah abses hati, dan yang lebih parah terjadi abses paru paru dan abses otak.

3. Gejala yang sering muncul pada penghidap cacing pita Cestoda adalah perut memulas tanpa sebab, selera makan menurun, mual-mual, kekurangan gizi, serta berat badan menurun. Telur cacing pita babi boleh menetas didalam usus kecil, lalu memasuki tubuh atau struktur organ tubuh sehingga muncul penyakit Cysticercosis, cacing pita cysticercus selalunya akan berdiam di jaringan bawah kulit dan otot, gejalanya mungkin tidak begitu nyata, tetapi sekiranya jangkitan cacing pita Cysticercus menjalar ke otak, mata atau ke sumsum tulang akan menimbulkan efek lanjutan yang lebih parah.

4. Gejala penghidap cacing hati Clonorchis sinensi tidak nyata, kebanyakan terjadi secara kronik, setelah terjangkit baru perlahan-lahan muncul gejala seperti hilang selera makan, lemas, kurang enak di bagian atas perut, diare, kembung, pencernaan kurang baik, sakit di bahagian atas kanan perut dan hati membengkak.

Bila jumlah parasit sangat banyak akan menyumbat saluran hempedu, radang hempedu, atau penyakit kuning. Juga ada yang dijangkiti sekian lama sehingga berubah menjadi batu hempedu, bahkan hati mengeras Serosis hepatis atau kanker.

Cara Diagnosis : Melalui mikroskop memeriksa sample najis apakah ada telur cacing parasit, ookista protozoa dan takizoit.

Pengobatan : Cara pengobatan pelbagai penyakit parasit usus berbeza, harus memakan ubat cacing menurut nasihat doktor.

Pencegahan :

1. Tidak makan makanan mentah (sayuran, daging babi, daging lembu dan ikan), buah yang dipetik sebelum dicuci bersih dengan air.
2. Minum air yang sudah dimasak.
3. Menjaga kebersihan diri, sering mengerat kuku, membiasakan cuci tangan sebelum makan atau sesudah buang air besar.
4. Tidak boleh buang air kecil/besar di sembarang tempat, tidak menjadikan najis sebagai siraman, dan najis harus dibersihkan dengan air dari tangki septik, agar tidak mencemari sumber air.
5. Di Taman Kanak Kanak dan Pra-Sekolah harus secara rutin diadakan pemeriksaan kuman sekerap mungkin agar menemukan anak yang dijangkiti parasit dan mengobatinya dengan obat cacing.
6. Bila muncul gejala jangkitan parasit/kuman usus, segera buat pemeriksaan dan rawatan di hospital.
7. Walaupun kebanyakan penderita parasit/kuman usus ringan tidak ada gejala sama sekali, tetapi mereka tetap boleh menularkannya kepada orang lain, dan telur cacing akan secara senyap keluar dari tubuh bersama najis, hanya diperiksa sekali mungkin tidak dapat dikesan, maka sebaiknya secara teratur diperiksa dan diubati.

2 komen mengomen :: Versi Malaysia : Kenali Usus anda dan penyakit yang berkaitan dengannya..

  1. mengapa amin mengambil artikel bahasa indon?susah difahami dong...

  2. Huhu..Tak jumpa yg Melayu punyer..
    Tptakpe,dah translate dah..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers