Terkini, Gambar-gambar sekitar hari pembuangan undi Pilihanraya PMRAM

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Maaf buat mereka yang ternanti-nanti perkembangan terbaru perjalanan Pilihanraya PMRAM hari ini. Oleh kerana kesibukan masa dan ketiadaan broadband, menyebabkan blog ini lambat untuk diupdate. Maka disini saya sertakan gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang hari pengundian berjalan pagi tadi. Untuk berita tentang Pilihanraya ini boleh lawat Blog Ust Mujahid di sini. Saya telah pun membuat pakatan dengan Ust Mujahid untuk menjadi pemantau dan pemberita perjalan Muktamar kali ini. Hehe.. Sori yer Ust, lambat update gambar2.

Pegawai pendaftaran sentiasa setia menunggu kedatangan pengundi.

Pengarah SPR PMRAM (Ust Rafzan Razak, berbaju kemeja putih) sentiasa berada dilokasi pengundian bagi memastikan pembuangan undi berjalan lancar.

Pengundi sedang menanda kertas undi masing-masing.

Contoh kertas UNdi Rosak.

Tempat pembuangan UNdi.

Pengundi sedang membuang undi sambil diperhatikan oleh Pegawai SPR PMRAM

Pengundi membuat semakan terakhir nama masing-masing dalam senarai layak mengundi sebelum membuang undi.


Petugas-petugas SPR PMRAM berehat seketika untuk makan tengahari.

Calon-calon BP sibuk menyiapkan tugsan yang diberi ketika mana waktu pengundian sedang berjalan.

Suasana diluar tempat mengundi, meriah.

Orang kuat SPR, Setiausaha SPR (Tengah : Ust Abdul Halim Ahmad)

Petugas-petugas SPR PMRAM berkumpul untuk mendengar taklimat selepas tamat waktu pengundian sambil-sambil makan jamuan ringan.

Taklimat daripada Pegawai SPR PMRAM untuk pengiraan undi selepas Waktu Pembuangan Undi tamat tepat jam 5 petang tadi.





Pegawai SPR yang setia dan amanah menjaga dan memerhati Kotak Buang Undi. (Ust Abdullah Amir)



Ust Mujahid (Blog Ibnu Ir Fadzil) tidak lekang dari laptopnya untuk mengupdate perkembangan terbaru dunia hari ini. (Di lobi rumah Selangor, tempat pembuangan undi)


Sekarang SPR PMRAM sedang menjalankan Pengiraan Undi sebelum diumumkan calon-calon yang menang lewat malam nanti. INsyaAllah.

0 komen mengomen :: Terkini, Gambar-gambar sekitar hari pembuangan undi Pilihanraya PMRAM

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers