Merajuk perkara biasa, tapi memujuk orang yang merajuk membuang masa!

Kenapa merajuk?

Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.

Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.

Merajuk berlaku bila hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula…

Namun, dalam sesebuah gerakan atau organisasi. Merajuk merupakan sesuatu yang akan melambatkan pergerakan tersebut, lebih-lebih lagi jika ia sebuah gerakan Islam. Maka, ia merupakan satu sebab yang melambatkan kemenangan Islam.

Sebagai seorang ahli yang bekerja atas dasar kefaham yang jelas iaitu bekerja untuk Islam. Seorang ahli atau gerakan sepatutnya tidak mempunyai sifat seperti ini. Jika adapun, sepatutnya ia segera dipulihkan. Kerana lumrah seorang yang berjuang untuk agama Allah pasti akan menempuh kesusahan sepertimana nabi-nabi dan rasul-rasul alaihimussolatuwassalam terdahulu.

Kerap kali berlaku dalam sesuatu mesyuarat atau program ada ahli/jawatankuasa yang merajuk hanya kerana beberapa perkara kecil. Seeolaknya ia perlu dielakkan, namun bukanlah menjadi alasan untuk pemimpin membiarkan mereka terus-terusan merajuk. Dan seandainya perkara tersebut memang patut untuk dirajukkan. Sebaiknya, dicari jalan penyelesaian terbaik agar semuanya berpuas hati.

1 komen mengomen :: Merajuk perkara biasa, tapi memujuk orang yang merajuk membuang masa!

  1. salam.

    typing error there:

    1)kefaham > kefahaman

    2)seeolaknya > seeloknya

    saje je..^_^ thanx atas post ni..

    p/s:x perlu approve utk displaykn komen ni..ok?

    terima kasih..

    jiran @ kajang

    May 4, 2010 at 4:37 AM

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers