Bodoh juga mereka ni rupanya..

dikemaskini Demonstrasi serentak dua kumpulan berlawanan pendirian - penentang dan penyokong Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) - pada 1 Ogos ini dibimbang boleh "menimbulkan huru-hara", kata Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

"Bila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) – dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA – mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara," kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Beliau diminta menjelaskan kenyataannya seperti dipetik Berita Harian semalam bahawa Perkasa dan NGO lain akan berarak mempertahankan akta itu "walaupun boleh menimbulkan huru-hara."

Jika kumpulan penentang akta itu meneruskan Himpunan MANSUH ke Istana Negara, Ibrahim menegaskan, Perkasa akan turut serta bagi menyatakan sokongan terhadap akta itu.

"Perkasa akan turut serta kalau ia (demonstrasi anti-ISA) tidak dibatalkan atau pihak polis mesti ambil tindakan tegas (kepada mereka)," katanya, seorang bekas tahanan akta itu sebanyak dua kali.





aminmenulis : Dah tau huru hara, yang hang pi wat demo pada hari yang sama tu watpe? Xleh tunggu esok? Bangang betul. Dia jgk yang cakap "Bila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) – dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA – mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara," kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali. bila dia turut serta wat demo akan berlaku huru-hara. Tapi dia wat jugak. Ape punya orang da.. Dah kena ISA 2-kali pun tak sedar diri ke?

0 komen mengomen :: Bodoh juga mereka ni rupanya..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers