Amin excident?

Berita Hairan. Kuala Terengganu, 19 Ramadhan 1430 Hijrah. Seorang individu bernama amin dilaporkan accident. Lalu seorang perempuan yang menjunpai telefon amin bertindak menghubungi nama-nama yang ada di dalam telefon insan bernama amin tersebut. Dan perempuan tersebut adalah ibu amin.

Maka kecoh lah dikalangan sahabat-sahabat aku, (bukan amin sebenar) ada yang menelefon dan ada yang sudah pergi ke hospital untuk menjenguk kerana perasaan kasih sayang mereka terhadap aku cukup menebal, seperti kereta kebal. Lalu.. sesampainya mereka disana, mereka dikejutkan dengan kejutan elektrik apabila wajah aku bertukar menjadi orang lain.. Akhirnya mereka sedar bahawa bukan aku yang excident tetapi amin yang excident.

Siapakah dia amin yang di maksudkan? Huhu.. Jeng, jeng, jeng, rupanya amin yanto. Seorang bekas rakan sekelasku yang namanya juga sama dengan aku, ejaannya juga sama, namun terdapat perbezaan, iaitu bin yang berlainan dan aku lebih hensem. Haha.. Gurau jer..

Aku pun mengucapkan takziah innalillahi wainna ilaihi rajiun kepada amin yanto. Semoga cepat sembuh, sihat wal afiat. ada masa aku pegi la melawat yer..

Sekian dilaporkan dari bilik soalan peperiksaan upsr untuk berita hairan.


Alhamdulillah, aku masih hidup..Tengah menikmati sesuap limau... Xpuasa rupanya aku. Haha..

16 komen mengomen :: Amin excident?

  1. "Seorang bekas rakan sekelasku yang namanya juga sama dengan aku, ejaannya juga sama, namun terdapat perbezaan, iaitu bin yang berlainan dan aku lebih hensem. Haha.. Gurau jer.."


    hahahaha. ayat yg buat aku tergelak setgh jam. =p

  2. ceh...ngarut tahap cipan la hang ni...ish33..bile la nak berubah ni???

  3. To Chan : Haha.. biasa la tu..

    To hayieda_zuhal, namex n pluto :
    tengok org la..

  4. manada mengarut beb!! hahaha, buat aku terhibur taw. best la entry nih. haha =D

  5. suspen je
    hohohoho

  6. salam ukhwah...

    emh, lama tak komen kat sini...

    emh...bile dah sampai mesir, jgn pulak buat perangai gile2 camni ea...wat orang nak kurung dalam tahanan bawah tanah je nta nih...hi3..

  7. To Chan: Tenkiu2, becoz support me.. hehe.. We are friends right? Hehe.. Toche2.

  8. To safiamira : Suspen ker suspension kereta?

  9. To Ukhti Athirah :
    Salam ukhuwah kembali..
    Hehe.. Syukran for the komen..
    InsyaAllah, kalo kat mesir nnt, ana buat perangai sopan santun, lemah lembut.. hihi.. Mesti ramai mak2 arab yg berkenan nak wat menantu. hauh.. Ni yg malas jd baik2 nih. hehe..

  10. To All reader..
    Ni kisah benar sebenarnya, bukan benar kalau ia tidak benar, itu tipu namanya.

    Begini, mak amin yanto nih call sahabat ana. Pastu sahabat ana ni bukan nak chek amin yg mana satu.

    Aleh2, terus jer bgtau sahabat2 yang lain kononya ana masuk spital, sebab eksiden moto..

    Huhu.. Moto pun xde, apetah lagi lesen moto. Camner nak eksiden? Kalau moto langgo boleh tahan..

    Jadi, ada la sahabat yg tanpa segan silu, dan kerajinan yang melampau (hehe.. tp time kasih sbb amik berat) terus pg spital tgk. konon2 nak tgk ana.

    Maklumlah, musafir kelana. Kebetulan plak ana tak perasan ada org call, sedang beruzlah (tido, hehe)

    Dia pun igt betul, sebab ana x angkat. Jd pg la tengok kat spital. Aleh2 orang lain, bkn ana. nama dia Amin yanto. Nasib baik kenal, kalau tak mesti malu.. Haha..

    Pastu kawan2 yg lain duk sibuk tepon, kebetulan handset plak xde bateri.. off. Menjadikan ia lebih real. Huhu..

    Namun ana masih hidup dan sihat wal afiat. Alhamdulillah..

    So, moral of the story, selidiklah dahulu berita yg kita dapat. Huhu..

    Kejadian ni berlaku pg td.. Hehe..

    Tp seronok jgk. Rupanya ramai org sayang kat ana. Hehe..

    Terima kasih sahabat2 ana semua. Ana jugak sayangkan kalian. Uhibbukum lillah.

  11. ha ha..ana tertipu!

    tp xpe,skurg2nya nta tau yg ana concern trhdp nta kn,kn?ok,esk blanje iftor! huu

  12. kesian nta.. haha

    yer, tenkiu2..

    Blanje iftor lg.. kan ana dah blanje aritu.. huhu..

  13. err
    xde kaitan dgn suspension kete pn...haha
    xde lesen moto???
    mcm x caye je...hoho

  14. To safiamira:
    Erk.. xde kaitan ke? ade la, suspension kete ust ana rosak. Saje nak bgtau. Haha..
    Haah, ana xde lesen moto pun. Moto pun xde, yg ada helmet moto jer.. Hehe..

    Setakat ni baru ada lesen lori, kapal selam, kapal terbang n traktor sawah.. Moto xsempat lg nak amik.. Bizi2. Lgpun naik moto ni risiko dia tinggi daripada kapal terbang walaupun kapal terbang, terbang tinggi. hoho..

    lepas abis blajo nnt la amik, xpun amik lesen moto kat mesir jer.. hehe..

    Kepada mat rempit semua, sory xdpt join korang. Hehe.. Walaupun korang tau ak hebat dalam bab2 racing nih.. Terutama main game dlm komputer, ps2..

    Banyak2kan beramal bulan pose nih, karang mati katak jer. Nnt mati sape susah? Penggali kubur jugak.. Tak kesian ke kat diorang bulan2 pose korek lubang kubur? huhu..

    Rempit2 jugak, ingatlah amalan kita, cukup ke tidak.. Kalo dah cukup, hah.. bawak le laju2 lg, ak pun xkisah..
    hehe..

  15. This comment has been removed by the author.
  16. hahahahaha
    terimalah pesanan ikhlas drpd tuan punya blog.... hehehehe

    byknya lesen dia...
    so pegi mesir nnt bwk kapal terbang sendiri la ye...hoho

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers